Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Tuesday, July 31, 2012

Nasi Mandhi Abu Dhabi

Bismillah,

Alhamdulillah, saya berada di sini. Moga teman-teman dalam keadaan sihat semuanya. :)

Nasi Mandhi ini dimasak kelmarin, menggunakan beras siam wangi saja. Jadi nasi takde rupa biji2 macam nasi arabla. :D Saya pernah makan nasi mandhi di sebuah restoran arab, jadi saya dah tau rasa dia camana. Lagipun, saya tak beli saffron dan rempah kabsa...

Saya cuma banyak stok beras wangi, jadi saya gunakan. Masak 1 1/3 pot, bersamaan 2 2/3 pot air. Ayam yang saya guna pun banyak, jadi sebab dalam resipi asalnya, di resipiraidah yang guna stok air ayam dimasuk dalam nasi, jadi saya masukkan sekali (yg ni saya salah step kot, patut renjis saja, last sekali. Saya tak perasan ;). Haha...jadi kuning sungguh! Air ayam dah warna kuning, jadi, tak yah letak saffron dah. Sabo jer.. :) (Ini asalnya saya terlebih kunyit masa perap ayam).

Hendak melihat ayam yang sedang dimasak tu, yang tragis skit. Sebab saya balut betul ayam tu dgn aluminium foil, memang rapuh sangat dagingnya dan tak terhangus sangat. Sebetulnya saya jarang bakar ayam balut guna aluminium foil. Jadi, berapa kali ntah saya buka tutup oven tu nak belek aluminium foil. :)
Satu lagi, saya tak guna pun arang, sebab memang takde..

Tengok resipi yang panjang, tak semestinya susah. Senang jor. Buat adik-adikku, gunalah beras basmathi, sebab baru rasa ori masakan arab kan? kurangkan kunyit. Suhu oven, pandai-pandaila ejas. Minyak sapi pandai-pandai sukat, sekata dgn beras.

Alhamdulillah dgn apa yg ada. Meski rupa macam nasi ayam, tapi rasa dia dah arab dah... hehe... Bau bawang semerbak dari oven. Kalau letak rempah khas dia dan saffron, tentu dah macam restoran Arab dah. Itu, Insya Allah, akan kucari juga bahannya nanti. ;-D

Alhamdulillah, nasinya sedap dimakan begitu saja, dan rasa pun tak muak. Ayam pun dimasak dgn cara yg sihat! ;)



Maaf, ini nasi Mandhi, tapi dah rupa nasi kuning dah.. hehe..


Ini gambar ayam sebelum dimasak.


Gambar ayam siap dimasak diambil setelah selesai makan, maaf dengan gambar apa yang sempat :)



NASI MANDHI ABU DHABI

Sumber resipi: resipiraidah.blogspot/nasi madhi
Rujukan lain: mamasya fotopages, mamasya blogspot


Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:

1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.






Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, July 30, 2012

Woman, a door of Jannah






Bismillah,

Subhanallahi wa bihamdih, subhanallhil 'azim ...

Allahumma 'aafini fii badani , wa fii sam'i, wa fii basori..

Usah difikirkan kelemahan seorang isteri itu di mana, atau isteri memikirkan sama ada dia terkurang mmberi perhatian di mana-mana... makin kita cuba memberi yg terbaik, makin kita tidak pasti sama ada ia yang terbaik. Yang pasti, mujahadah.. mujahadah... Jangan sedih jika kita terkurang di mana-mana, sebab semangat itu dari dalam hati, meskipun tiada dorongan dari luar.

Usah diingat seorang wanita sangat payah mmbuat keputusan sendiri, usah diingat wanita amat payah menyatakan hak pendiriannya, usah diingat wanita yang dengan sifat sensitifnya.


Man La Yarham, La Yurham,
Sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi...
Kitalah yg terlebih dahulu mesti memberi.


Dari segi dunia, pastilah kita nyatakan, suami/ayah yang mnjadi pembimbing rumahtangga dan harus memenuhi keperluan ahli keluarga. Tetapi Allah menggariskan hak kedua-dua, dan bahawa setiap keinginan ada batasannya, dan setiap tauladan atau suruhan ada garis panduannya.





Copyright © 2012



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

39° Celsius, 2 glasses after waking up, 1-2 glasses before a meal, taking a bath, or going to bed.

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Apa khabar teman-teman semua? Harapnya di dalam keadaan sihat berpanjangan. Maklumlah Suri, harus berusaha mengekalkan kesihatan demi keluarga tersayang.

Jika tidak, ke pasar Ramadhanlah mereka, nak bersahur, lari ke kedai mamaklah mereka. Jika tidak, bertimbun-timbunlah pinggan di dalam sinki. Jika tidak, rumah tidak berkemaslah, bilik tidur apatah lagi. Kain baju pun tidak berlipat atau berbasuh, sedangkan ia perlu dibasuh selang sehari.


Notes: Saya dah bersyukur sangat kalau otak masih cerdas dan sedar apa yg saya sedang lakukan, meskipun badan lemah.



39° Celsius.

