Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, September 30, 2010

Done.... Alhamdulillah

Salam sejahtera, 21 Syawal 1431H.
30 Sept, birthday adik Nura, anak ke lima. Happy Birthday adikku sayang...

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Saya akhirnya berjaya juga menghias sedikit ruang tamu, dgn mengalih susun atur perabot, alas meja, menyusun balang kuih dan akhirnya barulah menyediakn sedikit hidangan.


My hubby berjaya carikan alas meja makan yg cantik. Pandai Mr hubby pilih. Tikar buluh dekat sofa tu RM 45.00 jer . Beli kat GM Klang. Alang2 rumah dah berhias skit ni, baru rasa feel beraya. Alhamdulillah...


Idea menu malam tadi datang tiba2 jer. Pukul 6.30pm, barulah saya dapat idea apa nak dibuat dgn ayam beku yang telah dicairkan. Akhirnya, menu jamuan utk keluarga kawan2, juga officemate my hubby malam tadi ialah Ayam Bakar ala Kenny Rogers dan Kentang goreng. Sosnya pula, sos thousand island beserta sos cili thai. Air teh O, dan air laici bersoda. Jangan tanya sayur ya, tak sempat nak beli. ;)

Syukur, dalam masa singkat membuat, ayam bakar tu terasa rempahnya, dan rasanya sedang2.. tak masin atau tawar sgt. Kawan2 my hubby datang pukul 10.00 pm, jadi sempatlah 2 jam dihabiskan utk membakar ketul2 ayam tu. Air Laici bersoda pula atas keinginan my hubby. Akhirnya itulah yang bertambah2 mereka minum. Katanya sedap ada laici. Teh Ceylon yg dihidangkan tak luak. Tapi tak apalah.Sekurang2 saya tau apa taste keluarga abang Shahris dan abang Hanazli. Mereka teman2 rapat jer. Sebab itulah saya dan suami tak ralat sangat kalu hidangan sempoi2 jer.. :D Terima kasih sudi menziarah pondok usang kami.

Oh! Tak lupa ucapan terima kasih buat Che Mid atas resipi ayam kenny rogers tu. Sedap.... ada yg puji resipi che mid ni. :) Saya buat guna sos lada hitam, campur lada hitam tumbuk n kicap pekat skit. Resipi kat sini ya...



AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS
Aik? Mana hidangan? Oh... ini ayam baru lepas masak, belum touch-up apa lagi. Masa nak ambik gambar ayam yang siap touch-up, bateri Canon dah kong... huhu. Bila charge, tiba2 charger meletup pulak. Alahai... maknanya, tiadala tayangan menu saya buat masa ni dan seketika.


Inila dapur Open-air saya....Dengan Ikhlas saya buat tayangan ni.  Rasa nak menangis bila tengok dapur ni... huhu... Untuk tak bagi sesak, sometimes saya sorokkan jer barang2 kat atas kitchen cabinet tu. Tapi, still akan nampak sesak juga. Dan tercari2 bila nak guna alatan letrik. Memang kena jaga betul2.

Nampak peti ais saya tu? Fenin jugak nak muat sayur mayur utk seminggu. And, pintu kat sebelah kiri........ Itulah Pintu Masuk Rumah.  Memang rasa nak menangis kalu lepas masak banyak2 atau buat sambal tumis.  Habis merecik2 sekeliling... Memang penat nak bersihkan.
 Nanti kalu ada yg tersinggah ke rumah saya, janganlah terkejut ngan dapur saya, ya....  ;-)



Tuesday, September 28, 2010

Tayangan menu pula.

Salam sejahtera.
Menu malam tadi. Saya pula baru kebah demam. My hubby tolong cuci pinggan malam tadi. Sian dia. Ada Kawan Hubby nak beraya ke rumah esok. Mood nak braya pula 50-50 jer ni. Rumah saya tak berseri2 macam rumah oranglain. Sebab mmg niat nak beraya dgn orang tua jer. Duit yang sepatutnya buat tambah belanja raya di rumah mak ayah di banting, terpaksa diguna untuk perjalanan ke Besut. Maafkan kami....

Sebab itu, masa pergi open house kawan2 hubby, saya siap tapau kuih raya dan bagi duit raya skali kat anaknya. Bila tgok rumah orang, berseri2 jer, cat baru, langsir baru, sofa baru... Aduh... maknanya saya nak kena hias rumah gak ni. Kalu tak hias, nanti dikata macam tak mengalu-alukan kedatangan pula. Maklumlah, hari ni pun baru 19 Syawal. Posa 6 pun tak lepas lagi ni. Huhu.....

Hanya pada Allah sebaik2 tempat bertawakal dan bergantung. Mudahkanlah urusan kami. Bahagiakanlah keluarga dan teman2 kami..


ASAM PEDAS IKAN PARI

1/2 ekor Ikan pari -dilumur dgn asam jawa. Kemudian basuh, baru potong kiub besar2.
Daun kesum
air asam jawa secukup rasa
Air secukup kuah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Dikisar:
Bawang besar
5-6 tangkai cili kering - dibuang biji dan rendam dgn air panas. Toskan.
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

CARA:
1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Baru masukkan air asam jawa (atau asam jawa paste + air ). Air secukupnya.
3. Bila mendidih, baru masukkan ikan pari dan daun kesum, garam dan gula. Perlahankan api, tutup periuk. Biar hingga ikan pari masak. Kacau sekali-sekala.
4. Angkat dan hidangkan.


