Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, October 30, 2013

Roti sardin


Bismillah. Dgn izin Allah, laju pula internet..

Sejujurnya, saya tak minat roti yang bila saya tekan, keras semacam. Tak pandai nak makan.. hehe. (kecuali roti perancis).  Sebab itulah, saya selalu membeli roti kentang yg ada jalur kastard kat atas tu, roti manis/susu, dan keluaran massimo, high five atau gardenia. Pernah beli roti di kedai barangan burger, tetapi akhirnya saya belah2, buat puding roti..haha. Saya lebih suka guna roti beger/frankfurter high 5.
Ini membebel namanya... ;)


Masa bulan puasa dulu, saya terbeli roti goreng (yang dibalut kulit popiah). Hum... lembut dan panas isi dalamnya. Orang yg tak penah buat roti macam saya, terpaut jugalah. :)  Tetapi bila saya cari-cari roti kat kedai beger, saya tekan keras semacam jer... hum. Akhirnya, saya teringin pula nak cuba bila terjumpa roti tempatan kat kedai 1malaysia. Besar gedabak RM2 lebih. Ada 6-8 ketul , gitulah.... lembut sedikit bila saya sentuh.

Ha.... makan ngan jem + butter sedap jer, cicah air teh susu, laju jer.... macam roti orang kampung yang satu paket 6 ketul di kedai2  kat kampung dulu . hehe.  Bila sarapan, teringin ala savouri.  Teringat roti sardin kak Nor secubitgaram. Tu dia,  rasanya adalah ala-ala  roti goreng popiah yg saya makan kat pasar malam aritu ... :D

Saya buat versi senang jer, buat macam roti John, tapi bubuh sardin. Cuma cara memakannya tak perlu bubuh sos bagai (bagi saya la, sebab sardin dah rasa macam ada sos.. ;)


Er... konon mengambil gambar berhadapan dgn sliding door. Sepenuhnya guna cahaya matahari kat luar.


ROTI SARDIN Nurindah

3 ketul roti frankfurter besar -  dibelah tanpa putus, sapu majerin sikit.

Dicampur semua: 
Sardin 1 tin sederhana diambil ikannya sahaja. Hancurkan.
Bawang besar, cili merah dipotong dicincang kecil.
Telur 2-3 biji dikacau dgn garfu.
Garam sedikit.
Ajishio blackpepper

majerin sbg pengganti minyak

Cara memasak:  (boleh tengok stepbystep roti John )
1. Panaskan kuali leper , dan bubuh sedikit majerin.
2. Tuang adunan telur secukup lebar roti. Biar telur sedikit kental.
3. Tindih telur dengan roti, semasa bahagian atas masih cair. Dengan itu,telur akan melekat pada roti. Biar telur benar-benar masak.
4. Tangkupkan. Balikkan utk panaskan skit bahagian kulit roti kiri dan kanan. Angkat.



 Hubby pun suka. walaupun dia kurang makan sardin. Roti sardin yg panas, sedikit garing. ;)  Terima kasih kak Nor atas idea  kak...  :))



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, October 29, 2013

Barokah dalam rumahtangga, melayan anak yang sudah berumahtangga : Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan.


Bismillah. Moga teman-teman ceria dan bahagia sentiasa...
Selagi Internet P1 ini elok, Insya Allah saya Blogwalking.  Ampun dan maaf  kalu tak sempat ya, sebab nak post ini pun saya dah banyak kali refresh bar kat atas nun, termasukla refresh modem... 


Nafkah dan barokah
Di dalam buku nota hati seorang lelaki, saya ada terbaca, perlunya seorang suami menyediakan nafkah yang halal dan tiada unsur syubhah kepada anak dan isteri. Nafkah keperluan ialah wajib. Di antara penyebab anak dan isteri susah nak patuh/dengar cakap, juga ada berkait rapat dgn rezeki yg diberi oleh suami dalam rumahtangga . Sebab itulah nafkah yang diberi makan kepada anak isteri.

Bahkan dalam tulisan lain, saya pernah baca tentang ini. Keruntuhan rumahtangga juga berkait dgn barokah dalam rumah kita, yg mana benda di dalamnya adakah  dr sumber halal/ tidak halal/ syubhah. Maknanya, suami harus berhati-hati dlm soal sumber nafkah ini.. 

Jangan jadi macam citer Karlos tu, :)  " Mak ambik duit ni, beli apa yang patut. Tetapi jangan beli barang utk dimakan... " HUHU.


Keperluan  Ibubapa
Tidak dinafikan, kami sering menepikan wang gaji untuk  diberikan kepada ibubapa sepertimana kami membayar bil letrik, dsbg, dan ia bukanlah wang sisa. Alhamdulillah,  masa raya puasa baru-baru ini kami diberikan rezeki utk mmbantu  ibubapa mengadakan  majlis perkahwinan adik . Majlis perkahwinan kan, hal besar dan belanjanya besar. Meskipun sumbangan kami tidaklah besar, itu juga di antara tanggungjawab kami utk meringankan beban.


Keperluan emosi
Selagi mampu, kami akan balik utk mnziarah ibubapa. Mendengar keperluan dan meringankan beban mereka. dan semestinya, saya juga harus bersiap-siap agar urusan rumah terjaga. Bahkan hujung minggu ialah masa mengeratkan hubungan kami berdua, kerana waktu-waktu yg lain...hubby yg bekerja kilang amat penat. Tugas saya sbg isteri, juga sbg menantu, kakak dan anak semua mesti dijaga. Jauh bezanya keadaan saya semasa arwah abah masih hidup, dgn keadaan skrg ini...banyak betul yg memerlukan perhatian.


Tugas menjaga anak perempuan
Saya pernah mendengar seseorang mengatakan, " Mereka tanggungjawab aku sehingga mereka dikahwinkan. "  Juga, saya melihat sendiri beberapa situasi yang menyebabkan saya terfikir-fikir, adakah tanggungjwb ibubapa habis/tamat  setelah anak-anaknya dewasa?
Begitukah saya harus melayan bakal anak-anak saya nanti?


Pernah baca kisah ini?  Kisah omputih, bagaimana seorang  ibu yang menyerahkan satu buku akaun simpanan kepada anak gadisnya yang baru berkahwin, dgn baki 1 ribu. Si ibu meminta supaya buku simpanan itu dijadikan rekod  perkahwinannya. Setiap kali ada memori indah, masukkan duit ke dalamnya dan catat memori itu.
Bacalah kesudahan ceritanya : http://sam-puansyurga.blogspot.com/2013/10/


Jika mahu terus membaca, bacalah sedikit petikan dari buku ustaz pahrol. Di bawah ni, buku saya sendiri...




TUKAR TANGAN, BUKAN LEPAS TANGAN

Koleksi anis: Oleh: Pahrol Mohamad Juoi  
Sumber yg ditulis kembali dari  Nurwahida http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2519.0

 
“Ah, tak habis-habis…”
“Memang ia tidak akan habis.”
“Sampai bila?”
“Sampai bila-bila.”
“Ya ke?”
“Itulah tangungjawab ayah,” tingkah saya.


 “Ingatkan bila dia sudah bersuami, lepas tanggungjawab saya.” “Tak juga. Bukan lepas tangan, cuma tukar tangan. Dari tangan ayah ke tangan suami.”

Menanggung dan Menjawab


Saya menambah, “Itulah tanggungjawab. Kita perlu menanggung, kita akan disoal dan terpaksa pula menjawabnya.”
“Maksudnya?”
“Anak kita adalah tanggungan kita. Tegasnya, amanah Allah. Kita wajib memenuhi semua keperluannya.”
“Saya rasa semuanya telah dibereskan… sejak kecil hingga dia telah bersuami sekarang.”
“Maaf, apa yang awak faham tentang keperluan seorang anak?”
“Kenapa awak tanyakan itu?”
“Sebab… jika kita faham semua keperluan seorang anak, barulah kita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya. Dan setelah itu barulah boleh kita menjawab sama ada tanggungjawab itu sudah selesai atau tidak.”  Dia diam. Berfikir barangkali.

