Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, December 31, 2012

kuliah syeikh, Insya Allah...




Adab mengikuti majlis ilmu sepanjang saya dan suami mengikuti kuliahnya :

1. Hanset sama sekali kena off atau silentkan tone. Dilarang menjawab telefon semasa kuliah, kerana ia boleh mengecilkan hati penceramah.
2. Tidak membawa majalah atau bermain hanset sepanjang kuliah.
3. Jangan berlunjur kaki atau menyandar di tiang dinding. Jika benar2 keletihan, menyoroklah sikit. :)
4. Tegah anak dari bising atau berlari-lari  di hadapan syeikh. Anak boleh bermain di ruang lain.
5. Wanita sama sekali dilarang berbisik-bisik atau berborak. Tunggu waktu rehat.
6. Duduk dengan tegak seboleh mungkin. Tunjukkan minat belajar.
7. Lihatlah cara anak-anak sekolah pondok atau tahfiz belajar, tekun, fokus, mengadap tuan guru. Begitulah jua cara dan adab kita mengikuti majlis syeikh.
8. Waktu bertanya ada masanya. Apabila syeikh mengizinkan.
9. Jika itu pengajian kitab, bawalah kitab jika ada. Setidak pun, bawa buku dan pen. Kitab perlu dibawa elok2, sebab syeikh menyuruh kita menghormati ilmu.
10. Kuliah syeikh tidak serius, ia santai.... ralit/khusyuk  dibuatnya. :) Syeikh seorang yang mesra , cuma semasa kuliah sahaja beliau menekankan disiplin.
11. Amalkan tawaduk dgn tuan guru dan dgn ilmu. Hormati rakan jemaah yang lain...
12. Kalau kita ada anak-anak yang susah nak disiplinkan, bawa saja ke kuliah, pasti kita boleh disiplinkan dia, kerana suasananya begitu.



P/S:  Mengikuti kuliah, bukan bermakna kita semakin pandai... sebenarnya kita rasa semakin tak pandai... sebab banyaknya benda yang belum kita tahu dan dalami.   Kita mampu, sebulan sekali balik kampung menjenguk orang tua. Seminggu sekali kita merayau di pasaraya. Hanya sekali sebulan, itu dah cukup kalau kita mampu duduk di hadapan tuan guru, tuan guru mursyid, yang ilmunya bersanad  (ada sambungan) sehingga rasulullah SAW.  Guru-gurunya semua orang terkenal dan terbilang, yang hafal quran dan hadis.

Jangan lupa, sambutan tahun baru dengan solat sunat tasbih beramai-ramai di shah alam bersama syeikh.  Insya Allah, jika kita diizinkan bersama. :)


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, December 28, 2012

Zikir dan doa untuk wanita....


Saya save draft post malam tadi, terasa pening bila membacanya. :)
Sekarang ini, saya kerap membaca amalan ini... oh, terasa sangat saya memerlukannya. Ia dibeli dengan tidak sengaja kerana ditawarkan oleh penjual buku muslim itu.

Ia siri doa mustajab, terbitan synergy media. Tajuknya Doa dan zikir khusus wanita, amalan Sayidatina Fatimah RA.
wallahuwa'lam.

Ada bacaan dalam bahasa arabnya, tetapi saya tidak sempat untuk scan. Ini maksudnya yang saya salin... Moga ia dapat sama-sama memberi kita manfaat.



Zikir wanita untuk dimurahkan rezeki dan selalu diredhai allah.
amalan sayidatina Fatimah r.a
Sumber: buku Doa dan zikir khusus wanita synergy media

mysweetlife-nurindah.blogspot.com


Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, jangan Engkau biarkan daku kesulitan ketika mencari sesuatu yang tidak Engkau tetapkan (takdirkan) untukku dan mudahkanlah bagiku sesuatu yang telah Engkau tetapkan untukku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, keluargaku, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Ya Allah, sibukkanlah daku dengan sesuatu yang berkaitan dengan tujuan penciptaanku dan jangan Engkau sibukkan daku dengan sesuatu yang Engkau telah jamin daku di dalamnya dan jangan Engkau siksa diriku selama daku masih beristighfar pada-Mu dan jangan Engkau tolak daku (dari pemberianMu) selama daku meminta kepadaMu. Ya, Allah, hinakan diriku dalam diriku dan agungkanlah kedudukanMu di sisiku, ilhamkanlah daku ketaatan kepadamu dan mengamalkan kebaikan yang membuat keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, wahai Yang Maha Pengasih antara yang mengasihi.



Zikir wanita untuk melangsaikan hutang, menjauhi kemiskinan dan memudahkan urusan.
amalan sayidatina Fatimah r.a
Sumber: buku Doa dan zikir khusus wanita synergy media

mysweetlife-nurindah.blogspot.com


Ya Allah, Tuhan Pengatur kami dan Pengatur segala sesuatu yang menurunkan kitab Taurat, Injil, dan al Furqan (al Quran) dan yang membelah biji-bijian. Daku berlindung kepadaMu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Engkau yang Maha Awal dan tiada sesuatu pun sebelumMu dan Engkau Maha Akhir dan tiada sesuatu pun sesudahMu, dan Engkau Maha zahir dan tiada sesuatu pun di atasMu dan Engkau Maha batin dan tiada di bawahnya sesuatu pun. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, salam sejahtera kepada baginda dan kepada mereka. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah segala urusanku, wahai Yang Maha Pengasih antara yang mengasihi.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, December 26, 2012

Akhir tahun ini..






