Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, December 30, 2009

Tomyam Ayam


Tomyam ayam yang mudah dan cepat dimakan. hihi

Saya dah rasa semakin baik. Moga mendung terus berlalu. Moga kebahagiaan terus bersemi, moga keceriaan sentiasa menyelubungi.

Malam ni, saya rasa lapar sangat-sangat. Mungkin kerana seharian tak rasa lapar...... hehe.

TOMYAM AYAM

1/2 ekor Ayam - potong kecil2 (ambil bahagian tulang lebih manis)
1 inci Halia
1/2 biji Bawang besar - dihiris
1 ulas Bawang putih - diketuk
3 biji Cili padi diketuk
1/2 periuk kecil Air
Perencah Tomyam Adabi (biasanya dah ada sedikit garam)
Sayur - dipotong2 (saya guna kobis cina, sebab takde sayur lain)
1 paket Cendawan
Garam secukup rasa

CARA:
1. Rebus ayam dengan halia sehingga ayam empuk.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan perencah tomyam. Biar sekejap.
3. Masukkan sayur, cendawan dan cili padi, garam secukup rasa. Biar sayur sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan


Udang goreng yang membuka selera :)


Udang versi goreng garing yang buat selera saya terbuka.Dan pejam mata merasai kerangupannya. ;)


I am better now ;)


Hidup tak selalunya manis.
Manis tak semuanya pahit.
Terima kasih atas sokongan member blogger yang memberi comment untuk post di bawah.

I am okey, now. Feeling alone, tapi sebenarnya Allah bersama kita. I love you, abang. Kasih tak tak berbelah bagi.
Betapa sukarnya memulakan jihad medan niaga. Betapa sukarnya berjihad sebagai Mukminah Solehah. Betapa jauhnya diri dari persis Siti Fatimah bt Muhammad, yang sanggup berusaha keras mendapat redha suami. Betapa kerdilnya diri untuk jadi seperti Siti Khadijah bt Khuwailid yang berjaya menawan hati suami dan pelanggannya.
Moga kita dapat jadi seperti itu, moga saya dapat jadi seperti itu...

Love you all too! ;)

otak tengah serabut

Be calm.

Be calm.

Be calm.

Astaghfirullahal Adzim.

Jawapan: Bila kita sedaya upaya menjaga hati orang terdekat, menjaga bisnes, dan ada nada tak puas hati.....rasa kecewa sangat. Banyak benda perlu disettle. Ada jadual perlu dibuat, ada musyawarah perlu dilakukan, ada istiqamah yang jadi rutin. Ada sepakat perlu dibaja. Ada kasih dan cinta perlu dibelai. Di situ puncak kekeliruan...........

Monday, December 28, 2009

New gadget- ice cream cup, glass, new flowers from nilai 3

Salam sejahtera,
Sikit sangat saya beli ? :) Saya ambik yang perlu saja. (Walupun hati dah meronta-ronta nak keliling Nilai 3 tu). Hubby saya dah penat driving. Tak pa, saya kan isteri solehah. hihi. 
Selimut dan new curtain, tak larat snap da...

belum gubah lagi ni. sajer nak tambah seri rumah. Jenuh pilih wane sesuai dan dedaunnya. huhu ;)
nak cari one pair, tapi stok dah abes. huhu
dapat sepasang.

Menyelit hadiah ni. Beli kat Giant nih. Bukan kat Nilai tau.RM 49, jer. For anak sedara Hubby.

Salam bulan Asyura.



Salam sejahtera, selamat pagi,

Alhamdulillah, kami selamat sampai malam tadi di rumah. Apa khabar semua? Mesti sibuk, kan? Anak-anak bakal memulakan musim persekolahan tahun baru. Tahniah buat anak-anak yang dah boleh berdikari dan pergi sekolah naik bas  atau van skolah. ;) Saya dah biasa dulu time jadi guru tadika mahupun taska. Ada yang boleh berdikari. Ada yang tak mahu ditinggalkan mama dan abah. Tak apa, Insya Allah, mereka akan biasa.

