Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, April 25, 2012

Inspiring...


Ways to a happier marriage  ;-)

1.       Choice of suitable partners- a similar upbringing, who share a sense of humor, and have a moral or religious framework in common.

2.     Common goals& values- Agreed to have goals in life that are very similar

3.     Comitments to growth – To adapt to changes is an inevitable part of a couple’s life together : work situation, financial status, becoming a family, children.

4.     Sexual fulfilment

5.     Agreements on gender roles – It doesn’t really matter who does what, the important thing is that no one is forced to carry an unfair burden.

6.     Be creative to handle conflict- No matter how much you love each other, you have to work at it.

7.     Co-operation & teamwork – You’ve got to be prepared to give and take.  As long as you’re together, whatever else comes doesn’t matter.

8.     Money management – No serious financial decisions are made by any partner alone.

9.     Affection & appreciation – The little things that matter

10.  Communication skills – Think before you speak

11.    Ways with word - Turn the negative to positive word

12.  Be there for each other
Inspiring thought :
1. Keep a positive mindset! - start your day right.
2. Do good to  feel good - Our brain releases feel-good chemicals.
3. Wake up motivated! -  Rehydrate (drink a  large glass  of water) , have something to be excited about, Put an 'eye candy' in the room (such as an eye-catching word beside your bed  ;)

Emotions: The importance of feeling good.
1. Learn something new
2. Seek inner space
3. Always be thankful
4. Clean up your living space – for amazing healing properties
5. Be generous
6. Have a read
7. Wear your colour – would give your spirit  a boost!
8. Live in the present – make a firm commitment to live in the present and not predicting a future.

Her World magazine : February 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, April 24, 2012

Itu cinta...

Salam sejahtera,
Selamat malam buat teman-teman. Saya saja bermain-main kata hati. :)


Itu cinta,

Bila kita tidak mahu kehilangannya,
tetapi kita tidak tamak untuk memiliki.

Bila kita merindui dan kita hampa bila tiada balasan,
tetapi kita tidak membiarkan rasa itu pergi.

Bila hati kita teguh
dan lemah pada masa yang sama

kerana cinta selalu terbayang yang indah-indah,
tapi tidak tertipu dengan nafsu.
bahkan tidak terhijab dengan kebodohan.

seorang wanita bermakna tunduk dan patuh,
duhai, janganlah diam, juga jangan terjerit-jerit,
that's bad for health.
:)


Itu cinta,

Bila hati ada taman,
dan bunga itu mekar meskipun tiada siapa yang sudi memetiknya.

Kerana cinta itu ikhlas...
dan penuh kelembutan...

Ia membiarkan,
tetapi tidak melepas pergi

Qanaah itu maknanya besar,
dan ia khas untukmu wahai wanita bergelar Isteri







Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, April 20, 2012

Kuih sagu delima, ayam bakar bercili, Nasihat habib Umar: sifat baik akan menjadi lebih baik bilamana...

Bismillah,

Salam sejahtera. Moga semua berada dalam nikmat kesihatan. 2 hari yg lalu, Saya tidak berbuat apa-apa yang lain dr biasa, kecuali mengemas rumah, dapur, dan cuba mengeringkan pakaian dgn hari yang sekejap-sekejap hujan. :).

Oh, bagi sesiapa yang tidak mahu ketinggalan dgn habib Umar, beliau sekarang berada di Johor. Insya Allah besok, berada di Masjid Khalid Ibn Walid, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Biografi Habib Umar:  Beliau juga ada salah silah keturunan rasulullah, dari saidina Ali R.A.
Biografi: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/biografi-guru-mulia-al-habib-umar-bin.html
 

Jadual : http://www.darulmurtadza.com/2012/04/jadual-rasmi-rehlah-dakwah-habib-umar.html
Rakaman majlis al falah: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/program-1-habib-umar-di-masjid-al-falah.html



Nota saya daripada kata-kata habib Umar:

1) Keadilan itu baik. Bilamana ia ditegakkan oleh seorang Hakim, akan menjadi lebih baik.
-kerana hakim ialah seorang yg adil dalam memutuskan sesuatu permasalahan.

2) Sifat pemurah itu baik. Akan tetapi jika seorang Kaya melakukannya, ia akan menjadi lebih baik.

3) Kesabaran itu baik. Apabila ia dilakukan oleh orang Faqir dan Miskin, itu lebih baik.

4) Sifat warak itu baik. Apabila ia menjadi sifat para Ulamak, ia akan menjadi lebih baik.

5) Rasa malu itu baik. Bila ia ada pada diri seorang Wanita, itu akan jadi lebih baik
- kerana sifat malu itu sebahagian daripada Iman. Iman dan Sifat malu berdampingan. Bilamana salah satu pergi, ia akan DIIKUTI yang lainnya. (Nauzubilah min zalik..)





