Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, July 29, 2011

Salam ramadhan 1432H

Salam sejahtera,

:) Saya nak mula cuti lagi dah. Macam biasa, Insya Allah balik banting jer. kalu sempat, bersahur kat sanalah. Tak mo lagi jadi macam hari tu. Tengah rushing nak balik bersahur waktu malam, tiba2 tayar keta poblem. trpaksa bw keta slow2 sampaikan makan kat kedai mamak siap2 tu, takut tak sempat sahur kat rumah banting. hahaha...

Lusa atau tulat dah nak mula pose kana? Kat sini saya mohon ampun maaf ya, kalu terkasar bicara, tersilap bahasa, tak tersopan cara sepanjang kita kenal-kenal secara maya. Moga kita semua dapat keberkatan Ramadhan terutama malam Lailatul Qadar. Sebenarnya, kalu kita melambat-lambatkan keinginan kita beribadah kepadanya, yakni bertangguh-tangguh, jangan kecewa bila Allah tangguhkan Doa dan keinginan kita. Itu jerla yg saya mampu pesan pada diri sendiri dan pada semua teman yg dikasihi.... Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak :))





www.365greetings.com



Saya tinggalkan ini ya, buat sementara. Jemput... jemput. :)



Mee yang dimasak bersama isi kerang, sedikit air kerang campur air secukup kuah yg disukai, guna sayur kobis dan kucai jer. Pes perencah bihun Adabi. Saaangat puas hati! ;)

Segar betul minum air ni :)



UDANG SALUT TEPUNG

Udang - potong kepala, kopek kulitnya bahagian atas. Tinggalkan bhg ekor.
Tepung beras
Telur
Air kapur makan
Garam secubit
serbuk kunyit sbg pewarna
Air secukupnya
serbuk lada sulah
serbuk kari
serbuk cili kering babas


Campur tepung beras, telur ,garam, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili kering babas, serbuk lada sulah dalam satu mangkuk.
Masukkan air kapur.
Tambah air sedikit-sedikit sambil kacau adunan.
Dapatkan batter cair utk menyalut udang. Tandanya batter menyalut sudu dgn cantik.
Panaskan minyak, dan udang dicelup ke dalam batter lalu digoreng sehingga nampak keemasan.


Inilah durian yang saya bawa balik dr banting last Week. Dapat jadikan tempoyak. Ikut resipi chef norzailina. Dah dua ari peram kat luar. Skrg masuk dlm fridge pulak. Sebanyak ni, banyak stok ya. Esok2 bolehla bagi kat jiran.


RESIPI TEMPOYAK HOMEMADE
Sumber: Chef Norzailina.blogspot

Tempoyak juga mudah disediakan sendiri. Selalunya, ia diperbuat daripada isi durian yang tidak begitu elok atau sudah mulai masam. Gunakan pisau yang kering. Basuh tangan dan lap kering-kering. Ambil isinya saja dan bubuh di dalam bekas plastik. Untuk 1 cawan isi durian, campurkan 1 camca besar garam.

Jika tempoyak dibuat dengan isi durian yang elok, rasanya lebih sedap dan harum. Anda juga tidak perlu menunggu hingga tempoyak bertukar menjadi terlalu masam sebelum menggunakannya.
Gaul rata isi durian dan garam. Kemudian tutup kemas. Simpan di tempat yang gelap dan sejuk sedikit seperti di dalam almari atau kabinet dapur. Esoknya, gaul semula dan tutup. Biarkan selama 3-4 hari sebelum diubah ke dalam peti sejuk. Letak di atas rak paling bawah.

Anda boleh gunakan atau simpan tempoyak selama beberapa bulan. Anda juga boleh menambah dengan isi durian yang baru ke dalam tempoyak yang lama. Dengan cara ini, tempoyak juga akan berasa kurang masam.


Dah jadi agaknya. Nantilah nak buat resipi tempoyak2 pula.


Celoteh, price list pasaraya NSK


Jamu mata dulu dgn cempedak luar pagar. Perak punya. Beli ondaway balik dr banting kat olak lempit. Kata adik yg menjual, buah cempedak tu dari perak sbb katanya buah cempedak yg dr banting lambat sangat masak. Buah macam kurang menjadi tahun ni. It's ok for me.  Kelantan, Trg pun  yg selama ini penuh dgn buah durian bulan 6-7, tak 'galak' berbuah.  Kata Mama saya, banyak durian perak yg sapot permintaan. Sape yg dok perak, seronokla ya? :)).

Oh ya, saya buat guna batter tepung beras, campur telur, air kapur makan, garam dan kunyit. Bagi saya, kalau goreng separuh dari buah cempedak tu, cukupla 1/2 biji telur yg dikacau. ia tak trlalu kembang, malah rangup sedang-sedang. Nak goreng semua, taruk je sebiji telur. Sekejap jer abes tu.. :D


CELOTEH

Siapa kata bila dah merancang, kita tak diduga? Makin kita cuba perbaiki hidup kita, makinlah banyak dugaan yg datang. Mcam sibuk sangat saya ni kan?

Inilah bendanya....

haih .... haih.... kecian my hubby. Bulan ni jerk (tak baik mengeluh ;)

Tayar kancil pancit - abis 100 ++ (bunga tayar elok lg, tp takleh tampal dah, kena tukar gak)
Baiki aircond kancil dll - abis 700 ++

* Kata hubby kalu aircond rosak, time hujan lebat cermin berkuap, susah nak nampak jalan. dahla mr hubby pakai spek.. dan nak masuk musim hujan dah ni.
Belt pun dah loose biarkan je.

Skarang,
Gigi mr hubby pulak yg sakit lagi. Memang kalu kat klinik kerajaan, dah lama kena cabut tu. Tapi sayangkan gigi. geraham tu. Belum pun 40 lagi. Jadi usahakan jugakla buat rawatan.

Dlm bulan yg sama... mau tak menangis?
Semua tu takde dalam plan bulan 7-8 lor..

