Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, May 26, 2011

Asam pedas kelantan dan sambal godok Jawa Nza

Salam sejahtera, selamat pagi.

Alhamdulillah. Pagi ni segar je, kan? cuaca cantik jer. Malam tadi, sebab masak tu cuma tumis skit dan berkuah air. Jadi, around 20 minit dah masak. hehe. Mana taknya, asam pedas kelantan tu saya pasang api besar skit. Cuma fokus nak tumis tempe je.  "Eh.. cepatnya masak", kata mr hubby. Muka my hubby yang tadi serius je sebab kena tukar gas malam2, dah jadi berbunga balik. wuhaha.. Alhamdulillah.

Di bawah ni la, asam pedas style kelantan yang saya ambil dari rumah kak Nza. Sedap sungguh nampak gambarnya, saya pun teringin la.  Masa kat tesco, ambik sekor ikan patin. Murah pulak tu.  Cara resipi ni  pula lebih kurang masak tempoyak patin.  Mr hubby kata sedap... cuma dia tak nampak cili.  Garu kepala saya. Mmg problem kalu masak lauk yang cilinya dikisar ni. Lenkali kena tumbuk skit, bagi nampak kot. hehe...  tak larat dah malam tadi. Cili padi, saya oter skit, sebab mr hubby suka pedas.

Yang sambal tu, MIL ada buat kalu tak silap ada campur bilis. Sambal kak Nza ni, ada tempe dan ikan masin. Makan ngan nasi, best, jadi pencicah pun best. Sungguh sedap wo.. makan ngan ubi kayu rebus. Telan air liur seh. Mana ubi kayu nih? hehe...





ASAM PEDAS IKAN PATIN STYLE KELANTAN
Sumber: Kak NZA

Nota nurindah: asam pedas kelantan berbeza dari asam pedas lain. kalu rajin, bahannya boleh tumbuk lumat.

Resepi:
1 ekor ikan patin  (nurindah: saya guna kepala dan 3 keping isi. Ikan dilumur dan dibasuh dgn air limau kasturi)
asam keping (nurindah: saya guna 2 keping)
sedikit garam + serbuk perasa


Bahan A
3 hiris lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji cili padi    (nurindah: cili padi ni, ikut citarasa)
sedikit kunyit  (nurindah: guna kunyit hidup)
Nota nurindah: Bleh tambah daun kesum - kalu ada


Cara:
Kisar semua Bahan A.
Masukkan semua bahan dalam periuk + air + masukkan ikan.
Masak kesemuanya hingga mendidih.
Hidangkan.

*bagi yg suka tempoyak boleh masukkan 1 senduk kecil tempoyak ke dalam masakkan ini.



SAMBAL GODOK JAWA
Sumber: Kak NZA

Nota nurindah: cara sambal godok ini tanpa santan, dipanggil juga sambal ikan kering dan tempe.

Resepinya:
BAHAN A
cili padi-lagi sedap kalu ada cili padi warna hijau.
 (nurindah: saya guna 4 cili padi tambah 1/2 sdm cili kisar secukup rasa. Boleh juga menggunakan cili padi semata, campur merah dan hijau. Ikut citarasa)
1 biji bwg besar
1 inci halia
2 ulas bwg putih
sedikit belacan - (nurindah: tak bubuh)
sedikit gula + sedikit garam
(kalu ikan dh masin xperlu letak garam)

BAHAN B
Ikan kering dipotong kecik-goreng
 (nurindah: saya guna 2 ekor ikan gelama, potong 6, buang kepala dan ekor)
1 keping tempe dipotong kecil-digoreng
asam keping ( kak Nza: kalu ada belimbing buluh lg sedap)

Cara:
Tumis bahan A dalam sedikit minyak panas.
Kacau hingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Kacau sebati.
Siap untuk dimakan dgn ubi rebus.
Makan dengan nasi panas pun sedap....



