Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, February 23, 2013

jaga hati


Bismillah,

Saya fikir, saya macam oranglain. Tetapi tak juga. Bila saya membantu oranglain di rumah mereka, saya sering bertanya mereka apa yang diperlukan, barulah saya buat.  Bahkan nak letak barang pun saya perhatikan kat mana mereka letak supaya ia kelihatan sama sprt yang mereka nak.

Adakala ada orang menegur sebab kita kelihatan 'tertib' sangat. Tak apalah, kelihatan tertib lebih baik daripada kita  dipandang 'tak sedap'.
^__^


Sebab saya tahu, tak semestinya cara kita sentiasa betul...
Kat rumah orang kena ikut cara orang. Biarpun kita rasa lain sangat.

Tetapi... tak semestinya orang pun akan buat perkara yang sama kepada kita.. kan?
We must not expect the same thing :)


Itu situasi lain. Kalu bab kami berdua, saya pun selalu bertanya mr Hubby, nak letak mana barang-barangnya. Mana spot yang dia suka letak. Selalunya dia suruh biarkan saja.  Tetapi selalunya saya jugalah yang 'perhatikan' kat mana SPOT dia suka letak, dan saya akan cari solution supaya boleh letakkan di situ tetapi lebih tersusun. 

Bahkan, pasal nak susun kabinet rak pun saya bertanya Hubby supaya kita sama-sama puas hati.  sebenarnya saya mahu menggembleng IDEA ;)  Barulah rasa satu family.
Bertanya tak semestinya kita tak pandai.


Dulu,
masa tinggal di apartment, ada ketikanya Mr hubby  tolong menyidai pakaian. Tapi itulah, Hubby main letak jer hanger penyidai tu. Saya tegur supaya jarak-jarakkan sedikit, agar pakaian ada laluan angin dan tidak berbau sebab cahaya balkoni agak kurang.

Sekarang ini pun, saya masih mengamalkan cara tu, meskipun dah tinggal di rumah atas tanah. Cahaya matahari atas kepala terus. :)  Saya masih jarak-jarakkan hanger supaya cepat kering. Kita tak boleh ramal cuaca ni. Lagipun mesin basuh saya tak besar mana, bila masuk pakaian full saja, keringnya tak sempurna macam mesin basuh saiz besar.

Tapi bezanya sekarang, Hubby mahu menjaga hati saya... dgn cuma membantu menyangkut pakaian ke hanger, lalu saya yang susunkan jaraknya pada penyidai pakaian. :)
At least tak merasalah saya mesin basuh besar, kan sayang?

Hehehe...





Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, February 22, 2013

Bekal

Bismillah,
Moga teman-teman dan visitor ceria hari ini.

Sekarang ini, saya kerap membekalkan makanan buat Hubby.
Harini bekalnya nasi putih dgn lauk bilis. Itu saja yang ada. :)
Mula-mula dulu, terkesan dgn bekal kak watie , watierman setiap pagi untuk suaminya.
Tapi saya buat breakfast.

Mula-mula dulu, Hubby segan gak bila saya letak bbrp bekas tupperware (yang ni bukan berjenama, ya :). Dia nak satu bekas jer. Lepas tu, saya letak dalam satu tupperware yang ada separation tu, tapi kecik sangat portion yang boleh letak dalam bekas tu..

Satu hari, bila dapat hadiah tupperware dari jabatan, 1 botol air dan bekas tupperware (mahal kan, jenama tupperware?), Hubby makin selesa nak bawa bekal makanan ke kilang.

:)  Lega sangat. Sebab Hubby selalu tak sempat nak jamah breakfast yg saya buat, selalunya sekali dua suap jer, lepas tu tinggal. Dia nak cepat ke kilang.
Selalu saya tanya, tak sedap ke? Dia kata ok, sedap, cuma tak sempat makan. Kadang-kadang disuruhnya blend Protin je. Geram betul, saya. hehe.
Saya takut dia lapar.

Sekarang ni, kalu bawak 2-3 bekas makanan pun, Hubby dah tak segan. Campur air teh susu dalam botol air lagi (botol air yang BPA free-Bros). Dia selalu juga mmbahagikan kpd teman sekilang, kecuali portion cukup utk sorang jer. Maklumlah breakfast.