Setiap kali keta rosak, my hubby akan bincang ngan saya dulu. Yalah, sebb sekali hantar bengkel cajnya lebih dr duit belanja dapur sebulan!

Seperti biasa, saya kena pandai-pandai kurangkan belanja dapur bulan akan datang dan tidak minta itu ini. hurm... biasalah musim raya, orang perempuan berkehendak itu ini. It's better management. I hope...

Even 'duit sampingan' pun tak mampu nak sapot kalu 'masalah sampingan' pun, dah dkat seribu sebulan. you'll know when it is the right time to use a C.card. Dah syukur tu, takdela trpaksa meminjam sana sini when you really need it.

Even belanja dapur kat pasaraya pun dah dekat setaun kami guna CASH lepas abes pay c.c akhir taun aritu. kalu terguna c.c pun, saya akan tolak dr duit dapur . Punyalah tekun ikut plan. :p. It's a tough plan, you know...

Dugaan menjelang Ramadhan. nak kata apa.
Saya nak balik ke besut skejap minggu lepas pun dah tak sampai hati. Nengok mr hubby berkerut muka je. He needs someone.

Untuk gigi, Sekarang pun saya tak masak benda keras2 sangat atau mudah terselit. Ketam nak skip dah. Daging pun blom beli lagi. Mudah sangat hubby berkerut muka bila giginya sakit. aduh... saya tak ble bayangkan. Saya pun dah larang hubby makan kacang ke, kerepek. Kata org dok kunyah benda2 tu, kita mudah sakit gigi. Even kita gosok gigi 3 kali sehari campur listerine dan floss lagi.

Orang lelaki selalu bertindak ikut Keadaan. Bila masalah datang. Ikut mana lebih penting.

Orang perempuan walau suka merancang, tapi duit susah nak lekat kat tangan. :P ye ke?


PRICE LIST

Tmpt yg pling parah dan menggalakkan guna c.c ialah tesco dn giant. ada jer trlebih, yg sepatutnya RM100 jadi 200. Sbb tu tahun ini, muka kami asyik prgi NSK rawang je skrg. Borong Mall... kalu rm100 (barang basah jer), dah penuh troli. barang tin dsbg usah cakapla, rega sama jer mana2 cuma trkurang waktu sale jer.

Ini pricelist Pasaraya NSK rawang. rasanya sama dgn selayang.

Resit Jun- Julai 2011:

Weetameal jacob's biscuit - sangat sedap. utk bulan pose. rm12.50/tin
Gula 2 kg - utk buat kuih muih dan minum teh, dll rm4.60
dutch lady full cream - 1lt rm5.79
fruit tree apple with aloe vera 1 lit rm3.89
maggi tomyam rm4.50
Susu tepung everyday 600gm - rm14.30
susu sejat fn rm2.60 (mahal skit, tapi suka susu ni)
susu pekat fn rm2.85
santan kotak ayam brand 200ml rm2.50 - bila trdesak untuk buat kuih.
santan kotak besar ayam brand 1 lit rm8.50 (ayam brand ni baunya elok, ada setengah jenama bau semacam)
laici uro rm3.20 - untuk trifle, air teh laici, soda brlaici, puding laici . Suka laici nih!
fruit cocktail choice rm3.80 - utk trifle, koktel buah
kawan paratha plain - rm3.69
ayamas chicken ball 850gm - rm9.69, sedap dibuat sambal tumis.
ramly daging kisar 400gm rm5.50, rancang nak buat karipap.
kulit popiah KG - rm3.99
ramly frankfurter ayam 1kg - rm9.99
KG mixed vege 500gm rm3.19
laksamana Mee 450gm rm0.90 (utk mee atau kue teow saya guna jenama ni sbb kualiti mee elok)
adabi asam jawa 200gm rm2.40
ladies choice mayonis 230ml - rm4.80
sabun top 3lit- rm14.90
premier kitchen towel 6 pcs- 9.90
minyak saji 5kg- rm13.35
sardin ayam brand 425gm- rm6.10 (sadin mahal sedapla..)
sardin king cup 425gm 4.70 (yg ni bagus juga kualitinya. org meniaga kuih pakai)
sardin ayam brand 230gm - rm4.10
beras wangi - 1 kg rm4.50, saya beli 3 kg sj
cili kering - 1 kg rm14.90, 200gm dah banyak kalu utk org bujang.
bawang putih - 1 kg rm2.80, 500gm dah cukup 2 minggu
ubi keledek - 1 kg rm1.89
bawang kecil india - 1 kg rm3.50, 500 gm cukup 2 minggu
bawang besar - 1 kg rm1.50, 500gm cukup 2 minggu biasanya.
udang besar - 1 kg rm18.99, beli 500gm dah byk. yg sederhana dlm rm16-17
Kerang - 1 kg rm1.80, 1.5-2 kg cukup 2 kali masak.
ikan kembung - 1 kg rm7.99, ambik yg elok, jangan yg dah pecah perutnya, 600gm adalah dlm 5-6 ketul yg saiz sederhana.
ikan bawal hitam - 1 kg rm14.99, 600gm kira-kira 2 ekor ikan
ketam bunga 1 kg, rm4.34

Ini jerla. Kalau ada perubahan, rasanya saya akan update.


Wednesday, July 27, 2011

ramadhan gift : Muhasabah

Silapkah kita yg selalunya ialah selalu memikirkan perasaan sendiri sahaja.
Betulkah kita berasa cemburu, lalu mencantas kegembiraan oranglain yang beria-ia bercerita pada kita.
Betulkah kita berasa sakit hati lalu menyampuk percakapan oranglain yg mahu berkongsi rasa dgn kita.
Betulkah kita tidak rasa bersalah apabila kita tidak mmberi respon yg adil pada oranglain.
Betulkah kita tidak terdaya meminta maaf kerana berfikir orang terdekat itu tidak akan mengambil hati dgn cara kita?
Betulkah kita selalu berprasangka pada oranglain sedangkan kita mmg kenal dia selalu ada untuk kita, senang atau susah?
Betulkah kita amat mementingkan perasaan sendiri?