Keperluan Seorang Anak

“Apa keperluan seorang anak?”
“Keperluan fizikal dan material. Makan minum, pakaian, perlindungan…”
“Itu sudah. Sudah saya penuhi.” Saya mengangguk. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sudah sewajarnya.
“Keperluan akal. Maksudnya ilmu. Ilmu akademik dan ilmu agama.”
“Itu pun sudah. Dia berijazah. Ilmu agama? Sejak kecil dia telah saya bekalkan ilmu fardu ain. Khatam Quran di sekolah rendah lagi.”
“Keperluan perasaan…”
“Ha? Keperluan perasaan? Nilah baru saya dengar…,” balasnya terus-terang.
“Keperluan perasaan ialah hak anak untuk didengar kata-katanya. Hak anak untuk dibelai melalui kata-kata. Mendapat pujian, rangsangan, dorongan, teguran, simpati, empati dan ….”

Keperluan Perasaan

“Tunggu, tunggu! Semua ini membuat saya keliru. Keperluan perasaan… tolong jelaskan.”
“Hak untuk didengar. Maksudnya, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik kepada anak-anaknya. Kita dengar cerita, rintihan, keluhan, suka dan duka hatinya. Itu keperluan yang sangat penting. Malah, kata pakar psikologi, manusia memerlukan kata-katanya didengar sama seperti tubuhnya perlukan makanan.” 
“Begitu ya… rasa bersalah pula,” keluhnya. Mukanya tiba-tiba redup. 
“Mengapa, tiba-tiba sedih.”
“Semalam, anak perempuan saya datang. Mengeluh tentang kepenatannya mengurus hal rumah dan anaknya. Minta nasihat, apakah perlu dia dapatkan khidmat pembantu rumah. Dan selepas tu minta pula tolong kalau-kalau saya ada ‘contact’ nak dapatkan pembantu rumah yang baik.”
“Respons awak bagaimana?”

Dengar Aduannya

“Saya kata, dia kan dah ada suami? Rundinglah dengan suami. Kenapa masih mengadu pada saya? Kalau masalah kewangan, boleh saya tolong. Ni, mereka mampu. Hanya nak datang mengadu… ha, pening saya. Bukan awak tak tahu, saya pun sejak akhir-akhir ni tak berapa sihat.”
“Itulah keperluan perasaan seorang anak. Lain rasanya, bila anak-anak luahkan masalah di depan suami berbanding seorang ayah. Siti Fatimah pun pergi bertemu ayahnya, Rasulullah untuk mengadu kepenatannya dalam menguruskan rumah tangga  ”
“Ya, ya… sekarang baru saya rasa.” 
“Itu baru keperluan perasaan. Ada lagi satu keperluan yang jauh lebih penting…”
“Ada lagi?” Dia terkejut.
“Keperluan hati, keperluan rohani…,” jawab saya seakan berbisik.
“Macam mana tu?”

Soalan Yang ‘Basic’

“Keperluan hati ialah keperluan mendapat didikan. Anak-anak perlukan pendidik dan pemimpin dalam hidup mereka. Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin.”
“Macam mana nak mendidik anak?” Tanpa sedar dia menyoal soalan yang sangat ‘basic’. Seolah-olah orang yang belum mempunyai anak, sedangkan dia sebenarnya sudah bercucu. Namun dalam hati, saya sendiri sebenarnya dihujani pertanyaan yang sama. 
“Kita ibu bapa perlu jadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak. Didikan yang berkesan melalui teladan. Kita cuba sedaya upaya menjadi insan soleh untuk memimpin mereka menjadi soleh dan solehah. Agar dengan itu mereka boleh contohi solat, puasa, kegigihan, kejujuran, ketulusan, amanah dan lain-lain sifat mahmudah kita.”
“Wah, itu berat. Benar-benar berat.”

It’s a Journey

“Sekarang, secara tidak langsung kita dah boleh menjawab apakah tanggungjawab kita sudah selesai apabila anak perempuan sudah bersuami?”
“Sudah. Saya mengaku, betul, ni terus-terang… saya belum selesai lagi tanggungjawab sebagai ayah. Keperluan perasaan, keperluan hatinya belum lagi saya penuhi…”
“Awak, saya dan semua ibu bapa tidak akan dapat menyelesaikan…”
“Maksud awak?”
“Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan. Tidak ada ‘dead-line’. Tetapi ia tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai... it’s a journey, not a destiny!”   
“Tapi selalu saya dengar, ada ibu bapa yang kata ‘anak saya dah lepas’. Apa maksudnya tu?” “Entah, awak yang selalu dengar, agak-agak apa maksudnya?” kilas saya kembali. 
“Tak pasti pula. Tapi setahu saya, maksud ‘dah lepas’ tu ada dua. Pertama, dah lepas pengajian dan telah bekerja. Jadi anak tersebut sudah ada sumber pendapatan sendiri, tak payah lagi ditanggung oleh ibu bapanya…”
“Satu lagi?” “Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah ‘lepas’ tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka.”

Jadi Co-Driver

Saya rasa istilah ‘lepas’ tangan tu tidak berapa tepat…”
“Kenapa?”
“Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak bertanggungjawab. Macam kita memandu kereta… tiba-tiba kita lepas stering. Buruk padahnya.”
“Jadi, istilah apa yang tepat?”
“Tukar tangan. Kita bertukar tangan dengan menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan kita. Umpama memandu kereta… sebelum anak kita kahwin, kita jadi ‘driver’. Tapi bila anak dah kahwin, kita jadi ‘co-driver’… menantu lelaki kita pula jadi ‘driver’.”
“Cantik perumpamaan awak tu.”
“Awak tahu apa tugas co-driver?”
“Dia tak boleh alpa. Memang dia agak rehat sedikit tetapi bukan rehat sepenuhnya. Dia mesti sentiasa menemani ‘driver’ dan sedia untuk membantu bila-bila diperlukan. Ibu bapa yang baik sentiasa menjadi penasihat, pakar rujuk, kaunselor, pendamai dan mentor untuk anak-anak, menantu, cucu dan cicitnya… Selagi hayat dikandung badan.”
“Wah, itu rupanya maksud tukar tangan… bukan lepas tangan!”   





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 28, 2013

Tambah ilmu IPMEX


Salam mesra,

:)  Dalam otak blur dgn pelbagai kejadian sejak raya haji yg lalu..  
Sibukkan diri dgn aktiviti lain juga sprt  pameran machine di PWTC . Lepas ni, sibuk jugalah dgn nak prepare perkahwinan my adik kedua, Jie.

Kelmarin aktiviti menemankan suami ke pameran machine kat PWTC. Di atas tu lah hasilnya..... takdok beli machine lah. hehe.... kami gunakan nama syarikat utk masuk pameran. Selain pamplet, dapatlah cenderahati sprt kalendar kulit keras. Nama lagi supplier machine pencetak kan? :)  Semua bab printing. Bertambah jugalah ilmu saya..  Hubby kalu bab kilang, dah jemu nengok machine kot.




 Mesin ni asalnya panjang. Tapi saya tunjuk yg kat rolling tu jer. mesin besar camni dekat bahagian pwtc seberang jambatan. Start dr pembuatan sehinggalah ia roll. Sticker ni.

 Hard press machine, kalu tak silap namanya. sebahagian machine dalam percetakan printing atas fabrik/baju.  Lepas guna machine printing, baru guna hard press ni utk melekatkan ink pada baju sehingga basuh banyak kali pun tak luntur.


