Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, August 30, 2013

Nota hati Syawal


Salam kasih dan mesra. Dah hampir berakhir Syawal.
2 minggu pertama Syawal yang saya penuhi dengan  mengemas, terus mengemas bilik belakang. Hubby mula membeli rak buku dan memasangnya. Saya pula terus mengemas. Ha... 2 rak buku ikea, penuh! :)  Kemudian mencuci dan mengelap pinggan mangkuk dan balang raya...memvakum, mengemas lagi...

Open house pun tak mampu nak fikir, sebab minggu pertama dan kedua my bro in law nikah, kemudian kenduri belah lelaki pula.

Hati saya amat berharap, dapat menjamu teman-teman Hubby. Itu yang menghias rumah sikit. Hubby pun sempat mengecat pagar rumah. Comellah sikit pagar wane putih, dah tak nampak karat semua. hehe.

Akhir Syawal ini banyak berita buruk. Ayah kawan Hubby meninggal dunia. Belum lagi sempat menziarah rumahnya.


Biskut raya sempat juga saya siapkan sebelum kenduri my bro in law di Banting. Alhamdulillah, utk kuih raya saya buat almond cluster, biskut salut coklat dan tat nenas. Semua ciput jer... lebih2 tat nenas tu. Sebiji nenas, memang ciput kan? hehe.

Masa balik utk kenduri haritu, sempat menyiapkan sedikit 'air tangan' untuk keluarga mertua. Saya tahu, semua orang sibuk..

Kereta pula penuh saya sumbat barang kerana mama dan adik-adik juga mahu berkunjung ke Banting dan kami tempatkan mereka di rumah apt di Botanic. Dgn mutipurpose cooker, jug letrik, rice cooker, beras, toto, bantal, semua kami angkut. Termasuk balang biskut raya, heheh. Agar mereka selesa.

Insya Allah, sedaya upaya saya berusaha bersikap adil terhadap keluarga sendiri dan keluarga mertua. Biarpun penat, saya tak mahu mama berasa saya melebihkan sesiapa. Biarlah kelihatan sama rata.  Saya masih ada ibu dan mengharapkan doa dia..  Saya pula tidaklah 'mencuri' Hubby sepenuhnya. Lepas menjengok mereka, tengah malam pun kami balik Banting. Saya tahu, sebagai abang sulung, dia harus memantau dan membantu mak ayahnya utk persiapan kenduri.  Saya pula, membantu di dapur.


Mana pula gambar biskut raya saya ni?  Haih, rasanya belum transfer.
Tak larat pula nak edit foto perkahwinan my bro in law, yg bongsu sorang ni. :)

Lepas balik rumah Ahad lalu, pulunlah saya membasuh baju yang bertimbun. Kemas bilik belakang lagi, sebab family nak dok situ. Itupun tak sempat.... angkut tilam tido kat luar. hehe...
Ambik masa, sebab beli rak sikit-sikit.  Bajet kabinet dapur dikorbankan utk siling dan tembok luar. Tak apalah, kabinet kan boleh pasang kemudian. 



Source Galeriilmu
" Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,
Amankan kami daripada perkara yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,
Selamatkanlah kami daripada perkara yang kami takut.
Wahai Tuhan yang mengamankan orang-orang yang takut,
Lepaskanlah kami daripada perkara yang kami takut. "


Mengharung hari-hari yang berubah total. Hubby mula kerja syif malam. Saya asyik mengucap selamat kepada diri dan jika Hubby diuji kerana pertama kali sejak 10 tahun harus bekerja syif malam dan siang.  Teman tidurnya ini juga diuji. :)
Nasib baik adik yang ke 5 masih belum balik ke Besut, jd peneman.




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, August 20, 2013

Tidak terucap...


Salam mesra teman-teman blogger.
Saya tidak seberani dia. Juga tidak tahu adakah setabah dia.