Oh.. seharian kelmarin badan menggigil. Seharian kelmarin badan masih berpuasa. Sepatutnya dlm 39 darjah begitu, kepala sakit dan rasa nak muntah sepatutnya boleh berbuka, keuzuran yang dibolehkan dalam Islam. Apatah lagi tidak bermaya buat apa-apa. Sekejap sejuk, sekejap panas, sekejap nak muntah. Syukur, hujung minggu, dapatlah bermanja dengan hubby. Kesian dia.. mana taknya, saya masih tahan berpuasa, hendak makan ubat pun tidak boleh. Oh, jangan ikut macam saya.. dibuatnya tiada orang di sisi, pengsan sorang2 dengan memasak lauk di atas dapur.. aish! Dah ada jiran kat sini yang terbakar dapurnya. Wanita harus tahu mengukur keadaan dirinya, oranglain tak faham apa yg dirasainya. Yalah, biologi badan wanita lebih kompleks dari lelaki.


Masjid Wilayah.

Alhamdulillah, hari Sabtu, sempat kami ke masjid Wilayah. Yalah, syeikh dah bagitau kami, yang beliau ada rumah di sebelah masjid wilayah. dan banyak kali beritahu beliau solat kat sana. Apalagi, Hubby cuba mencari masjid tu. Kami tidaklah layak digelar murid beliau, tetapi pengikut kuliah beliau. Dan kami dah siap membawa kain solat, kurma, air, buku kuliah. Sayang sekali..... malam itu badan saya dah terasa terawang-awang... kepala amat berat. Alhamdulillah, suami amat memahami, dan mengajak saya pulang.







Siang kelmarin, hari Ahad, barulah saya mahu ke klinik, sebab dah terasa teruk sangat.... Dr. check 39 darjah. Ntahlah, saya dah fikir apa. Cuma tunggu waktu berbuka untuk makan ubat.. Komen Dr, saya minum ais kot. Mane ada doc? Tapi kurang air adala kot... sempat 4 gelas semalam je, 2 gelas berbuka, 2 gelas sahur.



(How much? Water (in litre) to drink a day = Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water. )


Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Semasa saya berpuasa ganti sebelum ini, pernah beberapa hari saya berasa kurang selera makan, masa dinner atau sahur. Tapi saya banyakkan minum air. Alhamdulillah, masih bertenaga dan kepala tidak pening. Kalau still rasa tak sihat, selang selikan dengan air zam zam (berkesan mengurangkan kepanasan)



Dari e-mail my hubby: Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :

1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.

2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.

3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.

4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.







 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, July 27, 2012

Masya Allah, kebaikan Ramadhan...









Salam sejahtera, teman-teman. Saya sudah masukkan Ihya' ramadhan tv9 Syeikh Nuruddin ramadhan 5 dan 6 Ramadhan di post sebelum. Saya dah betulkan beberapa kesalahan tulisan. Jika ada kesalahan lain, mohon sangat tegur saya, ya. :)


Oh, jangan lupa siaran syeikh di tv9, kalau tak silap malam ini. Ada cerita tentang beliau. :)


Juga siaran live dari Mekah al Mukarramah : http://live.gph.gov.sa/ 




Kebaikan.

1) Kebaikan berpuasa, bukan sahaja menahan  makan dan minum atau perkara yang membatalkan puasa. Dlm satu ayat : " laallakum tattaqun - agar kamu menjadi org bertakwa."


2)  Hadis rasulullah SAW :  
" Seandainya umatku mengetahui kelebihan / kemuliaan ramadhan, mereka akan berangan-angan agar  sepanjang tahun mereka dlm  itu bulan ramadhan. "


3) Dalam sebuah hadis yang lain:
" Melaksanakan ubudiyah sunat di bulan ramadhan adalah sama dgn melaksanakan satu kewajipan di bulan-bulan yang lain. 
Melaksanakan satu kewajipan di bulan ramadhan sama dgn  70 kewajipan/kebaikan di bulan-bulan yang lain."

(Oh, 70 kali ganda!)


4) " Ramadhan akan menjadi saksi kepada segala kebaikan yang kita lakukan dan bukan perkara negatif".


5) " Kalian dipayungi bulan mulia, di awal ramadhan itu rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah, di akhirnya dijauhkan api neraka."   Hadis ini nabi riwayatkan pada terakhir bulan syaaban.
Jika hadis ini dhaif sekalipun, kita boleh berpegang padanya kerana ia memuliakan bulan Ramadhan dan bukan persoalan hukum halal atau haram
 
- Sesuai dgn rangkaian  hadis:
10 hari pertama ramadhan ialah ialah  Rahmat
10 hari kedua ialah Maghfirah
10 hari terakhir ialah kebebasan dari api neraka.


6) " Barangsiapa bangkit  melaksanakan sembahyang di malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan tulus kerana Allah, maka akan terampun dosa-dosanya yang telah lalu. "


7) Sabda nabi: "Sembahyang itu sebaik-baik amal kepada Allah."

