Tuesday, April 27, 2010

Nasi Goreng balance Tomyam



Salam sejahtera, selamat pagi,
Malam tadi ada juga buat Tomyam ayam. Bahagian tulang2, memang sedap dibuat tomyam atau sup. Nasib baik tomyam malam tadi sempoi, sbb no vege. Jadi, pagi ni, oter buat nasi goreng.




NASI GORENG BALANCE TOMYAM

Bahan-bahan:
2sdb Minyak
1/2 sdm Pes tomyam (secukup rasa)
2sdb Kuah tomyam
Ayam dr tomyam tersebut
2cwn Nasi sejuk
Cili padi- diketuk, jika mahu
Sayur - saya hiris halus carrot jer
Garam

Cara :
1. Tumiskan pes tomyam hingga naik bau.
2. Masukkan kuah tomyam, dan ayam. (Sayuran bole juga dimasukkan masa ni)
3. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Akhirnya masukkan cili padi dan carrot (saya masukkan carrot lambat sbb nak rangup).
5. Kacau rata dan angkat. Siap dihidangkan.

8 comments:

  1. macam ni lah kan kaum ibu bila ada leftover makann kenalh creative kan diri...

    ReplyDelete
  2. kita suka betul nasi goreng + lauk belen², takyah tumis² bawang pun sedap :)

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum nurindah :)sedap nampak ns goreng tu...kelmarin beli pes nasi goreng tomyam tp blm sempat nak buat...ni nurindah dah bg resepi, leh sy cuba..:p~

    ReplyDelete
  4. Salam nur...
    Lamanya tak menyinggah mana2...rindu nak nengok masakan nur... mmmm ada nasik goreng kali ni...sedapnya, kenyang kalu dapat wat bekfes akak pagi ni..hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak E-Na,
    fenin nak cari menu bekfes kan? hihi

    ReplyDelete
  6. salam KOG,
    aha, tak yah potong bawang2 tu kan? masuk jer. hihi

    ReplyDelete
  7. salam kak deliah,
    ala, resipi cincai jer kak. yg penting masuk jer. kihkih

    ReplyDelete
  8. salam kak fzi,
    apa khabar,kak? rindu juga kat fzmenu. teringin nak nasi kerabu la kak. kihkih...

    ReplyDelete