Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, November 30, 2011

Diet plan? ^___^




Kali ni, it's OK, kalau nak garu-garu kepala. :)

Ingat lagi, saya dan Hubby buat medical check up? We already a member. Golden horses health sanctuary.

Dah 4 tahun.  Ya, saya tahu ada tempat check up swasta yg lg murah. Sebenarnya 'TERAMBIL' pakej ni masa tu. Lebih kurang macam bila kita di promote barang di pasaraya tu, harga yg murah, dapat double triple hadiah sampingan. Tapi yg ni, pakej kesihatan, medical check up. Kejadian 4 tahun lepas, memang banyak juga habis masa tu. Mula2 saya rasa nak tolak pakej ni dalam ' waiting period', tapi My Hubby kata nak teruskan juga sebab dah kena caj.

Tapi saya tak sampai hati nak syorkan pada sesiapa, bahkan tak berani nak bagi no contact kawan-kawan, kerana anda perlu bayar ON THE SPOT dgn apa cara, especially kad kredit. Ia cara yg sama sprt apabila kita pergi seminar-seminar pelaburan dsbg, yang katanya 'FREE' . Tapi di 'brain wash' sehingga kita tertarik dgn pakej lanjutan berharga ribu-ribu. :) Bukan salah mereka, kita yg salah. Kita belum pandai menepis taktik peniaga kerana orang sekarang sanggup buat apa jua cara untuk mndapatkan duit. Jadi, peringatan dari saya, jika ada call dari sesiapa yg katanya dari health sanctuary, percayalah terselit pakej berbayar. Kalau rasa tak nak ambil, jangan hadir.  Biasa yg call, agen. Kalau tak nak, tolaklah dgn brhemah.

Yalah, perkara 4 tahun lepas, jumlah tu macam banyak. Tapi sekarang ni, jumlah tu rasa tak sebesar mana. Besar lagi kos maintenance keta Kancil kami.. haha... Kami ambik pakej individu, boleh bergilir suami isteri, juga Ibubapa.


Nasib baiklah, pakejnya sebagus yg dicakapkan. " Huh, saaaaangat lega, Alhamdulillah ". Kalau tidak, melopong kami. :))

Sama ada perlu atau tidak, kena tanya pada diri sendiri sebenarnya. Moga Allah mmberi berkah atas usaha ini.




UNTUK TEMAN-TEMAN DAN VISITOR


Panduan Pemakanan untuk pesakit anemia, gout, osteoporosis.

-Klik kanan mouse, open new tab. Boleh large.



Panduan Pemakanan untuk pesakit kencing manis, darah tinggi (hyper tensi), tinggi kolesterol (hyper kolesteromia).

- Klik kanan mouse, open new tab. Boleh large.



Yup......  result tinggi kolesterol. Skrg ni, tak kisahla badan kecik ke besar, asal tak bersenam cardio, banyak makan seafood, ha..... ada potensi nak ada kolesterol tinggi.  My hubby ok, cuma saya je.


E-mail dari Dietitian, Dr Gaiyal


1500 kcal LDL lowering diet plan ( Me  ). Diet di bawah mengikut result check up hari tu, berbeza bagi setiap orang.




1600 kcal LDL lowering diet plan (Hubby). Diet di bawah mengikut result check up hari tu, berbeza bagi setiap orang.











Monday, November 28, 2011

Kenduri-kenduri di cuti maal hijrah

BERPUASA HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa Hari Asyura (10 Muharram) diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.

Dari kitab la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Tuntutan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Asyura (10 muharram)


Assalamualaikum,

Moga teman-teman dan visitor dalam keadaan sihat dan mndapat Rahmah daripadaNya.