Tsauban pernah mndapat tawaran istimewa dr nabi. Permintaan nabi pasti akan dikabulkan. Tsauban tak nak duit, pangkat, dll." Saya mohon agar bersama rasulullah, bersama syurga" . Rasul berkata, "Maka banyakkan anda melakukan sujud/ ibadah kepada Allah" 
 




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Syeikh nuruddin tv alhijrah 5 dan 6 Ramadhan


Salam sejahtera,

Sebelum terlupa, malam ini ada Syeikh di tv al hijrah, kalau tak silap siaran majalah Islam. Ini utk peminat Syeikh, ;)


5  RAMADHAN : Ramadhan hanya 30 hari dalam sebulan.

Dalam satu hadis rasululalh SAW,
" Seandainya umatku mengetahui kelebihan/kemuliaan ramadhan, mereka akan berangan-angan agar  sepanjang tahun mereka dlm  itu bulan ramadhan. "

sebab dalam sebuah hadis yang lain,
" Melaksanakan ubudiyah sunat di bulan ramadhan adalah sama dgn melaksanakan satu kewajipan di bulan-bulan yang lain. 
Melaksanakan satu kewajipan di bulan ramadhan sama dgn  70 kewajipan/kebaikan di bulan-bulan yang lain."

" Ramadhan akan menjadi saksi kepada segala kebaikan yang kita lakukan dan bukan perkara negatif".
Salafussoleh - tinggalkan majlis2, dan membanyakkan ibadah dan tilawatul quran, membanyakkan zikir.

Jadi, kita sedar diri dan menyesuaikan amalan kita dgn waktu dan kesemptan di dalam bulan ramadhan.Ramadhan 1433H  hanya 30 hari dalam setahun.


 Soalan:

1. Tujuan utama berpuasa dan bagaimana utk mncapai puasa yang sempurna:

- Di antara tujuannya menahan perut dari makan minum dan perkara yang mmbatalkan, agar merasai bagaimana oranag2 yang tidak berkemampuan sprt makan dan minum, dan kita akan ada kasih sayang kepada mereka..

- Dlm satu ayat : " laallakum tattaqun - agar kamu menjadi org bertakwa."
Pengertian taqwa ini bukan saja taqwa dgn tubuh, tapi mentaqwakan segala dalam hidup,  dgn pakaian, makan minum, pergaulan, segala aspek.

Jika ubudiyyah HANYA  dgn seumpama sembahyang, puasa , solat, zikir,  manusia akan bakrup di hari kiamat.

-Panduan Ayat yang berbunyi :
"Katakanlah kalau kalian cinta, ikutilah aku .

- Mengikuti cara baginda dalam makan dan minum, pakaian, pergaulan baginda, duduk berdiri, tidur, bagun. Bila ubudiyyah kita mnyeluruh, kita akan mndapat kebaikan dari kehidupan bukan saja dgn ibadah,sejak dari bagun hingga kita tidur, sehingga kita kembali kepada Allah SWT.

Pengertian taqwa oleh Ulamak - Takut kepada Allah,  persiapan utk kembali ke alam akhirat, tidak redha dan restu dgn yang sedikit(habuan dunia).


2) Sembahyang sunat sambil duduk :

- Jika ada keuzuran, sakit, sama pahalanya  ganjarannya sama sprt bila berdiri. Untuk sembahyang wajib , kita tidak boleh sembahyang duduk selagi mampu berdiri,jika tidak boleh baru duduk, baring dsbg. Sembahyang sunat pula  BOLEH dikerjakan secara duduk walaupun sihat dan mampu.
Dlm berjemaah solat terawikh , jika ada halangan utk berdiiri, silakan sembahayang secara duduk. Kalau sembahyang duduk, kita ambil saf hujung, duduk di atas kerusi . Tiada halangan utk duduk semasa Solat Sunat sprt solat Terawikh.


3) Kedudukan hadis: " Kalian dipayungi bulan mulia, di awal ramadhan itu rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah, di akhirnya dijauhkan api neraka."   Hadis ini nabi riwayatkan pada terakhir bulan syaaban :

- Ada ulamak berkata hadis ini dhaif. Sebenarnya, kita tidak berbincang ttg hukum hakam. kita boleh beramal dgn hadis dhaif untuk  fadhilat amal, boleh bersandar.  Jika hadis itu lemah sekalipun, ia tidak berbicara ttg hukum halal haram, cuma cuma kemuliaan ramadhan. Tidak ada larangan kita beramal dengan hadis dhaif,  apabila kita berbincang ttg fadhilat atau kemuliaan waktu.

- Dari suku kata RAMADHAN :
ra - rahmat
mim maghfirah
dha- dhaman jaminan syurga/kebebasan api neraka

- Sesuai dgn rangkaian  hadis:
10 hari pertama ramadhan ialah ialah  Rahmat
10 hari kedua ialah Maghfirah
10 hari terakhir ialah kebebasan dari api neraka.


4) Konsep solat terawikh, di antara solat ada rehat, tetapi sekarang ini berturut-turut, tiada rehat. Sembahyang terawikh itu sampai bila sehingga bila :

- Cara solat terawikh tanpa rehat itu sama  seperti di mekah dan madinah.  Jika lepas 2 rakaat selawat panjang, akan ada godaan untuk tidak menghabiskan  sehingga 20 rakaat. Sebab itu dibuat berturut-turut, tanpa rehat.
- Waktu Solat terawikh itu dilaksanakan selepas solat Isyak sampai  dekat fajar.


