Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, April 25, 2013

Alhamdulillah, minggu yang menyenangkan hati, meskipun tak canggih.

Moga teman-teman dan visitor dalam keadaan sihat dan bahagia selalu. :)



 Saya cuba memasak sate di atas dapur gas. Saje mencatat supaya saya tak lupa kenangan memasak sate di dalam rumah ni. Ramuan biasa, yang banyak kat internet. Guna daging batang pinang, ada juga daging kambing. Saya campur macam-macam bahan. 

Mula-mula masak guna multicooker ni. Cooker ni penyelamat bila gas habis masa menggoreng nasi di suatu malam yang hening. hehe. Tetapi hasil sate kurang, kerana ia basah.

Masak grill pula. Guna pemanggang dapur ni. Oklah. Nampk juga rangup.


Balance air daging saya lap atas daging. Hum... ia membuatkan ia jadi seperti daging bakar, bukan rasa sate pulak. :)


Adala sedikit rupa macam sate daging haji samuri. Rasa dia pula, macam daging grill. hahaha  Sabo jer kan? :D
Pagi-pagi esoknya, saya panaskan daging, dan Hubby breakfast sate dgn kuah Pecal segera, (punyalah mengantuk nak buat kuah sate ). hehehe...
Hubby ok jer.... kenyang sungguh! :) 
Insya Allah, nanti saya buat eksperimen sate lagi, dgn kuah sate ori!



Dinner selalunya yang simple dan menyenangkan tekak. Hidangan: Ikan goreng, sup daging kambing. Sambal kicap, tauhu lebut dgn sawi masak sos tiram.



Hidangan malam tadi:  satu lauk jer, tapi cukup, Alhamdulillah. Bendi masak bening, ayang goreng berempah, sambal tutok, timun cina.



Ini?  Bukan kenduri. Bersiap sedia untuk memasak lauk, untuk ditinggalkan kepada Hubby. Saya akan balik kampung seminggu next week. :))   Bawang merah tu tak mahal, 2 paket RM2 kat tesco BB. Banyak hal nak buat minggu last ni... Moga Allah permudahkan. 




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, April 22, 2013

Minggu akhir yang sangat sibuk, plan!


Minggu sangat sibuk. 11 Jamadilakhir dah.


1) 28hb : Ahad, Kuliah syeikh nuruddin, kitab nafis.


Kuliah pengajian terbaru. Klik Newtab.

 
2)  26hb April - 5 Mei : Pesta Buku Antarabangsa.




3)  Kita tengok dulu SALE  dan buku baru : plan!
https://www.facebook.com/psnpublications
http://www.facebook.com/bukupts
https://www.facebook.com/galeriilmu


4)   5 Mei -  Mengundi. Tanggungjawab juga tu kalau tak kita tak pilih, nanti ada yg calonkan diri sendiri..:)
Moga-moga bakal anak cucu, dapat  hidup dlm kepimpinan yg telus dan adil. Takde lagi isu fitnah dalam kepimpinan, huru hara kerana isu hukum mengkafirkan.  Amin!



5)  Minggu ini, last siapa nak hantar borang cukai pndapatan, nak REBATE! :)




Nota Nurindah: Jangan kotorkan hati dgn perkara fitnah (yg tidak tahu siapa pnyampainya). Jangan sakitkan hati sendiri dgn perkara remeh, sprt kenapa masa pilihanraya nak kena guna dakwat kekal? 
Aduh, atap rumah bocor, poket bocor, lebih perlu dirisaukan lagi. Ni nak raya... sape yg nak risaukan untuk kita? Yup, beraya itu harus bersederhana, tetapi kena ada duit juga untuk mmbeli barang keperluan mnjamu tetamu (harga barang mendadak tinggi) , hadiah utk anak kecil, sedikit keperluan pakaian raya, belanja minyak dan keperluan pulang beraya di rumah ibubapa, takkan nak balik berjumpa ibubapa dengan tangan kosong, kan?
Seperti anak yg dah dewasa, haruslah kita bersikap dewasa. Belajar memilih, belajar berfikir bukan hanya ikut-ikut, berjimat dan belajar mengharung kesusahan. :)

SUAMI

Suami adalah anugerah Allah kepada wanita yang bergelar isteri. Ia hanya dipinjamkan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan Tuhan. Entah bila berakhirnya. Mungkin esok atau lusa. Entahkan sebentar lagi..
Ambillah peluang di masa terluang untuk menghidangkannya walau secawan kopi dengan penuh keikhlasan di hati.
Berapa ramai wanita di luar sana yang tidak mempunyai peluang itu. Berapa ramai juga yang telah terlepas peluang itu.
Sungguh. Tiada satu pun makhluk ciptaan Allah yang kekal selamanya. Hanya Cinta Allah yang Abadi.
source: http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roza_roslan





Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Man jadda, wajada, man zara'a, hasoda.


Salam mesra dan kasih,
:)

 Sangat suka menonton Man jadda wajada (Siapa yang berusaha, dia akan berjaya) ,  atau sambungan pepatah arab ini... wa man zara'a, hasoda ( dan siapa yang menanam, dia akan mendapat hasilnya) .

Saya suka melihat peluang bisnes dalam siri itu, kerana ia menyediakan rancangan utk membina sebuah perniagaan.
Orang kata, jika hendak berniaga, janganlah pedulikan kata orang yg hanya mahu menjatuhkan semangat kita. Dengarlah kata-kata yang menaikkan motivasi kita. Sbg insan, kita takkan terlepas dari komen oranglain yg suka menilai begitu dan begini terutamanya sekiranya mereka mengenali siapa diri kita. Kiranya cakap takde lapik dah...

Saya dah banyak melihat blog orang yg berjaya mengenengahkan konsep mereka, dgn melalui komen, sindiran dan cacian orang. Termasuklah mereka yang ingin lari dari kebiasaan orang iaitu berhutang kad kredit, mereka sanggup menjalani gaya hidup yang sempit agar boleh bebas dari hutang. Mereka  yang menjalankan homeschool untuk anak-anak, kerana mereka berasa ada kelayakan untuk mengajar matapelajaran yg setaraf dgn matapelajaran di sekolah.
Pelbagai konsep, tetapi mungkin lari dari kebiasaan orang....jadi jika kita berasa cara itu amat membantu membina  kehidupan kita, dan oranglain hanya melihat sahaja... lakukanlah apa yang terbaik utk keluarga kita.


Saya inginkan perniagaan yg berkat, tapi konsepnya luas.  Jika berniaga pun, saya inginkan kemajuan dalam keluarga kami, bebas pergantungan dari oranglain dan supaya boleh berbelanja tanpa berhutang piutang. Oh, bukan kerana ingin memuaskan nafsu wanita saya utk berbelanja atau berjalan-jalan. Ia untuk masa hari tua kami, Insya Allah! 