Sabtu, saya dan suami ke Seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan teman karibnya masa di sekolah menengah.Ada 3 pasangan yang datang. Datang kul 1pm, kami balik dari kenduri pun hampir pukul 3pm. Maklumlah, berbual-bual dan sesi bergambar. Lepas tu, singgah di Nilai. Maka shopping sakanlah saya. Ahaks...

Alhamdulillah, ada rezeki ganti langsir baru. Wane silver, lace dalam wane hitam. Baru mintak my SIL bagi kat kawannya supaya jahitkan.Saya...ehem, tak reti la jahit langsir.

Ahad, My MIL teringin nak gotong royong buat bubur asyura, tetapi, saya, Hubby dan My BIL terpaksa balik awal, kerana ada hal. Sempat pergi Banting kejap, ke kilang kerepek, dan beli plastik. Akhirnya My Hubby dan saya berkenan pada Digital Electronic  Scale ni.
 

 Kemudian, kami terus ke KL,  update buku library. Dah seminggu lewat. Kena denda RM 2 lebih.


Lepas tu, terus hantar Thaqif ke UIA.
Kemudian, kami singgah Bro-Arts, ambil stok t-shirt baru dalam 63 pcs. Alhamdulillah.



Pastu, kami shopping lagi...ihiks, barang2 rumah lak ye. Akhir2 taun ni, banyak COMBO PACK. Jadi, kami pun amek peluang beli . Di antara ribuan barang kat Giant Bt Caves tu, ni la barang versi Combo Pack yang kami ambil ikut keperluan. ;)


 
 


Friday, December 25, 2009

Breakfast: cekodok Sardin, Bihun goreng kicap perencah adabi, Teh,


Breakfast aka Dinner. Bihun tu, masak malam tadi. Cekodok panas-panas lagi. RESIPI DI BAWAH YA

Salam sejahtera, selamat pagi.

Malam tadi, kami tak dinner. My Hubby balik, muram jer. Katanya sakit kepala. Saya pun kurang sihat. Tak lalu makan nasi. Buat bihun jer. Saya picit2 kepala My Hubby sampai tertidur.
Hi hi. Lupa arini Krismas. Happy Krismas untuk yang menyambutnya. My Hubby keja lagi. Tapi separuh ari jer.
Yang nak masuk skolah, cepat2 beli alatan skolah tu. Akhir2 taun ni, murah2.
Yang nak shopping YES (Year End Sale) cepat shopping!!! wakaka.

Insya Allah, kami balik Banting lagi. My FIL (Father in law) masuk ospital lagi 2 hari lepas. Tapi, dah dibenarkan kuar. Kami pun ada kenduri kat seremban. Nak beli hadiah orang kawen lagi. Beria-ia Hubby nak pegi. Katanya kawan lama. Jadi kami cuti la, sampai Ahad..... Selamat berhujung minggu ya.


Ais Krim Malaysia versi Teh O :)

Salam sejahtera, layan jerla aiskrim Malaysia ni. hihi


Kes nak abeskan teh o yang tak abes minum last night.


Bihun Goreng kicap Perencah Adabi


Hati2 no, untuk versi ni, jangan guna kicap masin. Ahaks...

BIHUN GORENG PERENCAH ADABI - sendiri+assistant paket. :)

1/2 paket Bihun - direndam hingga empuk (cara nak cepat, saya rebus kejap)
1 paket kecil perencah bihun adabi
2 ulas Bawang putih
1/2 biji Bawang besar
Garam secukup rasa -(biasanya perencah dah ada garam)
Kicap manis secukup bihun
2-3 biji Telur
1/2 ikat Sayur sawi - (nak cepat empuk, ketuk2 jer batang sawi tu, pastu potong - potong)

CARA:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga hampir garing.
2. Masukkan sayur. Biar separuh layu.
3. Masukkan telur. Biar agak berketul.
4. Masukkan perencah adabi, garam, kicap manis, dan akhirnya Bihun.
5. Kacau sebati. Biar bihun agak lembut. Angkat dan hidang.