Right and wrong : Klik Link

Teaching myself how not to lose hope: Amr Kassem 1987-2013


So I ran and ran without looking behind me, I was hit on my cheek by a large rock while I was running, but alhamdulillah, some of Amr's friends saw me and told me to run ahead of them so they could be behind me and make sure nothing happened to me. The people who attacked us were thugs who had heard there was an "ikhwani" funeral (although my husband was not from the ikhwan, he was just a religious man who believed in something called right and wrong).


Ya Allah, You reunited Musa's mother with him after she put him in the river, ya Allah You reunited Yaqoub with his beloved son Yusuf after many years of painful separation. Ya Allah You are the Only One who can reunite me with my beloved in the hereafter, so Allah I ask you to not prevent me from being with him again.

Allah, kekejaman sedang berlaku di Mesir.

Innalillahiwainna ilaihi raaji'un.




Source Doa:  http://www.darulmurtadza.com/2013/08/berdoalah-untuk-saudara-kita-di-timur.html

Semoga Allah memperbaiki urusan kaum muslimim dan menghindarkan mereka dari kejahatan orang-orang yang suka menggangu.  Mari kita membaca doa di atas 10 kali sehari khususnya buat saudara kita di Syria, Mesir, Gaza serta mana mana saja di timur dan di barat....

Wa li haza, masing-masing (Bukan hanya di sini sahaja), bila mana balik rumah, solat malam, atau solat selepas solat, solat apa saja, doa kepada Allah S.W.T. Moga-moga Allah S.W.T. angkat bala dan bencana perselisihan daripada kaum Muslimin, di Timur dan di Barat.



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, August 7, 2013

Pesona atau stress raya?


Bismillah.
Malam 29 Ramadhan.

Apa yang kita dapat sepanjang 30 hari berpuasa?
Adakah sikap kita bertambah baik?
Adakah hubungan kita dg manusia semakin baik?
Hubungan dgn Allah bagaimana?
Paling mudah, adakah ramadhan kita tahun ini lebih baik dari ramadhan tahun sebelumnya?


Tiba-tiba, balik dari kerja, Hubby mengajak saya keluar. Saya ingatkan dia, malam ini kan 29 Ramadhan.  Dia kelelahan pulang dari bekerja. Saya juga lelah, kerana banyak memindah angkut barang kerana mengemas bilik-bilik. Kami sama-sama letih. Saya tanya, larat ke? Nak pergi mana?
Lantas, saya ikutkan saja... Saya tidak pernah mendesak Hubby keluar, meskipun saya amat memerlukan sesuatu.

Yg pasti, saya mengambil peluang itu utk mmbeli sabun-sabun yg telah habis di rumah. Yalah, saya mana ada pengangkutan utk keluar berbelanja sendiri.  Saya mahu mencuci. Mungkin besok.
Tesco agak lengang, mungkin ramai orang mula balik kampung.

2 hari lalu seingat saya, kami keluar juga dan singgah nak makan di sebuah kedai. kerana di rumah cuma makan ringan sahaja sebab nak cepat keluar. Pekerjanya meminta maaf kerana katanya stok barang masak dah habis sebab hari itu penghabisan mereka berniaga.  Akhirnya kami tergelak sendiri.   Orang lain sibuk bersiap balik kampung, tetapi kami masih mencari barang yang kami perlukan? hahah.

Seia sekata?  Susah hendak tafsirkan. Hati isteri sering saja bersangka baik dgn ajakan suami, dgn muka manis suami. Allah, saya harap dia redha terhadap apa yg saya sediakan utk dia.... Kadang2 saya jadi tersentap juga dengan kata-kata yg tak diduga.

Hendak raya ini, kita bermanis muka atau menggaru kepala ?
Ah, kadang2 saya berharap boleh keluar membeli sendiri, tanpa membebankan suami. Tetapi dia tak izinkan kerana payah.

Stress raya?
:)

Tidaklah.  Budget raya dah ada siap-siap, jadi itu bukan masalahnya.  Saya cuma banyak plan yg mahu dilaksana.  Saya lupa.... bahawa Hubby ada style yang tersendiri, dan cara pemikirannya  yg berbeza juga. Saya sentiasa cuba memenuhi rentaknya, Insya Allah.  Ke barat, ke timur,  saya sedia mengharung bersama.

