Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, October 31, 2009

cencaru sambal kering

 Cencaru tiga serangkai yg tak sama. Tak sempat ngap malam tadi.....hihi
Salam sejahtera,selamat pagi,
Da breakfast? nati2 kita nak sarapan. Arini kami nak balik banting jap. Esok malam bru balik umah. Malam tadi,kami tak dinner. Da siap masak. Masa balik, hubby cakap, dia sakit kepala. Cian, suami saya. Saya pun tulun2 urut kepala. urut2 pun tak ilang sakitnya, sbb hanya ubat ponstan jer yg lalu. tapi, nak makan ubat bukan main payah, hish.... :) takpe, da biasa pun. maka malam tadi, kami tertidur tanpa makan..

Ni lauk ikan cencaru yang sempat posing.bateri kamera pun da lip lap merah.

IKAN CENCARU SAMBAL KERING - sumber sendiri

Ikan cencaru (kecil skit) - dilumur kunyit dan garam, dan goreng.
4 biji cili merah -buang biji dan tumbuk.
2 ulas bawang putih - tumbuk
skit je garam,
sejemput Gula

Cara :
Tumis cili merah ngan bawang putih
Masuk skit garam dan gula
Bila hampir cili layu, masukkan ikan goreng, gaul sebati.
Hidangkan.

p/s: Slamat berhujung minggu...hihi

Friday, October 30, 2009

BIHUN SUP


Salam sejahtera,
Pagi ni, da tak blur. Tengok sup pun dah tau nak buat apa..hehe. Biasanya meemang saya akan buat sarapan BIHUN SUP.
Simple jer. Saya didihkan air dalam kuali, dan rebus bihun. Agak lembut skit, terus tapis airnya. Angkat.
2 ketul daging ayam, saya goreng. Siat2.
Sup malam tadi, balance kuah ada lagi. Saya panaskan.
Sambal kicap malam tadi ader lagi.
Siap...hehe..



LAYAN LAGU JAP....HIHI

sup ayam my MIL (mother in law)

Sup ayam style my MIL

p/s: Saya ada olah skit2 sebab tak catat resipi mak. main tengok jer.

SUP AYAM - my MIL (mother in law)


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (saiz sederhana)- Ambil bahagian tulang, dipotong ketul2 kecil.
Bahan tumbuk : sejemput rempah jintan manis + sejemput jintan putih + sejemput biji ketumbar + sejemput lada hitam + bawang merah 4-6 biji biji/bawang besar saiz kecil (1 biji) + bawang putih 3 biji + halia 1 inci
rempah :Bunga lawang, Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Tambahan : sup bunjut
garam
perasa

Cara :
1. Isi air dalam periuk kira2 setengah periuk sederhana.Rebus ayam ngan halia ketuk, dan sup bunjut sampai empuk. Api sederhana.
2. Panaskan kuali. Tuang minyak skit.Tumis rempah ratus, dan bahan tumbuk.Hingga skit garing. Angkat dan masukkan ke dalam sup ayam.
3. Bubuh garam dan perasa ( tak bubuh perasa pun takpe).Biar mendidih lagi.
4. Bila dah naik bau, tutup api. Tabur daun sup, daun bawang. Hidangkan.


Thursday, October 29, 2009

Al- Muallim - Sami Yusuf.

Salam sejahtera,
Memperkenalkan...sami yusuf. hehe. Lagu al Muallim. kes tak tau nak buh entry apa. Video ni ada intro, ada sikit2 sangkut. Tapi all, masih puas hati....

Salam rindu kepada al Muallim, our prophet and teacher...tiada siapa yang dapat menggantikan baginda.Salawat kepada nabiMuhammad S.A.W..




Jemput-jemput udang kering


Salam sejahtera,
Malam tadi gi pasar malam, beli sayur mayur n bahan basah. 
And dinner pun, tunjuk2 beli kat sana gak.  Tak sempat nak amik gambar. Dah ngap...

Pagi ni...Huhu. tak tau nak buat apa pg ni. otak blur. Jika no idea, last2 akan amik tepung, buat cekodok jer... Saya cuma tambah udang kering tumbuk ngan taugeh. makan ngan sos. 
Nasib baik suami tak kisah, sbb kul 10.30 am biasanya dia akan g kafe makan lg.