Bahan sampingan selain makan, pakai, dan tempat tinggal?  Iaitu kenderaan yg baik, anak-anak yang diberi pendidikan yang sempurna dan layanan yg adil , insurans kesihatan dan medical, wang belanja apabila diperlukan  :)


Ada beberapa konsep perniagaan yang ada di fikiran saya:

1. Jika menjual tudung, biarlah ia menepati asas syarak dan tak terlalu mahal. Prasyarat tudung tidaklah sehingga berlebihan. Utk instant, kerana kebanyakan kita sudah jarang mengenakan brooch. Kelemahannya jika awning dah rosak/berkedut atau fesyennya bertukar, jadi ia dah tak relevan lagi dipakai. Malahan jadi membazir pula. Jadi,  harganya biarlah berpada-pada.


2. Jika menjual produk makanan, biarlah ia sedap di lidah tetapi 'sedap' juga di dalam badan kita. Campuran bahan tidak mengandungi syubhah. Yg penting meskipun makanan itu cantik berhias, jika ia produk yang tidak selalu dimakan, harganya harus berpada-pada. Produk yang selalu dibuat, kualiti rasanya harus tidak kurang.  Jikalau menggunakan konsep perkilangan sekalipun, utk pengulian, membentuk , memotong dan packaging, kebersihan mesin harus jangan diabaikan dan itu memerlukan modal maintenance berkala dan lebih pekerja. Produk makanan ni, yg penting juga kita tahu nilai nutriennya, barulah boleh diketengahkan ke peringkat tinggi.


3. Jika menjual pakaian, meskipun konsep pakaian harus menepati syarak, konsepnya masih luas. Ada pakaian dalam, ada pakaian hanya sesuai dipakai di bilik tidur, ada pakaian di dalam rumah, dan pakaian sempurna ialah untuk di luar rumah. (Fesyen pakaian sebenarnya tidak perlulah mengikut ikon artis atau acuan barat, jepun atau korea.)  Sepatutnya pakaian di dalam rumah harganya lebih murah kerana ia akan cepat lusuh kerana hari-hari dipakai. Tetapi bukan kita yang menguasai perkilangan pakaian, jadi kita tak mampu menentukan harga pasaran. Pakaian untuk di luar pula terlebih mahal harganya sehingga kita terpaksa melebihkan gaya.
Yg saya nampak, fesyen yang harganya murah tetapi masih cantik ialah.....baju kurung, kan? Dipakai dalam rumah cantik. Di luar rumah pun cantik.
Nak lagi murah.... jahit sendiri, macam-macam fesyen boleh dibuat. 


6. Jika menjual barang sampingan lain sprt brooch, handbag, peralatan dapur, makanan kesihatan, produk kebersihan diri dan rumah, haruslah menepati kehendak pasaran. Kebanyakan orang mementingkan jenama kerana hendak membina jenama itu bukan mudah, banyak pengiklanan dibuat, banyak agen, banyak R&D(research and development) dibuat. Seperti yang kita tahu, produk organik agak mahal harganya tetapi jika ada jalan untuk mengusahakan barangan 'green'  sprt water saving, energy saving, boleh kitar semula,  utk orang allergy, makanan berkonsep vegetarian... ia juga memenuhi kehendak pasaran.


7. Jika dalam sektor perkhidmatan, macam-macam boleh dibuat. Modalnya ialah tulang empat kerat kita saja.  Jika ada permintaan, buatlah.  Yg penting, kita menjaga masa kita utk mengurus perniagaan di samping mengurus keluarga. Jangan diri kita diurus oleh bisnes- tetapi kita yang mengurus bisnes dan masa.

8. Jika jadi pembekal pula, memang sukar hendak tentukan harga, kerana bergantung kepada pihak kilang.


Aih!  Banyak kan peluang?


Nota Nurindah: Seseorang akan lebih menghormati kita, apabila kita mengenali dia dan menjalin hubungan baik dengannya, semasa dia tidak mempunyai apa-apa. Meskipun sekarang dia menjadi seorang yg lebih berjaya. Dgn syarat, kita tidak pernah menyakiti hatinya atau pernah merendah-rendahkan dia. :) 




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, April 19, 2013

Nota Nurindah 19 april


Apa yang saya dapat sepanjang minggu ini:

1. Orang yang paling kaya, ialah orang yang CUKUP  apa yang ada.  Allah bagi rezeki atas apa yang kita usahakan.

2.
Source: facebook


3.  Cintailmu syeikh nuruddin: solat jumaat dan solat jamak
Mendirikan  solat sunat qabliah dan ba'ddiyah, Allah akan kurniakan mahligai untuknya di dalam syurga.
Rayakan hari Jumaat kerana ia sebaik-baik hari . Amalan malam Jumaat, selawat, baca Yasin dan surah al Kahfi..
4 golongan yang tidak wajib solat Jumaat : orang musafir, kaum wanita, orang sakit, hamba sahaya.
Wanita atau di antara golongan di atas boleh bersembahyang zuhur sebaik saja masuk waktu Zohor.
Jika musafir hendak sembahyang Jamak, boleh sembahyang Jumaat, lalu menambah solat lagi untuk jamak asar.
Solat jamak takdim - ada 3 syarat, berturut-turut, solat yg waktu ketika itu dahulu,
Solat jamak takkhir - satu syarat, niat nak solat ba'diyyah sebelum masuk waktu solat kedua. Boleh solat yang mana dahulu.


4. Cerita Chandni chowk to China :  dialog seorang pakcik kepada anak angkatnya :
" Takdir kita tidak ditentukan oleh garis di jari (menilik nasib), ia ditentukan oleh   (Tangan digenggam kuat  - maknanya kekuatan usaha kita ) . "
" Dalam 10 kemahiran yang kita belajar, mungkin satu pun tidak membantu kita apabila kita bertarung.  Tetapi ada satu kelebihan yang ada di dalam diri kita yang tak ada pada diri orang lain, mungkin akan membantu kita untuk memenangi pertarungan. "

5. Cerita  IP Man :  Menunjukkan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya, meskipun dia mempunyai kelebihan dalam seni wushu, tetapi dia  melayani isteri dan anak-anaknya dgn bertimbang rasa, bertolak ansur dan kasih-sayang. Bahkan dia sangat penyayang terhadap kawan-kawannya, tetapi masih bertegas atas prinsip dirinya.

6. Tanyalah Ustaz tv9: menghargai pasangan:
- Kita isteri jangan ambil kerja Raqib dan atid.  Bagi isteri, jangan sampai mengongkong pergerakan suami, hendak melihat perbuatannya betul atau salah.

- Soalan isteri  yang dicurangi suami -  Ustaz mengatakan, Isteri jangan beremosi, jangan menipu dalam hubungan suami isteri. Tangani dgn bijaksana, dgn kasih sayang, hormat dan saling mengasihani. Cerita dari suhaibweb - isteri yang meminta suami mendukungnya sebulan sebelum diceraikan kerana suami sudah ada kekasih lain.

- Soalan kaum wanita paling ramai di dalam neraka semasa kisah isra' dan mi'raj - ulasan ustaz, kaum wanita harus jaga lidah, mereka yang melaknat suami (mengungkit, mengatakan suami dgn kata kasar, lalu bercerita hal hubungan di dalam bilik kepada orang luar).

