Friday, June 10, 2011

lamb chop (shoulder)



Salam sejahtera,

Alhamdulillah. Moga semua teman2 sihat walafiat. 

Saya nak bercerita.  Saja-saja sebab saya dah pun sihat bin walafiat sekarang. yippe..!

saya demam dong seminggu lalu. Langsung takde selera nak makan, apatah lagi nak masak.  Nengok lauk pauk pun rasa nak pitam. hahah.  Saya jarang demam. Setaun tu, ada la sekali. Rasa macam alien pulak. Padahal mr hubby tiap2 bulan mesti sesema. Agaknya itu yg buat kami serasi kot... ;)
Last week, kami sama-sama demam.  Kami pulun makan ubat betul-betul. Adeh...

"Abang dahla nak gi outstation jauh ni,  abang makan ubat ni biar sembuh betul tau. Antibiotik habiskan. Mintak2 tak jadi apa-apa la bila jauh."

"Ayang balik kampung tau. banting, ke jetih ke. Demam tu. Banyakkan rehat."

Dari awal lagi, dia nak hantar saya naik bas balik ke mana-mana, dari tinggal di rumah saja. Tapi, i know he'll need me. nak packing barang seme. tak sampai hati nak tinggalkan Mr hubby yang bakal gi outstation seminggu.  Sudahnya, dia masih bekerja full...... sehari sebelum naik flight. 

Hubby mmg dah demam seminggu sebelum btolak. Saya pula, Hubby cakap, saya demam sebab makan daging kambing. hahaha.  Ye ke? just 1 lamb shoulder tau. nampak sangat badan saya ni tak tahan lasak. huhu.

Menu seminggu saya, dgn tekak yang tak berapa betul:
Isnin, spagetti dgn sos kimbal tin
Selasa, nasi campur sup sayur cendawan dan udang. Tabur nasi sekali dalam periuk sup.
Rab,u pulut jagung guna tanak
Khamis. Buat kari ayam. makan gitu je. tak mo nasi.

Tapi Alhamdulillah, sehari sebelum hubby pergi, saya bekalkan brownies coklat moist. Nak masak lauk rendang ke hape, memang tak sempat. Sebab teman hubby merata-rata selesaikan bbrp perkara.

Sudahnya... hubby emel.  Tadi abang kena tahan. Anjing kat airport bau kek coklat Ayang. 

Gulp!

Barang dalam beg trpaksa diperiksa. Tapi, kek Ayang nak abis dah. tinggal sikit je lagi.

Itulah... bekal hubby sepanjang jalan dalam perjalanan dekat  7-10 jam tu. huhu.... kesian, tak jumpa nasi dia.

Ini tayangan lauk tertunda. Adapun gerangan lamb chop ini dimakan dgn nasi. hehe.. tapi macam tak serasi ngan tekak saya. Tetapi sbb kuahnya banyak, lamb shoulder yg dibeli kat tesco tu cuma 2 keping, jadi, ada banyak stok kuahnya. Beberapa hari selepasnya, saya tuang atas Ayam, gaul dan bakar. Rantah macam tu je.... kena pula dengan tekak saya ni! kuahnya cukup rasa. Ada rasa air daging, sebab kuah ini hasil perapan lamb chop tu. Nak tau rasanya, cubalah. :)

P/S: agaknya saya tak pandai makan lamb chop. haha.. Mr Hubby ondaway balik dah. :D


LAMB CHOP SHOULDER
Resipi: http://amzelan.blogspot.com/2010/03/resepi-lamb-chop-shoulder.html
nurindah: balance sos tu, kalau tuang atas ayam  pun, sedap tau! Mohon halal ya tuan punya resipi. Terima kasih byk2.

resepi lamb chop/ shoulder
4 ketul bahu kambing/lamb shoulder
(bahagian lain pun boleh...)
3 inci halia (ditumbuk)

5 ulas bawang putih (ditumbuk)
segenggam lada hitam (ditumbuk)
4 sudu besar sunquick oren
3 sudu besar cili mesin
3 sudu besar serbuk kurma ATAU serbuk kari
3 sudu besar butter
3 sudu besar susu ideal / susu cair dlm tin
1 sudu besar jintan manis
garam secukup rasa

Caranya :
1.Lumur kambing ngan halia, biarkan dlm setengah jam (utk hilangkn bau)
2.Masukkan semua bahan2, gaul dan perap selama 2 – 3 jam.
3.Bakar / grill sehingga masak.

* Baki bahan2 yg tinggal boleh dibuat sosnya.. Caranya :
1.Panaskan butter dalam 2 dudu besar.
2.Masukkan 1 labu bawang merah saiz sederhana yg dipotong kiub dan 1 ulas bawang putih yg ditumbuk.
3.Masukkan baki bahan perap, 1 sudu besar gula, 2 sudu besar sos cili 'Life' dan setengah cawan air.
4.Kacau sehingga pekat macam sos.



Kuah yang sedap!


Selingan, masak sambal udang

8 comments:

  1. huwaaaaaaaa...akakpun nk gak sepiring lamb chop nih!! waduh..terliur sehh!

    ReplyDelete
  2. wah..cam kt kedai la...mseti sedap ni.

    ReplyDelete
  3. Lamb chop..feberet tau..nak sikit

    ReplyDelete
  4. Salam kak nur.. Menariknya menu tu udang tu nampak sedap... Thanks atas ingatan resepi tu.. Saya tgk kat blog kak zana tulis gitu...hihihi tulis situ nama tuan punya resepi...

    ReplyDelete
  5. salam kak inahar,
    hehe.. lamb chop first trial tu.

    ReplyDelete
  6. salam kunang-kunag,
    ntahla, akak tak reti makan lamb chop ni. tapi sos yg trhasil drpdnya, memang sesuai buat chocken chop pula. hahaha.

    ReplyDelete
  7. salam kak nieza,
    kak nieza mesti terer masak chop chop ni. saya baru nak rasa. hahaha

    ReplyDelete
  8. salam kak juwita,
    hehe. thanks kak. saya pun fenin apa yg akak maksudkan ni. tapi, sbb blog tu saya baru jumpa, tu yg berderet linknya. udang bersambal tu macam biasa jer kak. :D

    ReplyDelete