Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, February 24, 2012

cakoi beli

Bismillah

Cakoi ni semestinya bukan saya yg buat. :) Saya beli.  Harganya RM 2, 5 ketul.

Komen: cakoinya rangup di luar, lembut di dalam. Tapi saya tak puas rasanya, macam biasa makan, tapi bentuk lain (donut, pau goreng ke, ape tah). Tak tau nak gambar camana. Bukan ke cakoi rasa dia liat-liat sikit? Apapun, syukur atas rezeki. Tetap telan jugak sbb lapar , hehe..



Show your identity

Salam sejahtera,

From NAYZAK devianart. He said, free to use! :): ASCII symbols signatures.

Nota Nurindah:  Untuk blog,  Ia hanya sesuai untuk post dan Text. Sebab ia bentuk simbol macam SMS. Tidak sesuai untuk HTML/Javascript . Saya try banyak kali dah tadi..  ^___^


ARABIC
In the name of Allah[God]:
────╔╗╔╗╔╗──────────────
──╔╗║║║║║║──────────────
╔═╝║║║║║║║──╔══╗──────╔╗
║╔╗║║║║║║║──║╔╗║╔╗╔╗╔╗║║
║╚╝╚╝╚╝║║║─╔╝╚╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝─║╔═════════╦╣
───────────╚╝─────────╚╝


Glory be to Allah[God]:
────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:
────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:
────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:
─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────







╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thanks Nayzak for the unique signature

Thursday, February 23, 2012

menu saya jer :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman2 dalam sihat wal afiat.

Saya mencuba-cuba kamera. Dah lama tak pegang. Bergegar jugak kamera tu bila saya cuba fokus ambil foto makanan, hehe.. merajuk kot. ;) Lauk-lauk di bawah ni beberapa hari lepas. Malam tadi, saya buat nasi ala 'nasi ayam dara'. Saya buat ayam goreng berempah macam kat sini (tapi skip bawang putih dan lumur rempah serbuk je), buat kuah sup kosong, sambal belacan, kuah kari kosong, sayur timun. Malam sebelumnya, buat chicken chop ala riverside.  Saya buat  ayam bakar madu (tak buang tulang ayam pun), sekadar buat sos lada hitam simple, dan ubi keledek bakar. Semuanya sekadar melepas kemaruk dari makan kat kedai. hehe... Insya Allah, lainkali baru saya ambil gambar, ya. :)

Yang di bawah ni, semua ulangan. Tapi kombinasi menu mengikut apa yg ada.



Udang masak lemak  bercili campur tempe

Udang sederhana besar 10 ekor.
Tempe
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai, 3 tangkai cili kering(direndam lembut dahulu).
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan. Biar mendidih sekejap. Masukkan udang, juga garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Biar udang masak. Angkat dan hidangkan.


Lala masak lemak pedas

Lala 1 kg
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar : Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan, biar mendidih. Masukkan lala, garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Tutup kuali sekejap dengan tudung periuk supaya lala masak sekata. Bila masak sekata, angkat dan hidangkan.


Ikan cencaru sumbat

Ikan cencaru besar yang dibelah belakang - dua bahagian.
Bahan TUMBUK: 5 biji cili merah (buang biji) ,2-3 ulas bawang putih, garam secukup rasa, sedikit gula. Sumbat bahan tumbuk ke dalam bahagian belakang ikan yang telah dibelah tadi. Goreng dengan api kecil hingga ikan masak.


Kangkung goreng ikan masin

Kangkung 1 ikat - dipotong.
1 ketul kecil Ikan masin tenggiri - direndam dalam sedikit air dan dihancurkan kecil2.
Kicap cair
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar, masukkan ikan masin. Baru masukkan kangkung dan kicap cair, juga air secukup rasa.






Monday, February 20, 2012

Siapa lebih baik?


Diinspirasikan dari : genta-rasa/pray hard work smart

Bismillah. Assalamualaikum. Kisah ini sekadar khayalan saya. Nak baca yg real dr ustaz pahrol, klik link di atas. Bila saya terasak dgn persoalan kerja kuat dan ibadah kuat. Semua itu memerlukan masa, dan disiplin. Bukan mudah, kan? Tapi kita cuba, Insya Allah.


Firman Allah: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
SUMBER


Atiqah bertanya ibunya.
"Adakah kerja juga ibadah, Ma?

Ibunya melihat Atiqah.
"Ya, benar Atiqah " kata ibunya sambil menunggu, kerana dilihatnya Atiqah mmpunyai sesuatu utk dicakapkan.

" Solat itu ibadah yg wajib, kan Ma?

Ibunya juga mengangguk, sambil sabar memandang Atiqah. Dilihat anak yg berumur hampir 30-an itu sprt anak kecil.
" Atiqah nak tanya apa? "

Atiqah senyum, lalu menongkat dagu. Dia sangat suka mmbiarkan ibunya menunggu soalannya. Sekadar mengusik.

" Pada pandangan Ma, jika seorang yg 'Workaholic' dengan 'Solatholic', siapa yg lebih baik?

Ibunya menjungkitkan keningnya sedikit. Lalu tergelak kecil. Dia tahu, Atiqah ingin membincangkan sesuatu.
" Ma tahu makna workaholic. Tapi ini kali pertama Ma dengar perkataan 'Solatholic'.

Atiqah juga gelak kecil. Dia suka bersantai waktu begini, dengan aman, di waktu hari cuti setelah dia perlu bekerja 6 hari seminggu di sebuah bank di ibu kota.


Atiqah membetulkan kedudukannya.
" Atiqah pun baru dengar. Orang workaholic, mabuk kerja, hingga ringan meninggalkan solat. Kerjanya beres, dan mndapat pujian manager, tapi selalu ada benda yg tak kena dengan rakan sekerja. "
Dan orang Solatholic pula, mabuk Solat. Tapi kerjanya sambil lewa. Selalu saja lambat siap, perlu ditekan-tekan, barulah nak siapkan. Tapi dia rajin bersolat. "


Ibunya diam sekejap. Anak ini keliru, fikir ibu itu. Lalu dia tersenyum.
"Hurm.. Abah Atiqah kuat bekerja, kan, sampai dia pencen, untuk menyara kita dan belikan keperluan kita. Atiqah rasa, Abah Atiqah kategori yg mana? "


Atiqah pula diam.
" Abah kuat kerja, tapi setiap pagi, Tiqah perasan Abah bangun awal sembahyang sunat. Dan keluar ke surau sebelum azan berkumandang. Abah seorang pengurus besar, tapi Abah mesti pergi ke pejabat awal pagi sebelum pekerja masuk kerja. Atiqah pernah mengikut Abah ke pejabat. Dan, Abah sangat sibuk, tapi Abah sentiasa melayani Atiqah dan mama untuk bersiar di hujung minggu, ataupun minum petang. Tapi jika azan berkumandang, Abah cepat2 pergi ke masjid, dan cepat pula balik dari masjid untuk menemani Atiqah dan mama. "


" Jadi, Tiqah rasa Abah kategori mana?

" Abah kuat kerja, juga kuat ibadah ", jawan Atiqah polos.

Ibunya senyum bangga. " Itulah hablun minallah, dan hablun minannas. Pekerjaan, ialah satu amanah, dan tempat kita mncari bekerja utk mncari rezeki dan nafkah keluarga. Jika kita tidak mmbuat pekerjaan dgn baik, orang akan marah pd kita. Bagaimana jika seorang penjaga kebun yang membiarkan semua hasil buah membusuk tanpa dikutip dan dijual? "


" Pastilah, dia akan dimarah atau dibuang kerja. Kerja ada hubungkait dgn manusia." Atiqah menyampuk.

" Jika kita asyik menjaga kebun sehingga meninggalkan solat? " tanya ibunya lagi.

" Pastilah Allah marah, kerana Solat ialah kewajipan semua Muslim " jawab Atiqah.

" Seperti itulah Abah. Abah menjaga hubungan baiknya dgn Allah, dan  hubungannya dgn keluarganya dan oranglain . Itu yg Nabi kita ajar. "

Ibunya mula memandang Atiqah dgn lembut tapi bersungguh-sungguh.
" Contohnya Rasulullah SAW pun sembahyang malam sehingga bengkak kaki. Bila ditanya Sayidatina Aisyah, Rasul kita mengatakan baginda cuma mahu menunjukkan rasa bersyukur kpd Allah.
Nabi juga mentadbir sebuah negara, mendidik ummat, menyelesaikan masalah ummat, melayani keluarganya dan pelbagai lagi. Tapi baginda tetap lebih banyak beribadah dari kita semua meskipun baginda seorang Nabi yg maksum (terhindar dr dosa) dan dijamin masuk Syurga."


Ibunya diam seketika mencari kata-kata.

" Jika kita lihat, kerja juga ibadah, iaitu ibadah Umum. Solat pula ialah ibadah Khas.  Di situ ada hablun minallah dan hablun minannas. Semuanya dituntut dalam Islam. Kita tidak diciptakan Allah, kecuali utk beribadah kpdnya dan menjadi khalifah di muka bumi (mentadbir bumi dgn baik).

