Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, January 28, 2011

Menu: ayam goreng bawang putih, sambal sotong, brokoli goreng udang

Salam sejahtera,

Bukan tak rindu nak melihat makanan yg enak2 yang dihidangkan teman2. Cuma.... bila kurang selera makan, kurangla blogwalking saya... Ini, bila bersambal segala, baru bole telan, kalu tak, setengah pinggan belum tentu abes. Minggu ni saja, dah dua kali mr hubby belikan sate. Boleh kecur pulak, bila saya tengok sate tu. Alahai... .

Saya alihkan kepada membaca cerpen dan novel. Berpinar mata bbrp hari ni, membaca cerpen dan novel online. Nak beli novel sendiri, hubby tak galakkan. Katanya, ada sorang sedaranya, sampai bakar buku2 novel isterinya sbb ralit membaca sampai lupa wat keja rumah. Eh..eh... en. abang, saya tak macam tu,la.. Ini baca yg free lagi. Tak yah belikan pun takpe... :P Saya tau, dia sekadar beri pengajaran, bukan tak bagi beli. Tapi dengar mcm tu pun, saya dah kecut. Takut saya pun jd mcm tu. Baca novel ni, bole buat tak hingat dunia tau!


Tak kecur ke? Saya tengok pun dah meleleh ni... huhu..

Terasa-rasa kat tekak.

Ini diperkenalka ayam goreng. heheh.. ayam grg bawang putih tumbuk jer..

Sambal sotong... ini jerla yang buat saya berselera makan nasik.

Udang ngan brokoli. Hubby cakap, brokoli sangat sedap digoreng gini jer. Cuma, tumis bawang, bubuh sos tiram, udang. Brokoli celur dulu. Goreng kejap, angkat...


Wednesday, January 26, 2011

678 dan kuih bakar pisang

Salam sejahtera,

Online skejap jer ni. Internet baru ada. Masalah 678. Katanya troubleshooting modem. Ntahla. Berjanggut misai palsu dahni menunggu internet.huhu... Bukan apa, risau gak, mr hubby dah call banyak kali. Dia nak check bursa saham malam-malam.

Lepas cabut wayar, restart modem, restart lappy, connect sana sini.. tetap tak muncul2 wane hijau 'Internet' kat modem tu. Biasanya sentuhan saya ni menjadi... hehe.. perasan skejap. Tetapi kali ni, tak laku pula sentuhan saya tu. Risau jugakla, kot modem rosak hape. Dahla caj baiki benda rosak kat TM tu, mahal. Ini baru je, up pakej. Baru kejap tadi dalam 5.30 kot, tiba-tiba 'on'. Fuh.. lega,...... Alhamdulilllah. Hubby pun lega hati skit. Nasib baik modem tak rosak.

Aiseh, Masak pun belum siap ni. Saya tayang kuih bakar pisang dulu wat minum petang. Moga2 hari ini hari yang ceria dan bermakna buat semua. :)) Lawatan dan reply akan dibuat nanti2 la. Hubby nak balik jap lagi...

Cara untuk menikmati kesedapan kuih bakar pisang ni, gigitla skit2. Saya potong besar-besar 2 jari ni, my hubby skali ngap jer dua tiga ketul. Mulut pun penuh ngan kuih... Bila saya tanya sedap ke, dia ngangguk2. Hu.... camana dia rasa ek?

Kalau saya, yummmmmmm.... memang tak berhenti menggigit kuih bakar ni. Thanks kak zana. Superb recipy! Nak perang, atau berkerak. Biar lama skit dalam oven. Ingat... gigit sikit2 tau... heheh....


KUIH BAKAR PISANG
Sumber: Kak zana Johor

KUIH BAKAR PISANG -sumber kak Zana,Johor

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt




Tuesday, January 25, 2011

Mee suah, macam meggi




Salam petang,

Hari ni, post sampai 3. Punyala nak cover. hakhakhak. Oklah, ini Mee suah. Saya pun tak kenal. Cuma pernah tengok kat buku handy chef hanieliza, senangnya mee dan kuetiau. Jumpa paket ni kat NSK, ada cop halal jabatan agama islam perak. Tapi malasla nak ikut semua resipi. Jadi, saya masak macam buat sup sayur.

Tumis bawang putih yang dicincang halus.
Masuk air, biar mendidih
Tambah kiub ayam megi.
Masukkan mee suah kejung macam tu jer. Cepat jer, ia kembang (ala meggi)
Buh garam kalau nak. Pastu, tutup api, tabur daun sup ke, daun bawang.
Ada ayam goreng, memang sedap diletak bersama.

Dah... cara nya dah sebijik macam megi, tapi more healthy. Yeah! Oklah, nak blogwalking skejap. Kang kawan2 merajuk plak. ;D



2

Selamba badak je saya luahkan perasaan kan? huhu... Saya rasa malu lak cerita laju jer macam takde brek. Saya redha per. Saya sedar taraf seorang isteri. Pahala menyediakan baju suami, pahala menyediakan makan minum suami, jaga anak-anak... macam orang gi berjihad kat medan perang tau! Saya pandang syurga jer.