5) Witir -Jika sudah witir selepas terawikh, bila bangun tengah malam, kita kena witir lagi atau tidak :

- Witir sebagai penutup sembahyang di malam hari. Jika ada rancangan utk tahajud, jangan witir dahulu. Kita berdoa atau kita berzikir sahaja dan balik bersama yg lain.
Jika kita sudah berwitir, sunnahnya kita TIDAK LAGI  mengulang witir selepas tahajud.Jika belum solat witir, kita laksanakan selepas semabhyang tahajud.



6 RAMADHAN : Solat Terawikh.

Dlm beberapa hadis: Dari saidatina aisyah:  Sesungguhnya rasulullah tidak pernah melebihkan jumlah rakaat sembahyang baik di bulan ramadhan atau bulan lainnya lebih daripada 11 rakaat. kemungkinan sembahyang tahajud dan witirnya. Ia tidak boleh ditafsir dgn sembahyang terawikh. Sebab selain bulan ramadhan yang 11 rakaat itu ialah solat witir dan tahajud.

Dalil sunat sembahyang terawikh atau qiyamullail. Sembahyang qiyam berbeza dgn sembahyang witir atau tahajud.

" Barangsiapa bangkit melaksanakan semabahyang di malam bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan tulus kerana Allah, maka akan terampun dosa-dosanya yang telah lalu. "
Ia satu dorongan dari rasulullah utk kita bangkit sembahyang, tanpa batasan rakaat dari rasulullah. Rasulullah cakap Man Qaama, bermakna mengikut kemampuan masing-masing.

Kita hanya berharap jangan komplen orang yg melaksanakan solat terawaih 20 rakaat sebab ia mengikut kemampuan. kalau seratus pun boleh.


Soalan:

1) Solat Qadaan wajib dahulu  atau  solat terawikh. 

- Jika solat terawikh, kita mndapat ganjaran, tetapi amalan ibadah sunat itu akan dihitung pada saat sembahyang fardhu telah cukup. Boleh dapat 2 dalam 1 kerja, imam solat terawikh, kita niat solat fardhu subuh. Itu boleh.


2) Bidaah yang sebagus-bagusnya bidaah

- Mengikut sejarah Saidina Umar mengatakan sembahyang 20 rakaat yg diimami Ubai bin Kaab beliau katakan "alangkah eloknya perkara baru (bidaah)  ini."

- Biadaah terabahagi kepada bidaah mahmuda (terpuji), dan mazmumah (tercela). Tak semua bidaah itu dhalalah, perkara baru itu sesat (dhalalah). Jangan menyalahkan orang yang sembahyang 20 rakaat.

- Sejarahnya, Tentang solat terawikh yang dikerjakan pada zaman Umar. Awalnya 11 rakaat. Manusia terpecah-pecah, tiap rakaat mereka membaca ratusan ayat sehingga berakhir sembayang qiyamullail habis dekat sahur. Jadi, saidina umar menambah rakaatnya dari 11 kepada 23 rakaat , dan surahnya diperpendek. Hasilnya, semua jemaah selesa, dan satu imam, serentak sebut Aaamin... berbanding malam-malam sebelumnya, dengan gerakan yang sama, maka saidina Umar berkata:
 "Cantiknya perkara baru inisiatifku ini."
Jadi tidak semua perkara bidaah itu dhalalah, ada juga yg mahmudah (terpuji) selagi ia tidak bercangkah dgn hukum.

Sabda nabi: "Sembahyang itu sebaik-baik amal kepada Allah."

Tsauban pernah mndapat tawaran istimewa dr nabi. Permintaan nabi pasti akan dikabulkan. Tsauban tak nak duit, pankgat, dll." Saya mohon agar bersama rasulullah, bersama syurga" . Rasul berkata, "Maka banyakkan anda melakukan sujud/ ibadah kepada Allah" 

Maka semakin banyak solat terawikh tanpa batasan rakaat, semakin elok. Yang berkata hanya 11 rakaat tidak bijak, yang kata 23 rakaat tidak tepat, paling bijak mengikut keadaan, kemampuan atau kesihatan masing-masing.


3) Perempuan solat di rumah atau masjid :  

- Di mana yang afdhal. Beberapa hadis, jangan sekali kalian mencegah kaum muslimah ke rumah Allah, tetapi jika mereka sembahyang di rumah mereka lebih afdhal, semakin jauh dr pandangan lelaki itu lebih afdhal. Tetapi tiada larangan. Di masjid ada kelebihan, boleh iktikaf, berjalan dikira pahala, jumlah jemaah lebih ramai.
Tertakluk keadaan, jangan suami menghalang, dgn syarat tidak bersolek, berdandan atau berwangian.


4)  Antara witir 3 rakaat 1 salam atau 2 salam :

-  Pendapat Jumbur, Ulamak syafiiah hambali, malikiah, mengatakan 2 kali salam lebih afdhal. Ulamak hanafiah mngatakn 3 rakat itu bersambung itu afdhal. Terserah, jika mahu boleh ikut pendapat ulamak hanafiah. Elok solat witir 3 rakaat DUA salam.


5) Solat witir, lebih adfhal lepas sembahyang tahajud atau sembahyang tarawikh: 

- Afdhal lepas terawikh jika tidak terkejut waktu malam. Jika terkejut utk semabhyang malam, seeloknya selepas tahajud. Rasulullah berkata "Jadikanlah sembahyang penutupmu itu sembahyang witir (solat yang berjumlah ganjil)" . Kalau tak akan bangkit tahajud, lebih afdhal sembahyang witir selepas sembahyang terawikh.