Orang Solatholic , namanya yg Tiqah sebut tadi :)  untuk orang kuat solat tadi, Dia tidak salah.  Tapi adakah sempurna agamanya, jika dia cuai dalam pekerjaannya, dan menyusahkan oranglain? Itu bukan yg diajar oleh Rasulullah. Maknanya masih ada 'kebocoran' dalam solatnya. Orang kuat solat dan ibadah sepatutnya menjadi orang workaholic. Solat membentuk kita mnjadi orang yg berdisiplin, tidak malas, bersungguh-sungguh dan amanah.

Untuk orang workaholic dan kuat kerja tadi, Solat adalah kepala ibadah, Tiang agama. Jika dia tidak sembahyang, maka runtuhlah agamanya. Jika begitu, meskipun dia Islam, adakah dia benar-benar orang beragama? Hidup ini bukan untuk duniawi semata. Kita bekerja, untuk memudahkan penghidupan kita untuk bekalan Akhirat.  "

Ibunya masih memandang lembut. Tidak juga marah, tidak juga menyalahkan.



Atiqah mengangguk faham. Kerana dia yakin dgn pekerjaannya di bank Islamlah, dia makin kuat bekerja dan mmberi penerangan kpd pelanggannya. Dia mahu memberi manfaat perbankan secara Islamiyah kpd masyarakat.


" . Pekerjaan Atiqah juga satu jihad. Bukan semata-mata guru agama sahaja yg perlu berjihad untuk kebaikan ummah. Kita juga boleh. "

Atiqah senyum tersipu-sipu. Barangkali ibu selalu dapat meneka fikiran anaknya. fikir Atiqah.

" Dahulukan Allah, bina hubungan baik dgn Allah dahulu, itu satu 'refreshment' untuk kita menjalani kehidupan kita bersama manusia. Atiqah ngerti, sayang? "

Atiqah tergelak kecil, lalu memeluk ibunya.

P/S: Saya berangan, ibu itu ialah saya. Atiqah itu anak saya ;D  silalah klik LINK ustaz pahrol untuk membaca ttg  " Pray hard, Work smart. "


Saturday, February 18, 2012

Wisdom word: Remain soft-spoken and forgiving, even when reason is ON your side

Terpikat dgn kata-kata di belakang kereta dan buktinya pompuan tudung hijau tu :D



Ada sesetengah orang, dianugerahkan Allah dgn sesuatu yg lebih dr oranglain.

Setiap orang, rezekinya lain-lain. Rezeki adalah bukan material (duit dan harta) saja. Ada orang rezekinya, kekuatan luarbiasa utk beribadah lebih banyak dr orang lain. Ada yg rezekinya kekuatan utk mengingat dan menghafaz, ada orang rezekinya dr segi ilmu yg lebih dari orang lain. Ada orang, rezekinya anak yg ramai. (Setiap anak telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT. Begitulah kata2 Rasulullah SAW.)

Mungkin ada org tidak berpuas hati kerana rezekinya bukan lebih dlm bentuk Duit. Tetapi apa yg Allah tetapkan untuknya sejak azali adalah yg terbaik untuknya. Jangan la  kita komen apa2. Itu ketetapan Allah, ada orang kaya, ada orang miskin. Allah  juga dah berfirman,  Sesiapa yg mensyukuri nikmat, Allah akan menambah lagi untuknya. Siapa yg kufur dan tidak bersyukur, dia akan dimurkai Allah.


Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
When do ye remember Me I will remember you. Be grateful to Me, and reject not Faith.

 
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".



WISDOM - bijaksana

Mula-mula saya baca kata-kata ni kat belakang kereta, saya rasa ia biasa saya. Masa tu, kami parking kereta nak masuk Jusco.

"Remain soft-spoken and forgiving, even when reason is on your side"

Tapi bila saya tengok balik, "ON your side" itu, membuat saya terfikir. Cantik betul kata-kata ni. Mirip kpd ajaran Islam yg diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Maknanya lebih kurang, " Bersikap lembutlah dan memaafkan, meskipun kebenaran berpihak kpd kamu
(ataupun kemenangan itu pada kamu).

Meskipun yg mengeluarkan kata-kata ini ialah ajaran Master Cheng Yen, dalam bukunya Jing Si Aphorisms. Ia satu fenomena " Sifat baik " yang popular di kalangan orang cina. Mereka saling mmpengaruhi antara satu sama lain.

Ia satu keistimewaan yg Allah bagi pada seseorang,  yg mgkin lebih dr orang biasa . Iaitu WISDOM (kebijakan). Dia amat terkenal di kalangan bangsa cina.  Di bawah, saya translate sedikit pengalaman orang yg benar2 mengikuti pepatah yg beliau berikan. Taat betul, orang cina ni, kan? Mreka suka kpd benda yg baik dan mmbawa kebaikan. Cuma bukan rezeki mereka utk diberikan hidayah Allah untuk beriman kepada Allah sprt kita.




Sumber: http://enquarterly.tzuchiculture.org.tw

A Good Word, a Different Result

"Saya telah mendapat manfaat daripada banyak kata-kata MasterCheng Yen,"kata  Hei. "Jika saya mempunyai untuk memilih mengeluarkan satu Pepatah  yg telah mempengaruhi saya iaitu:

‘Giving vent to anger is temporary insanity.’
" Kemarahan itu ialah satu kegilaan yg sementara ".

Pepatah ini selalu berlaku di dalam kehidupan semua orang. Hei mengamalkan pepatah ini, dan telah mmberi hasil yg baik kpd keluarganya.

Satu hari, Anak kedua Hei, 16 tahun, seorang remaja, telah ditangkap mencuri sepasang sarung tangan di stor jabatan. "Tidak saya, atau isteri saya yg memarahi anak itu. Kami jg tidak memarahinya atau memukulnya. Kami hanya membiarkan dia berfikir. Budak itu juga tidak keluar untuk mengikuti keluarga bersiar-siar pada hari berikutnya. Pasangan itu terus mengikuti pepatah itu, dan mereka tidak pernah menjatuhkan 'Air muka' anak mereka dengan marah kepadanya. Beransur-ansur, budak itu berubah. Sekarang, anak itu telah mnjadi naib di Pusat Perubatan Universiti Washington. "Anda boleh lihat berapa banyak garis yang mudah telah membantu saya," kata Hei, Dia sangat berbangga dengan anaknya di Seattle.


Remain soft-spoken and forgiving, even when reason is ON your side

Li Mei Jin seorang Guru. Apabila Li Mei-jin berasa berada di pihak yg benar dalam satu pertengkaran atau percakapan, dia akan menegakkan prinsipnya dan tidak mmberi peluang kpd oranglain. Rumahnya sering dirasakan sprt dilanda Taufan setiap kali pertengkaran berlaku. Dia mebaca buku Jing Si pada tahun 1995. Pada masa kini Li berkata rumahnya terasa seperti dibuai angi bayu yg lembut setiap hari. Kata-kata yg dia jumpa ialah:

"Bersikap lembutlah dan memaafkan, meskipun kebenaran berpihak kpd kamu"
(Remain soft-spoken and forgiving, even when reason is ON your side)

Pendidik pastinya perlu untuk menegakkan prinsip-prinsip, tetapi yang lebih penting, mereka patut belajar untuk memudahkan masalah dan tidak Ego . Beri sedikit kelonggaran. Beliau kini tahu bahawa adalah lebih baik, seperti pepatah :
" to leave others a way out, a space for them to right their own wrongs"
Mmberi orang lain 'Jalan keluar' (atau peluang),  membuka peluang untuk mereka membetulkan kesalahan mereka.

Li telah bersara daripada mengajar, tetapi dia masih mnjadi sukarelawan di sekolah di mana dia biasa mengajar. Beliau berbincang ajaran yg baik bersama pelajar dan dia berkongsi pengalaman sendiri dan melawat keluarga miskin. Kanak-kanak mmberi respon yg baik dan menggalakkan . Ibu bapa mereka menyedari anak-anak mereka berkelakuan lebih baik.


Be Tolerant, Fulfill Your Duty

Dia bermula di Hotel Ambassador di Taipei sebagaiseorang penyambut tetamu. Beliau kini mengetuai hotel 540-pekerja . Demi untuk persaingan, beliau menjadi orang yg tegas dan tidak sabar dengan orang bawahannya, mencerminkan tekanan yang wujud dalam kedudukan beliau. Dia adalah seorang yg suka bercakap 'direct' dan jarang menahan kata-katanya. (Kira dia ni orangnya suka tegur orang tanpa memikirkan orglain)

Kemudian pada tahun 2006 Lin membaca buku master Cheng.Membaca buku itu telah membantu dia meredakan tekanan dan kebimbangan beliau dalam pekerjaanya. Walaupun kini pekerjaan beliau adalah sama iaitu masih mencabar dan tertekan, tapi berlainan dr sebelumnya, Lin hkini dapat membantu pekerja untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka secara terus-terang, lembut, dengan empati.

