Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, July 31, 2010

Potato wedges (my style), Makaroni sarada

Salam sejahtera. Buat malam tadi, bersama makaroni sarada. Dah lama berhajat nak buat potato wedges. Selalu lupa nak cari cheese wane kuning tu. Lihat sos thousand islan ada dalam peti. Apa salahnya kan? Kita topup cheese parut atasnya. Saya intai2 caranya kat forum cari. Terima kasih buat kakak2 di forum cari yg byk bagi tips. Alhamdulillah, my hubby cakap, sedap... tak berenti dia makan. :D


POTATO WEDGES - my style

Bahan-bahan:
3 biji kentang
Tepung RFC HPA
Minyak untuk menggoreng

Bahan pelengkap:
Sos Thousand Island
Keju parut

CARA:
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong wedges (potongan memanjang. satu biji, bole 6-8 potongan). Kemudian direndam dalam air bercampur sedikit garam spy tidak cepat lebam.

2. Panaskan air dalam periuk kecil, rebus kentang, sehingga lembut. (mudah dicucuk dengan lidi). Toskan, dan lap kentang hingga kering dgn tisu dapur.

2. Tepung RFC dibancuh dengan sedikit air, menjadi batter seperti batter goreng pisang.

3. Panaskan minyak penuh, celup kentang ke dalam bancuhan tepung. Goreng kentang wedges sehingga berwarna keemasan. Balikkan hati2 supaya batter tidak tertanggal.

4. Hidangkan dengan sos thousand island dan taburan keju parut. :)



Makaroni ni, saya buat for dinner malam tadi bersama potato wedges tu. Makaroni ni ala-ala salad. Kami mmg tak pandai sgt makan salad. Jangan tanya camana rasanya, ya? hihihi. Terima kasih buat ros, sebab perkenalkan salad ni. Sekurang2 akak dah mencuba. ;) Izinkan akak tulis kat sini ya.

MAKARONI SARADA
Sumber: Ros, jintanmanis

Bahan-bahannya:

50gram makaroni ( Nurindah: saya guna jenis elbow, jenama San Remo)
1 biji kentang saiz kecil
1/2 cawan mix vegetable
beberapa helai daun salad
1/2 biji tomato
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil gula
sedikit lada sulah
secubit garam
(Nurindah: Tambahan, boleh tambah udang atau sotong dicelur. :)


Cara-caranya

1. Rebus makaroni mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan, kemudian rebus pula kentang hinggga empuk, lecek kentang dan satukan dengan makaroni.

2. Rendam sebentar frozen mix vegetable dengan air panas dan tapiskan bagi mengeluarkan air yang berlebihan, kemudian satukan dengan kentang dan makaroni tadi, campurkan mayonis, lada sulah, gula dan garam.

3. Alas piring dengan daun salad dan letakkan makaroni sarada di atas daun salad, hiaskan dengan hirisan tomato, sedia untuk dihidangkan.


Gulai Kuning Ikan Tongkol


Salam sejahtera, ada seketul lagi ikan tongkol. Saya tanya My hubby, nak masak camana? Goreng, rebus, bersantan? Dia cakap masak lemakla. :D Senang hati saya masak gulai harini. Yala, sebab dah tau dia nak makan camana. Jika tidak, saya singgang jer ikan tongkol/ ikan aye tu... hihihi.

Saya ikut resipi kak Anis, Gulai kuning ikan denuk. Saya pun tak kenal ikan denuk, tetapi nampak isinya banyak dan berlemak seangkatan dgn tenggiri. Setau saya, gulai kuning, ialah lauk untuk nasi berlauk yang menjadi sarapan di pantai timur. Cara kak anis, bahan kisar/ tumbuk ditumis dulu. Saya pula masukkan semua bahan jer, mcm msk lemak. Selain ikan tongkol, atau ikan denuk, boleh juga menggunakan ikan lain spt tenggiri, kembung... Selain itu, tambahan saya untuk my hubby tersayang, pastinya cili padi ketuk. hehehe.... Terima kasih banyak2 buat kak Anis... sedap rasanya, saya suka gulai ni. ;) izinkan saya share kat sini ya kak...

GULAI IKAN TONGKOL
Sumber: Kak Anis, anisdiary

Bahan-bahannya:

500 gram ikan denuk dipotong-potong (Nurindah: Saya ganti ikan tongkol yang siap direbus, diambil bersama air rebusannya).

(Nurindah:Bahan dibawah boleh dikisar/ ditumbuk:)
5 tangkai cili kering dikisar
7 biji bawang kecil dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar

(Bahan lain)
1 cawan santan pekat
1 batang timun saiz besar dipotong ikut suka (nurindah:takde)
7 biji lada hijau muda dibiarkan sebiji-sebiji (nurindah:takde)
5 keping asam (saya guna saiz kecil)
garam
manisan (saya guna gula pasir)
(Nurindah: Saya tambah cili padi diketuk)

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaul sebati.
3. Tambahkan dengan potongan ikan dan gaul sebati, masukkan air paras-paras ikan. Masak hingga kuah mendidih.
4. Tambahkan santan pekat dan kacau lagi. Sekiranya kuah pekat boleh tambah sedikit air lagi.
5. Kacau sekejap-sekejap hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan timun dan cili hijau muda.
6. Biarkan di atas api sebentar dan bolehlah dihidang.
Sedap dihidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman, sambal belacan dan pastinya budu.