Alhamdulillah, dapat selesaikan tugas dgn baik. Sabtu dan kelmarin adalah hari yang sibuk. Sabtu malamnya, berkejar ke Rawang mncari Wedding present. :)  Ahad kelmarin, kenduri teman-teman My Hubby. Maklumlah musin kawen... Kalau kami tidak hadir mngucapkan tahniah, kami yang terkilan sebenarnya. Di dewan kelab golf dekat rumah kami.  Staf  (anak buah my hubby) pun harus dijaga hatinya.. tapi yg dekat Pahang tu, memang surrender la..  Di situ, memang meriah dgn kehadiran semua staf kilang, macam Annual Lunch jer...  :))

Kemudian menziarah staf (anak buah my hubby) yang mngadakan majlis kesyukuran, beliau accident baru-baru ni. Kemudian terus ke BB Salak Tinggi, majlis perkahwinan teman baik My Hubby (Hafiz) yg dah brpindah kerja. Teman dia main CPO :)  Sampai dekat pukul 4. Fuh! Lega dapat jumpa pengantin, tak kisahla makanan ada lagi ke tak, sebab buat kat dewan memang aturannya sprt itu. Itulah, kadang2 kami pun serba salah, terutama bila ada yang buat majlis bersanding kat Dewan, sebab ia ada timing, kalau lambat, macam nampak sangat lewatnya. Majlis bersanding di rumah pula, kadang2 kena awal sikit, terutama kalau sedara.. huhu..

Kemudian, ke majlis My MIL DAN FIL kat Banting. Ha... tengok tu, sepatutnya kami kena 'dahulukan' majlis mak sendiri,kan? Tapi itulah, nasib baik semua katering. Cuma mestilah perlu mengemas rumah dan memastikan persiapan tempat. Majlisnya malam. Sempatlah saya menolong My MIL, membantu memastikan semua hadirin rasa dihargai dengan kehadiran mereka di waktu hujan merintik.  Terutama sedara yg jauh dr rumah kami, dan yang membawa juadah pemberian mereka. Memang penuh, tapi hampir semua habis.  Fuh, lega...  Sempat mmberi 'berkat' utk dibawa pulang.  Anak sedara My Hubby, Damia pula masuk 3 tahun. Acara potong kek pula, meriah juga, kerana sepupu2 yg kecik2 semuanya ada. Hepi birthday ya, cayang... :))

Hari ni, Hubby kerja.  Kami brkejar balik ke rawang pagi tadi lepas makan sate banting, hehe... adalah sedikit juadah malam tadi dibawa ke ofis. Lagipun ramai yg cuti, jadi rasanya cukup. :D


Oh, ya, saya ingin postkan kelmarin, tapi tak sempat pula. Salam maal hijrah ya. Moga tahun ini adalah tahun terbaik untuk kita semua. :))


SALAM MAAL HIJRAH
Klik untuk large



GAMBAR AKSI-AKSI

Kesenangan itu datangnya dari hati, bukan dari senangnya kehidupan. :))













Thursday, November 24, 2011

Nasyid zaman asrama - Dunia baru Islam :)


Assalamualaikum,

Puas saya cari mp3 nasyid dunia baru islam ni, tapi hampir semua tersangkut-sangkut. Tak apalah. Saje nak hidangkan halwa telinga. Semangat.. semangat... hehe. Teringat zaman dok asrama dulu. Dr ting 1 - 5, remaja saya kat asrama jer. Kawan kurang, tapi kadang2 waktu petang ada lagu nasyid, dr corong speaker. Layan jer... dari berebut tengok Tv kat dewan makan/dewan tv. hehe... Lagu ni rasanya kawan sekolah saya yg perempuan ada juga nyanyikan dlm group nasyid kat sekolah, terutama masa majlis2 sekolah. Sedap suara solonya.. :) maklumlah suara perempuan, mendayu skit, syahdu jer dibuatnya...

My Hubby balik dekat pukul 10 tadi. Makan apa ya? Tadi tomyam brokoli, telur dadar, ikan rebus celup tepung, air oren. Hari-hari yang lalu, ada juga buat omelette bercendawan, sambal tutok, sayur pucuk manis dengan keledek masak lemak, sayur kangkung masak lemak dengan udang... dll. Gambar takde, tengah simpan mood. :)

Oklah, My Hubby tengah tido. Lepas solat Isyak tadi, saya belum rasa nak tido. Jadi, menaip sekejap bila dengar lagu Amani tu tersangkut2. Tak sedap pula, kan? :D





Dunia Baru Islam
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
Sumber: http://liriknasyid.com


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi

Pengirim : Asyraff Hafdzan

Nasyid Amani-amar buat adikku.. Mencari isteri

Sumber foto nayzak.deviantart.com


Assalamualaikum,

Teringat seorang adik yang ingin mencari isteri. Mungkin mahunya isteri yang solehah, mungkin juga mahu isteri yang serasi dengannya.