Perkataan yg beliau jumpa ialah:
“How bitter life is when we have desires; our demands on others bring endless misery.”
Hidup yg pahit ialah apabila kita mmpunyai keinginan, tapi permintaan kita yg melampau membuatkan orang lain kesusahan.

Keinginan- sama ada untuk harta benda, kuasa, prestij, atau mengharap balasan atas kebaikan yg kita hulurkan, membuat kita mnjadi orang yg tidak puas hati dan tamak, dan menghalang kita dari membuka hati oranglain.


Thursday, February 16, 2012

Mp3 hadis Mengasihi anak perempuan الاحسان إلى البنات

Bismillah. Assalamualaikum,
Asalnya ia ada 3 file. My Hubby yg rakam guna 'voice recorder' hanset. Memang jelas bunyinya :) Saya gabungkan ketiga-tiga fail itu. Tempoh masa MP3 ini 10 min 55 saat, 10.0 MB.

Mengenangkan kita wanita, juga anak perempuan, saya ingin share MP3 ini. Mp3 Syeikh Muhammad Nuruddin. Ulasan Hadis ke 73, ms 29 dalam Kitab La tahqiranna minal ma'rufi syaiaa. Hadis al Ihsanu ilal banat ( Mengasihi anak perempuan) karangan beliau. Saya dedikasikan ini utk my Hubby yg merakamnya.

Bantuan edit:
MP3 editor
mp3wave editor
4shared.com


Maaf, berconteng pensil :). Saiznya besar kalau nak baca.

Terjemahannya sprt  di bawah ini. Saya pun tak pandai terjemah bahasa Arab bulat2. :)

Sayidatina Aisyah pernah mengatakan:
Seorang wanita miskin datang kepadaku membawa dua anak perempuannya,dan si ibu tadi meminta makanan agar aku mmberi makanan utk diberi kpd anak prmpuannya. Maka aku memberinya tiga butir kurma. Maka buah kurma tadi berikan kpd 2 org anaknya, dan satu lg utk dirinya. Setelah masing2 mndapat bahagian dan memakannya, dan tinggal lagi 1 biji. Namun kedua anak itu meminta kurma lagi. Maka si ibu itu pun membelah dua sebiji tamar yg tinggal itu. Hal itu sangat membuatku terharu sehingga aku ceritakan apa yang diperbuat wanita itu kepada Rasulullah SAW. Baginda berkata: “ Sesungguhnya barangsiapa yg memelihara, memndidik 2 orang anak perempuan (riwayat 2 adik perempuan, riwayat 1-2 adik perempuan) semata2 ingin mendapatkan keredhaan Allah, maka dia akan dapat keampunan dosa. Dan itu akan mnjadi pengelak dan penyelamatnya dari api neraka. (yg kita didik dgn baik mengikut hukum Allah).” (HR. Muslim)

Kitabnya.

Dengarkan kuliahnya, ya. Tempoh 10 min 55 saat, 10.0 MB





Share: http://www.4shared.com/mp3/qgBIjGQX/Mengasihi_anak_perempuan_-__Sy.html?refurl=d1url
Kalau Mp3 di blog tak keluar, klik LINK. Di sana, klik play dan pause. Biar loading full, baru play. Boleh downnload :)



Wednesday, February 15, 2012

Adat orang jauh..., tips membantu ibubapa di rumah

Assalamualaikum,

Moga semua teman sihat2 dan ceria selalu. Kelmarin:

Breakfast: Roti telur, Nasi lauk balance dinner, dan Teh Earl Ahmad bersusu (Sejak saya hidang teh Ahmad ni waktu pagi, jarang pula my hubby tu bersin pagi2, hidung pun tak berair, hehe :)

Dinner: Nasi putih, taugeh, dan ayam masak badang. Memang berselera makan. :)

1. Menyambung tema kebersihan 'PC'. Jenuhla saya mengemas Bookmark. Sejak pandai main bookmark ni, ada je fakta penting, terus saja klik bintang tepi bar tu. Bookmark resipi mmg banyakla, sampai dah kelabu mata dan mencairkan air liur. hehe..

2. Membasuh cadar-cadar. maklumlah, nak bentang cadar dgn rmh apartment, terpaksala korbankan pakaian lain. Bagi cadar tu kering dulu. :)



CERITA SAYA HARI INI

Breakfast: Sedikit mee hailam yg dikeringkan ditansform jadi mee goreng.. hehe. Teh earl Ahmad, dan roti dan kaya madu Agromas. Beli dpan masjid, saya suka kaya ni.

Dinner malam tadi: saya buat Mee Hailam. Tukar selera sbb selalu makan nasi. Banyak saya buat, campur udang sotong ayam. Puas la makan :D


Pagi ni, cuaca tidakla secerah kelmarin. Saya pula beberapa malam yg lalu mimpikan Abah saya la, Mama dan adik-adik la... Termenung skejap. Saya dan suami balik banting setiap bulan, tapi kampung saya, agak dekat puasa baru balik.

Tapi, saya bernasib baik dr teman2 yg lagi jauh di seberang laut. Itu nikmat Allah.
.....


Ini ayam kampung. Kenal tak? :D

MENGGAPAI RINDU

Meski, macam mana SUSAHNYA kehidupan bersama ibubapa semasa kecil,
Meski kerap makan Maggi dicampur dgn Nasi, makan 8 orang.
Meski, pernah merasa mandi dgn mencedok dari air perigi.
Meski, merasa pakai baju lama-lama pemberian kakak abang tiri yg dah bekerja.
Meski, makan lauk ikan dan telur hari-hari, dan cuma makan ayam bila orang datang, sebab Abah sembelih ayam kampung.
Meski, disuruh naik basikal malam2 sebab kena prgi mengaji Quran.

TAPI SEMUA ITULAH YG MEMBUAT SAYA RINDU...

Masa tu, kesedapannya lain. Kita juga tak membandingkan diri kita antara satu sama lain. Kita saling BERKORBAN dan SALING MENGASIHI.


Jika ada di antara Adik-adik yg menyangka saya dah senang dan LUPA semua itu, kalian salah. Mestilah saya senang hati, kerana berada di sisi suami yg mencintai dan saya kasihi. Tapi, apabila saya berada di kalangan keluarga Suami, saya pasti teringatkan keluarga saya.

Apa yang kalian makan sekarang?
Apa yg kalian buat?
Kalian tengok cerita apa kat TV?
Kalian tgah sembang apa?


Apabila suami saya mula menonton video keluarganya, dan kurang selera makan, saya sering menghiburkan dia dgn memasak resipi ibunya. Dan bila dia kurang sibuk, saya akan mengajaknya balik ke banting. Saya amat memahami perasaan itu. Dia rinduka keluarganya.


Lalu,
Saya akan teringatkan adik-adik saya yg masih bujang. Jauh dr keluarga, mungkin juga sedang makan seorang diri. Mungkin juga inginkan tempat bersembang. Atau sakit dan mahu bermanja-manja...
Oh...

 Setiap kali memandang wajah Mertua, saya terbayangkan wajah ibubapa saya. Lalu saya bersungguh-sungguh cuba berbakti kepada mereka.  Jika saya terasa sekalipun, ia hanya kekhilafan saya sbg anak yg dahagakan kasih-sayang.  Tidak lebih dr itu.


Halaman rumah. Jauh di tepi pokok rambutan, ada sebuah gerai kecil. 

ADAT ORANG JAUH

Saya terima kenyataan, itu dah Adat bergelar isteri orang Jauh. Kalau dekat, setiap bulan, pasti saya akan ajak suami balik Besut. Kadang2, ibubapa bukan nak duit sangat. Mereka cuma nak bermesra dan berkumpul dgn anak-anak. Sepertimana kita rindu utk berkumpul dgn mereka sprt kita kecil2 dahulu. Tapi sbb usia kita dan besar, kita haruslah bersikap matang. Takkanlah mak kita penat sorang2 masak kat dapur, kita cuma tau nak makan. Usia Tua mak kita, tak sama macam kita kecil dahulu.

Kita tarik nafas panjang. :)

Saya pun, dr awal kawen, dah belajar duduk jauh dr family. Tak sempat menuntut ilmu apa-pun dr mama saya. Adik lelaki saya juga dapat org jauh. Tapi saya tengok Ma Abah saya redha jer anak-anak dia kawen org jauh. Mgkin sbb kami semua ramai perempuan, jadi Ma Abah dah prepare kekuatan mental dan Hati, kerana anak perempuan satu hari pasti akan dibawa oleh suami.

Betapa Tulusnya Hati Ibubapa.
Setiap anak, pasti satu hari akan meninggalkan rumah ibubapa utk meneruskan perjalanan hdupnya. Itu hakikat yg pahit.