Menu 12: Aneka burger


Salam sejahtera. Menu tertunggak lagi. First time, saya guna roti Burger Gardenia ni. So soft. Saya terberkenan sebab aritu, dah buat roti John (guna Frankfurter Gardenia) kat rumah banting. Alhamdulillah, mendapat sambutan. Saya rasa, special rasanya sebab rotinya yg lembut tu. :D Nice ah... sebab rotinya dah siap dipotong. Kami makan sekali2 jer burger, sebab tu berani beli roti burger Gardenia ni, sebab reganya pun boleh tahan. Daging burger pilihan mestilah pakcik Ramly punya. Sekarang dijual 10 keping perpaket. Yang saya pelik, daging burgernya murah... tapi sosejnya mahal pulak! kalu sosej, tetap pilih jenama ayamas la, murah skit. Daging Ramly ni, lebih baik dari daging Azmy. Itu dari taste kami la. Ish..ish.. saya dah membebel. HIHIHI. Sorry ya.. Jom jom lihat cara saya...



BURGER Ramly - my version

2 ketul Roti burger Gardenia
2 keping Daging burger Ramly - (keluarkan dari peti ais, cairkan sikit. kalu masih keras pun takpe,asingkan dagingnya)
Sedikit sos lada hitam
Sedikit kicap manis/ atau seasoning maggi

HIASAN:
Salad/ kobis yg dihiris kasar panjang
Timun Jepun/ timun biasa dihiris
Bawang hiris

1. Panaskan pan leper dengan api perlahan. Non stick lagi selamat la.. :) Tak payah taruk minyak.
2. Letak daging burger. Cucuk daging burger dengan garfu (kaedah ni supaya, ia masak sekata luar dan dalam. (Biasa kat gerai burger, dia potong dua).
3. Biar air daging keluar. Dah garing sebelah, baru balikkan sebelah lagi.
4. Cara nak bagi daging tu moist macam kat mcd, jangan tekan-tekan daging tu masa ia tengah masak, nanti jusnya keluar. Kalu suka garing pula, dipersilakan tekan :D
5. Bila dah hampir masak, baru tekan-tekan daging tu, untuk keluarkan minyaknya.
6. Tuang sedikit sos lada hitam, dan kicap manis/ sesoning maggi. Tekan skit. Balik-balikkan lagi. Angkat.
7. Buang lebihan minyak tadi. Grill sekejap roti burger hingga sedikit perang. Angkat.
8. Cara saya menghidang kat rumah. Letak daging atas roti, lapis ngan sayur, lapis ngan sebelah roti lagi. Sos dan mayonis, dihidangkan asing, sama ada, dituang dalam piring, atau dalam botol sos plastik yang ada muncung tu.. :D.



BENJO - my version

2 ketul roti burger Gardenia
2 biji telur untuk benjo
Blackpepper aji-shio (serbuk lada hitam berperisa)

1. Panaskan pan leper, masukkan sedikit minyak. Guna api kecil
2. Pecahkan sebiji telur di sebelah kanan pan, dan sebiji di sebelah kiri pan.
3. Biar telur hampir kental, baru balikkan sekejap. Biar half-cooked.
4. Balikkan ke sebelah yg ada kuning tu, tabur lada hitam aji shio secukup rasa.
5. Belah dua, lipat jadi 4 segi. Angkat.
6. Grill sekejap roti burger hingga sedikit perang. Angkat.
7. Cara saya menghidang, saya asingkan sos cili dan mayonisnya. Bila nak makan, baru tuang. :D



ROTI BURGER SOS SPAGETTI - my version
Jangan terkejut. Ada balance sos spagetti perasa cendawan Kimball. Saya geram sebab spagetti dah abis. Jadi, for breakfast, saya panaskan minyak, tumis 1 sdb cili kisar. Masukkan udang yg siap dikopek. Tuang sos spagetti secukup roti jer. Biar pekat2. Tutup api. Bolehlah dihidang dengan roti burger. Sedaaaap! My hubby suka. katanya nice idea.. ;)


Friday, July 30, 2010

Menu 11


Salam sejahtera. Menu tertunggak lagi.Sesuai untuk dinner. Tauhu ni, saya beli tauhu lembut dalam bekas petak. Alhamdulillah, sedap, dan kenyang makan 2 orang, besar lak tu. hahaha. Dari malam hingga sahur, masih tahan lagi. Panaskan jer. Saya guna kicap biasa, sbb tu warna kuahnya hitam. :D

TAUHU KUKUS
Sumber Rinnchan

BAHAN-BAHAN:
Tauhu Lembut Jepun
4 tbs sos tiram
1 tbs makan sos nampla (Nurindah: sos ikan)
1 tbs kicap soya cair
1 tsp gula
1 tsp serbuk lada hitam
Secubit garam
3 biji bawang putih, diparut halus
1 tsp minyak bijan
Bahan tabur seperti hirisan daun bawang, cili merah, lobak merah, daun ketumbar dan bawang goreng.

CARA-CARA:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tauhu lembut ke dalam bekas tahan panas yg telah dilengser sedikit minyak.
3. Dlm mangkuk lain, satu kesemua bahan lain kecuali bahan tabur. Kacau sebati.
4. Siram kuah atas tauhu. Kukus selama 15 minit.
5. Setelah masak, taburkan bahan tabur dan hidangkan.




KOBIS CINA GORENG BERFILAMEN KETAM
Kobis cina sangat sesuai dimasak stir-fry macam ni. Filamen ketam tu saya celur skejap, potong2, baru masukkan dalam gorengan, last skali. Sebab ia senang terburai. Rasa yang unik. ;)



JUS EPAL MERAH

Jus epal yang tak habis dimakan. Saya guna epall fuji, dan biasalah, epal kan cepat wane lebam gini. Tak tau camana nak buat dia putih skit. hihi...