Antara pandangan saya:


Isteri boleh dibentuk oleh suami, tapi suami sangat susah kerana dia imam.
Tapi carilah isteri yang Hatinya lembut dan patuh. Nescaya adik akan aman.

Isteri boleh ditegur oleh suami, tapi suami amat payah kerana kemarahannya mmbuat isteri terasa bersalah.
Tapi, carilah isteri yang berkata baik dan manis, bukan suka menyalahkan atau membantah. Meskipun dia dari keturunan baik, berwajah cantik atau berharta.

Isteri boleh didorong untuk menyukai kegemaran suami, tapi bukan mudah suami menyukai kegemaran isteri.
Jadi, doronglah isteri ke arah perkara baik.

Isteri boleh menjadi seorang pecinta dari awal kahwin sehingga akhir hayatnya,
tapi dengan belaian kasih dan kesabaran suami.

Sekian dari akak. Dan akak masih mahu berusaha menjadi wanita yg baik itu :))



Amani- Amar Buat wanita Solehah
Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
Sumber: http://liriknasyid.com


Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati



Wednesday, November 23, 2011

Halwa telinga

Assalamualaikum,
Moga sihat semuanya. :)

Hati tengah bersedih sebenarnya. Tapi rasa macam dah terubat sikit. Beberapa hari lalu, saya dan hubby berulang-ulang kali mendengar Qasidah yang bagi kami sangat merdu suaranya. My hubby tak puas memuji, walaupun realiti dia tak suka lagu mendayu-dayu. Tapi yang ini, nasyid/qasidah. Sedap suara penyanyinya.

Minggu yang lalu, saya datang istihadhah. My hubby sangat memahami. Syukurlah saya pernah kena masa sekolah dahulu. Masa ia datang, saya tengah nak buat medical checkup, jadi ada lah ujian yg terpaksa skip. Saya sedih. Tak tau kenapa. Melayan suami tak boleh, fikiran pun risau je. Rasanya tak perlulah saya beritau hasil ujian di sini, kerana hampir semuanya Lulus. Alhamdulillah. Dalam fikiran buntu tu, sempat lagi la saya pergi kuliah Syeikh nuruddin. Saya risau jugalah kalau saya terhalang utk pergi dan duduk di masjid. Saya tau, setiap kali solat, kena tukar tualanya. Dan hampir semnggu jugalah My Hubby macam takut2 nak dekat dgn saya... :D Yalah, saya baru habis haidh, disertai istihadhah pula. Ada pula ahli keluarga yg datang haritu tertanya pada saya, sama ada saya dok tido asing dgn hubby. Er.... nampak sangat ke? Alhamdulillah atas ujian. Istihadhah itu dah berhenti.

Saya asyik layan lagi burdah ni. Seumpama zikir juga, halwa telinga, melembutkan hati, menenangkan resah :


http://ilmuduniawi.blogspot.com/2011/11/qasidah-burdah.html



Tuesday, November 22, 2011

Qasidah... Sejuk hati.

Assalamualaikum,
Moga teman dan visitor sihat dan ceria semuanya. Mula-mula ingat nak tayang isi forum perdana haritu. Tetapi, tak boleh download pula. Jadi saya tayang Qasidah jerla  ( maafkan saya, qasidah burdah lain liriknya).  Diambil masa forum di pinggiran subang tu. Sejuk hati melihatnya, kan?
Mula-mula tak harmoni juga, maklumlah anak-anak pelajar tahfiz. Tapi makin la sedap didengar.  Saya buat dengan soft. Moviemaker. Digabung dengan beberapa keping foto, siap dengan lirik. Alhamdulillah, jadilah. Membina kemahiran. Rasanya lebih ekonomi bila rasa nak buat movie dari gambar2 yang kita ambil kan? Buat kenang-kenangan  :))