Tetapi saya lupa, bahawa sayalah yang harus pandai membawa diri terlebih dahulu. kerana tiada kebersamaan tanpa pengorbanan dan kesabaran. Dan saya bukanlah sangat penyabar. :)
Allah, moga Allah memenuhkan akhlak saya dgn rasa penyabar yang tinggi tanpa mudah stress out, atau burn out (yg otaknya dah berkepul asap keerana tak ada minyak).
huhu.


Agaknya inilah perasaan ibu-ibu kita semasa menjelangnya raya. Ibu ingin berbelanja, bapa garu kepala. Tetapi Alhamdulillah, saya sentiasa mengingatkan Hubby malam-malam yang perlu diharungi utk ibadahnya.  Meskipun saya sentiasa sangat mudah tenggelam dalam kerja rumahtangga yg tidak sudah. Terkejar sana, terkurang sini...
(Tadi, saya  dah termuntah-muntah setelah turun dari kereta. Angin malam agaknya... )


Jika kita  wanita  tidak boleh menjadi yg terbaik, usahla fikir kita akan jangkitkan perkara yg baik kepada oranglain.  Jika kita dapat  control ; Emosi, spiritual, rohani, kekuatan jiwa... untuk melakukan kedua tanggungjawab rumahtangga dan ibadah itu. Dapatlah kita jangkitkan kepada ahli keluarga yg lain. Jika masih tidak kuat, ( masih lompong sana sini)  bermakna kita masih harus banyak lagi memperbaiki diri. Sayang, benar, saya bukanlah yang terbaik, namun saya sering mendoakan  kita menjadi yang terbaik.

Saya sering terkenang-kenang buku puan Roza Roslan. 

Moga bersambung siri puasa 6 hari Syawal pula.

 :)




Terpandang productivemuslim di sidebar. Bro  Abu productive membincangkan apakah step yang harus kita buat di pagi hari raya. And last session of ramadhanplanner.
Mood sedih.


Doa  malam ini :  Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ffu  ‘Anni
 (O Allah, You are the Pardoner and You love to pardon, so pardon me)

Doa 2:

Ayat Seribu Dinar : 
(Baris kedua akhir:  Wa man yattaqillah....)
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerja kan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat- bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap- tiap sesuatu.

 Surah : AT-TALAAQ    No. Surah : 65    Ayat :2-3, Pmo



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, August 5, 2013

27




Robbana taqabbal minna. Innaka antas samii'ul  'alim.
Ya Allah, terimalah daripada kami (amal kami). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. al Baqarah : 127


Bismillah.
Dah 27 Ramadhan kan? Cepatnya.... :)

Sekarang, kemeriahan Syawal mula terasa. Yalah, sekali sekala saja saya mengunnjungi pasaraya  bulan ini. Jadi, tak bergendang di telingan lagu-lagu raya. Tesco yang terdekat pun, tak berdendang lagu raya pun. Kat ikea,  pun takde lagu.
Teringat zaman asrama dahulu. Kalu petang-petang nak buka puasa, nasyid berbentuk kerohanian atau zikir hasbi rabbi jallallah..... akan dipasang. Sambil study, atau riadah, mulut mengikut. Tetapi zaman ini agaknya dah bertambah, dgn qasidah agaknya. :D

Kelmarin, pecah rekod saya dan Hubby pasang tv. hehehe. Kami ambil adik Siti  dari  Damai, datang berbuka puasa kat sini.  Alhamdulillah, senang hati saya nak masak itu dan ini. Lepas berbuka, senang hati untuk membekalkan makanan yg ada kepadanya. Yg paling senang hati, Hubby mahu mengambil dan meraikan adik saya datang ke rumah.
Syukur.

Dekat-dekat Raya ini, hati saya tidak lagi risau-risau. Yg mana mudah, kami laksanakan. Yg mana tak sempat, skip jerla lepas balik dari Banting. Memang agak sibuk sebab  tahun ini 2 minggu raya berturut-turut terlibat dengan kenduri my bro in law Thaqif.  Tetapi, Insya Allah tak menjadi halangan untk kami menjemput teman atau saudara datang ke rumah.
Ameen.