Mengikut riwayat, Saidina abu bakar sembahyang witir di awal malam, saidina Umar sembahyang witir di akhir malam. Abu Bakar mngambil sikap berhati-hati, Umar pula terbuka.


6) Wahhabi mengatakn solat terawikh 11 rakaat (8 rakaat 3 witir). Sedangkan  di mekah 23 rakaat. ( 20 rakaat 3 witir): 

- Wahhabi pengikut muhammad bin abdul wahab. Ada ramai di arab saudi. Wahabi tempat kita terlalu keras. Di mekah, mereka terawikh 23 rakaat. Di sini, kita disalahkan. Tidak ada percanggahan tertakluk kepada kemampuan, lebih banyak bilangan rakaat tentu lebih elok sebab tak ada larangan sedikit pun dalam mana-mana hadis. Kemungkinan dalam hadis sayidatina Aisyah yang mengatakan solat terawikh 11 rakaat, itu merujuk solat tahajud dan witir.

Kalau hanya mampu solat terawikh 2 rakaat atau 4 rakaat, tetapi dgn ikhlas dalam ubudiyyah kepada Allah, mungkin yang 4 rakaat itu lebih diterima dari ratusan rakaat. Ia mengikut kemampuan.






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Mekah live




Saya terfikir juga ttg video live kat Mekah bila tengok tv alhijrah. Rupa-rupanya boleh tengok kat web dah.

http://live.gph.gov.sa/.

Terima kasih kepada almakki, atas perkongsian tuan.





Nota hati: Baru menelefon Ma yang sentiasa sibuk menjaga cucu-cucu. Hurm, tiadakah sesiapa yang mahu membawa Ma  berterawikh ke surau yang kira-kira  1/2 jam berjalan kaki dari rumah? Allah, beruntungnya mereka yang tinggal berdekatan masjid. Ruginya mereka yang rumahnya di tepi surau/masjid tetapi tidak pergi. Ya Allah, bantulah Ma untuk meningkatkan keyakinan dalam beribadah..

 



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, July 26, 2012

Carilah hatimu pada tiga tempat- imam Ghazali


Saya terbaca di sini:
irhafiz.wordpress.com/soal hati
Sumber isu: Majalah Solusi Isu 4

Salam sejahtera . Terima kasih buat penulis. :) Moga ia menjadi muhasabah buat diri kita sepanjang menjalani ibadah di bulan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan memperbaiki diri. Jika ada halangan sekalipun, bertahanlah, istiqamahlah, seorang wanita harus mempunyai tenaga dan semangat yg luar biasa!







Hati orang mukmin

Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”


Bagaimana

Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit? Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:

“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.

Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak. Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa kita telah “tercabut”.

Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit. Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.


Mujahadah

Hati yang sakit wajib dirawat. Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat. Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).

Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa. “No pain, no gain”.

Itulah hukumnya. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah. Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.

Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)

Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati. Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini. Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.

Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :


“Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran. JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”




Membaca Al-Quran

Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)

Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)


Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)

Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.



Mendirikan Solat

Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat. Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:

“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.

Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.

Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.

Mengingati Mati

Rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.

Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tentang tanggungjawab, tentang wanita

Salam sejahtera,
Moga kita diberi kesenangan di hati dan amal ibadah. :)


Tentang tanggungjawab

Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber hadis: khutbah jumaat masjidnegara.gov

Setiap perkara perlu diatur. Begitu juga tnaggungjawab. Memang ajaiblah jika kita boleh rela hati melakukannya tanpa dipengaruhi aturan tertentu. Sepertimana Allah menggariskan panduan syariat agar kita tak terkeluar dari landasannya.


Tentang wanita

Dalam riwayat sejarah nabi SAW, setelah berpindah ke madinah, kaum wanita Mekah yang dahulunya yang kehidupan mereka diatur oleh kaum lelaki, mula mengikut cara wanita ansar yang rajin bersoal jawab suaminya. dan Rasulullah menerima adat itu. Bahkan mengagumi sikap wanita ansar yang pandai menunggang kuda dan rajin mencari ilmu.


Saya secara peribadi, tidak menerima apabila wanita harus mengikut acuan oranglain, harus mengikut tanpa sepatah kata. Wanita juga mempunyai keperibadian sendiri...

Mengikut pada waktunya,
tidak mengikut pada waktunya...


Kerana itulah wanita tidak dibenarkan berkahwin dgn lelaki kurang agamanya, kerana sifat wanita mudah mengalah dan mudah mengikut kata. Berlainan dgn lelaki yang beragama, dia boleh mendidik wanita yg kurang agamanya...

Apa sekalipun, Iman itu hanya ada tarafnya di sisi Allah. Insan sekerdil kita mana boleh menilai Iman atau amalan seseorang, meskipun kita melihat ramai orang kat pasar malam pada bulan Ramadhan semasa kita keluar sembahyang terawikh.

Solat terawikh boleh dikerjakan dari selepas Isyak sehingga dekat fajar, secara bersendirian atau berjemaah. Mungkin saja mereka melakukannya di rumah selepas pulang berniaga. Itukan rezeki mereka.