Di bawah ini, hanya riwayat dari ceruk dapur saya. :D





SAGU DELIMA : kuih sagu/bronok

Resipi: Chef Hanieliza
Sumber: Buku 1 hari 1 resipi

A
1 cwn sagu
3 cwn air
1 cwn gula
1 sdt pewarna merah
1 helai daun pandan

B
1/2 biji kelapa parut
dan sedikit garam digaul rata


Cara membuat:

1. Sagu biji dibersihkan, rendam sebentar dan tuskan (nurindah: saya alirkankan sagu di dalam penapis di bawah air paip sekejap )

2. Masakkan air, gula dan daun pandan yang disimpul hingga mendidih. Bila mendidih, buang daun pandan.

3. Masukan sagu serta pewarna merah. Kacau sehingga biji sagu kembang. (nurindah: masa ni saya kecilkan api)

4. Apabila sagu kembang, angkat dan masukkan ke dalam loyang. Sejukkan.

5. Apabila sejuk, potongkan dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul sedikit dengan garam.

6. Sedia dihidangkan.

Nota: Jika sagu lembik masa nak potong, cuba letak dalam peti ais sekejap. Kalau lembik juga, ceduk jerla dengan sudu. hehe...





Kuih sagu diceduk, masukkan dalam bekas camni. Panaskan santan bersama sedikit tepung jagung, secubit garam dan seseudu kecil gula. Tuang atas sagu ni, simpan dama peti ais.. Hum... sangat sedap dimakan sejuk. :D





Rabu. Dinner Mihun goreng  . Terasa takmo makan nasi masa tu.  Ia dimakan bersama teh O panas.... :))



Khamis. Dinner. Ayam bakar bercili saja.

AYAM BAKAR BERCILI
Sumber: mysweetlife-nurindah

5-6 ketul ayam
* 10 tangkai cili kering - direndam dgn air panas sehingga lembut
* Halia
* 1/2 biji Bawang besar
* 2-3 ulas Bawang putih
Garam secukup rasa
Sedikit madu

Kisar bahan yang bertanda *
Tuang bahan kisar di atas ayam, gaul , dan perap seketika.
Susun di atas dulang pembakar
Bakar dalam suhu 180 - 190 sehingga 45-50 minit.


Taugeh dan tauhu masak lemak

Sotong goreng menggunakan serbuk tepung segera ayam goreng.

Tauhu, digoreng dgn kunyit dan garam, dicicah sambal kicap.... hum...



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║
║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, April 18, 2012

parking oh parking, hal jubah, dan majlis Habib umar di masjid al Falah

Bismillah,

Salam sejahtera. Moga kita semua dianugerahkan kesihatan.
Siang kelmarin adalah hari yg meletihkan juga. Mungkin badan saya yg cepat penat berjalan banyak. My hubby cuti. Jadi, banyaklah hal yg kami cuba selesaikan.

Ke rawang utk masukkan duit jualan kerepek bercampur 'simpanan kecil'. Duit singgit2 dan sen-sen.. :) Sape yg kata simpanan camni tak banyak, cuba simpan.. mesti terkejut . Berpusing cari parking. Orang majlis daerah pula berkeliaran mmberi nota cinta aka saman. Camana nak komplen, "parking tak cukupla ENCHE.. tambahla tempat parking dan line kuning, kami sanggup bayar duit parking.. huhu" Alih2... my hubby parking belakang kedai, nasib baik kedai tutup :D Alhamdulillah!


Kami pergi ke ofis pemaju di Pandan indah dgn tujuan meminta kunci rumah. Rumah yg sudah siap SnP, dan loan yang telah dilepaskan kpd pemaju. Jadi, kami kena bersiap-siap utk membuat bayaran pertama pada bulan Mei. Dlm perjalanan ke menara ofis itu saja, kami terlihat ada kereta orang sedang 'ditunda' majlis daerah. Kami cari parking jauh juga, tapi dapat tempat dalam line kuning. Alhamdulillah.


Pergi ke USJ pula, sebab dah malas balik rumah. Singggah al Falah utk solat zohor, parking jauh juga. Lepas tu, ke kedai water filter. Tukar katrij dan lain-lain, abes RM140. Parking kami... nun, di hujung sana. My hubby dah kehabisan cash, terus mencari bank. Berpusing-pusing lagi.

Saya pula asyik minum ais.. terus sakit kepala :))





Saya teringat kami berpusing-pusing cari parking di masjid negeri Shah Alam, sebab pergi selepas suami balik kerja  utk majlis ceramah tauhid tawasuf di sana . My hubby berpusing di bulatan dalam kawasan masjid tu 2-3 kali utk cari parking. Yang terlintas di kepala saya ialah Doa ini. Saya baca banyak kali " Robbi yassir wala tu 'assir" . Alhamdulillah, ada parking yg lapang utk kami di satu lorong, siap ada kereta lain juga yg mengikut kami parking dr belakang. Mungkin Allah kesian kat kami... 


Petang untuk solat Asar, pukul 5.30, kami mula bergerak ke masjid Al Falah. My hubby tak parking dalam, sebab takut orang buat double parking. Berjalan lagi, tapi kali ni dgn sopan dan akur. hehehe.. Saya duduk di bahagian belakang kawasan kelas agama petang, sebab orang uzur. Alhamdulillah, sempatla nampak wajah Habib Umar yg disebut-sebut orang tu.kaum lelaki sampai melimpah keluar masjid al Falah.  Foto habib Umar yg jelas tak dapat diambil, kerana orang yg agak sesak. Padahal kami sampai sana dalam jam 5.30 petang .



Maaf, gambar tak jelas sangat.



