Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, March 30, 2011

Ketam bersambal puteri

Salam sejahtera,

Ketam yang sentiasa menggembirakan hati. hehe.. walaupun ia kecik sikit, tetapi tetap buat kami tersenyum. Rasanya manis, sebab lepas beli terus masuk freezer. Beku sehari. Sambal saya masa ni sangat simple. Ketam bersambal camana sekalipun, memang buat kami rantah sampai habis. Insya Allah.. habis.
Saya belum sempat lagi membalas kunjungan. Maaf ya. Ini pun saja masukkan lauk, supaya teman2 'kenyang' bila datang 'rumah' saya ni. :D


KETAM BERSAMBAL PUTERI

4 ekor Ketam dipotong 2
2-3 sdb Cili kisar jenama Puteri (cili ni pedas)
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus
2 inci Halia - dicincang halus
sedikit Belacan
1 sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato
1 sdm Sos tiram - kalau bubuh sos ni, kurangkan garam dan belacan.
Serai diketuk - kalau mahu

CARA:
1. Tumis bahan cincang sehingga naik bau,
2. Masukkan cili kisar . Biar naik minyak. Jangan lama sangat, cili kisar paket cepat hangus.
3. Masukkan sedikit air.
4. Tambah sos tomato dan sos cili. Masa ni saya slice sedikit belacan dari ketulannya masukkan terus dalam rencah sebab senang nak bajet penggunaan belacan.
3. Masukkan ketam. Gaul sebati. Masa ni boleh bubuh serai jika mahu.
4. Tambah sedikit garam dan air secukupnya untuk kuah. Kacau sebati dan tutup kuali dengan tudung periuk, perlahankan api. Biarkan masak.
5. Balik-balikkan ketam sehingga masak kulitnya merah-merah.
6. Angkat untuk dihidangkan.




Celoteh umrah, impian, skim rumah pertamaku, money management

Salam sejahtera,

Firstly, nak hulur2 salam dulu. hehe. Lama tak jumpa kan?

Alhamdulillah. Mertua saya dah selamat berangkat untuk menunaikan umrah, pukul 10 am, 24 march. Hari ni dah 5 hari mereka kat sana. Takde la sibuk sangat, tetapi saya ambil peluang muhasabah diri dan audit kewangan keluarga kami. Alhamdulillah, lepas 10 tahun menunaikan haji, mereka dapat juga menjejak kaki ke Mekah lagi.

Saya, juga berhajat. Mama abah saya tak sempat menyimpan duit. Pendapatan kecik sangat untuk menyara 6 orang anak. Maka, tidakla seperti orang lain yang dapat guna KWSP untuk pergi haji. Harapnya, Allah panjangkan umur mama abah saya. Mungkin lama lagi saya dapat bawa. Moga kami adik-beradik terbuka hati untuk sama mengumpul.

Jika seorang anak ingin mengutip pahala berbakti kepada ibubapa, usah lihat orang lain buat ke tidak, kita lakukan saja! Pernah mr hubby kata, saya senang sangat propose nak hulurkan duit. salah ke? katanya tak salah, tetapi ikut kemampuan. Kerana itulah, saya pulun 'rombak' plan keluarga kami. Moga ada berkah dalam memberi. Ikat belanja sementara, tak apalah.

Ada adik-adik yang bertanya suami ttg Skim rumah pertamaku. Saya banyak membaca blog kewangan dan hartanah. Jadi, ada juga dapat ilmu untuk membuat perancangan. Sebenarnya, kalau beli rumah melalui skim ini sebab dah plan untuk didiami bersama isteri, it is Ok. Rebutlah peluang ini. Kena check lokasi, dan tempat yang tidak jauh dari tenpat kerja, trafik, pasaraya terdekat. Barulah berbaloi beli rumah 1000 sebulan. Lagi2 dapat 100% loan, siapa tak nak? 10% dari 100k pun dah 10 ribu. First, pastikan gaji Basic 2,000 - 2500 sebulan. Bukan dah dicampur OT.

Ada juga yang berfikir untuk buat pelaburan, nak sewakan pada orang. Lebih2 masih bujang dan lambat lagi nak berkahwin. Bagi saya, tak payahlah. Sebab pelaburan tinggi, dan belum tentu pulangannya. Jadi, belilah rumah yang mengikut citarasa, dan kawasan strategik dgn tempat kerja. Mana tahu, dah ada rumah sendiri... tiba2 puteri jatuh ke riba?

Lihatlah skim rumah pertama dan KWSP anda dengan nilai tinggi. Belilah rumah yang sepadan dengan gaji anda. Sesuai dengan gaya hidup anda. Mintalah nasihat ibu, kerana biasanya dia ada banyak anjuran dan kehendak. Biasanya ibu akan menyuruh anak beli rumah dekat2, ruang yang besar, laman yang luas, kawasan orang Melayu dan dekat kedai. Itu yang biasalah. Terutama anak lelaki, sebab mereka fikirkan anak mereka akan punya keluarga sendiri. Ada juga setengah parent tak kisah, asalkan anak mereka mampu beli rumah sendiri. Ini biasanya anak perempuan, supaya mereka lebih terjamin hidupnya kalau mendapat menantu lelaki yg kurang berkemampuan dr segi duit.

Adik perempuan saya sendiri pun pernah berangan nak beli rumah guna kwsp. Tetapi saya larang, sebab kerja masih tak tetap. Kalau perempuan, first sekali, ambik kursus memandu dan beli kereta. Kenapa? Sebab they have to work. Mesti kena ada pengangkutan untuk safety. Dan mereka suka bekerja, jumpa orang, ada duit sendiri.

Lain dengan saya, dah memilih hidup di rumah. Tetapi tidak kerja ataupun bekerja, yang penting 'Management'. Untuk survive hidup, kita ada macam2 cara. Memang yg paling senang, ialah kerja dan dapat gaji. orang tak peduli "Saving" kita berapa, yang mereka nak lihat, kita ada rumah besar, kereta besar dan pakaian cantik. Last bila pencen, duit kwsp cukup2 bayar hutang rumah besar dan pelajaran anak2. Camana nak survive hidup dalam usia tua?

Yang penting dalam perancangan (Money management) ialah:
mysweetlife-nurindah.blogspot.com

1. Kenalpasti Masalah

2. Target

3. Belanja keperluan yang mana penting utk jimatkan masa, tidak stress, cara pemakanan, safety, knowledge, kesihatan.
 - Kos terbesar dalam hidup ialah kesihatan, dan makanan. Belilah barangan letrik yang memudahkan kita mengurus makanan dan kesihatan. Such as, rice cooker, blender, jag letrik, 'Water filter' (jika kawasan tmpt tinggal tahap air kurang bersih, mungkin tangki di apartment)
- Kos 'knowledge' -komputer, internet, beli buku, majalah, tiada masalah sbb dpt tolak tax. kalau tak perlu by tax, ilmu juga perlu ttp kurangkan membeli newspaper (saya kira-kira besar belanja newsp setahun).
- Kos 'safety' spt grill pada rumah, Toilettries (produk penjagaan badan) yang kurang bahan beracun, 'Make up' yang kurang bahan beracun (bahan beracun boleh menyebabkan resdung, sakit kulit dsbg). Kereta dan rumah last sekali, sbb bajet besar. selagi boleh, gunakan transport awam.
- Kos pengangkutan - Kenderaan yang baik dan tidak selalu perlu hantar ke bengkel (kos berbeza dg n setiap bengkel dan terpaksa tunggu sehari, kadang2 kerosakan berulang).
- Kos tempat tinggal - Rumah yang kita bayar utk diri sendiri (beli dgn kemampuan).

4. Kenalpasti belanja memenuhi kehendak diri, isteri, anak, ibubapa.
- Terutama ibu dan isteri. Ini penting, kerana biasa perempuan yang melaksanakan tugas rumahtangga. Dan biasanya di tidak akan lupa pada semua orang yang disayanginya. Happy mom is a happy family. Di sini pula kena lihat budget.

5. Pelaburan kesihatan 
- Untuk 'family', laburkan lebih pada makanan yang sihat dan segar, kerana makanan siap masak di luar sudah kurang zatnya. Kebersihan, mungkin ada tempatnya. Tetapi zat, tiada yg dapat lawan makanan 'homemade' dari rumah.

6. Pelaburan kedua utk kesihatan ialah Multivitamin.
- Ada setengah multivitamin di pasaran tak cukup. Sebab keperluan badan dan tahap kesihatan kita lain-lain. Contohnya orang yg bekerja kilang perlu lebih vitamin C. wanita mengandung perlu lebih folic acid. Teenagers atau yang yang perlu tenaga banyak perlu lebih B kompleks, penghidap Asma pula perlu minyak ikan . Rutin pula perlu Check BMI, tekanan darah, Pap Smear, payudara. Medical check sekali dalam 2 tahun. Tak mahal kalau buat medical check sekali dalam 2 tahun, kan?

Pelaburan ketiga untuk kesihatan ialah Insurans
- Kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Sekarang, ada shielplus (insuran kad kredit), fire insurance (insurans kebakaran). Juga insurans Nyawa, penyakit berbahaya, dan medical card (bil hospital)

7. Untuk 'Saving' pun di sinilah tempatnya. kesihatan dan makanan. Bagaimana? Ia seperti di point no 3 di atas. Bahkan Dengan makan makanan dari rumah, anda menjaga kesihatan. Jadi, kurang makan luar (fast food, hotel), kurang sakit perut (tersalah makan sbb alergi dsbg).