Alhamdulillah. ^__^


Nurindah:  Tetapi, bab bekal ni, saya  SEGAN  betul kalu orang datang ke rumah saya membawa nasi dan lauk begitu banyak. Cukup makan satu family. Sama ada dibeli atau dimasak.
Bukan tak sudi, saya rasa segan dgn cara begitu.  Saya tuan rumah... biarlah saya sediakan utk yg ramai-ramai. Ya, mungkin adat orang lain-lain, tetapi saya seganla kalu begini... serba-salah.. :)
 Kalaupun membawa sedikit juadah utk dirasa, pun saya dah seronok.  Orang yang membawa pun rasa  seronok sebab kita mahu merasa masakannya. :))  Itu dah memadai, tidak perlulah membawa banyak-banyak... Itu dah jadi tanggungjawab tuan rumah, kan?   :D





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, February 21, 2013

Monolog hati: Give or take?




Bismillah,

Selalunya orang cakap Give and take.

Orang kata, kita kena berbuat baik kpd orang, meskipun orang itu tak berpuas hati dgn kita. (tahan ke? :)
Juga, tak semestinya kita kena penuhi semua kehendak oranglain semata-mata untuk orang menyukai dan menerima kita.
Jika kita sombong, orang lagi sombong ngan kita.
Jika kita baik, orang lagi baik dgn kita.
Hum.

Salah satu kelemahan saya "satu ketika dahulu' ialah, saya mudah lembut hati. Saya cuba sedaya upaya memenuhi permintaan orang. Meskipun saya berada dlm keadaan sempit dan letih. Hubby menegur juga, tetapi saya tak sampai hati menolak permintaan orang.

Saya percaya kasih-sayang akan dibalas kasih-sayang.
Bila kita melindungi seseorang, kita akan dilindungi Allah.


Kemudian,saya dapati apabila pada satu masa saya tidak mampu memenuhi kehendak orang, saya dikata-kata, orang sanggup/sampai hati menunjukkan perasaan marah pada saya tanpa mahu memahami 'duduk perkara'. Bila dijelaskan pun, orang masih tidak berpuas hati dgn penjelasan.
Saya fikir, kenapa? Adakah baru nampak sikap sebenar orang itu?

.....

Kita hanya boleh berlagak dan marah-marah jika kita TAK PERNAH perlukan oranglain. Tetapi adakah kita tak pernah perlukan oranglain?
Manusia sentiasa saling memerlukan. Cuma jangan menyusahkan, itu sahaja.
..........

:) Hari ini, saya percaya kita TIDAK HANYA bertawakkal. Kita harus mempunyai 'teknik' dalam perhubungan. Manusia diberikan akal yang bijak. Kita harus belajar mengadaptasi segala. ( bukan memanipulasi :)

Selama ini saya 'melihat' berdasarkan 'tauladan dari pengalaman hidup' diri sendiri dan oranglain. Saya tak mahu hal itu terjadi ke atas saya. Dan pelajaran rupanya bukan setakat itu, kita lebih tahu apa yang kita nak.
........

Ihdinassirotol mustaqim (Ya Allah, tunjukkan daku jalan yang lurus..)
Jika ada masalah, bacalah surah al Fatihah, terutama doa di atas.

Apa yang kita dengar tak semestinya begitu, apa yang kita nampak tak semestinya begitu. Kadang2 akal kita ditipu oleh syaitan. Sebab itulah, kita baca A'uzubillahi minassyaitan nirrajim sebelum baca al Fatihah, kan?

Jelas, BIARLAH orang yang begini marahkan kita kerana tidak berpuas hati kerana 'kadang-kadang' kita tak mampu (bukan tak nak) menurut segala kata dan kemahuan, tetapi kita masih mampu senyum berbuat baik dgn mereka.
daripada kita cuba memuaskan hati orang begini , tapi satu hari kita berhenti daripada segalanya.

Bertegas.
Tua tak semestinya tahu semua. Jgn kita harapkan segalanya dari mereka (atau kita berlagak tahu dan tidak merendah hati :)
Muda tak semestinya kuat semua. Jgn kita asyik nak mengerah semua tenaganya (atau kita berlagak kuat :)
Kaya tak semestinya mendapat semua. Jgn kita asyik meminta.
Miskin tak semestinya tidak bahagia. Jgn perlekehkan taraf hidup mereka.