Ahli syurga - kebanyakan mereka ialah yang ditindas, kaum yang lemah, membuat banyak kebajikan.
Ahli neraka - mereka yang bongkak, kasar, bakhil lagi sombong.

عَنْ حَارِثَةَ بْنَ وَهْبٍ الْخُزَاعِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ, كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعَّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ ». ثُمَّ قَالَ: « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ, كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ.
 
Dan dari Haritsah bin Wahb Al-Khuza'i Radhiyallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Nabi shalallahu'alaihiwasalam  bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang penduduk syurga? Yaitu setiap orang yang lemah lagi diremehkan, bila sekiranya bersumpah atas nama Allah, niscaya dia penuhi. Maukah aku kabarkan kepada kalian tentang penduduk neraka? Yaitu setiap orang yang keras lagi kasar, bakhil dan sombong.”
diriwayatkan Al-Bukhari (4918) dan Muslim (2853)  Sumber hadis  (Hadisnya sama dgn yang ustaz ulaskan pada pagi tadi)

- Soalan adakah suami juga ditarik ke neraka - ulasan ustaz, Ar Rijalu qawwamu alannisa' (lelaki ialah pemimpin kaum wanita). Jika suami selalu membuat kebajikan, bersifat baik, mungkin dia mndapat syurga. Tetapi jika suami juga seorang yang tidak baik dan selalu membuat maksiat, suami juga akan menjadi ahli neraka.

- Ustaz menegur sikap para ibu, yang mudah mengatakan "Ibu tak redha jika kamu berkahwin dgn perempuan itu ",  " Ibu tak halalkan " hanya kerana tidak suka kepada calon pilihan anak.

Anak-anak hendak membuat maksiat atau mengikut syariat agama? Sebaiknya ibu mendoakan anak dan memudahkan mereka. Jangan diturutkan sakit hati.
Jika ibu si Tanggang  berdoa : Ya Allah, hanya Engkau yang boleh membolak-balikkan hati, kembalikanlah hati anakku kepadaku, dan bahagiakanlah dia suami isteri.
Maka tidaklah si tanggang bertukar menjadi batu.
Kata-kata ibu boleh menjadi doa. Maka ibu haruslah jaga lisan terhadap anak-anak.


7. Amalan yangboleh meningkatkan darjat kita:
Memberi salam, memberi orang makan, dan bertahajjud malam.  (Sumber nota kuliah masjid  rakan facebook Telekung project).

9. nasilemakkopiO : seorang penulis buku kekeluargaan menyatakan, " Sekarang ini, ramai pasangan menuntut hak, bergaduh di mahkamah. Mereka selalu menyalahkan third party.  Isu orang ketiga yg menyebabkan mereka bercerai. Sebenarnya ia isu orang kedua saja, iaitu diri kita sendiri. 
Sebenarnya hanya orang yang bersalah pergi ke mahkamah. Sedangkan di antara pasangan dua suami isteri, selalunya ialah Salah Faham. Salah faham diselesaikan di dalam rumah sahaja. Tiada orang yg salah di dalam rumah kita, ia hanya sebab tak saling faham.






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kambing bukan Tajin ;)


Salam mesra di hari Jumaat, penghulu segala hari. Baru kelmarin tengok siaran syeikh, ttg hari Jumaat.
 Kambing Tajin  versi melayu saya , dinner malam tadi. Alhamdulillah, jadi juga masak.  Saya sediakan nasi putih, dan kobis hiris nipis gaul dgn mayonis dan blackpepper ajishio.  Rasanya pedas2 blakpepper.  Saya sediakan juga cili padi potong utk Hubby.  
Alhamdulillah..... Komen Hubby,  sedap! Oh, lega...



Gambar di atas ni, kambing Tajin  Chef Ammar  tvalhijrah punya, :D  Klik  Source




Ini saya punya. Rupanya sama tak? hehehe.  Yang atas tu, inspirasi.  Tapi rasanya memang tak sama, sebab saya guna bahan sendiri... dan guna kuali sendiri saja...

Resipi asal please  KLIK source dekat gambar di atas  (dari facebook chef Ammar) . 
:)
Ini resipi versi Melayu saya  utk rujukan saya , sebab Hubby suka dan boleh masuk dalam menu ....  ( harap chef ammar tak marah) Insya Allah lenkali nak cari bahan yang betul sprt saffron dan minyak zaitun, periuk tajin?

KAMBING TAJIN MOROCCO STYLE MELAYU

1. Daging kambing - dipotong besar, tapi tebalnya dalam  1/2 -1 inci.
2. Stok kambing  -  Saya rebus bahagian daging yg dekat urat serta sedikit daging, ambil air rebusannya.
3. Minyak zaitun? Saya guna minyak masak jer, jadi takde rasa arab :) 
Saffron pun takde.
4. Apricot kering, kismis kuning balance ole-ole mertua bawa balik dari umrah.
5. Bawang di cincang 1/2 biji dicincang.
6. Serbuk kayu manis, blackpepper, garam secukup rasa - untuk DIGAUL dengan daging tadi.  Itu yg saya ingat dari siaran tv. 

7. Serbuk cili takde -  saya ganti dgn sedikit cili kisar campur  cili kering kisar dalam botol buatan Thailand.
8. Serbuk ketumbar, dan serbuk blackpepper.
9. Madu - bubuh ikut rasa.

10. Garam secukup rasa.
11. Saya tambah gula juga.
12. Carrot saya potong besar dan tomato potong 4 - itu saja yang ada...


Caranya:
Daging kambing ketul-ketul digaul dgn serbuk kulit kayumanis, blackpepper, dan garam. Susun daging atas kuali leper yg ada minyak dan biar ia dimasak. Balik-balikkan. Dah masak, angkat. Hum... daging kambing masa ni rasa macam kambing grill!  Saya dah mula tak sabar nak makan. :)

Untuk kuahnya,  dalam kuali yang sama dan  saya guna minyak bekas daging tadi.
Panaskan minyak, tumis bawang.
Masukkan carrot, cili dan serbuk ketumbar, serbuk kunyit, dan air rebusan (stok tadi),  garam.
Saya tambah blackpepper dan gula. Kacau kuah sekejap shg mendidih.
Lepas tu susun daging atas sos tu,  atur aprikot, kismis dan madu. Tutup kuali leper dgn tudung periuk. Perlahankan api dapur.
Biar hingga sedikit kering.  Rasa, sama ada perlu tambah garam atau madu.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, April 18, 2013

resipi yang mana satu?


Yang mana satu pilihan,
resipi kat blog atau buku resipi.

Malam kelmarin, ambil resipi dari blog.
Alhamdulillah, Hubby bawak balik nasi hujan panas beserta kuah dalca. Katanya ada majlis makan kat kilang, tapi lauknya dah habis.
 Kebetulan saya pula dah cairkan daging batang pinang.
Wah, siangnya terjumpa resipi Daging Bistik kat blog. Subhanallah.
Hubby yang dah makan, makan satu round lagi dgn saya. hehe.
Saya tak ikut 100% resipinya. Suka-suka hati.

