Thursday, June 24, 2010

Telur Sos Kacang Panggang


Salam sjahtera, selamat malam. Amat jarang saya dapat online waktu malam. Biasanya my hubby yang guna lappy ni. Ini sebab nunggu my hubby yang blom balik lagi. Dia dah kenyang makan laksa kat majlis ceramah di ofisnya. Pastu, keluar minum ngan kawan. Kasihan my hubby, dia tertinggal dompet kat rumah. Pasti amat lapar. Takpela bang, saya takkan majuk abang tak ingat saya masa makan laksa tu.. sob sob...!


Ini dia antara menu malam ni. Ada juga tomyam ayam yang dah biasa buat. Saya buat separuh bahan jer. Telur dah tinggal 2 biji. Sajer nak try kacang panggang. Actually, saya tak reti makan kacang ni. Dulu2 biasa dok intai mamafami, buat breakfast. Jadi, punyalah teringin... hihi. Saya jumpa resipi sempoi ni kat majalah Saji. Majalah ni bagus jugak, sbb beberapa resipi saya try, memang menjadi :D Er... saya baru nak cuba2 makan kacang ni, jangan tanya saya sedap ke tak ya... hahahaha...

TELUR SOS KACANG PANGGANG - sumber majalah saji.

6 biji telur
5 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris nipis
5sdb sos cili
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tin kecil kacang panggang - saya masukkan bersama kuahnya
200ml air
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA:
1. Goreng telur sebiji-sebiji ala mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk sos: Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili, cili merah, air dan gula secukup rasa. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan kacang panggang.
4. Selepas itu, barulah masukkan telur goreng tadi. Gaul sebati. (saya biarkan kuahnya hingga agak pekat)

18 comments:

  1. salam nur...sedapnyer ni...mau habis sebuku roti sy hadap-syyhh,jgn ckp org tau! :D

    ReplyDelete
  2. salam k.nur...nampak menyelerakn..nk sedekit leh....hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Indah,

    sedap ni walaupun simple.


    Yang ni kRina kengkadang buat utk anak2.

    ReplyDelete
  4. ni peberet family kak mas tau, kalau kak mas kami suka letak daging cincang masa masak sos kacang panggang tu, rasanya lagi sedap,pas tu goreng sosej sikit, macam makan kat hotel plak..he..he..

    ReplyDelete
  5. sedap kan??? nak tanya juga..he he

    ReplyDelete
  6. salam nur..waaa menu omptih tu..msti cdp tu..kmaz suke kcang pngang tu..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba makan kacang panggang ni...nak cubalah!

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Balas ziarah nih. Terima kasih sudi ke'rumah' kita :-)

    ReplyDelete
  9. resepi yang mudah. yang pasti anak2 memang suka makan.

    ReplyDelete
  10. salam deliah,
    syyy.. saya diam2 jer ni. hihi

    ReplyDelete
  11. salam myrah.
    kalu nak tau rasa dia, cubalah. akak baru nak try2 makan :)

    ReplyDelete
  12. salam kak rina,
    budak2 suka ya kak.. saya juga yg jakun. :)

    ReplyDelete
  13. salam kak mas,
    hihi. dah makan ala western gitu.

    ReplyDelete
  14. salam kak e-na,
    sedap juga. lembut kacangnya, lemak2 :)

    ReplyDelete
  15. salam ckLah,
    hihi. saya pun baru pestime. haha

    ReplyDelete
  16. salam kak som,
    terima kasih datang ya :)

    ReplyDelete
  17. salam kak pah,
    hihi. budak2 pun suka kacang ni? baru saya tau... haha

    ReplyDelete