Sayur bayam merah goreng

Wednesday, May 25, 2011

Sambal Goreng Jawa

Salam sejahtera,

Selamat malam... layu jer rasa ni. Gas habis.  Hubby pula kerja sampai malam. Nak tak nak kena tunggu dia balik. Sekarang mr hubby dah ondaway balik dah. Kesian dia, kena brkejar pergi kedai nak tukar tong Gas dan belikan lengkuas. Bini dia nak makan ikan patin. Tak mo gi pasar malam pulak tu. Ada pasar malam hari Rabu, actually.  Tapi, bahan-bahan dah siap dah.... tunggu api keluar je dr dapur tu. Insya Allah, sebelum pukul 11pm, saya siap masak. Doakan saja ya, kedai  gas tak tutup lagi. Perut tengah keriut-keriut nak makan nasi nih. Dah pesan mr hubby, belikan roti, buat persediaan... hehehe..

Ini menu kelmarin. First time, saya rasa keJawaan pula. eheh.. menu yang lain.. susah nak cari yg ada nama 'jawa' kan? . Hubby cakap, macam yang dalam nasi bungkus tu..  'nasi  ambeng'.  Sambal ni sepatutnya mewah dgn  rasa lemak, isi udang dan pedal. Tapi saya pula buat kering, skip santan. Saje nak merasa. Resipi ni, dah ramai try. kak Hana, Ros. Terima kasih buat kak waheedeana. Mohon halal resipi utk share kat sini.


Sambal goreng jawa. Mengikut resipi asal, diletak santan, tapi versi saya tak letak.. Saya punya version merah, kan? Pedas, terlebih cili kot. eheheh..


SAMBAL GORENG JAWA
Resipi: Kak waheedeana77

Olahan nurindah:  saya skip santan, pedal, fucuk, isi udang tu. Cili guna cili kisar, udang kering tumbuk je dan saya tambah kiub maggi sedikit.

Bahan2nya:-
2 keping tempe - dihiris n digoreng
2 keping tauhu - dihiris dadu n digoreng
2 biji kentang - dihiris n digoreng
tauhu kering n suun ( ikut suka nk bnyk mana ) - direndam n digunting  - 1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
5 tangkai lada kering, segenggam udang kering, 1 inci halia n lengkuas - di kisar 
(nurindah: saya guna cili kisar, udang kering saya tumbuk je)
2 biji lada merah n hijau - dihiris   -
1/2 cawan isi udang  - 
hati ayam n pedal - dihiris n digoreng -
1/2 cawan kicap pekat manis - yg nih ikut suka kalo nk gelapkan sambal, biasa sambal org jawa ireng2... ekeke
1/2 cawan santan pekat 
garam n gula secukup rasa n jika perlu


Cara2nya:-
1. Tumiskan bhn kisar sebentar n masukkan udang kacau.
2. Masukkan kicap, gaul rata n kemudian masukkan bahan yg telah digoreng terlebih dulu td bersama bwng besar, putih, tauhu kering n suun, kacau lg sehingga semua bhn2 bergaul rata.
3. Akhir sekali masukkan santan pekat, kacau sebentar hingga rata n akhir sekali perasakan dgn garam dan gula.




Bubur Pulut Hitam dengan Durian



Salam sejahtera,

Morning! :)) Alhamdulillah, bertemu lagi. Sejak menjak ni saya kurang mood. Tapi Alhamdulillah, selera makan masih ada. Haritu berjaya membodek mr hubby beli durian 3 paket 10 hinggit kat pasar malam. Dapat 4 paket sebab gerai dah nak tutup. Happy.. tapi rupanya 1 paket je yang sedap dimakan. Huhu.. 3 paket lagi keras, 'durian mengkal' kata orang. Camana diaorang jual nih.. kan dah isikan isi durian saja dalam paket tu? hukhuk.. nasib baikla satu paket tu boleh dimakan. Lepas kempunan saya. Nak beli sebiji, huby dah serik sebenarnya, sbb terkena rm25 sekilo. durian luar musim, tapi conform sedap menjilat jari! Ini terkena beli yang murah 'Isi dalam paket'. Lepas ni, dah sah-sah... hubby serik nak beli. Kena buat muka comel2, mata kuyu2 depan gerai durian bila time ada duit lebih nanti gamaknya.. ahaks..

Inilah kesudahannya. Saya tak guna santan, susu cair je. hehe.. Acila, sebab takde orang nak dikerah pergi kedai. Elok jer makan pun. Resipi ni, conform menjadi! Gulanya cukup-cukup jer. Bg yang suka manis macama saya, dah elok dah! Saya masak lama skit dgn api 'slow' sebab bagi durian mengkal saya tu lebur dalam kuah.