Meskipun orang berqiyam, atau i'tikaf di masjid, kami hanya sempat di rumah. Kepenatan. Pergi tengok orang pasang pintu kat Botanic, memasang rak dsbg.
Ah, tahun ini kami masih lagi dalam sesi dan rencana hendak melengkapkan rumah sendiri.  Tak macam oranglain... :)


Insya Allah, kita bertemu lagi. Mungkin dah ada teman-teman yang mula bercuti.
Saya dahulukan pada 27 Ramadhan ini,  dengan ribuan ampun dan maaf jika saya ada  salah tulis, terkasar bahasa atau mengguris rasa selama berblog ni.  Sebarang keburukan itu, datang dari kelemahan saya sendiri.    Mohon maaf sekali lagi.  Buat customer, mohon maaf juga kerana banyak menolak order baju....




brotherhoodarts


“Taqabbalallahu minna wa minkum” 

(Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu sekalian). : disebarkan dari Darul murtadza

Mohon sebut Ameen ya? :)



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, August 2, 2013

Urus masa, ABC, dan keperluan


Moga teman-teman semua dirahmati Allah.
Dah 24 Ramadhan.
Malam ini dah malam ke 25.
Hendak mengisi malam atau tidak, terletak kepada pengurusan masa masing-masing.

Mengurus masa, itu penting.
Kalau kami, banyak betul perkara luar harus diselang seli.  (Kami sedang sibuk membeli barang rumah last minute, tengah ada duit lebih kan?  ;). Jadi adakala solat terawikh di surau, masjid, adakala di rumah.
Tetapi Qiyam, itukan tengah malam. Bergantung kepada 'tidur' kita. Kita cubalah buat walau  2 rakaat semasa bangun sahur.


CUTI

Jujur, Adakah sewaktu  ramadhan ini tiba-tiba kita didatangkan  'cuti', kita menjerit dalam hati :  Horey!! Ada masa lebih nak buat biskut raya, kemas rumah, etc!

Bersedihlah!

Kita dah tertinggal nak dapat lailatulqadar.
Kita dah takde alasan nak bertahajjud dgn suami kerana mencari lailatulqadar.
Kita dah kurang pahala orang berpuasa. Orang berpuasa ni, doanya mudah dimakbulkan. Lebih2 di bulan Ramadhan.
Macam syeikh cakap, jangan senang-senang orang musafir nak batalkan puasa kalau perjalanannya sangat selesa (tak letih dan  tak dahaga). Rugi kena qada, puasa di bulan lain takkan sama dgn puasa di bulan Ramadhan. 70x ganda versus 1 !
Kalau ABC (Allah bagi cuti),  manfaatkan waktu menstrual dgn cerdik!
Kita boleh membaca buku tafsir,
Kita boleh berzikir.
Kita boleh berdoa banyak2 di waktu siang dan malam.
Dalam selang-selang kita membuat persiapan hari raya.


PERLU

Saya membaca satu nota seorang bapa hari ini.
Dia seorang penulis. Isterinya berniaga di pasar ramadhan. Mereka mengumpul duit  untuk anak yang sakit.

Ah, saya fikir, orang berniaga kerana ingin pendapatan lebih. Rupanya ada juga sesetengahnya memang benar-benar perlukan duit....
Sangat perlu.
Saya hanya fikirkan persiapan raya saya saja... Insaf.
:((  







 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Musim raya, tertinggal



Allah,
Rasa tak bermaya.
Hubby baru saja siap memasang rak kasut. Juga sakit kepala.

Kadang-kadang kami  'sebau' dalam bab sakit kepala.

Ntah siapa menjaga siapa.  Hubby masih larat ke surau, tetapi saya memilih  solat di rumah sahaja.

Dah lama saya tidak menyuap Hubby makan. Dulu-dulu masa mula kahwin, kerapkali saya menyuap Hubby jika nampak dia keletihan dan nak tidur. Saya tak mahu perutnya kosong.
Hari ini rasa belas melihat dia. Saya menyuap dia, sambil menyuap diri saya juga. Seronok begitu.
Terasa alpanya saya kebelakangan  ini untuk memanjakan buah hati.

Sibuknya kita menghadapi musim raya beberapa hari lagi. Saya rasa ketinggalan sangat.
Sana-sini orang bersiap-siap,
Sana-sini  teman2 membuat kuih raya.
Aduh! Berhempap masalah sejak kebelakangan ini.

Rumah sewa di Botanic tiba-tiba perlukan pintu baru sebab saya dan Hubby terpaksa memecahkannya kerana kuncinya rosak.
Saluran air di belakang dapur yang melimpah. Dah makin surut airnya.
Biskut raya yang dipos dgn kasih sayang utk family di Besut, bila sampai dah takde rupa biskut. Hancur berderai.
Saya berasa perlu membuat majlis housewarming/doa selamat. Tetapi mampukah saya buat?
Bilik yang belum berkemas sepenuhnya. Yg baru beli, rak buku ikea.
Stok kerepek perlu dijual semuanya.
Dan banyak perkara berderet yang perlu kami settle.
Saya terima dgn redha. Hubby juga.
Saya harus positifkan hati jika ada rungutan dan komen di sana sini.

Realiti, bukan hanya orang yg ada anak yang sibuk. Orang seperti saya, tidak sibukkah?




ANAK-ANAK BERAYA

Mengenang seorang anak kecil yang cuba bersembahyang di sebelah saya semasa di surau the Curve, membuat saya berhati-hati membaca dan melakukan rukun solat. Dia sangat rapat, seolah-olah mahu mendampingi saya.  Saya terbayang-bayang.... saya dengan anak saya nanti, beginikah?

:)

Bila teringat anak-anak seumur 7-10  tahun yang dah kurang rasa hormatnya kepada orang lebih tua, membuat saya jadi buntu. Bagaimana seharusnya saya melayan mereka.  Pada seminggu lepas raya tahun lalu , mereka berteriak di pagar rumah kami, untuk beraya (mengutip duit raya).
Tak apalah, saya sudah biasa.  Masa kat apartment dulu, anak-anak siap minta duit raya depan pintu rumah.  Kemudian round 2-3, suruh kawan dorang pula yang mintakkan.
Adeh. Saya gelak je.

Tahun lepas, kami baru pindah ke rumah baru sehari sebelum hari raya dan masih berkemas-kemas.  Tak prepare apa pun.

"Makcik baru pindah ke sini , tak prepare apa pun. Maaf ya. "
Tetapi, ada group lain datang round seterusnya, berteriak lagi, seolah-olah nak lepas geram di depan pintu pagar. Yg besar je berani, yang kecik mengikut...  Maka saya suruh Hubby berikan beberapa keping duit raya.
Bila kami melalui mereka di tengah jalan, ada sesetengah mereka yg dah besar sedikit, berani mengejek-ejek kami. Astaghfirullah. Inikah anak-anak di tempat baru kami ni?
Saya lapangkan hati.

Semasa membersihkan surau, saya cuba perhatikan anak-anak di sini. Cuba mengenali watak mereka. Ibubapa sedang sibuk membuat kerja, mereka berguling-guling di ruang solat. Main gomol-gomol dan berlari-lari. Bukan baby tu.... dah umur sekolah.  Makan merata-rata di ruang solat, dan ada air tumpah di atas karpet  juga.  Adeh!  Siapalah yg nak melarang.  Akhirnya dgn niat Lillah, saya tepuk-tepuk bahu mereka, dan minta jangan bising di ruang solat. Saya berkompromi sebaik mungkin.  Nasib baiklah mereka nak dengar.
Ah, anak-anak, jika dilayan kasar, mereka juga akan berkasar dgn kita. Moga suasana anak-anak ini,  sentiasa menceriakan kejiranan ini. Ameen.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────