DAGING BISTIK SAYA

Daging dgn halia dan bawang putih tumbuk direbus bersama sehingga dagingnya empuk.
Kisar bawang besar, tumis.
Masuk sedikit cili kisar.
Saya tambah kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.
Masukkan kicap manis dan kicap masin cap kipas udang (sama sukatan).
Masukkan semua daging dan air rebusannya tadi.
Sedikit lada sulah/blackpepper. Gaul
Perlahankan api, biar ia sebati sehingga kuahnya sedikit pekat.


Malam tadi membelek buku resipi Planta,
Aih, dah banyak buku resipi, kita belek-belek buat pemanas sebelum masuk dapur. :)
Nampak nasi goreng planta.
Ada udang siap dikopek kat dapur, wah! Ini sudah bagus.
Malam tadi masak nasi, pagi ni jengok dapur, terus mula mengggoreng nasi.
Alhamdulillah, perancangan awal membuatkan kita tenang di pagi hari.
Sarapan nasi goreng planta!


Ini, ada daging kambing beserta sedikit tulang dalam esbok.
Beli sedikit masa kat pasar basah haritu.
Kelmarin nampak Chef Ammar masak nasi cuscous dan kambing Tajin kat tvalhijrah.
hehe, rasa macam senang....tapi hentam jerla.

Kambing Tajin  dari FB chef ammar. Tapi chef, rasanya belum complete lagi nih. Saya tak sure yang mana resipi utk nasi couscous/  kambing tajin.

Bahan-bahannya

1. Kambing bahagian.bahu(di buang tulang) 500 gm
2. Stok kambing/air 100 ml
3. Minyak zaitun 50 ml
4. Apricot kering 100 gm
5. Kacang badam di panggang 40 gm
6. Bawang di cincang 1 biji
7. Serbuk kunyit 1 suduteh
8. Serbuk ketumbar 2 suduteh
9. Serbuk kayu manis 1 suduteh
10. Serbuk cili 1 suduteh
11. Madu 1 sudu makan
12. Daun ketumbar dihiris halus 1 sudu makan
13. Beras Couscous 200 gm
14. Stok ayam 260 gm
15. Garam dan lada secukup rasa



Direction Ingat-ingat lupa:


Daging kambing ketul-ketul digaul dgn serbuk kulit kayumanis,  ada blackpepper kalu tak silap, dan garam. Susun daging atas kuali leper yg ada minyak dan biar ia dimasak.
Kuahnya,  panaskan minyak zaitun, tumis bawang . Ada carrot, kentang dikupas sehingga bulat. Masukkannya. Serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit. Rasanya ada saffron sekali. Itu yg membuatkan kuah ni merah. Masuk air. Biar sebati. Lepas tu susun daging atas sos tu, aprikot, madu. Biar hingga sedikit kering, baru tutup periuk tajin. Biar sebati semuanya.
1 jam kambing tajin ni baru masak. Adeh.
Rasanya gitulah.
Tengoklah nanti saya berani buat tak! 
:D






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, April 17, 2013

Kehidupan yang tidak sempurna?


Apakah maksud tidak sempurna?
Di masa kecil sehingga bergelar seorang gadis, saya tidak tahu apa maknanya sempurna. Sempurna pada mata saya ialah.... What I have.
Apa yg saya tahu ialah apa yang saya ada semuanya sudah sempurna.


Meskipun Ma sering keluar berniaga, bagi saya dia seorang yang sempurna.
Meski arwah Abah sering sakit dan terpaksa bergantung kepada abang kakak tiri saya, bagi saya dia seorang yg sempurna.
Meski penghidupan kami adik beradik terpaksa bergantung duit biasiswa, bagi kami apa yang Ma abah bagi... sudah sempurna!
Saya tidak nampak apa yang menyebabkan kami tidak kelihatan sempurna.


Allah dah bagi cukup sifat.
Allah dah bagi cukup makan.
Pakai seadanya, rumah sendiri.
Allah dah bagi kehidupan kanak-kanak yang tak perlu risaukan apa-apa kepada kami 6 beradik.
Mama atau Abah tidak pernah menyuruh-nyuruh kami bekerja di luar semasa kami masih di bangku persekolahan.
Kami dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan sesak, sedangkan ada anak oranglain yang terpaksa berhenti sekolah.


Kayakah kami? Sempurnakah kami?
Tidak. Apabila saya dewasa dan mengerti segala, saya mengatakan tidak.

Tetapi tidaklah sampai kami melarat.
Kerana kami cukup dgn apa yg ada.
Mana ada pasaraya yg penuh dgn makanan, mainan, atau keperluan paket yg sedap-sedap masa 90-an di Besut masa itu?
Kami hendak keluar berjalan pun payah. Ma dan abah bergilir mengangkut kami menggunakan basikal sejauh 1-2km semata-mata hendak keluar berjalan. Apatah lagi hendak merayau kat bandar Jertih atau the store di Kota Bharu masa itu?

Tapi kami bahagia begitu.
Merasa naik eskelator sekali sekala,
merasa memegang makanan paket sekali sekala.
Semasa kecil kami dimanjakan  SEADANYA.

.....................

Alhamdulillah.
Kewajipan Ma dan arwah abah telah tertunai setakat daya upaya mereka.
Kerana  mereka BERUSAHA mencari penghidupan yang sempurna.

Terima kasih Ma dan arwah abah.
....................


Bagi saya... apa yg paling sukar semasa mengharung zaman gadis saya?
Bukan mengikat perut kerana lapar, bukan sebab keputusan wang, bukan sebab adik-adik, bukan sebab arwah abah yang sakit katarak, bukan sebab tensionnya belajar, bukan sebab susahnya mencari pekerjaan.

Tetapi,
pandangan sesetengah kakak  abang tiri dan  segelintir saudara mara terhadap kami .
yg kadang kala kami terasa kecil sangat apabila disergah, dikata-kata, disindir, yang kononnya berniat menasihat.
Ah,
Saya bukannya buta melihat mana orang yg ikhlas.

Ah.... teringat kisah Luqmanul hakim tentang 2 ayah dan anak, beserta keldai mereka.
Saya rasa mahu menangis,
tetapi 
ingin senyum, agar terus kuat mencari erti kehidupan sempurna yang dikata-katakan orang.


Ya Allah, jangan biarkan diriku ralit (rebah)  diulit  keduniaan.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, April 15, 2013

Teringat masa menjadi wanita muda (sekarang dah pertengahan ;)


Source, facebook.
Teringat,

Jika dahulu, semasa saya gadis sunti yang merantau, saya hanya mengikutkan kata hati sendiri. Jk hati tidak terasa enak, maka saya tidak melakukannya atau mengucapkan sesuatu. Jika terasa selesa, maka akan kelihatan saya selesa.