Terima kasih buat empunya resipi,kak liza, dan mohon halalkan share kat sini ya. * Saya memang suka gi fotopage beliau, macam2 boleh jumpa. :D *



BUBUR PULUT HITAM DURIAN
Resipi: Chef hanieliza FP

Bahan
1 cawan pulut hitam [rendam beberapa jam]
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan susu cair
daun pandan [simpulkan]
garam
durian

Cara
1. Rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air.
2. Masukkan 2 cawan santan, daun pandan gula dan garam.
3. Kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sampai mendideh. Tutup api.
5. Hidangkan dengan susu cair dan durian.




Tuesday, May 24, 2011

Pau



Salam sejahtera,

Cak..! Apa khabar semua? Saya Alhamdulillah, sihat saja dgn mr hubby. Malam tadi pun makan luar, selepas pergi pasar malam, beli sayur. Tercekik sekejap melihat hasil timbangan RM28.00. Tambahan saya selain biasa, cuma tempe 6 bungkus (tamak ni, sebab 6 bungkus 5 'hinggit') . Aiseh, harga kat pasar pagi pun lebih kurang sama juga. Tak reti la nak tengok harga kat pasar. Kita serah bulat-bulat je,kan? Itulah... kat pasaraya Borong NSK, ada sesetengah sayur kampung tu, takde. Malam tadi, sekali harung je, beli. Hujung minggu tak sempat nak ke pasaraya kat bandar nun.

Esok-esok nak pergi beli ayam pula. Berdoa jela harga ayam tak naik. Duit dapur ciput-ciput jer ni. Tertunggu-tunggu elaun dapur bulan depan. ngeeee...

Oklah, di bawah tayangan pau Kak Ton. Pernah dah buat haritu. Cuma kali ni, kurang gebu skit, sebab saya uli malas-malas. hehehe.... sebab tu, bila masak, ada kedut-kedut skit. Maknanya tempoh menguliku tak cukup.  Resipi ini memerlukan bread softener, tetapi saya tak bubuh sebab takde. Jadi kali ini, kegebuan dan soft agak kurang skit. Tapi, Alhamdulillah... selamat naik, selamat masuk perut dah. :D  Resipi KLIK SINI JE..


Rupa inti kacang merah segera, bagi adik-adik yang nak kenal.

Kita potong-potong kertas dulu. Guna A4 pun boleh..

Doh yang diperam 10 minit.
Doh siap diletak inti dalam proses peram 45 minit. Dalam malas-malas, naik juga kau doh! huhu..
* pau ni lagi senang dari roti,  * love *

Siap masak dah... jom ngap! ER.... nampak tak 20 hb tu? hehehe..... tayangan tertunda. jangan makan tau! ;)  Sedap dimakan panas-panas.. inti lebih lembut...



Sunday, May 22, 2011

Asam pedas ayam simple

Salam sejahtera,

Apa khabar semua di hari minggu? hehe.. saje buat tayangan lauk pula. Sebenarnya sesi mghabiskan bahan yg ada. Daun kesum tu dah kering sebenornya, tapi masih ngam lagi. Syukur...hehe.. Asam jawa pun takde, kita ganti asam keping.La.. sape kata tak bole? Masuk dalam masak bersambal pun saya pernah buat. hikhik. Tapi, bila dah asam keping tu kembang, kita buang la. Jangan bg hancur dalam tu. Setakat ambik rasa masam je. Itu alternatif saya. Dan asam pedas ayam pun sedap, tak kalah dgn ikan pari. Janji isi ayam sedikit lebur dalam kuah.



ASAM PEDAS AYAM SIMPLE

5-6 ketul kecil Ayam 
4-5 sdm Cili kisar
1/3 biji bawang besar -dikisar (saiz sederhana)
2 biji bawang merah -dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
4-5 batang Daun kesum
1 keping Asam keping
Garam
Gula - jika perlu
Air

CARA

1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
2. Tumis bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Biar hingga naik minyak.
4. Tambah air secukupnya.
5. Masukkan ayam, daun kesum, asam keping, garam  rasa. Kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup kuali dgn penutup periuk. Biarkan ayam masak. Guna api dapur perlahan sikit. Asam keping boleh diasingkan bila dah kembang betul.
7. Bila dah hampir masak dan ayam lembut, tambah air, gula dan garam jika perlu. Biar mendidih lagi dan sebati.
8. Angkat dan siap untuk dihidangkan.