LEARN TO BE HAPPY FOR OTHERS

"Therefore, say we saw someone got something that we have always wanted, something that our hearts desire, something that has always been on our "Wish list", something that we have worked so hard for, something that we have been dreaming to have, something that makes us salivate and drool like when Homer simpson saw food, shouldn't we ask ourselves - Who was the one who actually gave those things to them?

Erm... Allah?

Of course Allah, you are absolutely right!
For that reason, if we are envious towards them all, doesn't seem that we are UPSET with Allah the Almighty?

Nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us. He is our Lord. ( surat At taubah, 9: 51)

So I asked myself: how on earth could I love others if.. I have envy creeping, crawling and growing in my heart all the time?"

You will not enter paradise until you believe and you will not believe until you love one another (related by Muslim)

It is he, the Devil, the one that has promised Allah to use whatever ways and means, to seduce humans to go against Allah, our Lord, so that we won't be able to enter His Paradise.


 ....... Do not envy one another ........ (related by Al Bukhari and Muslim) - rujukan hadis


Envy eats nothing but its own heart- a German proverbs
(that an envious person is only hurting themselves in their jealousy)


Based on book: Life is an open secret you, me and we, Secret seven by Zabrina A. Bakar.

Nurindah's note: As Zabrina the writer said, Learn to be happy for others. May Allah bless us all during Ramadan, and throughout the year.


Di bawah ini cuma tayangan menu tertunggak. Terima kasih buat teman2 yg berkunjung. :)) :



Ikan Senangin masak tempoyak. Tak susah, main lebur jer. 1 ulas bawang putih, 1/2 biji bawang besar, halia, lengkuas (semua ini dikisar), air setakat tahap ikan, 2 sdm tempoyak, cili padi diketuk cukup rasa, serbuk perasa dan garam. Saya rebus sehingga rasa ikan sebati dgn kuah. My hubby suka bila saya guna ikan ni buat masak tempoyak sbb ikannya rasa lemak.


Telur goreng dgn bawang, ikan bilis dan cili padi. Happy. Main tumis dan macam telur hancur.


Belajar makan ulam. Jarang makan ulam kecuali makan ngan nasi goreng. ;)


Sambal cili merah dgn mangga.


Sambal kerang. Happy too. sebab dah rebus kerang kelmarin dulu, frozenkan isinya. Separuh buat sambal.


Separuh lagi buat kue teow kerang ni.


Monday, July 25, 2011

DTA (duduk, tulis, atur) Persediaan untuk ramadhan...

Salam sejahtera,

Sihat ke semua? Saya dan suami sihat-sihat jer. Alhamdulillah. Dah 23 Syaaban. Terasa cepat masa berlalu. Agaknya nanti, Ramadhan juga tak terasa, cepat habisnya.

Bagi my hubby, kerjanya akan kurang menjelang bulan puasa. no project, kurang production.

Saya pulak yg rasa macam tak cukup nafas. Ini simptom2 biasa seorang isteri apabila menjelang Ramadhan. Macam2 kena fikir, sedangkan orang lelaki relaks jer. mana aci.. ;)


HARI RAYA

Kenapa kena fikir raya dulu? Bukan terniat pun, tapi faham jerla. Barang utk hari Raya adalah terlebih mahal berbanding di bulan puasa. Kenapa? Agaknya sbb orang selalu buat makan2 lepas raya. Pembekal selalu ambil kesempatan naikkan harga. Terutama yg berniaga kuih raya, mesti jenuh nak kira untung rugi. yg jahit baju tak dengar pula harga kain naik.

Kena jugak bajet apa juadah utk hari raya. Bolehla bajet kuantiti dan duit siap-siap kan? Belum lagi bajet nak bagi pada parents. Perancangan juga akan buat kita lebih tenang.

Saya ingat nak pakat ngan adik-adik buat kuih raya sebelum puasa ni. Sebab bulan puasa, saya mesti sibuk dgn family sendiri. Itu utk abah mama dan adik-adik saya. Nak berkejar cari bahan lagi ni. ;)

Sunat hari raya, ialah memakai baju baru. Itulah dia. termasuklah baju yg baru dibeli tetapi belum dipakai. ahaks.. Kena kira jugak bajet. Jangan orang kata murah, terus kita rembat. Sebenarnya yg paling kita suka itulah yg patut kita ada. Carilah dahulu kat mana2. Satu lagi biar sedondon dgn suami atau anak2. Rasa seronok jer.

Kalau nak hias ruang tamu pun , mestilah cari yg berkenan dulu dan paling mampu. Tak salah. Kita pun nak rumah kita nampak cantik dan selesa. Saya kalau bab ni selalu surrrender, takde bajet sangat. Sedangkan hubby ada anak-anak buah (di tmpt kerja). Terasa juga bila tak buat open house. Tetapi macam hubby cakap, kita rumah sewa jer. Tak yah fikir sangat nak renovate ker hias-hias..

Hari raya, ialah hari utk bajet dan bergembira. Tahan nafsu banyak2 sebab syaitan semua dah lepas, kan? hehehe...


Masuk pula cerita Ramadhan.

Dah habis bajet-bajet, kita jangan lupa meluangkan masa utk hadiri ceramah persediaan Ramadhan atau baca buku-buku bab puasa dan pencerahan hati. Hati pun kena bersedia juga, sebab bulan Ramadhan ialah utk beribadah. Pencerahan hati itu perlu, mengingatkan hati yg lalai juga perlu, membersihkan hati yg kotor juga perlu. Kita semua tak trlepas dr perkara itu.

Start baca al Quran dr al baqarah dan cuba utk khatamkan bulan ramadhan nanti. Mulai juga disiplinkan diri jaga waktu solat, bangun 4 pagi bertahajud dan kenali ibadah2 sunat yg kita jarang buat kerana sibuk. Pencerahan bab ibadah pun perlu. Biasanya bab tarawikh, hari pertama tu, Imam akan bagitau caranya dan berapa rakaat. Yg dah lupa tak perlu risau. Saya juga ada listkan cara solat tarawikh kat SINI.