Salam mesra,

Sepanjang hari saya menyusun atur penyata dan bil. Suami tidak sempat dgn hal ini, selalunya saya membantu. Insya Allah, ia memeri manfaat kepada kami berdua...

Kenapa?
Tahun 2013 ialah tahun yang  GETIR.
Saya fikir begitu.

1) Saya rasa ramai isteri ofismate suami saya akan mencari banyak wang tambahan.  OT kilang dah tidak banyak... agaknya pekerja sendiri bakal mencari kerja sampingan.

2) Saham kami pun dah separuh digunakan untuk renovation rumah haritu. Yalah, lepas 7 tahun baru beli rumah... Beli pula bukannya rumah baru siap, rumah yang tidak terjual dari pemaju. Jadi harus keluarkan duit untuk sedikit renovation.


3) Dah ada banyak perubahan selepas saya membuat senarai pada akhir tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah, senarai yang  banyak membimbing saya:
 http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2011/10/saya-dan-macam-macam-perkara.html

4) Oranglain, planner nya dah bermula dari anak-anak cuti sekolah. Tetapi bagi kami, ia baru bermula.   Saya berasa sejak lepas Ramadhan lalu, saya tinggalkan banyak rutin saya/organizer yang biasa. Jadi saya harus mulakan balik.  Pening masa tu sebab urusan perpindahan, hal pemaju, peguam dsbg.  Yang organized cumalah senarai renvation, keluar masuk duit, resit, surat bank , hehe...
Rumah pun masih belum berkemas rapi. Yalah, saiz dan ruang rumah tak sama macam rumah sewa dahulu. Yang ni lebih kecil, tetapi saya dapat apa yang diimpikan , rumah teres. Alhamdulillah.

5) Mahu betulkan balik masa saya.  Saya mahu lebih organized! Insya Allah!
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2011/12/rutin-seorang-isteri.html



Saya berdoa, semoa kita semua dapat melalui masa getir yang sekarang, juga akan datang.
Rasa macam nak baca balik doa akhir tahun awal muharram. ;)


P/S:  Mencatat keluar masuk  wang dalam rumahtangga juga satu sunnah Rasulullah SAW.  Rasulullah telah menyuruh seorang sahabat untuk menguruskan hal keluar masuk wang BaitulMal semasa pembinaan kerajaan Islam di Madinah.  dan dgn pengurusan Baitul Mal itulah ekonomi umat Islam telah berkembang. Masya Allah, Subhanallah.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

aku dengan agamaku...



Salam kasih teman-teman yang dicintai Allah,

Kelmarin kan cuti krismas, tetapi kilang tetap beroperasi. Kilang yg ramai muslim, tidak mempunyai holiday krismas...
Saya membaca facebook hariini, ada pandangan Ustaz yg menyatakan tidak patut mengucap selamat kepada agama lain. kerana seperti mengakui fahaman mereka.

Pendirian saya, masih  kabur..
saya tidak mengucap selamat, tidak juga menolak pandangan orang lain.

La.. ikra hafiddin. Tiada paksaan dalam beragama.
Kita menunjukkan contoh yang baik, mampulah membawa mereka kembali ke jalan Allah.   Namun jika orang marah-marah atau memaksa kita utk mengucap selamat hari krismas utk mereka, itu tak patutlah.

Sedangkan di pantai timur sendiri, yang ramai orang cina yang bercakap kelantan dan terengganu, hidup bersama orang melayu beberapa keturunan, berada di kejiranan melayu. menghadiri hari raya,  kita mendapat buah limau dan kuih bulan... tetapi mereka tidak berkecil hati pun jika kita tidak mengucapkan selamat hari raya utk mereka.  Mereka  tahu, agama kita tak sama, " Kamu dengan agamamu... aku dengan agamaku." Seharusnya mereka boleh menerima begitu..

Tetapi, jagalah akidah kita. Jagalah...jangan sekali-kali terlibat dalam soal-jawab agama dgn mereka, kerana  sikap mereka tersangat baik... Mereka yang teguh beragama, biasanya bersikap baik terhadap oranglain. Saya pernah disoal oleh teman sekuliah yang india kristian. Oh, saya sangat berani ketika itu, berkobar-kobar semangat saya menceritakan sejarah tamadun islam dsbg. Sedangkan soalannya sangat ringkas.
Kita terlalu stress dan takut dgn perkara ini. Takut sangat mereka menceroboh akidah kita.. padahal mereka tenang saja..


Pernah, ada seorang bercerita. Dia pernah sekolej dengan seorang wanita kristian yang sangat cantik. Dia ingin merapatinya, tetapi ramai teman-teman pemuda ini berkata, jangan rapati wanita itu, kerana dia anak mubaligh kristian. Dah banyak pemuda islam yg dimurtadkannya. Lalu, pemuda ini tidak menegur wanita itu sepanjang kuliahnya. Setelah habis pengajian dan dia berkahwin, dia bertemu dgn wanita kristian itu di tengah jalan. Pemuda itu berani bercakap dgnnya, kerana dia sudah ada isteri dan nafsunya terjaga.  Lalu wanita ini bergurau dgnnya bahawa mahukah pemuda itu memperisterikannya, kan pemuda muslim boleh beristeri sehingga 4? Pemuda ini bercerita sebab dia tidak menegur wanita semasa pengajian. Wanita itu tersengih..
Wanita itu berkata dia masih kristian, dan ayahnya kristian, tetapi, dia telah mereka-reka cerita ttg ayahnya mubaligh yg telah memurtadkan orang Islam. Katanya, ayahnya cuma pegawai bank, dan dia mahu bersungguh-sungguh belajar. Tersangat ramai pemuda Islam yang mahu menjadikan dia kekasih dan mahu mengislamkannya sehingga dia rimas... Lepas pertemuan itu, pemuda itu tersenyum mengingatkan ketakutan pemuda Islam yang takut dimurtadkan, dan nafsu mereka itu.. Wanita itu rupanya sedar, pemuda-pemuda itu ingin merapatinya kerana nafsu, bersuka-suka... dan tidak kuat imannya sehingga boleh menjaga dan mengislamkannya.

P/S: Pening bila memikirkan jiran india yang kerap memasang rakaman sembahyang 'Om'  di dapur berulang-ulang. Dahla dapur bersebelahan.  Saya kagum padanya dgn sifat beragamanya. Alangkan kalau dia mengaji? :) Ia mengingatkan saya untuk sentiasa berzikir dan membaca al Quran. Tiada apa yang perlu saya takutkan. Kamu dgn agamamu, aku dengan agamaku....

Sesungguhnya cabaran saya di sini tidaklah sekuat cabaran teman-teman yang berada di luar negara. Saya sudah bersyukur.  Saya fikir, mereka yang hidup di kalangan orang bukan Muslim adalah seorang pejuang, dan seorang pejuang harus diberikan semangat. :)




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, December 24, 2012

masakan berjiwa..


Kangkung pedas masak lemak dengan isi ikan kembung.

Sehari sebelum itu, saya masak Ikan percik seperti di SINI. Puas memakannya. Apatah lagi, apabila setelah membakar ikan itu, saya tuang kuah percik dan memasaknya lagi kali kedua supaya kuah itu melekat  pada ikan. Harum saja...
Saya tidak ralat lagi apabila terkenangkan Ikan percik Mama saya yang bermusim setiap kali ramadhan. ahaks.. :)
Tapi, itulah kan, kita akan menghargainya dan memikirkan juadah bermusim ialah juadah yang amat menggoda ingatan.
Ada balance seekor ikan kembung, dan saya malas hendak menjadikan ia fishball. Saya ambil isi ikan sahaja, lalu saya masukkan dalam kangkung. Masakan ini tak susah.  Ia masih mengingatkan saya kepada kenagan sayur masakan mama semasa kecil...
Oh, akhir-akhir ini saya sentimental sangat.


KANGKUNG MASAK LEMAK PEDAS DENGAN ISI IKAN KEMBUNG

setengah ikat Kangkung   (kalau tertinggal banyak bahagian batang, masakan beginilah yang sesuai :)
Santan
Isi ikan mentah
Bawang merah dan putih yang dihiris
Cili     (saya masukkan 4 cili padi hiris biar pedas)
Garam dan secubit kiub ikan bilis 

Tumis bawang hiris
Masukkan ikan.
Kemudian baru masukkan santan
Bila mendidih, masukkan kangkung dan cili.
Bubuh garam dan kiub ikan bilis




Puas saya tercari resipi mana yang mudah nak gaul isi ayam. Akhirnya saya buat macam macam ini, salutannya nipis dan sangat sesuai makan dengan nasi.

ISI AYAM BERSALUT

Isi ayam (dihiris kecil memanjang)
1 sdb  tepung gandum
1 sdb tepung beras/tepung jagung  (maafla, dah lupa yang mana)
Garam
Serbuk ketumbar
serbuk jintan  manis
serbuk jintan putih
Air secukupnya
nak lebih perasa bubuh saja secubit kiub ayam

Cuma gaul isi ayam itu dengan semua bahan, dan air dimasukkan sedikit-sedikit supaya ia bersalut saja. Cara masukkan dalam kuali gorengan ialah satu persatu supaya ia tidakk melekat.



Ada balance kuah percik yang saya frozenkan.  Cili yang saya blend itu agak tidak hancur sebab tidak direndam lama, tetapi ia masih tidak mengurangkan rasanya.  Inilah cara saya recycle.
 

AYAM  MASAK BERLINANG

4 ketul Ayam  (siap dipotong)
Baki kuah percik
santan tambahan jika mahu
Halia diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Masukkan ayam, kuah percik, halia, gula, garam, dan air . Didihkan. BIla didih, kecilkan api  dan tutup periuk supaya ia masak perlahan-lahan. Jadi, bila masak, kuahnya nampak berlinang-linang seperti di atas, ala stim. :))



 Siapa nak makan percik? Kuah percik mama saya : LINK 


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monolog celaru..


Salam mesra, teman-teman yang disayangi Allah,

Di dalam al Quran banyak disebut, wanita yang disayangi Allah, ialah
yang mentaati suaminya,
yang sabar,
yang banyak beribadah,
yang banyak berpuasa,
yang menjaga maruah dan harta suaminya.

Dalam khutbah wida', khutbah terakhir rasulullah SAW :

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Apabila kita berasa diri amat lemah dalam menghadapi konflik kekeluargaan, apakah yang kita mampu lakukan?
Jika keluarga kita besar, dan masing-masing menuntut tanggungjawab dari satu dengan yang lain, bagaimana kita mahu menguruskannya?

Keluarga, tidak lain ialah hubungan silaturrahim...
Dengan ibubapa, tidak lain ialah wajib berbuat baik...
Dengan anak, tidak lain wajib menjaganya sehingga dia pandai berdikari...


1) Saya membaca majalah Anis,
 Ada kakak atau abang yang 'ditua-tuakan'.... yang mahu dilayani seperti taraf ibu atau bapa selepas pemergian ibubapa, mahu dilayani dgn hormat dan dipenuhi semua permintaannya. Mungkin hanya kerana adik-adik itu dia yang menjaga semasa kecil atau dia yang lebih banyak berkorban.
- Ragam adik-beradik yang ramai, sepatutnya saling mengasihi. Yang tua sepatutnya belajar agama dan membimbing yang lain... bukannya memerintah.
Jika yang tua tiada bimbingan agama, dan hanya mahu 'ditua-tuakan', sebenarnya dia tidak layak menjadi ketua!


2) Saya mendengar jawapan Syeikh  tentang tiada larangan isteri keluar rumah  bekerja demi nafkah anaknya, sebab ia termasuk dalam darurat. Kerana tahap susahnya sampai terpaksa meminta-minta dari oranglain, dan dia berasa malu berterusan begitu.
- Tetapi isteri harus menjaga kehormatan diri dan mengelak diri dari fitnah. Berusaha meyakinkan suaminya.


3) Saya membaca tentang tiada larangan seorang isteri keluar menziarahi ibubapa yang sedang sakit atas alasan tiada siapa yang mahu menjaga, kerana ia termasuk dalam perhubungan silaturrahim dan berbuat baik kepada ibubapa.
- Tetapi tidak patut isteri berbuat begitu jika menggunakan wang suaminya, yang hanya cukup untuk keperluan hidup. Sesungguhnya ada cara penyelesaiaan yang lebih baik untuk itu.


Akhirnya seseorang itu kembali kepada fitrah. Menjadi seorang wanita yang solehah dan bertaqwa itu tidak mudah, banyak ranjaunya.

Untuk mewujudkan sebuah keluarga, itu tidak susah.
Tetapi untuk mewujudkan keluarga yang bertaqwa, perjalannnya panjang, dan berulang kali akan diuji... semua orang akan diuji. Bersabarlah melaluinya..




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, December 19, 2012

Apam beras, bubur pulut durian recycle :)


Salam kasih, teman-teman blogger yang disayangi Allah,

Melihat apam ni, teringat dah lama tak buat kuih. :D
Saya guna nasi balance malamnya, disimpan baik dalam peti ais. Esoknya, cukuplah 1 cawan nasi, saya mahu buat apam.  Resipi  apam beras ini dari kak yatie sinar kehidupan. Punyalah teruja melihat tayangan kak yatie kat sini.  Sebelum ini, saya pernah buat apam salju  kak liza. Alhamdulillah, komen mr hubby, sangat mengujakan hati. :D Terima kasih banyak-banyak kak yatie, mohon halalkan saya share kat sini..



Kenit-kenit jer saya buat..


APAM BERAS
Sumber: Kak yatie, yatiememories.blogspot.com

Bahan-bahannya.

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Kemudian,

Suami telah membelikan durian yang sangat-sangat sedap. RM6 sekilo. Dapat beberapa biji, yang ulasnya kuning, isi lemak tetapi bijinya sangat kecil. fuh! Tapi,kan... nak buat crepes rasanya tak sempat dah. Saya dah teringin sangat nak makan durian fresh + pulut tanak + santan didih dgn sedikit garam (mentah pun boleh) + gula pasir. Digaul mesra dgn tangan atau sudu... oh! Jika dahulu masa saya kecik-kecik, makan dgn pulut tanak macam ini lebih menjimatkan dari makan ulas-ulas durian, maklumlah anak perempuan 5 orang.. yang lelaki pun dah ikut kakak dia...kuat makan. Jadi makan dgn pulut, lebih cepat kenyang. :))

Saya kan, kalau masak pulut tanak guna gas, mesti ada kerak di bawah, tak pandai nak masak yang takde kerak . Saya biar ia bau hangus sikit, baru rasa sedar ia masak..hehe. Balance keraknya itu bila direndam dgn air, jadi kembang, sayanglah kalau dibuang.  Masih cantik dibuat bubur, takde sape sedar pun ia kerak pulut. heheh.


PULUT TANAK
- untuk dimakan bersama durian fresh

- 1 cawan beras pulut
- 2 cawan air
Masak sehingga ia lembut. Bila dah agak nak kering, tutup periuknya dan kecilkan api.
*Sukatan ini tidak memerlukan pulut direndam dan ia juga membuat pulut agak lembut untuk dimakan dengan durian.


Bubur Pulut Durian recycle

Kerak pulut - direndam dengan sedikit air masak sehingga ia kembang.
Santan
Gula pasir
3 ulas durian

Didihkan kerak pulut. Masukkan santan dan gula, durian. Gula dimasukkan setakat perlu kerana durian akan menambah rasanya. Bila durian dah sebati... ia akan kelihatan seperti di bawah. :)




                                             



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, December 17, 2012

Salam mesra teman-teman yang disayangi Allah,

P1. termenung menunggu line yang bagus. waktu broadband takde line, berjanggut udang menunggu nak masuk blogger. :)

Alhamdulillah, bermacam-macam perkara dah dibuat dalam beberapa hari ini.
Saya ditemani suami beberapa hari ini, betul-betul ditemani.
S.H.A.R.I.N.G


Kadang-kadang, isteri berasa suami selalu pulang, selalu kembali ke sisinya, tetapi masing-masing buat hal sendiri.
Suami pula mahu pemahaman, dia mahu waktu privacy.
Isteri mahukan suami menghargai dan bekerjasama.

Hum,
Cinta selalu mengharap pengorbanan dan saling memahami,
Tidak memahami pun tak apalah, kita saling bertolak-ansur, boleh? :)


Saya melihat dan mengambil tauladan...
Isteri harus belajar menjaga lidah dan tidak menyalah-nyalahkan,
kerana anak-anak melihat semua itu.

Suami harus mahu belajar melayani isteri dan anak-anak serta memimpin mereka,
kerana anak-anak akan belajar bagaimana caranya melayani ahli keluarganya.

Ibu dan bapa harus belajar mengurangkan rasa marah dan mengarah-arah,
kerana anak-anak akan melayani anak-anak mereka pula seperti itu juga.

Ibubapa tidak salah, cuma anak-anak dah terlalu cerdik,
Mereka copypaste kita, lalu menambah dengan ilmu dari udara Allah (satelit dan internet) . Haruslah membimbing mereka agar pandai membezakan hal yang baik atau kurang baik.




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, December 12, 2012

tanggungjawab DAN cinta..


Saya teringat last saya beraya bersama keluarga dan adik-adik.
Adik bongsu dan kakaknya tercedera lagi. Mereka hanya keluar membeli sedikit barang membuat kuih di Jertih. dan ada perempuan yg memandu lalu membelok tanpa memberi signal ke kanan/kiri, lalu adik yang menunggang motor tidak sempat mengelak. Adik bongsu terluka tangannya, dan kakaknya terluka badan.

Saya di dapur, bersama mama menyiapkan kuih muih utk dihantar ke gerai jualan Ramadahan. Baru saja pagi tadi, si kakak tadi menyiapkan banyak 'sampan' kuih pelita dan saya , juga suami tergelak-gelak melihat hasil kuih pelita kami yg besar-besar...

Saya dah gelabah, motor cuma ada satu di rumah. Mama bergegas mahu ke hospital kerana katanya adik dah di bawa ke pusat rawatan luar. Dengan hati yang pecah, saya melihat kuih-muih mama yang terbiar dan belum siap... Saya mengambil 'sampan' kuih pelita, menuang gula dan adunannya, lalu saya kukus. Hati saya bergetar. Pagi tadi, Mama berulang kali bercerita, mama akan dimarah pelanggan jika kuih itu tidak dihantar. Sudah ramai yg menunggu. Hati saya rasa nak pecah sambil menyambung masak kuih itu..


Saya teringat kata-kata seorang pembuat kek yg mengatakan, dia dalam dilema ketika melihat anaknya mengalami kemalangan kecil di hadapan rumah. Suaminya menghantar anaknya ke hospital dan dia 'terpaksa menyambung kuih'. Antara amanah dan cinta kepada anak. Setelah siap kuihnya, dia terbang menemui anaknya dgn hati yg pecah. Saya faham perasaannya.

Saya berdoa berulang kali, janganlah adik... cedera teruk seperti 'hari itu'.

Selepas mama balik, mama kelihatan lebih tenang. katanya ada orang nak menghantar adik balik. Tangannya luka. Minggu depan..... adik harus berdiri di hadapan murid-murid kelasnya dalam tempoh praktikal. Adik tersedu.

Saya menghulur kuih-muih yang sudah dibungkus mengikut yang mama telah ajarkan, dan mama lalu membawanya ke gerai ramadhan. Tuhan, betapa besarnya pengorbanan mama di rumah, terpaksa handle banyak perkara. Saya tidak menafikan hal itu.Saya TIDAK SANGGUP melihat dia dimarah orang.

Kerana saya akan berada jauh, dan mereka di sana. Mama sering menempuhnya dgn sabar dan hati terbuka.

Saya pernah mengalami keadaan di mana saya berhadapan dgn orang yang suka menyalah-nyalahkan orang lain atas kejadian yg berlaku. Langsung diheboh-hebohkan kepada semua orang, yang tidak tahu menahu. Lalu, saya yg baru tiba dari selangor, dipersalahkan orang kerana saya 'berkahwin' orang jauh dan saya dikatakan tidak mengambil tahu sakit pening keluarga.

Hati saya remuk. Mama saya yg bertahun-tahun menjaga abah yg kurang sihat, malah sering ditekan dan dipersalahkan orang . Ada saja orang yang berhati batu ingin membuat hati wanita-wanita di dalam keluarga kami pecah berderai.... Allah...


Antara tanggungjawab dan cinta, USAH bertanya kenapa saya harus tersenyum apabila hati berasa pecah. Ia kerana tanggungjawab dan cinta itu tetap hadir bersama.... Ia tidak pernah berpisah...

Ia sebab kenapa saya harus mencari motivasi dan kekuatan untuk menjaga hati sendiri. :)




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, December 10, 2012

sang pemimpin yg terpimpin oleh isterinya


Alhamdulillah, Ahad lalu kami menyambung pengajian kitab. sekarang syeikh dah jadi ustaz selebriti kat malaysia, tapi masih sudi bertandang ke masjid as salam. Saya yg tak ada kenderaan sendiri ni, tak ada kawan yg sealiran pulak tu... memang payahla nak bergerak jauh mencari ilmu kecuali suami nak pergi. 


Melihat seorang wanita yg berada di hadapan rumahnya memakai t-shirt beserta seluar pendek bermuda di kawasan  rumahnya bersama suaminya... membuat saya insaf.  Saya sering memuji dalam hati, manisnya dia keluar bekerja dgn baju kurung dan bertudung, nampak bergaya dengan memandu kereta. rupanya telahan saya terlalu awal. Di saat itu, saya bersyukur kerana suami saya selalu menegur kesilapan saya dan Allah buka hati saya utk menerima tegurannya. Walaupun teguran itu sekadar angin lalu saja...saya faham. Jika sebaliknya, kita saling menegurlah.

Di mata, saya terbayang-bayang adik-adik perempuan saya. Mahukah mereka menjaga pakaian mereka  di luar pintu, di kawasan rumah? Kata orang, seorang gadis itu akan mula menjaga auratnya setelah menikah, kerana sayangkan suaminya, tak mahu suaminya menanggung dosanya. Tidak terbilang salah silap kita semasa kita masih seorang gadis.... takkan kita tidak mahu berubah selepas mempunyai suami?


source: nayzak

Saya terfikir-fikir, hendak menggalakkan adik-adik menambah ilmu di kuliah agama. Masih banyak yg kita perlu pelajari. Terutamanya bab rumahtangga; bab nikah kahwin, talak, nafkah, muamalah, riba, faraidh, jenayah dalam islam... semua itu hanya sedikit kita belajar di sekolah. malah dah lupa pun.. Ada banyak pengajian kitab di masjid-masjid.

Kasihan adik-adik perempuan saya, jika selepas kahwin nanti, dahla harus bekerja, mengurus anak lagi, menjaga suami dan rumahtangga. Ilmu agama di dada masih sedikit. lagi jika mendapat suami yg jarang ke masjid bagaimana?  Maklumlah dunia sekarang sangat mengejar kesenangan, kita mahu senang dan hidup selesa.Oh! Tidak... saya mahu mereka berilmu sebelum menjadi isteri dan ibu. Kaut ilmu banyak-banyak sebagai bekalan ke dalam rumahtangga. Kerana saya tahu, nanti apabila menjadi isteri dan ibu, mereka akan jadi sibuk sesibuknya...

Sekurang-kurangnya, jika suaminya tak tahu, biarlah mereka yg membimbing suaminya. . Jadi tidak timbullah persoalan sama ada suami membimbing kita atau tidak.

Saya takut membayangkan jika mereka mendapat suami yg tidak lancar membaca al Fatihah. Itu asas solat tu. Ya... KISAH NYATA di zaman ini, pemuda zaman ini inginkan jalan mudah, mereka mahukan isteri yg bajet baik dan ada ilmu agama untuk menjadi isteri mereka supaya nanti mereka tak susah-susah untuk membimbing mereka. Aduh! Bagaimana ya, nak interview bakal adik ipar yang MAHU menjaga dan mendidik isteri? Mesti ramai pemuda yang ketakutan kan? haha...

Hum, ada juga gadis yang menunggu pemuda yg kelihatan baik dan rajin bersolat utk melamarnya. Tetapi dia sendiri tidak yakin dgn dirinya, dan berharap pemuda itu membimbingnya. Saya lekas-lekas geleng. Kita mahukan sesuatu, kita harus menunjukkan kemajuan kita supaya dia perasan kewujudan kita. But, ini langsung tidak melibatkan nafsu, rasa ingin bernikah itu, jika dijauhkan dari rasa syahwat akan lebih baik. Jika ada jodoh, adalah. Jika tidak, kita tidak akan rasa kecewa, Insya Allah.  Ada pengganti yg lebih baik di masa hadapan.

Jangan termakan pujuk rayu pemuda yg tunjuk baik, jangan berasa kita perlu membuktikan rasa cinta, jangan terlena dgn pujian pemuda yg manis kata-kata... Oh.. saya bukan pakar cinta. Cuma, berhati-hatilah adik-adik, pemuda di luar selalunya mempunyai serigala di hati, usah turutkan keinginan nak berkahwin. Nak suami yg mahu membimbing, kitalah berusaha menjadikan diri kita BOLEH dibimbing, bukan keras kepala, keras hati, bongkak tak boleh ditegur dsbg...


source: nayzak


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, December 7, 2012

kek brownies ulangan



Salam mesra, teman-teman yang dikasihi Allah,

Projek petang semalam. Tak payah teka kek apa. Brownies yg pernah menduduki carta popular post di blog ini. Seharusnya, blog resipi kena rajin mencuba resipi baru, tetapi saya pula asyik mengulang resipi yg pernah dibuat. Ia lebih cepat untuk difikirkan dan mengatur bahan. 

 Brownies ini tidak sensitif, guna cawan penyukat, atau cawan kat dapur semuanya boleh, asalkan cawan yg sama utk setiap bahan. Guna telur, ia jadi lebih gebu, tak guna telur pun tak apa, menjadi jugak. Tak rajin nak tapis bahan kering supaya soda bikarbonat dan baking powder sekata, guna saja tepung naik sendiri.  Biasanya jika guna tepung biasa, saya tapis 2 kali.

Buat ni, asalnya utk jiran baru belakang rumah, mereka buat tahlil. Tetapi lepas maghrib, majlis dah mula... suami saya pun belum balik kerja lagi. Saya mengintai sama ada pintu belakang terbuka, atau ada org lalu jalan belakang. Tak ada juga. Takkan saya nak mengetuk pintu dapur kuat-kuat segan saya... Jiran baru kenal, kan? Bila suami balik, dia sakit kepala pula dan tertidur. Serba salah saya.

Adui, teringat 300gm coklat masak yg saya nak buat topping, tiba-tiba tak jadi. Coklat itu jadi macam hangit, double boil, tapi hangit... haha. Topping tu jadi tak cantik, tak smooth. Saya tambah susu cair lebih sedikit, dan ia menjadi seakan sos coklat pula. Hum! Kita makan cicah-cicah dgn buah nanti la...

Akhirnya kek brownies ini jadi rezeki kawan-kawan suami pagi ini. Harap-harap habislah.  Brownies yg saya buat kelmarin ni, guna tepung gandum biasa jer dan tanpa telur. Resipi Moist orange mocha brownies




Salam sayang.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, December 4, 2012

Sabar, atau stress


Salam kasih, teman-teman yang disayangi Allah.

Semenjak P1 abes kredit minggu lalu, saya buntu melihat loading page yg teramat lambatnya. Hendak msuk blog, boleh lagi nampak rupanya, tetapi masuk blogger, gmail... Aduh! Patah hati.

Apatah lagi hendak upload gambar. Kredit dalam bil bertambah, sedangkan katanya penggunaan lebih had, free. Bulan pertama. Hum, Hubby awal-awal dah potong telefon rumah P1. Yalah, telefon rumah just backup. Yalah, Internet pd zaman ini dah jadi keperluan. Bukan sedikit orang yang menggunakan internet sebagai medium rezeki.

Sekian report P1 untuk bulan 1.

Sejak pindah ni, bil air.. heheh.. RM6.60. Bolehla, cover bil letrik. Sebab rumah sendiri ni, kipas dah ada 3. Nak sejuk lagi.. tak mampu la nak ambik aircond. Ada ni pun Alhamdulillah, dgn kipas kat dapur.... heaven! Teringat dulu sentiasa berpanas semasa di dapur, buka pintu besar-besar masih terasa kehangatannya.

Alhamdulillah, banyak perkara yg menjadi masalah semasa di rumah sewa, telah direalisasikan. Bersabar itu satu ganjaran yg besar. Kehidupan tidaklah bertambah senang. Bertambah usia, kita dihadap dgn pelbagai tanggungjawab. Terpulang pada kitalah.

Tertekan? Ada banyak sebab. Pertama, apabila kita mengejar sesuatu yg bukan kemampuan tetapi kehendak. Kedua, kita dihambat sesuatu masalah bertimpa-timpa sedangkan kita ada due date untuk urusan kita. Ketiga, partner kita banyak kali tidak bersetuju dgn kita. Keempat, ada pula campur tangan  pihak lain yang membuat kita serba-salah. Kelima, kita berasa apa yg kita ada tidak cantik kerana oranglain mengatakan itu tidak cantik. Hum.


Saya? Menyedari pelbagai perkara itu, dan saya bermuhasabah diri:

1) Kita tak perlu puaskan hati ORANGLAIN. Tetapi kita boleh belajar dari kehidupan oranglain.

2) Berkawanlah dgn mereka yg tidak menikam perasaanmu di depan atau di belakang. Lihat diri kita dahulu supaya kita mendapat teman yg baik.

3) Cintailah mereka yang sentiasa menyokong dirimu dan tidak memperkecilkan apa jua USAHA yang kita perbuat. Tidak keterlaluan menyokong, bahkan tidak mengecilkan kita.

4) Fahamilah mereka yang sentiasa berdiri di sisimu, agar kita tidak pentingkan diri sendiri.

5) Sesiapa saja boleh terikat dgn indahnya padang orang. Sehingga tidak sedar cantiknya halaman sendiri. Jauhilah meminta perhatian orang, mintalah perhatian Allah.

6) Letakkan sifat tawadduk (rendah hati), agar kita mengerti hidup ini ada pelbagai kemungkinan.

7) Berdoalah untuk menghilang rasa cemburu. Kita mudah dipengaruhi dgn perkara sekeliling.

8) Jangan cepat memuji, takut kita mudah akan mengeji.

9) Insan bermaksud lupa. Jadi, sentiasalah mencari nasihat yg baik.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, December 1, 2012

Akhlak kita


 Salam sejahtera, teman-teman yang dikasihi Allah,

Benar, saya tidak ramai teman. Kebanyakan teman telah meninggalkan saya dengan kehidupan mereka. Saya ketinggalan. Apabila bergaul dan sekali sekali bertemu, isu mereka hanyalah tentang anak-anak, anak mula meniarap, anak mula sekolah, anak cemerlang peperiksaan begitu begini.   Saya tiada isu untuk dibualkan. Bukannya suami tidak menggalakkan, tetapi saya yg tidak mahu melepak di depan rumah atau di koridor dsbg. Saya berasa tidak sesuai tempatnya.

Saya fikir begini agaknya perasaan perempuan bujang yang dikelilingi perempuan yang sudah bersuami. Kita selalu berasa TIDAK ADA berbanding menghargai YANG ADA.


1) "Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah  menjadikan  dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah"

- Ia untuk Wanita yang berusaha menyediakan makanan untuk keluarganya, dengan melafazkan Bismillah dan  berzikir. Manakan sama, wanita yang membuat sesuatu tanpa bismillah?


2)  "Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapa suami melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih"

-  Subhanallah, yang paling mencabar untuk dilakukan, ialah apabila isteri berusaha untuk senyum dan mendamaikan hati suaminya, sedangkan isteri itu dalam keadaan berkecil hati atau tersinggung. Kata orang, what you give is what you get. Biarlah tidak mendapat balasan yang baik dari suami, biarlah ia kerana Allah.


3) Wasiat Rasulullah saw  kepada  puterinya Saidina Fatimah Az Zahra yang maksudnya " Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya melainkan Allah menghalangkannya dari minum air telaga  kautsar pada hari kiamat kelak."

-  Subhanallah, kata orang, buat baik akan dibalas dgn kebaikan. Saya rasa maksudnya menyeluruh, Allah yang akan membalas kebaikan itu, tak semestinya manusia.  Saya pernah mempunyai jiran-jiran yang dirasakan baik terhadap saya. Tetapi setiap kali berkumpul dengan niat untuk menolong, ada sahaja cerita oranglain yang disebar-sebarkan. Saya tidak tahu ia perlu atau tidak.  Yang dibicarakan tu, yang kita cam mukanya pulak tu. Apalah perasaan dia bila kita memandang dia semacam setiap kali bertembung?  Ia terjadi pada semua orang, tidak kira pangkat atau ilmunya. Bila mengelak, kita langsung tidak tahu apa-apa bab jiran tetangga. Info itu penting, ada yang betul, ada yg tidak.


4) Aisyah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Wahai Aisyah, bertaqwalah kepada Allah dan bersikap lemah lembut. Lemah lembut itu tidak lain adalah perhiasan dan jangan dilepaskan sedikit pun kerana tidak lain akan berlaku kebuurukan,"

- Ia bukan saja lembut pada tingkah laku, manja atau sebagainya. Ia perlu lembut juga pada perkataan dan Hati.. Macam kita jaga aurat, bukan saja aurat Libas ( pakaian), tetapi aurat akhlak juga. Berlembut bukan mengada-ngada. Kita digalakkan berlembut dgn anak kecil, dgn orang lebih tua, suami terhadap isterinya, anak terhadap ibubapanya. Berlembut juga tidaklah bermakna kita mengikut segala kemahuan mereka. Lembut itu dicintai orang dan dicintai Allah.







Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────