TIPS

Justeru, utk mengelak kita rasa bersalah pd ibubapa bila berjauhan, beginilah caranya kita buat bila balik kampung, ya :

1. Jangan biar Mak masak sorang2. Meskipun, Menu hari itu bukan kesukaan kita, tapi kita tolong jugalah, tolong tengok ke, tolong potong2 ke, apa saja. Bersifat ehsan pada ibu kita yg dah lanjut usianya. Meskipun, kita jg trsangat sibuk.

2. Jika ayah kita dah bersiap-siap nak ke masjid, suruhlah suami kita ikut. Kadang2 ayah akan rasa senang hati apabila anak atau menantunya sudi jadi teman dia ke Masjid atau surau. Jika dia tak larat, bantulah dia berjemaah di rumah.

3. Jika ayah kita terpaksa menganggkat benda berat, kita bantulah mereka. Tidak membazir tenaga muda kita.

4. Kalau kita nampak kain bersih bertimbun, kita bantulah melipat. Meskipun di belakang ibubapa kita. Sebab Allah nampak kebaikan yg kita buat. Sama la dgn menyapu sampah, mengangkat kain di jemuran bila nampak hari nak hujan.

5. Itu belum lagi part kebersihan. Jika nampak tandas atau lantai kotor. Cubalah berus dan lap-lapkan. Jangan merungut, sebab nanti pahala tak dapat.

6. Jika kita ini kakak atau abang, tanggungjwb kitalah utk memulakan, sebab adik2 akan tergerak hati. Juga utk menegur dan 'menggerakkan' adik2, supaya bila si kakak takde, si adik boleh diharapkan mmbantu ibubapa. Itu ilmu kendiri juga, tuh! :)

7. Bersembang, perkara2 yg menceriakan hati mereka.

8. Jika ibubapa ada keluhan ttg masalah diri mereka atau adik-adik yg lain, kita harus bijaksana memahami keadaan. Ada masalah berat yg perlu dikongsi bersama sbg satu family, ada juga yg kita hanya boleh bagi teguran. Jangan berasa tertekan. :)

9. Jika ada masalah, dan perlukan nasihat, jika kita minta pandangan mereka, sebenarnya ibubapa akan berbangga kerana kita masih memerlukan mereka utk minta pendapat. Saya sering melihat mama saya begitu. maklumlah, saya ni dah tinggal jauh dari dia.

10. Sprt jika ibubapa dah tua dan tak larat, kita tanyakan siapa yg mereka nak jumpa. Mgkin mereka dah lama nak jumpa sedara mara, atau kawan2, tapi mereka mahukan teman, iaitu anak-anak mereka. :) Kita berusahalah membawa ibubapa berjumpa orang tersebut.



Monday, February 13, 2012

Keceriaan merupakan kekuatan untuk kehidupan

Assalamualaikum,

Hari ini ialah Hari Kebersihan. Kelmarin, kami 'marathon kuliah Syeikh lagi di as salam. Dr Subuh sehingga petang. Malam, Syeikh berceramah masa mulid nabi kat masjid batang kali. Mereka baru khatam kitab Syama'il. kami baru khatam kitab la tahqiranna. syahdu.


Hari ini:

1. Membasuh pakaian dgn riang hati, kerana cuaca sangat panas. Ada can la pakaian kering cepat. Nasib baikla, baju kerja suami dan basuh Khamis lalu. FUH!

2. Pagi2 mmbersih timbunan pinggan dan kuali di sinki.

3. Saya bersihkan voice recorder yg banyak dlm nokia saya. siap transfer ke PC.

4. Saya padamkan gambar yg sebanyak 200 pcs dalam nokia saya. dah transfer siap2 dalam PC

5. Saya sort (asingkan) gambar2 dalam PC mengikut folder.






KECERIAAN

Bagi orang miskin, keceriaan adalah sumber utama bagi mereka meneruskan kehidupan. Sebab mereka berasa disayangi dan dikasihi dan diterima. Sedangkan orang kaya, hak dan milik mereka lebih berharga.

Mghayati peribadi Rasulullah, Rasulullah adalah insan yg paling baik akhlaknya terhadap anak isterinya. Baginda orang yg suka bergurau-senda dgn keluarga, dan berbaik-baik. Apabila sampai waktu azan, baginda akan meninggalkan keluarganya utk menyerah diri pada Allah. Baginda meluangkan waktu untuk keluarga, bukan meletakkan 'Family Time' pada waktu yg tersisa dari masa sehariannya. Bahkan baginda menyerahkan ubudiyyah kepada Allah sebaik saja azan berkumandang.

Baginda cepat pergi ke masjid, dan cepat pulang untuk keluarganya.
Baginda seorang yg tenang, dan suka tersenyum. Berjalan di belakang sahabatnya semasa di perjalanan tanpa disedari, dan mendahulukan salam. Baginda suka menceriakan kanak-kanak kecil. Baginda pernah ditunggang Umamah, cucunda baginda semasa bersolat, tapi baginda amat santun trhadapnya.

Syeikh Nuruddin, adalah orang yg amat mmberatkan cara dan peribadi Rasulullah dalam kehidupan sehariannya. Cara tidur, cara masuk ke tandas, cara bergaul dgn keluarga. Sepertimana Rasulullah bertegas trhadap ssuatu perkara yg ummat ambil mudah, seperti itulah syeikh tidak menyukai jika ada segelintir yg tidak mnjaga adab-adab masjid atau adab majlis, meskipun beliau sudah pesan banyak kali.

Tentang bercakap di henfon, bunyi yg mengganggu orglain, bersembang, duduk jauh-jauh dari teman sekuliah, makan sewaktu kuliah, juga kisah anak-anak kecil. Sepertimana kita mengikut peraturan di majlis korporat, atau majlis lain ilmu-ilmu keduniaan, sepatutnya majlis ilmu agama dan ibadah kena mengikut peraturan, kerana yg menilainya ialah Allah . Mereka yang menghormati oranglain, akan dihormati.



KISAH ANAK-ANAK DI DALAM MASJID

Saya belum mnjadi ibu, dan saya cuma mmahami keadaan itu sedikit sahaja. Kerap ibubapa mmbawa anak2 yg amat kecil, yg masih tak faham, dan suka menjadikan tempat solat sebagai tempat permainan. Saya pernah merasai, berada di kalangan ibu yg mmbiarkan anak mereka berlari sana sini, dalam usaha mereka utk mndengar kuliah. Tetapi perhatian mereka bukan pada kuliah, tapi pd anak-anak kecil itu. Belum ditambah, anak-anak diberi makanan sehingga lantai masjid bertompok-tompok. Juga sudah timbul bau kurang enak, dari pampers, kerana berak dan kencing. Di dalam masjid.

Alangkan, kita berada di rumah Allah. Usah dikira teguran dari ustaz, tapi adakah kita patut mnjaga adab2 di masjid? Kita mesti takut dgn 'teguran' Allah.

Semestinya saya tidak berkata apa-apa. Sebab saya pernah mengajak teman saya ke masjid, katanya anaknya kecil dan suka bermain, dia takut mengganggu oranglain. Jadi, saya bersyukur sajalh dgn diri saya.

Ibubapa boleh:

1. Sentiasa check pampers anak-anak, kerana merka yg bernajis, tidak elok memasuki ruang Solat. Allah nampak tu.

2. Makanan janganlah dibawa dalam masjid. Sebab anak-anak kecil yg makan, pasti akan mmbuang (berak). Atau pastikan mereka berak dahulu sebelum dibawa ke masjid.

3. Ada sesetengah ustaz, berasa letih melihat anak-anak kecil mngganggu ibubapa yg sedang menghadiri kuliahnya. Ia mmbuat kita kelihatan kurang sopan trhadap Guru. Ustaz yg mengajar adalah Guru, jadi haruslah mghormati majlis. Jadi, didiklah anak dari rumah, supaya boleh berdiam diri sepanjang majlis ilmu.

4. Jika kita mmbawa kakak dan abangnya supaya mnjaga si Kecil, kita haruslah mengajar anak kecil supaya mghormati si kakak atau abang, dan mndengar arahannya. Bukanlah anak2 besar ini terpaksa berkejar-kejar dgn si adik.

5. Permainan itu lebih baik drpd makanan utk Si kecil di dalam masjid, kecualilah Bayi yg belum boleh berjalan. Permainan yg tiada bunyi atau terlalu keras sehingga berbnyi apabila diketuk di lantai masjid.

6. Kita sayangkan Allah, sayangkan Rasul, kita juga kena sayangkan rumah Allah. Tempat semua orang bersujud ialah tempat yg dirahmati dan malaikat di dalamnya, janganlah kita tidak berhati-hati.

7. Mereka yang menghormati oranglain, akan dihormati. " Mereka yg malu pada Allah, malaikat akan malu padanya " (Kisah Uthman bin Affan, kerana dia seorang yg amat pemalu)





MENGUPAS


Mengupas Entry ttg penyakit kejiwaan (Ia ada di Entry terdahulu) Setiap kelemahan ada sumber kekuatan. Kita mncari kelemahan diri, supaya diperbaiki dan lbih kuat dr oranglain. Seperti itulah kenapa Allah memberikan kita cubaan dan masalah yg tidak terduga. Lama2 kita dah pandai mengatasi masalah, kan? Ia untuk menambah kekuatan pada manusia. Di sini kupasan saya:

1. Jika kita kaya, dekatilah orang miskin, kerana Rasulullah sangat menyayangi orang miskin. Mintalah mereka mendoakan kita. Itu saya belajar

2. Keajaiban Sedekah. Allah dah janji, sesiapa yg melapangkan masalah oranglain, Allah akan mmberi kelapangan dalam hidupnya.