Ada banyak ganjaran yg Allah bagi. Kalau syurga dan neraka pun ada utk umat manusia, mestilah ganjaran pun ada. Pahala pada bulan ramadhan ni berlipat kali ganda. Sebab tu la, saya sempat cadangkan pada mr hubby, sbb kelab kat kilang tu nak sedekah duit kelab kat masjid. Lagi bagus tunggu masuk bulan Ramadhan. Pahala pun lagi banyak.

Sebenarnya, banyak dugaan yg bakal kita tempuh di bulan Ramadhan ini. janganlah fikir semua org akan kasihankan kita dan produktiviti menurun. Mr hubby ada bagitau isi ceramah persediaan puasa kat kilang haritu. Katanya, orang terdahulu berperang adalah di bulan puasa, dan mndapat kemenangan. Berpuasa buat mereka lagi kuat sebenarnya. Produktiviti sepatutnya makin naik. Malu kalau orang bukan Islam nampak kita layu jer..


SAHUR

Sahur? Aiseh, nak kejutkan diri sendiri dulu. nak kejutkan suami lagi. yg ada anak, kejutkan anak2 lagi. 1 jam masa macam tak cukup jer waktu sahur tu. Kalu dah bangun pukul 4 pagi dgn lauk semua lupa kejung sebab lupa 'defrost'.. alamatnya pukul 5 pagi pun belum tentu siap.

First sekali taun ni, saya nak buat sunat tahajud dulu. Sebab rugila dah bangun awal tapi tak minta restu dari Allah utk kelapangan hati dan ketabahan utk buat kerja, beribadah, dan berpuasa di bulan ramadhan ni. Nak mintak semua dipermudahkan dan tambah2 lagi rezeki. Ini tips saya baca dari majalah Anis bulan julai.

Memasak sahur ni, biasanya kena set '30 mnt preparation' dan '30 mnt cooking'. Kenapa panjang sangat? Sebab... belum masuk lagi dgn otak blur. Menu apa ek yang ada selera nak makan? Memilih juga bab makan time waktu suntuk macam tu, yang balance berbuka dah tak lalu. hehehe... 'Timing' lagi jadi tak betul kalau mata dok terkatup-katup. Rasanya kalau pre-cooked menu sangat membantu masa ni, contohnya sambal tumis siap frozen, ayam goreng siap dan cuma masak kuah masak kicap, ikan siap diperap garam kunyit. Daging pula siap rebus dan froze (bekukan), tahan seminggu dan boleh buat daging masam manis atau sup cepat. Air daging tu simpan juga. udang boleh siap kopek awal2. Kerang pun sama, terus direbus lepas dibeli, lepas tu terus kopek dan frozenkan. Siap utk diguna buat sambal kerang atau dlm char kue teow. Tapi dalam bersedia semua ni..... mesti jangan lupa Defrost (nyahbeku) bahan masak sebaiknya dari waktu berbuka . ;)) Tapi tak kurang juga ada teman2 saya yg rajin memasak sebelum tidur. Mama saya dulu-dulu, suka simpan separuh lauk yg dimasak utk berbuka, separuh dimakan. Jadi, kalu terlambat bangun pun, ada lauk siap dah... pastu dah lambat macam tu katanya masak nasi guna dapur gas lagi cepat. :)

Selera kami, ialah Nasi panas. walaupun nasi balance berbuka, kalau dipanaskan sah habis. Satu lagi tips selera sahur ni, nasi dari beras wangi. Mahal kan? Tapi saya cuma campur separuh dari sukatan beras biasa. Ada aura wangi cukuplah. Kalau ada bajet lebih, nasi beras wangi ni memang membuka selera time bersahur. Cubalah.

Menu sahur lain pula, mesti ada sup atau bersantan. Sayur mesti masak sayur baru, barulah ada zat. Jangan tak caya, kalau badan rasa lesu dan tak bermaya, masak sayur masak lemak. Insya Allah badan tu rasa kuat sikit. Selain tu, sup panas memang membuka selera. Sup panas lagi senang, kadang2 nak cepat taruk jer kentang, carrot, seleri, supaya 2 dlm 1. Kalau ada slow cooker lagi mudahla sebab kita boleh buat dari sebelum tido, pastu tinggalkan jer. Terutama time nak makan Bubur. Lauk yang paling cepat dan buat berselera ialah ikan/telur masin dan telur la. Tetapi ikan/telur masin takleh makan selalu sbb buat cepat dahaga esok harinya. Masak sambal pun enak. kalau saya, waktu sahur ni suka yg masin, masam dan pedas jer (macam sambal tumis) tapi manis takmau..

Pastu at least segelas susu utk kalsium harian (sahur dan sebelum tidur) dan multivitamin (sahur). Lagi.. mesti minum Air kosong 2-3 gelas.


BERBUKA


Sunatnya berbuka dgn makanan yang manis. khususnya buat kurma/tamar. Sebiji pun dah ok. Tekak orang melayu ni, suka berbuka dgn kuih manis tapi basah macam tepung pelita, bubur manis, lompang, kuih talam, onde-onde... :) Selain tu air manis. kalau masa kecik dulu, tebu memang akan dicari sebab abah saya menanam. Cuma tumpang mesin jer kat gerai tebu. Tapi dulu2 gigi masih kuat, bulan tak puasa senang jer nak gigit batang tebu tu. Sebab tu la, kalau musim puasa ni, Air buah sangat laku. Sebab Air buah buat kita rasa lega sangat... :D Tak susah mmbuatnya, asalkan ada blender. Kalau tak suka seratnya, boleh jer tapis tapi kalau ada pengisar jus tu lagilah senang. Buah yg sedap diblend ialah Oren, epal hijau, tembikai merah, mangga, carrot campur susu, honeydew (tembikai susu) campur susu.