 Ini mesin cetak yg besar untuk cetak paper poster yang besar dan banyak,.


 Mesin cetak utk bisnes printing. Cetak banner, bunting.


 Cantik sungguh hasil dia... boleh dipijak tanpa kesan calar atau apa.  Ink memang power.


Banyak lagi sprt mesin buat button badge, mesin penjilid buku, buat kad pvc macam jusco card tu, lampu LED untuk pengiklanan, termasuk percetakan utk kad/kotak utk perkahwinan. Kira semua yg sesuai utk percetakan lah.




 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, October 25, 2013

money, money, money. gaya orang kita,pening...

Bismillah,
Moga kita menjalani hari yg indah...

Asas utama untuk berumahtangga, ialah bakal suami yg bekerja. Bagitu jugalah asas ibubapa untuk menyara anak-anak, ialah bekerja. Selain kasih-sayang, kita memerlukan sesuatu yg menjaga dan melindungi keluarga iaitu :

Nafkah = Pendapatan = DUIT


Hidup di zaman ini, duit boleh menjadikan kita materialistik. Berbeza cara penghidupan mereka yg tidak berada di sekitar pasaraya, atau membandingkan kereta siapa paling besar, rumah siapa paling gah, ataupun anak yang mana paling cerdik.
Camana nak tutup mata?
Dulu tengok dalam tv saja, tetapi sekarang semua boleh dicapai.

Ada keluarga hidup dengan apa yg ada.
Ada keluarga bersaing-saing.
Ada keluarga memang dah lahir, dari keluarga yg mewah.

Kita tidak sama.

Kadang-kadang, saya berasa diri makin materialistik. Semua perkara di bandar memerlukan duit. Tak berbaju baru, kita malu. Berkereta lama, orang menyindir. Tidak pergi vacation bagaikan orang yg tak berduit sangat-sangat.

Saya rasa, dulu saya dan adik-adik beli kain sedondon, berarak beraya ke rumah orang seperti boria, tak malu pun.
Yalah, budak-budak...
Eh, budak-budak sekarang pun dah tau malu tau. Nak yg branded saje. huhuhu.

Penat nak menghadapi hidup yang dikatakan 'class'. :)
Hubby cakap, nanti kalau kami ada kids, dia nak ajar cara orang susah.
Ala... Hubby sendiri pun suka yg class bergaya. hehe.

Sedangkan Rasulullah saw meskipun mampu hidup mewah, tetapi baginda mengorbankan segalanya utk ummat.
Kita ni kadang2 malu tak bertempat. Kadang2 pemurah tak bertempat. Untuk membantu saudara yg kesusahan, kita berkira. tetapi nak membeli benda yg kita teringin senang saja nak keluarkan duit... Hendak mengeluarkan duit utk kemasyalatan ummah kita berkira, sedangkan utk sst yg mmberi faedah dan keuntungan, laju jer..


P/S: Hari ini, saya dan suami ada berbincang2 hal kewangan. Eh, tiba-tiba hari ni ada pengumuman  bajet 2014.  Saya  juga terjumpa blog pakdi.net, seorang  penulis buku kewangan. Banyak betul kumpulan nasihatnya.  Pak Di cakap,  gaya hidup yang bergaya itu ialah gaya hidup orang makan gaji.  Saya pernah membaca bukunya, mudah dan membuka minda.

Di antara artikel pak Di :  Rahsia-urus-hutang-hati-tenang
:) Moga memberi manfaat.

Betul ke, kita buat sesuatu yang kita suka, and we get paid for it?
Kdg2 terpaksa buat benda yg kita tak suka, kn?


Sumber: blog pakdi.net.






 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, October 23, 2013

Hidup mesti mengikut aturan


Bismillah,
Hidup mesti mengikut aturan
Apabila manusia melanggar aturan sesuka hati, maka terjadilah bencana, terjadilah perselisihan.

Seperti jika tidak mengikut aturan traffic light di jalan yg sesak. Lampu merah pun hendak dilanggar.

Seperti  hendak memotong kereta/lori di jalan yang 'double line', orang yang memandu di jalan bertentangan pun tidak menyangka tiba-tiba ada kereta di tengah-tengah.

Orang muda, pastilah hanya hendak mengikut darah muda, maka peranan ibubapalah yang berhak menyekat atau memberi teguran supaya mereka tidak mengikut perasaan.

Apabila seorang saudara lelaki yang berkahwin dahulu kerana mengikut sunnah, adakah peranannya supaya saudara-saudara perempuan yang lain juga turut dikahwinkan?
Berkahwin - dikahwinkan ialah sesuatu yg berbeza.
Apatah lagi jika mereka sudah tiada bapa.

Selalunya, jarang saudara lelaki hendak mngambil tahu nasib saudara perempuan selepas mereka berumahtangga. Sibuk.

Aturan Allah, ia tidak begitu. Aturan Allah dah cantik.


Sepertimanalah jika ibubapa itu meskipun tidak banyak jasa kepada anak-anak, atau meninggalkan mereka. Tetapi aturan Allah, tetap menyatakan kita mesti menjaga mereka.

Sepenuh hati.... Jangan berburuk sangka kepada Allah.  Hal jiwa dan sebagainya, ikutlah fikiran dan pertimbangan kita.

Meskipun Allah menyuruh kita beribadah. Allah juga menyuruh kita bermu'amalah. Allah menyiapkan model PesuruhNya, rasulullah SAW. Bagaimana rasulullah menjalani kehidupan seharian, mengikut aturan Allah.  Cara rasulullah melayani oranglain, cara rasulullah berakhlak, cara rasulullah menegakkan yang batil juga yang hak.

Sunnah, ia satu yg disukai rasulullah. Sebenarnya, masih banyak sunnah rasulullah yg kita telah lama amalkan dalam masayarakat kita. Cuma kita saja yg tidak sedar. Kita KETERLALUAN membantah, TERLEBIH memandang yang kurang sahaja.

Bersederhanalah...
Jangan sampai terlalu mengejar yg katanya utk bekalan akhirat, tetapi rupanya ada lagi hak oranglain yang dia abaikan.  Nau'zubillah.

Jika Allah meminta kita membuat bekalan utk di akhirat kelak, sebelum mati, maka bersiaplah. Jangan leka dgn bersuka ria dgn keluarga tak tentu hala. Jangan leka dgn sumber pendapatan yg syubhah. Jangan leka dgn CINTA  yg tidak membaiki agama kita...

Jika CINTA tidak sampai ke situ.... tetap bersederhanalah, Ketakwaan itu bermula dari diri, jadi haruslah melihat diri serba kurang, barulah boleh mengubah keadaan. Jangan sekali-kali berasa diri lebih hatta dari ibubapa yang serba kurang ilmu agama sekalipun...


Ikutlah aturan Allah, buat yang wajib, tinggalkan larangan, berusaha menjauhi syubhah. 

Amin.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 14, 2013

Ganjaran Zulhijjah 2



Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, October 13, 2013

Syurga dan neraka





Bismillah. Bagaimana saya nak mulakan? Ini bukan entry yg bersandar. Ini perkara yg kita selalu tersalah sangka.

Sedar atau tidak, kita TAK  banyak belajar, benda2 GANJARAN yg sebenarnya Allah nak kurniakan kepada hambaaaNya.  Ganjaran itu sebenarnya lebih banyak dari kata-kata amaran Allah.  Kasih sayang dan kebesaran Allah ditunjukkan melalui pengharapan doa dalam setiap kisah al quran.

Tetapi yg tertangkap oleh otak kita ialah kisah penghukuman.
Sebenarnya, bukan hanya anak yg soleh masuk syurga, tetapi orang yg walau sekecil pahalanya sekalipun memberi sprt  seorang pelacur memberi air kpd  anjing, tetap  Allah nampak kebaikannya. 