2. Cara membuang perasaan ego, ria' atau takbur, ialah bila kita berasa, kita sujud di tempat orang pernah duduk dan berpijak di dalam Masjid. Ini juga saya belajar

3. Jika buntu dengan masalah atau jiwa tak tenang, cubalah berii'tikaf dan bermuhasabah di masjid. Ramai orang yg mndapat ilham utk mnyelesaikan masalah, semasa di dalam masjid.

3. Pengalaman SAYA: Khasiat mmbaca ayat2 al Quran semasa menjaga Pesakit atau semasa kita sakit. Contohnya di dalam al Mathurat terdapat beberapa ayat Ruqyah (ayat penyembuh) dalam perubatan Islam utk menyembuhkan hati dan fizikal, selain zikir, dan doa2 lain. Yasin juga membantu mmberi ketenangan hati kita dan orang yg sakit, jg mghalau gangguan jin.

4. PENGALAMAN SAYA: dengan berwudhuk dan bersolat merupakan terapi untuk proses penyembuhan dari penyakit. Bersolat tidak menyusahkan orang yg sakit, malah memudahkan proses penyembuhan, dgn izin Allah. Jika kita di antara insan yg dipilih Allah, menjadi Penjaga orang sakit, atau pesakit berat yg susah nak bangun, cubalah cara ini. Kita berusaha..



Friday, February 10, 2012

Penyakit kejiwaan

Bismillah. moga teman2 dan visitor dalam keadaan sihat.

DEPRESSION

Depression ataupun Mood Disorder . Lebih kurang, gangguan perasaan .  Kalau sekadar kita menangis, atau gembira, atau marah, IA BUKAN TEKANAN. Tapi ia cara kita menunjukkan perasaan kita. :)

Tekanan yg melampau ialah something yg mmbuat kita berkelakuan di LUAR batas normal. Mood kita jadi terlalu low (rendah) ataupun terlalu ganas. Jika kita masih boleh mengawal tekanan, dan senyum, itu bermakna kita jauh dari penyakit itu. Jadi janganla fikir bukan2 :)


Masalah kejiwaan. Kadang2 ia dalam dikenali dgn postpartum psychosis (meroyan), skizofrenia (masalah halusinasi), melancholia (kemurungan). Kadang2 ia disebabkan penyakit sprt gangguan mood yg melampau disebabkan rawatan kanser dan kekurangan/lebih iodin, dan pernah saya baca.. ia disebabkan gangguan Saka, jin ataupun SIHIR (benda mistik memang susah nak percaya kan? Tapi syaitan boleh mengalir melalui urat saraf badan kita. Jadi, ia tidak mustahil)

Apa yg kita rasa, akan jadi macam tu. Cubalah, tidak menyalahkan sesiapa. Carilah nasihat untuk menyelesaikan  masalah . Allah takkan menguji seseorang kecuali dalam kemampuannya, juga sebagai kifarah atas segala dosanya yg lalu.


Bagaimana al Quran menjadi penawar?

Mesti ramai yg kata " Saya tahu!". Ayat al Quran sebagai penawar dalam ruqyah (perubatan Islam), membaca al Quran menenangkan hati, doa-doa Harian kita banyak diambil dari ayat Al Quran, cth doa kebahagiaan rumahtangga ().

Tapi sebetulnya, meskipun kita yakin bahawa Allah Maha Mendengar doa hambanya, kita masih takut Allah mengadili dosa-dosa kita, yg menyebabkan doa kita terhalang sampai ke hadrat Allah.

Percayalah, bila tahu bahawa tak elok mengherdik anak sebagai bodoh, tak berguna, tapi kita tak halang lidah kita, dan kita buat banyak kali, jika satu masa Allah kabulkan doa kita, janganlah kita menyesal.

bila kita tak takut kepada Allah, cthnya, kita minta cerai berkali-kali daripada suami kita, kerana masalah apapun dan kita tak sabar menahan lidah kita, jika satu masa Allah kabulkan kata-kata kita, janganlah kita terduduk!

Saya dah lihat banyak kejadian seperti itu...
.......


Orang2 miskin pada zaman Rasulullah banyak yg pasrah dgn keadaan hidupnya. Redha dgn taqdir dan ketentuannya dan tidak meminta lebih meskipun ada dia antara mereka adalah kesayangan Rasululullah, sprt Siti Fatimah dan Saidina Ali bi Abu Talib.


Penyakit Hati nak Kaya.

Kita pula, sekarang ini, nak mintak kaya.. nak kaya... Penyakit hati nak kaya.
Agaknya siapa ya, nak mintak miskin? Meskipun ada hadis Sahih Rasululullah, doa meminta miskin. Rasulullah meminta Allah mengumpulkannya bersama orang2 miskin.. Bertuahnya orang miskin ni, kan? Jadi, kalau kita ni agak kaya, cubalah mendekati orang susah supaya dia dapat mendoakan kita.

Allah sentiasa mmberi rezeki pada hambanya selagi dia masih hidup. Ia dah ditetapkan di loh mahfuz. Rezeki di muka bumi ini luas, kita hanya perlu cari... dan terus mencari.

Dan ramai juga yg menunjukkan dia kaya, dgn menghabiskan duit simpanan sekelip mata, atau dengan berhutang-piutang. Allah.. bagaimana ya, sikap orang yg berhutang tadi, tiba2 diistiharkan bakkrup? Agaknya, masa tu, dia sanggup habiskan hartanya utk bersedekah. Kenapa BERSEDEKAH? Sebabnya Allah dah janji, sesiapa yg melapangkan masalah oranglain, Allah akan mmberi kelapangan dalam hidupnya.

Mesti banyak cerita yg kita dengar keajaiban sedekah ini, kan?



Penyakit Hati dengan Ilmu.

Ilmu ialah suatu yg ada dalam diri. Ilmu membaca, ilmu menulis, ilmu kemahiran, ilmu menghafaz, ilmu berniaga, ilmu bercakap. Ilmu itulah yg meningkatkan taraf kita di mata oranglain. Orang yg kaya, tapi takde ilmu.... seringkali tidak dipandang tinggi oleh oranglain, kerana dia akan mudah diperbodohkan orang dan hartanya akan susut.


Dan ilmu itulah, seringkali membawa kita kepada ria', takbur, sombong, ego. dll... Ia perkara susah nak dikawal. Itu kata Syeikh Nuruddin apabila ditanya. Kita cuma kena ingat, setinggi mana kita, masa kita solat di Masjid, kita masih kena tunduk dan sujud di tempat oranglain pernah duduk, oranglain pernah pijak.

Siapa kata orang paling tinggi darjatnya tak pernah sujud pada sesiapa? maka, agaknya orang tu tak pernah Solat kot? :) Praktikalnya , masa kita sujud dalam solat jemaah, jika kita di saf pertama, kita masih di belakang Imam yg sujud dalam solatnya. Jika di saf kedua... lagi ramaila orang di depan kita masa kita Sujud? Jika macam tu buat apa la nak bangga diri? Kalau nak sembahyang sorang2... takdelah Rasulullah mengangkat darjat umatnya yg BERJEMAAH di masjid dgn pahala berganda-ganda.

Di masjidlah tempat kita bertawadduk merendah diri, Muhasabah, beri'tikaf. Kalau masjid kita dekat sangat dgn rumah, sehingga kita rasa malas nak beri'tikaf... cubalah pergi masjid jauh-jauh. Cari HATI kita kat situ.

Banyak dah saya banyak kisah, orang yg hatinya tak tenang, ataupun banyak masalah... dia mendapat ilham semasa dalam masjid. Meskipun dia tak buat apa-apa, sprt termenung atau baring, atau tidur. Pernah baca kisah CHEF LI? :)


Penyakit Hati kerana penyakit

Ini kisah saya. Saya selalu jadikan ingatan bila saya sakit2 atau ada ahli keluarga yg sakit2. Tapi basanya saya tak cerita panjang, saya akan terus pujuk dia dan berlembut sehinggalah dia sendiri sembuh dari keadaan sakitnya. Barulah saya akan bercerita.

Dulu, Hubby saya pernah operation. Masa dia operation tu, demam dia teruk. Pernah ada orang katakan pada saya, kalau dah tak sihat, tak boleh bangun tu, takpelah tinggalkan Solat. Allah tahu... Tapi saya buat sebaliknya. Meskipun saya rasa nak menangis sebab saya kejutkan dia yg tengah mamai lepas makan ubat, saya tetap angkat kepalanya untuk duduk... dan spray air pada anggota wudhuknya...