Setelah bergelar isteri, saya lebih depends kepada suami untuk menyesuaikan diri dgn keadaan. Hubby selalu memperkenalkan saya dgn tempat dan seseorang yang baru, jadi saya harus menerima keadaan itu dgn berlapang dada. Mencuba-cuba.  Benarlah kata orang kampung saya. Kata mereka, dah kahwin dgn orang Selangor, dah jadi orang selangor la. Saya berasa itu penilaian dan komen yg tajam. :)  Di mana suami berada, di situlah langit saya junjung, di situlah bumi saya pijak. Lama-lama.... setelah bertahun-tahun bergelar isteri, saya berasa penilaian mereka benar, meskipun ia berunsur sindiran. :)

Setelah menonton siri Semanis kurma, episod tinggal bersama mertua. Melihat satu pasangan yang ditemubual, saya terkenang-kenang bagaimana saya semasa mula-mula menjadi isteri.  Takut, terasa bodoh, malu, dan diperhatikan... Ketakutan seorang wanita muda. Ah, saya sering berasa, para ibu-ibu pun pastilah pernah merasai situasi yg sama apabila masuk ke dalam keluarga suami.

Jadi, saya cuma ingin menyenaraikan perkara yg saya hadapi dan cara saya mengatasinya. Manalah tahu, ada bakal pengantin tersesat ke sini. :)



1. Saya cuma berasa, saya milik Hubby, dan hubby pula milik keluarganya. Dan apa yg dirasakan betul ialah dari pendapat suami. Dgn itu, isteri akan berasa selamat dalam pergaulannya dan apa yg dilakukannya, dan suami tidak tertekan. Niatkan nak dapat redha Allah.


2. Dulu saya hanya mengikut-ikut kerana belum kenal sesiapa.  Namun sesuai mengikut peredaran masa, saya makin berdikari dalam pergaulan. Saya sudah pandai melihat. Saya tidak akan memaksa diri ini menjadi seperti Hubby atau keluarga suami. Jika saya rasa selesa dgn seseorang, saya akan Go on, saya tidak akan mengikut-ikut.


3. Meskipun saya selalu berasa dibandingkan, kerana saya memanglah bukan orang Jawa.  Saya orang pantai timur yg  halus perasaannya dan  mahu belajar benda baharu.  Sering ditegur, kerana perawakan saya yg jenis 'cukup apa yg ada'. .  Saya jg memang mudah bertolak-ansur kerana saya mmg anak yg sulung. Tetapi saya tidak akan mengomen makanan atau apa2 layanan keluarga mahupun masyarakat sekeliling terhadap saya. Saya menghormati cara keluarga lain, atau budaya seseorang, atau sesebuah masyarakat. Ya, batasnya, selagi ia tidak menyentuh ttg perasan saya... :))


4. Saya sering meminta Hubby  berhati-hati bagi menjaga hati saya mahupun keluarganya. Kerana selain itu, saya juga anak seseorang/ kakak seseorang.


5. Jangan biarkan kita berasa tidak yakin diri. Wanita sering selalu berasa dibandingkan. Itu harga diri kita . Jd jangan biarkan perasaan itu berlarutan, kerana kita tahu diri kita, dan tak perlu berusaha menjadi oranglain. Ceriakan hati, dan pakailah pakaian yg membuatkan kita berasa cantik dan ia adalah diri kita.Oh, jika kita melakukan sedikit perubahan sekalipun, ia hanya kerana didorong perasaan cinta, dan itu tidak salah.


6. Seseorang mungkin payah bila terikat dgn ikatan dan tanggungjawab.  Saya sering meminta Hubby melihat dari sudut kasih-sayang, belas ihsan dan saling memahami. Dari situ... barulah keluarga yg sebenarnya terbentuk. Jika tidak, tanggungjawab itu akan terasa membebankan, bagi pihak kita, mahupun suami.


7. Corak pemikiran isteri dan suami memang berbeza.  Suami ingin dijaga Egonya dan ingin dipatuhi.  Maka, patuhilah, jgn mengomen dia meskipun kita berasa cara kita lebih betul yg tak semestinya betul .  Isteri pula ingin dihormati  Harga dirinya.  Maka para suami haruslah tidak merendahkan isteri walau dgn apa perkataan.  Jika kita mengelakkan dua perkara ini dan saling respect each other, Insya Allah  masalah kecil dlm rumahtangga  mudah diselesaikan. Selesaikan isu sentimental dulu.


8. Berhati-hati dgn percakapan. Sbg isteri, saya faham Hubby amat menjaga tutur di hadapan ibubapa. Tiada siapa yg tahu apa yg dimahukannya kerana Dia hanya bercakap yg penting2 sahaja. Kadangkala saya perasan, Hubby tidak senang dgn cerita 'orang perempuan' yg saya luahkan di hadapan keluarganya,  atau dgn adik beradik saya. Oh, saya anggap itu biasa-biasa. Corak pemikiran wanita dan lelaki kan, berbeza. Tetapi satu yg saya rasakan jk hati terdetik kurang selesa. "Ah, agaknya suamiku mmg betul2 tidak mahu aku bercerita ttg hal ini kepada orang."  Maka saya akan hormatilah keputusannya.  :)


9. Kita sbg wanita, harus tahu apa yg kita rasakan, dan harus cakap apabila diperlukan. Tiada siapa yg tahu apa yg kita rasakan kecuali kita beritahu. Soal diterima atau tidak, itu hal berbeza. Cuma, pastikan nada suara kita, bukanlah dgn menyindir, atau marah, atau bergurau tak kena tempat. Lembut, dan seikhlas mungkin. Insya Allah...


10. Bila menerima komen yang pedas-pedas. Dahulu, saya cuba untuk menerima ia sebagai gurauan. Sprt yg Hubby selalu pesan. Tetapi, sometimes saya berasa, "Ah, they don't like me".  Meskipun kita rasa down sangat, bila berhadapan dgn seseorang yg mudah mengomen yang pedas terhadap kita atau terlalu brterus terang takde lapik2... saya cuba untuk tidak membalasnya.  Saya cuma harus bertenang, dan menyatakan bahawa saya tidak suka apa yang dikatakannya, tanpa berbalah.


11. Menjaga Hati sendiri, memang tersangat payah. Apabila kita berasa harus kena selalu menjaga hati sendiri, sedangkan suami diam tidak berkata apa-apa atau membela kita. Kita akan  berlapang dada dan husnuzon, berserah pada Allah. Sbg wanita, kita berasa seorang lelaki bukan saja mnjadi imam, tetapi tempat bergantung hati dan perasaan.
Rasulullah menyatakan isteri adalah pakaian untuk suami, dan suami ialah pakaian untuk isteri. Saling menutupi, saling melengkapi, saling mengasihi. Berapa banyak kejayaan  keluarga adalah hasil perhubungan suami isteri yg baik. Jika suami terlupa betapa pentingnya menjaga hati pasangan... salinglah peringatkan,. Jangan memendam rasa, jangan cepat menyerah kepada nasib. Ingatlah, wanitaku sayang...