Menu? Rasanya tak susah. Lauk pauk ni, mungkin kena list dulu yang mana paling suka dimakan dan boleh masak berdasarkan menu yg pernah dibuat. Asalkan lengkap menu lauk sayurnya, habis dimakan, tidak mmbazir dan happy time berbuka pun dah syukur sangat. Pasar ramadhan banyak. Tapi pilih2 la gerai. Tak semua lulus piawaian majlis bandaran tu. Nampak jer panas, tapi bila balik rumah, rasanya macam semalam punya. uhuks. Atau mungkin cara dia masak, memang tak tahan sampai petang.

Satu lagi, boleh juga bertukar hidangan. Tapi yg nak bagi tu lebih baik yg dimasak sendiri, sbb dah namanya 'Main tukar menu' kan? Boleh jer pakat dgn kawan2 setetangga yang agak rapat. Sekarang ni tips saya utk balas pinggan ialah masa orang tu hantar, saya nak terus masuk menu saya tu dalam pinggannya. Jadi, adalah sesuatu yg istimewa dr saya utk jiran berbuka kan? Macamla saya yg terkenang2 kat dia masa berbuka. Banyak pahalanya, menambah kemesraan... Mungkin hari ni orang sebelah, lusa orang 2 pintu, tulat orang 3 pintu. Saya baca pasal ni dari majalah Anis juga, bulan Julai. Itu tradisi orang2 lama utk menambah mesra.

Tapi kalau takde balasan jangan pulalah berkira sangat. Kalau taknak terasa sbb orang tu selalu 'simpan' pinggan kita, bagilah dalam foam ker, plastik makanan. Dah bagi, habis, jangan dok ingat lagi. :))

My hubby, tak makan sangat kuih. Saya pula makan sangat2 terutama kuih pelita. orang pantai timur ni mmg tekak kuih manis dan basah. Tapi cadangnya saya nak list bbrp jenis kuih yg saya boleh buat dan disukai dahla. Bayang-bayangkan kuih lompang, lompat tikam, kuih bakar pisang, pengat pisang, bubur kacang, onde-onde. Rasanya tak yah buat 'try n error' bulan puasa ni. Buat geram jer kalau tak jadi. hikhik....

Satu lagi minum Air kosong 2-4 gelas seblum tidur. Selang seli minum sms solat tarawikh pun ok.


Apa lagi yang tertinggal?

Lepas habis Ramadhan, rasa macam hari biasa jer. Alangkah bagusnya kekuatan rohani setanding dgn bulan puasa. Mungkin juga sbb kita terbiasa, beribadah banyak2 bila kita fikir ganjarannya banyak. hehe... Tetapi trust me, antara orang yg bersedia utk berjihad dgn orang yg tidak bersedia... amat jauh beza kualiti amalannya di bulan ramadhan. Kita nak kualiti, bukan kuantiti. Moga saya dan suami kuat semangat. Moga kita sama-sama dapat kekalkan kekuatan rohani itu.


Aiseh, rasa macam cerah sikit fikiran lepas susun. :))  Moga bertemu lagi..


Wednesday, July 13, 2011

r and r


Salam sejahtera, dah petang ya...

Memasak bukanlah satu kebanggaan bagi isteri, melainkan satu 'fardu' dalam rumahtangga.

Ada juga masanya saya manja, mengajak suami ke pasar malam,makan di luar atau beli bungkus. Bahkan saya gemar pula makanan di pasar malam itu. Mungkin ms kecil, saya jarang makan lauk sedap-sedap. Jadi, bayangan kesedapan itu selalu dibandingkan dgn pasar malam, yg waktu itu muncul pelbagai jenis makanan baru yg nampak menyelerakan. maklumlah budak-budak suka pelbagai rasa, warna-warni..

Masakan yg dibuat sendiri sebenarnya lebih berkah utk dimakan ahli keluarga. Ada banyak doa yg boleh dibaca semasa menyediakan makanan yg didoakan itu bakal dimakan dan mnjadi darah daging kita, anak dan suami kita. Moga mnjadi darah daging yg baik.. Dgn memasak bajet makanan lebih mncukupi, menepati citarasa kesihatan dan lidah kita. Dan kita pun tahu.. lagi bersih.


Tapi tatkala kita sakit?
Nak masak sendiri pun, dah takde mood dan selera. Hatta nak keluar mmbeli makanan pun rasa tak larat. Seorang isteri yg rasa ingin brmanja dan disuap-suap. Itukah ukuran sakit?

Suami sekejap lagi akan balik kerja. Kepala kita dok nyut-nyut walaupn dah makan ubat. Beruntunglah isteri yg suaminya mahu ke dapur. Dan kasihanlah pada suami yg tak mahu masak atau beli, tetapi hanya mahukan 'Maggi'. Aduhai sayang... itu bukan makanan penambah tenaga :P

Jadi ia bukan alasan kita tidak memasak.

Siapa kata memasak bukan satu jihad?

Awal-awal lagi saya msg padanya, bhw saya kurang sihat. Hati rasa lebih lega setelah meluahkan. Fikiran lebih lapang setelah mengadu.

Lepas tu, hanya makanan pre-cooked sebagai penyelamat. Ada ayam drummet ayamas. Nasi, rice cooker yg masakkan. Asam pedas isi ayam menggunakan paket segera asam pedas adabi .  Sayur bayam kesukaan saya digoreng saja. Siap. Alhamdulillah.

Hasilnya, saya lihat Mr hubby lebih prihatin pada saya . Dia melihat saya berusaha melawan kegeringan. berbanding saya rehat saja atau merungut2 sakit atau meminta dia membeli di luar. Ukuran lelaki pada wanita yang suka merungut amat lain, kan?

Dia cukup memahami walaupun memasak bukan kegemarannya. Itu sudah cukup.

Melawan sakit itu juga satu jihad . Semat di hati rapat-rapat...

Foto  di bawah diambil setelah badan kembali tenang. 