Thursday, December 24, 2009

Dinner malam tadi: Singgang Ikan Selar, Bayam Merah Goreng Belacan, Sotong Goreng Kunyit, buah jambu


Lauk Dinner malam tadi. RESIPI BOLE CHECK DI BAWAH YA. :)
Salam sejahtera, selamat pagi,

Alhamdulillah, saya dah bersaa sedikit lapang dada, dan ruang. Sebtulnya, bila kita catat semua yang kita 'really, really need to do list', kita akan rasa lebih lapang. Lebih2 lagi pada bulan DIsember.

Sebtulnya, ada kejutan kelmarin. Ada customer yang dah masukkan duit untuk baju 14hb lepas, tapi lupa inform pada kami melalui SMS atau E-MAIL. Sebetulnya, ada satu reply Bayaran akan dihantar kepada customer, dan E-mail no siri poslaju yang akan dihantar selepas Bayaran. Jika tiada, customer mesti check. Terlupa ialah sifat biasa insan. Kami sendiri 14hb lepas, sibuk ngan MIL dan FIL yang masuk wad. Jika customer berharap kami check akaun kerap, mugkin tidak mampu dilakukan.Jadi, customer mesti inform kepada kami. Pagi ini, saya akan poskan baju yang dia pesan. Insya Allah, jangan risau ya. :)


Sayur Bayam Merah goreng belacan


Sayur bayam goreng belacan. Dah jemu ngan tumis biasa. :)

Sayur Bayam Merah Goreng Belacan

1 ikat Bayam merah- dipotong2
1 - 1 1/2 inci belacan -ditumbuk bersama (saya tak bubuh banyak sebab dah tambah ikan bilis)
Sejemput Ikan bilis - ditumbuk bersama
1/2 biji Bawang besar (saiz kecil)-ditumbuk bersama
1 ulas Bawang putih -ditumbuk bersama
2-3 biji Cili padi -ditumbuk bersama
1/2 cawan air

CARA:
1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk. Biar sedikit garing.
2. Masukkan batang bayam merah, dan air. Kacau hingga batang bayam sedikit lembut.
3. Masukkan daun bayam, dan kacau hingga sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan.


SINGGANG IKAN SELAR


Ikan selar, bagi saya, sedap dibuat singgang. lebih2 selar kuning yang kecik2 tu. :)

SINGGANG IKAN SELAR - sumber sendiri

1/2 periuk kecil Air
2 ekor Ikan selar (saiz sederhana besar) - dikerat dua bahagian
2 ulas Bawang putih - dihiris nipis
2 inci Lengkuas - diketuk
1  keping Asam keping / asam gelugor
Garam secukup rasa


CARA:
1. Didihkan air. 
2. Masukkan ikan selar, bawang putih, lengkuas, asam keping, dan garam.
3. Biar hingga ikan masak.
4. Angkat dan hidangkan.


Sotong Goreng Kunyit 2

Salam sejahtera, selamat pagi,

Sotong goreng kunyit yang buat My Hubby bertambah nasi malam tadi. ;)

SOTONG GORENG KUNYIT  - sumber sendiri

10-12 ekor Sotong kecil - dibersihkan, kalau rajin, buang matanya.
1/2 Bawang besar (saiz kecil) - dihiris nipis
2 ulas Bawang putih -dihiris nipis
2-3 biji Cili padi - dihiris bulat2
sedikit Serbuk Kunyit
1/2 cawan Air
Garam secukup rasa 
Secubit gula


CARA:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, dan sotong. Biar hingga sikit  garing.
2. Masukkan air, serbuk kunyit, dan garam, dan gula . Kacau sebati hingga sotong masak.
3. Angkat dan hidangkan.


BUAH JAMBU



Salam sejahtera, selamat pagi,

Layan jerla buah jambu. :) Lebih ekonomi dari kita beli jambu ngan serbuk asam boi,
yang 3 keping singgit tu.