Monday, September 27, 2010

Want to share my happiness...

Salam sejahtera. Tiada apa yg menarik, except, my new rice cooker,  and my corelle. :D. Dalam hati risau2 juga ttg my hubby. kawasan kilang ada masalah skit. Ada tanah runtuh dah 3 hari. Saya pun selalu pesan hubby supaya hati2 bila melalui jalan tanah runtuh tu.

Saya post, bukan sbb boring. Mencari balik semangat saya. Kot ada yang boring, hop2 la ke blog teman2 lain yg rajin memasak. Tak apa, tiada paksaan. :D

My hubby juga dah izinkan saya balik kampung weekend ini utk lihat prkembangan adik. Alhamdulillah. Bukan duit yg adik saya minta. Sebab dia sudah ada elaun dan simpanan. Cuma, kasih-sayang dan perhatian. Siapalah saya utk membantu. Cuma dgn kasih-sayang saya jer mampu memberi semangat utknya.
Qanaah dan ikhlas amat penting dalam hal ni. Kena buang jauh2 sifat mengharap balasan. Harapan saya, ialah pahala di sisi Allah. Moga Allah prmudahkan jalan hidup kami berdua, berkat dari membantu keluarga, tidak kira keluarga Suami, ataupun keluarga sendiri. Takpela kalu ada yg cakap saya membodek bila tolong MIL di dapur. Trhiris rasa. Tapi, Allah cerahkan hidup saya sehingga saya mampu memasak dgn lebih baik, berkat kasih-sayang MIL di DAPUR. Keyakinan diri sbg isteri jg bertambah. :D

Oh! Ya, di bawah ni,ada gambar hadiah birthday, dan sebagainya. Kalu sudi, lihatlah. Saya post hanya untuk kenangan...


My present. Dari Thaqif. Khas dari Aust. Terima kasih, dik...

Bole tulis resipi kat sini... :D

Birthday present. Jangan gelak a... mr hubby jenis rambo punya. Tak main bagi bunga. haha.. Terima kasih bang.. Dah lama nak rice cooker baru ni. Maka, dah ada dua periuk nasi saya. Best! Isteri mana yg menolak dapat barang letrik baru,kan? kalu bole semua nak ganti baru. Huish.. tamak tul saya ni. :D.

Comel kan? Yang kecik, ssuai utk kami. Cuma rugi skit, sbb kami masih ada point Smiles, juga kupon parkson. Tak perlu guna duit sebenarnya, bole jimat. Belum rasmi lagi periuk tu. Moga Allah murahkan lagi rezki suamiku. :D

Teh Ahmad London. Inila teh yang my hubby sibuk minum kelmarin. Katanya jadi ubat. Sebab tu badannya seram sejuk jer. Angin tu. Tapi takpela, dia nak cuba keberkesanan teh ni. Ada macam2, darjeeling, jasmine. Bole tengok kat sini juga: http://www.ahmadtea.com/our_products/speciality_black/teabags/

Ear Grey Tea. Sesuai utk mengurangkan demam, tekanan.

Ini ubat tambahan kami. Baru cuba. Keluaran Hiraq dan GNC. Saya lebih prefer makanan tambahan dr ubat. Takut sebenarnya. Macam2 effect dan semua produk kata bagus. Saya pilih yg sedrhana.

Akhirnya.... My Corelle. :D . Alhamdulillah, sampai juga. Semuanya elok, dan macam dlm gambar tu. Walau sampai lepas raya, sbb penghantaran by kontena tak dapat dijangka. Syukur, kak n pun dah dapat corellenya. Jenis pinggan pun yang warranty 3 taun, break and chip resistant. Cuma jangan guna atas api la. Menumpang rezeki orang yg dpt gi Australia, syukur sangat dah.

My hubby suruh test. Campak jer... pecah tak? huhu... No.....! walaupun tau takkan pecah. :D

Cawan tu stoneware. memang skali ngan pinggan corelle. Mug ni, takde warranty. Memang akan pecah.

Pinggan corelle. Made in USA. Original.


Bihun goreng yang hancuss dgn sayur taugeh. Udang besar sbg penarik selera.

First time merasa Indocafe perasa capuccino. Ada cop halal dari majlis ugama Indonesia. Paket free dalam paket besar Indo cafe. Sedap dan berbaloi.

Ayam drummet ayamas pembantu di kala trdesak. Sedap dan menjilat jari. :)

Kasut baru? Tak mahal sangat. RM 35.00. Ganti sandal yang dah rosak.Takut kena gi open house.  Cantik pada saya dan mr hubby. Beli kat Grand union jer. Kalu kak fzi pergi grand union, mesti jumpa kasut yg sebijik macam ni. haha...

Oh! Ya, dapat kupon RM 5 bila beli kasut RM30  ke atas...

Beli kali kedua, sandal RM6.90 2 pasang. Memang perlu tu. Dapatla harga RM 8.80 lepas tolak voucher. Jimat, kan?

Rentetan memory raya 2010. Thanks for everything. May Allah bless you All.

Hari ini, my hubby makin sembuh. Malam tadi, makan nasi, berlauk kerang rebus kering, besar2 isinya dan juicy. Maaf tak snap gambar. Ikan keli pula, saya goreng kunyit, gaul dgn sedikit bawang putih tumbuk. Sedap rasanya digoreng macam tu, dgn garing2. Maaf tak snap gambar. Ada juga buah mangga, buat tambah vit C untuk orang demam. My hubby makan brtambah tanpa saya sedar. Yala kan, kerang tu ada zat besi. Berselera mr hubby makan, dan menambah tenaga. Tapi dia still tak kenyang... huhu... lepas makan ubat, terus tido.

Rentetan di bawah ini hanya utk kenangan saya. Kalu sempat, bacalah. Kalu tak sempat, tak payahla baca. Ia sekadar diari.


Dalam 2 minggu.

9 Sept: MIL masak Rendang Daging Siat, nasi himpit, dll.. untuk hariraya. My lovely hubby still demand his mom's Tart nenas and rendang daging siat. That's MIL specialty, hariraya menu.
Juga MIL buat laksa untuk Malam Takbir. Saya pula buat Roti John dan dadih untuk makanan ringan. Dinner malam tu, laksa dan roti John. Rina mengemas ruang tamu, Thaqif dan my hubby ada tugasnya masing2.

10 Sept: Hari Raya. Kami pergi solat Hari raya. Tahun ini, ayah jadi pembantu nazir masjid dan Amil. Jadi, kami keluarga kariah masjid bersama2 untuk memeriahkan solat Aidilfitri. Bila balik, baru sempat breakfast. Rendang siat, nasi himpit dan bbrp juadah lain. Kemudian sesi bergambar keluarga. Kami menunggu sehingga Solat Jumaat. Ayah risau kalu tak cukup 40 jemaah. Then, barulah keluar melawat nenek2 di Sijangkang.

11-12 Sept : Juadah tetamu: Bihun soto : sup ayam + bihun celur + ayam disiat, kacang grg + daun sup dan daun bawang + bawang grg.
Roti John : Roti gardenia frankfurter bersalut telur + mayonis + sos cili life.

13 Sept: Memulakan perjalanan ke Kelantan Trengganu. Kami singgah di pondok tahfiz, Tnh Merah krana MIL ada bernazar utk atuk. Tidur di hotel Ombak, wakaf che yeh. Sambil membeli buah tangan utk sedara di slangor.

14 Sept: Pagi, makan di pasar Siti khadijah. Kemudian, terus ke Hospital melihat adik di Jertih. Saya menemani, melawat mertua adik My hubby di Kg Raja. Barulah balik ke rumah saya di Pdg Luas. Tidur di sana. My Mama menangis, Abah saya yg tua menangis, adik2 pun menangis, my FIL dan MIL juga my hubby keletihan krn perjalanan. Saya juga... perlu kuatkan hati.

15 Sept: Pagi, Saya dan hubby belikan nasi bungkus untuk 2 keluarga. Saya perlu ke hospital, berganti shift. Mama pulang utk menemani mertua saya. Jie, Ali dan isteri, Nura yang accident brsama Nurul pun ada di rumah. Saya menemani adik Nurul brsama Siti. Ramai juga yang menziarah. Malam, saya menemani adik Nurul bersama mama. Mama dah bengkak kaki. Dia ada darah tinggi. Dia rehat di surau. Saya tidur2 ayam jer di tepi katil adik. Tak abis mulut saya baca Al Fatihah utk kesembuhan penyakit, juga Solat hajat tiap kali lepas solat fardhu. Agar saya ditenangkan hati.

16 Sept: Selepas mandi, suami mesti pulang Selangor dahulu. Ayah ada tanggungjwb di masjid, MIL pula ada darah tinggi. My hubby kerja 20hb. Mr hubby izinkan saya tinggal di kampung. Masa itu, saya terkilan tanpa sebab... bukan menyalahkan sesiapa. Cuma hati sensitif sangat. Kena tawakkal pada Allah, dan Solat hajat dan Doa banyak2. Agar saya tenang hati utk balik atas nasihat Mama saya. Tapi, kuasa Allah sbb dalam haid, saya jadi moody juga. Kasihan smua orang di sisi saya.. Maafkan saya... Kami tiba dgn selamat. Adik pun keluar hospital pada hari yg sama tanpa ubat... kerana farmasi hospital dah tutup.

17 Sept: My Birthday. Still tak bole ceria. Adik demam sbb takde ubat. But Saya masih ke dapur. Malam, saya membantu MIL masak mee goreng untuk tetamu. Mak hidangkan kek oren sempena birthday saya. Thaqif pula, tunjukkan pinggan corelle yang baru sampai. Trima kasih atas sgalanya. Saya amat hargai.. Jua ucapan birthday dan doa dari teman2 blogger semua... Cheer My Day Up

18Sept: Kami lunch di rumah Mak Ngah atas jemputan. Then, melawat saudara di Sijangkang bersama-sama. Singgah rumah Umi, saya dapat ilham sikit camana nak uruskan cuti adik atas nasihat Kak Naharah, sepupu my hubby. Umi, mak sdara hubby nasihatkan saya spy menjaga hati suami, krana tindakan kita semuanya atas redha suami. Ombak hati saya mula reda. Adik still takde ubat.