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, February 20, 2013

monolog: In my own house


In my own house

kadangkala, saya risau, orang akan 'judge' macam macam.

Seperti kata-kata, " duduk rumah seharian, tapi kerja rumah tak siap-siap juga ".
That's hurt.

That's not nice judge orang macam tu. Mana dia tahu masalah di sebaliknya?

Even my hubby jarang membantu kerja rumahtangga. He  WILL NOT say something bad to me. Dia tahu apa yang melukakan hati isterinya.

Dia tahu saya selalu menurut apa yang dibincangkan bersama. Dia tahu saya juga perlukan ruang, perlukan masa utk diri sendiri, bukan berkubang dgn kain baju dan asap dapur serta pinggan mangkuk sahaja.

^__^


Sejak itu, saya tidak lagi merungut kepada oranglain. Tidak lagi mengadu kepada oranglain. Kecuali my hubby.
Tiada siapa yang mengelus hati kecil saya dgn bujukan kasih-sayang selain suami.

I learn to take it easy... take a deep breath.



BERPINDAH

Saya renung sekitar rumah, masih ada banyak barang di lantai. Saya mengeluh ntah berapa ratus kali.

Takut kalau ada orang datang rumah, peninglah saya. hehe..

Saya teringat duit yang ingin digunakan untuk beli kabinet dapur awal tahun yg lalu , kami telah gunakan utk perkara lain yang lebih memerlukan.

Saya teringat bulan-bulan pertama duduk di rumah ini. My Hubby bertungkus lumus menyiapkan lantai kayu di rumah kami. Alone, dia tak bagi saya kacau. Saya cuma membantunya membersihkan habuk-habuk dan mengemas kayu kayan. Suami lebih pandai menyusun waktunya. Hubby akan memasangkan setiap waktu cuti atau balik kerja jika larat.

Setelah 3-4 bulan, barulah siap. :) Itupun masih ada komen oranglain. My hubby siapkan dgn keringatnya tau!

Lepas tu, ada masalah paip, wiring yang masih under warranty. Nak tunggu kontraktor datang lambat betul.

Sampai ke sudah, kenduri doa selamat belum dibuat lagi. :)

Tak apalah, jangan beratkan kepala.

We can do this, sayang. Insya Allah.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, February 19, 2013

hati bercantum, kasihnya padu.


Bismillah,
Hari hujan yang dingin. :)  Meskipun badan tak larat, sempat jugalah memanaskan nasi goreng dan buatkan air teh utk hubby tersayang. Setelah 2 hari berkampung di botanic utk membaikpulih rumah, bila balik rumah sendiri di BB...banyak betul kerja rumah yang nak kena buat. Akhirnya saya terlantar. Gastrik menyerang kembali...
Teringat masa tengah sibuk di sana, saya betul2 rasa dimanjakan. Dah penat buat kerja bersama, bila time nak smayang cuci badan dan Hubbylah yang belikan makanan di bawah. Dah boring, kami jalan2 cari barang DIY kat Jusco Bkt Tinggi. Hum, untung betul orang yg tinggal kat sini, dekat ngan pasaraya besar.. Lepas tu, kami tido atas tilam bujang. hahah..


Allah,
Masa hujan begini saya teringatkan keluarga di kampung.
Allah memberikan saya masa untuk memikirkan soal-soal rumit, sedangkan saya melihat oranglain tiada masa pun utk memikirkan ttg diri sendiri. Allah menyuruh kita bertawakkal, Allah menyuruh kita berbaik sangka, Allah menyuruh kita menjaga diri sendiri, barulah mampu menjaga mahupun mengambil berat hal oranglain.
Tetapi itu tidaklah sehingga kita tidak berbelas IHSAN.

Seperti yang saya ceritakan dalam post kelmarin, saya sering berkata kepada diri, bukanlah saya tidak mahu mengatakan ya utk semua perkara... tetapi saya juga ada batas kemampuan, saya tidak lupa utk meminta maaf.

Dan saya sering berkata kepada diri, jangan bersalah sangka, berkecil hati sekiranya orang yang kita harap-harapkan tidak mampu meluangkan masa utk kita, kerana pergantungan kepada manusia itu tidak kekal.