Wednesday, October 28, 2009

BIHUN GORENG LADA HITAM


Bihun style sendiri jer..hihi

Salam sejahtera, selamat pagi...
Dah breakfast? Pagi ni, saya buatkan bihun goreng lada hitam. Nengok bihun pagi ni, teringat zaman skolah menengah. Bihun goreng ala cina, itulah antara menu kat dewan makan masa kat asrama dulu. Saya dulu, dok skolah berasrama. Inspirasi dr itulah, saya blaja2 wat bihun ni.Walau tak 100% sama. hehe.

BIHUN GORENG LADA HITAM  - sendiri

2 keping bihun - dicelur/direndam
2 ulas bawang merah - dihiris nipis2
2 ulas bawang putih - dihiris nipis2
sejemput lada hitam - tumbuk skali ngan udang
segenggam udang kering - tumbuk  (saya taruk banyak sebab daging/ayam da abes)
Skit garam dan perasa

sedikit air masak
baby carrot - potong halus memanjang .
Bole tambah ayam/daging rebus jika ada.

1. Tumis bawang merah,bawang putih,bahan tumbuk (lada hitam ngan udang kering)  tadi. Biar skit garing. 
2. Pastu saya masukkan air masak skit .
3. Masukkan garam, dan perasa. 
4. Masukkan bihun. Kacau sebati.
5. Biar bihun lembut.
6. Last baru masukkan baby carrot yang potong halus2  tadi.
7. Angkat. Hidangkan.

Jom sarapan...

Moi Sup- beli untuk dinner

Beli jer ni. Bahan2 yang ada dalam MOI SUP

Salam sejahtera,
Malam tadi, kami beli jer dinner. MOI SUP.Moi Sup ni, ialah bubur nasi  +  Sup  +  daging kecil2  +  telur masin  +  bawang asin  +  bahan2 lain yg biasa tuk sup.  Agak pedas sbb ada cili padi.
Kat sini, restoran sup tu paling sedap antara yg kami penah rasa.  Supnya pekat, tak macam sup yang biasa.



Sebelum bubuh kuah sup





Selepas dibubuh sup. Lapar...

Tuesday, October 27, 2009

episod bajet 2010

Salam sejahtera, 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Mata tengah berpinar nih. Tapi, nak wat entry jugak pasal ni. Sabtu lepas, kita dah tau kan,pasal bajet 2010. Saya copy paste dr Utusan Malaysia.

Kita tengok apa yg sangkut paut ngan kita.

CUKAI
    * Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.
      Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.
    * Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.

p/s: Kerana suami saya perlu membayar cukai pendapatan setiap tahun, sedikit pelepasan ini, sudah cukup buat saya bersyukur. Actually, Hubby cakap, dia dah buat potongan gaji bulanan tuk zakat dan cukai. Jadi,bila akhir taun, takde nak abiskan duit bonus. Dgn itu, ada la duit lebih nak simpan2.

KAKITANGAN AWAM

    * Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.
    * Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.

p/s: mereka yg keja gov mesti suka .

RUMAH
    * 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.
p/s: Alhamdulillah, kami da ada rumah.


KWSP
    * Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja. Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada jumlah RM60 setahun.
    * Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.
    * Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.

p/s: Alhamdulilllah, pelepasan cukai KWSP  dan kenaikan premium insuran tuh saangat bagus. Kami nak tambah insuran nyawa la taun nih.  Caruman 11% tu, suami maintain dr dulu.

PENDIDIKAN
    * Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.
    * 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.
    * Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.
    * Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia.

p/s: Yang ni, peminjam2 PTPTN yang dapat ijazah pertama meeesti suka sangat. Dengarnya ada pelepasan bg pakej jalur lebar gak.

P/S: Bagi kami, bajet negara, bajet ekonomi rumahtangga gak. Terutama bab cukai yg meesti dibayar tiap2 awal taun. lebih mahai dr duit zakat. hmmm ;)


Nasi putih, sambal bilis cara my Mama, for breakfast

 Kat Besut, nasi lemak yang dijual ngam dengan sambal bilis camni. Rasa manis2 skit.

Salam sejahtera, selamat pagi,
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Pagi ni, suami beritau, gaji dah masuk. Pasni, bole makan cedap2 skit.:)Dalam kepenatan mengurus onlinestore, Allah juga permudahkan urusan saya. Banyak idea baru yang datang.Juga banyak yang saya pelajari dlm kesusahan ini.
Dah breakfast? Alhamdulillah, saya dapat siapkan nasi ngan lauk sambal bilis pagi ni. Santan takder, jadi, nasi putih ngan sambal bilis + timun + telur + sedikit serunding daging balen raya aritu.

Monday, October 26, 2009

Layan lagu Sammi Yusuf

Salam sejahtera,
Sammi Yusuf, di antara penyanyi nasyid kontemporari yang diminati oleh my Hubby dan Thaqif, my YBIL(youngest brother in law). Ini di antara lagu pop Sammi Yusuf. Dlm video ni,gambar ensem dia takde. Check kat you tube, Insya Allah, nampakla rupa ensem dgn suara lemak merdu Sammi Yusuf, anak Yusuf Islam nih..hihi.

Ikan bakar atas kuali, sotong kunyit, terung kicap telur, kopok..

 Ini ikan bakar golek atas kuali jer. cam rupa ikan bakar, tak? hihi..

P/S: Sori2, hehe. tengah poning...tak sedar ikan dah jadi ayam.huhu


Salam sejahtera,
Ini menu kelmarin. Menu tak special sgt, tapi, maklum akhir2 bulan...huhu. Tapi, Alhamdulillah, suami cuti di hari Ahad. Biasanya weekend, suami kerja separuh hari atau balik Banting. Bukan selalu dapat bersama cari makna rumahku, syurgaku ni...

Sunday, October 25, 2009

Mee bandung Instant ihiks..

 Ni la,hasil bantuan assistant saya, perencah segera mee bandung adabi..haha.

Salam sejahtera,
Good morning! Da breakfast? Haha.  Pagi ni, suami da siap2 pakai seluar track nak gi beli newspaper. Kemarin dah kuar BAJET 2010 . Arini ntah apa cite. Sambil tu, katanya, kesian saya. Dia nak belikan breakfast.

Udang sambal petai, kacang tumis telur

 Ni  sayur tumis telur.

Salam sejahtera,
 Kami beli petai 3 keping kat pasar malam aritu, RM2. Malam tadi tertunduk2 kopek buah petai dr sarungnya. Uhuk. Kalu la, beli yang da siap kopek kat pasar tani. Nak kopek ni, amik masa. Patutnya kopek siang tadi, kan?

Saturday, October 24, 2009

Telur masak lemak cili api, cendawan tumis, ayam goreng.

 Jangan tengok lama2....Santannya dah pecah. hihi.

Salam sejahtera,


Dinner yang sangat simple malam tadi. Tangan dah mula sakit2 sebab lama siapkan projek online store kami. Rasa nak demam dah...

How Come Nobody Told me this Man - the truth



Episod ni tentang  testimoni Jaylirical  dan bukti saintifik hidupan laut

Banyak lagi video lain, tapi, bukan semua orang boleh menerima filem dgn unsur berat. Jadi, saya mewakili suami juga ingin berkongsi keunikan projek ini..

Human Embryology - Scientific proofs...



The Divine Book 6/10 (Human Embryology)
-noreagaaa, wakeupproject.

Friday, October 23, 2009

Hajat nak menjala tapi...

 Breakfast pagi tadi. Walaupun pelik, tapi suami puas hati ngan rasanya.

 Salam sejahtera,
Alkisahnya, ada sorang wife ni nak menjala pepagi. Da bangun 5.00 am tu. Dia dah bawa 1 mangkuk besar umpan ni, tapi, cari punya cari..JALA TAK ADA ! Hu hu..sob. sob. Punyala kempunan nak menjala, sebab masa raya tak menjala. Lepas2 raya baru teringin.

Thursday, October 22, 2009

Pengat aka bubur durian

Klik for full version. hihi..

Salam sejahtera,

Malam tadi, ada beli buah durian 2 biji. Alhamdulillah, isinya semuanya elok. Saya ada beli kacang hijau kat Giant aritu. Teringin sangat nak makan bubur durian aka pengat durian. Dah janji ngan suami nak masak bubur durian ni. Moga dia hepi masa balik keja nanti.

Dinner, o dinner

 walaupun hanya dibeli, tak sabar nak ngap nih...

Salam sejahtera,

Satu perkara yang saya tak bole ubah. Suka sesangat gi pasar malam...Pasar malam setiap Rabu kat Bkt Sentosa. Dan mestila nak beli dinner dr sana jgk. 