Qosidah Innal Habibal Mushthofa
هذه الـقـصدة ان الحبيب المصطفى


اِنَّ الْحَبِيْبَ الْمُصْطَفى ذُوْرَ أْفَةٍ وَذُوْ وَفَا


وَذِكْرُهُ فِيْهِ الشِّـفَا اِذَا تَمَادَى بِالْعِلَلْ

نِلْنَا بِهِ طُوْلَ الْمَـدى نَصْرًا عَلى كُلِّ الْعِدى

يَسُـرُّ نَا اَنْ يُفْتَدى بِالرُّوْحِ مِنَّا وَالْمُقَلْ

طَارَتْ لَهُ اَرْوَاحُنَا دَامَتْ بِهِ اَفْرَا حُنَا

زَالَتْ بِهِ اَتْرَا حُنَا فَهُوَ الرَّجَاءُ وَاْلاَمَلْ

اَوْرَدْتَ رَبِّى نِعَمًا عَدَّ نُجُوْمٍ فِى السَّمَا

اَحْسِنْ اِلهِى كَرَمًا خِتَامَنَا عِنْدَ اْلاَجَلْ


Sumber lirik: http://roishiro.blogspot.com/2009/12/dengan-nama-allah-yang-maha-pengasih.html 


Software sokongan :
MP3 editor
AMR to MP3 converter
Moviemaker



Oh,ya. Ada satu lagi Burdah lain yang juga sedap didengar.  Boleh KLIK DI SINI









Monday, November 21, 2011

Nikmat lebihan brownies raya dan aiskrim

Alhamdulillah. Just 2 photos untuk ingatan kami. hehe.  Cuaca sejuk atau panas, aiskrim tetap menyelerakan. Berbanding aiskrim perasa apa saja, aiskrim perasa vanila dari bekas besar lebih nikmat dan ekonomi. Freezer kami sekarang mampu menahan rasa aiskrim, jika dahulu, asyik nak cair atau aiskrimnya bertingkat sebab perubahan suhu.

Sesuai dimakan dengan kek macam ni (lebihan kek brownies raya, lihat tarikh gambar 10 hb tu :). Oh, ya! cuma satu saya belum buat.... aiskrim goreng. Mesti sangat sedap, kan?



masakan dari daging korban

Assalamualaikum,
Daging korban dah habis. Saya ingat, nak masak dan bagi-bagi pada tetangga. Tapi, tak sampai hati bila lihat banyak tetel. Serba salah pula. Jadi saya masak untuk dimakan. Tinggal seketul tulang lagi yg penuh tetel. Hurmm.. besar betul tulang tu, kapak pula takde, saya ingat nak guna periuk besar, masuk dan rebus jer. hehehe...

Alhamdulillah, tak tersimpan dalam peti ais. Rasanya sungguh manis brbanding dari pasar...

Resipi Ingat-ingat Lupa. Semua main masuk jer. :))




Dalca tulang.
Dedicated to ckLah
Resipinya saya buat macam masak kari.

2-3 ketul Tulang dan sedikit tetel(bahagian yg berurat) yang siap direbus empuk dengan 2 inci halia yang diketuk.
Segenggam kacang dhal - siap direndam 1-2 jam (agak lembut).

2 sdb serbuk kari baba's (campur dengan sedikit air lalu dikacau)
2 daun kari
3 bawang merah dihiris
2 bawang putih dihiris
1 inci halia
Santan secukupnya
Air rebusan secukup kuah

Tumis bawang, masukkan serbuk kari babas. Masukkan bahan-bahan lain. Kacang dhal terpulang pada selera nak hancur semua atau tidak.




Tulang ini ala singgang. Bubuh bawang, halia, kemudian kiub lembu knorr. Jadi. hehe...






Insya Allah, no 11

Salam sejahtera,

Terima kasih buat yang sudi ke mari dalam kemalasan saya update masakan ni. Sekadar bercerita apa yg ada. Saya ada juga berkunjung (BW) dgn rasa rindu, cuma diam-diam saja.... :D

Alhamdulillah. Biiznillah. Harapan kami telah mula mnjadi nyata. Kami dah 4 tahun di sini, suami masuk 10 tahun bekerja di sini. Jadi dah elok sangatlah mmbeli rumah di sini. Sewa apartment skrg pun RM 330 sebulan . Aptment suami di Klang pula telah disewakan. Saya lebih suka pemandangan di sini, suami pun dekat nak pergi kerja. Tak sangka, setelah berbulan-bulan mencari rumah (dari rumah lelong sampai yang dijual murah), akhirnya kami dapat beli juga rumah yang agak baru. Beli dr agen pemaju.