8. Saya dah hampir lupa mention pasal 'Debt Management'. hehe. Itulah asal usulnya kita buat plan ni, kan?
- Rasanya hampir semua orang berhutang. Dari pinjaman pelajaran hinggalah rumah, kereta dan barang letrik . First, adakah anda ada kad kredit? Gunakan dgn betul. Beli barang letrik yang berbaloi dr segi warranty, model,besar dan penjimatan tenaga. kad kredit kan 0% faedah, berbeza dgn AEON yang dua kali ganda harganya.
- Minyak kereta untuk jimatkan masa beratur di dalam.
- Pinjaman lain, set target.
- Dan jumlah yang mampu disimpan dan atur semua hutang dalam satu buku. Simpan pin nombor, due date bayaran, penyata bank dan surat dan no tel pihak terlibat. Rancang satu persatu supaya selesai peringkat demi peringkat. Insya Allah, saya berdoa semuanya berjaya. Kekuatan hati, emosi dan badan sangat penting.

9. Itu jerla point saya setakat 5 taun berumahtangga dan belajar manage sedikit demi sedikit. mysweetlife-nurindah.blogspot.com



Monday, March 14, 2011

Kerang Pedas Bersos

Salam sejahtera,

Moga hari Isnin menjadi hari yang ceria buat semua. Malam tadi, membeli barang kat pasaraya. Jadi, hari ini menjadi "hari produksi" atau dlm istilahnya, menyiang lauk pauk, blend cili, potong sayur , tulis barang baru yg masuk fridge/kabinet, semualah! :D. Jadi, kita rehat-rehatlah dari online hari ni. BW bila dah siap nanti. Saya tinggalkan lauk di bawah. Ok, let's fight Monday blues! :))



KERANG PEDAS BERSOS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Kerang dan 2 batang serai (kerang saya beli dalam RM2) - Dibasuh bersih. Kerang direbus tanpa air bersama serai yang diketuk dengan api dapur kecil sehingga masak. Lalu dikopek.

5 tangkai Cili padi - diketuk
Air masak secukup kuah

Bahan Sos:
3 sdm Sos tiram
1sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato

Bahan dihiris:
1/2 biji Bawang besar sederhana besar
2 ulas Bawang putih


CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan sos, sedikit air supaya sedikit basah, cili padi, dan kerang tadi.
3. Biar mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.




Saturday, March 12, 2011

Bahasa tidak seirama



4. Bahasa kita tidak seirama.
Sumber: mysweetlife-nurindah

-Sebelum kahwin kita boleh seia sekata, sejiwa seirama seolah si dialah yang paling memahami kita. Tetapi sesudah berkahwin, berkongsi hidup dan bantal dan kenal luar dalam, sudah terbalik 360 darjah. Bukan saja penulis buku Men Are from Mars Women Are from Venus, bahkan saya sendiri kerap merasai bahasa kami sudah tidak sekata, tidak seirama! Bila saya cakap bab tolong menolong dalam kerja rumah, si dia terdiam tapi tidak pula bergerak untuk menolong. Sedangkan saya cuma ingin rasa sang suami masih sayangkan saya dan suasana mesra, tetapi tiba-tiba suami pula berasa saya tidak senang melihat dia berehat di rumah! Aduhai. Betapa susahnya memahami. Dahulu, bertekak jugalah, dan ada yang mengalah. Tetapi sekarang ini tiba-tiba kami mula berubah cara. Akhirnya, bila ada situasi tidak memahami, kami masing-masing terdiam dan buat hal masing-masing. Kemudian, boleh bertembung muka dan berbuat seperti tiada apa-apa berlaku. Kemudian senyum juga. Kemudian, barulah melafaz kata-kata. Sudah matang agaknya?


Friday, March 11, 2011

Grilled blackpepper honey chicken

Salam sejahtera,

Salam Jumaat. Haritu nampak ayam grill mamasya. Berkenan pulak. Alang2 ala sekeping ayam. Jadi, terjadilah ayam 'grill blackpepper honey'. Saya buat versi sedikit dan lada hitam banyak. Ada juga ditulis di bawah. Mohon izin resipinya kak / mamasya. Sedaaap sangat! Masih terbau-bau. Terima kasih beribu-ribu lemon buat kak. :D

Yang hitam tu, lada hitam. 1 sudu saya taruk untuk 1/4 ayam ni.


Grilled black pepper honey Chicken
Sumber: Mamasya.blogspot

Bahan
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam selama 1 jam dlm oven 200'C.(bergantung kpd oven masing2)
4.Balek2 ayam jika perlu...mahu garing sikit bah bawah.


SUKATAN NURINDAH :(Sebab saya buat sikit. Mengikut selera dan bahan yang ada :)

1/4 bahagian Ayam - saya kelar dan perap 15 min je.
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 inci Halia - ditumbuk
1 sdm Lada hitam - ditumbuk halus (memang kaw pedas punya!)
1 sdm Madu
1 sdm Sos tiram
Tanpa garam dan sos lada hitam (sebab takde sos tu)




Sayur selingan... petola masak bening.

Thursday, March 10, 2011

Pesanan dan nasihat buat sang isteri (ingatan buat saya)

Salam sejahtera,

Salam malam Jumaat. Saya ada menulis beberapa pesanan yang saya adun dari pengalaman saya bergelar seorang isteri dan melihat rumahtangga orang lain. Moga adik-adik yang bakal bergelar isteri dapat jadikan panduan walau sekecil kata-kata. Ikhlas dari lubuk hati... Moga yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jauhkanlah. Saya sentiasa buat penambahan, buat teguran kepada diri sendiri juga.





PESANAN DAN NASIHAT BUAT SANG ISTERI
Nukilan: mysweetlife-nurindah.blogspot.com.



Nota utama:

1. Seorang isteri perlu ada Jati Diri.
2. Jangan serahkan cintamu sepenuhnya kepada seorang lelaki, tetapi serahkanlah diri sepenuhnya kepada Pemilik Cinta itu, iaitu Allah swt.
3. Bersabar itu adalah benteng keimanan. Banyak yang dapat diatasi dengan sifat sabar.
4. Bahasa kita tidak seirama.
5. wanita bersahabat dan bercerita
6. Wanita, Jauhi Berhutang!
7. Nikmat Dunia dan keselesaan hidup itu juga ujian.
8. Jangan memaksa dirimu suka atau disukai. Jalan keluarnya ialah Redha meredhailah..
9. Bersedekah tidak menjadikan dirimu Fakir.
10. Mudahkanlah menolong orang, bantu orang lain, kerana satu masa nanti Allah pasti bantu kita masa kesusahan.
11. Mengurus Rumahtangga itu mudah.
12. Membeli barang dapur
13. Mendidik Anak
14. Menjaga hubungan dengan ibubapa, adik beradik, ipar-duai dan saudara-mara
15. Menjaga hubungan dengan sahabat suami.
16. Pergaulan dengan Lelaki Ajnabi (bukan muhrim)
17. Pergaulan dengan jiran tetanggga
18. Berdoalah!



1. Seorang isteri perlu ada Jati Dirinya.


- Bertolak ansur dalam bab rumahtangga ialah perkara penting, tetapi bab pengamalan Agama perlulah ada pendirian. Hakikatnya, di zaman ini, ramai lelaki yang mendapat didikan agama, tetapi kurang mengamalkannya setelah dewasa, bahkan kurang masanya untuk sentiasa membimbing ahli keluarga. Jadi, walaupun bergelar isteri yang mesti taat pada kehendak suami, mestilah berpada-pada dalam taatnya. Bertahanlah iman untuk menolak jika disuruh membuat maksiat, atau diberi duit yang haram walaupun hanya untuk memberi nafkah dan makan anak isteri. Masuk waktu solat, harus berhenti bergurau-senda. Waktu solat, berilah sang suami keyakinan mengimami solat berdua. Waktu dalam uzur, berhati-hatilah menolak kehendak batin suami. Waktu suami mendapat duit gaji, bertanyalah sama ada dia telah menyipikan sedikit nafkah buat ibubapanya. Jika suami izinkan kita membeli barang berhutang, berpada-padalah dalam mengawal nafsu. Ambil yang perlu dahulu, tinggalkan yang teringin. Jika ada barang yang mahu dibeli yang selain keperluan asas, minta izin suami jika mahu menggunakan duitnya. Tanam rasa kepercayaan dengan mengawal diri dari menyemak handphone suami atau hack e-mailnya, termasuk juga jangan bebas melihat akaun bank suami walaupun dia tidak kisah, sebab hati wanita selalu penuh curiga dan syaitan selalu mempermainkan perasaan curiga. Jangan pula bulat-bulat menyerahkankan wang gaji atau kad ATM kepada suami, kerana isteri juga berhak sebagai manusia dan ada keperluan ibubapa dll. Sewaktu keluar berjalan di luar, ingatkan suami untuk berhenti solat. Rajinlah mendalami ilmu agama walaupun suami tidak rajin memberi didikan agama walaupun kita sudah banyak tahu kerana ilmu itu harus beramal dan bertadabbur. Rajinlah membersih diri, dan menghias diri ketika di rumah kerana lelaki suka pada perkara yang cantik dan menawan hatinya. Tutuplah aurat di luar rumah, tetapi tunjukkan kita tidak kalah seksi sewaktu bersamanya. :) Oh! ya, haruslah berpada-pada melayan rakan lelaki atau rakan lelaki suami walaupun suami mengizinkan dan mempercayai kesetiaan kita. Jangan sekali-kali outstation atau keluar berdua dengan bos lelaki atau kawan lelaki walaupun dalam terpaksa menumpang keretanya.

