Sunday, February 7, 2010

Ayam masak merah, kailan goreng dan minum petang


Salam sejahtera, selamat petang,

Dah jemu makan bebola daging? hihi. sorila. baru sempat upload. itupun berebut laptop ngan My Hubby. My Hubby ni, kalau dapat laptop, berjam-jam duduk pun takpe. Macam2 dia surf. Kalu saya yg main laptop ni, alamat ada la aktiviti yang pelik2 My Hubby buat. Maklumlah, orang dah biasa kerja. Boring agaknya. Lagipun kat rumah kami, TV dah rosak. Jadi, untuk keamanan sejagat, saya serahkan laptop tuk My Hubby guna. :) Saya? Takpela, ada masa terluang, saya post atau blogwalking. Terutama, time My Hubby tido. ;)

AYAM MASAK MERAH 2

5-6 Ketul ayam - diperap sekejap ngan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Jangan terlalu garing.

3 batang serai -dikisar
2 sdb cili kisar/ cili boh
3 biji bawang merah - dikisar
2 biji bawang putih -dikisar
1 sdb sos tomato
2 sdb sos cili
secubit garam (secukup rasa)
Secubit gula (secukup rasa)
Air secukup kuah yang dikehendaki

CARA :
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Biar cili masak.
3. Masukkan sos cili dan sos tomato, sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sebati.
4. Akhir sekali, baru masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati. Biar sekejap.
5. Angkat dan hidangkan.

 
Sayur kailan goreng sempoi

Minum petang, bahulu gulung
 
Saya sukaaa sangat roti potato yang lembut.

4 comments:

  1. Nur! Love nak kesemua dishes di atas tuh! Sedapnya Nur masak! Uwaaa...

    ReplyDelete
  2. Salam Nur....ayam masak merah..mkn ngan nasi apa pun sedapkan...kalu cicah ngan roti pun sedap..tu hb akak punya style hahahahh...take care dear

    ReplyDelete
  3. salam kak love,
    hihi. kak love suka ayam,kan? nah, ayam masak merah untuk kak love sepinggan. hihi

    ReplyDelete
  4. salam kak JC,
    baru malam tadi makan ayam masak merah ngan roti. tak lalu makan nasi. hihi...

    ReplyDelete