Cuma terawikh seeloknya dibuat selepas berjemaah solat Isyak, supaya kita dapat mengejar malam lailatulQadar, sebab tak ramai yg mampu sembahyang malam...
Sayang sekali kalau lelaki tidak solat berjemaah di surau atau masjid.


Dan besarnya peranan wanita untuk memudahkan suaminya ke masjid, juga menjaga iman suaminya... dan wanita hanya mendamba kelembutan agar dia mampu bermujahadah..




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, July 25, 2012

Kagum telekung project, syeikh nuruddin 4 ramadhan: sifat pemurah.



Masya Allah, kagum saya dengan semangat mereka..

http://www.facebook.com/TheTelekungProject



Di tv al hijrah kelmarin, berikut soalan yang dikemukakan:


soalan:

- Pembaziran :
Jika kita hidangkan makanan pelbagai jenis dan banyak, selagi makanan tadi termakan semuanya oleh jemputan atau jemaah, juga saki baki dimanfaatkan, itu tidak mubazir. Tetapi jika hanya masak 1-2 hidangan tetapi tidak termakan lalu terbuang di tong sampah, hukumnya haram.
Memberi jamuan adalah
(kerana mungkin makanan yg tersebut tidak diperlukan di tempat tersebut)

3 kriteria ahli syurga:
Sebarkan salam, sembahyang di waktu malam, beri jamuan dan makanan. Balasannya kalian msuk syurga dgn selamat. Kita tidak mahu terhalang kebajikan kita hanya kerana pmbaziran. Kesimpulan, bole membungkus makanan itu untuk ahli jemaah bawa pulang.


Doa warid Rasulullah:
Allahuma inni a'uzubika minal jubni wal bukhl iaitu sifat negatif yg nabi mintak dijauhkan, al jubnu wal bukhl (pengecut dan kedekut). Jika kedekut dgn harta itu biasa didengari tetapi jika kedekut kepada diri sndiri.. cth, tidak berzikir selepas Solat. Jangan kedekut utk bzikir kepada Allah! (nur:Kita mudah malas-malas..)

Ahli sukan yg menangguhkan puasa ramadhan:
Seseorang boleh tidak puasa, atas beberapa sebab. Cth pesakit, usia lanjut, gangguan kesihatan yg tidak memungkinkan puasa, juga bermusafir. Jika tujuan bermusafir, kita pergi sebelum terbit fajar dgn tujuan yg jelas, sprt perkara wajib (utk ibadah) atau perkara mubah (bisnes,ziarah, dll). Utk tujuan perkara yg tidak bercanggah dgn hukum Allah, Itu tiada masalah utk tidak berpuasa sepanjang prjalanan.
Utk atlit, 'dibolehkan tidak berpuasa dengan SYARAT': Meninggalkan kediaman sebelum terbit fajar, dan tujuan sukan itu (cth yg tidak dibenarkan atlit renang berirama, sbb ia menunjukkan aurat).

Bagaimana utk mewujudkan sifat pemurah:
Tanya diri sendiri, adakah kita sayang pada diri kita? Tentu jawapannya positif. Kita makan pd waktunya, minum, kita jg kesihatan, .Tanda
pemurah dgn ibadah, zikir, amalan. Jika pemurah pd orglain, kita akan mndapat balasan yg sama sprt orang tersebut. Allah telah berkata ; yang membantu akan dibantu, yang memberi akan diberi.
kita bagi sesuatu pd seseorang, kita dpt pahala dan apabila anggota tubuhnya dapat diguna utk beribadah , kita mndapat kebaikan dr ibadahnya juga...

Apakah yg lbih baik, org miskin yg brsyukur atau org kaya yg brsyukur: ,
hadis: orang kaya yg brsyukur, itu sama kdudukan dgn fakir yg sabir (sabar)
Masing2 ada kelbihan. kaya raya dr Allah, miskin dr allah. jk Allah mnghendaki, itu yg trbaik. Jika kemiskinan td disertai dgn penuh rasa sabar, mereka akan melalui titian siratulmustaqim tanpa hisab di hr kiamat. Org kaya yang sibuk dgn urusan bisnes dan tidak byk ubudiyyah, akan tertutup kekurangannya, jika kekayaan td diguna utk mmbantu fakir miskin. Dgn syarat, orgkaya bersyukur, miskin yg sabar.






Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Trial Roti Baghdad ..

Update 25 julai: Alhamdulillah, prt scr resipi ini dari facebook TVhijrah sendiri. Tapi cara-caranya tak ada..Bole tengok di bawah post ini. klik newtab.

Sumber photo: Resipi hidangan barakah , By TVAlhijrah (Albums).
Notes: Saya baiki resipi saya, ya :))



Salam sejahtera,

Kelmarin, saya ternampak ada orang cari roti baghdad. Saya memang ada buat petang tu, on the spot, hehe. Sekarang saya ada tugas baru, mr Hubby suh rakam kuliah syeikh nuruddin kat tv alhijrah. Lepas kuliah tu, ada hidangan barakah ni. Jadi, saya rakam guna kamera, tetapi ia dlm format .mov, malasla nak convert lagi, upload lagi. :) Tapi buat teman2 yg tak sempat tengok, saya printscreen. Payah tu saya nak catch semua, tapi Alhamdulillah. Sebab saya dah buat roti ni, itu yg berani tayang.


:) Komen Hubby? New recipy. Trial pertama ni okla. Rasa dia, sedang-sedang.. sedap. Tapi elok dihidang panas2 sbb roti canai pun akan kejung bila kena angin. :) Tapi saya try panaskan balik, hurm... ok! :D

Saya terlambat aritu, tajuk resipi aritu lain. Saya cuma catat roti baghdad jer.. makan dgn Sos sendiri.

Kuah roti terdesak

2 keping Daging burger dihancurkan
Bawang besar 1/2 biji didadu
Bawang putih didadu
2 sdm Cili kisar
1 biji Tomato didadu
sos cili, sos tomato secukup rasa.
2 sdb sos spagetti kimball
garam sedikit.
Air secukupnya.

ala-ala macam kuah spageti. Tapi Hubby kata Ok! Dia habiskan banyak keping, sampai taknak makan nasi malam tu :)





















Er... Saya punya ;))





Roti baghdad Chef Ammar

Resipi:

Tepung Gandum 500gm
Majerin putih/shortening/lemak sayuran  80gm - (ada satu masa, chef cakap 100gm)
Garam 1/2 sdt
Baking powder 1 1/2 sdt
Air suam setakat perlu


Bubuh flour, garam , baking powder , shortening dalam bekas/food processor  - Blend  (atau ramas-kalau guna tangan).
Biar sampai bercampur,
Tambah air sedikit-sedikit, sbb takut terlembik.
Keluarkan bila doh tak stick pada tangan
Doh siap.
Bahagi doh kepada doh kecil dlm 100gm (dapat 6 ketul), 
Bulatkan-bulatkan doh kecil, sehingga permukaan nampak licin sikit.
Ambil satu bekas , masukkan doh tadi. wrap (balut dgn plastik wrap), biar 10-15 minutes.


Bila dah cukup masa, ambil doh.
Tabur tepung atas tempat canai,
Ambil doh, leperkan sedikit, 
Salut doh dgn tepung, canai/gelek , masuk dalam pan untuk dimasak.
Ops.. chef tu lambung, kita jangan la.. :)
Panaskan pan, letak roti tadi. Ia cepat jer masak.  (saya letak skit minyak atas pan for first time jer)
Balikkan, biar masak, letak atas pinggan.
Buat sehingga habis satu persatu.
Dlm masak tu, roti akan menggelembung, tekan dgn kain supaya ia tak menggelembung.









 Copyright © 2012



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Menangis.. kisah bilal

Salam sejahtera, moga teman-teman dapat mengharungi bulan puasa dengan lancar. Dikurniakan kesihatan utk beribadah, kerana hanya sebulan ini, ganjaran ibadah kita berlipat-lipat kali ganda berbanding bulan lain.

Hensem sungguh Habib Ali al Jufri dalam video ni.. Masya Allah, kagum . Sprt yang diketahui semua, beliau dari keturunan Rasulullah SAW melalui saidina Hussin RA (check wikipedia).






Kisah Bilal bin Rabah.

Last time saya dengar kisah Bilal RA menangis, ialah pada satu malam di kuliah Syeikh kalau tak silap di surau alhakim. Syeikh mengatakan Bilal tidak dapat melaungkan azan selepas kewafatan rasulullah, kerana terlalu sedih. Bilal berpindah ke satu tempat, dan satu malam beliau bermimpi bertemu Rasulullah, " Kenapa kamu sudah lama tidak menziarahiku?" Bilal bangun lalu menangis kerna rindu...


.....

Selepas berbincang dgn keluarganya, mereka kembali ke Madinah dan menziarahi kubur nabi SAW. Di sana Bilal diminta melaungkan azan, kerana sejak kewafatan Rasulullah, ramai yg rindukan azan dari Bilal. Kemudian, Bilal melaungkan azan.

Ramai penduduk berbondong-bondong ke masjid, sambil berkata-kata...

" Adakah Rasulullah kembali?"
(Adakah Rasulullah telah hidup kembali?")

.......

Mereka rindukan Rasulullah.

Mengikut riwayat, tidak pernah dalam sejarah penduduk begitu ramai yg pergi ke masjid dalam satu masa.

Apabila tiba pada kalimat " Asyhadu anna muhammadar rasulullah..." Bilal tidak dapat meneruskan, lalu menangis.

Saya pun dah sebak dah...

Kenapa perlu menangis? Kerana kita bakal mencari Rasulullah di padang mahsyar, kita mahukan syafaat baginda utk keselamatan dr api neraka, kita mahu menjadi sebahagian ummatnya yg bertakwa. Rasulullah guru pertama kita, yg mengajar kita kenal Allah, solat, dsbg.. supaya kita selamat di dunia dan akhirat.




Lagu Sami Yusuf, buat halwa telinga.. :)








Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, July 24, 2012

syeikh nuruddin al hijrah 3ramadhan, habib Ali al Jufri video : doa meningkatkan ibadah.

Alhamdulilah, hari ke 3 berpuasa. :) Nak masuk hari ke 4 pun..

Dah goreng ikan utk sahur, dah masak sayur. Nasi dah dimasak. Buah?  air masak. Cukup.  Tapi kan, saya belum boleh tido lagi.... camana nak bangun sahur ni?adeh..


Malam Ahad lalu, lepas terawikh, kami bergerak ke banting. Bersahur dan berbuka di sana. Alhamdulillah, adik-adiknya balik. Riuh rendah jugalah. Terawikh kat banting 20 rakaat.  Rasa terawang-awang jer bila solat terawikh 20 rakaat, hehe.. Tapi Alhamdulillah, saya boleh ikut sampai habis. Lepas terawikh, kami bergerak balik BB, jam 3 pagi baru sampai rumah. Itu yang hubby ngantuk sangat tu.
Tapi Alhamdulillah, kami makan roti baghdad, resipi dr tvhijrah. Jadi, hubby kata cukup buat tenaga.

Malam ni, saya tak terkejar-kejar nak ikut hubby ke masjid. Sebab saya berasa tugas isteri perlu diselesaikan dahulu. Sudah 2 hari kami keluar, jd banyak kerjarumah bertimbun. dan saya rasa sayu pula bila menyiapkan pakaiannya. Saya teringat betapa besar pahala seorang isteri yg menyiapkan pakaian suaminya utk ke masjid.  Kita tidak tahu berapa lama jodoh kita dgn dia. Sama ada kita yg pergi dulu, atau dia yg pergi dulu... Sememangnya ibadah ialah TOP LIST, tetapi  berbanding ibadah sunat, kita mesti menjaga rumahtangga baik-baik. Perasaan suami juga harus dijaga. Itu tanggungjawab yg Allah serahkan kepada kita bila bergelar seorang isteri , juga ibu..







"Ihya' Ramadan" bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Setiap hari, bermula 1 Ramadan 1433 H, jam 5 petang. Eksklusif di TVAlhijrah :-)


Soalan pemanggil:
1) Lupa niat puasa:
- Jika tidak niat pada malam hari, maka puasanya tidak sah. Ada pendapat mengatakn boleh berniat utk satu bulan, dan diterima . Boleh mula berniat malam ini. Tetapi lebih afdhal, berniat setiap malam.

2)Mencium isteri:
- Keadaan suami, yg berumur atau masih muda. Yg berusia, tidak mengapa. Jika tidak mengundang syahwat, ia tidak mengapa. Jika boleh terlajak, hukumnya haram.
Boleh, jika tidak naik syahwat. Jika tidak mampu mengawal, seeloknya kita mengelakkan sbb boleh membatalkanpuasa.

3) Imsak :
- Desfinisi puasa. menahan makan dan minum dr terbit fajar sampai tenggelam matahari. Jika azan masuk, dan masih ada yg makan walau sesuap makanan atau seteguk air, jelas membatalkan puasa. Ada riwayat, Rasulullah berhenti makanan antara waktu sahur dan azan dikumandang, jarak masanya membaca 30 ayat al Quran (10 minit). Itulah imsak.  Jelas, ada imsak dlm puasa, sbb detik watu itu cukup mmbaca 30 ayat. Kita disarankan berhenti waktu itu, kerana untuk membersihkan sisa-sisa makanan dalam mulut. Pengecualian pd orang yg tidak tahu atau tidak sedar azan sudah masuk, puasanya masih sah.

4) Panduan iftar yg betul -
-Adalah sprt di mekah dan madinah. Berbuka dgn tamar, baru air. Makanan manis yg digalakkan selain tamar ialah buah-buahan. Berdoa, tepat masa waktu iftar (allahummalakasumtu.....), suap kurma 3 biji atau lebih. Lepas itu berdiri solat. lepas maghrib baru sambung iftar. Itu cara afdhal.







3 perkara Mengekalkan ketaatan beribadah di bulan Ramadhan.

1) Doa dan dan pengharapan kepada Allah.
 
- Hadis musalsal, doa meningkatkan amal ibadah.

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik


 (O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu. 
Sumber doa: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin. Hadis musalsal yg kami dapat semasa kuliah Syeikh Nuruddin di masjid bukit sentosa...


Doa Nabi SAW bila bertemu bulan Ramadhan Ramadhan: Allahumma sallimna li ramadhan wa sallim ramadhana lana wa tasallamhu minna mutaqabbala.

Ya Allah, selamatkanlah kami untuk ramadhan (sampaikanlah kami dgn ramadhan),
dan selamatkanlah ramadhan untuk kami (jagalah ramadhan daripada kami merosakkan dengan kelakuan buruk kami)
dan selamatkanlah ia untuk kami (terimalah dan berikanlah kami kesungguhan beribadah sehingga penghujung bulan Engkau menerima amalan kami).
(sumber terjemahan: video)

Ya Allah, selamatkanlah kami bagi Ramadhan, dan selamatkanlah bulan Ramadhan bagi kami, dan biarkanlah dengan selamat ia berpisah dari kami, ketika kami telah menjadi orang yang diterima."
 (Sumber: sentuhan-qalbu.blogspot.com/rangkaian doa ramadhan)

 2) Menjaga pandangan, pendengara, pertuturan.

3) Berusaha menghadirkan hati yang hadir bersama Allah

-  Letakkan satu had dalam beribadah supaya ibadah kita tidak berkurangan : Cthnya, aku tidak akan tinggalkan solat berjemaah di masjid, aku akan baca 1 juzuk al Quran setiapa hari walaupun letih.




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────