Buah jambu ni agak besar. Puas hati makan...;)


Buah jambu yang siap dipotong


Subhanallah

 Disember, bulan penuh kebizyan... macam-macam plan ada. Seme kena buat satu list panjang..... Alhamdulillah, ada rezeki skit, ingat nak topup kat rumah ni. mana patut.

Biar jadi macam umah orang lain skek. kaka. Caya tak? Dah 3 taun, kami dok umah ni, satu sofa, tv, katil, pun tak beli...? ;) Apa punya kedekut tuan rumah ni ya?. Eh, tidakla, kami ni buat persediaan klau2 bos kata nak pindah. Maklumlah, rumah sewa. Kondo aka apartment lak tu.(bukan kondo betul tau, pangsapuri jer) Nasib baik tingkat 1. Lif rosak pun, angkat lutut.

Setakat ni, kawasan apt ni, kurang gangguan pekerja asing, walaupun kat apartment depan2 pintu gerbang MK tu, ramai pekerja asing dudok. Kat Bkt Sentosa apatah lagi. 

Belum lagi, nak bayar hutang-piutang, bagi kat mak ngan ayah, dll lagi. Anak? Ramai yang tanya, tapi, buat apa saya nak sedey2. Saya percaya pada Qada' dan Qadar. Allah belum bagi rezeki lagi. Cara biasa, kami dah guna. Cara mahal, tak mampu. Alhamdulillah atas rezeki yang ada. :)

Subhanallah,Alhamdulillah, Allahuakhbar walaupun ANAK sebab utama saya menyendiri dari menghadiri majlis majlis terdekat, kecuali saudara-mara dan  atas permintaan suami, saya masih bersyukur, hati ini tidak terguris mendengar teguran sinis orang, orang tua yang berbisik2 pada Hubby, teman2 yang kurang peka pada jiwa sunyi seorang wanita.

Ya, saya bukan lulusan Universiti, hanya SPM. Saya kurang bijak, dan dari keluarga susah. Maka, saya susah nak mendapat pekerjaan tanpa shif di kawasan Bkt Beruntung ini....Selepas kawen, rasminya saya menganggur dari pekerjaan saya, guru tadika dan taska. Maka, saya menjadi Online Biz buat pertama kali di BicaraJutawan.com, dan wanitaniaga.com pada Mac lalu. Saya pernah gagal. Tapi, jangan gunakan kegagalan itu alasan, melainkan inspiring you more!

Walaupun begitu, saya sentiasa berharap...agar adik-adik saya menggunakan peluang yang ada untuk melangkah cemerlang dalam hidup dan pelajaran. :)

Tiada kesenangan melainkan kita melalui kepedihan. Insya Allah...., selamat berjaya buat semua teman-teman... :)

Wednesday, December 23, 2009

Terung masak kicap ngan udang


Ini di antara menu malam tadi 


Salam sejahtera, selamat pagi. Insya Allah, hari ini ada lapang skit. Akan menziarah blog geman-teman ya :)


Terung masak kicap ngan udang


4 biji Terung (saiz kecil) - dipotong serong.
1/2 biji Bawang besar -dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Segenggam Udang basah (saiz sederhana)
3sdb Kicap manis
2sdb Kicap masin
Sedikit air masak


CARA:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar, udang
2. Kemudian masukkan terung. Kacau sebati.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis dan air.
4. Biar sehingga sedikit layu.
5. Angkat dan hidangkan.


Jom refresh hafazan Surah al-Mulk :)

Salam sejahtera,


Dah lama tak refresh hafazan surah al-Mulk as-Sajdah dan Yasin. 3 surah itu yang paling popular masa saya skolah dulu. Ini satu video Surah al-Mulk yang dilagukan oleh Qari yang  di antara yang paling merdu pernah saya dengar.