SUP AYAM DAN SAMBAL KICAP

Dingamkan dengan sup ayam dan sambal kicap yang menambah selera makan. ;)

Best Ever Muffins




Salam sejahtera. Muffin ni baru lahir petang kelmarin. Ada tergolek2 lagi kat dapur tu. hihihi. Muffin saya ni, hasil campuran keju parut dan kismis. Intai kat blog kak Mas, mas-duniaku. Bancuhan ini kurang manis, lemak dan padat. Ada pelbagai adds on yang disyorkan oleh empunya asal resipi. Terima kasih banyak-banyak buat kakak2 semua dan empunya resipi yang sudi berkongsi. Izinkan saya share kat sini, ya :) Di bawah saya sertakan 2 versi bahasa.

NOTA NURINDAH : Jika nak add keju parut, untuk dapat keju yang ala2 cair dlm muffin, keju tu masuk pelan2 jer, bagi sekata. Terus bakar. Saya punya, tak dapat keju cair macam kak D, sebab cara saya sebatikan keju, kasar sangat agaknya.

BEST EVER MUFFINS
rujukan : kak izah, kak mas, dan resipidiana
Source: Lori@ allrecipies.com

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

=========================================

BEST EVER MUFFINS

By: Lori@ allrecipes.com
"Start with this basic recipe, and add one of several different ingredients for a variety of different muffins."
Prep Time:
10 Min Cook Time:
25 Min Ready In:
35 Min

Ingredients

2 cups all-purpose flour
3 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cup white sugar
1 egg
1 cup milk
1/4 cup vegetable oil
Directions

Preheat oven to 400 degrees F (205 degrees C).
Stir together the flour, baking powder, salt and sugar in a large bowl. Make a well in the center. In a small bowl or 2 cup measuring cup, beat egg with a fork. Stir in milk and oil. Pour all at once into the well in the flour mixture. Mix quickly and lightly with a fork until moistened, but do not beat. The batter will be lumpy. Pour the batter into paper lined muffin pan cups.
Variations: Blueberry Muffins: Add 1 cup fresh blueberries. Raisin Muffins: Add 1 cup finely chopped raisins. Date Muffins: Add 1 cup finely chopped dates. Cheese Muffins: Fold in 1 cup grated sharp yellow cheese. Bacon Muffins: Fold 1/4 cup crisp cooked bacon, broken into bits.
Bake for 25 minutes, or until golden.

Menu 10




Salam sejahtera. Ini menu tertunggak lagi. Masa ni, lauk basah tengah penuh dlm peti ais. Jadi hati pun berbunga-bunga jer nak masak. kakakah.Aritu gi kedai, terjumpa rempah kari mak siti, keluaran Nasuha Trading. Nasuha ni ada ladang herba, so bahan2 dia mostly memang dari ladang, bukan import dr mana2. Alhamdulillah, dah lama nak cari rempah cap ni, sebab seingat saya, kedai makan pun ada yg guna sup bunjut cap mak siti ni. Rasanya harga dia murah skit dr adabi. Sebab nak try resipi nasuha ni, saya ikut belakang paket. Hm... rasa dia ala2 kari roti canai kat gerai melayu ni. Sedap! Tak bau mamak... hahaha... tapi biasalah, saya tambah daun kari bagi bau lebih lagi ;)

KARI SOTONG MAK SITI - kari Melayu
Sumber: Paket

250gm sotong (ikan/ makanan laut)
1 pek 25gm serbuk rempah makanan laut Mak Siti (keluaran Nasuha Ent) - dibancuh dengan sedikit air
Santan - 1/2 biji kelapa.
3/4 cawan air asam jawa
2 ulas bawang merah
1.5cm halia - ditumbuk atau dihiris
2 sdb minyak masak.
Tambahan saya: Cili padi diketuk juga daun kari, sebab ada lebih dalam petiais, actually, dalam paket tu, dah ada beberapa helai daun untuk menambah bau karinya.

CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bawawng merah beserta halia hingga berwarna kuning keemasan.
3. Masukkan bancuhan Serbuk rempah kari makanan laut mak siti, dan kacau rata sehingga garing.
4. Apabila kelihatan garing dan berminyak, masukkan santan, sorong dan air asam jawa dan biarkan mendidih di atas api sederhana hingga sotong masak.
5. Tambah garam secukup rasa
6. Hias dan hidangkan.

Masak stail saya jer, actually air ketam yg segar tu buat sambal saaangat sedap. hihi. Saya pun beli kat pasaraya NSK jer, tetapi make sure masak dalam sehari selepas beli spy ia tetap manis.

KETAM BERSAMBAL

3 ekor ketam sederhana besar - dibelah dua
1 biji Bawang besar -tumbuk
2 ulas bawang putih -tumbuk
1 inci halia - dihiris panjang
4 sdb cili kisar
1sdb Sos tomato
1sdb Sos cili
Sedikit Kicap masin
Sedikit Kicap manis
Air
Serai- diketuk

CARA:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili naik minyak.
3. Masukkan air, sos cili, sos tomato, kicap, halia, garam.
4. Masukkan ketam, gaul rata.
4. Tutup kuali dengan penutup periuk sehingga ia berwarna kemerahan. Selalulah balik-balikkan supaya ia masak sama rata.
5. Biar ia agak kering skit. Angkat. Ketam yang ada telur lagi sedap tau! :)




TELUR BUNGKUS
Telur bungkus ni, saya buat simple jer. Tak jumpa resipi. ihiks. actually malas cari. Jadi,dadarkan telur dulu. Tumis mixed vege tu ngan bawang, buh tabur kiub bilis yg dihancurkan, tambah air skit bagi dia lembut, tambah sos cili. Tuang atas telur tadi, bungkus.Siap!

Thursday, July 29, 2010

Menu 9


Salam sejahtera, hari Isnin 2 minggu yang lalu, saya berpuasa. Selalunya teringin dessert manis. Teringat pula cendol paket yang kononya saya nak buat kuih talam...hahaha. Cendol ni dibeli kat pasaraya. Saya tapis, dan buang airnya, basuh skit cendolnya. Agak keras cendol paket ni. Saya teringat cendol kat bandar Jertih. Homemade, dan hanya tahan 2 hari, sebab langsung takde pengawet. Yang itu aaamat lembut. Biasanya cara mama saya, dia campur cendol ngan air gula. Hirup macam tu jer. Sedap! Takpela, walaupun cendol ni agak keras, asalkan lepas kempunan kan?

CENDOL BERSANTAN

1 bungkus Cendol paket - saya buang airnya (yang kat pasaraya tu)

KUAH: (Dipanaskan dengan api kecil)
Santan cair secukup kuah yang dkehendaki
sedikit Garam
1 helai Daun pandan

AIR GULA MERAH: (Dipanaskan hingga gula merah cair)
Gula merah/ gula melaka (saya guna yg dah hancur, cap bintang)
Air masak secukupnya untuk mendapat air gula yang sedikit pekat.

CARA MENGHIDANG:
1. Letak semua cendol di dalam mangkuk.
2. Masukkan santan panas tadi ke dalam mangkuk berisi cendol. Biarkan sejuk.
3. Gula merah diletakkan dalam bekas asing.
4. Bila nak makan, isikan saja cendol dalam mangkuk kecil, tuang air gula merah mengikut rasa, plus sedikit ais atau ais kisar. Yum.... menyelerakan! :D

Menu 8: Bebola keledek,





Salam sejahtera. Menu lepas juga. Sekejap jer buat kuih ni. Aritu saya ternampak Mamasyipah buat bebola keledek ni. Sungguh cantik kuihnya. :)) Ubi keledek pulak terperam kat dapur. hihi. Resipi yg senang, guna tepung skit jer. Intinya saya gantikan dgn inti kacang merah, sbb my hubby kurang suka ngan gula terpancut tu. hihihi. Agaknya inilah sbbnya saya jrg buat cek mek molek. :D. Sempat share ngan jiran2. Alhamdulillah, walaupun buat skit, mesti share2 jugak. Moga diaorg merasa resipi yg sedap ni. ;). Buat Mamasyipah, terima kasih daun keladi kerana sudi berkongsi resipi. Adunan keledek tu sungguh sedap dan lembut. :D Update 13 okt 2010: Versi Adunan Bebola Keledek mamasyipah ni boleh dipelbagaikan spt, Cek Mek.. memang lembut ! :D KLIK SINI untuk versi terbaru..

Jenis ubi yang saya gunakan. Tak tau namanya. Sori ek..

Saya lenyek ubi dgn alat ni, yang orang grill daging burger tu... tapi saya suka juga tumbuk ngan lesung. Terasa seninya... kihkih.

BEBOLA KELEDEK
Sumber: Mamasyipah.

BAHAN BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek merah (Nurindah:saya timbang sebelum rebus, belum buang kulit dan plus 20gm)
40 gram tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula pasir (Ini untk inti - Nurindah: saya ganti inti kacang merah readymade)
sedikit gula aising (Ini utk salut bebola tu skit2)
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Ubi keledek di buang kulit, potong
kecil2 dan di rebus hingga empuk.
2. Lenyet hingga halus, masukkan tepung gandum dan garam.
3. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan masukkan sedikit gula
bulat2kan.Buat hingga habis
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.
6.Toskan minyak ,tabur sedikit gula aising diatasnya.
Siap untuk dihidang.
Nota Nurindah: Seeloknya biarkan skejap doh tu, supaya nanti bila goreng, ia kembang bulat. Dan panaskan minyak panas dulu, baru masukkan bebola ni, spy ia tak melekat kat kuali.


Frozenkan.... Untuk kemudahan di hari esok... :)))

Menu 7

Salam sejahtera, lupa letak kata-kata aluan. Ini menu trtunggak lagi. Saje tayang, nak tambah koleksi menu. Moga memberi manfaat buat semua. :D

GULAI IKAN MASIN BERNANAS
Sumber: Nik mesra.net

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan masin gelama - sederhana besar
1 in lengkuas
1 in kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 cawan santan- jangan terlalu pekat 1 biji cili kering
2 keping nanas - potong ikut suka
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula
Serbuk perasa jika suka

Cara:
1- Blendkan lengkuas, kunyit, bawang merah dan cili kering.
2- Campurkan bersama-sama dengan santan, garam, gula dan serbuk perasa.
3- Masukkan nanas masak hingga mendidih.
4- Bila dah menddih masukkan ikan masin. kacau supaya santan tidak berketul.
5- Masak hingga ikan masak.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama-sama nasi putih. Hidangan ini enak dimakan semasa panas-panas. Lebih enak jika ada budu dan ulam.





AYAM BERSOS KACANG
Hihi. Ayam ni, hanya menggunakan kuah sate kak fida MyR yang saya buat aritu. Sbb saya ikut sukatannya betul2, maka banyakla yg saya dapat. hihi. Balance tersimpan dlm freezer. Saya campur kuah kacang tu dengan pati santan. Lumur ayam sekor or ketulan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Baru digaul dengan kuah kacang tadi. Perap sekejap. Panaskan oven dan bakar hingga ayam masak.





APAM GULA HANGUS PEMBERIAN JIRAN -KAK IDA




SUP SAYUR CENDAWAN ENOKI




TELUR DADAR

Mee bandung segera yg meriah




Tu dia, saya masukkan potong2 ayam , tak ambil isinya sahaja. Sambil makan mee, rantah ayam skali. Ini dinner last night. Lebihan mee 200gm lagi, saya simpan buat mee goreng pagi ni. Seb baik my hubby tak komen, asyik mee jer. hehehe...