19 Sept: Pagi. Saya masih ke dapur. Kami breakfast nasi goreng, dan roti canai. Tengahari, MIL nak jamu keluarga Mak Ngah dgn Nasi Ayam. Saya buat Dadih 40 bekas. Then, Jie, telefon kerana pada haritu, adik mesti ambil ubat di farmasi hospital dan faks surat MC dan laporan doktor. Saya hubungi pihak maktab, en. Zahir membantu saya menyemak hal2 attendance, dan urusan lain. Adik Nurul hanya bole cuti 2 minggu. Jika tidak, dia tidak dibenarkan exam akhir tahun ini.
Saya minta izin my hubby supaya saya tak ke dapur. Lepas siap tefon, kami berkemas utk balik Rawang. Kami makan brsama Nasi Ayam MIL, kemudian brtolak pulang. Sempat singgah di rumah baru sepupu hubby, kak Zilah. Juga national library, di mana saya pinjam "buku Mertuaku Sayang dan Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah".

20 Sept: My hubby kerja. Saya masih hubungi pihak maktab untuk urusan cuti adik Nurul. Jie yang masih bercuti dari kerjanya di resort, membantu mengambil ubat adik, dan uruskan faks sekali lagi pada Pn Syikin, mentor adik. Adik sedia maklum, dia mesti cepat sembuh supaya boleh sambung belajar.

21 Sept- 23 Sept : Menu ala kadar. Nasi lemak, dll...

24 Sept : Breakfast mihun goreng. Hubby cuti. Urusan CTOS dan CCRIS, national library. Malam, ada sesi dgn GM Teoh. Trading..

25 Sept: Hubby kerja. Saya makin ceria. UPdate gambar raya di blog.. keadaan adik makin pulih dgn izin Allah.

26 Sept: Hubby demam selsema. Asyik nak minum teh Ahmad Tea London. Gi pasar,kebtulan bertemu silent reader. Petang, kebtulan bertemu first time ngan kak fzi, fzmenu. Dah jodoh... :)

27 Sept: Harini, my hubby dah kebah demam. Breaksfast nasi goreng.
Malam tadi, makan nasi + kerang rebus + ikan keli grg...dll..

Sunday, September 26, 2010

bila ada ujian... ada rahmat, ada berkah...

Salam sejahtera,
Curi - curi, cupcake. hihi. Menyempatkan diri update. My hubby tak berapa sihat dengan selsema. Dah pergi klinik pagi tadi, ondaway gi pasar basah. Kesian my hubby. Dia cuba gagahkan diri. Saya nak bawa barang pun dia tak bagi.

KAK BIT

Berjumpa dgn seorang silent reader, kak Bit di pasar pagi. Untung kali ni berjumpa dgnnya. Saya malu... Kak bit yang tegur saya dulu. Ngeee.... Thanks kak. Selamat hari raya, maaf zahir batin. :D

Lepas makan ubat, my hubby tido. Tengahari, saya terpaksa kejutkan dia. Kawannya buat open house. Dia pun dah pesan spy saya tak masak. Kalu tak kejutkan, kang saya pula kena marah.. ;)

KAK FZI, FZMENU

Lepas open house, kami gi pasaraya beli kasut, menggantikan sandal saya yg dah rosak. Susah hati saya, bila pakai sandal yg hilang sebelah bunganya. huhu.. Pastu kami singgah solat Asar di masjid. Ada seseorang tegur saya. Nurindah? er...

Terkejut saya. Akhirnya bertemu juga ngan kak fzi. Saya rasa sebak, tapi tak terucap. Katanya rumah tak jauh dr situ. Jazakallahu khairan, kak atas jemputan ke rumah. Insya Allah, ada kesempatan kami singgah. :D

My hubby ajak lagi intai2 rumah lelong kat bkt sentosa tu. Itulah sebabnya kami check CTOS dan CCRIS aritu. Ada rezki, nak beli rumah. Dah penat menyewa. Besar2 rumahnya. Saya psan kat hubby, nak rumah yg kecik2 ya.. takut dok rumah besar.. kahkah.

Balik rumah, mr hubby lapar. Kami singgah beli lemang. But, still tak kenyang. Saya ajak makan nasi, katanya takde selera. Hu... kesian orang tak sihat ni.

Oklah, saya nak kejutkan hubby solat maghrib. Terima kasih sudi membaca dan menjenguk kami. Moga Allah memberkati kunjungan teman2 semua.


Saturday, September 25, 2010

CTOS .... CCRIS .... National Library .... GM Teoh ...

Salam sejahtera. Itulah aktiviti kami kelmarin. Sebab itu saya tak muncul utk blogging.
Kelmarin, my hubby ajak saya pergi ke CTOS untuk check nama, kalau2 ada masalah. Maklumlah, pernah jadi guarantor. Rupanya CTOS ni bukan badan kerajaan, tetapi ia mempunyai data kredit dan link dari semua bank dan company besar untuk menyemak data KREDIT kita. Pihak bank selalu merujuk pada CTOS apabila kita memohon pinjaman.

Check nama tak susah. Self check is free. Terus prgi ke office CTOS kat Megan Avenue 1, atau tefon dulu. Bagitau nak check nama. Bagi IC. Tak perlu isi form yang kat laman webnya tu. Lupa nak sebut, isi FORM kat ofis CTOS sahaja. Tiada bayaran apa2. Skejap jer prosesnya. My hubby? Alhamdulillah, my hubby Clear.

Lepas CTOS, kami gi check CCRIS pula. Kami nak check data pinjaman dan kredit kat Bank Negara pula. CCRIS lagi senang. Cuma pergi Bank Negara. Pergi Kiosk CCRIS. Kita check sendiri menggunakan IC, letak thumb (ibujari). Then, terus print out data kredit kita. Kali ni, saya check skali saya punya. Seronok, sebab skejap jer. At least, my hubby tau berapa total hutangnya yang ada dalam data Bank Negara. Biasanya, data loan bank yang masuk. Pinjaman pelajaran tiada dalam data.

Pastu gi National Library lagi. Sebab ondaway tengah2 jalan KL tu jer. Hu... hari Jumaat. Ssak sungguh. Pastu meredah jem menuju CIMB untuk kelas GM Teoh. Lambat kami sampai. Penerangan ttg FKLI dan future market dah terlepas. Kami masuk lepas solat maghrib. Jadi, sssion kedua, GM Teoh melayan audience ttg stock yang diaorang laburkan. Not all traders yang masuk kelas GM pandai tengok graf dan laburkan duit. Ada ssetengah saham mereka asyik tidur, tak nak up.
Satu lagi, jangan layan jika ada berita nonsense ttg bajet 2011 akan effect saham. Just dengar cakap cikgu. Labur duit anda , mengikut kajian graf. NEXT TARGET for OCTOBER.... GAMUDA WAR. Air Asia pun ok, lain2 saya dah lupa. My hubby yang main, dia la yang catat,kan? haha... Thanks a lot to Mr GM Teoh. Next Session 29 Oct, Jumaat malam.

Oklah, saya nak sambung tido... ngantuk skit. My hubby keja. Nak masak lunch lagi. Entah ke mana2 dia nak ajak lagi hari ni pastu kena berebut laptop ngan hubby lagi tiap kali weekend. Jadi, ampun maaf, saya cau dulu. Terima kasih sudi ke mari. Bila dah slow skit sibuk, saya blogwalking.

CTOS
Core users of the CTOS system are bankers, financiers, traders, securities firms, insurance companies, credit and charge card companies and legal firms

http://www.ctos.com.my/
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834

Thursday, September 23, 2010

Cheese....!


Terima kasih krn masih sudi berkunjung walaupun saya lama tak blogwalking.

Alhamdulillah, saya rasa makin brsemangat. Berita terbaru, adik bongsu saya itu telah diperiksa Dentist. Sebab masa muka dan bibirnya berjahit dan bengkak, langsung tak boleh tengok giginya. Macam2 benda buruk ada dalam fikiran saya. Tetapi, saya tawakkal dan solat hajat selalu masa tidak uzur haritu.

Nura cakap, gigi atas tak patah. Hanya 4 batang gigi bawah yg patah. Gusi cdra sbb kena gigi. Pastu, jahitan pada bibir atas cantik saja. Doktor tangkupkan dgn elok. Cuma jahitan melintang bawah hidung yang mgkin tinggal parut.

Saya? Senyum sampai telinga. :D Rasa nak sujud syukur lama-lama. Tetapi tunggu abis haid.

Sabarlah dik,Bila senyum, adik cuma nampak gigi atas. Tak terjejas pun senyuman adik yang cantik. Bibir adik pun bertangkup dgn baik. Gusi pun masih kuat. Dengan kepakaran doktor dan izin Allah. Nanti saya nak hantar card "Terima kasih" kpd doktor Rospaidah dan nurse di wad 7, hospital Jertih.

Terima kasih atas sokongan keluarga dan teman2. Hanya Allah dapat membalasnya. Skarang, adik Nurul sudah bole menaip, menyiapkan assignment SBE. Sudah kuat hati untuk bangun dan berjalan2. Tabah, dik. Hanya sebulan di IPDA. Pastu bole cuti panjang.

Saya? Makin riang. Insya Allah. Ringan skit hati saya. 17 hb aritu, MIL pun ada membuat kek oren untuk menghibur hati saya. Kan birthday saya :D. Saya amat hargai.  Kasihan mereka. Kasihan hubby. Saya makin faham dan kuat menghadapi. Maafkan kekhilafan saya.

Hanya kepada Allah sbaik-baik tempat bergantung dan bertawakal . Amin..


Nasi lemak masakan kelmarin..


Buat style orang sibuk. Nasi lemak, sambal tumis kerang, ayam drummet ayamas, timun...


Selain mengemas rumah, mengelap habuk, menyusun pinggan mangkuk, buku2, basuh pakaian yang bertimbun, inilah kerja saya...... Pening nak atur penyata2 ni. Nak atur bayaran akan datang lagi. Setiap bulan 20 surat penyata akan sampai.

Pillow Talk


Ada satu pengalaman yg terjadi di kampung yg saya rasa lucu, tetapi berkesan di hati jika tidak berhati2.. Jangan salah faham. Ini bukan rahsia suami isteri. Cuma perkara yg kadang2 terjadi dalam hidup berumahtangga. Menjadi pengajaran di hari muka.

Biasanya saya tidak pulang ke besut, jika tanpa my hubby. Dgn operation bulan January dan menunggu pulih, maka tup-tup dah setahun saya tidak bertemu ibubapa.

Mertua yang mengiringi saya ke Trengganu pastinya mahu pulang krn ada urusan lain. Sedangkan saya, akan ditinggalkan suami, krana suami akan membawa ibubapanya pulang. Saya rasa terkapai-kapai. Berasa bersalah meninggalkan keluarga yg tgah susah, tak kurang berasa sedih ditinggalkan sendiri. Suami mmg izinkan saya tinggal seminggu di sana, tapi saya jd selfish... ingin suami di sisi.


Saya solat hajat stiap kali lepas Solat supaya adik cepat sembuh dan tiada kecacatan berlaku kerana jahitan di muka. Saya sayang adik2. Mungkin berlebih2 skit kerana belum lagi ada anak2. Jadi, sayang itu umpama anak2 sendiri. Abah saya dah sangat tua. Tak lagi bekerja. Dalam 76 umurnya (update:saya betulkan umur). Hidup di zaman Jepun lagi. Tapi badan still kuat bergerak. Cuma mama, masih muda skit dalam 50 umurnya. Mama berniaga pun, slalu menjadi fitnah orang dan gagal. Untung dapat cukup modal.

Walaupun abah kerap kurang dpt bekerja dulu, tapi rezeki Allah itu sentiasa ada. Sehinggalah kami besar. Kadang2 saya senyum saja jika mama still nak berniaga, sedangkan mama dan abah sudah tidak perlu menanggung ssiapa. Dalam abah tak bekerja, bantuan zakat utk orang tua, dan bantuan skolah sentiasa ada. Biasiswa kami melimpah2 sehingga kami habis sekolah. Rezeki Allah itu ada.. Maknanya kami bukanlah anak2 yg menyusahkan, kan?

Masa kecil2, abang dan kakak tiri slalu membantu sbb abah minta. Tetapi skrg, mreka sibuk dgn hal keluarga. Abah dijaga oleh kami dan tiap bulan abah dapat saguhati. Skarang, urusan adik-adik jatuh ke atas saya dan suami, dan adik2  yg lebih besar.

Bila di kampung, hati rasa dipaut sedih dan berasa sifat persaudaraan yang kuat. Maka berkali-kalilah saya minta my hubby menemani saya di sisi. Seakan prebutan pula berlaku di antara saya dan mertua. Minta difahami dan memahami. Saya jadi tidak mendengar kata.

Saya tau, hormon saya pun tak seimbang masa tu. Dah dekat uzur. My hubby pula jenis berdiam, tidak mahu membela perasaan saya di hadapan ibubapanya. Saya jadi bingung dan tertekan. Akhirnya saya ikut pulang juga kerana nasihat Mama. Akhirnya rasa tertekan tu terbawa2 shingga ke rumah di banting. Saya sudah tidak ada mood beraya. Sudah pasti ada yg tak puas hati ngan saya. :)

Memahami dan difahami adalah suatu yang berbeza. Saya mengambil tindakan berdiam juga. Tawakal pada Allah atas segalanya. Bila kuarga suami susah, saya selalu ada. Bila kuarga saya susah, saya hanya sempat tunjuk muka. Sedih, sebak.. Kalau saya di kampung, pasti saya perlu suami untuk menemani...Dalam perjalanan pulang, saya uzur, tidak boleh solat. Masa itu, saya mula sedar, sensitif itu disebabkan perubahan hormon.

Dalam perjalanan pulang ke rawang, kami singgah di National Library. Akhirnya jumpa buku ini...


Syukur, saya membaca buku ini.

Baru saya sedar, sifat lelaki tidak akan sekali2 membela isteri di hadapan ibubapanya. Juga tidak skali2 mencela. Dia akan diam shg kita salah sangka. Kasih sayang suami itu hanya terserlah bila kita berdua-duaan, sama ada di bilik atau di rumah sendiri. Jadi, tiada apa utk dirisaukan.

Barangkali, mesti para isteri pernah merasai pengalaman bgini. Satu pengalaman yg mendewasakan. Tiada apa perlu dirisaukan, kerana ketaatan isteri itu lebih utama. Kasih sayang terhadap ibubapa lebih kuat.

Untuk apa saya rekodkan? Hurm, jadi pengajaran saya. Jadi kekuatan buat saya menempuh alam rumahtangga. Menjadi tampuk kasih-sayang saya buat ibubapa mertua yang menjadi Muhrim saya sehingga ke akhir hayat. Yang mesti diperlakukan laksana ibubapa sendiri..

Monday, September 20, 2010

Berita yang melegakan hati..

