Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, June 30, 2011

Apam tepung beras

Salam sejahtera,

Selamat petang... hehe. dah banyak saya mengomel. hari ni biar hasil tangan berbicara pula. aduhai, bab apam ni lomah betul... asyik malu nak senyum. dari apam mekar 2 3 kali round, sampai la apam beras ni pula, asyik tak mo merekah jer. hehe... Takpelah. i trust you, satu hari pasti senyum juga kat guwe.. ;D



Dari blog chef hanieliza ni. Katanya dapat dr forum cari dan sudah diubahsuai. Kalu tak silap asalnya apam salju tukaz, sbb ada tengok kat fotopages.


Apam Beras ni guna nasi sejuk, pakai yis sebagai bahan penaik. Senang jer nak bancuh. Lepas tu tunggu 3-4 jam. Lagi lama, lagi naik la dia.


Hasilnya. Saya punya sticky dan berat sikit, tapi lembut juga.... Menggoda ni, kalu ada kelapa parut. :))


APAM BERAS

Resipi: Chef hanieliza.blogspot.com
Terima kasih banyak2 kak liza, mohon halalkan resipi dan share kat sini kak..

Bahan A
1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan

Bahan B
1 mug nasi
1 1/2 mug air

pewarna
merah.. hijau..kuning

Bahan C
kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 - 12 minit.
9. Bila telah amsak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa.


nota hati takde penghujung dan makan sahaja...

Salam sejahtera,

27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".

Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..

My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.

Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...


Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya.  Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya....  iaitu  LILLAH..  kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.

Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..



Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.


Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))


Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun  cekur, jadilah masak lemak Cekur.  Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit. 


Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D


Monday, June 27, 2011

adab berkenduri

Salam sejahtera,

Semalam Alhamdulillah, saya dijemput ke kenduri tahlil. paginya saya sibukkan diri mmbantu dan meringankan beban tuan rumah. Petang pula, yasin dan tahlil oleh kaum perempuan. Kat sini, panjang sikit, sebab ada bacaan marhaban ke berzanji, macm tulah. Itu kehendak tuan rumah. Saya tak kenal sangat bacaannya kecuali masa " sallallah ala muhammad.." :D

Petang, saya ajak suami makan di sana. mana la sempat saya masak sbb sambil buat keja, berleret-leret pula sembang. huhu. Ya Allah, saya harap saya tak trlebih-lebih kelmarin, juga terjaga akhlak dan cerita saya. Macam2 kami sembangkan buat penambah rasa perbualan...

Bila balik rumah skejap, nampak rupa suami dah kelat skit. Aduhai intan payung... Terus saya ajak dia gi makan. Terketar2 badan saya rasanya sbb rasa bersalah. Dia sebenarnya tak sihat sikit. Selsema. Saya pula tinggal-tinggalkan dia. hehehe...
 
Di kampung saya, dan  kampung hubby......  Lelaki lebih diberi keutamaan dalam bab mmbaca tahlil, dan  yasin.   Dan mereka yg jadi ketua.  Tak seperti di sini, kaum perempuan yang dijemput baca tahlil dan yasin.  Kaum lelaki datang makan. Agaknya sebab itulah my hubby segan bila diajak makan. kalu saya nak mmbungkus, rasa segan pula... hehe... 

Percaya atau tidak. sejak kecil, saya jarang diajak Mama saya ke kenduri. Dan saya tak tau macam mana nak sesuaikn diri masa kenduri. Mama cuma pergi dgn Abah, kadang2  Abah seorang. Dan pertama kali saya brtemu bakal mertua, juga di majlis kendurilah. Kaget betul saya. saya tak pandai mmbawa diri sampai rasa sakit perut . hahaha...  Mujurlah makcik suami (kakak ipar mertua)  membuat saya rasa lebih selesa. Dia orangnya humble, dan saya rasa selesa dengannya. Syukur...  ;D

Jadi, saya mencari-cari sedikit rujukan, utk dijadikan panduan saya semasa mghadiri kenduri atau membuat kenduri. Maklumlah mnjelang ramadhan nanti, ada juga yg suka mmberi mmbuat tahlil dan masa bulan puasa pula, jamuan berbuka. Jadi apa salahnya kita prepare dari segi kerohaniannya... Yalah, majlis kenduri... bukan setakat makan. Apatah lagi jika ianya tahlil, yasin, atau marhaban. Semuanya mengharap keberkatan dari Ilahi... yang hadir, mahupun yang menjamu.



ADAB JEMPUTAN KENDURI:

Sumber asal: Khutbah jumaat kement. agama islam brunei
Rujukan: ummusya.blogspot
Sumber diolah kembali oleh: mysweetlife-nurindah


Dalam usaha mengeratkan lagi ikatan persaudaraan itu, agama Islam telah menunjukkan jalan atau amalan yang perlu dilakukan bagi mencapai hasrat tersebut, antaranya menjemput saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga ke majlis kenduri yang diadakan. Amalan inilah yang menjadi tradisi di negara kita iaitu menjemput atau mengundang saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga untuk menghadiri majlis yang diadakan samada secara formal ataupun tidak seperti majlis perkahwinan, majlis rumah terbuka sempena hari raya, majlis membaca doa selamat, bertahlil dan doa arwah, majlis akikah dan sebagainya.


Adab menerima jemputan :

Maka bagi orang yang menerima jemputan atau undangan, perlulah mengetahui bahawa agama Islam ada memberi panduan dan adab-adab yang perlu diikuti oleh mereka, antara adab-adab itu ialah:

Pertama: Tidak membezakan undangan, baik undangan itu datangnya dari orang kaya ataupun orang miskin, kerana perbuatan itu dilarang dalam Islam.

Kedua: Tidak menolak sesuatu undangan kerana alasan jauh.

Ketiga: Tidak menolak sesuatu undangan hanya kerana ia berpuasa, tetapi adalah lebih baik ia menghadirinya jika ia hanya berpuasa sunat. Ia dibolehkan berbuka dan tetap mendapat pahala jika niatnya berbuka itu untuk menyenangkan hati dan mengembirakan tuan rumah, tetapi jika ia berpuasa wajib seperti qadak, maka tidaklah ia boleh berbuka.