Masjid al Falah ni besar.  Habib Umar dengan Habib Ali di sebelah sebagai penterjemah.
Habib Umar banyak berdoa, untuk kesejahteraan semua jemaah yang hadir. Bukan senang, utk mndapat doa khusus dari beliau, dgn kita mengaminkan. Yalah.. doa orang2 Soleh mudah 'dilihat' oleh Allah . Amin..amin..amin..


Habib Umar mempunyai salah silah keturunan Rasulullah SAW daripada saidina Ali R.A.

Biografi Habib Umar:  http://www.darulmurtadza.com/2012/04/biografi-guru-mulia-al-habib-umar-bin.html

Rakaman: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/program-1-habib-umar-di-masjid-al-falah.html





Malam tadi, saya memilih beberapa 'kurta' berwarna putih utk my Hubby. harganya 50-60 sahaja. Sangat sesuai dgn dia, utk dipakai dgn seluarnya. Saya berkenan juga dgn jubah perempuan, tetapi mengenangkan my Hubby lebih susah utk membeli pakaian baru utk dirinya, saya memilih utknya dahulu.


Malam tadi, saya cuma berbaju kurung kerana terus dari pejabat pemaju tadi. My hubby cuma sarungkan baju melayu. Saya nak pakai jubah, dah selalu sangat saya pakai jubah hitam tu. Ke kuliah, itulah yg dipakai, ke majlis maulid, itulah. Nak ke majlis taalim, itulah. Terasa-rasa ada jiran-jiran yg mungkin perasan saya pakai jubah yg sama bila keluar rumah, hehe.. Saya fobia, terbeli sehelai jubah perempuan berharga RM65, tetapi bila dipakai, kainnya agak melekat di dada, masa tu saya pakai tudung instant. Saya ingin membeli yg kain tebal sedikit sprt jubah hitam saya. Harganya? RM130-150. Jubah seperti itu, nak tukar cara duduk bersila ker.. nak bersimpuh ker, tak nampak sangat, labuhnya boleh menutup stokin bila time sejuk. Memang selamat dipakai waktu kuliah Syeikh Nuruddin yang berjam-jam dari subuh sampai Asar. :))

Saya berbaju kurung dgn baju camisole lengan panjang, serta berstokin, dan bertudung instant, tapi masih rasa janggal bila ramai pula yg berjubah dan berpurdah. :D "Perasaan saya jer tuh ;)  Kita JANGAN pandang pada  pakaian untuk berasa disenangi.  Mungkin saya berasa begitu sebab ia majlis maulid nabi, dan Jubah ialah sesuatu yg 'sunnah' yang dipakai baginda. Memang patutlah kita meraikan hari untuk baginda dgn sesuatu yg baginda sukai sprt jubah dan wangian  :))  Namun, sprt yg my Hubby cakap, yang penting bukan pakaian saja menutup aurat, tetapi... Orang di sebalik jubah itu.













 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║
║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, April 16, 2012

Cerita-cerita ulamak

Bismillah,
Salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya berkesempatan duduk di depan PC. Lenguh pinggang dan lutut ni, tetapi ia tak sebesar makna menuntut ilmu. Alhamdulillah, selepas khatam 2 kitab (al awaail dan la tahqiranna), kami teruskan pengajian yg hanya sehari sebulan bersama Syeikh Nuruddin al Banjari di masjid as Salam bkt Sentosa kelmarin. :)

Nak tau, waktu bersama beliau, hati saya terbuai-buai nak melihat keindahan Mekah. Beliau belajar di Mekah dr umur belasan tahun dan belajar berpuluh tahun dr pelbagai ulamak besar di Mekah. Kerana di masjidil haram masa itu, tmpat berkumpul segala ulamak dari serata negara. Syeikh banyak kali menyebut ttg Madrasah Darul Ulum. Itu belum lagi cerita bab umrah, Haji....

Terbayang-bayang di ruang mata saya yg belum pernah menjejak Mekah ^_^


Cerita beliau, bagaimana ulamak dahulu TIDAK bergantung hidup dgn kerajaan kerana mereka sendiri mmpunyai harta sendiri. Ulamak2 dahulu juga banyak diberi kepercayaan untuk menyalurkan wang zakat. Lalu untuk hidup dan peluang untuk belajar di Mekah masa itu sangat mudah kerana tok guru sendiri yg mmbahagikan duit zakat kpd anak-anak muridnya sprtmana masa hari lebaran.


Banyakla cerita, seperti tuan guru Abdullah Ibnu Mubarak, ulamak yang kaya-raya.
Beliau membahagikan hartanya kepada 3, untuk modal, untuk kelengkapan pertahanan perang , untuk bersedekah. Masa tu, ulamak lebih berpengaruh dr khalifah Harun ar Rasyid. Beliau pernah menawarkan tawaran untuk sesiapa saja pergi menunaikan Haji bersama beliau, dgn syarat mesti patuh arahan beliau. Semua orang disuruh mengumpulkan duit poket masing-masing dalam 1 sampul dan ditulis nama, lalu diletak pada satu peti dan ada orang yg menjaganya. Di Madinah dan Mekah, semua makan, minum, penginapan ditanggung oleh Abdullah Ibnu Mubarak. Kemudian, semasa nak berbelanja, diberikan duit sesuai dgn hajat ahli keluarga yg meminta dibelikan ole-ole dr Mekah. Selepas Haji dan balik ke kampung, semua mereka dikumpulkan kembali. Dan mereka dipulangkan kembali duit mereka yg disimpan oleh orang Abdullah Ibnu Mubarak TANPA kurang sedikitpun. :)) Beruntungnya...