Mencari kangkung goreng. hehe... Kita tumis pakai bawang tumbuk pula. Huwah! Tak kalah rasanya. sedap...!


KANGKUNG GORENG MAMAFAMI
Resipi: Mamafami
Olahan: Nurindah, tambah sosej.

Bahan-bahan :

2 ikat kangkung
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang cili hidup
2 sudu besar udang kering - direndam sebentar
garam secukupnya
serbuk perasa - jika mahu
minyak untuk menumis
Nurindah: Tambah sosej hiris yg siap direbus.

Kaedah penyediaan :


1. Potong sayur kangkung. Rendam sebentar di dalam air yang bercampur dengan garam. Toskan dan lalukan air untuk menghilangkan segala kotoran atau tanah yang terlekat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili hidup dan udang kering hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat. Tumis hingga wangi. Masukkan sedikit air , jika perlu dan perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Akhir sekali, masukkan kangkung dan kacau hingga rata. Tutup api.
5. Sebelum menghidang, taburkan sedikit bawang goreng di atasnya.

Wednesday, May 18, 2011

Karipap Inti Keledek



Salam sejahtera,

Ini karipap inti keledek. Dah berkurun lama tak buat karipap. Terliur bila jumpa keledek besar-besar kat pasaraya haritu. Tapi belum tau nak buat apa. Tak patut kan? hehe... Siap kopek dan simpan dalam petiais... seminggu. Punyala takut rosak. Isinya oren... fuh!! Akhirnya, 2 hari lepas, potong-potong keledek ni, untuk buat inti Karipap.  Buat waktu malam lak tu. Tetapi, memang mudah.

Kulitnya baru buat hari ni. Pastrinya rangup, intinya keledek. Saya mencari resipi yg siap dgn inti keledek, dapat resipi Ros Jintanmanis. Waduh... sedap! Kulitnya rangup, tapi tidak menjemukan. Dan 3 biji dah saya telan. hikhik...  Tetapi yang saya buat, tak secantik ros punya, maklumla lain airtangan.. hehe.. Terima kasih ya Ros. Mitak halal akak share kat sini...









Ok, tayangan gambar last hari ni.. ihiks..


KARIPAP INTI KELEDEK JM
Sumber: Ros, Jintanmanis.com

Doh Untuk Pastri Rapuh

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam) - Nurindah: saya guna isi ayam
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



 

Paratha roll 2


Paratha roll atau roti paratha segera gulung. Satu keping roti paratha segera yang dimasak kosong, dan ada pencicah, memang tak cukup utk makan seorang. Tetapi kalu dibuat macam ni, 2 keping dah cukup untuk makan 3 orang dewasa, 4-5 kanak-kanak. Kenyang. Jimat, kan?

Dimasak dgn majerin, kerangupannya lagi terserlah. Dari kelmarin, terbayang-bayang paratha roll ni bila lihat ada satu blog  yang saya BW buat paratha roll. Malam tadi pula, buat Spagetti Bolognese, sedap.... cuma kehabisan spagetti.  Ada balance sos bolognese dalam beberapa sudu makan.  Jadi, pagi ni, bermula operasi paratha gulung ni, campurkan dgn bahan yang ada. Tidak membazir..

Tapi satu jer, saya tak sempat nak buat kuah kari. Jadi, pencicahnya takde.  Tapi sebab dalam adunan telur tu ada daging kisar, dan ,paratha ni dimakan panas-panas, kehilangan kuah itu tidak terasa sangat. hehe...  



PARATHA ROLL 2
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot

2 keping roti paratha segera perasa Onion (jenama kawan)
2 biji telur 
3 sdm balance sos bolognese (ada daging dan sayur)

Cara:
1. Panaskan non stick pan api kecil.
2. Guna majerin utk masak roti paratha. Lebih rangup dan wangi.
3. Setelah semua roti masak, ketepikan.
4. Telur dikacau bersama sos bolognese tadi.
5. Panaskan non stick pan, tuang sedikit minyak.
6. Masukkan separuh adunan telur, biarkan mendadar.
7. Bila telur separuh masak di atasnya, letakkan roti paratha di atasnya.
8.Biar hingga telur benar-benar masak, baru angkat.
9. Gulung roti paratha tadi. Sesuai dimakan dengan kuah kari.
Step bergambar ada di sini




Tuesday, May 17, 2011

Bengkang Ubi kayu atau Bingka ubi kayu watierman



Salam sejahtera,
Moga teman-teman sihat-sihat semuanya. Bab masak, Alhamdulillah, berjaya juga buat bingka ubi kak watie. Rindu betul kat dia. Dah lama tak tengok bekal kak watie awal pagi. Saya pun dah lama tak spend masa awal pagi. Rindu pulak nak BW, 'blogwalking' awal pagi. hikhik....