Kebetulan saja, 11hb 11 2011 tu, kami nampak banner jualan rumah siap. Rumahnya teres 1 tingkat sahaja, dekat toll, dekat masjid, dekat pasaraya, dekat sekolah.  Kami lihat sekejap rumah contoh dan ambil name card salesman Kim Realty.  Lepas solat Jumaat, kami ke KL pula. Petangnya kami telefon lagi untuk bertanya lagi. Saya tak senang duduk bila tahu, tinggal 3 unit lagi .... macam pisang goreng pula. Harganya RM118,000, rumah siap, freehold dan siap s&p. Free peguam, Luas 700++ sqf.  Huhu, kaya juga orang bkt sentosa ni.  Maknanya nilai pelaburannya tinggi juga. Berebut dengan orang....

Selain kawan suami telah lama tinggal di perumahan sebelahnya, perumahan baru itu baru siap 2 tahun lepas rasanya, cuma tak ramai yang beli.  Kami ronda lagi kawasan tu, bertanya jiran, lihat orang melayu, dll... Malam tu juga, cop nom rumah dgn salesman. Esoknya  12hb, kami diberi penerangan dll, lalu bayar depo.  Dalam berbincang tu pun, masih ada beberapa family lagi datang nak cop rumah. Katanya dah 'sold out'.  Yalah, rumah baru, dah siap dan ada CF (sijil menduduki), bank mudah luluskan loan. Ada yang siap ajak adik-beradik beli sekali.

Sempat ronda lagi lihat-lihat 3 unit yg last tu. Akhirnya pilih juga no 11. Alhamdulillah, berhadapan dgn orang Melayu, pagar besar (owner yg duduk). Tepi, orang India (owner juga rasanya). Tak apalah, dah rezeki. Berdoa saja, baik-baik jirannya.

Ada harapan lulus loan, walaupun dgn 80% biaya sahaja, bank Islam. Yalah, kami dah ada 2 property lain dengan satunya dah habis bayar dan disewakan. Ok, saya prbetulkan ayat saya tadi dengan info dr bank; Orang yg belum ada property dapat 100% loan, orang yg dah ada 1 property dapat 90% loan. Doakan saja, semuanya berhasil dan dimudahkan. Doakan ya. :))  Saya mula berangan-angan dengan bermacam renovation.... tapi rasanya berdikit-dikitlah. Sebab kami perlu cari 20% lagi. :)) 

Surah at Taubah, ayat 129:
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.
But if they turn away, Say: "Allah sufficeth me: there is no god but He: On Him is my trust,- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme!"
Sumber



Foto Suami dan sales man.  Saya pula menanti bila nak dapat kunci.. hehehe.  Lega hati saya, bila dah bagitau mertua semalam. Mereka pun ada tengok rumah dari luar sebab semalam mak, ayah, mak ngah dan thaqif, tidur di rumah kami lepas Forum Perdana di pinggiran subang, lalu untuk kuliah Syeikh Nuruddin di masjid sini kelmarin. Sempat juga ziarah sedara yang meninggal di Kg Sg Buaya. Alhamdulillah, walau terkejar-kejar, tapi pahalanya yg mengejar kita dari macam saluran. Kita tak tau dari sumber mana Allah pandang kebajikan kita. Hatta dgn derma yg banyak atau sekecil senyuman manis dan memuliakan ulamak. :))



Saturday, November 19, 2011

Makna La Tahqiranna minal Ma'ruufi Syai-aa

Assalamualaikum,
Moga semua teman dan visitor dalam Rahmat Allah selalu



Maaf, lama saya tak bersiaran. Kami berehat di sini, in this hotel. :) Lepas buat medical chek up.