Ada seorang ulamak besar tu, (dah lupa nama beliau). Beliau baru selesai mengajar di masjid. Tiba2 ada menteri atau penguasa masa itu sedang melihat-lihat masjid. Barangkali nak melihat keadaan masjid. Ulamak itu sedang berlunjur kerana keletihan. Datang seorang anggota polis yg mengawal menteri itu, menegur "Tuan guru, mohon dibetulkan kakinya, kerana ada menteri sedang melihat-lihat masjid." Ulamak itu tidak mmberi respon kerana beliau amat keletihan. Polis itu naik angin lalu berkata kasar " Tuan guru, Sila betulkan kakinya. Nanti tuan guru juga yg mahu meminta bantuan dari kerajaan".  Ulamak itu pun berkata (lebih kurang sprt ini) " Orang yang berani berlunjur kaki seperti ini di hadapan dia, takkan sekali-kali meminta bantuan dari kerajaan!!". Kerana beliau sendiri sudah ada banyak harta.
Ulamak dahulu mmpunyai harta sendiri kerana maruahnya, supaya tidak meminta dr kerajaan, dan menjadi orang yang paling banyak membantu orang-orang miskin.

Syeikh sendiri bersama seorang adiknya, semasa remaja dan belajar di Mekah, sering mndapat duit tambahan di musim haji dgn menyediakan gunting untuk bertahallul. :D


 Ceritanya lagi, dahulu, ada seorang lelaki yang kurus, sedang menolak kerusi roda seorang jemaah yang agak besar badannya. Jemaah itu telah mengupah lelaki kurus itu untuk SAI'E di safa dan Marwah. Di situ kan berbukit. Jadi, lelaki ini tiba2 memanggil Syeikh yang kebetulan sedang bersai'e untuk membantu menolak kerusi roda jemaah berbadan besar itu. Syeikh lalu menghentikan saie dan menolak bersama sehingga naik ke atas bukit. Kemudian, Syeikh kembali semula ke kedudukan ASAL untuk memulakan Saie semula. Kata beliau, JIKA kita mengerjakan umrah atau Haji bersama ibu yang uzur dan berkerusi roda, kita mesti membuat Saie secara berasingan. Sama ada, kita buat dahulu, dah selesai baru menolak ibu kita untuk bersaie. Ataupun menolak ibu yang uzur terlebih dahulu, baru giliran kita. Tidak boleh bersaie bersama. Tetapi ramai yg saya dengar, yang mengupah oranglain utk ibubapa mereka yg uzur. Tapi mahal,kan?
http://www.al-azim.com/haji/rukun.htm


Satu lagi, ada seorang Syeikh bernama Syeikh Muhammad.
Sutan hassanul Bolkiah (kalau tak silap), Raja Brunei masa itu, memanggil beliau kerana masalah istana yang ada gangguan di istana. Syeikh Muhammad berjaya mengeluarkan makhluk2 halus yg menggangu istana dan istana kembali aman dan tenteram. Raja Brunei itu menawarkan untuk menunaikan apa kehendak Syeikh itu sebagai ganjaran. Syeikh Muhammad mengatakan, kalau ditawarkan duit, beliau sudahpun kaya dan berduit. Beliau meletakkan 3 janji yang Sultan harus tunaikan, iaitu,

Melaksanakn Syariat Islam
Membanyakkan bank-bank Islam
Menubuhkan universiti Islam.

Selepas bbrp lama, Syeikh Muhammad kembali ke Brunei. Telah ada banyak bank Islam, dan ada universti Islam. Tetapi syariat Islam yg sebetul2nya belum dapat dilaksanakan, mungkin kerana kekangan politik. 

Nak satu cerita lagi? :)



Seorang Ulamak berana Muhammad Ibnu Munkadir.
Beliau amat mementingkan wang halal dan haram. Satu ketika beliau mahu terlibat dalam satu penjualan rumah. Rumah banglo yang besar, mahu dijual harga 1.3 juta. Rumah banglo yang kecil sedikit dari itu, mahu dijual 800 ribu.  Semuanya ditugaskan kpd pembantunya.   Tiba-tiba, pembantunya telah tersilap. Dia telah menjual rumah kecil sedikit , dgn harga 1.3 juta.  Muhammad Ibnu Munkadir memarahi pembantunya, dan mahu memanggil semula pembeli tadi.  Dia berkata, pembantuku telah tersilap. Sebenarnya rumah itu berharga 800 ribu. Dgn itu aku beri pilihan, sama ada mahu aku kembalikan DUIT 500 ribu dan kamu dapat rumah itu. Atau kamu pilih saja rumah yg satu lagi, yg harganya 1.3 juta.
Pembeli itu berkata, " Maaf tuan, dikampungku, rumah sprt itu memang berharga 1.3 juta. Kerana itu aku membeli dgn harga itu". Ulamak itu masih berkeras, " Kamu ikut cadanganku dgn 2 pilihan itu , atau kita batalkan saja pembelian ini". Akhirnya pembeli itu akur dan buat pilihannya. Setelah selesai, pembeli itu bertanya kpd pembantu tadi.  " Siapakah kontraktor itu? Lain sungguh sikapnya".  "Itulah  Ulamak Muhammad Ibnu Munkadir".  Barulah pembeli itu terlopong...
" Ya Allah,  dia sangat disanjungi di kampungku. Kalau kami lama tidak menerima hujan. Kami sering berdoa dgn bersandarkan berkat Muhammad Ibnu Munkadir semasa meminta doa supaya Allah menurunkan hujan."


Nota Nurindah: :) Alhamdulillah, kami baru menghabiskan beberapa hadis Musalsal. Hadis musalsal dgn menunjukkan rasulullah menjamu kurma dan air semasa menyampaikan hadis, maka kami pun dijamu sama :) , musalsal sambil membaca Suraf Saff dari awal hingga akhir ,  musalsal sambil membaca Surah as Shaad  sehingga ayat 24, lalu kami semua  sujud Tilawah beramai-ramai.  Ada sanadnya dr guru Syeikh Nuruddin iaitu Syeikh Muhammad Yasin al fadani (mengikut buku). Jadi, jika beramal, kira amalan tu ber sanadlah. Alhamdulillah.
Dalam kitab Yaqut al Nafis, kami belajar bab Hawaalah - perpindahan hutang
Dhaman- Jaminan, dan penjamin
As Syarikah- Perkongsian peniagaan
al Wakalah - perwakilan
Iqrar - Pengakuan
al A'riah - Peminjaman Barang
al Ghasbu- perampasan secara zalim
as syuf 'ah -menghimpun
Bulan depan - bab Mudharabah

(Semua ini - saya harus dengar balik voice record myHubby. Sebab susah juga nak faham. Tetapi interested untuk pemahaman . :))

Malamnya kami ke masjid Firdaus, Selayang. Ada baca Hizib Nawawi. Hizib ni, sesuai utk diamalkan sebagai doa mengelak bala bencana. Sayyidul Istighfar - Sesuai diamalkan setiap lepas Subuh dan Asar, pagi dan petang. Ini kira ijazah dari beliau.

Kami pernah mendapat hadis musalsal, yg mana 'Doa mustajab di Multazam'. Tiada satu doa pun yg dimohon kpd Allah (di Multazam, dekat pintu kaaabah) oleh mana-mana Hamba, kecuali akan diperkenankanNya. Ia bersanad sehingga Syeikh Nuruddin dan doa beliau pernah dikabulkan di Multazam, lalu beliau mengatakannya kpd kami semua. Saya hanya menuliskannya, sebab saya belum pernah berdoa di Multazam atau dimakbulkan doa yg didoakan di sana.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, April 14, 2012

Status kewangan: Bukan Angka Gaji, tapi Cara Berbelanja dan Mengurus Hutang dengan bijak.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pagi ini saya agak segar. Malam tadi pergi ke masjid negeri Shah Alam, tapi balik masih awal lagi setelah round sekejap pameran HaRUM. Pameran itu masih suam-suam kuku, sebab masih awal. Mungkin akan lebih meriah pada Sabtu atau Ahad.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sumber: http://www3.pmo.gov.my/



Artikel

Kita memerlukan WANG untuk hidup, namun bijakkah kita menguruskannya agar kita dapat menikmati hasil penatlelah kita itu dengan sebaik-baiknya.


BAJET KELUARGA: BUKAN ANGKA GAJI, TAPI CARA BERBELANJA

Untuk hidup di bandar yang selesa memerlukan had pendapatan ISIRUMAH, RM 3000 sebulan ke atas. Jika pendapatan RM3000 ke bawah memang dikira sukar untuk seisi keluarga menikmati hidup yang selesa. Tetapi andai tidak bijak mengurus kewangan, masalah kewangan tetap membelenggu mereka.

Membicarakan persoalan bajet yang cukup, setiap keluarga perlukan mencorakkan kehidupan yang seperti mereka inginkan kerana setiap keluarga mempunyai corak hidup yang berbeza. Jika ditetapkan berapa minimum gaji sekalipun, andainya sesebuah keluarga itu tidak bijak mengurus perbelanjaan mereka, masalah kewangan tetap akan terus membelenggu kehidupan mereka. Kadang-kala, status kedudukan kewangan tersembunyi di sebalik hutang Kad Kredit yang membebankan.

Masih terdapat rata-rata suami isteri yang berpendapatan RM 2000 sebulan yg boleh hidup dengan pendapatan sebanyak itu. Ini kerana mereka tahu keperluan yang mereka inginkan. Sbg contoh, pasangan yg bijak merancang perbelanjaan bulanan adalah mereka yang mmpunyai Carta Aliran perbelanjaan keluar masuk duit yakni termasuk juga SIMPANAN wajib 10% daripada pendapatan bulanan mereka setiap bulan.


ANAK-ANAK MUDA: SIMPAN DAHULU SEBELUM TERLIBAT DALAM HUTANG

Mereka yang belum terlibat dgn sebarang hutang (BANK) sprt hutang rumah, kereta, dan sebagainya, disarankan utk fokus membuat simpanan terlebih dahulu. Kebiasannya mereka adalah golongan muda yang baru selesai pengajian dan mendapat pekerjaan. Disarankan kepada mereka, untuk menyimpan 20% daripada gaji mereka setiap bulan. Instrumen kewangan yang wajib perlu ada pada setiap individu terbahagi kepada TIGA iaitu Simpanan Tabung Haji, Takaful dan pelaburan.