Itupun dah syukur dah. Suami pun jaga saya elok2. Apa lagi yg saya ndak? Lagipun, nasib baik saya tak tempang atau kena duduk atas kerusi roda sebab tulang belakang ada masalah. Adik saya sorang yg dok maktab tu pun, ada masalah ni. Dia lagi parah, dok berguling sbb jadi guru pen.jasmani! Keturunan ker? erkkk.... harap2 tak la. Nak hidup lama sampai bercucu cicit, bahagia sampai hujung nyawa. Biarla orang dok ngata... dok prasangka. Lagipun, saya selalu doa moga2 Allah tambah rezeki kami. Tak dapat kat dunia, ada ganjaran kat akhirat kelak. Amin..

Dah dah... hati saya pun batu ni. Takde nak meratap mengenang nasib diri. Air mata pun tak mo kuar. :D.. Jaga hati, jaga iman, jaga family sendiri jer. Alhamdulillah atas segala, meh.... saya belanja makan nak?


Cun betul letak daun saderi ni. Perasan sendiri.. heheh. Hubby pulak senyum jer. lawak ke decorate pinggan ni sket. :p Sebenarnya awal saya tumis ayam masak halia ni lagi, dia dah kata sedap... tu belum rasa lagi tuh. memang terperasan skejap. ;)

Krup krap paru goreng... abes kena telan...

Macam biasa, our faveret.

Monday, January 24, 2011

Sarapan: Egg benedict atau bakul roti dengan telur....

Salam sejahtera, Moga kita semua dalam redha Ilahi.

Sabtu, saya manyak merajuk ngan seseorang. Pastu lega dah. Pastu beli barang dapur. Ahad lepak jer kat rumah bersantai-santai. Lepas luah semua perkara. Memang lega dah... walaupun rajuk masih ada. hakhakhak.... Mens, nampak senduk ni? Jangan pernah buat wife you naik hantu ya? :p

Tak tau sarapan bila nih. My hubby suka sangat tengok bakul berisi telur ni. Saya pun hepi lalala kan, sebab dia jenis susah nak puji wife sendiri... huhu. Ni, kalu ada yang lapar, dan ada balen roti 2 keping ngan telur 2 biji... sesuai sangat dibuat brunch ke, snack pagi ke...  Memang kenyang... Pernah buat dulu kat SINI dan SINI .. Resipi Zurin MyR.

Dah... nak letak senduk ni, tak baik acah senduk kat suami sendiri. ;D







Apa yang kita kata

Apa yang kita kata...
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

Apa yang kita kata, akan diingat orang.
Apa yang kita kutuk, akan dibenci orang.
Apa yang kita sembang dgn sedara, dia mungkin akan sampaikan pada suami atau anak-anaknya.
Apa yang kita sembang dgn kawan kita, dia mungkin akan sampaikan pada suami atau anak-anaknya.

Kalau tidak mahu rahsia kita ditelanjangkan sesiapa, Mintalah nasihat pada orang ini...

yang jenis memaafkan,
yang jenis tidak menyalahkan ,
yang jenis sabar,
yang jenis lembut dan tawaduk hatinya,
yang BUKAN jenis emosi tak bertempat,
yang BUKAN mulut laser,
yang BUKAN jenis mengikut kata hati,
yang BUKAN jenis yang selalu menyanggah perkataan suami,
yang BUKAN jenis yang selalu fikir dia betul,
yang BUKAN jenis yang fikir dia lebih ada hak,
yang jenis tidak bercerita pada sesiapa,
yang jenis rajin baca al quran dan solat malam dan hatinya tunduk,
yang jenis beriman... dan hatinya sedih hanya kerana ingin mengabdi perasaan hanya kepada Allah... bukan kepada manusia.

Orang ini akan menerima bentak geram kita dgn sabar, orang ini akan membisikkan Astaghfirullah semasa kita menurut syaitan, orang ini akan menangis dgn kita bila kita berkongsi cerita sedih, orang ini akan membangkitkan semangat kita dgn kata-kata berhikmah, orang ini akan menyimpan RAHSIA perasaan kita dgn kasih dan sayang. Jika dikongsikan dgn oranglain adalah dgn IZIN kita...

Rakan terbaik bagi seorang isteri... ialah suaminya. Apa yang kita beritau suami kita, biasanya akan stop di situ, kerana suami tidak suka mencampuri hal remeh perempuan.

Adakah kita termasuk dalam orang yang boleh disandarkan rasa hati? Saya juga perlu membelek diri sedalam-dalamnya....


Sunday, January 23, 2011

Triffle (edisi laici)

Salam sejahtera,

Memasak, satu terapi, right? :D My hubby dah balik. Jadi, harus spare time. Jumpa kembali nantii, ya..





TRIFFLES
Sumber: Chef hanieliza

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail (saya ganti laici)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar (saya guna susu cair)

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.



Bila isteri terluka..

Bila isteri terluka
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/


Akhirnya, pesanan saya pada diri sendiri... jangan relakan hati merana dgn berpura-pura gembira. Kena luahkan dan tunjukla jika tidak suka. Suami bukanlah Raja yang akan pancung kepala orang sesuka hatinya. Suami ialah sebahagian hati kita, yang jika Jiwa Isterinya terbakar separuh, maka jiwanya turut rentung bersama....