Sebab saya pernah tengok keadaan Atuk saya semasa dia sakit strok, padahal dia dulu rajin ke masjid. Dia selalu tegur kami cucu2nya supaya jangan solat akhir waktu. maknaya dia masih ingat bagaimana bersolat. Tapi tiada sesiapa nak bantu dia bersolat.  Sekarang ni, saya rasa kesian sebab dah besar baru saya tahu, HIKMAH membantu orang sakit berwudhuk dan mengerjakan solat, adalah sebagai persiapan untuk menyucikan diri, mana tahu bila2 nyawa diambil Allah?

Tapi niat saya menjaga Solat suami bukan kerana itu. Sebab setiap kali saya spray air utk berwudhuk, setiap kali tulah saya berharap suami saya cepat sembuh. Setiap kali tulah saya rasa nak menangis.... Saya harap kaki suami saya sempurna seperti dahulu. Agar suami saya tidak lagi sakit setiap kali memijak lantai atau tangga.
...

Memangla orang sakit akan mengerang sikit, atau tunjuk marah sbb orang sakit kan, sensitif... Tapi saya cakap dgn lembut dan suruh dia bersabar masa nak bangun dll. Dgn cara itu dia lebih segar badannya dan tak rasa lemah2. Mujarab agaknya Air wudhuk tu. Alhamdulillah!

Bila sakit, kita rasa lemah, nak tidur je kan? Tapi dalam masa yg saya kita berharap ada orang pujuk2 kita, berkongsi rasa dgn kita. Er... jangan tak caya, masa kat hospital tu, saya siap tidur dgn Hubby atas tilam pesakit. hukhuk. Sebab dia demam dan sangat sakit. Dahla kena operation, sehari lepas tu, terpaksa FISIOTERAPI. Selama seminggu kat hospital kena fisio. Memang dia sakit sangat. Jadi... amalan saya sebagai ISTERI, saya sentiasa pegang tanggannya, kepalanya, dan peluk dia erat waktu malam. My Hubby takut sangat demamnya berjangkit, saya kata takpelah. Kurang sikit sakit abang tu! :) hati ni takdela risau sangat kan? dahla sakit, demam pulak..

Psst... saya dulu trpengaruh dgn novel SI FADET KECIL, karya George Sand. Cara dia mengubat orang yg demam, dgn meletakkan tangan di kepala dan mengusap-usap sambil kosongkan fikiran dan berdoa. Setakat ni, cara tu masih berkesan bila saya gunakan pada orang tersayang. Saya rasa ramai ibu menggunakannya utk anak kecil :)


Di waktu selang, saya baca Al Mathurat. saya baca utk tenangkan hati saya, dan hati suami saya. Dari awal masuk wad, saya tak lekang dgn al Mathurat dan yasin. Hampir setiap kali lpas solat. banyak kalilah dalam sehari... (saya baca pelan2 la sbb room tu ada 2 orang). Sebenarnya kalau check-check, dalam al Mathurat terdapat ayat2 al Quran yg digunakan sbg ayat Ruqyah, ayat penyembuh dalam perubatan Islam, selain zikir dan doa-doa.

Bab solat Jumaat, saya tanya pada doc, doc cakap, boleh dah solat Jumaat pd minggu ke3. Boleh bengkok kaki. 2 minggu  Hubby tak solat Jumaat (ganti dgn zohor). Minggu ke 3, kami kat banting. Saya biarkan Hubby pergi solat Jumaat dgn ayah. Bila hubby cakap, dia bengkok kaki masa duduk dan sujud, memang rasa nak melompat!

Hurm.... siapa kata Solat menyusahkan orang yg sakit? Saya yakin... ia menyembuhkan. Insya Allah.


Memang penyakit selalu membuat kita rasa lemah. Saya pun adakalanya macam tu. Lebih2 lagi, kalau saya sendiri yg sakit. Saya pernah kena gigit Tebuan. Memang rasa teruk sangat masa tu. Bubuhla air zam zam, minum air banyak2, bubuh minyak dan pelbagai petua lain, termasuk Ubat hospital, masih terasa BERDENYUT-DENYUT DAN PEDIH, PANAS. gr...padahal gigtan kecil je tu. Meskipun MIL bagi perhatian, suami asyik pegang saya, saya masih lagi rasa nak berguling-guling... bayangkan macam mana. hikhik. Itu belum lagi orang momok-momokkan saya, nanti betis saya akan bengkak! Masa sakit, sebenarnya kita nak dengar sesuatu yg menyamankan, juga harapan. sebenarnya, kan? :) Tapi masa tu, tiada siapa pun yg dapat kurangkan sakit saya.

Jadi, masa itu ingat sangat pada Allah. Boleh kurangkan sakit pun, jadilah. Jadi, dalam sakit itupun, saya dipapah ambil wudhuk, dan solat sambil duduk kat kerusi. Esoknya... dgn izin Allah, kaki saya tak bengkak teruk macam yg dikatakn orang tu. Huh, lega. Sebab sakit dgn bengkak, memang berkali ganda la. :)

Alhamdulillah, sejak itu saya yakin, air wudhuk, Solat, berzikir, dan membaca ayat2 al Quran amat mujarab untuk kesembuhan. Jika Ubat mengurangkan rasa sakit, yang menyembuhkan tubuh badan ialah Sel-sel badan itu sendiri. Yg menggerakkan tubuh badan ialah kita Manusia. Dan yg menyembuhkan dan pemilik tubuh itu ialah ALLAH!

p/s: Cerita saya itu, adalah sekadar menyatakan solat tidak memberatkan orang yg sakit. Ia macam satu terapi, selain bantuan ubat-ubatan. Kepayahan bersolat semasa sakit, lebih terasa berbanding waktu sihat. Saya juga selalu berasa lembap dan lemah walau sekadar sakit kepala yg sampai muntah2 tu (migrain). Dan saya berharap, suami saya akan mengingatkan saya waktu itu. :)



Wednesday, February 8, 2012

Moga pahalanya sampai....



Bila saya baca balik apa yg saya tulis tentang makcik2 jiran, masa zaman anak gadis dulu, ada something yg saya terfikir. (Ia di entry sebelum).

Mama saya seorang yg amat murah hati mmberi makanan. Dia berniaga goreng2 (pisang, keropok, ubi) sejak saya skolah rendah. Kalau ada lebihan, memang dia akan bagi pada jiran kami yg sudah tua, dan jiran lain meskipun pisang goreng itu dah sejuk semuanya, tapi masih ada orang suka. Kadang2 ada lauk sedap, ada juga diberi pada jiran. Mama saya juga pandai mengambil hati orang tua-tua...Hurm, Abah saya pula  suka memanjakan anak-anak jiran tetangga dan anak sedara. Ada sorang anak sedara mama saya tu, asyik mengekor Abah saya jer, sampai kami naik jeles. :)

Tapi saya taklah sepandai itu. Saya agak garang. :) Sbb itulah saya fikir beratus kali meskipun terniat nak berniaga makanan kat gerai. Yalah, teringin nak ada produk sendiri kan?

Saya pernah terbaca kat satu majalah Anis, seorang isteri yg mengandung, suka sangat masakan makcik jiran sebelah rumahnya. Sampai selalu jugalah isteri minta makcik itu buatkan sambal, dan macam2 lagi. Tapi makcik tu baik, dia selalu layan pasangan tu. Kata pakcik pula, dia bayangkan pasangan tu macam anak-anak dia. Jika kita banyak tolong orang, dan murah hati pada oranglain. Moga dgn izin Allah, ada orang yang belas dan kasihan juga murah hati pada anak-anaknya yg semuanya duduk jauh2 dari mereka.
.................

Saya terkedu di situ.
Terima kasih, Ma Abah, memang kemurahan hati Ma Abah telah kami kecapi. Terima kasih Ma Abah, kerana bersusah untuk kami...

Memang banyak dah kejadian yg saya nampak, kalau kita buat Kebajikan atau Kejahatan sekalipun, biasanya balasannya bukan datang pada kita direct. Tapi pada orang2 kesayangan kita....

..................

Memang benar, ada orang mengasihi saya. Memang benar, ada orang bermurah hati pada saya. Memang benar, tak ramai orang mahu berbuat jahat pada saya. Sekalipun saya berbuat baik pada mereka semua, saya selalu NIATKAN pahalanya pada Ibubapa saya. Yalah, mana sama mak bapak orang dengan mama abah sendiri, kan?  Saya cuma  RINDU pada layanan mama  abah saya...  Saya hanya bersyukur... Allah mmberi banyak nikmat kepada saya. Kalau ada masa saya menunjuk perangai, harapnya, janganlah Allah mengira yg itu!


Allah... moga kebajikan2 saya mndapat pahala. Moga dengan mnjaga hati Mertua, maka menantu-menantu ma abah saya , akan belas dan kasih pada Ibubapa saya.
Dgn berbuat baik pada adik2 jiran, moga adik2 saya mndapat keselamatan dan kebahagiaan walau di mana berada.
Moga dengan sedekah saya, suami saya akan bertambah rezeki.
Moga dengan membuat perhubungan baik dengan teman suami, Suami saya akan mndapat kebaikan yg tidak putus-putus dan dipanjangkan umur.
Janganlah Dikau timpakan kifarah kesalahan daku ke atas mereka..... Amin Ya Rabb!