Ubi kayu ini diberikan oleh Mertua masa balik haritu. Mula-mula telan air liur jugalah, sbb saya bukan rajin nak buat kuih. Tetapi anggap saja satu cabaran. Eh... senang je buat kuih ni rupanya. ihiks...

Saya gantikan santan dgn susu, kerana malas nak gi pasar beli santan. Mr hubby bukannya bersungguh-sungguh nak makan kuih, macam tekak saya ni. Jadi, tak payahla nak mintak en hubby susah payah beli santan bila balik kerja.  Bila dah sedia dalam pinggan, dia makan juga. Siap saya bekalkan ke office. Ok tak bang? hehehe....  Mitak halal dan copy resipi kat sini ya, kak watie. Cayang kak..!




Ubi yang siap diparut. Sebatang ubi jer ni. Hati-hati, jangan calar balar tangan tu. hehe...

Adunan ubi kayu parut yang siap untuk diletak dalam bekas pembakar

Siap dibakar... namanya jadi Bingka Ubi. :D





BENGKANG UBI KAYU/ BINGKA UBI KAYU
Sumber: kak watie, watierman

Bahan2 yang digunakan:

•1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
•1/2 cawan gula pasir
•1/2 sudu garam
•2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
•1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
•sedikit margarine atau butter
•beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

•Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air
•Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
•air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
•campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
•masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
•kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
•sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah
•Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
•dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
•Bakar selama 45 minit - 1 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
•Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....



Saturday, May 14, 2011

Donut


Operasi donut.

Susunan donut yang dibiar kembang selepas diterap. Gambar diedit. Masih tak reti pakai paint, dulu guna photoshop. Jadi, hantam jer la. Meja tu, dah diubahsuai jadi baking table. Nak menggumpal doh tepung, atas tu. Insya Allah. 


Donut ni, memang naik elok. Selain yis, ia ditambah sedikit baking powder. Saya menguli pakai tangan. Mencabar, sbb dah lama tak buat. Mula-mula tu penat, makin lama makin seronok pula. Tapi dohnya, tidak selicin doh daripada tepung berprotein tinggi, yg pernah saya buat di kelas bakeri. Memang lama nak menguli nak bagi dohnya elok.

Digoreng separuh masak , untuk dibekukan. Adeh,  Nampak kan, kulitnya agak garing? Ia cepat hangit bila dimasak betul2. Mungkin trlebih majerin atau kurang air. saya terlebih majerin rupanya. Saya menggunakan sukatan separuh. Hasil doh seperti ini,  lebih sesuai untuk buat Sosej Gulung yang dibalut dgn doh donut ni, pastu goreng, dan picitkan mayonis dan sos cili di atasnya. So... tempting, isi lembut tapi garing kat luar.  Tapi untuk donut, saya nak lagi lembut. Harus diperbaiki lagi.

Tetapi jangan putus asa.  Saya akan cuba lagi.

Trust me, pagi ini donut itu masih ok, lembut dimakan. Tak kejung macam sesetengah donut yg kita beli.


And... I use A camera.
Thanks a lot to all friends atas doa. :))



 

Kari ikan talang masin, ketulan ayam dan sotong masak sos tiram

Salam sejahtera,

:) Aish.. post kelmarin yg hilang tu. Yg ni ada save draft. Sabo je. Penat menulis awal 3 am semalam, tinggal gambar je. Resipinya saya tulis balik nanti. (geleng2 angguk2 ;)
Kat bahagian comment pun ada yg hilang. Kena reply lagi..

Tapi, bersyukur sbb HANYA itu yg hilang. Thanks blogger. Dalam 2 hari, dah settle masalah blogger seluruh dunia. Kira terer la tu, kan? caiyok!





Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────