Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, April 30, 2010

Rojak buah Chik Mimi



Kena sipi2 jer. ;)


Dah digaul. Siap untuk dimakan...

Salam sejahtera, selamat petang,

Petang ni, saya buat kuah rojak ni. hihi. Resipi dari Chik Mimi. Dah lama nak cuba. Maklumlah, kat pasar malam, laku benar rojak buah ni. Siap ada macam segala, sengkuang, mangga, jambu, dll. Ikut suka nak pilih buah apa. Jadi, saya pun cuba nasib la. Alhamdulillah3X. heheh. Dah hampir2 bole calen rojak makbee. hihi.

Jangan tanya saya sukatannya ya, sbb, saya bubuh ikut rasa. Semua kopipes dr blog chik mimi, cuma saya atur2 skit je. Terima kasih banyak, kak... :) Lam petiais cuma ada mangga. Kita buat rojak mangga dah....

HOMEMADE KUAH ROJAK -sumber Chik Mimi

Bahan-bahannya

Cili Kering-Direbus kemudian diblend (nurindah: saya buat 10 biji je, kalu nak laagi pedas bole tambah)
Cili Padi (nurindah: saya buh 4-5 biji je)
Belacan
Gula melaka
Gula Pasir
Sedikit air
Kicap~chik mi guna kicap Habhal (nurindah: saya guna kicap masin habhal)
Sedikit tepung gandum utk pekatkan kuah -Chik mi bancuh bersama dengan air gula & kicap tu
*Air asam jawa~jika perlu (nurindah: saya tak bubuh)

Cara-caranya.
1. Blend cili kering,cili padi belacan menggunakan blender kering
2. masak gula merah & gula putih bersama sehingga cair,air jgn terlalu banyak nnti cair tak sedap,
3. selepas tu masukkan bahan blend serta kicap masak dengan api perlahan
4. selepas tu ,masukkan bancuhan tepung gandum ke dalam sos tadi masak lagi sehingga pekat.

*kuantiti bahan bergantung kepada kepedasan & kemanisan sendiri ye.jika terlalu pedas masukkan sedikit air asam jawa yg pekat ke dlm kuahnya.


Saya buat pekat2 skit....




tambah koleksi ...


Tulip namanya kalu tak silap. Aritu kak hana buka kebun munge. kak hana suh bawak balik. jadi saya amik yg kuning ni tambah koleksi. maceh kak hana. muaaah!


Teddy bear ni dapat lagi dari Ros. muah muah..! :)

Pisang Goreng MIL


Style MIL. Goreng pisang guna tepung gandum+ skit garam n air. Tambah 1 sdm minyak masak lam bancuhan tepung. Kata MIL, utk merangupkan. My Hubby suka makan pisang goreng macam ni. Saya plak tak kisah, versi tepung beras ke gandum, semua bole masuk...


Ni ha, versi tambah serbuk kunyit. For me! haha...separuh Hubby wat bekal la...

Salam sejahtera, selamat pagi,
Orang makan pisang goreng petang2, tapi kami buat bekfes. hikhik. Kami tak kisah, asal perut kenyang. Kat rumah parents Hubby kat banting pun, bila ada pisang Abu atau pisang Tanduk jer, selagi elok, mesti buat pisang goreng time bekfes. Tapi adala, tambah2 nasi goreng.

My Hubby makan nasi leftover malam tadi, ngan ikan pari. Pisang goreng tu buat bekal. Saya guna cara MIL, guna tepung gandum. Satu versi ori MIL, satu lagi versi kuning2. Alahai, teringat sambal kicap kak LG malam tadi.Sedap,kan kalu cecah2? :)

Thursday, April 29, 2010

Asam Pedas Ikan Pari


Salam sejahtera, selamat malam,
Kejap tadi, ada teman Hubby mintak nak pinjam stok baju bro-arts kami. Kakaknya nak buat gerai sale esok. Cepat2 jer kami packing.Saya dan Hubby ni, kalu bab bisnes, ada je, tak sama pendapat. majuk2 tu biasala..tapi tak lama, takut berdosa plaks. ;)

Ini dinner tadi. Buat cepat2 sebab Hubby dah lapo. Saya plak jenis lambat. huhu. Cian My Hubby. Ok, dah satu hari saya tak hupdet blog. Buat asam pedas ni, dari buku kak hanieliza. Asam pedas tu, saya masih tak lulus lagi dgn asam jawa dan perasanya. Tapi, at least tak guna perencah adabi lagi,kan? hikhik...



ASAM PEDAS IKAN PARI - dari buku Ikan, Chef Hanieliza.

Bahan2: (Nurindah: saya buat separuh bahan je. Di bawah resipi asal.)

500gm ikan pari -dibersihkan
10 biji bendi
1 biji tomato -dipotong 4
1/2 cwn air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cwn air
3 sdm minyak masak -untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:

20 tangkai cili kering - (Nurindah:dipotong,buang bijinya, dan direndam dengan air panas seketika)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdt serbuk kunyit

Nota Nurindah: Untuk memastikan bahan kisar btul2 hancur, hiris nipis bawang2 tu, baru masuk ke dalam pengisar dengan sedikit air.

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air biasa. Reneh hingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum, dan bendi. Kemudian biarkan hingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato.
5. Perlahankan api, biar hingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.



Udang goreng halba. Resipi kat sini


Tofu telu bersos tiram yang biasa buat. Resipi kat sini. kali ni, tak buh cili. nak manis2 jer :)

Wednesday, April 28, 2010

Bubur Nasi Senang.. :)


Bubur nasi dan ayam goreng kicap..


Close up... :)

Salam sejahtera, selamat pagi,
Thanks a lot to chik mimi. Kelmarin chik mimi tayang drama korea yg diminatinya, Painter of the wind. Adus, saya pun cari2 kat youtube. Sempat tgok sikit. Dan satu part tu, pelakonnya sebut "broth". Actually broth tu ala-ala sup. Ting! Datang idea nak buat bubur nasi! Waduh, lauk dah tinggal ciput jer. Lagipun nasi tak laku beberapa hari ni. Jadi, malam tadi, kami dinner bubur nasi. :)

Alhamdulillah, My Hubby tambah 3 pinggan. Dan saya 2 pinggan ...jer. Pagi ni sambung bubur lagi dan buat roti jem stoberi jer. Really appreciated it, chik mimi. Saya pun peminat cite korea. hakkhak..

BUBUR NASI SENANG- sendiri

1 cwn Beras -dibasuh bersih
Air secukupnya untuk buat bubur (saya guna periuk sederhana je)
Isi ayam -dihiris nipis
Garam secukup rasa
1/2 kiub pati ayam (bole gunakan stok ayam juga)
1 biji Lobak merah -dihiris halus2. (kalu nak potong dadu pun bole)
Lada sulah - secukup rasa (saya bubuh banyak dlm 1/2 sdm :)

Bahan tambahan :
1.Peha ayam goreng - diperap dengan kicap masin/manis, dan lada putih sikit. Kemudian goreng dengan api perlahan supaya kicap tidak hangus.
2.Daun sup dan daun bawang - dipotong kecil2
3.Bawang goreng - (saya guna bawang goreng segera je)
4.Ikan bilis - digoreng (jika mahu)

CARA MEMBUATNYA:
1. Masak beras hingga mendidih.
2. Masukkan kepingan daging ayam. Biar beras hingga menjadi nasi yg lembik.
3. Tambah air jika mahu bubur lebih air.
4. Bila bubur kelihatan agak pekat dan separuh hancur, masukkan garam, lada sulah, kiub ayam dan lobak merah. Kacau rata hingga perasa sebati.Biar sekejap. Kemudian tutup api.
5. HIdangkan dengan ayam kicap tadi, tabur daun bawang dan daun sup, ikan bilis serta bawang goreng. Bau yang amat menyelerakan.
6. Jom makan!



Sebelum makan..


Selepas makan...

Tuesday, April 27, 2010

Nasi Goreng balance Tomyam



Salam sejahtera, selamat pagi,
Malam tadi ada juga buat Tomyam ayam. Bahagian tulang2, memang sedap dibuat tomyam atau sup. Nasib baik tomyam malam tadi sempoi, sbb no vege. Jadi, pagi ni, oter buat nasi goreng.




NASI GORENG BALANCE TOMYAM

Bahan-bahan:
2sdb Minyak
1/2 sdm Pes tomyam (secukup rasa)
2sdb Kuah tomyam
Ayam dr tomyam tersebut
2cwn Nasi sejuk
Cili padi- diketuk, jika mahu
Sayur - saya hiris halus carrot jer
Garam

Cara :
1. Tumiskan pes tomyam hingga naik bau.
2. Masukkan kuah tomyam, dan ayam. (Sayuran bole juga dimasukkan masa ni)
3. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Akhirnya masukkan cili padi dan carrot (saya masukkan carrot lambat sbb nak rangup).
5. Kacau rata dan angkat. Siap dihidangkan.

Ayam Goreng Bijan


Salam sejahtera, selamat pagi,
Awal hari ni saya bangun. :) Nak cita apa ek sbb kelmarin saya online for our online store. Rasanya, elokla saya cuti blogging setiap Ahad dan Isnin, ahaks...sebab jika ada order n penghantaran, perlu diuruskan baik2. Lebih2 jika customer sudah buat bayaran. Masih berlangsung clearance sale Bro-Arts. Harga pun dah turun banyak. :) Biasanya yg minat baju2 ni, remaja dan mereka yg berbadan kecil, sbb baju ni agak straight, bukan A size.

Malam tadi buat ayam goreng ngan bijan ni. Adapted dari taste.com.au. Aritu tanya2 kak LG pasal hidangan 1 malaysia. ayam kak LG memang versi letak honey lemon chicken. Resipi asal plak udang madu. sampai kat saya, jadi ayam berbijan lak...hahaha. Lepas kempunan saya nak makan ayam berbijan kat pasar malam tuh. Thanks a lot kak LG, sebab bagi link resipi ni aritu. Yum yum....sedap!

AYAM GORENG BIJAN- idea dr taste.com.au, inspirasi dr Kak LG, salam2benua.

Bahan-bahan :
Ayam - dipotong kecil2
tepung naik sendiri - secukupnya utk batter
serbuk lada putih - secukup rasa
sedikit garam -secukup rasa
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
tepung jagung -utk disapu pada ayam
Air secukupnya untuk membuat batter
Bijan
Sedikit serbuk kunyit utk pewarna


Cara membuat:
1. Lumur ayam dengan sedikit garam, kemudian baru lumur tepung jagung. Perap sekejap.
2. Untuk batter, ayak tepung naik sendiri dengan lada putih. Telur pula dipukul dalam bekas berasingan.
3. Masukkan telur ke dalam tepung. Kmudian masukkan air sikit2 hingga tiada ketul2 dan mendapat cairan sempurna untuk menyalut ayam. Tabur bijan dan garam secukup rasa. Biar sekejap.
4. Batter lebih sebati bila diperap sekejap.
5. Masukkan ayam. Gaul rata.
6. Goreng dengan api sedikit perlahan.
7. Biasanya berminyak skit . Toskan minyaknya.
8. Biar garing dan berwarna kekuningan. Angkat dan toskan. Kalau saya, potong lagi ayam tu, bagi nampak isinya.
9. Siap dihidang dgan sos.



Monday, April 26, 2010

Award dari kak izah


Salam sejahtera, selamat tengahari,
Hari ni, saya nak off off. Kena semak online store, order dan macam2 lagi. Ada masakan, baru saya update n blogwalkin ya.

Di bawah ialah award dari kak izah, pas2 dari mamafami. Sebenarnya, ada tag, tapi sbb tangan saya kecik jer. saya amik award jer. heheh. Harap tak berkecil hati, ya kak izah. tak sempat nak jwb tag2 ni. Terima kasih atas award yang berharga tu. Dah peluk2 cium2 dah dari hari dapat tu. Tima kasih banyak2 kak. Moga persahabatan jua perkenalan kita diberkati Allah dan dalam kasih-sayang-Nya..

Sunday, April 25, 2010

ROTI CANAI Mr. Niceghost99


Sebelah kiri roti canai telur, kanan roti canai bolat2. tak besar sbb canaian saya kecik jer. kalu ada dulang. bole tarik besar2 skit...

Salam sejahtera,
Hari ni, ada pilihanraya di Hulu Selangor, termasukla, kawasan rumah kami, Bukit Beruntung.. My Hubby cakap kedaan pagi ni nampak sunyi. Kempen malam tadi abes kul 11. bape ramaila penduduk jati BB ni..

Pagi ni saya teringin nak makan roti canai. tapi intai resipi roti canai Mrniceghost kat FP mamafami. testimoni kat sini pun ade ..My Hubby tido. layan waktu cuti dia. kelmarin kerja jgk half day. Kesian.. Godek2 adunan pukul 6.30. Perap 2 1/2 jam tu. Makan dulu, baru post. Sorry ya..ngeeee....

Itu jerla, Alhamdulillah, sedaaaaap makan ngan sardin . heheh. resipi ni cantik, sbb roti dah sejuk pun, masih tak kejung, maintain sedap bole kunyah. kalu bagi nipis tarik tu, laaagi rangup n lembut.



Siap utk dimakan...


ROTI CANAI - Mr. Niceghost99 (dari forum cari.com,my) kopipes dari rumah Mamafami

3 cups flour
1 - 1.5 cups water
1 tablespoon margarine
salt to taste
2 tablespoons condensed milk
1 tablespoon cooking oil
Extra margarine

Method :

1. Mix well water, salt and condensed milk
2. Add the liquid into the flour bit by bit if kneading manually
OR
pour the whole amount into the flour if using machine
3. Add in cooking oil
4. Add in margarine
5. Knead to form a soft dough. Leave it covered with a damp cloth for about 30 minutes.
6. Divide the dough into 10 portion and mould into balls.
7. Coat the balls with margarine so that they won't stick to each other. Leave to rest for not less than 2 hours.
8. Spread (tebar as we say it in Malay) each ball on a smooth surface to form a very thin layer. Fold the four sides into the middle and fry.
9. Enjoy.



Alhamdulillah, walaupun saya tak pandai menebar, saya tarik2 adunan tu sampai nipis kat belakang mangkuk. Kalau ada dulang besar laaagi nipis bole tarik. Saya rasa la, lagi lama adunan tu diperap. lagi senang nak nipiskan, tak koyak. Tapi make sure tangan tangan dulu ngan majerin dan sediakan tempat menebar yg sesuai.


Saya penah tgok My Mama buat camni. masa nak goreng, penyek2kan.


close up..


Roti canai sedang masak...sudah masak n garing, letak atas pinggan, kita tepuk2kan dari tepi, senang tuk dimakan..


Roti telur...petak plak


Makan ngan sadin jer... :)


Aroma ikan bakar

Salam sejahtera, selamat pagi,

Dah lewat saya post ni. takut2 basi plak cite. :) Tu la dia, nama tempat kami makan2 malam tadi. aroma ikan bakar. Actually, tak sampai hajat saya nak bagi buah tangan(mufin n cake) buat teman2 Hubby, sbb kata Hubby, sampai sana terus makan2... lagipun lebih 20 orang campur anak2. akhirnya dgn berat hati, saya tinggalkan kat umah. Takpe,la, esok singgah rumah abang hanazli, tapau kue2 tu. :)


sampai sana kul 6 pm. Pilih2 lauk2...

anak2 bermain..

teman2....

My Hubby ajak jalan2 kat pantai remis...

meja yg penuh ngan air jus buah. makan blom sampai lagi.

ikan bawal stim asam boi kalau tak silap


Bendera yg diperkatakan...

jalan jem sepanjang nak samapi rumah...huhu


Saturday, April 24, 2010

brownies dr resipi muffin yani


Resipi Muffin yani MyR. bekas muffin abes, guna bekas besar. Macam brownies rupanya..hihi.


Resipi menggunakan cooking choc (dark choc) tanpa serbuk koko. Yum yumm...

Salam sejahtera, selamat petang,
Nak bersiap2 utk keluar makan nih. Tdi sempat buat kek ni utk tambah2 buah tangan. Disebabkan dah abes bekas muffin, saya tuang lam bekas besar jer. Actually, saya guna resipi mufin yani @ MyR geledah dapur kak watie. Alhamdulillah, rasa maintain sama, n ala-ala brownies jadinya... hikhik.

Okla, bye2 dulu ya. Nak siap2...




Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────