Belajar meluahkan rasa

 Klik kanan new tab. saiz besar ni. sesuai wat planner, atau catatan.

Bismillah. Blogging banyak membantu saya mengenal oranglain. Memahami bahawa dunia bukan hanya sekitar saya. Ia lebih luas. Bayangkan saja saya orang kampung betul, yg dunia saya bukanlah dunia moden, kehendak saya hanya suam kuku  (tidak suka memaksa diri untuk keinginan) , pergaulan saya juga bukan di kalangan orang bandar.  Jadi, saya perlu banyak memerhati untuk mencari keyakinan diri saya menempuh EQ (emotional intelligence), juga SQ (spiritual inteeligence), meskipun intelligence itu  boleh diketepikan.. haha.  kita belajar dari sekitar, dan saya ada jugakla terpengaruh dgn sifat materialistik, nak kejar akhirat, tapi duniawi (beli barang mahal, nak cantik, nak berjalan..) Semua tu nak juga.  Jadi, lama-lama, saya tak lagi bersikap begitu. Sebab saya dari keluarga susah,  jadi saya belajar untuk berpuas hati dgn apa yg ada.  Saya tak suka memaksa diri untuk benda2 mahal yg sepatutnya duit tu boleh guna untuk keperluan lain.

Kelmarin, saya dan suami ke majlis perkahwinan teman roommate suami masa belajar . Kendurinya di Bangi.  Hadiah + kertas balut hadiah + minyak dan tol + jarak perjlanan dkat 80 km. Tidakla bernilai sangat berbanding melihat My Hubby tak habis2 senyum dan gelak dengan teman2 lama.  Saya biarkan dia berbual lama-lama..  Petang dekat Asar baru kami bertolak balik.

Lepas majlis, kami ke Ikano, nak hantar blender phillips yg dah tercabut tangkainya kat Harvey Norman. Aiceh, itu terbeli kat situ. Bukan bermaksud takmo beli kedai letrik biasa. Cuma masa tu, ada SALE, jadi rembatla satu.  Kami siap tambah RM50 untuk extended warranty 5 tahun . Malangnya, rupanya mereka cover motor blender jer!  Jug ke, tangkai ke, butang ke, semua tak cover.  Sedey.... jadi, kena gi cawangan phillips untuk beli jug baru kalu mahu.


KISAH DULU-DULU

Dulu saya sangat suka berbual. Saya juga mudah melayan makcik-makcik atau kakak senior. Dan saya ingin membawa diri saya dgn baik. Dan satu masalah, makcik-makcik ni mudah sangat luahkan masalah mereka pada saya. Saya pula selalu menyangka mereka jenis " Tawadduk " yang selalu saja merendah diri di hadapan seorang gadis kecil macam saya.

Satu hari, masalah timbul dgn satu keluarga, apabila ada rakan satu rumah sewa mula cakap belakang, katanya saya terlalu melayan keluarga makcik itu. Kerana makcik itu kerap singgah ke rumah kami. waktu tu, saya fikir tak salah, sebab saya tak rasa apa-apa pun. Barangkali saya terlalu berfikiran lurus. Sebab sikap makcik2 dan kakak kadang2 suka mengomen itu dan ini dan suka bertandang ke rumah untuk berbual. Agaknya teman serumah rasa kurang privacy.

Saya pula memang takde kakak betul, kakak tiri ada la, itupun duduk jauh dari kami dan jarang berjumpa. Mak sedara pula memang jarang jenguk kami, jadi saya tak tau macam mana rasanya ada makcik2 dan kakak ni. Makcik itu pula sangat baik, dan dia bukan jenis suka mengumpat orang. Bahkan selalu kasihan pada kami yg duduk bujang ni. Dan suka menegur remaja macam kami supaya berkelakuan baik. Makcik tu selalu ajak kami makan malam. Memang syokla. Malahan ajak kami bermalam di rumah mereka, yg itu saya tolakla, sebab saya segan sangat ngan pakcik.

Satu hari, saya rasa bersalah kerana anak makcik itu bagitau saya, bahawa maknya keguguran. pakcik tgah outsation masa tu. Rasanyala, First orang yg anak-anak makcik tu cari... ialah SAYA! HUHU.... saya tengah tido masa tu, belum ada hanset dan pintu bilik dikunci. Rakan2 belum balik. Setelah maknya dibawa ke hospital, anak bongsu makcik tu merajuk sakan dgn saya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, sampai temankan makcik tu kat hospital utk buat D&C.

Dan masa tula, saya rasa satu tanggungjawab yg tinggi apabila kita terlalu rapat dgn seseorang. Saya pindah pun, sebab banyak sangat orang cakap belakang, jadi saya pun taknak susahkan sesiapa. Sampai saya dah pindah dari rumah sewa tu, ada rakan serumah masih lagi menyalahkan saya kerana berbaik dgn makcik tu kerana makcik tu suka memanggil mereka kalau nak mintak tolong apa-apa. Saya senyum jer, kerana selepas pindah, saya rasa rindu dgn keadaan itu. :)

Memang banyakla kenangan saya dengan makcik Penang tu. Tapi dah lost contact.

Macam tu jugalah yg terjadi dgn seorang lagi makcik Kelantan, dia dah arwah. (al Fatihah) Saya cuma tahu setahun selepas perkahwinan saya. makcik tu dulu sangat baik pada saya. Dia orang berniaga, selalu mmberi makanan lebihan berniaganya. Daging masak hitam dia, sangat sedap! Tak pernah saya jumpa di mana-mana. Disebabkan saya ni orang masih belajar, tak berduit banyak. Selalu jugak saya seakan berkunjung ke rumahnya, padahal saya teringin daging masak hitammya itu! Malunya bila difikirkan. Itulah budak-budak perempuan bila keluar merantau dan dok jauh dari keluarga. Bab makan jer, yg paling dia cari. Dia nak yg MURAH TAPI SEDAP! Alahai, maknanya burger, laksa penang, kue teow goreng, nasi lemak jela hari-hari.. huhu.

Tapi saya sedikit pun tak terniat nak mengambil kesempatan. Sebab semurah-murah hati orang, kita kena tau membataskan diri. Mama saya tak ajar saya mengendeng makanan orang. Barangkali, mama saya pun tahu anak-anak perempuannya jenis suka makan. Oh, Masa ramadhan kat surau dekat rumah sewa tu pun, penuh dgn kami nak berbuka dan solat terawikh. Setiap kali, mesti makcik tu bekalkan kami lebihan lauk berbuka surau. Memang gembira hati. Buat SAHUR.. :) Di situlah saya kenal makcik tu, sebab rumah dia dekat surau.

Bila sampai satu masa, saya mula membaca masalah2 dalam familynya. Sebab kadang2 mereka macam tegang di hdpn saya. Suaminya polis, mungkin strict sikit caranya. Jadi, lama-lama saya jarang ke rumahnya. Cuma ada sorang anaknya perempuannya, kerap naik basikal ke rumah sewa kami. Baik budaknya.Dan saya selalu layan dia untuk exam sekolahnya. Tapi sekarang pun, dah lost contact, sebab hanset saya rosak dgn simcard. Jadi, tak simpan nombor mereka. Kesian arwah makcik tu bertahun2 nak jumpa saya.  Tapi masa tu, saya amat sibuk dgn kehidupan baru berumahtangga.  Dan mengikut suami. Al Fatihah.


Nak tau? Masa saya tengah lurus, bendul, berbaik dan bergaul dgn jiran2 tu, meskipun tertekan dgn pelbagai perkara yg saya TAK FAHAM, sebagai gadis remaja, saya rasa banyak Rahmah yg saya dapat. Hidup saya tenang, lancar, dimudahkan, dan hal duit tidak mnjadi masalah kalau sekadar nak makan. Namun, bila dah jauh dari lingkungan itu, saya jadi huru hara sikit, dah tak tenang, selalu jer kelaparan. Duit selalu shot. Pelik, bila saya fikirkan. Agaknya saya dah jauh dr Doa mereka barangkali...


Bila dah bukan bergelar anak gadis, benda yg paling saya takut bila dah bergelar seorang Isteri, ialah komitmen dgn sedara mara, kawan2 dan jiran tetangga. Sebab kita bukan lagi budak2.. kita dah masuk Dunia makcik-makcik itu.

Saya biasanya  diam dengan orang yg tidak mengenal saya mahupun jarang2 jumpa saya .  Saya HORMAT pendirian atau pendapat oranglain, sebab saya pun tidak rasa pendapat saya benar sepanjang masa. Mungkin pendapat saya salah. Sebab itulah kita elok  DIAM.  Ia baik untuk mengelak pertelingkahan, tapi baikkah untuk mengenal satu sama lain?

Tanda2 kita kenal satu sama lain, ialah apabila kita tau apabila dia sedih, kecewa, marah, gembira, dan segalanya expression dia.

Meskipun kita merendah diri, tidak bermakna kita lurus bendul. Atau harus mengikut cara oranglain. Suami saya selalu cakap, kita mungkin boleh mendengar cakap orangtua kita, tapi kita jangan bangkang, sebab menyakiti hati mereka, tapi  meskipun bgitu, Tak semestinya kita kena ikut semua cakap mereka.  Mula-mula saya rasa mungkin itu cara terbaik untuk menjaga Hati orangtua.  Mengikut  Cara beragama . Kemudian, saya pula rasa,  Sebab kita tak bagitau pendirian kita, dan terlalu memendam rasa, mereka tak tau apa pendapat kita, dan bila satu masa kita bagitau, mereka akan mungkin marah sebab  kita tak bagitau awal2.



Ada pro and cons di situ. Kenapa kita tak " belajar "  meluahkan rasa?  Supaya satu saat kita tak rasa dikhianati, kita tak rasa bersalah, tak mudah disalah faham, dan kemudian tak rasa merindui kenangan itu, sebab hubungan dah jauh?   Moga Allah merahmati ahli keluarga di atas yg banyak mengajar saya, dan saya amat merindui kenangan itu!



Monday, February 6, 2012

When I count my blessings, I count you twice!


Bulan Cinta dan Kasih

Assalamualaikum wr wbkth,

Tahun ini, rasa meriah sekali sambutan Maulidurrasul. Sejak dari bulan Safar lagi, dah banyak perancangan jadual kuliah dan sambutan maulid Nabi di masjid-masjid. Seperti jadual paparan di SINI : http://majlisilmu.blogspot.com/2012/01/sambutan-maulidur-rasul-di-sekitar.html

Memang sejak dahulu dah ada, tapi sambutannya sekadar berarak, dan melaungkan Selawat. Dan sambutannya tidak semeriah Maal Hijrah!

Bulan ini juga musim2 kahwin. Hari ini saja kami dah ke Kelana Jaya meraikan pengantin officemate Hubby.  Selepas majlis tersebut, kami singgah di Sunway Piramid pula sekadar bersiar-siar berduaan :)

Di Mall sprt itu, Bulan cinta, terserlah di mana-mana.... Dan ia digandingkan dgn perayaan CNY yg baru berlalu. Namun, jika bangsa lain meriah menyambut 14 Febuari, Kita besar-besarkanlah semangat dgn Cinta yg ini..







Kata-kata dari frame gambar yg baru saya beli,  Ia buat saya tersenyum. 
Saya rancang nak letak gambar di frame ini, setelah bertahun lama tak 'print out' gambar.




Duhai Perasaan.

Ya al Mu'allim, Rasulku,
Pernah,
Daku tidak memahami,
kenapa perlu meniatkan
" Aku membuat ini adalah kerana mengikut sunnah Rasul ",
dalam waktu mengerjakan amalan harianku,
"Seperti Daku senyum adalah kerana mengikut peribadi Rasulullah"
" Atau Daku memakai jubah ini adalah kerana mengikut cara pakaian Rasulullah "
Perlukah?


Senyum juga Sunnah

Namun,
Daku masih lagi ingin mencari Tawadukku...

Dan,
Di Hari Lahirmu Rasulullah,
Daku mndapat Ilham yg menyembuhkan Daku dari teka teki itu.

Wahai Rasulullah, kekasih Allah,
Sepertimana Daku harus memuji-muji dan berzikir dahulu dgn nama Allah yg sebelum meminta-minta keinginanku,
Bahawa sepertimana kita harus mmberitahu rasa CINTA kepada seseorang itu,
supaya dia menyambut CINTA kita,
Seperti itulah Daku harus melahirkan rasa CINTAKU padamu, Rasulullah,
 Dalam tiap perkataanku yg mengikut perkataanmu,
Dalam tiap perbuatan yg mengikut kecantikan perbuatanmu,
Dalam tiap Ibadah yg Dikau ajarkan kepada kami...
Seperti mabuknya seorang pencinta terhadap yg dicintainya.


Daku sentiasa menyebut namamu dalam lafaz Syahadahku,
Dalam selawatku,
Tapi Daku sering gagal menyemai rasa KASIH padamu,

Wahai kekasih Allah,
Sesiapa yg mencintaimu,
ialah seperti mencintai Allah.

Salam Rinduku terhadap SYAFAATMU,
Salam Cemburuku terhadap orang yg berkumpul bersamamu....

My Prophet,
When I count my blessings,
I count you twice!



Sallallahu alaihi wasallam




Video2: No Word Is Worthy Piano


No Word Is Worthy Lyrics

(ENGLISH)
Searched for the words
To describe your beauty
No matter how I tried
No word seemed worthy
Struggled to find
The right words for You
Words just fail to describe
What’s deep inside




Friday, February 3, 2012

Usaha berkasih sayang


Kita sediakan tanahnya
Kita menyemai benih, seronok bila ia bercambah
Ia membesar dengan batang yg lembut, kita alihkan ke kotak yg sesuai
Kita berikan baja, makin galak ia meninggi
Kita siram selalu, semakin bertambah daunnya,
Batangnya semakin kukuh,

Jika ada hujan ribut,
kita alihkan anak sayur itu ke tempat teduh,
biar ia selamat,
Jika musim hari kering, kita siram pagi dan petang,
biar tanah membasah, dan ada air menitis dari daunnya,
Semua itu membuat kita bahagia.
Kita membeleknya kerap-kerap.


Bila musim hujan ribut, ada batangnya yg patah,
kita belek semua sayur dan kita bina teduhan
Bila musim kering, nampak daun sedikit kering,
Kita siram selalu dan letak ia di tempat lembap.

Allah memberi pengajaran pada kita daripada mahluk bernama tumbuhan,
Bagaimana menyemai benih kasih,
dan usaha membesarkan rasa kasih,
malah memulihkan rasa kasih yg sentiasa dilanda patah hati atau rasa kecewa,

kerana yg  menemukan kita dgn Pasangan itu Allah,
yang memberikan kita sebuah Keluarga itu Allah,
yang memberikan kita Rezeki untuk menafkah anak isteri juga Allah,
Yang Menguji  dan memayungi  kita dari masalah penghidupan juga dari Allah




 Dan (sebutkanlah peristiwa) Dzu`n-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

SUMBER

Kerana itu usaha dalam berkasih-sayang
Insya Allah, moga2 saya mendapat menuai hasilnya di akhirat kelak!


Wednesday, February 1, 2012

A Good Word

Mengenal dan terus mengenal...


Entry saya disalah ertikan. Itu biasa.

Perkataan saya disalahertikan. Itu juga biasa.




Have you not seen how Allah sets forth a parable? A good word is a good tree: its root set firm, its branches reaching into heaven. The Holy Quran: translation of 14 : 24.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
SUMBER

 Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan- perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran).
SUMBER

Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
SUMBER

Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik . Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (menimbulkan perselisihan ). Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
SUMBER


Bagi suami pun, isteri terpaksa mengulas berulang kali, supaya suami faham maksud point perkataannya. :)

Kadang2,  seorang suka berhujah, mahu menentukan betul atau salah, seorang lagi hanya ingin bercakap-cakap dan mndapatkan nasihat.

Wanita berkata dengan Emosinya.
Lelaki berkata lebih kpd sifatnya ingin dihormati.

Kerana itu.. kerap kali saya menjauhi perkataan dan berdiam, tetapi lebih kerap menulis.

Penulisan ialah suatu yg diedit banyak kali. Tidak seperti perkataan. Saya melaluinya banyak kali.....

Menulis membuat saya rasa di Muhasabah oleh tulisan sendiri. Menjadi CERMIN DIRI..

Meskipun tulisan saya diperhatikan oranglain, saya cuma berfikir Allah lebih memerhatikan saya. Ia hanya Hasil Fikiran saya, tidak lebih dari itu. Bukan jg mmburukkan juga sesiapa.

Dan saya cuma minta DIA menunjukkan saya jalan yg diredhai.  Dan saya berjihad dengan hati sendiri.

Allah berfirman:“Dan jangan lah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.” (al-Kahf: 28)


Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
SUMBER



Jihad Hati,   Jihad peperangan

Pernah baca cerpen Melawan Arus oleh Ustaz pahrol?
http://genta-rasa.com/2011/07/10/melawan-arus/#more-1433

Kita mudah kalah bila dikritik atau diuji. Begitulah juga saya. Layakkah saya untuk berjihad di Palestin?

Saya melihat diri sendiri dgn amat kecil. Meskipun saya dibesarkan dgn alunan nasyid mahabbah yg mmbesarkan jihad menegakkan agama Allah...

Tapi saya malu... masih tak kuat menahan mengantuk bila terniat bangun malam untuk bertahajjud. Apatah lagi berpuasa sunat... sedangkan umat Islam dahulu berperang menentang kaafirin dalam keadaan berpuasa! Allah....




Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers