Friday, April 30, 2010

Rojak buah Chik Mimi



Kena sipi2 jer. ;)


Dah digaul. Siap untuk dimakan...

Salam sejahtera, selamat petang,

Petang ni, saya buat kuah rojak ni. hihi. Resipi dari Chik Mimi. Dah lama nak cuba. Maklumlah, kat pasar malam, laku benar rojak buah ni. Siap ada macam segala, sengkuang, mangga, jambu, dll. Ikut suka nak pilih buah apa. Jadi, saya pun cuba nasib la. Alhamdulillah3X. heheh. Dah hampir2 bole calen rojak makbee. hihi.

Jangan tanya saya sukatannya ya, sbb, saya bubuh ikut rasa. Semua kopipes dr blog chik mimi, cuma saya atur2 skit je. Terima kasih banyak, kak... :) Lam petiais cuma ada mangga. Kita buat rojak mangga dah....

HOMEMADE KUAH ROJAK -sumber Chik Mimi

Bahan-bahannya

Cili Kering-Direbus kemudian diblend (nurindah: saya buat 10 biji je, kalu nak laagi pedas bole tambah)
Cili Padi (nurindah: saya buh 4-5 biji je)
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir
Sedikit air
Kicap~chik mi guna kicap Habhal (nurindah: saya guna kicap masin habhal)
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu
*Air asam jawa~jika perlu (nurindah: saya tak bubuh)

Cara-caranya.
1. Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering
2. masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,
3. selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan
4. selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.

*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.jika terlalu pedas masukkan sedikit air asam jawa yg pekat ke dlm kuahnya.


Saya buat pekat2 skit....




8 comments:

  1. salam..sedapnya rojak buah ni..rajin ek buat..

    ReplyDelete
  2. tk,makbonda memang tengahcari resepi ni,perna buat tak sedap,kali ni sedap kot

    ReplyDelete
  3. wuuuuuiiiiiiii!!! tengok pencicah dia terkecur lah nur!!! nak2 ada cik mangga untuk cicah tu...macam terasa gitu kat lidah ni...

    ReplyDelete
  4. Salam Nur,
    Tengok rojak buah ni rasa kecur je... best nye kalo dapat makan nie....

    ReplyDelete
  5. salam kak ina,
    sajer cuba2 kak. asah skill. hihi

    ReplyDelete
  6. salam mak bonda,
    saya pun cuba2 kak. banding2 ngan kuah rojak yg biasa makan. :)

    ReplyDelete
  7. salam kak yat,
    skali2 jumpa mangga muda....fuh!

    ReplyDelete
  8. salam ijan,
    hihi. windu ijan. ai, kecur tu. ntah2 mikael nak dapat adik tak? kihkih. gurau je ijan..

    ReplyDelete