Hari ini dan esok, ada kuliah Syeikh Nuruddin di masjid Bkt Sentosa. Jadual program hari ini, tidak macam selalu. Daurah 2 bulan sebelum ini berterusan dari Subuh hingga Isyak. Tapi hari ini, program selepas Subuh, rehat (sekarang saya kat rumah). 11- 1 pm ada kuliah kitab lagi. Insya Allah esok, kuliahnya berterusan dari Subuh. Oh! ya, malam ni ada Forum Perdana di Pinggiran Subang, Shah Alam, tentang Bidaah dan Dhalalah. Klik Sumber



MAKNA TAJUK KITAB :


Sumber: http://books.google.com.my/books?id=GQM9tXPQwdwC&printsec=frontcover#v=onepage&q&f=false PAGE 18



ANTARA ISI KULIAH SUBUH TADI:


Membaca Subhanallah, Alhamdulillah, wala ilaha illallah wallahu akbar, menyamai ibadah sebesar gunung uhud. bacalah setiap selepas Solat. jangan tinggalkan.


Ucaplah Alhamdulillah, dalam susah atau senang.



Tuesday, November 15, 2011

Interesting :)


Assalamualaikum,

Saja nak share :))

Because he is a muslim : http://fc01.deviantart.net/fs71/f/2010/201/c/0/Because_he_is_a_muslim____by_Nayzak.swf

Sorry, i copy this. Credit to Engnajjar


CREATED BY : http://nayzak.deviantart.com/



Cantik, kan? Saya dah ambik satu, tukar profile image. Sesuai utk peringatan diri dan berda'wah

^______^


Friday, November 11, 2011

Masih sempat : Pilihan yg harapnya diredhai dan hadis surah al Kahfi

Teman dan visitor yg dikasihi,

Masih ada masa lagi utk post 11-11-11. Kalau ikut kalendar Islam, dah msuk hari lain dah ni. hehe... :)  Mr hubby msih brcuti. Dan saya pulak, sbb jarang nampak dia kat rumah, asyik kacau dia. :)   Macam2 saya nak bualkan. hehe.... Akhirnya tengahari, dia ajak saya keluar. Bukan utk jalan-jalan la.. tapi urusan bank itu ini...

Alhamdulillah, hari ni dah baca surah al Kahfi, walau separuh surah, dlm kereta pulak tu. Dah 2 kali pasang surah al Kahfi masa kat rumah (bacaan Muhammad Jibrel), kat blog kak Fzi. Dahulu, saya selalu amalkan surah ni dahulu setiap Jumaat, atas alasan hadis  yg mana fadhilatnya, " kita dijaga dan diampunkan Allah dari Jumaat itu hingga Jumaat berikutnya ". Maklumlah, waktu tu di asrama, jauh dr mak bapak dan penakut pulak tu. Selalu risau keputusan exam dan macam-macam hal sekolah , sedangkan mama abah saya tak kisah sangat pun. :) Maka berdikari itu sebenarnya menyakitkan, tapi itulah ujian hidup mnjelang remaja... Tapi selain mngamalkan al Mathurat, mengamalkan surah ini di hari Jumaat sebenarnya memang rasa smooth jer perasaan, tak trsangkut-sangkut. Subhanallah, serius nih!

Tapi itulah, sejak sibuk meniti kedewasaan ini, banyak yg saya tertinggal. :)

Sejak Syeikh Nuruddin menerangkan hadis Rasulullah, dari Abi Dardak R.A dalam Kitab  hadis La Tahqiranna minal Ma'ruufi Syai-aa , Saya macam disedarkan balik utk mngamalkan surah ini kembali. Hadisnya berbunyi:

" Sesiapa yg menghafaz surah al Kahfi, akan dijauhkan dari fitnah Dajjal ". Sama ada 10 ayat awal atau 10 ayat akhir atau seluruh surah adalah digalakkan.






 Kata Syeikh,  sifat Dajjal ini dapat ada kuasa yg dapat mmberikan apa juga yg kita mahukan, asalkan kita mahu menyembahnya. Kalu dia kata tumbuh, pokok pun boleh tumbuh dgn kuasa dia ni.  Kata Syeikh, kemunculan Dajjal, adalah tanda2 sudah dekat sangat dgn Hari Kiamat.  Masa ni, saya teringat video freemason, The Arrival yg pernah saya tonton brsama Hubby dahulu. Saya doa sangat, harap yg disembah org freemason tu, janganlah Dajjal. Nauzubillah. Saya masih banyak perlu belajar, banyak impian dan perlu banyak bekal akhirat..