MEE BANDUNG SEGERA
Untuk 2-3 org makan.

2 paket Perencah segera mee bandung adabi
Air (4 cwn /secukupnya untuk kuah)
300gm mee kuning - dibasuh dulu, dan toskan
ayam - dipotong kecil
sotong - dihiris
1/2 ikat sawi- dipotong (asingkan batang dan daunnya)
6-7 biji Cili padi - diketuk. (mee bandung ni tak pedas, ikut selera masing2 utk tambah cili)
garam (paket dah ada garam, tambah skit jer)

CARA
1. Rebus ayam di dalam periuk kecil sehingga ayam empuk. Penuhkan airnya.
2. Tumis perencah mee bandung. Masukkan sotong dan batang sawi.
3. Baru masukkan ayam beserta air rebusannya. Tambah air lagi sehingga cukup kuah. Biar mendidih.
4. Baru daun sawi dan cili padi ketuk. Biar sekejap, tutup api.
6. Mee saya masukkan dalam 10 minit sebelum nak makan. Panaskan balik kuah mee bandung, masukkan mee kuning. Saya biarkan kembang skit. Baru tutup api. Hidangkan. Slurp! hihi.

UPDATE: Sebelum lupa, ini frame pemberian kak hana kelmarin. Terima kasih banyak2 kak. Saya paku kat dinding ni. Moga hanamemories terus bertahan. :)



Wednesday, July 28, 2010

Menu 6: popcorn


Salam sejahtera. Buat last week. Popcorn. Seronok saya haritu, dengar pop! Pop! HAHAHA. Sengih sorang2... Ni first time saya buat popcorn. Alhamdulillah. Popcorn ni, makan gitu jer pun dah sedap. Sebab bab salut gula tu, saya tak pass lagi. hihi. Yang saya suka, 1 jam terbiar pun masih lagi tak liat. I like...! :) 

POPCORN
Sumber: Aludra MyR

Aneka PopCorn Buat Sendiri
aludra@myresipi.com: Snack mudah dan cepat.. boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing... tak payah beli lagi..;)

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

* 1 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak masak
* jagung kering secukupnya
* garam secukup rasa
* Tambah Karamel [Optional]
* 1 sudu mentega/margerin
* 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
* Tambah Coklat [Optional]
* 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

1.Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.

2.Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.

3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..

4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)

Untuk Karamel [Optional]
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.

Untuk Coklat [Optional]
Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.




Jom baca cerpen, derma darah, dan mencari jodoh?

Cucur bilis dan kuah kacang.




Salam sejahtera. Selepas selesai menakung air dalam baldi, dan tong (seb baik ada tong letak kerepek tu ;), my hubby balik sekejap. Saya melayannya, dan buat cekodok, makan ngan kuah sate aritu. Kuah sate tu saya bekukan. Jadi elok lagi. Sedap gak makan ngan cucur. Cuma agak kental skit la. Kalu bubuh yis, buat dia rongga2 skit sure lembut. Nak masak nasi memang tak sempat. Pastu, adik saya Suzi call. Kami borak2 dekat sejam... er takpe. duit kredit dia. hihihi.

Menjelang bulan Ramadhan ini, impian saya.... agar adik2 perempuan saya lekas mendapat jodoh yang baik di bulan yg mulia, agar kami berdua mendapat cahayamata, agar dapat menambah rezeki untuk menunaikan impian mak ayah melerai rindu ke Baitullah.

Berpeluh saya nak cakap ni. Smiley, tetapi saya tidak pandai mencari teman lelaki buat adinda2 saya. Seorang, hatinya kuat, kerana hatinya biasa berdikari, bekerja di Jusco Midvalley. Siti namanya. Seorang lagi, Suzi, mendengar kata, hatinya lembut, bekerja di Resort kat Besut. Peluang terbuka kepada para lelaki yang mampu bersolat dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan, tidak lupa, sekufu. Mudah,kan? Smiley

Menjelang bulan mulia iaitu Ramadhan, bukan sahaja kita bole derma duit, makanan, mahupun pakaian, tetapi juga.... DARAH. Seram ke? Saya pun tak pernah derma darah. Tetapi, saya kasihan melihat kemalangan yg berlaku di bulan perayaan ini. Derma darah menyelamatkan nyawa. Besar pahala tu. :)
Di bawah, ada cerpen yang sesuai bagi mereka yg baru memasuki alam rumahtangga. :)


Cinta Rembulan Ramadan
Oleh Farahana Hussain
Sumber: Berita Harian

2010/03/08
Air Mata Subuh
BERGELAR isteri. Saya tidak pernah membayangkan saya akan menurut sahaja saranan Walid. Saranan Walid, yang lebih tepat, sebagai satu permintaan dan suruhan seorang bapa kepada anaknya. Sebagai anak, saya mahu jadi anak yang solehah. Apabila Walid menyuarakan dalam nada tegas dan sebak sambil memandang Ummi tunak, saya senyum.
“Izinkan saya, beristikharah dulu?” Pohon saya pada Walid.