12. Rahsia memujuk Isteri. Sebenarnya wanita boleh tersenyum, sedangkan hatinya menangis. Boleh merajuk sambil memasak dan menjaga anak. Tetapi tidak semua suami mahu memeluk dan menyatakn rasa kasih sayangnya terhadap isterinya. Usahlah memaksa isteri atau mendesak-desak isteri mematuhi  keputusan atau kehendak suami pada ketika itu. Berilah dia peluang utk dilayani sebagai insan yang berhak menyatakan pendapat dan memilih apa yang disukainya. Apabila perasaan isteri dihargai,.... dia akan menyerahkan dirinya kepada suami dgn sepenuh hati.


13. Kepercayaan. Sbg wanita, kita menyerahkan nasib kita di tangan seorang lelaki yang boleh kita percayai dan boleh membela kita.  Kepercayaan seorang wanita itu penting kerana dia bakal mnjadi ayah kepada anak-anak kita. Kita bakal rela dan patuh dgnnya sepanjang hayat.  Adakah dia juga tidak akan senang hati jika ada saudara perempuannya diperlakukan secara tidak adil oleh si suami? Saya fikir, jika suami mengasihi keluarganya, maka dia juga akan pengasih kepada kita, isterinya. Cabaran lain pasti ada yg menguji kasih sayang kita dan suami. Tetapi bertahanlah!


Saya sedang bersedih atas sesuatu perkara. Doakanlah saya...


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, April 13, 2013

Nikmat memasak



Salam sejahtera, teman-teman bloggers,

Hubby kerja separuh hari, hari ni.  Kurang sihat. Maka minggu ni, tak pastilah ada aktiviti tak. Rancang nak balik banting..

Nikmat memasak.


Subhanallah, hari ini warm-up, tayang gambar masakan. Ah, ada yg guna handset, ada yg guna kamera. Mana yg sempat.

Saya perasan, setiap kali saya mencuba idea baru untuk masakan, lepas tu, untuk do the same  lainkali... dah lupa! hahaha.   Sebab ada masa, menu itu kita cipta main hentam saja semasa memasak. 

Sedangkan ada sesetengah resipi pun, kena tengok balik blog. Tak semuanya kita masak setiap minggu, kan? Maka blog jadi pencatat resipi, dan nota.  


Gambar guna handset.

Alhamdulillah, Hubby puas hati. Saya terpengaruh dgn feng shu's cooking class kat TV. Mereka suka mencampuradukkan bahan sayur sbg perasa masakan. Bukan spice.

Ayam digaul dgn kunyit dan garam - goreng
Terung dipotong serong tebal 1 inci - Tuang sedikit minyak atas kuali leper, susun terung, biar ia kelihatan sedikit layu, balik-balikkan.
Cili merah besar 3 tangkai (buang biji), Bawang merah 3-4 biji, Bawang putih 3-4 ulas - Semua sekali dikisar tapi tak begitu hancur.
Sedikit ajishio (lada sulah dan blackpepper)

Setelah terung masak, ketepikan. Masuk sedikit minyak lagi, tumis bahan kisar. Gaul dgn terung sehingga kelihatan bersalut, tapi masih basah utk menyalut ayam goreng. Masukkan ayam goreng.  Saya tak tambah garam dah, cuma tabur sedikit ajishio blackpeper dan lada sulah.

Nak hidang, saya letak balance salad yg sedikit sebagai penyeri. Yg putih tu, bukan cheese. Tapi buah mangga yang dihiris nipis, pemberian mertua.  Hum... bila rasa masam...lazat!

P/S: Saya masukkan air yg lebih2 dr pengisar, supaya masakan ni sedikit basah.
Terung, kalu nak ia tidak terlalu lembik, asingkan dahulu dan masukkan bersama ayam.  Tetapi saya telah membiarkannya sedikit lembik , dan bila dah bercampur sprt itu, rasanya tak beza dgn ayam!


Juga ambik guna handset. Brokoli ni, dah nak expired. Tapi masih keras. Saya nak cara senang. Camana?

Tumbuk 4 ulas bawang putih bersama sedikit halia.
Udang dikopek kepala dan ekor sahaja.
Cili padi dipotong.
Saya rebus brokoli sedikit besar2 bersama carrot dalam periuk kecil. Airnya separuh. Tutup.
Bila dah separuh layu. Tutup api.  (ia direbus sama waktunya kita menumbuk bawang)
Garam.
Sedikit lada sulah ajishio.

Tumis bahan tumbuk . Masukkan udang dan cili, kacau sekejap. Cepat2 masukkan brokoli beserta air rebusan. Wah! sekejap je masakan bersup siap.

(Hilang rasa malas saya.) hahaha.




Ayam apa ni? Aduh, tengok tarikhnya? 14 mac. Saya bakar atas kuali leper saja.

Isi dada ayam dipotong nipis. Taburlah apa yg nak, dan gulung. Cucuk dgn lidi sate. Saya tak bubuh garam.

Sos blackpepper ( saya beli kat kedai mnjual barang utk peniaga burger, melayu) - Dituang atas isi ayam yg dah siap tu.
Tomato di potong 4 saja.
Masak saja di atas kuali leper shg masak.  Golek sampai ia masak.



















Ini sesi menghabiskan stok ayam. Saya ada rebus tulang2 ayam, dan frozen dgn kuahnya. Lepas tu, saya teringin pulak nak masak ayam yg ditaruk atas nasi macam nasi mandhy. hahha.
Kita rebus ayam lagi dgn halia, part kepak.
Majerin - untuk menumis bawang putih dan bawang merah hiris, halia.
Masukkan beras, beserta ayam yang dah direbus.
Garam.
Air stoknya sukatan sprt biasa.

Wah! Memang nasi ayam hainan stail baru hari tu. hehehe... Hentam jer makan dengan ayam balckpepper di atas.

Insya Allah. :)

Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, April 12, 2013

Fresh food (FF)

Fresh Food (FF)


Jamie's Food Revolution: Huntington Schools.
Tv9 malam tadi. Ada sesiapa tengok? Saya memang pernah hop ke web Jamie Oliver, dan saya tau projeknya. Tetapi saya tak tau rupanya Jamie membuat rancangan realiti di sekolah. Er... masa menonton rancangan itu, saya dah tak pandang apa Jamie membebel, apa yang makcik kantin tak puashati. Saya cuma melihat kanak-kanak sekolah tu. They deserve the best healthy food!

Memang sukar nak buat perubahan, tetapi jika kita sayangkan anak-anak, takkan nak bagi nugget setiap hari, bukannya homemade, tapi paket. Kentang pun macam yang kita makan kat KFC ( mashed potato) - Seseorang yang pernah kerja KFC bagitau, mashed potato dibuat dari tepung seperti itulah. Bukan kentang betul dilenyek.wallahuwa'lam.


I don't have kids.
Tetapi saya pernah mengasuh baby, kanak-kanak dan sekolah rendah.
Makanan menjadi perkara penting di pusat asuhan.

Saya teringat, bagaimana saya cuba mempelbagaikan menu petang, dengan menggoreng cucur kurma, bubur nasi dgn ikan bilis kisar, donut..... berbanding BISKUT.
Ah, saya jemu melihat mereka makan biskut dan air manis.
Memang buat minum petang, terkejar-kejar masa juga. Tetapi they deserve the best food. Macam kita, walaupun 'portion' mereka berbeza, cerewet mereka berbeza. Kita akan sanggup tak makan, jika nampak mereka bersungguh-sungguh menambah masakan kita. Ia perasaan yang tidak terbanding!


Kat laman web Jamie pun ada tentang food revolution ni. Tetapi saya nak tengok sedikit perubahan di 26 buah sekolah di kawasan itu yang menunya, nugget, pizza sebagai lunch. Uhu. Kesian budak-budak, makanan segera dihidang setiap hari. Uhu.

http://www.thekitchn.com/jamies-food-rev-157925

http://www.thekitchn.com/jamie-olivers-food-revolution-112004

Sejak dahulu, meskipun saya ada mengajar qiraati di pusat swasta, saya sedih melihat staf di situ menjual gula-gula dan junk food. Kat depan sekolah ada makcik menjual air gas. Budak-budak yang lapar di waktu petang, menghabiskan duit mereka di situ.
Meskipun minuman itu sedap, janganlah disua-suakan kepada kanak-kanak. Otak mereka baru saja nak berkembang. Uhu.
Meskipun menjual 'cekedis', gula-gula, biskut paket, asam masin, air gas boleh menjana duit, menjadi SUMBER pendapatan.... saya tak galakkan Ma saya berniaga makanan seperti itu. Sejak kecil, Ma saya berniaga gerai. Biarlah walaupun ia cuma goreng pisang, bagi saya ia masih dari buah pisang. haha...


Tapi kita tau kan, minyak goreng macam mana. (Saya mendapat petua untuk homemade pisang goreng - minyaknya, kita guna 1 bahagian minyak sawit, satu bahagian minyak jagung). Memang tak mudah nak sediakan semuanya homemade sebab makanan terproses lebih memudahkan kita di dapur sprti roti, minuman, sos, paste. Tapi kita cubalah kurangkan beli makanan segera sprt sosej, dan sediakan menu utama dari bahan yg fresh.

Fresh food. Itu saja. Nak makan sebagai ulam, atau dimasak apa, terpulang pada kita.


Nota Nurindah: Pengalaman di sekolah dulu, masakan bersup lebih mahal dari yang digoreng. Minuman sejuk lebih murah dari minuman panas/suam. Jenuh nak berjimat duit masa saya berasa kurang sihat and perlukan makanan panas sprt itu. Nak budget sihat, tapi makanan sihat agak mahal utk pelajar sekolah. :)






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, April 11, 2013

Hujung minggu: Value for money and us part 2


BUKU


Selamat malam teman-teman. 

Kat the curve minggu-minggu sudah,  kami terserempak jualan gudang kedai buku Popular di legar bawah. Hubby cakap dah berbaloi membeli buku yang disenangi dengan diskaun banyak seperti ini.
Harga asalnya  hampir seratus. Harga tertera selepas diskaun 70%.
Saya beli juga  buku masak omputih, dapat belas-belas ringgit saja selepas diskaun 70%. Gambarnya jelas dan cantik, kira buku masak yang 'food photography' la. :)
(RM 5 itu voucher bila pembelian mncapai total tertentu, aduh, nak tamat tarikh dah).


Jangan tertipu dengan  harga pada buku yang ini.  Harga saya beli, RM 4 seunit.  Caya tak?
Masa melencong ke One utama, tempat yg dituju, kedai buku MPH. Terserempak lagi jualan renovation MPH.  Kali ini, saya pilih yang diskaunnya  50% -90% .  Tapi saya banyak ambil yang 90% la.  Harga yang tertera sebelum diskaun.  Berbaloi tak? :)


 Kami singgah kat kedai PTS di Dolomite, batu caves. Kiranya gudang PTS  la. Bila beli biasa, diskaun 15%,  beli banyak sikit lagi naik diskaunnya. Kami punya 20%. Sepanjang masa, diskaun.


Yang ni, FREE. hehe.  Sila dapatkan di national Library, jalan tun razak. :D  Dalam sebulan sekali, jika sempat kami singgahla update buku, kadang2 tefon saja. 



Alhamdulillah. Tak lupa, kitab hadis.  Kitab berbahasa arab yg diolah sendiri oleh Syeikh. 
Kitab Nafis dah nak habis.... jadi syeikh Nuruddin cakap boleh beli kitab baru yang 2 jilid. Pengajian kami kat Bkt Sentosa, kadang2 pindah ke surau Taman anggerik (sebulan sekali saja  tafaqquh fiddin ).  Sekarang ni pun, syeikh terbang buat pengajian di luar negara. 
Oh, ini beli... no sale. :)


Nota Nurindah: Masa nampak sale buku gempak2, terasa sangat nak hebahkan pada kawan2. Tetapi handset saya mana ada 3G, broadband pun tade. :)
Beginilah kami, menghabiskan masa terluang dgn buku...







 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Buntu

Pegaga. Dari sekecil ibu jari... dah macam busut.  Tanah 10x10' kat depan rumah.

Alhamdulillah, dah buat masak lemak, makan ngan nasi goreng.  Masih tak berani nak bagi jiran, sebab sekarang daunnya sedikit kuning. Takut nak bubuh baja, sebab risau ia menjalar lagi.
Kalu ada jiran mintak, saya dah bagi dah... ;)
 

Dari luar, nampak banyak, tapi jika pandangan belakang, bila nampak batangnya yang halus-halus... ia tidaklah sebanyak mana.

Cuma ia memenuhi ruang. Masih buntu camana nak buat Herbal landscape dengan pegaga yang jenis menjalar ni.


Nota Nurindah: Alhamdulillah, serai, dari 4-5 batang yang saya kutip dari pasaraya berjaya dibiakkan sehingga serumpun. Daun kesum masih belum banyak daun. Semua saya tanam atas tanah.
Dah ada tanah, sayang kalu tak digunakan. Saya tahu, orang lain cantikkan depan rumah dengan bunga, landskap, pasu-pasu... :D  Tapi saya nak gabung keduanya ( hiasan + edible garden) . Sedang berusaha suburkan tanah.




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, April 10, 2013

Bila kita melihat segalanya buruk


Subhanallah, Alhamdulillah.
Beberapa perkara dah selesai.

Satu saat,
Bila kita melihat semuanya kelihatan tak elok, buruk kesannya terhadap diri kita....
SABARLAH.

Bila kita mudah bercelaru bila dilanda ujian, itu tandanya Hati kita perlu peningkatan.
Ada sesuatu yang lemah untuk dikuatkan.

Bila kita berasa tidak mahu/takut  memandang  senang/mudahnya Rezeki  oranglain,
SABARLAH.
Jangan dipandang rezeki orang.