Melalui hadis yg Rasulullah sabdakan, ulamak sendiri menyatakan  penghuni syurga sebenarnya lebih ramai.  Apabila belajar hadis dan kitab di kelas agama, saya hanya melihat kebaikan, melihat ganjaran Allah, melihat kebesaran Allah.

Hendak masuk syurga, ada banyak jalan.  Hendakkan pahala..apatah lagi.

JANGANLAH  kita keterlaluan mengatakan hanya anak yang mendengar kata ibubapa yg boleh diredhakan masuk syurga. Lgpun takkan kerana sakit hati anak mmbuat kesilapan , terus ibunya nak doakan dia masuk neraka? Mestilah ada akal yg waras, ya tak.

JANGAN  juga keterlaluan mengatakan  seorang isteri yg patuh kepada suami dalam semua hal, tetapi membuat kesalahan pada tempat lain,  dia akan selamat utk masuk syurga kerana  dia taat ?  Harus juga melihat bimbingan suaminya camana. Kalau  suaminya bimbing, tak apalah. Kalu suaminya pun jahil ? Takut-takut.... di sisi Allah suaminya dapat share, Nau'zubillah.

Kita tak tahu apa yg Allah nampak. Kita fikir, kita betul sedangkan  apa yg Allah nampak mungkin berbeza, sebab benda sekecil zarah sekalipun, Allah kira.  Surah az Zalzalah


Melalui kisah hadis2 rasulullah SAW, kita akan melihat LEBIH banyak kebaikan yg akan membawa kita ke syurga. Puasa sunat, sedekah, berzakat, hatta sekecil  berjalan kaki  ke masjid kita diberi ganjaran pahala yang banyak.

Sepertimana hadis, wanita yang melakukan 3 perkara akan dikurnai Syurga, patuh kepada suaminya (selagi tidak menyalahi syarak), yang berpuasa, dan yang mngerjakan solat.
Kan Allah suruh wanita itu mentaati DIA  melebihi suami?

Suami salah, bimbinglah dia. Ibubapa salah, betulkanlah mereka.  Mereka juga saham kita.  Tetapi jangan sakitkan hati mereka. Anak-anak salah, janganlah doakan keburukan semata-mata kita sakit hati, dan barangkali...... SEBAB terlalu kuat pergantungan kita kepada anak-anak/suami  melebihi  daripada pergantungan kpd Allah.  Itulah yg membuatkan hati kita sengsara.  Di dunia terseksa , akhirat tercicir, Nauzubillah.

Harus sentiasa perbaiki diri.
Sekian. :)



Ganjaran Allah itu melebihi segalanya.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, October 10, 2013

Hidup kami; memiliki atau tidak, kemudahan, future, kuasa membeli, rezeki yg berbeza, harapan.


Hubby bekerja syif, jadi saya meluangkan masa. :)

Memiliki atau tidak memiliki

Awal2 kawen dulu, mr Hubby, kalu mengajak saya keluar ialah ke mall yang besar sprt  Klcc, one utama, midvalley.  Mula-mula tu, mmg saya susah nak terima.  Sbg anak kampung, tempat berjalan yg saya sukai  tentulah tempat yg sunyi dan mendamaikan.
Tetapi  akhirnya... saya menerima hakikat bahawa tempat meluangkan masa bagi mereka yg dok bandar besar ialah pasaraya, window shopping. Rentak gaya hidup yg berlainan. :)

Selalu saya tanya Hubby, kenapa kita harus window shopping sedangkan kita tidak membelinya?  Kata Hubby..... kita suka sesutu  benda, TAK semestinya harus membeli.   Jadi, ( terpaksalah ;) saya kekang keinginan membeli bila nampak itu dan ini. Nasib baiklah kegemaran kami sama, iaitu  BUKU. Hubby tak kisah nak berbelanja kat kedai buku  sebab katanya boleh tolak cukai...


Kemudahan

Kelmarin, kami membuat rawatan gigi kelmarin di klinik Tiew, di Banting. Klinik Tiew ni, sedikit mahal dr klinik biasa  sebab ia pakar kosmetik gigi.  Tampalannya cantik, dan dibuatnya berhati-hati.  Kami boleh claim  rawatan gigi dgn company.  Rezeki  kami, bahkan kuota rawatan suami isteri pun asing-asing. Alhamdulillah, utk tahun ini itulah baru guna sekali. Nak buat lagi... tunggu kuota tahun depan la.... :)
Dulu, jari saya pernah tumbuh ketuat. Rasa tak sedap kat tangan..Hubby dpt info klinik panel, pakar kulit (dermatologist) kat Rawang . Wah.. tak perlu keluar sen pun! Rezeki.... Kata orang, selagi boleh pakai kemudahan tu, kita pakai! Kan?   JIMAT duit. :)


Future

Perkara di sebalik pakai kemudahan company ni, kalau Hubby dah tak kerja situ, tiadalah kemudahannya. Sebab itulah, sebagai keluarga swasta, kami juga membeli insurans medical . Masa umur belum sampai 40 ni, masih murah bayaran bulanannya.

Hubby pun beli rumah dan kedai sebagai pelaburan, juga utk kemudahan masa dah pencen nanti. Orang kerja swasta mana ada duit pencen bulan-bulan kan.

Takutkah kita kalau takde duit nak makan nanti?
Duit KWSP, cukupkah nak tampung hidup?
Nak tunggu anak-anak bagi duit, sampai hatikah kita? Ranjau hidup di zaman kita ini pun, dah penat nak lalui dgn bermacam inflasi, minyak naik dsbg... zaman anak-anak kita ntah apa lagi desakan hidup yg PERLU mereka lalui.

Macam Mama saya yg ada tanah kampung, kalu sesak-sesak, boleh lagi cagar tanah harta pusaka, tetapi anak-anak...  terpaksalah cari harta sendiri. Takkan nak bergantung pada tanah sebidang yg tak cukup sekar tu?

 Jadi,  taraf hidup anak-anak akan bermula dr zero;  nak bayar pinjaman pelajaran, nak beli tanah, nak buat rumah, nak kawen lagi.... beli kereta, simpan duit gi Haji.  Kesiannya anak-anak kita...
Berbekalkan ijazah  sekalipun, ia BUKAN MUDAH.


Kuasa Membeli.

Tak ramai orang mempunyai 'Kuasa Membeli'. Kuasa membeli BUKANLAH berdasar kad kredit, itu duit pinjam namanya.

Ia berdasarkan pendapatan tetap kita. Kuasa membeli, kadang2 digunakan atas alasan utk kemudahan anak-anak, untuk hari raya, ataupun kerana dapat duit bonus dsbg. Apepun, janganlah berlebihan menggunakan alasan.  Meski apapun alasan kita....kalau ia memerlukan belanja sedikit besar dr belanja sehari, cthnya sebulan kita dapat RM2000,  jadi sehari kita hanya boleh guna min RM66 secara kasar.   Adakah patut kita nampak sebuah jag berharga RM150 di Mall, dan terus kita beli sebab dah lama kita mahukannya? Mahu atau tidak mahu, kalau duit poket just cukup2.... TAHANLAH perasaan itu.

Meskipun Hubby belikan 'barang rumah' sempena birthday atau anniversary... TAK romantik kata orang. :)  Ttpi, bila saya fikirkan balik, itu dah cukup utk mngetahui bahawa dia mahu belikan barang letrik yg memudahkan saya memasak atau mmbuat kerja rumahtangga.Lebih ada, dr tak ada. Tak gitu? :)


**   Dah 2 tahun saya tak balik beraya kat Besut tau, sbb berjimat  utk rumah kami ni. Belanja jalan jauh kan, banyak sikit.  Hubby berkorban duit utk renovate rumah kami tahun lepas ... apa salahnya saya berkorban keinginan saya juga . Harap2 tahun depan, adalah rezeki utk saya balik beraya . :)


Rezeki  kita yang berbeza-beza.

Saya ada adik yg rezekinya mudah. Ada yg cuba banyak kali, tetapi masih gagal.

Saya SELALU tekankan pada diri sendiri mahupun adik-adik, bahawa rezeki setiap orang itu berlainan.  Ada yg mudah, ada yg sedikit payah.  Dah banyak kali, gagal juga... cubalah bidang lain pula,  jangan putus asa.

Allah tetapkan rezeki sebuah family itu juga berlainan.
Ada Anak yang dilahirkan dalam keluarga senang. Perjalanan hidupnya mudah, hidupnya lebih terjaga dan mudah mendapat apa yg diinginkan. Takkan sama dgn anak yg lahir dalam keluarga orang susah, perkara basic sprt nak beli buku sekolah pun, ibubapa terpaksa bersusah-payah.

Satu lagi, kita tak tahu SIAPA jodoh kita, orang kayakah, orang miskinkah? Kdg2 kita tak mampu memilih.  Ada Wanita yg mendapat jodoh orang senang dan berharta. Jd hidupnya tidaklah sesusah, orang yg suaminya yg tiada pendapatan tetap atau kais pagi makan pagi, yg harus memikirkan perjuangan hidup dan masa depan pelajaran anak-anak.


Itu ATURAN Allah. 

Berbelanja pula, belanjalah mengikut kemampuan pendapatan kita, bukan mengikut-ikut saudara/ adik beradik kita yg lain. Kita pun, janganlah mendesak-desak saudara mengikut cara kita.... tak semua orang yg berkemampuan kan?
Begitulah kalau kita mintak sesuatu dr suami.  Berminat sesuatu barang itu... boleh saja, tetapi nak beli, simpanlah duit sedikit dan kena tunggulah SALE! hahah.


Harapan

Berbincang-bincang dgn Hubby, bukan mudah kita nak membayar itu dan ini.... Perancangan itu penting. Kawalan juga penting.  Saya lihat, apabila saya menemani Hubby utk sesuatu hal, saya lihat Hubby lebih mudah memutuskan sesuatu, sebab saya ada di situ utk mmberi buah fikiran, dan boleh mengingatkan. Itulah suami isteri, saling melengkapkan.
Kelmarin, singgah di rumah apartment di Botanic,  kami memandang harapan yg tidak pudar. Moga harga rumah di Klang itu semakin naik. 


Bushra la.... qasidah semasa majlis selawat darul murtadza.


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 7, 2013

Bila dikau menjadi isteri, duhai adikku, TIPS


Bismillah,

Saya tidak mahu berasa beku. Saya jg tiada apa kepentingan.

Mengenangkan adik perempuan yang tiba2 menjadi tunangan orang, setelah lama mereka berhubung jarak jauh, membuatkan hati ini tersasar juga. Mengenang adik sendiri, membuat saya mengenang kehidupan sendiri... Padahal sayalah yg mnggesa2 mereka meneruskan tahap perhubungan agar lebih BERKAH sifatnya.

Saya tau, saya bukanlah kakak idol yang mampu menunjukkan segala yg bagus dan lengkap utk ditunjukkan kepada adik yg bakal mnjadi pengantin baru... Saya hanya melangkah kaki ke dunia perhubungan yg sah, hanya inginkan  Mardhatillah..  Pasti, ada cengkam bisu, sedikit tekanan dr pihak keluarga. Yg mngharapkan segalanya lengkap sprt oranglain juga.... Saya juga yg berkata, Apa yang ada sajalah. Lgpun saya bukanlah bekerjaya besar, kenapa pula harus berbelanja majlis besar dan mengikut-ikut orang.

Cuma tanpa sedar, saya melangkah ke Dunia Baru yang sangat berbeza. Kiri kanan belakang depan bagai mendesak-desak rumahtangga kami, mengikut-ikut oranglain juga.  AH.... Cara hidup orang di bandar besar ini sangat berbeza. Cara family suami juga berbeza.... Tidak sama dgn hidup ala kadar yg family saya amalkan. Yala, kemampuan juga berbeza bukan?

Susah benar saya menahan rasa dan telinga dari mndengar cakap-cakap orang yg bergaya-gaya. :)
Tetapi saya tetapkan pendirian. Saya ikutkan suami juga yang sentiasa berjimat-cermat utk mmbayar rumah /kedai  yang dilaburkannya. Tidak perlulah terlalu mengikut apa yg disarankan orang, kitalah yg tahu saiz sendiri, kita tahu keinginan sendiri...

Sebelum ini, dah banyak juga tips yang saya curahkan di blog ini . Ada rutin seorang isteri, ada bajet awal tahun, ada situasi berdepan dgn masalah.  Hal rumahtangga ini, saya terpaksa pandai2 sendiri kerana saya berjauhan dr Mama. Hubby yang kerap pulang ke Banting, saya mngambil peluang belajar cara hidup orang2 Jawa dan pergaulan mereka. Mengetahui masakan apa yg suami makan bersama keluarganya. Dan ada masa, corak masakan saya mula terikut-ikut cara my MIL.
Tetapi itu hanya permulaannya, kerana kemudian barulah saya mula mereka-reka cara sendiri. Namun saya bersyukur ada tempat belajar ttg kehidupan suami, berbanding orglain yg tiada ibubapa mertua.

Saya mncari penyesuaian dalam lelah, kasih-sayang, menjiwai. Itu satu pengujian CINTA. Saya tidak pernah lupa, saya ini orang pantai timur. Cuma pandangan saya, seorang isteri harus menyediakan masakan sesuai dgn selera suami, tetapi haruslah dipelbagaikan kerana suami juag harus belajar masakan baharu. :))



Source gambar, Nayzak Devianarts.

Oklah, kita terus kepada tipsnya. Utk adik-adik perempuanku :

1. Niatkan kerana Allah dan mndapat Mardhatillah. Kita akan berharap pasangan kita melengkapkan kesunyian hati kita, bahkan paling penting juga baik utk agama kita, yakni tidak menjauhkan kita drpd Allah. Dr sembahyang, jadi tak sembhyang contohnya.

2. Tiada benda yang perfect.
- Hatta kehidupan yang kita lalui atau apa yg kita ada selama ini, yang kita anggap ianya perfect, TAK semestinya oranglain juga  menganggap ia perfect. Kita rasa ia perfect sebab kita dah biasa dgn keadaan itu dan tiada apa yg merumitkan.
Kita sendiri hendak melihat wajah kita pun, memerlukan cermin bukan?
Kadang2 orang menegur, baru kita sedar yg sikap kita begitu bukan?

#   Tentang ingin bernikah, berlakulah adil terhadap keluarga yg lain. Meskipun kita dah cinta separuh mati terhadap si dia, ambil kira jugalah pendapat ahli keluarga yg lain. Jika kita masih dgn pilihan kita, maka mintalah mereka mendoakan kita dan pasangan. Jangan bertelagah pendapat dan membesarkan perkara. Kekalkan begitu meskipun setelah berkahwin.


3. Memberi kasih-sayang. PENTING.
-  Kita memasuki alam keluarga suami, maka berikanlah kasih-sayang kepada mereka yang disayangi suami.  JANGAN kita hanya mahu menerima, itu mementingkan diri namanya. Banyakkan menyebar dan memberi kasih-sayang.


4. Memberi dan menerima Kasih-sayang.
Tunjak utama pernikahan ialah kasih-sayang. Bermula dr cinta dalam hati, shg kepada CARA kita meluahkan kasih-sayang. Tidak dinafikan nasihat pertama yg seorang makcik berikan kpd saya sms saya seorang gadis, ialah " Layanan isteri terhadap suaminya di atas katil harus 'super hebat'. " Saya tertunduk mendengarnya.  Tetapi matanya ikhlas sambil berbisik. Katanya, jangan pernah menolak, layani suami seikhlas mungkin. Hikmahnya lagi, sejauh  suami itu pergi pun, dia akan pulang juga utk mencari kita, isteri, sebagai tempat melunaskan perasaanya sebagai lelaki.

*  Bahkan, itulah saranan ulamak semasa bercerita ttg bab Munakahat dalam kuliah. Suami, harus menunaikan tanggjwb batin dgn sempurna, kerana  ia dapat menjaga mata dan  nafsunya semasa berada di luar. Isteri juga, harus berusaha melayani suami. Kalu suami kata 'nak' saja, bersihkan diri dan jangan bagi alasan bukan-bukan.
* Namun haram isteri melayani suami semasa haidhnya, kecualilah sekadar bermesra. Trmasuk juga di siang hari bulan Ramadhan.
* Hum, belajarlah mandi wajib dgn sempurna.


5. Keluarga mertua
- Bukan semua orang ditakdirkan mmpunyai mertua. Meski pahit manis, bersyukurlah. Mertua sebenarnya jalan pintas untuk kita tahu tentang sejarah  dan cara hidup suami. Jadi, banyakkanlah belajar memerhati dan mendengar. :)


6. Jadilah diri sendiri.
- Kita takkan dapat lari dari dikomen orang. Lebih2 lagi dr keluarga baru, itu pasti. Bersabarlah sebanyak mungkin dalam proses mengenali itu, dan berusahalah memperkenalkan diri kita. Jikapun ada masa kita berdepan dgn masam muka atau tenung-tenung manja kerana cara keluarga yg berbeza, lekaslah membuang perasaan 'kelat' di hati. Jadikanlah suami sebagai peneman diri... sebab sokongan suami itu AMAT perlu. Insya Allah, cara mengawal hati itulah yg memudahkan proses berkenalan. 

# Jangan mudah marah, atau memberontak di hadapan sesiapa. Menunjukkan sikap buruk, belum tentu orang akan menerima. Tetapi jika seseornag itu melihat sikap kita yg paling buruk, dan tidak kisah ttgnya, itulah orang yg boleh kita jadikan sahabat/ teman.


7. Mengalah
- Tiada ruginya mengalah. Dgn itu kita mudah redha menerima kelainan, kekurangan mahupun kelebihan seseorang. 


8. RAJIN
-  Seseorg pernah memberitahu saya,  Jangan terlebih rajin- nanti kena buli.:)
Terlebih rajin tu pada saya, hehe, kalau kita melangar cara atau suka suki menyusun atur tanpa bertanya sesiapa. Dan suka suki mengarah itu ini kerana kita rasa kita super pandai.  Itulah terlebih rajin. Jikapun seseorang itu hanya menolong-nolong, itu sekadar utk 'menambah tangan' agar kerja menjadi ringan. Sifat belas kasih, dan ingin membantu.

# Mahu menolong.
# Mahu belajar.
# Tetapkan niatmu dan ambil kira jualah sensitiviti oranglain.


9.  Hindarkan
-  Hindarkan mendengar atau mengambil tahu cerita yg tidak bersangkut paut dalam hal membina kasih-sayang, kerana, ia akan merosakkan pandangan kita terhadap keluarga suami. Kadangkala ada masalah keluarga yg kita baru ketahui. Jadi, ingatlah sebenarnya TIDAK semua benda yg kita patut tahu. Lekaslah beredar dr tempat perbincangan itu.

* JAGALAH HATI DARI SUUZZON.


10. Berlaku Adil antara family sendiri dengan mertua.
-  Mengapa? Family kita lebih mengenal diri kita dan akan menyokong kita walau apa jua. Family suami pula ialah family baru yang wajib kita kasihi.  Layanan itu harus sama, walau kadar dan tahapnya berbeza. Hendak menjaga hati kedua family, tidak pula harus mengorbankan perasaan sendiri. 
# Ingatlah, suami dan anak-anak itu adalah AMANAH utk kita dan lebih memerlukan kita. Pandai-pandailah membawa diri..


11. Belajarlah utk Qanaah (berpuas hati dgn apa yg ada)
- Kadangkala, orang akan menafsirkan kita ini 'tidak pandai'  berhias-hias diri, atau menyusun atur rumah. Penilaian yg tidak adil, bukan?  Itulah, insan mudah menafsir pandangan luarannya. Sbg wanita, lekaslah kita mmbuang detik hati sprt itu apabila melihat keadaan orglain. Sebagai isteri, tidak mudah bermujahadah melawan nafsu dr melihat katalog Courts, iklan tv, pameran, sales kat Tesco dsbg.

# Namun satu saja, TERUSKAN BERMUJAHADAH. Jika inginkan sesuatu, menyimpan dahulu supaya suami tidak pening kepala atau menggunakan sistem Beli Dahulu Bayar Kemudian. Itu kaedah lebih selamat, Insya Allah.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, October 6, 2013

backup, bab hutang, wishlist jar


Bismillah.
Moga saya tidak terlalai dgn urusan internet ini.

Saya tidak berharap sepenuhnya kpd blog, kerana ia host FREE . Sedangkan blog bertanda dotcom pun  masih banyak yg saya klik, tetapi yg tertulis di situ dah expired. Sebab itulah saya belajar utk tidak bergantung kpd internet. Takdelah kita stress apabila tak boleh nak online selama berhari-hari... kerana broadband pun nak kena topup juga. P1 ni mahal, terpaksalah berjimat-cermat.  Even, yg berbayar tolak by Ccard sekalipun.

Apa-apa sekalipun.... kita harus ada BACKUP,  sayang jugalah segala hasil penulisan/resipi ciptaan kita terkubur mcm tu saja. Segala penat lelah kita mengasah idea..


HUTANG

Kita tak terlepas dr itu.
Bila saya berbincang2 dgn Hubby, dia setuju bahw kos hidup semakin tinggi. Inflasi? Entahlah.
Dahulu kami menerima cam gitu jer keadaan, maknanya, nak buat camana... bayar jela. Tetapi sekarang ini, kami cuba menongkah arus/gaya hidup.

Tiada orang yg tiada masalah. Semakin dewasa, bahu semakin terbeban dgn pelbagai tanggujjwb. Ada yg nak kahwin, ada yg perlu memiliki kereta, ada yg perlu beli rumah. Dgn kata lain, mereka kata mereka terpaksa. Dharuriyyah kata orang... Saya dan Hubby juga tidak pernah lepas dr benda semacam tu.

Bila saya rasa TAK SEDAP HATI kerana mendengar komen orang itu dan ini, atau melihat adik2 terpaksa hidup dgn gaji yg seadanya, sedangkan semua harga semakin naik, saya rasa diam itu lebih baik. Berfikir-fikir...  Sesungguhnya bukan semua orang yang dilahirkan saja, dalam  keluarga mewah. 

Duhai adikku, kalau akak menghalang-halang dr kamu berbuat itu ini yg mmerlukan belanja yg besar, bukanlah niat apa-apa. Ia kerana kak sayangkan kamu, takut kamu tersilap langkah... dan kak tak berduit banyak nak bantu kamu. Ibu kita pula bukanlah berharta sangat nak pinjamkan kamu duit.  Tak macam sesetengah orang, boleh bergantung dgn family bila2 kesusahan, walaupun dia tidak mndengar kata. Tetapi kalau kamu, yang tersilap langkah, kak akan terasa ' sakit hati'  KERANA  kak tak mampu menolong kamu dr kesusahan. Itulah besarnya kasih kak kepada kalian semua....
Itu juga besarnya kasih ibu dan bapa kepada kalian.


* Nak kahwin, kahwinlah dgn Si Gadis  yg hantarannya semampu kamu. Kamu pun hendak buat kenduri di rumah ibu kamu lagi, nak mnjaga airmuka ibubapa kamu.
* Nak berkenderaan atau berumah, janganlah sampai buat pinjaman 2-3 tempat.
* Nak buat bisnes, belajarlah dr orang yg boleh membimbing kamu. Barulah keluarkan modal.
* Nak membeli barang yg harga lebih 2-3 ratus... menyimpan itu lebih baik.


Jangan padankan hidup kita dgn hidup orang .  Tiada apa yg dimalukan kalau kita tak mengikut cara hidup orang.   Sebab itulah ulamak selalu pesan, kalau nak bandingkan juga, bandinglah dgn orang yg kurang dari kita.  Supaya kita selalu memandang ke bawah, sedar, langit tidak sentiasa cerah.

Sentiasalah belajar dr orang yang tersungkur banyak kali dan bangkit, ambil TAULADAN dari dia.
 

 WISHLIST JAR

Saya juga ada wishlist, tetapi sebelum ini Hubby sentiasa berusaha mengadakan utk keluarga kecil kami, sampaikan saya terlupa yg kami bukanlah orang yg sentiasa ada 'duit mengalir masuk'.

Sejak kami ada rumah sendiri, barulah kami tahu bebannya macam-macam. Dari A to Z.  Dahulu ada tinggal di rumah sewa, tidaklah kami fikir detail sprt itu. :) Katan orang, bila ada anak, kita hanya fikirkan keperluan anaK, berhabis segala benda sebab  SAYANG . Macam tu jugalah sayangnya suami terhadap isterinya.
Janganlah kita sbg isteri mengambil kesempatan.

Sejak dulu dah mula menyimpan-nyimpan duit utk perkara sprt ini, tapi tak serius. Rasanya kena serius, sebab ekonomi di luar skrg pun tengah serius.


Di antara Belanja :




Wishlist jar :






JAR KOSONG- Saya buat guna paint saja. Copy saje kalu mahu.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, October 4, 2013

Mengisi hari Jumaat, link video dan petikan kitab : bab wudhuk.


Utk mengisi waktu Jumaat yg berkah.
Inilah, saya jumpa link videonya, semasa daurah Syeikh nuruddin. Ini bab wudhuk. Sesi 'perbincangan hadis' pelbagai riwayat  dalam kitab Misykat al Masobih semasa daurah di bkt beruntung. 

Dlm penerangan syeikh, ada masa rasulullah SAW berwudhuk ulangannya 3 kali, ada yang 2 kali , ada 1 kali sahaja.  Riwayat berbeza mengikut guru yg berbeza. Sebab perbincangan ini tujuannya mencari cara rasulullah SAW berwudhuk.

# Jangan sekali-kali mencari mana yg salah/ mana yg betul. Kerana itulah kalu membaca kitab, kita mesti  BERGURU. Sbb ada musabab dan penerangannya...

Jangan pening, cuma kena bulatkan mata cari bahagian mana yg syeikh sdg cakapkan saja. Hehe.


Penerangan :  Tatacara wudhuk. 

hadith  207 : Dikaitkan dgn hadith "mata pengikat dubur "  (hadith no 168 ) , spy senang nak faham.
hadith 208 :  Istinsyar.
hadith 209:  time 13:43 Abdillah bin Zaid bertanya : bagaimanakah  rasulullah SAW berwudhuk?

Nota saya:

Bismillahirrahmanirrahim
(Sebelumnya kita bersugi)

Menuang air di atas telapak tangan.
Membasuh tangan.
Berkumur-kumur    (madhmadha : Madhmadha adalah memasukkan air ke dalam mulut, kemudian berkumur-kumur dengannya, lalu disemburkan keluar.)
DAN   memasukkan air ke dlm hidung dan mngeluarkannya   (Istinsyaq dan Istinsyar)
Membasuh muka.
Menyapu tangan sehingga ke siku, kanan dan kiri.
Menyapu kepala  dengan 2 belah tangan  (Tengok caranya dari ubun-ubun sehingga tengkuk lalu dibawa ke depan semula :)
Menyapu telinga.
Membasuh 2 belah kaki.



LINK  VIDEO 00015  sebahagian daurah Syeikh Nuruddin utk bab ini - rakaman seorang sahabat daurah  (er, tak berkenalan pun dgn dia :)  Cuma sbb dia rajin mengambil video.  My Hubby pula rajin rakam mp3.  Boleh rujuk petikan buku di bawah, klik newtab.






" Mata pengikat dubur "  (hadith no 168 ). Yg bawah ni, bab sebelumnya : apa yg mewajibkan wudhuk.
Penerangan :  Tidur boleh menyebabkan batal (menggaru2 tanpa sedar, keluar angin). Maka di antara yg mmbatalkan wudhuk ialah tidur.





 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, October 3, 2013

Ruginya kita, inflasi, penangan FB (tanggungjawab, salmonella, hutang)


Bismillah.
Tadi menunggu Hubby yg balik lewat dr dinner staf dgn big boss. Tetapi sampai 1.48 pagi ni, saya rasa susah nak tidur. Line pula laju malam2 ni.

Apabila membelek kitab Misykat tu, terasa sangat 'buta arab'.
Saya hanya boleh baca perkata sahaja. Tak pandai terjemahkan ayat sepertimana kita boleh membaca buku English.

Alangkah ruginya umat Islam...... lebih kenal bacaan buku brbahasa Inggeris berbanding buku brbahasa Arab.  Sbb itulah agaknya, sampai skrg kita  hanya mmpu baca al Quran tetapi masih perlu melihat terjemahan. Kenapa ya, baca newspaper English, kita takdelah buat macam tu skali...?

Terasa teraba-raba. 

Allah Maha Kuasa utk mmberi ilmu dan hikmah.



FACEBOOK

Saya tidak lekang juga dgn facebook. Hanya sekadar sign in, utk melihat2 fb mereka yg merupakan para ilmuan.

Saya serba salah jika hanya sekadar hendak menyebarkan foto/aktiviti kami utk tatapan keluarga/taulan terdekat....
Camana nak cakap ya? Hum, terasa diekori atau terasa terkongkong? HAHA.
Lgpun susah hendak mnjawab soalan/cakap2 orang terdekat ni. :)  Risau setiap patah yg kita cakap, mudah saja disalahfahami.  Facebook pula, bukan kita yg manage sepenuhnya...

Dahulu, Hubby juga sibuk melihat fb orang2 melabur/bisnes.  Tetapi sejak Hubby dah korbankan duit pelaburan utk mbeli rumah kami ini... * mood sedih*   Hubby amat jarang dah melihat FB. Ramai saudara/rakan taulan hanya melihat apa yg kami hasilkan, bukan melihat pengorbanan/ berjimat-cermat yg kami lakukan. Dulu saya takut/risau bila mula2 mengajak orang datang ke rumah. Mudah saja orang menegur kenapa itu tak ada, ini tak ada. Kenapa itu dibeli kenapa ini tidak beli...  Kan elok diam2 saja?  HEHE . Cakap terang2 macam tu kadang2  'mengusik'  hati si Tuan rumah...

Saya dah melalut.




