Monday, March 14, 2011

Kerang Pedas Bersos

Salam sejahtera,

Moga hari Isnin menjadi hari yang ceria buat semua. Malam tadi, membeli barang kat pasaraya. Jadi, hari ini menjadi "hari produksi" atau dlm istilahnya, menyiang lauk pauk, blend cili, potong sayur , tulis barang baru yg masuk fridge/kabinet, semualah! :D. Jadi, kita rehat-rehatlah dari online hari ni. BW bila dah siap nanti. Saya tinggalkan lauk di bawah. Ok, let's fight Monday blues! :))



KERANG PEDAS BERSOS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Kerang dan 2 batang serai (kerang saya beli dalam RM2) - Dibasuh bersih. Kerang direbus tanpa air bersama serai yang diketuk dengan api dapur kecil sehingga masak. Lalu dikopek.

5 tangkai Cili padi - diketuk
Air masak secukup kuah

Bahan Sos:
3 sdm Sos tiram
1sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato

Bahan dihiris:
1/2 biji Bawang besar sederhana besar
2 ulas Bawang putih


CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan sos, sedikit air supaya sedikit basah, cili padi, dan kerang tadi.
3. Biar mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.




6 comments:

  1. assalam nur..lama x kemari..windunyer :) kerang masak sos..erm,x pnh bt lg tp nmpak sedap..nk bt ni la tp nk tukar sos cili ke cili padi..sbb kt rmh ni sumer suka pedas kecuali sy.. :)))

    ReplyDelete
  2. skrg ni tak boleh makan kerang.. ada penyakit baru datang tpai tak sempat masuk entri lagi..tapi nampak sedap indah..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..wahh sdapnyerr menu, hubby suke makan kerang ie tp xpernah lagi masak menu berasakan kerang..taott xsedap..

    ReplyDelete
  4. Salam Del,
    Windu jugak :) Kerang sos ni saja buat sebab ada lebihan. Jemu dah ngan sambal. Ini buat ala manis skit pun tambah cili padi. tak pedas nanti mr hubby taknak makan pulak, hehe. oh.. saya pun tak bole makan pedas. cili padi tu saya kuis-kuis tepi pinggan. hehehe..

    ReplyDelete
  5. Salam che mid,
    Moga segalanya baik, kak. harap cepat sembuh. Risau. nanti saya hop ya.

    ReplyDelete
  6. salam warisan bonda,
    hehe.. tak cuba tak tau. saya cuma cuba dgn lebihan kerang masa dinner.

    ReplyDelete