Ada orang mudah mendapat itu,
Ada orang mudah mencapai itu.
Ada orang kemampuannya ini,
ada orang kemampuannya itu.
Sedangkan dalam adik beradik pun keupayaan tak sama. Janganlah fikir kita semuanya sama...

Adakala diberi madu... tapi dibalasnya racun,
SABARLAH.
Hati sedang ditarbiah oleh Tuhan,
perantaranya ialah manusia.

Nota Nurindah:
Dah nak masuk Jamadil Akhir.... pastu Rejab. Bila nak habis ganti puasa ni? hu.





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, April 8, 2013

Hujung minggu: Value for money and Us 1


Weekend.
Hari berbelanja kami, ialah di hujung minggu.
Kadang-kadang ke pasar basah di BB , ke NSK rawang . Kalu keluar dari kawasan rawang, maka kami berbelanja di sepanjang jalanlah! hehe. Singgahla mana2 pasaraya yang sempat.  Kalau lalu kwsn damansara area the curve, lebih senang, Tesco  Extra  buka sampai 1 pagi.  Parking murah, 3 jam pertama free. Kalu nak ke the Curve, taktiknya...hehe parking kat ikea, pastu melencong the curve, pastu masuk ikea balik beli barang dapur beberapa ringgit. Dapat barang, parking free.

Arah jalan dari banting- shah alam- KL- damansara- rawang. Memang jadi tempat persinggahan kami berdua. National library 3 minggu sekali. Jika ke damansara damai, untuk tengok lot kedai kami kat season square atau jika sempat melawat my adik Siti. Dan biasanya akan terlajak ke one utama untuk ke kedai buku kegemaran MPH atau terus ke the curve, hehe.


......


Dgn semangat  muda (yang dah tak berapa muda, hehe), dari BB kami meredah ke  PWTC. Kita tengok Homedeco, cuci mata saja. Subhanallah, memang  panjang betul laluannya. Dari ruang utama PWTC sehinggalah seberang sungai, itupun masih ada beberapa dewan nak jelajah.
Hubby memang membeli The star setiap minggu , jadi selalulah saya tengok mana 'sales' barang2 rumah. Kebanyakan advertiser dalam suratkhabar The star, ramai yang ada di situ.

Apa hasil memancing?
Alhamdulillah, yang mana perlu saja.  Barang kecil2 saja.
Parking? Kami parking kat Putra, dekat stesyen bas ( saya biasanya naik bas kat sini untuk balik ke Jerteh ).  Sekarang bukan lagi RM3 per entry, dah sistem elektronik.  1 jam pertama RM3. Kemudian lepas tu RM1 setiap satu jam ( kalu tak silap).


Yg itu, plastiknya saja tertulis Sorento, tapi di dalamnya tidak, jenama biasa saja. Sedikit barang untuk bilik air, dan lunch box.

Salah satu hasil 'tangkapan' yang value for our home. Rak atas sinki..harga asal RM80, offer RM60.

MIHAS? hum, tak sempat nak pergi, tapi tak apalah. Kelmarin, kami redah juga KLCC sebab memang dah plan.  Parking dalam KLCC, RM3 perhour, jadi kena pandai spend masa. Cuci mata saja sebab dah lama tak pergi  ke sana. Masuk kedai buku Kinokuniya, ha.... terleka kat situ sampai lenguh kaki.  Kat Kinokuniya ni, payah nak cari seat macam kat Popular atau MPH. Lebih2 lagi peak hour. haha.


Kat Cold storage jumpa ini. for Vegetarian. Alhamdulillah, dah lama nak cari susu kambing segar.  Selalu jumpa yang paket saja.


Kat Watson, jumpa fish oil 1000mg/60softgel. Double, RM 46, berbaloi tuh!  Hubby kerja kilang, harus sentiasa amalkan makan fish oil dan vitamin C.


Nota Nurindah :  Minyak kereta? Alhamdulillah, kami masih mampu kerana ada bajet dari company kilang. Jadi, ia tidak mendesak kami untuk mengiranya kecuali... harga minyak dah naik. :D




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, April 6, 2013

5 perkara


Salam sejahtera,

Sebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, senang sebelum faqir, hidup sebelum mati.

Sepanjang bertahun ini, kami menyaksikan banyak perkahwinan, banyak kelahiran anak, dan beberapa kematian.  Yang lama dahulu, kisah teman sekolah yang accident, dan isterinya meninggal dunia bersama anak dalam kandungan. Muda lagi... tapi dah kehendak Allah.


Malam tadi hubby balik, katanya dari melawat kawan yang sakit. kanser usus katanya. Allah, baru 30 an, isterinyalah sekarang yg bekerja menampung keluarga. Mujur, agaknya, mereka belum ada anak, jadi tiada tekanan dari segi itu. Cuma, sayangnya...mereka tiada insurans medical.

Aneh, kilang memberi manfaat 4 tahun sekali, medical checkup. Sekalipun tak dapat kesan kanser yang stage 4. Agaknya, kita tak boleh berharap kpd medical chekup di tempat kerja yang mngkin tidak menyeluruh.

Semua itu dah ditentukan, sama ada ada orang di sisi kita, atau kita keseorangan. Ingatlah, selagi ada iman.... Allah sentiasa dekat. Moga sahabat hubby itu diringankan sakitnya dan dimudahkan usaha untuk berubat. Doakan utk saudara muslim kita, ya. 


Ada nampak kesan putih? Ada kesilapan pada cetakan ayat di atas. Saya perbetulkan atas teguran seorang sahabat. Bacaannya yang putih tu berbunyi 'syifaauka'.  Mohon maaf.
Teringat, masa melawat arwah Abah di hospital Kota Bharu dulu,kalau tak silap, doa inilah  yang terpampang di dinding pintu masuk lif , (adab-adab melawat orang sakit). Saya ambik gambar guna handset je. Setiap kali masuk lif, saya pandang dan baca bersama maknanya. Saya tahu harapan dah tak tinggi. Arwah abah masuk hospital lama, 3 bulan.

Semasa mengikuti pengajian syeikh Nuruddin yang sehari sebulan, saya berdoa semasa pengajian, agar dgn berkatnya diampunkan arwah abah, dikurangkan sakit dan dimudahkan segalanya. Namun harapan saya masih tinggi sebenarnya, saya berharap arwah mahu melawat rumah baru saya, mahu menghadiri kenduri doa selamat rumah saya . Mampu menjadi wali kepada adik-adik perempuan saya....
Saya masih berharap abah sembuh walau seketika.


Justeru, meskipun saya bercakap begini, ia tidak bermakna saya mampu mendengar orang bertanya-tanya ttg arwah abah kepada saya. Saya terkilan sebenarnya, sedih... Tapi tak apalah. :)  Semoga doa ini menjadi penawar hati saya.



P/S: MIHAS (pameran halal)  di KLCC dan pameran barangan hiasan rumah di PWTC dah bermula. Sesiapa yang berhajat, jomlah!  Saya dan suami rasanya mahu melihat barang utk rumah. Pastu nak tengok makanan. :)




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────