:)
Saya sentiasa mahu mengenang memori indah semasa orang bersama-sama kita, dari memikirkan sakit hati kerana orang tidak pedulikan kita. Apakah? :D
Ia ubat yang mujarab.

Prof Muhaya berkata, kebahagiaan seseorang itu tidak sunyi dari sikap memberi.  Memberi juga dari pelbagai sudut, kasih-sayang, tenaga, juga wang.. Sebab itu kita lihat orang yang kelihatan berseorangan pun, masih kelihatan bahagia kerana dia rajin menghulur tenaga kepada orang yg benar2 memerlukan, orang yang benar2 kesusahan.
Kita marah bila diuji dengan sedikit kesusahan. Kenapa?  Menurut Prof dr Muhaya, barangkali kerana kita  kurang bersyukur semasa mndapat nikmat.
Sedikit tazkirah hati drpd al Quran: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2012/11/hilang-arah.html



 Go towards him walking, He will come to you running..


Pagi ini,
Saya membaca sebuah cerita tentang Ummu Syuhada'  di iluvislam. Ummu yang benar2 bahagia kerana keempat anak-anaknya mndapat kampung yg abadi di negeri akhirat, kerana berperang di jalan Allah.

Dia tidak pernah bersungut, sama ada anak-anaknya yang mana bakal menjaganya bila dia uzur, ataupun anak yang mana memberinya duit. Dia tidak kisah ttg kehidupannya di dunia yang tidak kekal. Bahkan dia bakal berseorangan kerana dia janda. Yg dia tahu, Allah sentiasa ada.

Masih ingat cerpen ataphijau,  Diari Hati seorang Ibu? 







Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, February 18, 2013

Alhamdulillahi rabbil 'aalamin.



Masa untuk diri sendiri.

Benarlah kata orang, satu saat  kita sangat terluang masa, banyak lebihan duit, mudah mengatakan ya kepada orang yang meminta dan memerlukan kita.  Mungkin satu saat yang lain, kita tidak lagi mampu berbuat begitu.

Makin bertambah tanggungjawab, makin sibuklah kita.

Tetapi jangan sangka ia berterusan begitu. Yakinlah, satu saat nanti bila ribut itu reda... kita akan kembali ke kedaan pertama.  Dan hidup akan sentiasa berulang-ulang begitu,
sesuai dengan tahap kematangan kita dan tanggungjawab.

Alhamdulillah, ma dan arwah abah saya sangat memahami hal ini. Sebab mereka ibubapa kita.  Jika ada yang berkata bukan-bukan pun, hanyalah oranglain, yang kurang memahami keadaan kita. Sekeras mana orang mengata sekalipun, saya percaya, ma dan arwah abah tidak pernah bersalah sangka kepada anak atau menantunya. Meskipun kami tidak mampu meluangkan masa yang banyak utk mereka.
Mereka tahu, masa yang kami luangkan seboleh-bolehnya ialah Quality time.
Sebab itulah, saya dan suami tidak duduk diam semasa berada di kampung. Sejak arwah abah ada bersama kami lagi. Kami cuba meringankan tulang membuat kerja yang patut. 

Mereka tahu, kami berusaha menjadi anak-anak yang soleh.


Alhamdulillah,

Kelmarin,  usaha membaik pulih rumah di botanic 80% dah siap.  Mengecat dan membersih mana yang belum disental.
Kelmarin, keluarga hubby datang meramaikan tangan untuk membantu.  Alhamdulillah, terima kasih semua. :))


Sejak penyewa keluar,  kami diamkan saja rumah apartment  itu dan fokus kepada rumah yang baru dibeli.  Setelah selesai berpindah,  masih ada lagi yang kami perlu buat di rumah baru. Yalah, tak semuanya kami mampu buat sekaligus.  Rumah baru, memerlukan bajet. Ada yang terpaksa hold dan make over sedikit-sedikit.

.............


Dalam pada itu, dalam bulan-bulan berikutnya banyak perkara lain yang menimpa dan sangat sukar utk saya hadapi.  Tetapi ketabahan, demi ketabahan saya kutip satu persatu.  Yang mana kata-kata orang, saya tak mampu tepis semuanya. Hampir terduduk jugalah saya, fikiran buntu.  Maklumlah, ia berkait rapat dgn Ibubapa kita....