Monday, July 11, 2011

Nasi goreng jagung, kari ayam pekat, kepak ayam goreng pedas manis



Salam sejahtera. :) Cuti lagi saya kan? balik banting lagi, sbb kami jumpa doktor gigi. Kami cari tmpt yg kami suka, sebab almaklumlah.... nak rawat cik Gigi. Lagipun kami pun kena caj free jer, under claim kilang. Alhamdulillah. Jangan takut-takut jumpa doktor gigi. Buat cuci gigi 6 bulan sekali, kerana harganya lebih murah sbb 'plak' masih sedikit. Pastu kita dapat kesan gigi mana yg bakal sakit. Takdela meraung nanti bila tampal dan doktor korek2 gigi kita yg sakit tu. Hadoi!

hahaha... jangan seram. Itulah dugaan. sama dgn cerita 'Bersih' yg hangat di youtube. Sama menyeramkan. Ya Allah. Pandangan setiap orang berbeza, dan saya hormati. Suami saya beria-ia bercerita. Saya pula tak minat. Saya tidak mahu jadi sprt di Mesir. Sbb dah banyak campur tangan banyak pihak, banyak pandangan, banyak salah faham, banyak aura fitnah, banyak unsur kemarahan, dan atas nama perjuangan masing2. Yg terbabit dan bersengketa, Saudara seislam kita. Saya tak mahu begitu. Ya Allah, lindungilah.. Benar,saya seorang penakut dgn ideologi sprt ini. Janganla pula sergah saya, ya... :)

Oh.. terima kasih pada cik Anie kita kat shoutmix tu. Terharu saya.. sob sob. Blog saya ini cuma nota masakan saya dan nota mmbebel saya. Terima kasih sebab sudi datang dan mencuba resipi. Syukran jazilan juga buat semua pelawat dan teman2 yg selalu singgah. Dgn tetamu, blog ini ada berkahnya dan ada serinya. Moga2..



Sekali tengok, tak macam kari...macam rendang pun ada. Tapi namanya tetap kari . hehe.
  Saya padankan dgn nasi goreng, sedap.  Esoknya kami makan dgn nasi lemak beserta sedikit sambal dan bilis. Memang padan.. :))


KARI AYAM
Sumber: majalah Sedap bil 29/2010
servings: 8 person
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot. Saya permudahkan resipi.
Ayam ini ala kari india. Selain nasi goreng, sedap juga dimakan dgn nasi lemak. Utk 5-6 ketul ayam, saya guna separuh bahan.

RESIPI:
1 ekor ayam
5 kuntum bunga cengkih
5cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu makan puri tomato (Kimball)
2 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh gula pasir (secukup rasa)
400ml air
1 sdt air perahan lemon (saya guna air limau kasturi)
3 sdm minyak untuk menumis

Bahan dicincang halus:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 cm halia

Segala serbuk rempah:
1/2 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk lada hitam
1 sdt serbuk cili
1 sdt Garam masala
Saya tambah: 1 sdt Serbuk kari baba's sbb nak rasa lebih kari..


CARA MEMBUAT: (yang asal)

1. Tumis bahan cincang tadi dengan bunga cengkih, kulit kayu manis, halia dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan puri tomato, garam, gula pasir, dan semua serbuk rempah. Kacau rata.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak sehingga menyerap. Tambah air perahan lemon. kacau rata.

4. Nota Nurindah: Saya rebus ayam tu dahulu (Ayam +halia + air separuh paras ayam, dan tutup periuk, rebus dgn api kecil hingga masak) . Saya masukkan ayam selepas masukkan semua bahan dan letak air rebusan setakat perlu utk kuahnya. Kecilkan api untuk biar ia sebati dgn rempah.




Baunya sedap...


KEPAK AYAM GORENG PEDAS MANIS
Sumber: majalah Sedap bil 29/2010
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot. Saya olah resipi utk memudahkan.

RESIPI:
6 ketul kepak ayam, dikerat dua bahagian (kepak dan drummet) - saya tak potong pun.
Untuk menyalut - 3 sdm tepung beras

bahan perapan:
1 sdt air perahan lemon (saya guna air limau nipis)
1/2 sdm serbuk cili
1/2 sdm serbuk bawang putih (saya guna bawang putih ditumbuk halus)
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah
1/2 sdm madu


CARA MEMBUAT:
1. Lumur kepak ayam dgn bahan perap. 10 minit. Saya buat setengah jam.
2. Masa nak goreng, gaul kepak ayam dgn tepung beras, salut nipis jer.
3. Goreng dalam minyak yg dipanaskan sehingga masak. (Tepungnya cepat garing, jadi pastikan api dapur kecil skit)


Asalnya nasi dingin malam sebelumnya simpan dlm fridge. Sebab banyak dan masih elok dimakan,saya buat nasi goreng bubuh jagung ni. Habis licin kami makan... :))


NASI GORENG JAGUNG
Resipi: kak ummizaihadi.blogspot
Nota: kali ni takde udang.. kali kedua buat nasi goreng ni. Terima kasih banyak kak ummizaihadi. Mohon halalkan kak..

Bahan:-

* 2 mangkuk nasi putih
* 1/2 tin jagung biji (corn kernel)
* 1 labu bawang besar (didadu) 
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 biji cili merah - dicincang (saya ganti capsicum)
* 10 - 12 ekor udang  (takde)
* 1/2 sk. lada sulah
* sedikit daun bawang n daun sup (tak bubuh)
* garam secukup rasa

Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili hingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan lada sulah dan udang, kacau sebentar.
3. Masukkan nasi putih, kacau rata dan masukkan garam. Biarkan nasi masak nampak sedikit berasap.
4. Masukkan jagung tadi dan kacau rata sebentar...jangan terlalu lama, nnt kecut sgt jagung.
5. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tabur daun sup dan daun bawang, kacau rata. Angkat dan hidangkan.

Thursday, July 7, 2011

Tart telur simple

Salam sejahtera.

Mengambil masa sedikit malam ini. Dinner? Alhamdulillah, nasi ayam yang dibawa balik mr hubby. Ada kuliah kat kilang. Macam biasa, dia pesan supaya jangan masak. Aduh, segan pula saya bila dia selalu sangat bawa balik makanan dr jamuan. Ingat juga dia kat saya masa makan nasi ayam tu, ya.. hikhik..