Sunday, December 20, 2009

Ikan Kerisi Masam Manis


Ini lauk siang tadi. :)

Salam sejahtera, selamat malam,

Dalam 2 hari ini, kami berdua berehat di rumah. Tidak keluar kecuali ke pasar pagi dan kawasan dekat rumah jer. Komputer pun, My Hubby asyik pasang Movie, jadi takder can la saya nak main2 kecuali time My Hubby gi surau. Itupun, sempat check e-mail dan godek Blog niaga kami jer. hihi. Seme versi simple, tapi, masih ada kick. Tapi, Hubby mengadu tak pedas. hihihi.

IKAN KERISI MASAM MANIS

2 ekor Ikan kerisi(saiz sederhana besar) - digoreng dahulu.
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
2 sdb Sos tomato
2sdb Sos cili
sedikit garam
sedikit gula
sedikit air masak

CARA :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga agak garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, air masak, garam dan gula.
3. Biar mendidih, dan agak pekat.
4. Tuang atas ikan kerisi yang siap digoreng.


SUP UDANG SIMPLE


Sup Udang semata-mata. Simple, tapi, saya suka... :)
SUP UDANG SIMPLE

Segenggam Udang
1/2 periuk kecil Air
2 ulas Bawang putih - dihiris nipis
1/3 biji Bawang besar - dihiris nipis
Garam secukupnya

CARA:
Didihkan air, beserta bawang besar dan bawang putih.
Bila mendidih, masukkan udang dan garam.
Nampak udang agak masak, angkat dan hidangkan

Sup Sayur Kobis Cina dengan udang


Ini menu kelmarin ya...tak sempat update. ;)
Sup Sayur Kobis Cina dengan udang


1/2 batang Kobis Cina - dibelah memanjang, kemudian potong kecil2.
Sedikit Udang

2 ulas Bawang putih - dihiris nipis
2 biji Bawang merah - dihiris nipis
1 Kiub ayam Maggi
2 biji Cili padi -dipotong bulat2
Air secukup kobis


CARA :
1. Tumis bawang putih, bawang besar, dan cili padi. Biar garing
2. Masukkan air secukupnya.Biar sehingga mendidih.
3. Bila mendidih, masukkan kiub ayam, kobis dan garam.
4. Biar hingga kobis sedikit layu.
5. Tutup api, dan hidangkan.


Saturday, December 19, 2009

Tugasan yang menghambat dan Dinner simple : sambal udang campur sotong, sayur cendawan tumis


Order yang akan dihantar Hari Sabtu....

:) Subhanallah.Rupanya tarikh lahir, tahun kelahiran saya sama ngan Ika, arah. Tak sangka, saya ada kembar lain bapa dan ibu. Jarang kita jumpa kebetulan macam ni,kan? Actually, saya memang tak tau,Ika sama umur ngan saya. Yang tau, Ika lahir 17 Sept, masa Ramadhan aritu. :)  Satu lagi, anniversary Ika pun bulan Januari, 7hb. Kami suami isteri pun bulan Januari jugak. 19 hb akad nikah, 20hb kenduri = hari lahir My Hubby. Subhanallah.  Noorsha pun sama umur ngan saya.

:) Saya ni, slalu perasan diri  saya masih muda remaja. Seme orang, saya panggil kak. hihi.  Kalu ada member blogger yang terasa Umur bertambah ngan panggilan Kak tu, bagitau la ya...saya lahir tahun 1981.


VERSI DINNER SIMPLE
.
sambal udang dan sotong. versi abeskan stok

sayur cendawan tumis lagi.... ;)

TUGASAN SAYA:
Saya Merangkap Kerani. Tugas: Mengasingkan surat menyurat dlm fail, mengingatkan Hubby suh bayar bil-bil. My Hubby bayar online.

Saya merangkap pembantu untuk mencari cenderahati dan hadiah. Banyak hadiah lom bagi lagi ni. Kenduri dah lepas dah... huhu. Hari ni satu kat PAHANG.

Saya merangkap assistant manager, pekerja kedai online kami. Meletak label pada stok  badges yang ada.

Comei tak Sin Chan tu? 

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────