Walid hanya mengangguk. Ummi senyum dan mengusap ubun kepala saya. Saya rasa dengan bertanya pada Dia sahaja akan memberikan saya ketenangan dan semoga jawapan saya kepada Walid dan Ummi dipandu oleh bimbingan Tuhan kepada bisikan hati saya. Akal saya cuba mencerna, mampukah saya memikul amanah Walid dalam usia semuda ini? Muda, bukan saya kira menggunakan angka kelahiran. Saya muda, masih pucuk hijau dalam ilmu agama dan cetek pengetahuan hal ehwal rumah tangga. Tapi, Walid dan Ummi yang menerima risikan daripada keluarga lelaki semalam. Mereka melihat saya sudah cukup bersedia daripada segenap segi. Saya melihat refleksi diri dari cermin di bilik tidur. Saya tahu, saya bukan lagi gadis yang sama seperti 10 tahun lalu. Walid dan Ummi hendak mengangkat martabat saya. Walid, wali mujbir yang punya kuasa menyatukan saya dengan mana-mana lelaki pilihannya, selagi tidak mendatangkan mudarat kepada saya, jika menurut mazhab Syafie. Persetujuan saya ini hanyalah budi bicara Walid, sedangkan Walid mempunyai kuasa menikahkan saya dengan mana-mana sahaja lelaki pilihannya. Tetapi Walid, bapa yang berilmu dan lembut hatinya. Walid tidak memaksa. Akhirnya, selepas 3 kali beristikharah. Dada saya lapang tanpa dihimpit perasaan berat. Sewaktu bangun menyiapkan juadah sahur, saya memberikan persetujuan.“Alhamdulillah.” Walid senyum lebar dan saya lihat di kolam mata Ummi ada genangan air mata. Walid mengetuai doa dan mengingatkan niat untuk berpuasa esok hari. Sebaik azan Subuh bergema, Walid mengetuai solat Subuh. Tazkirah Walid di pagi subuh hari ini, menyentuh mengenai taqqarub di bulan Ramadan.

Untung Buah Melaka
“Air tangan isteri yang mengikat cinta suami dan air tangan ibu akan mengekalkan kasih sayang anak kepada ibunya.” Ujar Ummi sambil memeriksa kelapa yang sedang dikukus.
Saya masih membulat-bulatkan adunan kuih buah Melaka, sambil meletakkan sedikit gula merah yang dikacip sebesar setengah biji guli. Kuih buah Melaka yang juga dikenali sebagai onde-onde itu selalu Ummi golekkan dengan kelapa kukus supaya tidak mudah basi. Teringat pula, saya dengan seorang kawan yang memanggil kuih ini dengan nama kekoh car. Saya terus senyum sendiri, kelucuan.
“Amboi, anak Ummi. Sambil memasak senyum sendiri. Seri pengantin dah naik ke mukalah tu.”
Usikan Ummi cepat saya sanggah dan saya ceritakan apa yang membuat saya tersenyum sendiri. “Kekoh car? Peliknya, Ummi tahu namanya buah Melaka saja. Paling penting, Walid suka makan, anak kesayangan Ummi pandai masakkan dan ada lagi ... satu yang penting ..,” Ummi senyum sambil menjungkitkan kening tanda menyuruh saya menghabiskan ayatnya.
“Apa lagi? Giliran saya mengerutkan dahi.
“Bakal menantu Ummi, khabarnya penggemar buah Melaka.” Saya tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Hendak senyumkah atau saya diserbu malu. Hari ini keluarga pihak lelaki akan datang berbuka di rumah kami. Saya tahu, risikan keluarga lelaki diterima bersyarat gantung dengan persetujuan saya. Hari ini, tentu rancangan pertunangan akan diusulkan. Entah kenapa hati saya tiba-tiba jadi berdebar. Semacam takut dan jantung saya berdenyut lebih laju daripada biasa. Bukan! Bukan! Saya tidak diserang, penyakit cinta. Saya khuatir, saya bukan pilihan terbaik untuk bakal suami dan lebih khuatir jika saya bukan pilihan hatinya, tapi sekadar pilihan keluarganya.
“Mengelamun pula. Tolong Ummi.” Pinta Ummi lembut kepada saya untuk membantunya menyerahkan bahan masakan kepadanya. Saya bangun dan segera membersihkan sisa tepung di tangan.
“Tak apa, Ummi. Biar, saya yang uruskan semuanya.”
“Oh, anak Ummi nak tunjuk bakat pada bakal keluarga baru, ya? Bagus juga, ikat hati bakal suami dengan keluarga mentua dengan air tangan sendiri. Ummi setuju.” Ummi menepuk bahu saya lembut. Kami menyediakan lauk sederhana untuk keluarga kecil yang bakal bertandang. Keluarga pihak lelaki datang berempat, bakal suami, ibu, ayah dan kembar perempuan bakal suami. Kuih buah Melaka, kegemaran Walid dan tetamu yang dijemput. Lauk ikan masak cuka kegemaran Ummi, gulai lemak ketam dan sambal udang tempoyak berserta ulaman. Bubur sarang lebah dan kuih buah Melaka sebagai pencuci mulut. Air jambu batu dengan asam boi dan teh madu suam turut kami sediakan meraikan tetamu untuk iftar di rumah kami.

Usai terawih diimamkan bakal suami, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dengar, Walid memanggil namanya, Ilham sewaktu meminta dia ke hadapan mengimamkan solat. Bacaannya dalam solatnya lancar , merdu dan sederhana panjang menjadikan selesa untuk semua jemaah yang mengikutinya. Ayah Ilham yang diperkenalkan sebagai Pak Hamzah meminta izin supaya saya berpeluang berbual-bual sendirian dengan Ilham di halaman rumah. Kolam ikan kecil dengan deru air terjun menjadi teman. Saudara kembar Ilham, Ghafirah tersenyum mengusulkan saya mengikuti Ilham keluar selepas Walid mengizinkan. Saya hanya mengikut. Ilham, kini saya lihat secara jelas fizikalnya. Rambutnya kemas disisir dan dipotong rapi. Oh, saya tidak ada peluang berlama-lama menatap rupa fizikalnya kerana sebaik sahaja dia mempelawa saya duduk, saya tidak berani menatap wajahnya.