Layan Upin ngan Ipin malam tadi hi hik



(Jika sangkut2 nak tengok, klik jer image , akan link ke you tube)





(Jika sangkut2 nak tengok, klik jer image to, akan link ke you tube)

Wednesday, October 21, 2009

Chicken wing roasted, sayur timun lada hitam, cendawan ala KFC..

Sila klik gambar utk full version hehe...
 Salam sejahtera,

Ruang pagi ini agak terhad. Suami nak saya adakan MEGASALE for our t-shirts. Alhamdulillah, saya sempatkan masa postkan dinner malam tadi. Malam tadi, dinner kami yang kat atas tu, Kepak ayam bakar pedas ni + cendawan goreng + ayam goreng kunyit tambah + timun sayur lada hitam.


Timun sayur lada hitam

TIMUN SAYUR LADA HITAM -sumber my MAMA
1 biji timun 
Air 1/2- 1/3 periuk kecil

Bahan tumbuk : 
sejemput lada hitam 
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih

Cara: 
Campur semua bahan tumbuk dan timun dalam periuk berisi air, tambah garam dan perasa. Biar timun sedikit layu. Angkat dan hidangkan.

Dalam tak reti GRILL guna oven, akhirnya menjadi jugak...:)

SPICY ROASTED CHICKEN WINGS  - Recipe by Amy Beh
(Resipi ni saya copy paste dr myKuali the star, kebetulan, jadi member the the star online.)
 

Ingredients (malam tadi just 3 chicken wings, jadi saya buat separuh marinade dia) 

# 8 chicken wings
 

Marinade
# 1 tbsp chilli powder
# 1 tbsp meat curry powder
# 2 tbsp chilli sauce
# 1 tbsp tomato sauce
# 1 tbsp oyster sauce
# ½ tsp pepper
# 1 tbsp fish sauce
# 1½ tbsp sugar
# 2 tbsp honey

Method
Rinse the chicken wings and cut off wing tips. Pat dry with several pieces of paper kitchen towels.

Combine marinade in a mixing bowl. Add chicken wings to the marinade. Toss and rub marinade all over the chicken wings. Leave in the refrigerator for 3-4 hours.

Lightly grease a wire rack and arrange chicken wings over. Roast in a preheated oven at 200°C for 25 minutes. Halfway through, remove the chicken wings out and brush the pieces with the remaining marinade mixture. Continue to roast until the chicken wings are cooked through or golden brown.


Cendawan goreng menggunakan resipi tepung ayam goreng ala KFC Ijan 

Saya copy paste Bahan untuk tepung dari blog Ijan. Terima kasih banyak2 Ijan, adunan tepung ni, sedap. Slalunya akak guna tepung ayam adabi jer wat goreng cendawan nih. Bersalut cantik jer kan cendawan nih?  :)  kalau nak kaler lebih, bubuhla serbuk kunyit atau serbuk kari... tak susah.


Bahan untuk tepung
    * 2 cawan tepung jagung
    * 3 ulas bawang putih ditumbuk (akak tak bubuh, sbb cendawan nih)
    * Sedikit garam
    * 1 sudu besar serbuk cili
    * 1 sudu kecil lada hitam
    * Secubit baking powder
    * Secubit serbuk perasa

Nasi goreng my MAMA

 Nasi Goreng MAMA
Salam sejahtera. Slamat pagi,
Dah breakfast? Ni, nasi goreng resipi my mama. Dari kecik sampai kami besar, nila nasi goreng yang paling mama saya suka buat. Paling mama suka, taruk telur skali ngan nasi. Tapi pagi tadi, saya guna apa yang ada jer. Saya ubahsuai skit, dan guna apa yang ada.

Tuesday, October 20, 2009

Laporan masakan






Sambal udang galah
Salam sejahtera,

Sabtu lepas,
Kami tak kemana-mana. Suami ada open house di kawasan kami. Saya pula kurang sihat skit. Kepala berdenyut2 jer, jadi dok rumah. Lagipun Deepavali, jadi, jalan sesak.

Ahad
Kepala masih sakit. Saya dan suami berehat di rumah. Then, tengahari, pergi Bro-Arts,amik stok baju t-shirt. Barang dapur dah abis. Kami pun tak sempat ke Pasar Pagi Bkt Sentosa. Jadi, kami ke GIANT Bt Caves saja.