Sajer hendak bagitau situasi skarang ni. Kalaulah saya bole Solat skarang, pasti saya akan sujud syukur lama-lama...... Alhamdulillah kepada Allah yang memudahkan semua urusan kami. Alhamdulillah, kepada Allah yang memberikan kami saudara-mara dan teman2 yang menyenangkan hati, mahu berkorban supaya adik mampu meneruskan pengajian.

MC adik Nurul cuma 2 minggu bermula kelmarin.
Setelah berbincang sana sini dgn para pensyarahnya di IPDA, kami berat hati terpaksa untuk hantar adik balik untuk attend class di maktab dalam masa 2 minggu ini. Itupun melihat keadaan kesihatan adik. Mentornya, serta kawan2nya sudi mahu membantu menjaganya di sana. Saya rasa amat terharu.... Terima kasih ya Allah, terima kasih...

Skarang hanya terletak pada adik Nurul untuk kuatkan hatinya untuk ke IPDA, untuk meneruskan sedikit lagi baki sem nya pada tahun 2010 ni. Laporan SBE smasa adik praktikal di sek padang luas, dah sparuh siap. Assignment adik by group di IPDA akan dibantu mentor dan kawan2nya di sana. Ada 7 assignment lagi yang perlu adik lalui shingga Exam Final pada 1 hb Nov nanti.

Ya Allah, dia cuma seorang perempuan. Kuatkanlah hatinya, kuatkan semangatnya. Sembuhkan kecederaannya... Amin... Amin... Amin..

Dengan Rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani...

Saya hanya mampu menghantar berita ini buat teman2 yang prihatin. Terima kasih atas sokongan dan semangat. Hati saya belum kuat untuk blogwalking. Risau, dan sgalanya.... sperti wanita lain, hanya dengan suami tempat saya meluah rasa dan mendapat smangat. Saya tidak pernah membebani suami saya dgn masalah keluarga saya yang lain, kcuali bila tiba kecemasan sprt ini. Moga mertua saya memahami.. moga suami saya menjadi bahu saya bersandar.

Hanya Allah tempat sebaik-baiknya untuk bertawakal dan meminta pertolongan... Amin.. Amin... Amin...


Friday, September 17, 2010

Hadiah di hari lahirku... keselamatan dan kekuatan hati utk keluargaku

Alhamdulillah,3x. Syukur semua pada Allah yang Pengasih dan pemberi Rahmat

Actually, balik ke kampung kali ini, brsama mertua saya. Dalam senyum, saya juga menangis di hati. Tak sanggup mendukakan hati mertua dan suami di musim raya. Sdaya cuba menggmbirakan mereka spanjang jalan. Tetapi tiba di kampung, saya tak berhenti2 menangis. Hati saya luluh. Saya serahkan pada suami utk menjaga keprluan mertua saya. Melihat muka adik perempuan saya yg bengkak dan patah gigi di usia 22 tahun, mmbuat hati di siat2...

Dalam kelam kelibut, mama fikir mreka dilanggar. Rupanya, adik sndiri yg naik motor bersama adik Nura terjatuh dlm parit, pergi beraya ke rumah adik lelaki saya yg baru membeli rumah di kampung. Nura ada lesen, tapi adik tidak. Bunyinya lucu, sbab jatuh sndiri... tetapi kcederaan yg parah di muka, membuat hati saya luluh... Kami orang susah, kebanyakan perempuan. Hanya Motosikal menjadi kenderaan utama ke mana2...

Di hospital, adik kerap mlihat gambarnya di pagi raya, dia cakap mukanya dah leper... Saya cakap, hidung adik masih cantik, mata adik sikit begkak jer. Gigi yang patah.. kita cari gigi yang cantik untuk adik. Muka adik masih elok. Parut di atas bibir, dan gusi akan hilang... adikku sayang. Syukur adik masih boleh berjalan, mata terang.

Saya tak berhenti menangis smasa solat. Saya takut hati adik tak kuat. Lepas ni, dia perlu exam. Laporan SBE , latihan praktikal perlu dilapor ke maktab. Kcdraan akan smbuh, ttapi saya harapkan keajaiban... Moga kecederaan tidak seteruk yg saya lihat smasa mukanya masih bengkak.

Dalam penjagaan saya, saya pastikan adik Solat. Masa meraup muka, barulah dia berani menyentuh atas bibirnya yg panjang berjahit. Gusi bawahnya juga berjahit. Sayang masih cantik... tunggu smbuh dulu ya...

Saya tahu, tak smua orang faham hati saya. Smua asyik cakapp, syukur selamat, masih bernafas, tak patah riuk. Lepas tu tinggalkan duit... Saya tak marah. Fikiran saya lain. Saya harapkan sokongan moral dan kasih sayang. Moga hati adik kuat meneruskn perjuangan di IPGM. Yuran hospital bole dilangsai, adik pun ada insurans... Fahamilah hati adik. Fahamilah hati kami...

Saya solat hajat slalu tiap kali slpas solat. Doa yang tak putus.. agar hati dan smangat, dan kecedraannya cepat sembuh. Sebab adik terikat dgn maktab. Ada perjuangan yg belum selsai. Perlu berada di IPGM Jitra sorang2....Perlu mrasai kecdraan di mukanya sorang2 di maktab. Saya harapkan keajaiban dan tidak putus berdoa agar kcdraan adik tidak seteruk yg saya nampak.

Syukur, klmarin semasa saya menjaganya, dia dah mula berlawak.
"Nuyu nak gosok gigi.. tapi gigi Nuyu dah takde..." Masa itu rasanya hati saya tersiat2... tapi masih gelak. Hati adik dah mula kuat, dan REDHA. ITU PALING PENTING BAGI SAYA.. REDHA... Dan hati saya mula kuat.

Ya Allah, saya telah balik ke rawang bersama suami dan mertua. Adik Nurul pun dah dibenarkan keluar hospital. Bengkaknya dah mula kurang. Jahitan di atas mulut, makin kering. 21 hb akan cabut jahitan di atas bibir dan di GUSI. Tabah ya, dik. Sakit sikit jer sayang...

Insya Allah, saya akan balik lagi. Trima kasih atas doa teman2 dan perhatian. Hati adik kuat, dan kecdraannya sembuh. Itulah hadiah saya di hari jadi saya hari ini. Buat IKA, Happy birthday ika sayang... my twins lain ayah dan ibu. Kita tak dapat mnyambut bersama, kerana hati saya masih lemah dan teringat2 pada adik Nurul, dan pada kuarga yang masih lagi bersdih dan terkejut. Maafkan daku, suamiku jika aku masih tidak ceria. Maafkan daku, mertuaku, jika daku masih sprti tidak kuat. Aku bersyukur pada MU Allah, kerana memanjangkan umur adikku2 itu. Kuatkan hatinya ya Allah, utuk meneruskan pengajian...


Monday, September 13, 2010

Duka di hati... :(

Salam sejahtera. Salam 4 Syawal. Alhamdulillah atas Rahmat-Nya, kita bertemu lagi..
My adik, 2 orang, accident petang kelmarin. Naik motor, dilanggar motor lain yang laju. Budak yg race motor tu dah lari ..

My adik, Nura dibenarkan keluar untu rehat di rumah. Maklum hospital kerajaan, tak boleh lama2. Mukanya bengkak kerana jatuh ke dalam parit. Cuma................. My adik Nurul, bongsu. Yang bercuti dari maktab. Teruk kerana terlambung. Berjahit . 3 jam operation. Ya Allah... sabarkan hati saya. adik bongsu, kesayangan pulak tu. Tak tau lagi kecederaan lain.

Pagi ni, kami akan berangkat ke Besut, lihat adik2 saya. Ya Allah, permudahkan perjalanan kami. Kuatkan hati kami. Selamatkan adik2ku dari kecederaan teruk2. Jauhkan kami dari bersedih dan brduka. Amin ya Rabb...Amin..amin..amin..

Mohon maaf jika tak sempat menjenguk dan berkongsi cerita kerana banyak perkara yang bakal kami buat dalam tempoh cuti 10 hari ini.


Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam sejahtera. Salam Aidilfitri. Menayang kad raya yang sempat diambil. Baru lepas sembahyang raya. Ramai para penduduk mengambil kesempatan bermaaf-maafan. Alhamdulillah. Saya sibuk dr malam Khamis, mengemas pakaian, menyediakan barang part 2 untuk dikirim ke kampung, menyediakan perencah lauk utk My Adik, Siti yang kerja di hari raya, mengemas segala kuih muih utk di bawa balik ke banting dll... Malam tadi pula, ada TAKBIR di kawasan Taman seri ni. Mak sediakan laksa, buah, roti John, puding, untuk para tetamu yg brtakbir. Alhamdulillah, selesai.

Kesempatan ini, saya juga mohon halal semua resipi yang diambil dr teman2.Mohon ampun dan maaf jika ada yg terkasar bahasa, terguris rasa. Moga Hari raya kali ni membawa sinar bahagia untuk kita semua. :)Oh ya, Happy anniversary buat keluarga kak Hanamemories dan kak Azatiesayang kelmarin. Moga jodoh sentiasa berpaut erat. :)


DARI KAK LOVE, love2cook-msia

DARI KAK HANA, hanamemories.blogspot


DARI KAK AZLINA, terminalhijrah.blogspot.com

DARI ROS, jintanmanis.blogspot.


DARI KAK LIZAHANUM, lizahanum.blogspot.

DARI KAK ZANA JOHOR, dzanariah.blogspot

KAK LENDANUAR, lendanuar.blogspot


DARI KAK WANIEYRA, ummiaffaf.blogspot.com


DARI KAK EZADLIZA, ezadliza.blogspot.

DARI MAMASYIPAH, mamasyipah.blogspot.com

DARI CK LAH, xiinam.blogspot

DARI Deliah, DELIAH'S DELI


DARI JIYA, 14Sept.blogspot


DARI KAK AYU, curlybabesatisfaction.blogspot.com/


DARI KAK DAYANGJACK, dayangjack.blogspot.com/


DARI KAK INAHAR, myinahar67.blogspot.com/


DARI KAK MAZ, ilhamdapur.blogspot


DARI KAK NOORMA, cendanakasih.blogspot


DARI KAK SUZI, perutkenyang.blogspot


DARI MIMIEY, nasyieen.blogspot

DARI DEETHA, mlebupawon.blogspot


DARI KAK CATLINAFLY, catlinaflybaby.blogspot.com

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────