“Awak, syaitan kena ikatkan bulan puasa macam ni?”
Saya melongo. Saya betul-betul hendak ketawa, tapi bimbang dikatakan kurang sopan. Tidak menyangka sama sekali saya akan disapa perbualan perkenalan selucu itu.
“Kenapa muka awak merah, awak malu ya?” Ilham cuba memecahkan suasana tidak mesra kami.
“Bukan. Bukan. Saya geli hati sebab ditanya soalan macam tu. Saya fikir awak akan soal sesuatu yang formal.” Balas saya.
“Oh, saya nak cakap sebenarnya. Tak apalah kita berdua-duaan ni, sebab syaitan yang ketiga daripada kita berdua tak ada. Kan?”
“Ke situ pula.”
“Maaflah, saya gurau saja. Harap-harap supaya rupa saya yang garang ni tak membuat awak berubah fikiran daripada menerima pinangan saya.”
Saya tidak terkejut dengan sangkaannya sendiri. Apabila dia menganjurkan bahawa riak wajahnya yang garang, itu ada kebenarannya. Fizikalnya, dia terlalu tinggi dan berbadan sasa. Mukanya serius dan jika dia berlelucon pun, dia tidak ketawa. Tapi saya dapat rasa wajahnya bersih dan saya tidak menerima pinangannya kerana fizikal, jadi tidak ada masalah bagi saya walau apapun rupa parasnya. Saya tahu, pilihan Walid tentu yang terbaik.

“Nama saya Ilham Hanafi Hamzah. Umur saya 30 tahun. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Bioteknologi. Saya hafaz 5 juzuk al-Quran sedang berusaha untuk hafaz lebih lagi. Apa lagi yang perlu awak tahu, ya?”
“Tak apa, insya-Allah panjang lagi masa kita berkenalan. Saya terima, awak seadanya. Saya harap awak, juga terima saya seadanya. Oh, ya kalau tak keberatan, apa pekerjaan awak?” Saya berharap dia lebih tenang dan tidak rasa tergesa-gesa memperkenalkan dirinya pada saya. Cukuplah saya mengetahui, dia pilihan Walid dan saya pilihan ibu bapanya. Tentu kami sekufu pada mata kedua-dua orang tua. Penyesuaian? Biarlah kami pelajari perlahan-lahan dalam alam rumah tangga kelak.
“Walid, tak beritahu awak pekerjaan saya?”
“Tidak, saya pun tak bertanya pada Walid. Selepas istikharah, saya setuju saja. Nama awak pun, saya baru tahu hari ni.”
“Oh ....” Ujar Ilham, tanpa menjawab pertanyaan saya.

Dugaan Pertama
SAYA tidak berubah fikiran apabila mengetahui pekerjaannya, bukan sesuatu yang mengejutkan jika saya mengagak daripada bentuk tubuhnya yang kelihatan tegap. Biasa saja pekerjaannya, yang selalu menjadi cita-cita kebanyakan murid di sekolah dahulu dan di universiti, masih ada anak didik saya yang menyimpan cita-cita yang sama. Polis. Cuma yang luar biasa, apabila dia mengkhabarkan sifat pekerjaannya di lapangan. Dia jujur memberitahu, saya akan selalu ditinggalkan kerana urusan kerja dan pekerjaannya bahaya. Raut muka saya sedikit berubah, saya tidak tahu dunia kerjanya. Walid seorang pendidik dan Ummi pula seorang psikiatris. Dunia pekerjaan keluarga saya, adalah pendidikan dan ilmu jiwa. Tidak ada ahli keluarga kami yang berkhidmat dalam angkatan tentera mahupun polis. Sewaktu dilihatnya muka saya berubah, dia menganjurkan saya berfikir semula.
“Tak apa, saya faham. Sebagai pensyarah memberikan awak peluang berjumpa dengan lebih banyak yang calon sekufu. Mereka yang dunianya buku, ilmu dan penyelidikan. Saya tak terkejut kalau awak berubah fikiran.” Ilham menarik nafas dalam, saya perasan suaranya tertekan dalam talian. Saya tidak tahu, kenapa saya pula merasa bahawa dia sengaja mencipta jurang. Ada lompang dalam hati saya mengatakan mungkin dia ada pilihan lain, namun mahu mengkambinghitamkan saya, supaya saya yang menolak pinangannya. Tapi itu tidak akan saya lakukan. Saya akan menyahut seruan hati bergelar isteri.

Terbongkar Rahsia
KAU kekasihku/tapi orang lain bagiku/kau dengan dirimu saja/kau dengan duniamu saja/teruskanlah/teruskanlah kau begitu.
Sudah genap seminggu kami dijabkabul, sempena nuzul Quran. Bait lagu dendangan Agnes Monica penyanyi dari seberang seakan mengena ke batang hidung saya. Saya cuba menumpukan perhatian pada pemanduan, namun bayangan Ilham Hanafi, yang saya jumpa dua minggu lepas kini selamat bergelar suami bermain di minda. Sayalah yang menelan semua kepahitan, sedang baru seminggu berumahtangga. Penyesuaian. Saya perlu banyak bersabar. Sesudah selesai memberi kuliah saya cepat pulang mengejar peluang menyediakan juadah berbuka, kata nasihat Ummi berkesan di hati. Kalau suami merasa air tangan isteri itu akan mengikat kasih sayang kami.

“Berbuka sekali ya? Izzah ada masakkan ....?” Saya menelefon Ilham sedang tangan cekatan menyediakan makanan kegemarannya. Kuih buah Melaka.
“Kerja ni. Nanti abang telefon semula.” Jawapan ringkas yang saya terima sebelum sempat menghabiskan kata-kata. Talian terus dimatikan. Seloyang kuih buah Melaka yang belum disalut kelapa terlepas dari pegangan tangan dan terburai intinya. Lantai di dapur kotor dengan inti gula Melaka yang mencair. Saya menangis. Hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya berdebar-debar.