Luahkan rasa tak puas hati semasa kejadian masih baru berlalu. Kerana suami cepat terlupa, bahawa dia telah melukakann hati kita. Jika kita pendam saja, lihatlah nanti, kita ungkit semua sampai suami pecah kepala, mengingatkan semua salah dia. Sedangkan kita selalu bermanja seolah-olah tiada apa-apa.

Pernyataan supaya isteri yang wajib menanggung segala rasa dan menahan keinginan, adalah sesuatu yang perlu diulas. Dibuka terang lebar.

1. Isteri yang bersuara kuat dan gelak mengatakan dia "tak apa-apa", sedang berjuang untuk memastikan hatinya tidak terluka. Peganglah tanggannya..

2. Isteri yang tajam pandangannya ialah yang terluka hatinya, yang tidak mahu dipujuk, cuma hanya mahu gembira semula. Jangan banyak cakap.... kang kena 'fire'.

3. Isteri yang marah dan bengkeng ialah yang keliru antara ingin sedih atau kecewa... yang perlu tempat mengamuk segala. Berilah peluang dia menyeimbangkan hormonnya... dia lebih tau di mana salahnya.

4. Isteri yang redup matanya bila melihat suaminya, sambil tersenyum ialah isteri yg sedih hatinya, yang ingin dipujuk sebelum mengalir airmata. Pujuklah cepat.

5. Isteri yang menangis ialah yang ingin meluah rasa, yang ingin diberi ruang Sendirian melepaskan semua sendu di dada. Biarkan dia nangis sepuasnya.


Semuanya kerana seorang bergelar Suami ....

a. Kerana hanya dgn suami kita berkongsi kepala di bantal yg sama

b. Tempat berehat di dada yg halal,

c. Tempat kita tenang di tangan yang halal,

d. Berkongsi tubuh dan berkongsi ruang bilik.

e. Dgn orang yang kita sendiri yg redha utk hidup semati di hari akadkan.

Jadi, Redha, berterus-teranglah, dan selalulah memaafkan... hati lega, jiwa gembira, dan tiada salah sangka...



Friday, January 21, 2011

Ketam bercili dan bawal kukus

Salam sejahtera,

Kelmarin, takdela pulun buat kek seme... bahan tak cukup. Lepas siap masak ketam bercili dan bawal kukus resipi kak Raihan ni, my hubby tepon, katanya dah makan mihun goreng kat opis. Ada ceramah agama bulanan. huhu... Takpela, agaknya my hubby lapar sangat tu. Satu bungkus mihun grg dibawa balik utk saya. Saya gelak jer...

Akhirnya, sebab dah sedikit kenyang, saya hidangkan sedikit nasi utk my hubby. Lepas abes nasi, my hubby sibuk merantah ketam. Saya terangkanla, ketam ni goreng dulu, baru buat tumisan, bubuh sos nampla.. bla..bla..bla... saje nak buat dia berselera makan balik. Tiba-tiba... " Nak tambah nasi lagi... " . Sengih manjang saya...

Tapi, ikan bawal sambung pagi ni sebab dah kekenyangan. Makan nasi pagi2 ni. :D Pastu saya buat Cucur kak Nor, tapi jagung takde, cuma guna resipi asas sahaja. Cedap! Senang ikut resipi ni. Buat 1 cawan pun dah cukup buat breakfast.

Resipi di bawah ialah resipi ketam bercili dan bawal kukus kak Raihan. Sedap... lain dari yg biasa kami makan. Tak pernah saya goreng dulu ketam tu, baru tumis. Memenuhi selera kami :))  Terima kasih banyak2 kak. Mohon halalkan copy dan paste kat sini, ya. :D

Tak lupa, terima kasih banyak2 buat semua ucapan di comment dan shoutmix. Moga rumahtangga kita semua dalam keberkatan Ilahi.



KETAM BERCILI
Sumber: Kak raihan periuktanah

Bahan-bahan:

1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya) (Nurindah: saya guna 3 ekor ketam bunga saiz sederhana)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.

Bahan dikisar halus:
3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar

Bahan lain:
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula

Cara membuatnya:
1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.
2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....
***K.an tak letak garam sebab namphla dah masin dan ketam goreng juga dah cukup garamnya.
*** Nurindah: saya letak garam skit je, secubit rasanya.




IKAN BAWAL KUKUS
Sumber: Kak raihan periuktanah

Ikan Bawal Kukus. (boleh diganti dengan siakap, bawal putih atau ayam dll)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal sederhana besar dibersihkan dan dilumur garam
1 labu bawang besar dihiris membujur
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihirs halus memanjang
1 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar air limau kasturi atau limau nipis.

Cara-cara:
1. Masukkan ikan ke dalam bekas tahan panas.
2. Taburkan semua bahan dihiris dan diketuk ke dalam bekas berisi ikan.
3. Tuangkan air asam dan air perahan limau ke atas ikan.
4. Panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus ikan 20 minit atau hingga ikan masak dengan api kuat. Terbalikkan ikan selepas 10 minit agar rencah dan air asam meresap sekata ke dalam ikan.
5. Angkat ikan dan hidang dengan air asam.