Oklah, tart ni dibuat siang tadi. Ambil langkah senang. So, let's see..


Lagi garing tart ni, lagi rangup pastrinya..



TART TELUR SIMPLE

1 paket Puff pastry jenama Kawan
Acuan tart - disapu dgn majerin
Atau acuan kecil aluminium foil (tak perlu sapu majerin)

Filling Tart
Sumber: majalah Pa&Ma

3 biji telur
200ml susu segar
150gm gula pasir
1 sudu kecil vanilla.


CARA MEMBUAT:
1. Buat filling tart. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan mix sehingga kembang. Saya tapis, dan biarkan sekejap supaya hilang buih-buihnya.

2. Panaskan oven 170c, 15 minit.

3. Potong puff pastry mengikut acuan. Yang lebih-lebih tu pun saya tampal saja pada dinding acuan. Saya tekan-tekan sedikit supaya rata. Lepas tu, cucuk sedikit pastry dgn garfu.


4. Kacau sedikit filling tart, dan tuang perlahan-lahan dalam acuan pastry tadi.

5. Bakar selama 30-40 minit. suhu 170c. Sebenarnya lagi garing, ia lagi rangup dan sedap kerana tat ini menggunakan puff pastry. Cucuk tart untuk tahu ia dah masak atau belum.








Bila dia belajar..

Hari ini, saya bercerita lagi. Terkenang kisah-kisah lepas sambil teringat, malam tadi kamera habis bateri. Takde foto makanan. Insya Allah, selesai masak arini, baru saya blogwalking.


Dia mahu menahan

Saya ingat satu pengalaman saya di bulan puasa. dgn seorang anak yg brpuasa. Saya mengasuh di taska selepas sesi mengajar tadika. Dari awal ibunya hantar, ibunya brpesan bahawa anaknya berpuasa. Tolong tengok-tengokkan.

Anak itu sudah 6 tahun. Awalnya, elok jer. Menjelang petang, selepas bangun tidur pukul 4-5 pm, dia mula baring letih. Mengadu apapun tidak. Saya juga risau, tanya keadaannya. Tetapi saya yakinkan dia, Insya Allah, boleh teruskan puasa. Ini bukan pengalaman pertama saya dgn anak-anak yg brpuasa. Lagipun dari buku pendaftaran, ibunya sendiri tidak menyatakan anaknya mmpunyai apa-apa penyakit.

Tetapi rakan-rakan saya yg lain kasihan padanya, asyik menyuruh saya mendorong anak itu berbuka. Katanya takut jatuh sakit. Sebab dia letih dan nak tidur.

Saya bingung dan hati lemah. Siapa yg tak kasihan? Namun, mengikut pengalaman saya dgn anak2 tadika lain, saya lihat anak itu masih mampu bertahan lagi. Saya sebagai guru, bukan sahaja pengasuh, harus mendorong dia teruskan berpuasa dan mmberi perhatian padanya. Saya juga takut ibunya tidak izinkan anaknya berbuka puasa. Ada juga ibu yg mengambil berat hal seperti itu. Terutama anak guru. Saya mmberi perhatian padanya sepanjang petang itu.

Masa ibunya datang mengambil dia, rakan-rakan saya macam menyalahkan saya di hadapan ibunya. Waktu itu dah hampir maghrib. Masa tu juga, dia bagi air pada anaknya. Matanya macam menyalahkan saya.

Anak itu kuat hati. Sepatah pun dia tak mengadu letih berpuasa. Cuma dia kelihatan nak baring dan main sedikit dgn adiknya. Tapi bila disua air, manakan dia menolak? Saya cuma terkilan. Anak yg berjuang seperti itu harus diberi ganjaran besar! Hampir saja saya berjanji dgnnya mmberi hadiah! Tapi ya, sebab ibunya macam marah pada saya, dia pun sama, sbb saya bukan ibunya.

Ya, jika dia meminta berbuka pada tengahari, saya juga lemah kot. Cuma sebab sudah 2 jam lagi utk berbuka, saya berusaha mendorongnya dan saya disalahkan. Saya pula yg patah hati..



Dia mahu berjemaah

Hari tu berqiyamullail. Saya lihat ada beberapa kanak-kanak yang saya kira belum baligh yg berada dalam satu saf dewasa. Mengikut tertib saf yg guru saya ajar, tidak boleh begitu.

Saya tidak menegur. Saya tau mereka anak-anak yg ingin belajar Qiyamullail. Kagum melihat kesungguhan mereka yg berumur 6-8 tahun bangun seawal 4 pagi. Saya tak ingin patahkan semangat mereka.

Antara solat tahajud yg 4 rakaat dua salam, ada jemaah di sebelah merungut kerana ada jemaah kanak-kanak di sebelahnya. Sorang jemaah lagi, siap berkata "mak diaorang tak ajar ke tak bole satu saf dewasa?". Kelu hati saya. Bukan begitu caranya kita orang dewasa berkata.

Saya diamkan saja kerana itu Solat Sunat. TIada apa yg nak digaduhkan dalam keadaan gelap dan seawal 4-5 pagi tu.

Bila masuk azan Subuh, saya masih lihat seorang anak itu mahu ke depan. Kakaknya bersama. Saya terpaksa masuk ke saf itu. Dan saya tegur sambil menepuk belakangnya. "yang belum baligh kena saf belakang". Saya tidak mengusir, cuma menyatakan dan yakin dia faham. Saya senyum saja.

Kasihan anak itu, mahu bersama kakaknya. Saya tunjukkan ada deretan jemaah kanak-kanak di belakang sana, sebelah kiri. Anak itu mengikut kata saya dan saya lihat kakaknya yg mungkin dalam 10-11 tahun mengekor adiknya. Aduhai, belum baligh rupanya...

Hati saya kelu, hiba pun ada. Alangkan anak itu baru belajar solat dan mahu berjemaah sewal pagi itu. Cuma guru-guru saya berpesan tertib safnya. Dan saya tahu, anak itu mungkin marah pada saya, kerana saya terserempak kakaknya selepas solat dan dia menjeling. Siapalah saya utk menegurnya. Agaknya orang tuanya berkata boleh.

Bahkan banyak kali, di surau mana-mana saya lihat ibu dan anak 6-8 tahun solat bersebelahan. Apa salahnya kalau dibelakangkan sedikit anaknya, tanda berjemaah? Bahkan kain solat surau pun diberikan pada anak-anak kecil. Yang dewasa ni menunggu giliran memakainya. Kenapalah si ibu tidak memahami pentingnya mendahulukan yg dewasa? Kerana tidak mahu berkecil hati, saya tidak lupa beg kain solat saya setiap kali keluar jauh dr rumah.


Maksudnya: “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber khutbah jumaat masjidnegara.gov



Wednesday, July 6, 2011

that's what a wife is for

Salam sejahtera,

Selamat berjumpa lagi di pagi Rabu. hikhik.. dah rabu rupanya.

Nak cerita ke ni? Hurm...  Transformer and The Green Lantern? ;)

Last week, kami tengok wayang 3D. hehe... segan pulak rasanya nak bercerita.  Yalah, pandangan orang macam-macam. Bukan semua yang kita suka, oranglain berkenan.  Apatah lagi bila nak bercerita macam ni.  Bukan selalu, setaun ada la  1-2 kali jer pergi tengok. Tak baik mmbazir utk hiburan setiap bulan kan? Lagipun just utk tengok movie  3D jer.   Masa nengok wayang tu juga, jangan lupa waktu solat. Walaupun dgn anak-anak.

Mula-mula mr hubby ajak malam-malam," Jom tengok transformer? " Saya menyengih jer.  Lagipun saya pun suka movie macam tu. Sampai GSC,  semua 'Full Seat'.  Jadi, kita tukar tengok Green lantern. Beli jugak tiket transformer utk esoknya,  sebab hubby memang nak tengok cerita tu.

Sape lagi yg nak pergi tengok? Green lantern, grafik dia bagus, tetapi watak kurang beremosi. Ceritanya ada kuasa dr angkasa lepas, jatuh ke bumi, dapat pada sorang lelaki ni. Dapat kuasa cincin, yg sekali2 kena cas dgn green lantern. Jadi hero bumi. Tetapi, tengok waktu malam best. Mau nak terjerit tengok hantu yg jadi watak jahat tu. muahaaa..

Green lantern tu tengok 12 malam. Sampai la ni, teringat-ingat mulut hantu tu menganga. Lekas2  cabut spek 3D tu. hehehe...   tapi best, sebab sekali-sekali keluar tengok wayang ngan suami. Bukan selalu pun tengok wayang. Last.. tengok Narnia akhir tahun lepas dgn adik-adik yg dah jd anak dara tu sekali. :)

Transformer pula, banyak aksi. Tetapi ada banyak babak yg bermakna, contohnya masa BEE (bumblebee) nak dikorbankan, (I love Bumblebee ;), masa bandar kena serang dgn Decepticon tu dan ramai orang kena tembak, masa the boy yg jadi kawan Bee tu ingat autobots semua dah meletup tiba2 muncul selamatkan bumi dari diperintah Decepticon. Fuh... saya banyak terharu kali ni.


Itu semua cerita last week. Pastu balik Banting.  Sabtu petang balik sini. Malam tu tido awal.  Kat masjid ada Qiyamullail pulak. Kita berqiyamullail pukul 4 pagi pulak. Ustaz Nuruddin ada datang buat ceramah, sambung kuliah kitab. Tapi saya ambil Qiyamullail jer, perut tak sihat. Hubby yg sambung sampai sunat dhuha.

Kadang-kadang saya kesian pada hubby.  Bila dia dikata  jarang pergi kuliah agama.  Sedih hati saya. Padahal sejak kami berkahwin sampai sekarang ini, setiap kali ada kuliah agama oleh biro dakwah kat kilang,  my Hubby selalu balik lewat. Kadang2 baca yasin dan tahlil. Kadang2 ada ustaz jemputan yang mengajar.   Kilang  tu milik bumiputera. Thats why ada bahagian dakwah. Tak pelik kan?  Tandanya, hubby akan bawa bekal nasi lebihan jamuan masa kuliah, sebab ada lebih.  Dan saya akan tanya, apa yg dia belajar. Kadang2 bila sempat waktu pagi di masjid, ada juga ceramahnya.

 Ya, ilmu itu dicari dan dinilai.  Jangan takut bila mghadapi perubahan hidup .  Jangan takut kalau berhadapan dgn bermacam fakta agama dan pelbagai ustaz yg pelbagai fatwa. 

Orang macam my hubby yang kuat kerja yg sering balik lewat kerana anak-anak buahnya belum balik kerja..  yang selalu orang call tengah malam sebab mesin rosak.... yang selalu  terkejar-kejar masa kerana dia  try to  spend masa utk buat benda yg dia suka dan minat.  Kerja kilang mmg seperti itu.  Masa yg sedikit terkejar-kejar.  Please have pity on him...   

Oklah, tutup bab tu.  Saya, lebih suka menurut kata, kerana takut menyusahkan dia.  Tak susah pun, bcoz  that's what a wife  is for.......    supporting. 

Kita nengok menu malam tadi je.


Sambal udang dengan petai.  Mr hubby teringin nak makan petai. Jadi, saya beli petai ni semasa ke pasar pagi kelmarin. Naik bas lor...  tapi hubby asyik pesan suruh sms dan call bila sampai rumah. Lor, sayang.... i can take care myself  :)  Lagipun pasar pagi lebih segar dan banyak pilihan sayur kampung.


Cendawan goreng. Ikut resipi cendawan hot and crunchy Kak Nor, tetapi jadi kenyal pula. Agaknya sebab saya pakat bubuh jer yogurt tu banyak2. hehehe..  Serbuk cili kasar pun takde. Takpe, Insya Allah...  next try


Ikan keli, macam goreng selalu. Dengan garam kunyit dan bawang putih tumbuk.


Sayur pucuk manis masak lemak.Letak udang 4 ketul.


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers