Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, April 27, 2011

gambar ni.....

Gambar masakan terbaru yg terakhir utk ditayang. Tersimpan dlm thumbdrive. Alhamdulillah.

Seperti yg diketahui, kamera kami sudah tiada. Utk kumpul balik mmbeli kamera sprt itu, perlukan masa. Kamera itu pun asalnya minat mr hubby suka sangat nak setting kamera ala dslr. Tapi akhirnya saya yg gunakan, kerana minatnya dah ke saham pula. Takde outdoor dah. kalu bole seharian nak duduk depan komputer, tengok graf saham. :)) Barang yg hilang perlu diganti perlahan-lahan. nasib baiklah cuma sedikit. kalu satu rumah... huhuhu. syukur 'si dia' masuk masa kami kuar jalan-jalan sekitar KL je. Moga Allah beri hidayah padanya supaya bertaubat. Tak tertangkap lagi tu.

Terkenang betul kamera tu. Ms mula beli, mr hubby tak putus amik gambar candid saya. Gambar dia sendiri pun banyak. Dialah yg ajar camana nak guna digital camera dslr amatur tu. Kamera pertama kami.

Laptop pun sama, laptop pertama kami. Macam2 ada dalam tu. Seme rujukan saya, hasil kumpulan saya, hilang macam tu je. Hanya bbrp note dan file buat backup kat thumbdrive. Macm tu juga mr hubby. Putih mata je la jawabnya. Cuma kalu gambar2, ada backup. Yang lain jer. Mintak2 Allah lindung semua. Yang lucunya, wayar laptop (bukan bateri) orang tu tertinggal pula. Dikebasnya laptop sahaja. Agaknya itu jer yg ada nilai. Risau safety yang ada kat komputer tu. Maklumlah, cookies pun tak delete. Ada password yg terus bole Log In. Sehari lepas tu, saya masih dapat masuk e-mail, web, tanpa masalah. Saya tukar semua password. Syukur.. syukur... maknanya 'si dia' hanya nak komputer utk dikebas dan dijual. Bukan orang IT la.

Malam tadi masak apa ek? Yang ada, udang, dan ayam. Dah tak lalu nak makan apa. Jadi saya goreng ayam berempah mudah dan buat tomyam udang. Berselera mr hubby hirup tomyam tu. Huhu... kesian dia. Saya diam saja. Yang tak perlu ganti, tak payahla. Yg mana dia nak ganti, saya ikutkan saja. Hurm, Resipi ayam berempah mudah  tu, saya ganti jer rempahnya dgn serbuk. Nampak sangat takde hatinya,kan? :D tapi cukuplah buat isi perut dan Tomyam  pula gantiikan sahaja ayam tu dgn udang. Gandingan ni memang menambat selera yg kurang berselera. :D.

Di bawah ni, gambar terbaru, tapi tak ditayangkan. Ini last gambar saya. Belum tentu ada gambar masakan lain di masa depan. Yalah, saya suka gambar fokus macam ni. Yg jelas, cuma dslr je.



Ini mungkin menu malam ni kot. Ada mee dalam esbok. Udang, sedikit ayam dan siew pak choy. Ok dah tu. Sejuk2 ni.... ngancam makan Mee Hailam.  Resipi ada KAT SINI






Er... dah lupa apa ni. Tuhu ke, telur. Goreng ngan sambal je. Sodap juga. Sempoi...

Tuesday, April 26, 2011

Doa bila ditimpa musibah

"Wahai Ummu Salamah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu musibah, lalu mengucapkan innaa lillahi wa inna ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali), kemudian berdoa,
Allahuma'jurniii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa'
(Ya Allah, kuniakanlah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan kurniakanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan mengabulkan doanya."

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا

Kata-kata Abu Salamah kepada isterinya, Ummu Salamah sebelum meninggal dunia. Ummu Salamah kemudiannya diangkat menjadi Ibu kaum Muslimin, iaitu isteri Rasulullah SAW. - dari buku Isteri dan Puteri Rasulullah, Telaga Biru.

Salam sejahtera buat semua teman-teman. Ayat ini menjadi penenang kepada hati wanita saya. Kami baru alami kecurian di rumah kami. Sebelum keluar rumah, saya dah check semua pintu tingkap berkunci.  My hubby pun pastikan. Bahagian yg dimasuki tu mmg bermangga. Dan tak pernah dibuka kecuali sekali dlm bulan lalu, itupun mr hubby dah pastikan ia berkunci rapat. Saya pun selalu check waktu malam, kalau ada bunyi dari arah situ. kadang2 kucing masuk. Kata orang, kuncinya dipotong dgn cermat tanpa bunyi kuat pun.  Dan kami sedang menempah grill baru sekarang. Syukur boleh tolak duit sewa rumah. Yalah, kawasan yang ada security guard. Sekarang tgah cari suspek kot orang dalam aptmnt. Yang hilang, sedikit duit, laptop dan kamera kesayangan kami. Rumah tidak digeledah. Manakan kucari ganti, macam2 benda ada dalam laptop tu. Juga kamera tulah yang jadi teman saya bertahun ini mengambil gambar masakan.

Ujian. Ibu bapa saya juga mengalami masalah keluarga yang berat. Dan saya dan adik-adik harus menghadapinya dgn tabah. Ada fitnah melanda. Dan usaha seseorang nak pecah belahkan keluarga saya di kampung. Pelbagai tuduhan ke atas ibu saya. Syukur suami ingin mengambil tahu dan mahu menemani saya balik ke kampung dalam 3 bulan ini. Katanya ibubapa saya ialah ibubapanya juga. Dan bagi saya, ibubapanya ialah ibubapa saya juga. Syukurlah. Hanya Allah dapat membalasnya. Syukurlah, masalah itu pun dah berakhir  dgn baik.

Memang wanita yang berniaga, tidak lepas dari umpat keji, dengki, godaan dan fitnah orang. Apatah lagi kita hanya tahu berniaga untuk menampung hidup dan berjumpa customer setiap hari. Seperti itulah keadaan ibu saya, yang berniaga kedai makan di kampung. Dan moga Allah selalu melindungi saya dalam perjalanan saya menjadi wanita yang berjaya dalam bisnes.

innaa lillahi wa inna ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali),
Allahuma'jurniii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa'  |(Ya Allah, kuniakanlah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan kurniakanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya).

Dan berilah kami berkah dan kasihMu atas keredhaan ibubapa terhadap kami berdua. Amin......Amin.. Amin...



Thursday, April 21, 2011

Menu rebus dan kukus stim

Salam sejahtera,

Selamat bertemu. Baru hari ini terasa nak gagahkan diri. Terdahulu, jutaan terima kasih atas sokongan teman-teman sehingga blog mysweetlife ini ada nilainya. Ada lihat harga di sebelah tu? hehe... tak tau nak caye ke tidak. Tetapi dari RM1,000, nilainya dah up ke 15,000. Kira blog saya ni ada pengunjunglah, kan? Alhamdulillah. walaupun saya ni, tenggelam timbul. Terima kasih sayang juga buat mereka yang follow dan buat link. Semoga jadi wadah pertemuan dan tempat perkongsian resipi dan menu buat semua teman dan pelawat. Kalau saya tiada, klik-kliklah dapur teman2 lain. Mereka amat rajin berbanding saya. ;)



Teringat masa kat kampung. Selalu masak macam ni kalau ada sotong. Maklum adik2 ramai. Banyakkan kuah. Jadi, bila lauk berkuah memang menghirup je kerjanya. :)
Masa beli sotong kecil kat gerai pasar pagi, penjual tu orang kelate. Pun suruh saya rebus. Resipi ni bergantung dengan bau serai dan sotong kecil amat sesuai. Dakwat hitamnya saya tak buang pun, dan tak mengganggu kuah. Semua bahan dihiris je. Kalau sotong tu ada telur, memang terasa. Bagi saya, dah sedap! Mr hubby pun suka.


SOTONG KECIL REBUS SERAI

BAHAN-BAHAN:

Segenggam Sotong kecil (secukupnya) - asingkan kepala dan badan, buang tulang satu tu. Dakwatnya tak perlu buang.
4-5 Cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
2-3 batang Serai -diketuk
beberapa hiris halia
Air dalam setengah periuk kecil
Garam secukup rasa

CARA:

1. Tumiskan bawang sekejap.
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan bawang, serai, halia, sotong. Biar mendidih.
3. Masukkan garam dan cili padi.
4. Tutup api. Boleh dihidangkan.



:) Memang sangat simple. Tetapi masak cenggini, dgn cili padi. My hubby dah berselera makan nasi.

SUP AYAM KOSONG

BAHAN-BAHAN:

Isi ayam dipotong kiub(dari sekeping dada ayam)
4-5 cili padi - diketuk
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Air separas dlm setengah periuk kecil.

CARA:
1. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air dan isi ayam. Biar didih.
3. Masukkan cili padi dan garam
4. Bila ayam lembut. Boleh tutup api dan hidangkan.



Ini pula menu nak habiskan ikan kembung yang dah dekat expired. Saya buat Fishball kak JC, digabungkan dgn sup ikan campur fishball paket. Haru biru nampak kuahnya, kan? Tetapi....  dengan bau Sup bunjut Ikan Adabi. Rasa umph!

SUP IKAN ADABI

BAHAN-BAHAN:
2 ulas Bawang putih dicincang
sehiris dua halia
Sup bunjut Ikan Adabi
2 ekor Ikan kembung kecil
Fishball homemade kak JC (Dari isi ikan kembung. Saya rebus fishball shg ia timbul, angkat, tapis)
1 paket Fishball jenama AAA
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA:
1. Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan air, sup bunjut ikan adabi, ikan kembung, dan semua bahan lain.
3. Masak sehingga sebati dan ikan masak.
4. Angkat dan boleh dihidangkan.


IKAN STIM macam ni sudah ada dalam MENU kat atas. Guna ikan kerapu. Serai ketuk. Tak masuk sayur sbb masak sayur asing. Ops! Lupa nak cite. Saya tak letak dalam kukusan. Just guna kuali, letak ikan,sedikit air dan semua bahan. Tutup kuali. Pasang api besar. Biar masak. Idea dari seorang teman masak. Lupa kat mana. Maceh ya.. :)

Friday, April 8, 2011

Kepak ayam lada hitam bermadu, Tomyam ayam mudah


Salam sejahtera,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Saya sempatkan diri. Kat sini hujan lebat. Kejap lagi nak keluar pula. Mr hubby ajak beli hadiah kenduri kahwin yang berlangsung esok. 2 kenduri tu, dua dua tak boleh miss. Sorang sepupu hubby, sorang lagi kawan baik yang kalu ada gathering pasti jumpa dia. Satu kat shah alam, satu kat KL. Alamatnya, tak dapatlah kami membantu mak sedara my hubby sewaktu majlis.

Menu kat bawah ni sedap betul kalau dimakan dgn nasi dari beras wangi. Dengan ayam bakar yang harum dan tomyam yang semerbak. hehe...
Kepak ayam bermadu ini sama seperti resipi sebelum ini, dari Mamasya. Saya ulang di sini. Selamat berhujung minggu ya...



KEPAK AYAM BAKAR LADA HITAM BERMADU
Sukatan Diubahsuai dari Grilled black pepper honey Chicken Mamasya.blogspot

3 ketul kepak ayam
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 inci Halia - ditumbuk
1 sdm Lada hitam - ditumbuk halus (memang kaw pedas punya!)
1 sdm Madu
1 sdm Sos tiram

CARA:
1. Suhu oven 190c, api atas bawah.
2. Salut ayam dengan semua bahan. Saya perap kepak ayam dalam 10-15 minit sambil tunggu oven panas.
3. Kemudian bakar di rak yang paling atas. Jadi ia senang hangus. :)
4. 30 minit pertama, saya sapu sedikit kuah perapan atas ayam.
5. Kemudian saya balikkan kepak tersebut.
6. Walaupun bau hangus, pastikan ayam kemerahan dan juicy, baru boleh dihidangkan.hehe..


RESIPI ASAL
Grilled black pepper honey Chicken
Sumber: Mamasya.blogspot

Bahan
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam selama 1 jam dlm oven 200'C.(bergantung kpd oven masing2)
4.Balek2 ayam jika perlu...mahu garing sikit bah bawah.




TOMYAM AYAM MUDAH
Servings : 2-3 org

Tomyam isi ayam dan kobis ini mudah je. Asalnya saya buat cincai, sebab fokus nak masak cepat, bahan cincai je. Tetapi mr hubby suka. :)

1/2 biji Bawang besar -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris bulat
2 sdm Pes Tomyam Adabi
Isi Ayam - 1 keping dada ayam dipotong ketul
(Nak campur udang, sotong pun ok)
2 tangkai Serai -diketuk
5 tangkai Cili padi diketuk
Air untuk kuah secukupnya (agak dalam 1/2 periuk kecil)
garam secukup rasa.
segenggam Sayur kobis dah siap potong

CARA:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia, sehingga naik bau.
2. Masukkan Pes tomyam.
3. Masukkan sedikit air, isi ayam dan serai. Kacau sebati.
4. Baru masukkan air selebihnya.
5. Masukkan kobis, cili padi, garam secukup rasa. Biar sebati dan kobis separuh layu.
6. Angkat dan hidangkan.

Thursday, April 7, 2011

Nasi Goreng bercendawan

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, my PIL (mertua) selamat sampai ke malaysia, dalam keadaan sihat. Bila my MIL dan FIL memanggil untuk melihat apa yg mereka bawa ke malaysia, kami berkerumun bagaikan anak2 kecil. hehehe. Dapatlah ole2 seperi "kacang cerdik", halwa, pelbagai kurma dan buah kering, sejadah dan baju untuk kami berdua, juga air zamzam. walaupun di malaysia pun ada jual, tetapi takkan sama dgn ole-ole orang yg baru balik dari Mekah, kan? Ada seronoknya di situ. Terima kasih buat mertua saya. :))

Dengan tayangan entry 'a step to be an organized wife' kemarin, saya tidak malu mengatakan itulah hasil carian saya kerana rasa 'Down' dengan diri sendiri. Apabila semua jadi tak teratur, suami pun menegur, saya berusaha muhasabah diri. Ya, siapa kata seorang isteri semulajadinya pandai? Dan hanya perlu pandai masak, jaga anak, dan mencari duit sahaja? Ada banyak lagi isteri kena fikirkan.

Sebenarnya untuk jadi 'organized', tak perlu duit yang banyak atau kabinet yang mewah. Sebab kabinet mewah, lagilah sayang kalau kita tidak pandai menjaganya. Jadi, saya hanya sesuaikan organizer itu dgn rumah kecil kami, yang dapurnya berkongsi ruang dengan 'living room' dan 'office space'. 3 dalam satu. Tak tau nak mula dari mana. Kerana itu, 'Planner' tersebut amat membantu. Cleaning Checklist.

Dari segi barang dapur, saya mmg menyimpan resit belian semua, tetapi sekadar tengok camtu jer. Rupanya kat negara barat, sudah ada sistem 'Price Book' untuk kita bandingkan harga barang dari kedai dan pasaraya yg kita kerap pergi. Musim sale, diskaun dan sebagainya. 'Grocery List software' tu pun ok. Saya baru saja menggunakannya. Travel trip checklist, dan pelbagai checklist sampaikan saya pun tak rambang nak pilih yang mana. hehehe... Alhamdulillah. Thanks berjuta lemon buat 'owner' asal yang mencipta 'planner tu'. Saya hanya perlu memilih saja dan sesuaikan saja. Sekurang2 saya kena rajin mencatat sekarang, bukan lagi menaip. ;)




NASI GORENG BERCENDAWAN

Nasi putih sejuk.
Balance sayur cendawan dan brokoli.
1-2 ulas bawang putih ditumbuk (utk menambah bau nasi goreng)
2-3 sdm Cili kisar puteri (sukatan ikut suka)
Secubit kiub ikan bilis (jika suka)

CARA:

1. Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis kecil. Ketepikan.
2. Minyak yang ada, tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar puteri. biar sekejap.
3. Masukkan nasi, gaul sebati.
4. Baru masukkan balance sayur, dan sedikit garam, secubit kiub ikan bilis. kacau sebati.
5. Angkat dan boleh dihidangkan bersama ikan bilis goreng tadi.




Wednesday, April 6, 2011

A step to be an organized wife and mom

Salam sejahtera,

Setiap isteri dan ibu perlukan bantuan. Benda yang senang, kalau tak manage (atur) jadual dengan betul, boleh buat kita berasa tidak sempurna sebagai seorang isteri dan ibu. Bukan senang nak ikut jadual, bukan senang juga nak jadi sempurna. Tapi seorang isteri harus terus belajar untuk menjadi sempurna, demi keluarga tersayang.

Saya masih berusaha ke arah itu. Moga perkongsian memberi manfaat. :))

FREE PRINTABLE PLANNER : Untuk download, memerlukan software Adobe

1. Menu Planner

- Guna 'Menu planner' bersama 'grocery list' dan 'price book'.
- Menu Planner + Grocery List
- familyfun Meal planner:
http://familyfun.go.com/printables/printable-checklists-calendars/printable-charts-calendars/meal-planner-703254/
- thehomeschoolmom planner:
http://www.thehomeschoolmom.com/gettingorganized/planner.php#menu
- Flylady menu planner:
http://www.thehomeschoolmom.com/gettingorganized/flplanner.php
- Organizedhome planner :
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/weekly-menu-planner-shopping-list


2. Grocery List

- Shopping List Software. Free software. Kita boleh download ke komputer, manage dan add senarai barang kita sebelum ke pasaraya. Print yang dipilih sahaja dari senarai, atau tulis atas sticky note:
http://www.menus4moms.com/kitchen/weeklymenu/grocery_list_software.php
- Ini juga menarik, grocery list online dan boleh print:
http://www.workingmom.com/grocery_list/


3. Price Book

- How to keep price book:
http://blog.wantingwhatyouhave.com/2008/02/how-to-keep-price-book.html
- Organized home Price book template:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/price-book
- About.com Price book template:
http://frugalliving.about.com/od/foodsavings/a/Price_Book.htm


4. Pantry Inventory for a month

- Sesuai juga disimpan dalam Shopping List Software di atas.
- Martha stewart How to stock:
http://www.marthastewart.com/photogallery/how-to-stock-home-essentials
- Boleh juga buat senarai berpandukan senarai mereka ini:
http://blog.wantingwhatyouhave.com/2008/02/frugal-pantry.html
http://frugalliving.about.com/od/foodsavings/a/Stockpile_List.htm
-Planner :
http://printables.yourway.net/home-management-notebook/pantry-inventory-for-once-a-month-cooking/
- Freezer Inventory :
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/freezer-inventory
- Pantry Inventory:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/pantry-inventory


5. Cleaning Checklist

Bathroom Cleaning :
http://printables.yourway.net/bathroom-cleaning-checklist/
Bedroom Cleaning :
http://printables.yourway.net/bedroom-cleaning-checklist/
Kitchen Cleaning :
http://printables.yourway.net/kitchen-cleaning-checklist/
Living Room :
http://printables.yourway.net/living-room-cleaning-checklist/
Storage :
http://printables.yourway.net/storage-cleaning-checklist/
Marthastewart Weekly :
http://www.marthastewart.com/photogallery/cleaning-checklists


6.Childcare

Baby's schedule:
http://www.mommytracked.com/downloads?page=2
Baby's info:
http://www.mommytracked.com/downloads?page=3
Grandparent raising grandchildren:
http://www.lsuagcenter.com/en/family_home/family/after_50/Grandparents-Raising-Grandchildren-Series.htm


7. Children's chores:

- Age: http://www.workingmom.com/age-guidelines.htm
- Free printable child chore charts young - teens:
http://www.homeschool-curriculum-for-life.com/free-printable-child-chore-charts.html
- Kid to do list maker online. Boleh print:
http://www.workingmom.com/todolist/index.php


8. Weekly Planner + To do list

- Carpool To Do's (Organize your day):
http://www.mommytracked.com/downloads?page=2
- Weekly Family calendar:
http://www.mommytracked.com/downloads?page=1
- The balance sheet planner:
http://www.mommytracked.com/downloads?page=2
- Schedule week 1 - 4:
http://www.workingmom.com/todo/week1.html
- To do list planner:
http://www.thehomeschoolmom.com/gettingorganized/planner.php#todo
- Weekly planner:
http://www.thehomeschoolmom.com/gettingorganized/flplanner.php


9. Car Trip Checklist

- faretex Travel Checklist:
http://www.faretex.com/your-printable-travel-checklist/
- yourway Packing list:
http://printables.yourway.net/home-management-notebook/summer-packing-list/
- organized home before leaving home list:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/pre-travel-checklist
- organized home Travel packing list:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/travel-packing-list


10. Party/ occasion

- Birthday calendar:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/birthday-calendar
- mommy party planner:
http://www.mommytracked.com/downloads?page=1
http://www.momsbudget.com/printables/partyprintables.html
- yourway occasion planner :
http://printables.yourway.net/christmas-planner/
- MarthaStewart party planner:
http://www.marthastewart.com/photogallery/celebrations-and-entertaining-checklists
- Marthastewart holiday checklist:
http://www.marthastewart.com/photogallery/holidays-and-celebrations-checklists
- yourway Birthday party planner:
http://printables.yourway.net/birthday-party-planner/
- yourway Birthday calendar:
http://familyfun.go.com/printables/printable-checklists-calendars/printable-charts-calendars/birthday-calendar-planner-783800/
- Pastiche Family Party Planner:
http://parenting.leehansen.com/Printables/index.shtml#checklists (untuk majlis kecil)
- Organized home Birthday party planner:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/birthday-party-planner
- Organized home birthday party guest list:
http://organizedhome.com/printable/household-notebook/birthday-party-guest-list


Tuesday, April 5, 2011

Cendawan dan brokoli goreng

Salam sejahtera,

Awal saya pagi ni, hendak menjemput PIL kat KLIA. Harap semua sampai dengan selamat. Saya tak tido lena, bukan sbb itu, tapi sbb perut meragam. Alahai, perut ni sensitip sangat kebelakangan ni. Mr hubby ok jer.

Sakit kepala pun kerap baru2 ni. Asyik kena telan ponstan jer. Insya Allah, segala akan ada penyudahnya. Sedikit kerja, tetapi tidaklah terlalu penting.

Aduhai, tiada rencah tulisan saya ni. Minta maaf ya.



CENDAWAN DAN BROKOLI GORENG

4-5 tangkai Cili padi diketuk
Brokoli setengah jambak - dipotong, direbus dahulu separuh masak.
5-6 Cendawan kembang
2-3 ulas Bawang putih -dihiris
2 ulas Bawang merah -dihiris
sejemput Ikan bilis kecil
Sedikit Air untuk kuah.
secubit Kiub ikan bilis -jika suka

CARA: (guna periuk kecil)
1. Tumis bawang, ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan cendawan kembang, biar separuh layu.
5. Masukkan brokoli yang siap direbus, cili padi ketuk, dan garam secukup rasa. Kacau sebati sekejap. Tutup api dan tutup periuk.
6. Siap dihidangkan.



Tempe goreng pedas berudang


TEMPE GORENG PEDAS BERUDANG

1 keping tempe (yang dalam plastik)- dipotong serong ala kiub nipis, goreng seketika
2-3 sdm Cili kisar(ikut citarasa)
5-6 ekor Udang - telah dibuang kulit, dipotong dadu
1 ulas Bawang putih - ditumbuk
1/2 biji Bawang besar (saiz sederhana) -ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa.

CARA:
1. Tumis semua bawang yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Biar naik minyak. Kemudian tambah sedikit air. Kacau
3. Baru masukkan udang. Kacau sebati.
4. Masukkan tempe yang digoreng tadi.
5. Tambah garam dan gula.
5. Kacau semua bahan dengan api perlahan, biarkan agak kering.
7. Tutup api dan siap dihidangkan.


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────