Mintak maaflah kepada sesiapa yang rasa terabai, kerana  saya juga ada batas kemampuan.

..........

:) Tak apalah. Kita sambung.

Dalam pada itu, bajet perlu ada juga untuk rumah apartment itu, sebab ingin dibaik pulih. Dah banyak kali kami berulang-alik ke sana. Jauh juga dari BB. Pergi ke sana hendak membuat kerja, jadi kepenatan jugalah, menguruskan 2 buah rumah.  Satu nak kerjakan rumah baru yang masih kekurangan kabinet utk mengemas,  satu lagi rumah yang nak disewakan pada orang.


Sejak awal perkenalan, saya dah tahu suami mempunyai rumah aprtmt dan kedai yg dibelinya. Orang cakap, baru bercinta dah ada rumah. Tetapi hakikat sebenarnya tidak. Saya tahu tanggungjawab besar yang suami ada,  iaitu  HUTANG.   Suami mahu membuat pelaburan.

Itulah anak-anak kami, " rumah apartment dan lot kedai di damansara".
Sejak awal perkahwinan, itulah yang kami sara.  Banyak pengorbanan yang kami lakukan utk itu. Belanja rumah semuanya dijimat-jimatkan untuk membayar loan.

Setelah berjimat cermat 7 tahun,  barulah  kami membeli rumah sendiri untuk  keluarga kecil kami. Dan sebagai seorang isteri, saya tidak putus-putus bersyukur.

Moga sahabat dan keluarga tersayang sentiasa dilimpahkan Allah rahmat. Hanya itu yang seorang wanita bergelar isteri dan ibu harapkan...





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, February 15, 2013

Andai begitu

Jika  sudah tidak tahu bagaimana untuk memaafkan manusia.

1. Sebab kita bersangka yang bukan-bukan. Kita harus bersangka baik KERANA Allah, jangan berputus asa.

2. Berdoalah agar niat baik kita diberkati Allah.

3. Seorang muslim tidak sekali-kali menanggung dosa oranglain. Jadi, jangan melakukan atau menanggung sesuatu yang di luar kemampuan kita. Jika mampu, tolonglah dia. Jika tidak mampu, doakan dia.

4. Setiap dari kita akan disoal sama ada kita melakukan dakwah dan bimbingan kepada seluruh umat manusia, sekecil dakwah kepada kaum keluarga kita sendiri dgn cara yang sangat bijaksana.

5. Jangan mengharap oranglain melakukan sesuatu untuk kita. Kita harus belajar mengadaptasi dengan suasana, dan bergerak melakukan sesuatu.

6. Ada 3 keadaan yang banyak dikatakan oleh al Quran dan rasulNya. Jagalah 3 perkara ini, jangan pedulikan kata-kata oranglain yang mahu memporak-perandakan kita:

Ibubapa yang tidak harus mengabaikan kebajikan anak-anaknya.
Anak-anak mendengar nasihat ibubapa dan menjaga hati mereka.
Seorang isteri yang mematuhi dan melayani suaminya.

7. Meskipun kita berkorban demi kebaikan semua orang, tetapi tidak sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai orang yang beriman. Hanya orang yang beriman mampu berkorban tanpa mengharapkan balasan, selain pahala dari Allah.

" Bukankah kita menuai untuk akhirat? "

8. Seperti kata doktor Muhaya, perasaan bahagia itu datang dari dalam (dari hati) kita. Jika kita bersyukur, kita akan rasa bahagia dgn apa yang kita ada, atau tidak ada.

9. Blog ialah tempat, diari saya dalam mengharung kehidupan sebagai seorang isteri. Pahit, atau manis, ia satu perjalanan hidup. Kita yang harus 'berhati' kaya, Qanaah dgn apa yang ada.  Tulang belakang sebuah rumahtangga ialah wanitanya . nakhodanya ialah suami kita.  Kena jaga diri kita baik-baik, barulah mampu mengasihi oranglain...

10. Orang mungkin tidak menghargai pemberian kita , maka pedulikanlah sikap orang yang begitu.  Kedewasaan ini kadang-kadang amat mencengkam sakitnya. Usah digaul perasaan itu dengan kecewa. Duit bukan penyelesai segala masalah, tetapi jiwa kita yang lapang... Niat kita ikhlas, akan diberkati Allah.






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────