* Bersabda Rasulullah s.a.w: Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
* “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik sekali terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik sekali di antara kamu terhadap isteriku.”
* “Jika isteri-isteri itu mentaati kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menganiayai mereka.” (al Quran, an-Nisa’: 34)
* "Kemudian baginda menyebut tentang seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai dan berdebu rambutnya, menadahkan tangannya ke langit sambil berdoa: "Wahai Tuhanku ! Wahai Tuhanku !" sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah haram dan dia diberi makan dengan benda-benda yang haram, maka bagaimanakah dikabulkan permintaannya..." (Hadis riwayat Muslim).
* “Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.” Sumber.
* Sabda Rasulullah SAW: “Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.” Sumber.
* “Hendaklah kamu mendatangi ladangmu (isterimu) sebagaimana yang kamu ingini.” (al-Baqarah: 223). Maksud dari ayat sebagaimana yang kamu ingin ialah pada bila-bila masa yang kamu merasa berkeinginan. Sewaktu isteri masih dalam haidh, tiada tegahan bagi suami bercumbu atau bermesra dengan isteri. Cuma suami perlulah membataskan keinginan supaya tidak terlepas kelakuan sehingga membawa persetubuhan. Sumber.
* Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kaum wanita pergi ke masjid terutama sekali untuk menunaikan dua sembahyang Hari Raya. Keluar ke masjid kaum wanita yang sopan adalah harus hukumnya, tetapi dengan syarat redha suaminya. Walau bagaimanapun meninggalkannya atau tidak menghadirinya lebih terselamat dari fitnah. Sewajarnyalah kaum wanita tidak keluar dari rumahnya melainkan bila ada hal-hal yang penting.Sumber.





2. Jangan serahkan cintamu sepenuhnya kepada seorang lelaki, tetapi serahkanlah diri sepenuhnya kepada Pemilik Cinta itu, iaitu Allah swt.


- Sejujurnya, seorang suami tidak sempat menelek masalah pasangan setelah berumahtangga. Dia sibuk bekerja dan mencari duit demi meneguhkan rumahtangga. Allah menjadikan wanita itu bersifat keibuan kerana di bahunyalah suami yang penat ingin bersandar, dan anak-anak yang ingin belaian ingin bergantung. Kerana sentuhan seorang wanita itu magic! Bermakna sebagus suami pun, dia tidak pandai mengurus rumahtangga sebaik seorang wanita. Kerana wanita halus caranya, dan lebih prihatin. Bagi isteri, rumahtangga  itu tanda Mahligai Kasih.
Jadi, isterilah yang harus kuat menjadi Suri dan Tiang Rumahtangga. Jadikan isteri Rasulullah sebagai tauladan. Mengambil kekuatan hati dengan berzikir dan salawat, berpuasa,  menjaga solat fardhu dan sunat, menjaga makan-minum supaya ahli keluarga sihat tetapi dijauhi penyakit, mendidik anak-anak dengan nilai agama, mengasuh otak anak-anak supaya cerdas.
Pasrahlah kepada Allah untuk kesetiaan dan keselamatan suami di luar rumah. Percaya kepada suami yang selalu bekerja 'Outstation', bersabar jika tidak dapat keinginan hati; senyum selalu kerana niat menyenangkan hati sang suami, menunggu suami yang baru balik kerja sehingga hilang penat barulah sampaikan masalah rumahtangga, berusaha belajar ilmu yang mengurangkan belanja rumah. Kerana kesabarannya, dan sifat berkorbannya yang menundukkan nafsunya yang 9 itu, akan lebih menundukkan hati suami. Percayalah!

* Pesan Imam syafie: "Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah." Sumber
* "Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat".
* Jawapan Rasulullah kepada Asma' binti Yazid r.a : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kembalilah wahai Asma’ dan beritahukan kepada para wanita yang berada di belakangmu, bahwa perlakuan baik salah seorang di antara mereka kepada suaminya, upayanya untuk mendapat keridhaan suaminya, dan ketundukkannya untuk senantiasa mentaati suami, itu semua dapat mengimbangi seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum laki-laki.” (HR. Muslim). Cerita selebihnya DI SINI.
* Diriwayatkan dari Asmak binti Kharijah al-Fizari, katanya kepada puterinya ketika hari perlangsungan puterinya itu: Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah, nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya. Jangan membebaninya agar ia tiada meningalkanmu. Jangan menjauhinya agar ia tiada melupaimu. Jika ia mendekatimu setapak, datangilah ia dua tapak. Jika ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik. Jagalah hidungnya, telinganya dan matanya, sehingga ia tiada meencium sesuatu melainkan yang baik-baik, tiada mendengar sesuatu melainkan yang indah-indah dan tiada melihat sesuatu melainkan yang cantik-molek. Sumber







3. Bersabar itu adalah benteng keimanan. Banyak yang dapat diatasi dengan sifat sabar.

- Kesabaran seorang isteri haruslah tinggi. Apabila marah, atau tidak puas hati, ambillah wuduk atau berzikir. Bercakap dalam kemarahan membawa rasa sakit hati. Bermanja dan 'spoil' tidak mengapa kalau suami tidak terasa hati dan memahami, tetapi janganlah melampau sehingga menjadi 'nusyuz' kepada suami. Ikatlah hati dan perasaan dengan sifat sabar yang terjaga, bukan terbawa-bawa dengan hasutan Iblis dan syaitan. Sesiapa yang berwudhuk, bermakna dia mensucikan dirinya sepertimana dosa mengalir dari celah kukunya. Syaitan pun tidak menghampiri. Dan menjadikan kita lebih Sabar. Maka berwudhuklah semasa engkau marah!

* Pesan imam syafie: Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.Sumber
* Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.


4. Bahasa kita tidak seirama.


-Sebelum kahwin, kita boleh seia sekata, sejiwa seirama, seolah si dialah yang paling memahami kita. Tetapi sesudah berkahwin, berkongsi hidup dan bantal dan kenal luar dalam, sudah terbalik 360 darjah. Mudah berkecil hati, malahan banyak menilai kekurangan pasangan.
Bukan saja penulis buku Men Are from Mars, Women Are from Venus, bahkan saya sendiri kerap merasai bahasa kami sudah tidak sekata, tidak seirama! Bila saya cakap bab tolong menolong dalam kerja rumah, si dia terdiam tapi tidak pula bergerak untuk menolong. Sedangkan saya cuma ingin rasa sang suami masih sayangkan saya dan suasana mesra, tetapi tiba-tiba suami pula berasa saya tidak senang melihat dia berehat di rumah! Aduhai.
Dahulu, bertekak jugalah, dan ada yang mengalah. Tetapi sekarang ini tiba-tiba kami mula berubah cara. Akhirnya, bila ada situasi tidak memahami, kami masing-masing terdiam dan buat hal masing-masing. Kemudian, boleh bertembung muka dan berbuat seperti tiada apa-apa berlaku. Kemudian senyum juga. Kemudian, barulah melafaz kata-kata. Sudah matang agaknya?
Kerana itulah, pandangan luar amat membantu. Mintalah nasihat ibubapa, atau bertanya pelan-pelan kepada mertua, atau mencari buku motivasi. Sebagai isteri, perlulah bertindak bijak. Keluarlah dari suasana ribut taufan, jadilah angin yang sepoi tetapi mampu menyejukkan hati...


5. bersahabat dan bercerita


Isteri tidak lari dari perasaan ingin bersahabat. Kita sebagai wanita, selalu ingin bercerita dengan seseorang. Ingin dipujuk, ingin dinasihati, ingin rasa disayangi. Tetapi selalu kita lari dari batasan yang sebenar, bercerita seluruh perkara kepada orang yang tidak sepatutnya. Dalam bercerita, kadang2 tersimpang ke arah terburuk-burukkan oranglain, terbuka kebodohan sendiri, ataupun show off(menunjuk-nunjuk). Nak bercerita jangan sembarangan. Tanganilah dengan baik. Show off biarlah bertempat pada orang yang sealiran dgn kita, contohnya nak bercerita ttg butik, ceritalah pada rakan yang biasa membeli di butik bukan kepada rakan yang tidak mampu membeli baju di situ. Respon yang anda terima pasti lain, kan? kalau nak cerita kebodohan sendiri, janganlah cerita pada orang yang suka membuat anda marah, carilah orang yang suka memenangkan anda. Kalau nak meluahkan rasa ttg orang yang kita tidak suka, 'make sure' rakan yang mendengar ialah orang yang hanya mendengar dan tidak mengapi-apikan anda atau melaga-lagakan anda dgn orang tesebut.  Bahkan rakan yang mengapi-apikan kita suami isteri pun ada. Yang berdengki, dan selalu melihat kelemahan kita pun ada. Tetapi tidak semua. Banyak juga teman yang ikhlas jiwanya dan mengharapkan kebahagiaan kita. Cuma kita yang selalu tersalah pilih. Terutama yang mudah meluahkan masalah kepada teman sekerja lelaki. Jadi sebaiknya, pilihlah kaum wanita, yang halus jiwanya dan terjaga imannya.

* Bersahabat. Nota seterusnya gentarasa.com
* Allah berfirman:“Dan jangan lah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (al-Kahf: 28)
* “Di antara amalan-amalan yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah menimbulkan kegembiraan dalam hati seorang Mu’min, melapangkan kesusahannya, membayarkan hutangnya atau memberinya makan waktu lapar.”
* Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tahukah kamu kepada siapa api neraka itu diharamkan? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya sajalah yang mengetahui. Baginda menerangkan lagi: Kepada Orang yang lemah lembut, mudah dalam segala hal, senang berurus dengannya dan sentiasa dekat dengan sesiapa pun.”
* Alqamah berpesan kepada puteranya katanaya: Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya ia akan menerima dengan baik.
5.Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10.Jika engkau berkata kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, niscaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

6. Jauhi Berhutang


- Wanita juga tidak dapat mengelak diri dari berhutang. Sebaiknya, walaupun suami izinkan, ambillah mengikut keperluan, bukan keinginan. Untuk membeli barang yang selain barang asas, mintalah izin suami tetapi jangan sehingga membebankannya. Bermunajatlah banyak-banyak supaya kita dapat melapangkan rezeki suami dan memenuhi kehendak kita tanpa membebaninya.




7. Nikmat Dunia itu juga ujian.

- Jangan salahkan sesiapa jika kita menghadapi kesusahan, kesulitan atau kemiskinan. Kita semua sama, yang membezakan ialah usaha dan selebihnya terserah kepada Qada dan qadar. Sering juga seorang isteri membandingkan rumahnya dengan rumah orang lain, anak-anaknya dengan anak orang lain, perabotnya dengan perabot jiran, hatta suaminya dengan teman sepejabat! Jika anak orang lain sopan, didiklah anak kita bersopan. Jika perabot jiran mewah, kita pun boleh berusaha lebih untuk mendapat seperti itu walaupun lambat. buat apa berdengki. Jika suami? Kita yang memilihnya untuk menjadi pasangan hidup setelah meniliknya pelbagai ciri. Jika ada kekurangan, janganlah kita berhenti berusaha melengkapi kekurangan sang suami. 'Melengkapi', begitulah peranan seorang perempuan kepada seorang lelaki.

* Pesan Imam syafie: "Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah".Sumber
* "Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Yang demikian itu ialah hati" (Riwayat Bukhari).
* Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Mereka cuba menyembunyikan (keburukan) daripada manusia, tetapi mereka tidak mampu (berselindung) daripada (pengetahuan) Allah, padahal Allah sentiasa bersama mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan sesungguhnya (ilmu) Allah meliputi segalanya terhadap apa yang mereka lakukan" (Surah al-Nisa': 108).





8. Jangan memaksa dirimu suka atau disukai. Jalan keluarnya ialah Redha meredhailah..

- Sebagai isteri, kita ingin disukai oleh semua ahli keluarga suami. Kadang-kadang kita diam untuk menjaga hati, kadang-kadang kita terlebih laku yang mungkin berlawan dengan tatacara hidup keluarga suami. Bahkan sekecil-kecil benda pun boleh jadi isu. Ya, kata orang, hormatilah mertuamu seperti kawan, yang dibuat lawan bercakap, atau yang boleh diminta pendapat. Ada juga mertua yang minta dihormati, agak tegas. Ada juga mertua yang mampu berhati lembut, sentiasa menghampiri sang menantu untuk bertanya masalah. Ada juga yang berbuat seperti masalah kamu selesaikanlah! Aduhai.. saya tidak mahu jadi ibu yang setegas itu. Saya ingin jadi mertua yang pengasih kepada menantu saya tidak kiralah menantu saya lelaki atau perempuan. Saya mahukan mennatu yang mengasihi saya benar-benar, yang tidak berkira menjaga ehwal kami, apabila kami terlantar menunggu masa mendekati Allah. Dan sebaiknya, walau bagaimana sikap mertua atau adik-adik ipar, yang sebaiknya, kita reda meredhai sajalah. Jangan terlalu cuba untuk memahami, kerana tatacara hidup mereka pastinya berlainan dari tatacara keluarga kita. Dan, kitalah yang menentukan kesimpulan yang terbaik. Kerana ibu yang solehah itu pastinya menjadi ikutan, dan bapa yang soleh itu menjadi pelindung anak-anak wlaupun sudah dewasa.
* “Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216) Sumber.


9. Bersedekah tidak menjadikan dirimu Fakir.


- Seorang isteri harus lebih dermawan daripada suaminya. Kerana wanita lebih halus jiwanya, dan lebih simpati. Tetapi sebaiknya, bukan duit dapur yang diberikan yang mungkin tidak diizinkan suami. Mungkin saja dalam setiap belanja rumah yang diberikan suami, minta izin untuk sipikan sedikit untuk membuat kebajikan. Seperti membantu masjid membayar bil letrik dan air, memberi duit raya dan hadiah kepada anak-anak kecil terutama anak yatim dan sebagainya. Moga Amal jariah itu akan berkekalan untuk bekalan akhirat nanti dan moga menambah rezeki sang suami dan anak-anak.

* Sabda Nabi lagi:“Saya dan orang yang menanggung anak yatim seperti kedua ini – sambil baginda mengisyarat dengan kedua belah jarinya (yakni paling hampir sekali).”
* Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : “Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim." Sumber
Kisah Tauladan Anak yatim


10. Mudahkanlah menolong orang, bantu orang lain, kerana satu masa nanti Allah pasti bantu kita masa kesusahan.


- Menolong ibubapa, saudara-mara atau jiran juga termasuk dalam menjaga perhubungan. Menjaga perhubungan itu wajib. Berbaik sangka dan berhati lembutlah dalam perhubungan, tetapi berpada-padalah, jangan sampai dipijak kepala. Itu kebodohan namanya. Jadilah orang yang lembut hati, tetapi orang hormat dan sayang pada kita.

* Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”
* Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 ). Sumber
* Sabda Nabi lagi “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).
"Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya. ”
Dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasai dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau memiliki dua sifat yang dicintai oleh Allah. Aku bertanya kepada baginda, "Sifat apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Sifat lemah lembut dan sifat malu." Aku bertanya lagi, sifat yang sudah lama (dalam diriku) atau yang baru? Baginda menjawab dengan sabdanya, "Bahkan sudah lama." Aku berkata (pada diriku), Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah menganugerahkan kepadaku dua sifat yang dicintai oleh Allah". Sumber


11. Mengurus Rumahtangga itu mudah.


MEMASAK ITU MUDAH
-Pakai apron. Tepat, buat isteri yang harus keluar kerja atau mengejar masa supaya pakaian tidak terpercik masakan.
-Tahu cara menyediakan bahan masakan, memasak dengan betul, berkhasiat, tepat dengan keperluan dan kuantiti ahli keluarga. Lebih baik melihat dengan pengalaman bersama ibu, atau mereka yang lebih berpengalaman.
-Sedangkan chef hotel pun menyukat, apatah lagi kita.
-Biarkanlah tangan basah semasa membasuh sayur atau menyediakan hidangan kerana sambil bersalawat, harapnya airtangan itu khasiatnya dapat melembutkan hati ahli keluarga dan menambah rasa kasih sesama kita.
-Hati-hati dalam memasang api dapur.
-Hati-hati memasukkan garam, gula dan perasa tambahan.
-Jangan tinggalkan masakan di atas dapur, kecuali yang 'diset' masa spt ayam bakar, stew tulang/daging di dalam slow cooker, apatah nasi dalam rice cooker!
Kemudahan bahan letrik sekarang sudah menjadi keperluan kerana menyenangkan tugas di dapur: Fridge, blender, rice cooker, jug letrik, dapur gas, oven, microwave untuk memanaskan hidangan, slow cooker pun berguna, pressure cooker untuk tulang.





MENGEMAS PUN MUDAH SAJA.
- Para isteri sekarang ramai yang berduit, mampu membeli kelengkapan rumah yang memuaskan hati. Isteri menyukai kelembutan, kerapian, keselesaan dan kecantikan, yang sering menyentuh alatan rumah. Tidak salah memilih kelengkapan rumah yang dibelinya sendiri. Tetapi biarlah atas persetujuan bersama. Termasuk hobi. Sebaiknya, carilah hobi yang tidak menggunakan duit yang banyak dan boleh dijadikan 2-3 kegunaan dalam 1.
- Belajar mengemas dengan betul, cepat dan tepat. Biasanya dari pengalaman bersama ibubapa.
- Clean as you go (CAYG): Amalkan konsep itu juga bersama suami dan anak-anak.
*Bila ambil barang seperti Buku, alatulis, kertas, tuala mandi, kain solat, barang masakan yang telah digunakan, letakkan balik di tempat asalnya.
*Tong sampah basah dan kering mesti ada. Plastik besar dan kecil juga. Senang majlis bandaran nak kutip.
*Sediakan kain buruk, tisu dapur, atau kain 'multipurpose' pakai buang untuk mengelap kotoran berminyak atau kotoran tumpah. Asingkan kain lap atas meja dengan kain untuk lantai.
*Selesai minum atau makan, terus letak di sinki dan basuh.
*Selesai masak, basuh periuk belanga dahulu. Dan lap dapur masak.
*Setiap kali membeli barang dapur, catatkan barang baru yang masuk fridge atau kabinet. Supaya mudah menyediakan menu mengikut bahan yang ada.
*Sediakankan banyak tupperware yang lutsinar dan berlabel.
*Botol sos atau kicap yang meleleh- lap dahulu sebelum masuk 'fridge'.
*Setiap kali bangun dari sofa atau katil, tepuk-tepuk dahulu supaya kelihatan rapi dan kemaskan. Sembur haruman bilik. Percayalah, cara ini menyenangkan hati bila masuk bilik.
*Selesai mencuci pakaian, terus dijemur. Jemur awal pagi.
*Setiap kali mengangkat pakaian dari jemuran, jangan masukkan semua pakaian ke dalam bakul. Pakaian kerja, tudung dan t-shirt terus disangkut. Ini mengelakkan ia banyak kedut, dan memudahkan digosok.
*Vacuum penting untuk menyedut habuk di celah almari, kabinet dan kerusi. Bahan pencuci sekarang juga menjaga tangan, tidak mahal, dan tahan lama. Pilihlah bahan pencuci yang sesuai untuk: pinggan mangkuk, pencuci periuk stainless steel, pencuci dapur untuk lap kotoran berminyak, pencuci 'multipurpose' untuk lap kotoran sementara, pencuci pakaian, pencuci lembut untuk pakaian rendam sahaja, clorox atau pencuci untuk kotoran degil dan lumut, pencuci lantai yang lembut, pencuci tingkap dan sliding door, ,pencuci mangkuk tandas, pengilat mozek atau kerusi kulit dan kayu. Paling penting, ada botol atau penutup yang ada penyembur.

Tips lain juga ada di sini:
http://mengemasrumah.blogspot.com/2009/04/mengemas-rumah-jalan-pintas.html
http://www.serenejourney.com/2009/04/7-tips-for-cleaning-your-kitchen-as-you-go/


12. Membeli barang dapur

-Sejujurnya, ramai lelaki takkan berfikir tentang masakan. Dia cuma tahu makan. Itu kenyataan. Kerana itu, usahlah banyak bertanya kepada sang suami apa yang dia mahu makan. Cukuplah dalam seminggu itu, ada juga masakan kegemarannya. Kecualilah sang suami pandai makan dan merasa ala chef, maka terpaksalah kita sesuaikan diri, kan?
Sebaiknya, belilah bahan masakan yang menyenangkan dan membuat kita selesa menggunakannya. Mungkin berdasar 'brand' yang selalu ibu kita gunakan, atau yang kita rasakan sedap, juga tak lupa yang mertua kita selalu gunakan untuk masakan kegemaran si dia. Jangan membuat sesuatu perkara terlalu payah. Selesakan diri, Insya Allah kerja menjadi mudah dan gembira melakukannya.

13. Mendidik Anak


Kata orang, mendidik anak melalui pengalaman atau berpandu dari cara mak ayah kita. Tetapi ramai juga yang suka mengikut cara sendiri kerana menurut teori barat. Tiada yang salah dlm teori barat, ttg memanjakan anak, mendisiplinkan, berkawan dgn anak, memisahkan tempat tidur, atau bercerita ttg hal seks secara terbuka. Yalah, gaya hidup orang barat kan berbeza dari kita. Ramai yang tiada agama, dan mengikut psikologi semata. Mengikut pengamatan saya melalui bacaan dan blog mom dan family orang barat, cara mereka yang beragama lebih stabil hidupnya dan anak lebih bersopan dan mampu menyesuaikan diri dgn suasana. Apatah lagi, cara kita sebagai orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai asas agama Islam? Teori yang mereka gunakan juga terdapat di dalam al Quran.

Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".Juzuk : 21Surah : LUQMAN No. Surah : 31 Ayat : 13 PMO

Saya simpulkan dari Nota di bawah buat panduan bakal ibu muda:
* Laman web: anakkusoleh.com, anakkusayang.com.
* Kisah Itik mendidik anak.
* Mendidik anak berjiwa Islam. Nota Nota muis.gov.sg
* Peringkat mendidik Anak dalam Islam.Nota anakkusayang.com.
* Cara Mendidik anak kecil mengikut Islam. Nota ustaz pahrol(gentarasa.com)
* Aurat dalam perubatan. Nota ummu husna.

* Imam Hanafi juga dikenali sebagai gelaran Imam Abu Hanifah atau di dalam bahasa Melayu bermaksud ‘bapa tinta’; ini adalah kerana beliau sering kelihatan membawa tinta walau ke mana pun beliau berada. Ketika ditanya oleh orang kepada bapanya, bagaimana beliau mendidik anaknya (Imam Hanafi), bapanya berkata bahawa, “Aku mendidik ibunya”. Sumber.
* “Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”
* Allah SWT berfirman Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan”. [Surah At-tahrim Ayat 6]
* Rasulullah saw pula bersabda:“Didiklah anak-anakmu dan perelokkanlah akhlak mereka.” (Ibnu Majah)
* Marilah kita mengambil contoh pendidikan Lukmanul-Hakim terhadap anaknya dalam nasihatnya yang berikut melalui firman Allah Yang bermaksud: “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri”. [Surah Luqman Ayat 17-18]
* Adab anak di rumah: (dari utusan online): Firman-Nya yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak.Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59). Nota seterusnya.
* Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya: “Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.” Sumber 
* Sabda Rasulullah SAW:“Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” Sumber 
* Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda: “Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.” Sumber 






14. Menjaga hubungan dengan ibubapa, adik beradik, ipar-duai dan saudara-mara


-Berkahwin bermakna kita memasuki keluarga baru. Mengahwini lelaki yang mengasihi keluarganya adalah gambaran lelaki yang penyayang. Isteri yang taat harus meneliti setiap kata dan perbuatannya supaya lebih disenangi kaum keluarga jejaka yang dikasihinya. Bahkan bukan mudah. Terutama yang berlainan taraf, pelajaran, bangsa atau negeri. Banyak harus dipelajari, banyak harus diterokai. Berdikit-dikit membuatkan kita nampak lemah menyesuaikan diri. Jadi, sebaiknyalah kita 'rushing', berusaha menjadi yang terbaik supaya kita cepat memahami kehendak naluri Mertua dan memahami cara keluarga mereka. Tetapi, jangan memaksa dirimu suka atau disukai. Jalan keluarnya ialah Redha meredhai.
Berkahwin juga bukan semestinya kita mesti memutuskan perhubungan dengan ibubapa dan adik beradik dan saudara kita. Bahkan, anak-anak kita dari hukum, sah halal dengan adik-beradik kita. Muhrim. Begitu juga dengan atuk dan nenek mereka, layak mewalikan. Jadi seharusnyalah kita berbuat baik. Perkenalkan anak-anak dgn saudara yang Muhrim dgn mereka. Dengan ini, mereka akan belajar ttg hubungan mahram dalam Islam.

* Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Hak saudara yang tua ke atas saudara yang muda, adalah seperti haknya seorang ayah ke atas anak-anaknya.”
“Bukanlah dari golongan kami, siapa yang tiada menghormati orang tua kami dan tiada pula mengasihani anak kecil kami.”
* Bersabda Rasulullah s.a.w.:“Bersedekah kepada orang miskin adalah mendapat pahala sedekah saja, tetapi bersedekah kepada kaum keluarga mendapat dua pahala; pahala sedekah pahala perhubungan.” Sumber
* Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Berbaktilah kepada ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yang terhampir denganmu, dan yang terhampir.” Sumber
* Pernah Rasulullah s.a.w. yang ditanya oleh seorang, katanya Wahai Rasulullah! Adakah lagi yang masih diwajibkan atas saya untuk berbakti kepada kedua ibu-bapa saya, setelah keduanya meninggal dunia? Rasulullah s.a.w. menjawab: Ya, iaitu memohonkan kerahmatan kepada keduanya memintakan keampunan bagi kedua-duanya, menunaikan segala janji-janjinya, memuliakan semua rakan temannya serta menghubungkan silatur-rahim yang tidak boleh terhubung, melainkan dengan keduanya.
Bersabdanya Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya setinggi-tinggi darjat kebaktian, ialah bila seseorang itu suka menghubungi keluarga kesayangan ayahnya, sesudah ia meninggal dunia.” Sumber



15. Menjaga hubungan dengan sahabat suami.


-Selepas ibubapa, ipar-duai dan saudara-mara, orang yang paling rapat dengan suami ialah Sahabatnya. Jadi, memang sebaiknya, kita menghulurkan tangan persahabatan dan bermukai manis. Kerana di masa tertentu, sahabatnyalah yang lebih memahami. Bahkan cara si dia berkawan boleh juga mempengaruhi sikapnya. Kalau peminat bola, pastinya akan bersama ke stadium. kalu suka memancing, pasti laut sungai mereka redah. Kadang-kadang, masalah rumahtangga kita pun boleh terkongsi kepada temannya. Siapa kata lelaki tidak pandai luahkan perasaan? Jadi, isteri kenalah menjaga perangai dan tingkah di hadapan sahabat suami. Jika berjumpa atau re-union, berpadalah melayan sabahat lelakinya, dan rapatilah isteri dan anak-anaknya sahaja. Jangan menyimpan atau memberi nombor telefon kepada sahabat lelaki suami, kecuali atas izinnya untuk sebarang kecemasan. Jangan menumpang kereta berdua dengan sahabat lelaki suami walaupun terpaksa, kerana ia lebih mencegah fitnah.


16. Pergaulan dengan Lelaki Ajnabi (bukan muhrim)


- “Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.” Sumber
” Dan katakan juga pada wanita-wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluan kamu” -Surah AnNur: 31.
* hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2] Sumber
* Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi Umaimah r.a yang bermaksud: "Tidaklah orang Islam itu apabila dia memandang pada kehormatan wanita kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat padanya kemanisan (iman) dalam hatinya." Sumber
* Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka sentiasa merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka" (Surah al-Nur: 30). Sumber
Dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasai dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau memiliki dua sifat yang dicintai oleh Allah. Aku bertanya kepada baginda, "Sifat apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Sifat lemah lembut dan sifat malu." Aku bertanya lagi, sifat yang sudah lama (dalam diriku) atau yang baru? Baginda menjawab dengan sabdanya, "Bahkan sudah lama." Aku berkata (pada diriku), Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah menganugerahkan kepadaku dua sifat yang dicintai oleh Allah". Sumber

17. Pergaulan dengan jiran tetanggga


- Sebagai isteri, kita kena belajar menyesuaikan diri dengan jiran tetangga. Jika kita berada di kampung sendiri, tentu senang. Tetapi kalau di tempat baru, memang terpaksa mengikut orang ataupun terpaksa kerap mengambil bahagian dalam acara-acara mereka supaya disenangi. Kadang-kadang kalu tidak pandai menolak, letih kita. Kalau mengikut sangat, nanti kita terasa dibebani. Apatah lagi kalau di situ kuat Rukun Tetangga dan acara majlis.
Di antara hak-hak kejiranan ialah:
1.Hendaklah anda memulakan memberi salam kepadanya.
2.Jangan terlampau banyak menanyakan tentang hal-ehwalnya.
3.Menziarahinya bila ia sakit dan melawatinya bila ia mati. Sama-sama merasakan kesusahan bila ada kematian di rumahnya dan menunjukkan rasa kegembiraan bila ada kesukaan pula.
4.Sama-sama menyertainya dalam masa kesenangan dan kegembiraannya.
5.Memaafkan segala kesalahan dan keikhlafannya.
6.Tiada menunjukkan pandangan dari atas rumahmu ke dalam rumahnya sehingga anda dapat melihat auratnya.
7.Tiada menyempitkan perasaannya, umpamanya dengan meletakkan sebatang kayu pada dinding rumahnya.
8.Tiada menyempitkan perjalanan menuju ke rumahnya
9.Tiada menujukan pandanganmu kepada apa-apa yang di bawa ke dalam rumahnya.
10.Hendaklah menutup segala keaiban dan kecelaan yang mungkin berlaku daripadanya.
11.Meringankan dirinya dari menanggung mala petaka yang menimpanya
12.Jangan lalai memerhatikan rumahnya di masa-masa ia tiada di rumah.
13.Jangan terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
14.Palingkan pendanganmu dari melihat isterinya dan jangan memandang lama-lama kepada khadam wanita yang bekerja dirumahnya.
15.Selalu bersikap lemah-lembut terhadap anak-anaknya dengan ucapan yang baik-baik.
16.Cuba tunjukkan kepadanya apa-apa yang ia tiada mengetahui dari perkara agama mahupun perkara dunia.
Setengah para Salihin berkata: Sesiapa yang membebani saudaranya dengan sesuatu perkara yan tak dapat ditanggungnya, maka telah menganiayai saudara itu. Sesiapa membebani saudaranya pula dengan sesuatu yang pernah ia bebani sebelum itu, maka ia telah menyusahkannya. Dan sesiapa yang tidak pernah membebani saudaranya apa-apa pun, maka itulah orang yang paling utama dan paling unggul kepada sekalian saudaranya.
* Rasulullah s.a.w. telah bersabda lagi:Berbuat baiklah terhadap jiran yang bertetangga denganmu, niscaya engkau menjadi seorang Muslim (yang sejati).”
* “Hak seorang Muslim ke atas seorang Muslim ada lima: menjawab ucapan salamnya, melawatnya ketika sakit, mengiring jenazahnya ke perkuburan, memenuhi jemputan dan mendoakan rahmat (Tasymit) apabila beliau bersin” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]. Sumber
“Bahwasanya perempuan itu berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, akan tetapi dia suka menyakiti jirannya. Berkata Rasulullah s.a.w.: Dia akan masuk ke dalam neraka.”
* “Berlindunglah dari jiran yang jahat pekertinya; bila melihat kebaikan ditutupnya, dan bila melihat keburukan diheboh-hebohkannya.”
* Sabda Rasulullah s.a.w.:“Barangsiapa menutup rahasia saudaranya, niscaya Allah akan menutup rahasianya di dunia dan di akhirat.”
* Sabdanya lagi: “Apabila seseorang itu menyampaikan sesuatu berita, kemudian ia berpaling (pergi dari situ), maka ketahuilah bahwa berita itu adalah amanat.”
* “Demi jiwaku yang berada di tanganNya, kamu sekalian tidak akan memasuki syurga sehingga kamu beriman dan kamu sekalian tidak akan beriman selagi kamu tidak berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu amalan, jika kamu lakukannya niscaya kamu akan saling kasih-mengasihi? Para sahabat berkata: Bahkan, wahai Rasulullah, tunjukkanlah! Berkata Rasulullah s.a.w.: Amalkanlah memberi salam antara satu dengan yang lain di antara kamu!”
* Jangan sampai tiada bertegur sapa terhadap seorang Muslim yang dikenalnya lebih dari tiga hari berturut-turut, betapa pun dia marah kepada Muslim itu. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tiadalah halal bagi seorang Muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) saudaranya Muslim yang lain lebih dari tiga hari, mereke keduanya berjumpa lalu yang satu memalingkan muka dari yang lain, dan adalah sebaik-baik orang di antara keduanya ialah orang yang memulakan salam terlebih dulu.”
* Hendaklah engkau menziarahi pesakit-pesakit kaum Muslimin. Adab orang yang menziartahi orang sakit ialah memendekkan masa ziarah itu mengurangkan banyak pertanyaan, melahirkan belas kasihan, mendoakan agar segera sembuh dan memalingkan pemandangan dari melihat aurat-aurat pesakit. Bila meminta izin masuk, janganlah engkau menghadap ke pintu dan mengetuknya biarlah dengan perlahan-lahan. Bila ditanya siapa itu, jangan engkau menjawab: Saya.
* Dalam sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. berbunyi: “Apabila seseorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit atau menengoknya, berfirman Allah Ta’ala: Engkau telah melakukan yang baik dan akan baiklah perjalananmu dan engkau telah menduduki sebuah rumah di syurga.”
* Daripada Saiyidina Usman r.a. katanya: Suatu hari saya sakit, maka Rasulullah s.a.w. datang menziarahi saya, lalu mengucapkan:“Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Aku memohonkan perlindungan bagimu kepada Allah yang Maha Esa, dan Tuhan Tempat meminta tiada beranak dan tiada diberanakkan, dan tiada seorang pun yang serupa denganNya dari bahaya yang telah menimpamu. ”Baginda mengucapkannya berkali-kali.Bagi pesakit pula disunnatkan membaca:“Saya mohon perlindungan dengan kemuliaan Allah dan kekuasaaNya dari bahaya yang menimpaku.”
* “Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, jangan mengintip-intip rahasia mereka, janganlah memutuskan perhubungan, jangan bermusuh-musuhan dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
* Pesan Saidina Ali R.A:
"Jangan terlalu merisaukan kezaliman orang yang melakukannya terhadapmu; sebab ia telah mendatangkan kerugian bagi dirinya sendiri dan keuntungan bagimu. Maka tidaklah selayaknya engkau membalas orang yang menggembirakanmu dengan menyusahkannya." (buku "Mutiara Nahjul Balaghah", terbitan Mizan)
* Diriwayatkan ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau sedang berputar-putar keliling kota lalu, mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi di dalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu dan dilihatnya di samping orang lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujar: Wahai musuh Allah! Apakah kau kira Allah akan menutupi kelakuanmu yang keji ini, padalah kau sedang berfoya-foya dengan maksiat ini? Lelaki itu segera menjawab: Dan engkau juga wahai Amirul Mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat kepada Allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi kau ini telah membuat tiga maksiat sekaligus dalam suatu masa. Tuhan telah berfirman: Jangan kamu mengintip-mengintip, sedangkan perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain. Tuhan berfirman lagi: Bukanlah kebaikan itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau telah memanjat rumahku. Tuhan berfirman: Jangan sekali-kali kamu memasuki rumah selain rumah kamu sendiri (yakni tanpa izin), tetapi kini kau telah memasuki rumahku tanpa memberi salam pula. Berkta khalifah: Adakah padamu sesuatu yang baik (untuk mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaku itu: Saya, ada! Demi Allah jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun mengampunkannya dan beredar dari situ.





18. Berdoalah!


Nota tentang berdoa:
* http://genta-rasa.com/2010/07/21/apa-yang-telah-diberi-vs-dengan-apa-yang-dipinta/
* http://genta-rasa.com/2010/07/16/bila-digerakkan-hati-untuk-berdoa/
* “Doa itu adalah senjata orang Mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” (Riwayat al-Hakim no. 1218)
* “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)
* Daripada Ubadah bin Somad r.d, bahawa Rasulullah bersabda: Tidak ada diatas mukabumi, seorang muslim yang berdoa kepada Allah s.w.t dengan doa-doa, melainkan akan diperkenankan oleh Allah atau dihindarinya dari kecelakaan yang seumpamanya selagi ia tidak berdoa dengan perkara dosa atau memutuskan saliturahim, maka berkata lelaki dari kalangan kaum: Jika di perbanyakkan, bersabda Nabi: Demi Allah, sekalipun banyak”, dan ditambah pada riwayat Abi Said: ” atau di simpan untuknya didalam bentuk ganjaran pahala seumpamanya”.
* Berdoalah, Allah sentiasa sedia dan setia untuk mendengarnya. Firman Allah yang bermaksud: “Jika hamba-Ku bertanyakan kamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku sentiasa mendengar permohonan doa tatkala berdoa kepada-Ku. Oleh sebab itu, wajarlah mereka sahut seruan-Ku dan beriman dengan-Ku, semoga mereka beroleh petunjuk.” (Surah al-Baqarah 2: 186)
* firman Allah yang bermaksud: “Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah al-Ra‘d 13: 28)
* Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ ra, ‘Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna, lalu menunaikan shalat dua rakaat seraya berdoa kepada Allah, niscaya doanya akan dikabulkan, baik pada waktu yang dekat maupun di kemudian hari.’ (HR. Thabrani dalam kitab Al Kabir).
* “Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)
* Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina.” (Surah Ghafir 40: 60)
* Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )
* Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)
* Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dia memperkenankan (doa) orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya.” (Surah al-Syura 42: 26)


Sumber Hadis dan ayat alQuran:
http://genta-rasa.com/2010/07/21/apa-yang-telah-diberi-vs-dengan-apa-yang-dipinta/
http://genta-rasa.com/2010/07/16/bila-digerakkan-hati-untuk-berdoa/
http://qurratulain.blogdrive.com/archive/53.html(Rujukan: Kitab Syarah Hadis 40, Imam Nawawi)
http://lifeisharmony.com/index.php/hakikat/189-agar-doa-dikabulkan
http://mahyudinismail.wordpress.com/2009/06/24/di-antara-sifat-mukminin-dalam-al-quran-bagi-mereka-doa-adalah-ibadat/
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html (ustaz azman adnan)
http://zana1038.blogspot.com/2005/11/malu-dan-iman.html
http://www.yadim.com.my/wanita/WanitaFull.asp?Id=151 (Sifat malu)
http://www.reocities.com/bimbinganmukmin/11_kitab_adab_pernikahan.htm
http://www.reocities.com/bimbinganmukmin/14a_kitab_pergaulan_a.htm
http://www.reocities.com/bimbinganmukmin/14b_kitab_pergaulan_b.htm
http://www.reocities.com/bimbinganmukmin/14c_kitab_adab_pergaulan_c.htm
http://blog4semua.blogspot.com/2010/11/tidak-bertegur-melebihi-3-hari.html
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/435 (ustaz zaharuddin group)
http://blogs.iium.edu.my/zahlinah/2008/07/08/41-kelebihan-wanita-islam/
http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=i9v9sd595ihbh1jdesiqi61845&topic=6718.msg63855#msg63855 (dari buku wanita tauladan)
http://sucidirimencariilahi.blogspot.com/2010/11/pesan-pesan-imam-syafie.html (dari buku)
http://achmadrazikin.blogspot.com/2009/10/pesan-ali-bin-abu-thalib.html (dari Buku "Mutiara Nahjul Balaghah" terbitan Mizan)
http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=489:kasihi-dan-utamakanlah-anak-anak-yatim&catid=18:tassauf-fekah&Itemid=29



Sambal Ikan Bilis

Salam sejahtera,

Sejak malam tadi, komputer ni sakit. Entah Blogger.com yang sakit nak loading atau Mr lappy menunjukkan tanda2 nak demam. Jadi, kita rehat-rehat dulu hari ni. Saya hidangkan sambal jer, nasi dah abis. :))



SAMBAL IKAN BILIS
Sumber: mysweetlife-nurindah

Ikan bilis secukupnya (saiz sederhana) - direndam dalam air sehingga kembang. Kalau buang kepala dan dikopek lagi elok.
Sedikit air asam jawa
Air masak secukup kuah - (nurindah:sebab nak bagi ikan bilis lembut)
Gula
Garam
1/2 biji Bawang besar potong bulat (buat tambahan dalam sambal jika mahu)

BAHAN KISAR:
Cili kisar dari cili kering yang direbus/direndam air panas -
(nurindah: saya tak sukat sebab dah kisar awal. Mungkin 3-4 sdm. Asalkan cukup untuk ikan bilis tersebut. Cili kering memang senang digunakan kalau yg kita kisar terlebih dahulu sebelum digunakan. Lain dengan bawang, sebab bawang senang dikisar :)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci Belacan


CARA MEMASAK:
1. Ikan bilis digoreng sekejap sehingga kering air. Jangan bagi garing. Angkat dan toskan.
2. Cili kisar dikisar bersama bahan bawang dan lain-lain supaya bahan mesra sekata.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan cili kelihatan naik minyak.
3. Baru masukkan air, air asam jawa, dan ikan bilis tadi. Biar kuah mendidih.
4. Baru masukkan gula dan garam. Biar sebati dan ikan masak lembut.
5. Angkat dan hidangkan.
6. Sesuai dimakan dengan nasi panas, nasi lemak dan kalau dikeringkan sesuai buat inti kuih, roti.



Wednesday, March 9, 2011

Cucur buat 'tea break'



Mood tak rajin sangat. Saya nak tayang cucur dulu,ek? Nak buat keja remeh2 edit gambar lauk malam tadi. ;) Cucur ni... jadikla buat kudap-kudap masa 'teabreak'. hahaha.


CUCUR SENANG MESRA
cucur lembut dan berongga yang tak perlu tambah penaik pun.
sumber: mysweetlife-nurindah

Tepung gandum (nurindah: tak sukat pun. bayangkan saja 1- 1 1/2 cwn)
Secekak Kucai - dipotong-potong sepanjang 1 ruas jari (nurindah: bayangkan saja cekak rambut kecil tu. Kira kucai banyak ni. heheh)
Segenggam Udang - siap kopek kulitnya.
1/2 biji Telur - dikacau rata.
Sedikit serbuk kunyit - sebagai pewarna
Garam secukup rasa (nurindah: cara saya 'test' mesti kena rasa sedikit adunan tu. tak puas, kalu tawar. tapi pastikan kacau sebati-sebati)
Air masak secukupnya sehingga jadi adunan untuk membuat cucur.

CARA:
1. Masukkan tepung dulu dalam bekas.
2. Masukkan kucai, udang, telur, serbuk kunyit.
3. Baru masukkan air masak.
4. Sebatikan adunan.
4. Goreng sehingga sedikit garing.
5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
6. Sedap dimakan panas-panas.



Tuesday, March 8, 2011

Koleh Kacang (tak cukup sifat ;)

Koleh kacang ini kegemaran saya. Lebih-lebih kalau ditaburi tahi minyak (dari pati santan) yang lemak masin tu.Saya ambil resipi orang katering, dalam majalah. Senang je, guna tepung Alagappas ni. Janji, rajin mengacau jer. hehe.


Di bawah, koleh kacang yang saya buat. Mohon maaf, sebab tak cukup sifat. Maknanya gula merah tak cukup. Dan tak cukup santan nak buat 'Tahi minyak'. Yang saya buat ni, sedulang. hehe.. banyak betul. Tak perasan servings untuk 40 orang. hahaha. Jadi, dalam 3 hari ni, asyik mengulang makan. Alhamdulillah, dah berhari, masih sedap dan tak basi. Agaknya sebab masak betul. Rasanya... cukup sedap! Mr hubby yang payah nak makan kuih lembik-lembik ni, berjaya habiskan 5 potong sekali hadap. :D Tak kisahla kalu tak cukup sifat pun, kan?


Ampun maaf. Memang koleh kacang ni warna asal semata. Gula merah/gula melaka tak cukup. Dan hanya menggunakan sedikit gula melaka yang siap dicairkan. Tahi minyak pun tak buat sebab tak cukup santan. Tetapi rasanya tetap sedap.Tak muak memakannya.


KOLEH KACANG
Sumber: FZ catering, Subang Jaya, majalah Rasa Dis 06.

Servings: 40 orang.
Tempoh masak: 45 min -1 jam.
Cara saya, guna kuali. Mula-mula api sederhana, bila pekat baru api kecil sikit.

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung kacang hijau (nurindah:saya guna jenama Alagappas)
120gm gula pasir
240gm gula merah (nurindah: Hanya guna sedikit gula melaka yang dicairkan)
2 liter santan (saya guna 1 liter pati santan yang dibeli di pasaraya + 1 lit air)
2 helai daun pandan
sedikit garam
nurindah: saya tambah perasa pandan

Cara Memasaknya:
1. Masukkan semua adunan ke dalam kuali dan dikacau hingga pekat. Sama seperti membuat dodol.
2. Jika telah nampak berminyak, masukkan adunan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk.
4. Dalam pada itu, masak satu cawan pati santan sehingga kering.
5. Kemudian taburkan di atas kuih yang telah sejuk tadi dan sedia dihidangkan.



Monday, March 7, 2011

Mee Goreng Wan

Salam sejahtera,
Apa khabar semua? Moga dalam keadaan sihat dan ceria. Hari ni, menimbun barang untuk dikemaskan. Mr hubby penat baru balik 'camp'. Kem yang disertai tu, ala-ala latihan stamina untuk all staff. Tetapi banyak aktiviti mengayuh/ kayak sebab camping kat pulau. Jadi, takdela jungle trekking, atau lain-lain. Fuh.. lega skit hati saya. Risau kat kakinya. Dah lama takde aktiviti lasak macam tu. Mr hubby dah tolong basuh bajunya yang dah kotor. Cuma nak kemaskan barang-barang lain jer.

Mee ni dibuat Sabtu lalu. Di hari minggu :D Hujung minggu pastinya bersantai ngan hubby. Dah lama tak jumpa kan? Er.. 5 hari. hehe.. Alhamdulillah, mee goreng ni secukup rasa. Dimakan dengan teh O. Dan sentiasa menambat selera.




MEE GORENG WAN
Sumber: mysweetlife-nurindah

300gm (2/3 bungkus)  Mee kuning - diletak dalam penapis dan tuang air panas,digoncang-goncang di sinki
Seikat sawi - dipotong, asingkan batang dan daun. batang sawi diketuk.
1-2 sdm Cili kisar  (ikut kepedasan yang disukai)
4 ekor Sotong - dipotong besar-besar
Segenggam Udang yang siap dikopek
Air masak supaya mee sedikit basah.

Bahan Tumbuk:
Sejemput Udang kering - rendam dengan air sehingga lembut.
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan Sos: dicampur
2 sdm kicap masin habhal
2 sdm kicap manis habhal
2 sdm sos tiram nona
2 sdm sos tomato maggi/life
2 sdm sos cili life


CARA:
1. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kisar.
2. Masukkan sotong, dan udang. Gaul sebati sehingga udang dan sotong masak.
3. Baru masukkan batang sawi, gaul rata sehingga sedikit layu, baru masukkan daun sawi.
4. Baru masukkan bahan sos. Kacau rata, dan masukkan  air secukup basah, biarkan sekejap.
5. Baru masukkan mee. Kacau sebati sehingga mee tergaul rata. Biar mee panas.
6. Angkat dan hidangkan.




Saturday, March 5, 2011

Nikmat dalam bercerita

Salam sejahtera,

Kisah di bawah tiada kena mengena dengan sesiapa, tetapi situasi yang pernah saya alami. Cuma saya tukar wataknya, situasinya, tetapi ceritanya sama... tentang sifat berbohong.


Nikmat dalam bercerita.

Seorang ayah sedang berada di pejabatnya, menyiapkan tugasan yang menimbun. Tiba-tiba mendapat 'call' dari seorang anaknya yang belajar di sebuah universiti di selatan tanah air. Menangis-nangis katanya kerana 'accident' semasa berada berjalan di bandar. Katanya mungkin tulang patah, kakinya kebas, Kelam kabut ayahnya tinggalkan semua kerja dan mintak cuti kecemasan. Dia membawa isterinya dan seorang anaknya dengan kereta Kembaranya untuk menemui anaknya yang sudah dibawa pulang ke asrama di selatan tanah air.
Sampai di sana, dia melihatnya memang sedang merintih kesakitan. Dia dan isterinya membelek badan anaknya, tiada yang patah, cuma terguris sikit mungkin sebab geselan.

"Ita.. ada pendarahan dalaman ke?" katanya dalam nada risau.
Ita hanya tunduk.
"Ayah dan ibu duduklah dulu. Ita ok.. takde apa-apa..." Ita berlagak biasa.
"Abis tu kenapa menangis-nangis macam tu dalam telefon?
"Ita nak balik, tak nak masuk kat sini.. Ita nak pindah universiti. "
"Ita kena langgar apa?" tanya isterinya pula.
"...... Ita yang naik motor kawan, pastu terjatuh"
"Habis tu kenapa Ita kata Ita kena langgar?"
"Tapi Ita tetap luka kan? Ayah dan ibu tak nak jumpa Ita ke? Nak tunggu Ita teruk baru nak lawat Ita?
"Ita!"
"Hmph! Ibu ayah pun dah 2 bulan tak lawat Ita,"


Si Ayah, menggetap bibirnya menahan rasa marah. Kelam kabut dia tinggalkan projeknya yang bakal dibentangkan minggu hadapan. Isterinya merayu-rayu untuk melihat anaknya apabila mendengar khabar begitu. Dari Terengganu ke Selatan, berapa jam mereka menempuh perjalanan. Ini kali kedua Ita buat menipunya. Kali pertama, Ita mengadu kena buli dengan senior, sampai lebam-lebam. Itu kali terakhir tahun lepas. Dia tahu, puterinya tidak biasa berjauhan dari keluarga, malahan dia sekeluarga tidak mampu melawat Rozita, puteri sulungnya itu setiap bulan. Sudah banyak kali dia minta anaknya itu bersabar. Bukan senang nak dapat UTM kat johor ni. Kalu orang lain berebut nak masuk U, anaknya sibuk nak mintak universiti lain pula sebab tak biasa berjauhan dari keluarga. Macam mana nak berdikari? Anaknya dah berusia hampir 20 tahun.

"Ita.... pandang ayah." si Ayah menarik nafas.
Ita pandang takut-takut.
"Ita ingat cerita penggembala kambing dengan serigala?"
Ita menggaru kepala. Memandangnya dengan anak mata bulat.
Si Ayah memandang anaknya, sama seperti dia melihat puterinya semasa puterinya berumur 5 tahun.
"Penggembala kambing tu melaung-laung mengatakan kambing nak dimakan serigala, lepas tu ramai orang kampung datang bawak senjata untuk membunuh serigala. Tetapi Penggembala itu cuma gelakkan mereka. Kemudian, hari lain, dia melaung-laung lagi, dan sebahagian orang kampung masih tetap datang untuk membantu menghalau serigala itu, tetapi rupa-rupanya tiada serigala pun. Kali ketiga, kambingnya benar-benar dimakan sekawan serigala, dan sambil menangis penggembala itu melaung-laung sepenuh hati, tetapi tiada seorang pun yang datang membantunya. Habis kambing-kambingnya dimakan kawanan serigala itu. Sebenarnya, Orang kampung puas rasa dipermainkan."

Ita memandangnya dengan pandangan kosong.
"Ita.. ini kali kedua Ita berbohong pada Ibu dan Ayah. Kali ketiga nanti, kalu Ita buat begini, belum tentu lagi ayah sesak nafas datang jenguk Ita. Tengokkan betapa sayangnya kami pada Ita. Baru telefon pagi tadi, petang kami dah sampai?"
Si ayah menyambunng.
"Belum hilang penat ayah. Jauh kami datang jenguk Ita. Sepatah kata maaf atau terima kasih pun Ita tak ucapkan. Ingatlah, Ita dah dekat berumur 20 tahun. Dah berkali ayah katakan.. Terengganu dengan Johor bukannya dekat. Dekat 10 jam. Kenapa kamu tak faham-faham? Ayah cuma nak kamu jadi orang pandai"
Si ayah berasa matanya panas. Dia tak jadi marah, tetapi kecewa.

Ita mula menangis. Si Ayah mahu terus balik. Si ibu melarang kerana si ayah masih penat. Ita perlahan menyentuh tangan si ayah. Si Ayah memandang Ita dengan mata merah.

"Maafkan Ita.... Ita janji tak buat lagi. Ita tak mau jadi budak umo 5 tahun, dan dengar cerita penggembala kambing lagi. Ita nak jadi budak besar. " Ita tersenyum sambil mengalirkan air mata.

Air mata mula membasahi pipi si Ayah. Lantas dikesatnya lalu menyapu kepala anaknya yang mencium tangan tuanya.
Alhamdulillah, moga kamu benar-benar berubah..


Friday, March 4, 2011

Semakin Hari Semakin Sayang

Salam sejahtera,



Sesuai untuk dodoikan baby time ibunya tak larat nyanyi.. huks. Syahdu jer.
Insya Allah my hubby ondaway balik. :)))))
Moga semua selamat dalam perjalanan Amin3x...

Nak layan lagu ni pulak. Ngee...


Thursday, March 3, 2011

Antara Matamu Dan Mataku

Salam sejahtera, selamat malam,

Layan syahdu skejap.... miss my partner... huhu.
Moga dia dalam perlindungan Allah selalu.
Dah 4 hari dia gi 'camping' ngan rombongan ofis. Bila nak balik ni bang? huhu..

Risau juga kalu aktiviti camp tu teruk sangat, walaupun dah macam2 ubat bawak.

harap dia makan berselera,
harap tidurnya lena,
harap mandinya basah.

Nota: Nak gi baca surah yasin.. take care..





Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────