PETIKAN kolumn majalah Anis April 2012
Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir,
Pakar Kewangan,
Hijrah Wealth Management.


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, April 13, 2012

Mengharap sakinah wa mawaddah wa rahmah dalam rumahtangga

Bismillah. Moga teman2 dan pelawat sihat semuanya. :)

Demi mengharap Mawaddah (Cinta kasih); Rahmah (Kasih sayang); Sakina (ketenangan, ketenteraman), dua perkara ini harus ada. Keceriaan dalam rumahtangga, dan Bajet rumahtangga. Saya lihat ISU ini dipaparkan secara berangkai pada majalah Anis bulan Mac dan April.

Saya cuma  sempat capai kamera saja. Dan inilah mutiara dalam majalah Anis  yang saya sempat rakam. Yang Mac, banyak juga tips yang saya ambil. Sedangkan bulan April, lebih sesuai utk wanita yg bekerja, jadi kuranglah saya ambil.
 


Anis April

Dalam keluaran April, ada satu bab yang menarik Hati saya. Yg mana seorang anak menceritakan ttg ibubapanya yang telah tua, tapi harmonis.  Ibunya telah ke pasar malam membeli kuih dan makanan utk cucu2nya, termasuk bawang RM2.  Bila sedang menjamu selera, ibunya memberitahu ayahnya, beliau membeli makanan, termasuk bawang RM2.  Tetapi tidak cukup RM2, lalu dia menggunakan duit sendiri . Tiba-tiba ayahnya bangun, lalu menghulurkan duit RM2. 

Anaknya bertanya, kenapa ayah menggantikan duit yang ibu gunakan?

Si Ayah berkata, " Satu, Nafkah  keluarga adalah  tanggungjawab ayah . Tetapi RM 2 yang ibumu gunakan itu  diambil dari nafkah yang ayah bagi untuk DIRINYA. Ibumu bebas menggunakan utk membeli apa yang dia sukai. Sebab itulah ayah menggantikannya. "

Ibunya berkata " Tidak apalah ayahnya, saya juga ingin bersedekah kepada keluarga."

Alangkah harmonisnya..

Si ayah  TIDAK MAHU berhutang duit nafkah yang sepatutnya hak isteri.  Sedangkan isteri, mahu menggunakan utk keluarga.  Dengan itu, Si ayah telah bebas dari hutangnya terhadap isteri.  Manakala isterinya tetap mengembalikan duit itu utk meringankan beban suaminya.

Begitulah lebih kurang yang asya ingat kisahnya.

Rasa-rasanya... patutkah suami kita berbuat begitu? :)  Sama ada isteri bergaji atau tidak, nafkah keluarga dan nafkah diri isteri WAJIB diberikan mengikut semampu  suami.  Dgn itu isteri berasa dihargai, malah suami pun menunaikan kewajipannya mengikut agama. Manakala isteri yang baik, tidaklah menggunakan duit itu sewenang-wenangnya atau kedekut dengan suami atau anak. Bila suami memberi utk kita, kita akan akan kembalikan kpd suami dalam bentuk lain. Aduhai, harmonisnya rumahtangga...



NOTA NURINDAH: Klik NewTab untuk lihat saiz yang lebih besar untuk semua page Artikel yang ada.






Anis Mac










MENGAPA HATI KERAS?




Janganlah engkau anggap rendah kebaikan meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu (H.R. Muslim)



Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al baqarah: ayat 261)






  Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║
║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, April 12, 2012

al Jenderami


Alhamdulillah. Bismillah.
Moga semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah. :)

Saje nak share.
My Mertua asyik menyebut yayasan al Jenderami. Rupanya jalan Dengkil. Memang arah ke Banting saja tu.
Baru2 ini pula saya baca kat majalah taalim darulmurtadza, ada rombongan yayasan al Jemderami bersama darulmurtadza ke Solo, indonesia. Sebab itu, saya cuba cari infonya..

Ia sebuah yayasan beserta ala pondok, yang memuatkan warga emas, anak yatim, dll, untuk belajar agama. Tapi ini pondok moden. Bagus saya saya tengok videonya. Sejuk mata memandang..





Sumber: http://www.aljenderami.com.my/aljenderami/index.php?option=com_content&view=article&id=53&Itemid=53



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, April 10, 2012

Masjid besi, Majlis maulid, rakaman MP3 Habib ali al Jufri dgn terjemahan, dan jom kenal habib Umar 17 April

Bismillah. Salam sejahtera buat semua.
Letih dah hilang. Alhamdulillah, kami berkesempatan pergi ke masjid Mizan zainal abidin (masjid besi) putrajaya  Ahad lalu , 8 April, sempena Maulid Perdana yang saya katakan  sebelum ini. My Hubby kerja hari Ahad tu , selepas balik dia berehat sekejap, dan kami bertolak selepas Asar. Jarak perjalanan, dalam 1 jam lebih dari rumah. Dalam 6.30, kami sampai. Cantik, masjidnya. My Hubby cakap, masjid besi ini menggunakan sistem pengaliran udara yang canggih (tiada aircond). 'Bagus juga kan? Dlm jangka panjang, ia menjimatkan. :) Setiap kali balik banting, lalu Putrajaya. Tapi tak pernah round semua tempat. :) Maafla, gambar dari luar tak sempat nak snap. Dalam 6.30 tu, hujan turun lebat.

Penghargaan buat My Hubby. Semua Foto adalah  hasil tangan my Hubby yang bersusah payah fokus dari jarak jauh, hanya menggunakan Nikon coolpix P500 (kamera ni tiada lens semua).  Susah juga nak fokus tu dari jarak berpuluh-puluh SAF di belakang . Tapi Alhamdulillah, ada juga yg clear.





Kubah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid besi)

Mimbar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid besi)

Selepas seminar Antarabangsa yang diadakan di pusat Islam (berbayar), maulid perdana diadakan diadakan untuk umum di Putrajaya. Beberapa Prof dan ulamak yang berkongsi ilmu dalam seminar itu turut hadir ke masjlis maulid.  Kami tak berkesempatan ke seminar itu. Majlis bermula jam 5.30 petang. Waktu kami tiba di masjid, ada ucapan sedang diadakan oleh beberapa prof ' dalam bahasa Arab.


Majlis Maulid dimulakan selepas Maghrib. Prof, ulamak dan habib  turun dari kerusi dan duduk bersila beramai-ramai membaca Selawat dan Qasidah memuji Rasulullah.

Fokus dekat antara Prof dan ulamak yang hadir. Di tengah tu, Habib Ali al Jufri.

Semasa ucapan. Klik newtab untuk saiz besar sikit.


Klik Newtab untuk saiz besar sikit.  Jemaah semasa berdiri untuk Selawat yang disunatkan berdiri.  Ramai di kalangan jemaah yangmembaca Selawat dan qasidah dari buku.  Kebanyakan mereka adalah, parents, student yayasan as Sofa Rembau, mereka yang mengikuti majlis taalim darul Murtadza, juga orang sekitar.  Saya pula belum ada buku itu. Semasa majlis, ada buku yang diberi secara percuma, tapi saya tiada rezeki. Suami saya pun sama. Ramai orang yg mahukan buku itu. :)



Kumpulan persembahan dari Syria. Hanya menggunakan suara, tiada muzik. Kesian bila lihat mereka. Yalah, katanya negara mereka, Syria sedang bergolak sekarang. Sprt Mesir tak lama dahulu.



Sempat mengambil foto Habib Ali al Jufri semasa beliau berucap. Ucapan beliau satu-satunya mendapat terjemahan daripada Habib Ali zainal Abidin. Masa beliau berdoa, yang bersungguh2, saya cuba untuk menangis. Beliau mendoakan keselamatan, untuk masjid, jemaah, dan negeri kita dan semua tempat yang umat Islam yg ditindas dan bergolak sprt di masjidil Aqsa .



Syeikh Fuad, pengerusi Universiti As Sofa. Penganjur majlis, dan yang membawa semua tokoh Prof dan ulamak ke malaysia. 


NOTA NASIHAT DARIPADA TOKOH2 ULAMAK DAN PROF:

1. Hanya berzikir kepada Allah akan mententeramkan jiwa.
2. Dgn keberkatan kita menghadiri majlis Ilmu, beristighfar, dan memuji Allah dan rasulnya,  sebaik kita pulang ke rumah, kita akan memindahkan Rahmat, Sakinah (ketenagan Hati dan Jiwa) kepada Ahli keluarga kita.
Jika keluarga berpecah belah, dgn berkat Doa dari malaikat yang mendoakan kita sepanjang kita berada di dalam masjid,  dengan berkat doa itu, Allah akan menyatukan Hati ahli keluarga kita, melembutkan Hati isteri atau suami yang kurang taat kepada Allah atau anak-anak yang degil dari mendengar cakap ibubapa dan perhubungan kita sesama insan lain.
3. Saat kita meninggalkan majlis,  Allah akan mengampunkan dosa kita. Amin.. dan mengabulkan setiap hajat setiap dari kita,Amin.. dan memberi kesembuhan atas penyakit,  Amin... BERKAT doa dari para malaikat kerana kita berada di masjid untuk majlis ilmu dan berzikir.
4. Dari Habib Ali al Jufri - Sesiapa yang mencintai  Allah dan RasulNya, Allah akan mengumpulkan dia di akhirat kelak bersama orang yang dicintainya.  Dan apalah ertinya Nikmat  syurga jika tidak dapat bersua dgn Rasulullah SAW di dalamnya.... 'hiba..'


NOTA NURINDAH: Alhamdulillah, dah ada rakaman ucapan Habib Ali al Jufri dgn terjemahan Habib Ali zainal abidin:
http://www.youtube.com/watch?v=D6D4OhMAjJ0&feature=player_embedded

Sumber: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/ziarah-habib-ali-zainal-abidin-bin.html



JEMPUTAN


Jemputan yang kami dapat, Habib Umar, tokoh ulamak yang terkenal. Saya belum pernah bertemu beliau. Teringin juga nak kenal dari dekat. 


Beliau terplih dan menduduki ranking ke 37 bagi tokoh muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims,
Kedudukan ke 33 dari 100 Most Influential People in the World oleh majalah Forbes
Majalah Times memilih beliau manusia ke 35 paling berpengaruh di dunia 2011.

JADUAL BELIAU : http://majlisilmu.blogspot.com/2012/04/yang-dirindui-dah-tibaaaa-ziarah-habib.html




  Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥────
╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Penkek tradisi, muffin pisang.

Bismillah. Dah tengahari, OPS.. petang dah. hehe. Tapi ini saja yang saya ada. Malam tadi, my hubby berbuka puasa dgn Mee goreng wan, dgn balance ketulan ayam saja. Lepas tu, kami bergerak ke kedai untuk mmbeli barang basah sedikit.:)





Pagi tadi sempatlah saya buat sarapan. Ini asalnya lempeng tepung kak Ummihumaira. Dah 2-3 kali saya buat.  Bentuk dan rasa lempeng ni macam penkek, cuma tiada rasa susu dan majerin jer, versi Tradisi.

Madu HPA dah lama tiada stok kat BS. Ni jumpa madu lebih murah kat kedai HPA, madu dgn campuran habbatusauda. Harga RM15.00. Ia dimakan dengan penkek tradisi.. sedap...:) My Hubby yang dalam kelam kabut nak pegi kerja pun  makan sampai 2 keping.  Nak masak pun, sekejap jer.

Versi pagi ini, saya guna serbuk penaik 1 sdt. Guna soda bikarbonat pun boleh, tapi 1/2 sdt



PENKEK TRADISI
VERSI NURINDAH

Sumber asal: kak ummihumaira/lempeng tepung
Diolah semula: Nurindah

1) Telur 2 biji + Gula 2 sdm. Blend (kisar) keduanya sehingga nampak berbuih-buih.
2) Masukkan 1/2 cwn air + 1/2 sdt garam + 1/2 sdt Soda bikarbonat + Esen vanila . Kisar lagi.
3) Masukkan tepung gandum. ( Saya tak sukat. Masukkan tepung sedikit-sedikit, supaya adunannya sprt gambar di bawah di bawah.
4) Bakar dalam pan leper.



Buat adik-adikku, akak tak sukat air dan tepung. Likat adunan macam ni la, di belakang sudu. Ia menyalut sudu, tak cair, tak likat sangat. Adunan masih menitik, tapi ia tersalut elok kat sudu.


Teringin koko Radix. Dah lama takde kat pasaran. Terjumpa koko E-man ni kat kedai HPA. Versi 4 in 1, ada campuran kurma tapi jenis pukal punya, takde paket kecik. Sedap rasanya, setanding koko radix yang lama tu..  Rasa coklat lemak2.  Harga RM15.90



Kelmarin, lepas buat pengat pisang, ada sedikit balance pisang. Pisang tu pisang abu, tapi hentamla buat muffin. Belek-belek buku ni..

Resipi asal, tapi saya dah buat perubahan sebab takde mentega.



VERSI NURINDAH
MUFFIN PISANG
Asal: resipi mufin pisang manja
Diolah semula: Nurindah

100 gm minyak jagung ( dalam Gram )
160 gm gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur - (asalnya A, saya guna saiz B) - dipukul sedikit guna whisk
1 sdt esen vanila
2 biji Pisang ( saya guna pisang abu jer)- dilenyek
315gm tepung gandum
1 1/2 sdt serbuk penaik
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk kulit kayu manis
1/2 sdt garam.
Susu cair  -  (  Penambahan saya. Adunannya agak likat dan berat , mungkin sebab penggunaan minyak masak. Jadi saya TAMBAH Susu cair. Rasanya dekat setengah cawan, tapi saya masukkan sedikit-sedikit.... (Jadi, sediakan tin susu cair di sebelah kita siap2 ya, ;)

CARA:

1. Panaskan oven
2. Satukan gula, telur, esen, pisang dalam mangkuk. kacau sikit.
3. Masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
4. Ayak tepung, sebuk penaik , soda bikarbonat. Tambah serbuk kulit kayu manis dan garam.
5. Masukkann campuran tepung ke dalam adunan basah tadi. Masuk sedikit, kacau, lepas tu masukkan lagi dan kacau.
6. Saya masukkan Susu Cair ni LAST , sebab ia penambahan dr resipi asal. Saya tak sukat, cuma masukkan sedikit, kacau. Kemudian masuk susu lagi, dan kacau, sehinggalah kita rasa kurang berat bila mengacau adunan tu. ( biasanya adunan muffin, ia tak berat sangat bila kita kacau dgn sudip kayu atau whisk).
7. Bakar muffin dengan suhu 180-190. Saya bakar suhu 160c sebab menggunakan Acuan tidak lekat macam di sini, tanpa cawan kertas. Saya sapu juga sedikit mentega pada acuan.


Acuan tidak lekat. Sumber: Egg benedict

Adunan muffin resipi sebelum ni. Sumber: Adunan muffin scholzy




Hasilnya..... mengembang. :D


 Isinya, lembut dan elok jer isinya. Hampir semualah, sebab saya dah potong semua muffin besor tu, untuk bekal Hubby pagi tadi. Untuk teman2 ofisnya.. :)



  Copyright © 2012



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────