Keempat: Menolak undangan jika diketahui makanan yang dihidangkan itu dari barang syubahat dan haram, ataupun dalam majlis hiburan yang diharamkan oleh syarak.

Kelima: Janganlah menerima undangan itu dengan niat untuk memuaskan kehendak perut, bahkan hendaklah ia datang ke majlis itu dengan niat dan tujuan yang baik seperti memuliakan tuan rumah, menjaga hati serta perasaan saudaranya dan sebagainya.


Adab menjadi Tetamu :

Pertama: Mendahulukan orang tua atau orang yang lebih utama daripada kita.

Kedua: Jika mengambil makanan secara mengikut giliran, dan apabila sudah sampai giliran kita untuk mengambilnya, maka ketika itu janganlah kita melambat-lambatkan sehingga orang lain lama menunggu.

Ketiga: Jangan bercakap atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menjijikkan orang lain.

Keempat: Janganlah mengambil makanan secara berlebihan, biarlah berampit-ampitan, dan janganlah makan terlalu banyak jika tidak mendapat keredhaan tetamu yang makan bersama-sama dalam satu hidangan.

Kelima: Janganlah memperbesarkan suapan dan makan dengan cepat supaya dengan berbuat demikian dia boleh memperolehi makanan yang banyak dan sehingga dengan caranya itu dia menghalang hadirin yang lainnya daripada memperolehi atau menikmati makanan tersebut. Lebih-lebih lagi jika makanan itu sedikit.

Keenam: Wajib bersikap adil terhadap tetamu lain umpamanya jangan makan dua biji tamar atau dua biji anggur sekaligus, melainkan tetamu yang bersama mengizinkannya. Perkara ini disebutkan oleh Abdullah bin Umar Radiallahu Anhuma:

"Jangan kamu makan secara Qiran (dua biji kurma sekali suap ke mulut) kerana Nabi Sallahu Alaihi Wassalam melarang Qiran. Kemudia dia (Abdullah) berkata: Kecuali seseorang itu telah mendapat izin daripada saudaranya (yang makan bersama)" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Ketujuh : Bagi orang yang hadir menerima undangan adalah dilarang memilih tempat duduk seperti duduk ditempat yang ditetapkan oleh tuan rumah untuk orang yang tertentu, tetapi hendaklah merendah diri dan duduk di tempat yang disediakan dengan memberi salam serta bertanya khabar pada orang-orang yang duduk berhampiran dengannya, kerana dengan itu kemesraan boleh terjalin.

Kelapan:  Jangan duduk terlalu lama sedangkan majlis telah selesai, dan jangan pula bersegera hendak pulang sehingga tuan rumah tergesa-gesa untuk menghidangkan jamuan.

Kesembilan : Sebagaimana kebiasaan orang kita terutama di majlis perkahwinan, bertahlil dan membaca doa arwah, apabila selesai sahaja majlis, jika hidangan berlebihan tuan rumah akan mengizinkan dan menyuruh tetamu mereka membawa balik lebihan itu. Amalan tersebut adalah amalan yang sangat mulia dan baik, di mana tuan rumah akan mendapat pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala di atas sedekah tersebut apatah lagi perbuatan itu boleh mengalakkan daripada berlakunya pembaziran, tetapi apa yang perlu diingat wahai kaum muslimin ialah memastikan makanan itu benar-benar lebih dan semua orang telah makan dan tuan rumah telah memberi izin kepada kita untuk membawa balik makanan yang lebih itu.



Adab  Menjemput :

Bagi orang-orang yang hendak menjemput dan menerima jemputan, maka perlulah mengetahui bahawa agama Islam ada memberikan panduan dan adab-adab yang perlu diikuti oleh mereka, antara adab-adab itu ialah orang yang mengundang itu hendaklah tidak membezakan kedudukan mereka yang diundang samada golongan kaya atau golongan miskin. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam ada menyatakan dalam sabda baginda maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anha ia berkata: Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang dijemput orang-orang kaya sahaja dan ditinggalkan orang-orang miskin" (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Sementara itu, niat menjemput pula hendaklah semata-mata untuk merapatkan hubungan silaturrahim, bukan untuk lain-lainnya seperti hendak berbangga-bangga dan bermegah-megah, dan hendaklah jangan mengundang orang yang memang sukar untuk menerima undangan, begitu juga orang yang diketahui kehadirannya akan merosakkan dan menghuru-harakan majlis yang diadakan.


Adab Tuan Rumah :

1. Dalam kita menghormati tetamu, setentunya kita tidak akan lupa memberikannya hidangan atau jamuan walaupun secara ala kadar sahaja. Itulah peribahasa yang kita lakukan sebagai penghormatan. Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Dari Abi Hurairah Radiallahu Anha, Nabi Sallahu Alaihi Wasalam bersabda: Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

2. Menyegerakan untuk menikmati hidangan jika jemputan telah ramai dan tetamu yang belum hadir hanya sedikit sedangkan waktu yang telah ditetapkan telah berlalu.

3. Makanan yang dihidangkan pula hendaklah sekadar mencukupi, jangan sampai membazir, kerana perbuatan sedemikian boleh dikategorikan sebagai ria', dan jangan pula sampai tidak mencukup kerana ia merupakan perbuatan kurang sopan, hidangan yang dihidang janganlah diangkat atau dikemas melainkan setelah semua jemputan selesai makan.



Sesungguhnya adab-adab yang diajarkan oleh Islam mempunyai kelebihan dan kebaikan jika kita hayati dan amalkan. Oleh itu marilah kita sama-sama ingat mengingati, nasihat menasihati, dan mematuhi adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam. Mudah-mudahan cara baik yang kita praktikkan dan amalkan itu menjadi majlis yang diadakan diberkati Allah Subahanahu Wata'ala dan hubungan silaturrahim akan menjadi erat dan harmoni. Amin Ya Rabbal Alamin.

Surah Al-Baqarah ayat 172 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik yang halal telah kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadah kepada-Nya".
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=425
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=459




Saturday, June 25, 2011

kasihnya...


Hari ini berasa tidak puas lagi bercerita. Maafla, kalu sudi mmbaca, silakan saja. Saya malas nak hop hop lagi. Harus masak kerana hubby kerja separuh hari hari ni.

Ada orang suka melalui jalan yg susah. Seperti bekerja di kedai cina dgn jadi rm350 sebulan dgn syif dan kerja yg brtimpa2 yang diberatkan oleh majikan.  Tiada istilah kasihan pd kaum melayu di situ. Siapa rajin  dan pandai mengambil hati, dia akan cepat naik gaji. Kalau majikan melayu buat sprt itu pada pekerja melayu, pasti... isu tidak kesian pada melayu  pasti dibangkitkan dan disebar seluruh tempat. Susah mnjadi pekerja, susah juga mnjadi boss.


Pernah jugalah adik saya bekerja di kedai sprt itu. saya melihat dgn tidak betah pada layanan bos, malumlah budak baru nak belajar kerja. RM350  gaji jurujual yang belum ditolak makan minum semasa kerja dan minyak motor ke tmpt kerja. Maka, balance yg tinggal cukup-cukup sahaja.

Padahal ada saja kerja lain yg makan minumnya tak payah, dan tak perlu berulang-alik sejauh itu? Kerana apa?  Asal lepas dari situasi menganggur. nampak macam payah, tetapi di situ hatinya berasa lega. Ada kerja dan jauh dr pandangan sinis orang.

Cuma saya tidak betah melihat itu.Saya kasihan padanya.

Bagaimana pula apabila kita dibawa ke jalan yg susah, dan terpaksa mengikut?

Seorang suami adakala sifatnya lain, corak pemikirannya lain.


Adakala, isteri terpaksa berbulan-bulan menggunakan cerek gas hadiah perkahwinan, sedangkan orglain dah ada cerek letrik hanya kerana cerek itu belum rosak? Apabila isterinya meminta,  tiba2 dia mmbelinya satu hari  katanya sempena hari istimewa.

Dan di kala isterinya merungut sprt terkurung dalam rumah kerana dia tidak suka isterinya keluar tanpa dia, dia mmbawa sejauh 50 km utk makan sate kajang samuri. sedangkan isterinya cuma teringin sate pasar malam dekat rumah?

Atau... sanggup download cerita dr internet, hanya kerana isterinya nak tengok astro , kerana dia tidak mahu mmbeli?

Atau kita dah beria-ia nak keluar rumah sendiri ke post office, tiba2 katanya,  dia akan hantarkan waktu rehat nanti.


Di balik cara yg 'memayahkan' itu, yang saya tidak gemar dia lakukannya.... betapa besar kasihnya..


Jika jalan yg susah itu sebenarnya satu Kemesraan yg dia ingin tunjukkan .... , kenapa perlu dibesar-besarkan. Bersyukurlah!

kasihan... 3 am tadi saya melihatnya download cerita free dr internet. cerita yg saya nak tengok sangat! walau dia curi-curi mncarinya di masa saya tidur.


Nota NURINDAH:    kadang2 isteri juga perlukan nasihat, utk bekal berumahtangga. bagaimana memahami hati suami yg diam tetapi caranya "berkata-kata".

Pesan saya pada diri :  Usahlah meminta lebih-lebih. Suami juga cepat keliru, kadang2 lebih mndengar kata kita.  Jangan susahkan dia....



dari jiwa seorang lelaki


Dalam banyak2 lelaki, saya gemar blogger Lelaki yang menjadi penulis. Entah kenapa. barangkali penulis lelaki agak kukuh jiwanya. Kita bukan saja terbuai-buai, tetapi menjenguk jendela hatinya dr sisi seorang lelaki.

Pagi ini, saya mmbaca blog makbonda, entry Menu Baru. Hiasan 'rumahnya' pun dah baru. tahniah makbonda. Saya kadangkala diam di situ, mencari nasihat dan butir mutiara. supaya saya tertegur dgn hikmah. Dan dari situ, saya lompat ke blog seorang Dingin.blogspot. Seorang penulis diari mat despatch. Saya akui, dah banyak kali melihat buku ini, tetapi tidak mengambilnya. Entah kenapa sukar meluangkan waktu mmbaca novel sekarang ini.

Tetapi, jika ingin kan nasihat dr sudut seorang lelaki seperti penulis gentarasa.com, juga saifulislam.com, di sini juga kita akan dapat. Bahrudin bekri, sudah 9 novel dia tulis. Cuma saya yg baru nak kenal. Antara katanya entry
"untuk sedar dan mengerti" : (maafkan saya copy sedikit di sini :)



Saya diam, dan kata-katanya saya benarkan. Dia menyambung.

“Pada saat kamu berdoa memohon hati yang sabar, mungkin Tuhan datangkan ujian berupa kata-kata hinaan manusia supaya hati kamu dilatih bersabar. Pada saat kamu memohon kekuatan hati, Tuhan datangkan ujian musibah dunia supaya hati kamu belajar menjadi kuat. Pada saat kamu memohon kefahaman, Tuhan datangkan persoalan-persoalan hidup supaya kamu berguru dan menjadi faham. Pada saat kamu memohon kekayaan, Tuhan datangkan peluang untuk kamu rebut. Pada saat kamu memohon bahagia, Tuhan datangkan saya, teman-teman dan keluarga untuk kamu peluk ia menjadi bahagia. Itu semua mungkin tetapi yang paling pasti, untuk semua itu Tuhan datangkan rahmat kepada kamu kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.”

Saya menahan nafas.

“Kamu tahu apa masalah kamu dan banyak manusia lainnya termasuk saya?”

Saya memandang dia, penuh takzim.

“Kita sering lambat untuk sedar dan mengerti.”



NOTA NURINDAH : Mengenal jiwa, lara, kesusahan, penderitaan, pengorbanan, dan ketabahan seorang lelaki..... samalah sprt kita cuba menyelam jiwa Lelaki-lelaki tersayang dalam hidup kita.



Friday, June 24, 2011

Terung dan cendawan masak lemak

Salam sejahtera,

Buat tambah2 idea menu teman2 malam ni. Menu tertunggak ni.

Bila ada terung last week, cadang nak masak lemak. Lemak terung, walaupun cuma ada stok terung bulat. Hiris bawang, basuh ikan bilis, ketuk cili padi. Aish.. macam kosong jer. Tambah cendawan sebungkus. Pastu, kurang warna, tambah udang 4 ketul. Santan kotak ambik 1/3 jer, tambah air buat cair-cair. Kita guna kuali ya.... sambil tu tambah2 santan cair secukup kuah. Biar menggelegak. Jadi macam ni....



OKlah, resipinya mudah-mudah jer. Asalnya sok sek jiran masa gathering masak utk tahlil. Katanya, cendawan buat masak lemak..... FUH! manis. Saya pun try la. Memang manis kuahnya. Kalaulah yg ni takde terung, maunya saya rantah jer cendawan nih. Buh 2 paket terus. hahaha.....



TERUNG DAN CENDAWAN MASAK LEMAK CILI PADI

Terung - Dipotong besar2. Digoreng sekejap bagi separa layu (bila masak, ia kental, tak cepat lembik)
Cendawan - 1 paket
5-8 Cili padi - saya ketuk jer
Ikan bilis kecil - sejemput besar
Udang - 4 ekor
Santan kotak kecil - saya guna 1/3 dan tambah air secukupnya. Guna santan segar lagi sedapla..
Bawang merah 3 biji - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Bawang putih 2 ulas - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Serai - 1 batang diketuk.
Saya tak bubuh kunyit pun.
Garam


CARA:
1. Toskan terung yg siap digoreng separa layu tu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
3. Masukkan santan, ikan bilis,  serai . Biar mendidih sikit.
4. Baru masukkan cendawan,  udang,  terung dan cili padi beserta sedikit garam.
5. Sambil mendidih tu, tambah-tambah santan mengikut kuah yg dimahukan. Saya buat cukup-cukup jer.
Pergh! Manis rasa kuah masak lemak dgn cendawan tu.


Selingan, daging yang menceriakan hati saya. Mana taknya, saya dah rebus daging tu siap-siap dr hari sebelumnya bersama halia. Malam tadi cuma buat kuah masak kicap jer. Saya kurangkan kuahnya supaya jadi seperti ini. Terliur... kak azlina cakap dia masak daging kicap. hehehe.. Jangan tak caya...... saya makan balancenya dgn roti pagi ni. ;))

Jus tembikai.  Laju jer minum nih! :D



Namanya Ikhlas... juga Mahabbah..

Salam sejahtera,

Selamat petang. oH... dah petang ya. Skejap jer masa.

Sejak pagi, mood pun kureng sbb sakit belakang dan rasa nak baring jer. La ni rasa ok skit. Tengah buat apa tu? hehe.. Saya pun dah trlepas rancangan yg biasa ada kat TV9 di hari Jumaat macam ni.

Pagi ini ada perkara yg menyentuh hati saya. Yalah, kita dok elok2 mmpertahankan hati kita dlm hidup berumahtangga ni, mesti ada suara2 yang BOLEH mmbuatkan kita runtuh segala kekuatan kita. Dok sebut2 kekurangan kami dan nak kami jadi 'perfect' macam keluarga lain.

Pagi tadi, hubby nak cepat dan tak sempat k**s betul2. Pun saya tersinggung. Terus cakap-cakap orang tu terngiang kat ingatan saya. Terus runtuh ketabahan.

Oranglain yg tak tahan tentu dah bercerai-berai. Tapi kami masih mncari erti 'baiti jannati' dan kami bersama kerana menuju jalan itu.

" Hargailah perhubungan itu selagi Allah izinkan kita bersama. Berikan hari yg penuh bermakna setiap hari, selagi kita masih bersama... "

Menolak cadangan bukan bererti kami kerasa kepala. Membantah bukan bererti tidak suka. Mengikut kata pula...... bukan bererti kami tak IKHLAS. Janganlah diperli-perli pula kalau kami cuba melakukan tranformasi dalam kehidupan. Bukankah seluruh hidup itu menuju JANNAH?


Ikhlas

Saya sedih bila orang yg berdegar-degar cakap pasal IKHLAS. Tetapi hati kita yg merasainya. Saya ada seorang sahabat lama, namanya kak Fina. Setiap kali brtemu dan brpeluk dgnnya, terasa sangat hatinya dekat. Terasa kita dihargai dlm hidupnya, walaupun kita bukanlah selalu berjumpa dengannya. Suami kami bersahabat sejak bujang.... dan satu tmpt kerja.

Saya brtemu dgnnya sejak kami mula brkahwin dan berjiran 2 tahun. Saya dan suami kahwin bulan 1, mereka bulan 3, tahun yang sama. Tetapi mereka skrg sudah ada anjakan paradigma dlm hidup mereka. Sudah ada anak 2 orang, suaminya dah nak abis master, dan sudah punya rumah sendiri kat emerald, dan kereta 2 buah.

Saya melihat transformasi itu dgn hati yg melonjak-lonjak inginkan perubahan. Tetapi, ada benda yg Allah belum izinkan.

Kak fina seorang yg sederhana, dia risau juga dgn perubahan itu. Bukan mudah mereka lalui. Saya faham itu. Kesenangan pun, perlu melalui penderitaan dan kesusahan. Takde yg datang brgolek.

Kadang2 hati saya juga kacau. Bila mengetahui banyak sgt apa yg orang ada. Itulah hati,kan? Berbolak-balik selalu. Belum lagi saya kacau apabila sedara-mara menyebut-nyebut kekurangan kami di waktu kami tengah STRUGGLE nih.

Juga, pelukan kak fina yg saya rasa mesra kaedahnya. Sama macam perasaannya apabila saya CUMA bercium pipi dengan adik-adik perempuan saya. Tetapi amat dekat dan sayu jer perasaannya. Perasaan ingin bergantung dan berkasih-sayang....

Tetapi ada sesetengah orang (Wanita sahaja), bila memeluk dan cium dahi saya sekalipun, saya tak terasa hibanya, tak terasa Mahabbahnya. Seolah hanya mahu mnjaga adat. Lepas peluk, terus berpaling. Sering saja begitu. Astaghfirullah. Begitukah orang yg brcakap soal ikhlas dgn saya?

Perlu ke mencium dahi dan memeluk orang kalau hati tidak sekata?

Setiap kali saya mghadapi situasi yg saya kurang ikhlas, saya akan lapangkan dada. Saya takkan brfikir apa-apa. Saya pasrah pada Allah moga ikhlaskan hati saya. Saya tau manusia sering melihat kelemahan orang. Saya akan tenung matanya. Mencari sinar Mahabbah di situ.


Forgive and forget. Itulah erti IKHLAS DAN MAHABBAH....


Thursday, June 23, 2011

sekadar cerita kami yg basi...

Hari dah nak abes, saya pula nak cerita pasal semalam.saje buat diari. Tak mo baca pun saya tak marah.. ;D

Kelmarin hubby ambik cuti.

Bersusun rancangan.

Nak breakfast, tapi tak mau makan nasi lemak. Ada daging burger oblong ramly. Ada roti keping gardenia yang nak expired. Saya bakar daging burger atas pan. Pastu roti bersapu majein pula dipanaskan. Daging burger oblong dibelah 2. Letak atas kepingan roti. Letak selai cheese keping, letak satu roti lagi. Pastu letak roti atas pan . Panaskan sekejap sampai cheese cair. Kedua belah. Pastu... hidangkan dgn mayonis dan sos cili Life.

Minum Teh O.

oH...... heaven. Apa yg ada, still menjadi selagi namanyaa roti dan burger. haha..
(maaf takde penerangan bergambar ;)

Pagi-pagi orang dah call my hubby. Tanya pasal masalah tu, masalah ini. Dahi hubby berkerut je sbb memikirkan problem kilang, sedangkan dia cuti.

"Abang catatla masalah apa yg selalu brlaku. Reprt pd bos pun ya. Tetapi report kita pun mesti ada. Supaya senang nak rujuk bila orang tepon bila berlaku masalah"

Raut wajah my hubby dah jernih.  Alhamdulillah.


Pukul 10.30 am, kami nak keluar. Hubby bawa turun kipas yg rosak yg nak kami tinggalkan kat kedai mmbaiki brg letrik.

"Yang..Tayar kereta belakang pancit"

Hubby nak tukar tayar dulu. Saya pula pergi buang sampah.

Nat tayar terlalu ketat. Hadoi, saya yang tengok hubby pulas dgn pembuka nat yg besar tu pun rasa nak terpulas tangan. Kami henjak tak dapat, kami tukul pun tak dapat. Agaknya ketat sebab sebelum ni tukar kat kedai. Diaorang guna alat yang ketatkan nat tu.

Dah pukul 11 lebih. Matahri dah mula meninggi. Hubby akhirnya bawa perlahan2 ke jalan inai. Ada workshop di situ.

Dan betulla, memang nat tayar tu ketat sangat. Pembuka nat tu pun dah hampir bengkok kami kerjakan. Hubby cakap, cuma tampal tayar tu.

Alhamdulillah, settle satu hal. Kami pula brgerak ke pekan rawang, cari kedai tayar sebab memang niat nak tukar tayar.  Tapi tayar depan. Dua-dua  kami tukar.

Sebiji tayar RM 110.

Dalam menunggu kerja kat workshop, ada sorang owner kereta. Mintak tayar secondhand. Saya lihat keretanya,  jenis macam Nissan. cantik, berkilat keretanya. Kalu tayar kancil jer RM110,  tayar keta besar tu mesti lagi mahal.

Ondaway keluar pekan rawang, saya sempat cakap kat hubby.

"Susahnya nak menyara kereta. kalu kereta mahal macam orang tu, atau kita ni ada BMW atau mercedes, tiba-tiba mintak tayar second...
itu maknanya kita masih tak mampu miliki kereta tu. Malula kalu bawa BMW tiba2 mitak tayar second."

Ulp!

Hubby terkikih ketawa.

Saya pun macam tak sedar tercakap macam tu. jangan mare ya... hahaha.

Actually, berat sebenarnya menyara kereta nih, kan??


Kami teruskan prjalanan ke Library. Hubby nak hantar buku. Kami solat dan makan tebgahari. Alhamdulillah, makanan kat situ memang murah.
Kalau sesiapa yg trsesat ke jalan tun razak tu, nak makan murah... singgah jer kantin National library. walau rasa tidak umph, tapi minumannya berbaloi dgn harga.

Satu air jus asam boi, RM1.50, dengan seketulasam boi.

Nasib baik aritu servernya OK. Dah 2 kali kami pergi, cuma hantar. Tapi tak boleh pinjam. Tapi kelmarin, diizinkan Allah.

Lepas tu kami ambik baju kat bro-arts. Untuk buat sale ramadhan kat website.

Singgah pula kedai letrik kat damansara damai. Hurm, tak mesra pelanggan. Belum tengok kipas lagi, dah kata kena beli baru. Siap bagi harga RM 100 ke atas kalu nak upah dan beli motor kipas baru.

Aiseh. Memang motornya terbakar. Tak jadi hantar.

Singgah solat kat RR. Menuju pasar malam bukitsentosa. Apa kami beli? Lauk pauk basah, sayur, buah dan .... dinner yong tau fu jer.  Dah rasa nak tido jer, walaupun baru Isyak. :))

 Eh.. eh... cerita semalam.  Hari ni takde minum petang ke? Maaf, erk... Saya baru abeskan ayam drummet ayamas. ngeeee....


Nota hati bukan masakan

Bear ni saiz A4 Sumber:



Haritu saya berada di kolam,

Bertemu dgn sorang kakak yg saya kenal agak garang orangnya.
Susah juga bila brtemu dgn seorang pelindung
marah apabila kita komen sedikit pasal anaknya.
tak kira besar
tak kira kecil
seorang anak juga perlu ditunjuk jalan yg lurus
janganlah bila anak kita kena marah pasal tak boleh main kolam,
kita tengking pak guard tu,

Pastu kita tengking anak kita balik...
pasal..
Anak kita tengking pak guard tu pulak.
Pasal tak bagi anak kita kurang ajar ngan orang lain.


Anak kita dah remaja,
Dah tau rasa malu ditengking di hadapan umum,
Diperli depan umum,
Dah tau rasa tak puas hati.
Dah tau nak balas balik.
Tak macam masa kecik-kecik,
yg takut dan patuh.


haih.
Ibubapa adalah contoh berkualiti.


Macam tu jugalah apabila kita nak komen pasal orang,
kadang-kadang kita macam dipaksa "kunci mulut".

Ada sesetengah, setiap kali orang  brcakap pasal anak-anaknya,
Dia akan defend,
"cara kita didik anak lain-lain "
sangat risau orang mengutuk anak-anaknya yg cerdik, tetapi ada benda yg anaknya kurang.

Apa salahnya kalau anak-anak ada kelemahan?
Pandai di situ, kurang di situ,
Mengakui kelemahan anak-anak bukanlah bermaksud ibubapa itu gagal.


Proses muhasabah diri.

Anak kecil atau remaja juga harus pandai muhasabah diri.
Supaya dia tau apa yg tidak kena pada dirinya.
Kenapa orang marah?
Kenapa orang buli?
Kenapa tidak pandai itu ini?
Saya dulu tak tau cara ini,
selalu menanti orang tegur baru nak berubah,
sehinggalah saya tinggal di asrama yg selalu 'dipaksa' Solat malam setiap hujung minggu...
akhirnya bila letih berfikir, kita sendiri yg rela mencari Yang Mencipta...
Rasanya macam nak anjurkan saja ibubapa 'paksa' anak remaja solat malam dipantau atau jemaah.


Adab berkawan

Ada orang cakap,
Kita kena terus-terang.
Bila kita rasa anaknya buat benda tak kena,

Tapi dia balas kat kita,
Macam dia sakit hati.

Tapi bila buat macam tu, kita macam diasingkan,
macam tak kawan dgn kita dah..

Saya cuma orang luar,
Memerhati,  dan terus belajar,
Mencari sedikit bekal ilmu berumahtangga.



 Dan saya masih di sini, berbekal pisang goreng dgn tepung adabi, dan pearl cafe Power root. :))
Hubby masih dgn OSK dan saham-sahamnya, serta fail kerja bertimbun. Saya masih setia dgn ini. Alahai..... Website yg saya reka-reka sendiri. Template orang, tapi masih design saya. HTML yang paling cikai macam tulis blog juga.  Jadi manakan sama dgn wesite canggih oranglain.  :)


 Surat banci Ekonomi 2011 dah sampai utk syarikat kecil kami. Hadapilah dgn senyuman.

Pisang goreng adabi...


Tuesday, June 21, 2011

Kerabu Tuna

Salam sejahtera,
Bismillah....

Saje nak hai-hai teman-teman sebelum memulakan tugas. Tengah minum Mocha radix dan makan french toast/ roti telur.

Website baju masih trgantung tu. Tengah pulun sorang-sorang. Hubby dgn fail kerja bertimbun.

Kerabu tuna ni, kalu nak makan gitu jer pun sedap... tapi yang di atas ni, pedas, sebab nak makan ngan nasi.

Saya dah pernah rasa ala-ala kerabu tuna ni kat satu resort, style Western, makanlah dgn ayam barbeque ker, ikan panggang ker . Tapi utk makan style Western gitu, kurangkan masam dan tak payah letak cili. Letakla kekacang macam kacang merah tin tu ker, hu.... sedap, rasanya campur manis kekacang. Hu.... itu kena cuba. ;)






KERABU TUNA
Sumber: hanieliza.fotopages
Terima kasih kak. Mohon halalkan resipi :)

Bahan
1 tin tuna dalam air [hancurkan]
1/2 cawan carrot parut
3 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
3 biji cili merah [cincang]
3 biji ciliapi cincang
1 pokok daun ketumbar [hiriskan]
garam

Cara:
1. Sayur dipotong kecil dan halus.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan nasi atau ratah saja




Monday, June 20, 2011

Daging masak hitam

Salam sejahtera,

Arini nampaknya kena gi pasar. Perlu tambah sayur yg kurang. Nak gi cosway, bla, bla..

Kelmarin kami 'lari' sekejap daripada rumah. Di rumah, still banyak kerja. Hubby balik dgn fail kerjanya. Saya dgn tugas rumah tak sudah-sudah. Akhirnya... saya dibawa ke shopping mall, the Curve. Syukur sajalah. Hajatnya mula2 nak cari tempat mencari ilham. Tempat tenang-tenang sikit.....

Cuma rasa macam kena 'curse' je. Sampai kat situ, dung dang dung dang bunyi. Ada orang university dgn stage, ada orang menyanyi-nyanyi, sound kuat waktu maghrib macam tu. Pergh... sakit telinga, sakit jiwa. Nak mengamuk dgn segala sound kuat tu, tunggulah lepas maghrib ke.
(rasa nak piat-piat jer telinga budak-budak tengah main gitar tu)

Tempat macam tu bukan tmpt mncari ilham.
Hubby suruh shopping, saya tak nak (menolak tuah!)

Cuma hati yang letih tak terisi dgn tmpt macam tu.
Teringin nak bersiar-siar di tempat yang mmpunyai pemandangan yang indah. Yang ada ciptaan Tuhan yang cantik segala. Yang ada pokok yang melintuk.

Eh... itu kat pantai jer.

Hehe.... saya dah rindu kampung. Yang betul-betul kampung.... ada sawah padi, ada biawak, ada buah kemunting, ada pacat... bla bla... cuma ular je takut nak jumpa. hahaha

Bukan nak balik sangat, cuma nak tengok pemandangan hijau. Tak hingar sprt shopping mall.

Betul-betul orang kampunglah saya ni! :P  Sesak napas idup kat bandar.  Runaway....








Lauk daging pula kita. Kak Fzi punya nampak soo.. tempting. Hitam dan berkilat. Geram-geram.. hehe.. Saya pula bila buat berkuah, kurang hitamnya. Takpe, takpe, lenkali akan kutambah hitam manismu. heheh. Rasa yang ada kick. Cuma jangan trlebih lada hitam, nanti rasa ledas. Seronok ni, kalu makan dgn nasi minyak hujan panas. :))
Mohon halalkan resipi ya kak. Terima kasih banyak2...


DAGING MASAK HITAM by Fzi
Resipi: kak fzi, fzmenu.blogspot.
Terima kasih banyak2 kak fzi. :)

BAHAN-BAHAN:

daging lembu dipotong besar2 lalu direbus (jangan sampai kering,tinggalkan sikit stok daging)
bawang merah besar 1 labu *
bawang puteh 2 ulas *
halia 1 inci *
lengkuas setengah inci *
cili kering 4/5 tangkai *
serai 2 batang diketuk
asam keping 1 keping
kicap manis
garam
sedikit lada hitam ditumbuk


Cara buat:

Semua bahan yang bertanda * di tumbuk lumat/blend.
Tumis lada hitam diikuti kesemua bahan yang ditumbuk.
Sementara itu slice nipis2 daging yang dah siap direbus.
Bila bahan tumisan dah masak, masukkan daging yang dislice, serai dan asam keping
Renjis2kan sedikit kicap biar mesra semua di atas dapur.
Biarkan beberapa lama kemudian masukkan lagi kicap dan stok daging yang disimpan. Tambahkan garam.
Biarkan masak dalam api yang kecil. Boleh ditambah bahan2 seperti buah tomato, cili besar dsb untuk hiasan.
Sedia untuk dihidangkan.



Di kala kesempitan sayur.  Ada carrot, ada timun. Jadikla. Kita buat acar..... letak cili jeruk tu sekali ;))




Sunday, June 19, 2011

Boiled egg sambal

Salam sejahtera,
BIsmillahirrahmanirrahim...

If, kalu orang brtanya saya, kerja apa yg sibuk sangat tu padahal dok kat rumah?

:) I have my own priority. Setiap orang dugaannya lain.


Mengenal tak semestinya memahami. Kadang2 kita kena kutuk selalu. Dalam mukanya yg manis2. Even, saya brtandang gi rumah orang pun. Bila brtandang, macam saya mengganggu sbb saya tak macam dia. Jika tak brtandang katanya saya jd puteri lilin kat rumah. Ish... what else yg tak puas hati?

Akhirnya, pilihlah kawan yg menerima kita sedanya. Bila kita mmpunyai banyak kekurangan nih. Sedih..

Dan Allah tu ada.

Ok.. ok... kita terus makan. Jangan rosakkan hari yg cemerlang nih! Wake up! Jangan tido atau longlai. Give yourself A CHANCE...




Resipi telur cara sis Love, ada campuran serbuk cili. It tastes good. My hubby suka juga. Lain dr yang biasa. And.. jangan tak tau bila ada campuran ikan bilis tumbuk/ kisar dalam sambal. It really nice. ;)




BOILED EGG SAMBAL by love2cook

Resipi: Love2cook-msia
Thank you very much, sis! :))

Ingredients :~

3 eggs ~ boiled and peeled
3 shallots *
1/4 cup cleaned anchovies * ~ soaked in water for 5 minutes ( *pound together, just coarse)
1 small sized onion ~ diced
3 dried chillis ~ halved
1 tbsp chilli powder ( add more if you want spicier )
1 cup water ( reduce if you want thicker gravy )
salt

Method :~

Heat oil in wok and fry the boiled eggs until golden. (You may skip this). Leave aside.
Reduce oil and stir fry pounded shallots and anchovies until it turns light brown.
Add onion and dried chillis. Stir for few minutes and add water.
Add chilli powder and salt. Let the gravy boil for few times and thickens a little.
Place the eggs in and mix well. Ready to serve!


Sayur ni, buat kita menarik2 seratnya masa menggigitnya. hahaha. Bila saya cuba tarik seratnya tu, macam masa siang kacang Buncis, ia terkopak pula menunjukkan isinya. Lor.....   Apapun,  bersyukurlah bila ada sayur.. :))  

Dayang pengiring, Air laici, yang dah takde laici (balance buat triffle ;)  plus.... Nata de coco perasa mango. We like it!


Thursday, June 16, 2011

Mi Padprik


Salam sejahtera,

Sempatkan juga blogging pagi2 ni. Sebelum start buat tugasan harian. Nanti kalu dah sibuk2, tak sempat kejar masa. Mee padprik ini dibuat bbrp hari lalu. Takleh tipu sebab ada date kat foto. pstt... belum pandai setting hilangkan date tuh. hahaha...





MI PADPRIK
Resipi : buku senangnya memasak Mi, mihun dan kuetau Chef hanieliza.
Ditulis kembali: mysweelife-nurindah.blogspot

BAHAN-BAHAN:

500 gram mi kuning (dibasuh dan toskan)-
(nurindah: cara biasa saya akan tuang air panas atas mi sbb nak kurangkan bau. Tips dari MIL)
5 sudu besar sos tomato - (nurindah: sos takde. saya ganti sebiji tomato didadu kecil)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun purut - (nurindah: takde, tak bubuh)
5 biji cili api diketuk - (nurindah: tak bubuh. guna cili jeruk dimakan asing)
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah- dihiris
1 cawan air masak
2 kiub pes tomyam - (nurindah: saya guna pes tomyam Adabi 2 sudu makan atau  secukup rasa)
3 sudu besar minyak masak utk menumis
Tambah: Garam atau kicap pekat

Bahan B: (nurindah: saya masukkan apa yang ada saja)

300 gram hirisan ayam
100 gram udang - dibuang kulit
100 gram sotong
100 gram lobak merah
100 gram bunga kubis
50 gram kacang sepat hijau
1 labu bawang besar
1 biji tomato


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, sos tomato, sos cili, sos tiram. Kemudian masukkan air. Biar mendidih. (nurindah: saya masukkan buah tomato cincang tadi bersama sos, bagi ia sebati bersama)
4. Masukkan sayur-sayuran yang lain. Kacau rata.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, kacau rata. (saya skip)
6. Tutup api, kemudian masukkan mi kuning dan daun ketumbar. Kacau sekali lagi. Sedia dihidang.
(nurindah: saya masukkan mi SEBELUM tutup api kerana nak biar ia kembang sedikit sambil tambah2 air takut kering kuah. Saya suka mi kuning saya nampak kembang sikit, ala basah).


Nota: Mee padprik ini kalu guna Pes tomyam, sudah cukup rasa. Tambah garam sikit je. Atau kicap. Bubuh pes tomyam tu hingga  rasa kick. Hubby makan dgn  cili padi jeruk di bawah. Sekejap jer, 2 pinggan dia tambah.  Erm.. rasa macam nak buat jeruk cili besar pula,  for me.. ;)





Wednesday, June 15, 2011

Jeruk Cili

Salam sejahtera,

Tak sempat nak ronda semua. Sedang masak utk makan malam. Saya tinggalkan ini, ya. :))





Chilli pickles atau jeruk cili padi

Sumber: kak Roz, homekreation-recipes.blogspot.com
Terima kasih dan Mohon halalkan resipi kak.

Nota kak Roz: The recipe is as follows, which I have modified a bit from the original version:

INGREDIENTS:
300-400g Bird-eye or Green Chillies
1 cup Water
1 cup Vinegar
3 tbsp Sugar
2-3 cloves Garlic - each sliced into 2

METHOD:
1. Boil water, vinegar & sugar.
Add in chillies & garlic for just shortwhile & off fire.
Pour into a jar immediately & capped.

2. Pickles will be ready the next day for consumption.

NOTE:
The chilli pickles above can also be used in cooking in place of fresh chillies. For example I blended the chillies with shallots, etc and cook as required. It tastes great!


Nota nurindah: Special for my hubby yang makan cili. katanya masih pedas. Sesuailah dimakan dgn pelbagai jenis mee. :) Saya, sure.. tak berani makan sbb tak tahan. hehe..



Menu apa yang ada..



CEKODOK




Cekodok pisang. Bulat-bulatkan guna style MY MIL. Dia guna hujung jari. Itupun saya belum pakar, hehe... Gula tu ikut suka. Saya jadikan kecomelan cekodok kak watie sebagai peransang! kak watie punya DI SINI

Pencicahnya ialah sos cili Umminora, hasil rembatan masa beli keropok keping di Besut.


CEKODOK PISANG
Sumber: mysweetlife-nurindah
Style : MIL
Inspirasi: watierman.blogspot

Pisang ranum - pisang berangan manis skit, pisang rastali lemak2 skit.
Gula pasir - 2-3 sdm
secubit garam
Tepung gandum - kurang sedikit dari pisang
1/2 sdt Soda bikarbonat
Air sedikit.
Minyak yang banyak untuk menggoreng.

Lenyek pisang dahulu. Campur semua bahan. Untuk menggoreng, guna hujung jari pun boleh kalu untuk membulatkan cekodok: Bawa ke tepi bowl, terus ambik dan masukkan dalam minyak panas. Buat cepat-cepat. Yang belum biasa, slowkan api dapur dulu. karang hangit pula. :D




SANDWICH

Aiseh, sandwich yang biasa saya buat. Mengikut style My MIL. Dia suka panaskan dahulu, saya pun mengikut sekali. Yalah, apa yg mak buat, semestilah selera mr hubby. Biar sama, walau tak serupa... heheh.

SANDWICH SARDIN
Asal sukatan: Inti sardin roll hanieliza
Style buat: My MIL
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot

Roti dan majerin
1 tin kecil sardin - ambil sardin. kuahnya ambil sedikit sahaja.
1 biji cili merah cincang - dicincang
1 labu kecil bawang besar - dicincang

Tumis bawang dan cili sekejap sehingga layu.
Masukkan sardin tadi. Hancurkan dalam kuali.
Biar panas dan tutup api.
Roti siap disapu majerin di kedua belah.
Sapu inti, tangkupkan.
Saya potong tepinya kerana lebih suka begitu.





KUE TEOW TOMYAM

Masa buat ni, menggunakan bahan yang ada. Campur itu dan ini, tiada yang kurang. Aslkan jangan lupa pes tomyam. :D Kuah tomyam lebih kurang dgn Tomyam Ayam Mudah. Tetapi saya kurangkan sukatan pes tomyamnya supaya rasa tidak terlalu pekat. Cara yang mudah, tapi berselera kita makan. :)


200 gm Kue teow - dicelur dahulu. Toskan.

Kuah:
1/2 biji Bawang besar -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris bulat
1 1/2 - 2 sdm Pes Tomyam Adabi
2 tangkai Serai -diketuk (masa hidang, buang serai tu)
5 tangkai Cili padi diketuk
Air untuk kuah secukupnya dalam 2 1/2 -3 cawan
garam secukup rasa.
Fishcake
Pucuk jagung muda
Sayur Sawi
1 biji Tomato dibelah 6
Udang atau isi ayam secukupnya.


CARA:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia, sehingga naik bau.
2. Masukkan Pes tomyam.
3. Masukkan sedikit air, isi udang atau isi ayam, fishcake dan serai. Kacau sebati.
4. Baru masukkan air selebihnya. Biar mendidih.
5. Masukkan sayur dan garam secukup rasa. Biar sebati dan sayur separuh layu.
6. Angkat dan hidangkan. Cili boleh letak bersama atau asingkan.
7. Kuah tomyam siap utk dihidang bersama kue teow tadi.





MINUMAN

Dimakan bersama mangga yang dikisar. Tak cukup mangga, sebab tu warnanya tak kuning. Manggo Lassi ini faveret bila ada mangga masak.

MANGO LASSI
Sumber asal: Love2cook
Disukat oleh: mysweetlife-nurindah

Versi 2 biji mangga

Sediakan blender/pengisar
2 biji besar mangga masak - dikupas dan ambil isinya, letak dalam blender   (masa buat ni, ada satu biji jer)
4 sdm yogurt
Susu cair - tuang 1/2 paras mangga dlm blender
2-3 sdm gula pasir
1 sdm susu pekat
2 papan Ais kiub (masuk kemudian)

CARA:
1. Kisar dahulu semua bahan kecuali ais kiub.
2. Baru masukkan ais kiub. Kisar lagi hingga jd hancur.
3. Tuang dalam gelas jus. Siap dihidangkan.


Dimakan bersama kue teow tu... sungguh enak!


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────