(Nurindah: saya tak buat air asam malam tadi)

Air asam:

1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris melintang
2 biji cili padi dihiris halus
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar sos cili (jika suka)
secubit belacan
1/4 sudu teh kerisik
1/2 biji tomato dihiris
1 sudu besar perahan limau nipis atau kasturi
garam, gula secukup rasa

*** campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati. Sedia dihidang


Thursday, January 20, 2011

hari telah berlalu, tapi perjalanan masih jauh..

Doa penutup hari 20 jan 2011

Our 5th Anniversary, bersamaan birthday my hubby. Terima kasih banyak atas doa dan ucapan yang dititipkan buat kami. :))



Saje tayang Daisypath ni, buat kenang-kenangan. Alhamdulillah3x... berilah kami keberkatanMu, ya Allah atas ibubapa kami, diri kami dan rumahtangga kami ini....

Buat thaqif, akak hidangkan ni... ;D ciannya, kalulah uia tu dekat, kak dah bawakan skit lauk-pauk yang ada. hope praktikal berjalan lancar. kak doakan...
Inilah agar-agar nenas beserta sos vanila yang crack tu. hehe... Still looks yummy, kan?

Kesilapan teknikal, but teknik tercepat nak buat puding koktel. hahaha.

Hanya... susun buah nanas kiub (dr tin) dalam dulang. Masak air gula dari tin, dan tambah air = sukatan semua 500ml beserta Agar-agar serbuk separuh paket (lupa bape gram), gula ikut citarasa. Masak mendidih. Tutup api, biarkan suam. Baru tuang atas nanas. Buat sos vanila. Biar suam juga, baru tuang atas agar-agar yang hampir beku. Pastu potong, biar jadi merekah. Hahahaha... still yummy tau, sejukkan dalam peti ais, hidang dalam bekas cantik skit.


:D Moga hari ini lebih indah buat kita semua... Amin...

Salam sejahtera,

Petang kelmarin, buat kuih bakar pisang, hancus... pasang api oven TOP. Jadi, masak bahagian atas je. Potong separuh, susun elok2 dalam pinggan. My hubby makan berketul2. Saya gelak jer.... :D

Pastu buat agar-agar nanas, buat sos vanila. Saya tuang masa ia hampir sejuk. Pastu potong. Rupanya belum betul2 keras. Jadi la crack... macam puding koktel. Still Sedap.... rupa no hal.... Gelak lagi... mood happy jer. Komen hubby, sedap jugak ;))

Malam tadi gi dinner kat riverside. Ala, takde romatik2nya.. sebab tak booking meja. huhu... Jadi, mencarila meja mana yg kosong. Dapat satu meja yg goyang2.. haha. Lepas oder chicken chop dan lamb chop sepinggan besor, pindah lagi meja sebelah. Ala, asalkan tak bergoyang masa nak potong lamb tu sudah... hehehe... ( Hampa juga, tapi tetap mempamerkan wajah ceria. Yalah, tak mo rosakkan mood hubby. Penat dia redah jem semata-mata nak balik awal kelmarin ;D )

Lampunya malap, jadi tak dapatla tunjuk lamb chop yg gedabak tu. Chicken chop grill mmg faveret saya. Dgn sos lada hitam yg selambak . yummmm...
hihi. sorry. kalu dapat meja yg cerah skit, lenkali saya snap gambar ya... All RM30 sekali makan : chicken chop dalam RM10 +, lamb chop RM16 +, fresh orange, air suam. Restoran Riverside jalan ke Sg Buaya, hulu selangor. Memang makanan lagi sedap dan banyak dari hotel! amaran.. sediakan perut sebelum pergi, memang selambak sepinggan nasi goreng ke, mee, claypot, chicken chop ke.... kenyang betul. :D

To my hubby..... happy Birthday... Moga hari ini lebih indah dari hari-hari sebelumnya. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan diberi kesihatan dan dalam perlindungan Allah sentiasa.

Jua, happy anniversary. ;D. Terima kasih atas kasih dan sayang yg diberi sepanjang 5 tahun ini. Hanya Allah mampu membalasnya. (syahdu skejap.. huhu)

Thanks ajak saya dinner last night. Malam ni, saya masak ya. Insya Allah, apa yg ada, saya buat, takde membazir. :))

Dah send this E-card to mr hubby : http://www.123greetings.com/love/i_love_you/crazy/crazy54.html


Wednesday, January 19, 2011

Pengat nangka... yum yum...

Salam sejahtera,

19 januari 11. Tengah rushing, tapi rindu ngan semua orang. Apa khabar semua? Moga hari ini lebih indah dari kelmarin. Amin...

Malam ni hubby ajak dinner kat Riverside. Esok, our anniversary, sekali ngan birthday my hubby. Saya pun fenin tgah fikir nak surprise apa. Bahan tak cukup nih. wakaka...

Dah lama balik bercuti. Alhamdulillah, tiada banjir, tiada halangan. Semua berlangsung dgn baik. Nanti ada masa, saya tayang ombak besar kat pantai cherating tu ya.. :D

Tayangan pengat nangka ni. Aritu beli nangka madu yg siap dikopek. Dah masak sangat, kurang laju nak makan, tapi maniss.... yum yum. Panaskan santan ngan daun pandan. Bubuh nangka yang disiat besar2 dan gula melaka yg telah dicairkan, tambah garam skit. Biar kuah sebati ngan nangka sekejap. Hasilnya, abes satu periuk... :D





Thursday, January 6, 2011

RAHSIA

Salam sejahtera,
Kalau boleh, saya nak berahsia semua benda, hatta sekecil mana pun. Sebab bukan mudah nak slow talk atau luahkan permasalahan kita pada parent, kan? Nak mintak nasihat, takut kena marah pun ada. Of course, every young couple have their own pride.

Lebih2 lagi, my hubby tak cakap banyak. Sayalah jadi tempat bertanya... hurm..

Peranan blog? Selain kerana minat saya tentang MASAKAN dan MAKAN. Bcoz, my mertua atau adik-adik ada juga singgah di blog saya. my parent tak pandai IT. Jadi, this how, i tell them about our small family. Apa yang saya tak berani cakap depan2, saya akan story di sini especially about how we manage our family or our money. Of course, semua parent selalu bimbang anak2 tak pandai uruskan keluarga. Please dont blame us, but please guide us. We want you all always smiling... and be the happiest parent. It will make us strong to build up our small family to Jannah ... :))

Bcoz talking biasanya tentang yg muluk2 dan seronok jer. Jadi, I love writing, and... typing ;D I need to share my secret , tapi semua ada dalam batasan tersendiri. Dalam batasan yg sepatutnya seorang isteri berada. ;D

Ya, anak sulung macam saya selalu pendam2 masalah sendiri. Just like my hubby. We all selalu malu nak bercerita atau slow talk ngan parent pasal keluarga kitaorang. Takut kena marah, atau takut disalahkan. Saya rasa, lebih terbuka utk bercerita ngan teman seangkatan.  Every young couple like that, huh? We dont know, but.... we will celebrate our 5th anniversary this month. After a loooong journey of love. Alhamdulillah. Thanks a lot for our parents for guiding us all the time and adik-adik, thanks for being our good friend ... Cayang alwiz..

yA.... Kami akan menyambutnya di cherating, bersama rombongan staf2 di pejabat. Every year, akan ada rombongan camni. Setiap kali memang kena bayar. My hubby kan kerja kilang, bukan kerja opis macam orang lain yg selalu ada sponsor syarikat gi bercuti. Jadi, memang kena bayaran. Saya tak kisah, sebab semua tu kawan2 my hubby. My hubby pun nak outing ngan kengkawan jugak. Nampaknya saya sorang jerlah yg melangut sengsorang bawah pokok nan rendang.... bini diaorang sibuk ngan anak-anak, chat pasal anak-anak. Sebab yg ikut hampir semua suri rumah. Agak2 diaorang minat nak beli my t-shirts tak? heheh... Uish... takut lak suami diaorang marah nanti. hahaha...

Yes, kami akan berangkat ke cherating besok! Hari ni nak ngemas, dahla hujan ni. Risau pulak naik kereta. Tapi kalu ujan lagi best kan? Memerap je dalam bilik 2 orang. hehehehe... *gelak miang*  Well, this our honeymoon right? ;D

Saya cuti blogging lagi ni. Cau-cau ya.... hihi..  Saya tinggalkan lauk pauk ni seme. layan diri je, jangan malu-malu. :D

 Maggi Rebus. With a lot of mushroom!

 Sayur kacang buncis masak lemak

 Tenggiri bakar ngan cili kisar. Resipi my mama. Cuma tambah cili kisar sekali masa perap. Lagi sedap kalu goreng dan guna ikan selar, kembung,..

Sotong besar goreng cili padi. Dengan telur yang besak jugak! Yummy!!

Pisang tanduk goreng. Heheh..... saje nak wat terliur.


Wednesday, January 5, 2011

yaadon ki baaraat

Salam sejahtera,

Bersyukurlah selagi anak-anak ada di sisimu. Doakan mereka selalu. Jangan keluh kesah dgn kehidupan mereka. Senyumlah, kerana mereka suka melihat ibu mereka senyum dan gembira dgn pencapaian mereka. Itu lebih membakar semangat mereka untuk berubah lebih baik dan berjaya. Sabarlah dalam mendidik. Pujilah sebelum menegur.... ;D

Pepandai jer saya, kan? ;D

:) Cukup 5 hari tahun baru. Tak lupa, happy new year! Tanam azam baru, motto baru dan disiplin masa yang baru! hihi... peringatan buat saya yang selalu lalai, alpa, garang dan terburu-buru. :))

Meh... saya sajikan dgn lagu yaadon ki baaraat ni. Memang lama sungguh citer ni. Dari saya kecik lagi. Sekarang bole tgok free jer dari internet. Kisahnya, ayah 3 beradik ni, terserempak ngan perompak sedang merompak. Pastu, dia dikejar perompak kerana menyaksikan kejadian dan melihat muka mereka. Perompak telah masuk ke rumah mereka dan telah membunuh dia dan isterinya. Dua orang anaknya melihat kejadian, lalu diburu. Mereka sempat melarikan diri tetapi terpisah. Anak yang bongsu ada bersama pengasuh. Lastly, mereka membesar berasingan. Dan mereka jumpa balik masa konsert adik bongsunya menyanyikan lagu ibu mereka masa kecik2 dulu. Kuat betul ingatan mereka ya Sedih citer ni. Jadi, sayangilah anak-anak selagi mereka bersama kita, didiklah yang terbaik. Belum tentu nyawa kita panjang nak lihat mereka membesar

Oh ya.... yang paling kecik tu, Aaamir khan.... kenal tak, kenal tak? ;D

Nota Nurindah: Sorilah, shoutmix problem pulak. nak reply msg, tak keluar shoutnya.







Tuesday, January 4, 2011

kecilkan keinginanmu wahai isteri....

"Sewaktu kita mengira belanja harian dan nafkah untuk isteri, fikirkan juga nafkah dan belanja untuk ibu kita yang tak bergaji di desa sana. Ibu itu telah membesarkan kita tanpa sebarang upah mahupun bayaran. Ye, duit yang kita akan kirimkan itu bukannya bayaran terhadap kasih sayang mereka, tapi ianya menjadi tanda yang kita juga masih mengingati malah menyayangi mereka."

Tersentak saya seketika. Saya sentiasa ingatkan diri, supaya tidak lupa untuk mengingatkan my hubby untuk spare sebahagian gaji, untuk diberi kepada ibubapanya. Walaupun dia tak lupa, saya selalu ingatkan. Walau sesusah manapun, mesti kena spare juga. Itulah punca keberkatan dalam duit gaji kita. My hubby pula, akan tersenyum dan mengangguk2 lalu berkata "akan spare utk ibubapa sayang  juga, barulah adil". Saya pula menggeleng dan berkata "Ibubapa saya ada anak lelaki". Utk ibubapa saya, cukuplah dgn bantuan hubby di masa2 perlu spt menjelang hari raya, saya sudah sangat bersyukur. Kami ada rumah besar, walaupun tak mewah, bercucuk tanam sendiri, bela ayam kampung, makanan kat kampung pun murah2. Adik2 semua dah kerja. Tidak seperti hidup di bandar yg mahal-mahal keperluannya.

Kalau ada keinginan besar, kecilkanlah. Menjadi isteri memang perlu banyak menahan nafsu dan bijak mengatur keluarga, sebab suami adalah orang yg paling sibuk dan tak sempat lihat semua tu. Janganlah sengetkan bahunya di dunia dan di akhirat dengan dosa kita dan permintaan kita yg dia separuh mati bekerja untuk tunaikan.

Anak lelaki ada kuasa besar, walaupun selepas berkahwin. Perempuan kadang2 ada banyak sekatannya. Tetapi ramai juga lelaki yg jadi lalai selepas berkahwin, dan ramai anak. Takut nak spare duit sebab nak beli pampers anak dan susu anak atau bayar kereta? Nampak tak cukup duit, tapi makan KFC , dan beli barang brand, ya? heheh. Muat2kanlah hak ibubapa dalam gaji, moga ada berkahnya di situ. Mintak mereka doakan kita selalu. Bila mereka dah tiada, kita dah terputus doa ibubapa yg mudah makbul melainkan dr usaha kita sendiri. Rebutlah peluang itu banyak2... Sape2 yang ramai anak dara, kahwinkanlah anak perempuan dgn calon menantu yg menjaga hati orang tuanya dan pandai menjaga hati kita, moga2 dia akan menjaga anak dara kita dgn baik dan tak lokek membantu bila perlu. Doakan selalu...

Panjang pula bebelan saya. Just teringat satu kisah yg pernah saya tulis tak lama dulu. Cerita DI BAWAH ni manis, utk orang yg nak berkahwin. Saya copy dari iluvislam.com. Terima kasih buat penulisnya, Hasan Husaini, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan dan iluvislam.com, juga pemilik blog airasolehah yg menemukan saya dgn cerita ini. :D


MEMIKAT HATI SI DIA 

"Ustaz, saya bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah saya dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal saya menempuh bahtera rumah tangga nanti," seorang sahabat dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu sore.

"Alahai Azman, awak pun tahukan, saya ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami.

"Tak pernah pulak ustaz tak jawab kalau saya tanya sesuatu sebelum ni..?" Beliau menyoal saya semula.

"Kalau awak tanyakan pasal Fiqh Minoriti tentang rakan-rakan kita di Kutub Utara, mungkin ana boleh cuba jawab. Tapi, kalau soal rumah tangga ni, susah sikit untuk saya respon. Belum ada pengalaman!" Saya cuba mendekatkan lagi telinga dan hati beliau terhadap pesan saya selepas ini. Biar hati itu betul-betul terbuka luas untuk menerima, sebelum saya menyuapkan resepi agung untuk berumahtangga.

Bukan alim, bukan berpengalaman. Hanya berkongsi apa yang pernah saya baca dan jumpa. Berkawan dengan orang tua-tua menemukan saya silibus yang tak akan ditemui dalam bilik kuliah.

"Apa matlamat utama awak?" Saya cuba membuat tawaran.

"Saya nak membahagiakan isteri saya," jawab beliau ikhlas. Nada suaranya sudah berubah. Sesuai dengan topik yang sedang kami bincangkan. Langkah ini langkah susah dan payah. Langkah kedua untuk mendirikan ummah yang berpayungkan khilafah.

"Kalau macam tu, senang sahaja. Pikat hati si dia. Ikatkan dengan hati awak. Pastikan hidup mati awak bersama. Bercinta hingga ke syurga, bak kata Ustaz Hasrizal," saya cuba mempromosikan produk.

"Nak pikat macam mana tu..? Boleh dikongsikan sedikit..?" Nada suaranya semakin ghairah untuk dijamukan resepi saya. Inilah masanya, umpan sudah mengena.

"Pertama sekali, selepas awak dan dia sudah halal dengan terlafaznya 'aku terima nikahnya', kucup dahinya dalam-dalam. Kalau berpeluang, kucuplah matanya. Kemudian, ucapkan di telinga si dia yang awak sangat cintakan si dia. Tapi, jangan lupa untuk ucapkan juga syukur pada yang mengurniakan cintanya pada awak, ALLAH. Sujud syukur! Lepas itu, ucapkan juga terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menerima awak sebagai peneman hidup," saya sedikit bersungguh sewaktu bercerita.

"Aiwah, romantik pulak ustaz ni. Pasti cair hati isteri saya nanti," galak suaranya dengan sedikit ketawa di seberang talian sana.

"Lepas tu, kalau berpeluang, rancangkan bulan madu bersama isteri. Tak perlu belanja yang tinggi, cuma pastikan peluang itu peluang yang berkualiti. Selaraskan komunikasi, selaraskan denyut nadi dan serasikan matlamat serta tujuan hidup masing-masing. Bersedia untuk menerima kekurangan dan mengiktiraf kelebihan masing-masing. Bincangkan masa depan dan satukan imaginasi korang berdua."

"Sekali sekala, adakan surprise untuk si dia walau hanya sekuntum bunga. Kalau ada bajet yang lebih, mungkin boleh dibelikan sesuatu yang lebih berharga."

"Satu lagi, nafkah. Ini perkara penting yang telah digariskan dalam syariat kita. Jangan lewat untuk menunaikan kewajipan awak walau isteri awak ada kerjaya."

"Seterusnya, jangan lupa, bila awak terpaksa berpisah atau tinggalkan si dia sementara waktu, kucup dahi dan matanya sebelum tinggalkan rumah dan selalukanlah untuk utuskan kata-kata rindu supaya hatinya sentiasa subur dengan bunga-bunga cintanya terhadap awak. Pastikan kamu sentiasa menghubunginya setiap masa. Jangan terlewat walau sesaat cuma."

"Lebih penting, tunjukkan yang si dia lebih penting dari segala-galanya. Jangan pula awak liat untuk bertanyakan khabar kondisi si dia sedang dalam masa yang sama, awak saban hari memeriksa enjin dan kondisi Produa Myvi di depan tangga!" Sedikit humor saya selitkan dalam wasiat yang agak sinis ini. Lalu, sedikit gelakan dapat saya tangkap di hujung talian.

"Jangan lupa, bincangkan secara baik, jadual pulang berhari raya. Bimbang si dia terluka kalau tidak pulang ke rumah mertua. Jadi, jangan kedekut untuk korbankan kampung halaman untuk kebahagiaan si dia."

"Huih, banyak benar ye petua ustaz, macam pakar! Ayat pula power, macam dah bercucu tiga. Ada lagi ke ustaz? Saya dah makin bersemangat ni," Azman semakin bersemangat. Setiap patah perkataan saya dicerap sebaik-baiknya. Respon pula sentiasa ada dicelahan setiap nasihat dan idea.

"Ye, ada lagi. Mungkin ini yang paling istimewa. Bila dah ada cahaya mata nanti, cinta kamu akan terbahagi dua. Separuh untuk isteri dan separuh untuk anak-anak. So, jangan lupa untuk ungkapkan penghargaan yang tidak terhingga sepanjang tempoh hamil sehingga selepas bersalin. Ungkapan kita akan menjadi penguat semangat si dia untuk terus menempuh saat kritikal sepanjang tempoh hamil dan proses melahirkan bayi. Saya ada satu resepi rahsia," saya memancing lagi.

"Apa tu ustaz, tolonglah jangan rahsia, nanti rumah tangga saya kurang bahagia," usiknya sambil diselangi ketawa bahagia.

"Ok, resepi rahsianya, apabila anta sambut ulang tahun kelahiran anak-anak, hadiahkan juga cenderahati penghargaan kepada si dia yang berkorban 9 bulan mengandungkan anak-anak."

"Ada lagi ustaz?" Suaranya semakin galak.

"Habis. Setakat itu sahaja," saya memutuskan kata-kata. Titik noktah diletakkan di hujung bicara.

"Hai, saya tengah bersemangat ni... jantung pun tengah kencang berdegup, janganlah berhenti mengejut begitu ustaz. Nanti boleh jatuh strok saya jadinya." Selorohnya meminta perbualan kami diperpanjangkan lagi.

"Kalau awak strok, wasiatkan tunang awak untuk saya," saya berseloroh sambil ketawa bersahaja.

"Kalau awak masih sudi, masih ada resepi yang kurang menarik. Jarang orang suka mendengar resepi ini. Kalau awak betul-betul mahu, saya boleh sambung," nada suara saya mendatar.

"Boleh, saya sedia. Saya tahu, pasti akan ada manfaatnya," Azman masih bersemangat.

"Resepi ini bukan untuk memikat hati. Tapi untuk menghidupkan hati yang separuh mati. Mengesat air mata yang tak nampak alirannya. Meredakan pekikan suara hati yang tidak zahir bunyinya. Awak nak dengar ke?" Nada saya bertukar sedikit serius.

"Apa tu ustaz?" Nadanya kini berubah.

"Awak pernah kucup dahi ibu sendiri?" Tanya saya ringkas.

"Belum," ringkas juga jawapan Azman.

"Kucupi dahi ibu kamu sebelum kamu mengucup dahi isteri. Ibu itu yang berkorban 9 bulan mabuk, loya dan letih mengandungkan kita dan bersabung nyawa melahirkan kita. Mengasihi kita tanpa sebarang syarat ataupun mahar mahupun nafkah. Dahi ibu kita lebih layak untuk kita kucup sebelum kita kucup dahi isteri yang baru kita kenali beberapa bulan."

"Pernah awak berbulan madu dengan ibu? Berkongsi tujuan dan matlamat hidup dengan ibu? Bergurau senda dan bermanja-manja dengan ibu? Kalau belum, honeymoon dulu dengan ibu awak. (bawa bercuti-cuti malaysia) Kelak nanti, hatinya tidak begitu remuk melihat bahagianya bulan madu kita bersama isteri dengan melupakan jasa ibu yang pernah meletakkan seluruh hidupnya untuk kebahagiaan kita. Bahagianya honeymoon kita sehingga terlupa untuk menghubungi ibu anta di desa sana."

"Pernah awak berterima kasih pada ibu kerana melahirkan awak? Ibu yang sepanjang hidupnya menemani hidup awak? Kalau masih belum diungkapkan, segerakanlah ia sebelum awak berterima kasih kepada isteri yang sudi menjadi peneman hidup awak. Ibu tua itu lebih aula (utama) menerima ucapan itu."

"Pernah surprisekan ibu awak dengan sesuatu hadiah yang istimewa? Kalau belum, surprisekan dulu si ibu itu. Nescaya, hatinya kembali berbunga-bunga. Ibu itu pastinya sunyi bila kehilangan kita, anak kesayangannya."

"Sewaktu kita mengira belanja harian dan nafkah untuk isteri, fikirkan juga nafkah dan belanja untuk ibu kita yang tak bergaji di desa sana. Ibu itu telah membesarkan kita tanpa sebarang upah mahupun bayaran. Ye, duit yang kita akan kirimkan itu bukannya bayaran terhadap kasih sayang mereka, tapi ianya menjadi tanda yang kita juga masih mengingati malah menyayangi mereka."

"Man, saya yakin, mak awak sangat sunyi waktu ini. Saban detik, telinganya pasti ingin mendengar deringan dari seberang laut. Pasti matanya selalu menatap potret awak yang digantung atau yang terselit di celah dompet. Hubungilah ibu awak sekerap yang mungkin. Kalaupun tidak seminggu sekali, pastikan dalam sebulan, khabar awak sampai kepada mak yang jauh di kampung."

"Man, kalau dengan satu ibu dan satu ayah, kita sudah tidak mampu untuk memikat hati kedua-duanya, saya bimbang lebih banyak hati-hati yang akan terluka selepas kita mempunyai dua ibu dan dua ayah."

Gelak ketawa bertukar menjadi esak dan sendu. Nada Azman yang riang kini berubah ke sebaliknya. Saya menghentikan kalam seketika. Suasana hening seheningnya. Hanya sedikit gangguan dari gelombang talian yang seakan-akan turut terpengaruh dengan suasana.

"Saya tak berniat untuk menghancurkan impian bahagia awak. Tapi, saya yakin dengan sempurnanya plot ini, awak akan lebih berbahagia. Ummat ini akan lebih berbahagia."

"Saya yakin yang awak sudah maklum. Bait Muslim (keluarga Islam) tidak akan sempurna tanpa sempurnanya Individu Muslim. Bagitulah juga, Masyarakat Muslim tidak akan lahir dari Bait Muslim yang tempang. Khilafah tidak akan terbina dengan Masyarakat yang tidak stabil. Bersemangatlah, kitalah pemulanya. Saya yakin, tarbiah yang awak lalui telah menjadikan awak Fardul Muslim (individu Muslim) yang baik. Tinggal lagi, Allah akan mendidik awak untuk melahirkan Bait Muslim yang baik. Adikku Azman, inilah jalannya."

"Go home and love your family."

Jawapan Mother Teresa selepas ditanyakan tentang bagaimana untuk mempromosikan keamanan kepada dunia. Pertanyaan itu diajukan beliau menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979.

"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik hubungannya dengan ahli keluarganya. Dan aku adalah orang yang paling baik untuk keluargaku." - Hadis

Pastikan perkahwinan kita membahagiakan sejuta hati. Memuaskan sejuta jiwa. Menghidupkan sejuta roh dan menyelamatkan sejuta ummah.

Mulailah dari diri kita. Dari rumah kita. Dari Isteri dan anak-anak kita. Dari masyarakat kita. Dari negeri kita. Dari negara kita. Moga payung khilafah akan menaungi kita kelak.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri." - Al-Quran

*Hasan Husaini, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan*

- Artikel: http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1298-memikat-hati-si-dia.html

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────