Pernahkah kau bicara/tapi tak didengar/tak dianggap/sama sekali/pernahkah kau tak salah/tapi disalahkan/tak diberi/kesempatan/

Saya matikan radio di dapur yang sedang memutarkan lagu Teruskanlah. Saya ke bilik air, mengambil wuduk. Hanya pada Dia saya mengadu, apakah saya telah tersalah pilih jalan hidup saya? Ketika menyimpan al-Quran dalam laci, saya menjumpai sampul surat putih tertulis nama saya. Nur Izzah Ain Hayati. Saya kira, ini tulisan Ilham Hanafi. Saya tidak peduli, saya rakus hendak membacanya.
“Buat isteri yang abang kasihi. Abang berdoa dikurniakan seorang isteri solehah dan abang mendapatkan Izzah, kurniaan Allah. Tapi abang bimbang menzalimimu. Lalu abang ragu apabila kita bersua. Abang tahu abang akan selalu melukakan daripada memberi kebahagiaan. Banyak belum sempat diceritakan. Sesungguhnya demi keselamatan Izzah lebih sedikit pengetahuan Izzah tentang kerja abang, lebih selamat dan baik untuk Izzah. Bulan ini, abang menyertai operasi membanteras pengedaran dadah dan betul-betul sibuk. Doakan abang.
Bukankah ada pepatah Melayu menyebut, sayangkan anak ditangan-tangankan, sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan. Jadi abang, tinggal-tinggalkan Izzah. Abang tahu, tindakan abang macam badut, mesti Izzah sedang ketawa sambil mengesat air mata. Sekejap abang berlawak, sekejap abang serius. Bersedialah Izzah kerana buat masa ini itulah cabaran yang akan kita tangani bersama. Perkahwinan satu perkongsian dan buat masa ini penyesuaian kita memerlukan perkongsian persefahaman, fahamilah dan terimalah abang, seadanya”
Saya menggeleng-geleng dan memang saya ketawa. Saya fikir saya perlu banyak belajar bagaimana dia boleh membuat saya ketawa hanya dengan tulisannya. ‘Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan?’ Mungkin ada banyak benarnya pepatah Melayu, kerana dengan ditinggalkan saya belajar merindui ketiadaan dan menghargai setiap kehadirannya. Saya duduk dan menghidupkan suis televisyen.
“Berita Semasa - Seorang pegawai polis cedera parah dalam kejadian tembak menembak dengan penjenayah, disyaki pengedar dadah di ibu kota kira-kira sejam yang lalu. Kita bersama wartawan di lokasi untuk mendapatkan berita terkini.” Saya tutup televisyen, tidak mahu mendengar berita ngeri di petang bulan Ramadan yang patutnya damai dan menenangkan. Tinggal beberapa jam sebelum waktu berbuka. Saya diserbu gelisah, teringat kuih buah Melaka yang terburai isinya di dapur. Segera membayangkan Ilham Hanafi. ‘Tuhan, jauhkan saya dari prasangka.’, bisik hati kecil saya berdoa. Saya terduduk dengan perkhabaran daripada rakan sekerjanya. Namun, saya gagahkan diri. Tentu Ilham memerlukan saya.
“Kami perlukan penderma darah, luka di bahagian abdomen suami Puan parah. Bekalan darah di bulan Ramadan memang terhad.” Ujar petugas di hospital pada saya. Saya hanya dengar perkataan berdesing masuk ke telinga kiri dan keluar ke telinga kanan. Buku rekod derma darah saya bawa bersama, saya biasa menderma darah secara tetap empat bulan sekali. Hendak saja saya suruh petugas itu sedut semua darah yang diperlukan, tapi saya tahu dengan berat 46 kg, saya hanya mampu memberikan Ilham 350 ml darah. Saya berharap Ilham diberi keutamaan memandangkan saya penderma darah dan dia cedera dalam tugasan. Saya dikhabarkan peluru mengenai intestine kecil Ilham dan juga hampir mengenai hati. Lima das semuanya. Saya tidak mahu mendengar lebih lanjut. Saya mahu Ilham dibekalkan darah dengan segera. Azan berkumandang, saya berbuka puasa dengan segera dan cepat-cepat menghulurkan lengan kiri untuk proses menderma darah. Tiba-tiba sekeliling saya gelap.
“Rehat sayang, Izzah pitam tadi.” Ummi ada di sebelah Walid mengusap pipi saya.
“Ilham?”
“Alhamdulillah stabil. Terima kasih, Izzah.” Ujar bapa dan ibu mentua dengan rasa hormat. Saya masih pening lalat. Ramadan menemukan saya dengan cinta, kasih sayang dan pengorbanan. Semua kemanisan yang saya kecapi dari kemurahan Allah yang melimpahkan ujian, rezeki dan umur yang panjang buat kami sekeluarga di bulan yang mulia ini.

===============================================================================

Info penulis
FARHANA Hussain, Pelajar Tahun Satu, Sarjana Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah penerima Anugerah Penulis Remaja Negeri Perak 2004 dan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2004 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cerpennya, Kidung Kasih Farah, diterbitkan dalam Antologi Aku Dan Aleeya terbitan DBP, 2002. Cerpen dan sajaknya, mendapat tempat dalam Tunas Cipta dan FOKUS SPM sejak 2002. Mula menerobosi media arus perdana seperti Berita Minggu dengan sajak bertema kekeluargaan seperti Puisi Buat Abah dan Buat Anak-Anak; Belajarlah Mengerti. Boleh dihubungi melalui e-mel farahnyemahmulya@yahoo.com

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────