Saya bagaikan trsedar. Insya Allah, selain sering mmbaca al Quran dan berzikir, saya berazam nak hafal dan baca surah al Kahfi setiap kali malam Jumaat atau hari Jumaat. Saya tak nak terpaut atau menyembah Dajjal, kerana ingin kebahagiaan dunia dan kekayaan harta benda . Benda yg semua manusia inginkan.  Na'uzubillah min zalik, itu dah mempersekutukan Allah tu. Nanti mati dalam kekafiran.

Hurm... hari ini kami mula mmbuat keputusan yg penting. Sampai saya Solat Istikharah minta restu dari Allah. Hati saya tetap trgerak mahukannya sangat-sangat. Jika diizinkan Allah, mungkin itu pilihan yg terbaik utk kami. Jika tidak diizinkan Allah, mgkin itu bukan yg terbaik buat kami berdua. Yg penting, ia memang dalam keperluan dan kemampuan kami, memudahkan pghidupan kami...

Esok adalah hari penentuan utk berbincang lagi. Dan percayalah, ia bernombor 11.  Moga ada keberkatan dalam pilihan itu.  Jika sudi, doakanlah!  Saya sayang kamu semua  kerana ukhuwwah fillahi ..... :))



Thursday, November 10, 2011

Rendang kerang

Salam sejahtera,

Semoga semua teman dan visitor dirahmati Allah selalu. Menaip dgn kadar yg segera. Hubby ada kat rumah, rasanya hari ni last, kilang 'shut down'. Jd saya tak boleh berlama-lama.. ada jer plan en hubby tu. :)

Hari Tasyrik 11,12,13 Zulhijjah dah lepas. Kalau ada yg berpuasa hari ni, saya mintak ampun ya.. sbb tayang rendang.. tapi bukan la rendang raya, baru buat malam tadi. hikhik.. Hurm,Saya sendiri pun belum habis ganti puasa...

Sajer nak kongsikan rendang kerang. Komen.. sedap! Rupanya nak kerang yg kering dan rasa ada 'krupkrap' sikit, memang kena letak kerisik. Hehehe... nampak lama benor saya tak buat rendang.
Sebab kerang adalah kegemaran saya, saya jer yg asyik pulun. Saya nak makan dgn pulut dah tak berani, dah alah pulak dah. Tapi gian pula nak makan Tapai pulak dah... siap beli ragi..huhu. Kalau jadi, saya tayang la. :))

Daging dan tulang korban yg ayah berikan masih tersimpan.  Jadi testing buat kerang dulu. Ambik resipi kak Nor secubitgaram. Terima kasih banyak2 kak Nor.. Mohon izin copy dan share kat sini ya kak.





Sedapnya.... kalau boleh makan ketupat pulut. Gulp! hehe...


RENDANG KERANG
Resipi: Kak Nor, secubitgaram nor67.blogspot


RENDANG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan isi kerang
2 sudu besar cili mesin
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 batang serai * ~ (* diblend halus)

1 sudu besar rempah gulai ~ kalau tak ada boleh guna rempah kari
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan digoreng lagi.
Masukkan rempah gulai dan sedikit air.
Goreng lagi hingga pecah minyak dan masukkan air dan santan fresh/pekat.
Biarkan hingga mendidih sambil sesekali mengacau supaya tidak naik kepala.
Masukkan asam keping dan renih kuah hingga hampir pekat.
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut serta garam dan gula secukup rasa.
Gaul dan masukkan isi kerang.
Masak seketika lagi dan terpulang jika suka kuah yg pekat/kering atau sederhana pekat.
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih dan juga sedap dicicah dgn lemang atau ketupat.



Lupa nak masukkan gambar tadi, rempah Gulai cap bunga ros yang dah lama terperuk dalam kabinet. Alhamdulillah, diguna jua.. hehe..



IKAN BAWAL MASAM MANIS. Guna resipi ni saja.  Haih, my hubby dok pulun makan ikan ni jer. Dah tak mo makan rendang agaknya...


Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers