Friday, November 22, 2013

Fair :)

Salam mesra,

:)   Ingin berkongsi  aktiviti hujung minggu  bagi yg brkesempatan.

Malaysia Islamic Children's Fair.
22 - 24 November 2013
Shah Alam Convention Centre

Sumber:  Ainon Mohd

Karnival buku PTS
23-27 Nov
Batu Caves Jalan Dolomite
Sumber: PTS


Kuala Lumpur Motor Show
Kna bayar sikit
15 - 24 November 2013
Putra World Trade Centre (PWTC)
Sumber: http://www.klims.com.my/



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, November 18, 2013

NOTA FIKIR


 " The BEST OF PEOPLE are those that bring most benefit to the rest of mankind. "  
Berbuat baiklah sesama kita.


NOTA FIKIR SEORANG  HAMBA:


Kita asyik bertanya kepada diri sendiri,

Why... why... and why?

Kadang2, kita dah tahu perkara itu akan terjadi, tapi kita tak boleh control diri. Kita asyik marah-marah anak tanpa sebab, pukul anak tanpa sebab, menekannya sehingga dia tidak tahu hendak mmpercayai siapa  . Satu hari bila dia berduit, dia akan keluar rumah tanpa menoleh ke belakang. Rupanya manusia bukan dalam kawalan ibu atau bapa... manusia dalam pengawasan Allah. Allah mengetahui sekecil perkara di dalam hati kita... Hatta kepada sekecil orang.


Isteri asyik bising dgn suami, rasa marah dan tertekan saja terus nak cerai, nak cerai... semua keluarga kita menyokong kita pula.  Terasa besar kepala.  Apabila satu hari diceraikan,  dan berasa kesal dgn tingkah laku. Rupa-rupanya Allah mendengar kehendak dia, dan diberikan.


Apabila kita  mahu mengadu masalah kepada seseorang,  seringkali  masalah kita akan dibanding-bandingkan dgn masalah oranglain  pula. Ataupun, si pendengar berkata kita ini bercakap yg buruk-buruk ttg oranglain.  Justeru, barangkali... dia bukanlah orang yg tepat utk mndengar masalah kita. Berlapanglah dada.

Namun, kita  ambillah kebaikan dan buatlah amal. Menggembirakan hati seseorang lebih baik dr mmbiarkan teman kita diselubungi kesedihan. Dgn cara bersifat empathy dan cubalah beri sedikit solusi, jangan hanya memejam mata atau  menutup telinga. Kita pun tak mahu orang bersikap bgtu kepada kita apabila tiba giliran kita mnghadapi kesusahan.

Cuma satu perkara,  jangan kita terlibat dalam masalah secara lgsung.  Hum, seperti menggalakkan pasangan suami isteri berpecah belah?  Takut Allah tidak suka...  (Kecualilah pasangan itu sndiri yg merancang begitu).   Sedangkan seorang anak ... meskipun berhadapan dgn ibubapanya bertengkar sentiasa, dia tetap doakan jodoh ibubapanya panjang...


FOBIA
Kita fobia dgn  situasi buruk yg hanya berlaku sekali.  Kita dah berasa situasi kita amat teruk dan memalukan.  Padahal kita pernah melihat oranglain ditimpa tangga dan jatuh berkali-kali, yg mana ia bukan dalam kawalan orang itu.  Perancangan dalam kawalan kita, tetapi orang yg kita bakal temui, situasi yg bakal kita tempoh....Itu perancangan Allah. Usah menyalahkan diri, kita sudah berusaha mengelakkannya.



Cepat atau lambat, perkara itu akan terjadi.... tetapi perancangan kita  kadang-kadang di luar apa yg Allah takdirkan.  Hidup umpama roda yg berpusing-pusing.  Usah menyesali apa yg terjadi... dorong kebahagiaan di masa hadapan dgn perasaan yg luar biasa!  Bila ternyata kita tidak memaafkan diri, bagaimana kita mahu memaafkan orang di sekitar kita? 


Mujahidah  dunia...





Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sebaik-baik cinta itu



 

Pastikah diri kita di-cintai seseorang ?


Atau cinta yang berwarna lukisan... unsurnya boleh mudah dipadam?



Atau sedang berharap dicintai Tuhan sebaik-baik Cinta?



Atau sedang berkorban mengharap cinta seorang ibu atau bapa?

Jujur... 
sejak dewasa, saya banyak menyimpan segalanya sendiri semata-mata mengharapkan ibu dan abah saya memberi tumpuan kepada adik-adik. Sejak dari zaman di sekolah berasrama.... Saya tahu ibu dan bapa banyak mnghadpi kesukaran hidup dan kesukaran dlm relationship.

Alhamdulillah, semua adik saya bersekolah di Besut.
Biarpun rezeki saya bersekolah jauh dlm 2 marhalah juga , saya masih cemburu pada adik-adik yg sempat berbual dgn ibu dan bapa di rumah. Saya pula hendak menelefon mahal harga bilnya. 

Kemudian, biarpun rezeki saya bersuamikan orang jauh, saya  menguatkan hati dan perasaan berkata:
" Biarlah, asalkan adik-adikku tidak menjadi seperti diriku yg haus kasih dan manja semasa remajaku. ( Mungkin adik-adik tidak menyedari itu, bahawa sebenarnya mereka lebih beruntung ). 
Biarlah, asalkan ibu dan bapa mahu memberi tumpuan menjaga dan mengasihi adik-adik sedaya  usaha sehingga mereka mampu menongkah hidup sendiri... 
Dan jika mereka dilepaskan lebih awal ketika belum matang, ya Allah, kau jagalah adik-adikku..  dan redhailah ibubapaku memasuki JannahMu.... ".

Cinta dan kasih itu adalah kerana Nya...


P/S HATI :  Sekarang, mereka  AMANAH  untukku dari  arwah Abah . Namun, macam mana sekalipun, aku tidak akan mmpu menjadi pengganti seorang ibu atau bapa kepada mereka... Aku hanya seorang kakak yang banyak songeh... :D



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Bismillah,
Insya Allah, saya tak lupa esok dah maal hijrah. dan utk mmbaca doanya. Keletihan, kesibukan tidak akan menghalang Insya Allah. Doa ini, adalah agar tahun kita lebih baik dr sebelumnya. Agar kita tahu memperbaiki diri dan mendapat redha serta keberkatan di dalam hidup seharian.

Alhamdulillah, grafik doa awal dan akhir tahun dari darulmurtadza ini lebih besar dan sesuai utk kita print. :) Terimakasih MTDM.



Sumber grafik Doa awal dan akhir tahun dari : http://www.darulmurtadza.com/2013/11/salam-maal-hijrah-1435-persediaan.html



DOA AKHIR TAHUN :
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
 “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”  




DOA AWAL TAHUN:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

 

 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────