Selamat pagi, Nota online biz

Salam sejahtera,

P/S: 2 hari ni, saya asyik godek2 template baru BLOGGER dengan kecanggihan templatenya. Cubalah lihat di btemplates/photoplus atau btemplates/chucky .Cantik sangat.Sesuai untuk photo...

Saturday, October 17, 2009

Episod TEH

Salam sejahtera,
Pagi ni, bengang skejap. Ngan TEH..

Lempeng - mengimbau masa kanak-kanak



Salam sejahtera,

Kempunan tengok crepes kak Suzi. Aduh! Teringin makan lempeng lak.

Friday, October 16, 2009

Nasi goreng adaptasi lauk kicap bermadu

Salam sejahtera,
 

Kat rumah ni, kalu masak masakan bersantan, dah sah tak habis. Tak kirala, sayur masak lemak, kari, kurmak, dan sewaktu dengannya.  Namun, ada masa, saya buat juga, bila masak seafood, seperti ketam masak lemak, atau buat pengat. Suami jenis yang ambil sedikit jer kuahnya, berbanding saya ...yang siap hirup kuah lagi..hihi. Agaknya, sebab tu, body tak maintain, yek.




kobis mangan bening




ayam kicap bermadu


Dinner malam tadi, ayam masak kicap. Biasa saya guna kicap manis, tapi semalam nak try ala-ala mamak. Kicap bermadu..huhu. Bubuh madu dalam 2 sudu, ganti kicap manis. Sedap. Suami jer kata kurang pedas. Masuk cili kisar 1 sudu jer. Cili merah pun dah abis stok. Sayur? Haha. Kobis mangan bening. Sah! Laju jer makan...




Pagi ni, masak nasi goreng diadaptasi dari ayam masak kicap bermadu malam tadi. Ada ayam balance dan kuah. Nak buat camano, suami kurang makan lauk manis2. Jadi, lauk tak habis. Orang Selangor camtula.. Saya pula masih lidah pantai timur, tapi ok jer makan makanan Selangor, terutama resipi Jowo tu..

UPDATED:

1. Bahan : Balance ayam dan kuah masak kicap, sayur, nasi.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Tumis cili kisar.
3. Tambah garam n perasa, tuang kuah kicap malam tadi dan daging ayam yang dah disiat2 kasar.
(Masak kicap biasanya rasanya manis skit, dan saya letak halia 1 inci. Takpelah sedikit bau halia)
4. Sayur, guna sayur barula. Kobis hiris nipis. Masuk.Biar sikit layu.
5. Then, masuk nasi, gaul sampai nasi sampai benar2 kering airnya. Rasalah...uummph.





P/S: Masa post ni, tengah sarapan. ;)



Tips baking dari Kak Nor


K.Nor said...
nur.. nak membaking ni kena bercinta dgn oven dulu. kena kenal camna tahap kepanasan oven kita. sesetengah oven dia kuat panasnya walau kita ikut kehendak resipi contoh 180C. cam oven k.nor (zanussi) panas dia mmg kuat walau guna 180C. so tiap kali baking, k.nor kena guna 170 - 175C jer. kita takleh ikut 100% kehendak resipi, kena depend tahap kepanasan oven kita , k..

Wednesday, October 14, 2009

Mee sempoi utk habiskan stok


MI HAILAM SEMPOI

Buat mee sekadar nak habiskan stok fishball dan cendawan. Tengok, fishball pun dah kedut sebb lama dlm tmpat beku. Main masuk jer. Bawang pun tak masuk. Resipinya...

Chocolate cake for husband's officemate


Salam sejahtera,
Dengan rendah hati, saya mengatakn, memang saya tak pandai bab baking ni. Bab mengadun kek dah pass .Tapi, bab membakar, hadui...merekah sana sini. Tapi muffin kelmarin, memang silap teknik...muffin memang tak bole overbeat...:)

Kelmarin, saya sempat bakar kek lagi.Jangan gelak tau. Saya guna TEPUNG KEK SEGERA. Kat pasaran

Tuesday, October 13, 2009

Cubaan pertama muffin coklat



Salam sejahtera,
Pagi tadi, saya tengok breakfast Kak Watie. Resipi asal dari Kak Yani MYR Kerana terliur tengok muffin, saya telah cuba buat kejap tadi.

Terima kasih pada Kak Watie, kerana tayangkan resipinya. Cubaan pertama tidaklah secantik yang diinginkan, tapi Insya Allah, lenkali saya akan cuba lagi sampai jadi..:)


Cadangan Kak Nor-Teganu: salam nur, kalau guna resipi muffin coklat yani ni, tak perlu guna mixer. just mix dgn spatula atau hand wisk jer sampai sebati. kaedah buat muffin tak perlu mix lama sbb muffin biasanya tak nak kalau overbeat/overmix. cukup dgn mix sampai sebati. pastu masuk dlm cup. resipi yani ni tak leh isi penuh sbb mmg naik tinggi. isi 1/2 cup jer.

October 13, 2009 4:13 PM

Actually memang saya guna mixer, terlebih beat kot. Isi cup pun tinggi. First time wat MUFFIN. Terima kasih, kak Nor atas cadangan.







Tak sabar nak rasa masa berbuka puasa nanti.


Monday, October 12, 2009

Kisah tiroid dan jalan2 raya


Kereta yang tiada kena mengena ngan post. Sekadar menceriakan hati :)


SABTU

Tengahari, kami mendapat jemputan open house di rumah teman sekerja suami. Saya tak sempat berbual dgn isterinya. Pasangan suami isteri itu muda lagi. Di sana, saya memnita tips topping coklatnya yang tebal dan kurang manis. Sesuai dgn moist cake yang dibuatnya. Kata isterinya, 1 bar coklat, tambah susu sejat n sedikit majerin. Ala-ala ganache tak? Saya pernah makan brownies ngan topping macam ni.
Terima kasih banyak kerana menjemput kami n for that recipy :)

Kami akan balik Banting kejap lagi. My MIL (mother in law) menghidapi penyakit TIROID. Penyakit yang tak pernah disangka akan dapat. Keputusan ujian darah terlalu lama, sebulan baru akan dapat. Jadi, tidak tahu, bengkak di bahagian leher itu, tiroid aktif atau tidak.

Pernah dengar kata2 orang tua lama? IBU, ISTERI... TIANG SERI RUMAHTANGGA. Jika isteri dan ibu kurang gembira, semua seisi rumah akan turut merasakan. Itulah yang ayah rasakan, dan suami saya rasakan walaupun mereka sembunyikan dalam hati.

Bagi saya yang dah biasa lihat penyakit ni, kerana my SECOND SIS, SUZI, juga menghidapi tiroid ni dari zaman sekolah. Skrang, dah umur 27 tahun. Tiada putus doa saya melainkan, dia mendapat kesihatan dan jodoh yang baik. Walaupun banyak cerita yang saya dengar ttg kesan tiroid, tapi tiada putus harapan saya agar dia mendapat keluarga yang bahagia.

Di Banting, saya lihat, mak masih aktif membuat kerja rumah, memasak tepat pada masanya, dan masih tersenyum. Katanya, ada simptom seperti penghadaman ada masalah, pening. Kurang selera makan. Lebih2 lagi mak merupakan penghidap darah tinggi. Walaupun di masa ini, tekanan darahnya stabil,tetapi, perlu berhati2 menjaga makanan.

Kami hanya menunggu keputusan ujian darah keluar dan berharap tiroid itu tak aktif.

AHAD

Kami bertolak balik ke Rawang petang. Singgah di rumah ibu saudara suami di Sijangkang, Cik Timah.
Juga singgah di rumah Wak Long, bapa saudara suami, di Sijangkang juga. Betanya keadaan Ainin yang ada appendiks. Rupanya the girl dah balik asramanya. Rupanya doc cakap, belum boleh buat pembedahan. Jadi dia balik ngan surat report dari hospital Klang. Moga dia sempat menghadapi exam final year.

Sempat lagi singgah rumah abang Mat Seh, di Taman Shamelin. Dia sepupu suami. Dah lama dia ajak.Ini baru sempat singgah n kenal rumahnya. Abang Mat Seh ialah kartunis utuk TELAGA BIRU dengan nama pena ATHOOL. Baru tahu dia freelance kartunis. Terima kasih, abang Mat Seh dan isterinya kerana juadah mihun tomyam yang sedap...

Jalan agak sesak. Sampai di rumah pukul 1 pagi.


Please doakan supaya my MIL cepat sembuh,ya.Ada sesiapa yang ada cadangan untuk penyakit Tiroid ni?Kami nak cuba cara alternatif...



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────