Inilah dia,



Dah lama saya lihat ia tersebar di FB. Ini share dari semanis kurma. Memang heboh. Saya tahu, gambar ini  ialah situasi rumahtangga yg berlaku zaman ini, BUKAN utk rujukan . Bab Munakahat ni, tak semua orang2 di facebook yang mampu menguraikan bab munakahat secara jelas. 
Saya JUGA pernah mengalami situasi begini, meskipun saya bukan wanita bekerjaya. Orang jg memandang2 rendah trhadap saya shg timbul satu perasaan mmberontak. Inikah ia takdir wanita, adakah itu keistimewaan kaum adam?  Sehinggalah saya cuma memerhati gelagat oranglain  bahkan mendengar cerita makcik/kakak yg mengeluh itu ini, sehingga saya berasa malu terhadap diri sendiri... OH begini rupanya orang memandang kita.

Apa saya nak komen ttg gambar ini?  Hehe.. nak juga 'komen' di blog peribadi. :) Saya melihat INDAHNYA Islam...
Ingatlah, TIDAK SEMUA wanita yg mendapat anugerah itu, mempunyai anak, tinggal sebumbung dgn suami, yg mampu memasak dr pagi sampai tgh malam, ada yg ingin bekerja ttp terhalang atas macam perkara. Jadi, hargailah apa yg ada, carilah pahala..... Ubatilah hati dgn mengingat Allah, membaca al Quran.  Bahagia itu kita yg cari, pasangan itu kita juga yg terima. Belajarlah menangani masalah.

Kalu ada ustaz yg kata semua tanggungjwb memasak, jaga anak, dll itu bukan tggjawab isteri dan itu semua suami yg mesti fikirkan; terimalah dgn terbuka tetapi 'berpandangan terbuka'.  Takkanlah nak suruh suami dok kat dapur, kesian dia. Saya, kalu pagi2 tak sempat sediakan sarapan pun, hati saya gelisah sepanjang pagi sampai waktu lunch sbb saya tahu suami lapar, dahla dia nak bekerja. Di sini saya tetap berpandangan rumahtangga tetap 'berseni' di tangan seorang wanita. Isteri paling mudah nak kumpul pahala meskipun sekadar menyiapkan pakaian suami utk ke masjid, atau melayaninya di meja makan. Allah aturkan setiapkan perkara pasti ada kebaikannya utk kedua pihak.
Ada di setengah tempat, saya akui wanita tidak ke pasar. Lelaki yg ke pasar. Ada setengah tempat wanita dilarang memandu. Paling mudah, budaya mereka tidak mnggalakkan pakaian wanita berwarna. Sesungguhnya di tempat kita, semua itu masih fleksibel...

Tanya hati kita. Kadang2 kita mudah terasa hati, adalah kerana hormon kita. Satu lagi, gangguan syaitan. Istighfar selalu.  Bukankah satu ikatan itu utk mnjalin kasih-sayang dan ketenangan? Juga saling mengasihani dalam bab tggjawab. Kita kasihankan dia, dan dia juga sepatutnya kasihankan kita... Satu perkongsian dari saya; If Woman likes words, a man likes words too. Selalulah berkata manis ngan suami... Dgn itu dia akan 'berlebih kurang' dengan kita dan kita jg akan begitu  dgn dia. Saling memaafkan, saling mengasihi, hendaknya.... Amin!



Sahabat Halal ada share ttg info virus Salmonella yg terjadi semasa kenduri tu. Kasihan ya, sampai beberapa orang meninggal dunia. Innalillah..


Ya, kita ambil tahu, kerana kita peduli ttg ummah. Umat Islam kan mementingkan kebersihan, bukan sekadar fikirkan untung/rugi.  Hum, sedangkan ayam yg terbiar di sinki sehingga lebih 6 jam (yg bukan ayam beku) pun dah berbau, nak masak pun kita tak berani, takut family sakit perut. Virus Salmonella ni, tak mengakibatkan ayam tu berbau busukkah?  Agaknya susah kot nak cam ayam berbau disebabkan terperap ke sebab kena virus?  Terfikir2 saya.  Tetapi memanglah, kalu kita nampak ayam tu kaki/ bahagian lemak tu nampak hijau jer.... tak yahla beli.


Ini satu lagi FB yang menarik. Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna. Ada satu pertanyaan kat bawah tu ttg suaminya yg kuat berhutang dan dia rasa teraniaya kerana dia pun diminta meminjam juga.  Kesian dia. Kita sebenarnya  mmg takut nak msuk campur hal rumahtangga orang. Kadang2 si isteri hanya memerlukan kekuatan utk mnghadapi masalah kerana sebenarnya dia lebih tahu situasi sebenar.


INFLASI

Hubby sering berkata begitu apabila bersangkut hal barang semakin naik. Saya pula, malas hendak kait-kaitkan dgn politik, minyak naik sbb mengundi pihak mana....
Saya tidak rasa hendak menyalahkan oranglain.
Tabiat kita, mudah mncari salah orang berbanding melihat diri sendiri...
Bila  heboh  harga ayam naik, saya still budget  duit yg sama. Jadi beli ayam kecil sikit. Kalu ayam besar, kita beli separuh dulu. Jangan lupa belek harga udang/ikan tu berapa 1 kg.

Mengenang masa kecil, saya baru kenal harga barang makin naik ialah apabila saya yg selalu mmbeli ikan dr abang motor, mama hanya bekalkan beberapa ringgit. Saya mintakla nak beli ikan sekian sekian RM 2-3.  Tetapi abang tu gelak jer, dia cakap mana ada dah harga ikan ni beberapa ringgit.  Kalu beli juga, dapat bape ekor saja. Saya masih budak masa tu.

Saya nak beli pakaian  yg berkenan, saya memyimpan duit terlebih dahulu.  Sebab dgn cara itu, boleh beli kain yg elok dan saiznya padan. 

Heboh juga  surat blogger  kepada najib Tun razak, yang mengomen ttg kadar taraf hidup lepasan siswazah yg makin tidak seimbang.  Barang mahal, tetapi kadar gaji tidak sama.
Saya pun kesian bila dengar adik yg mngatakan gajinya paras sama, walaupun dah naik tahun baru. Ntahlah saya nak cakap apa. Mmg kadang2 harga kenderaan, hatta tambang kemudahan awam pun tak sepadan dgn gaji yg dapat. Seolah-olah benar, memang tak seimbang.

Allah Maha Kuasa yg mampu meluaskan reseki, meberkati rezeki kita..



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Bab mandi (wajib)


Bismillah. Jam 2.20 pagi.
Akhirnya  pukul 12 lebih , dah selesai daurah syeikh Nuruddin. Habis bab al Ghuslu (mandi).  Ia penerangan hadis ttg mandi wajib/mandi janabah.

Hari sebelumnya penerangan hadis pelbagai riwayat ttg cara Rasulullah berwudhuk. Ia penerangan ttg hadis, bukan menterjemah satu persatu.

Insya Allah, penerangan syeikh jelas dan teratur... sama saja dgn penerangan semasa di TV al Hijrah tak lama dahulu.  Tetapi bertalaqqi ni lain, bila berhadapan harus saling menghormati. Menghormati majlis tanpa gangguan bunyi henpon, atau berbual2 sesama sendiri.  Syeikh marah kalu begitu,  saya sendiri pernah terkena :)
Tetapi saya tak serik.... Kita niat nak blajar kan?


Nota saya:

Kita kena mandi wajib setiap bulan, sbb haidh.  Jika sudah berkahwin, pastilah makin kerap kan?  Tatacara mandi wajib yg disarankan Rasulullah, jangan membazir-bazir air. Rasulullah SAW hanya berwudhuk dgn 1 mud saja ( anggaran 1 botol mineral kecil),  mandi wajib pula anggaran 4 mud ( 1 botol mineral besar).
Er.... mampukah kita?


Refresh secara mudah :
Basuh tangan
Membasuh 'bahagian hadapan' yakni alat sulit kita   (beserta niat kerana hendak mandi wajib)
Mengambil wudhuk
Menyiram air di kepala dan menyelati rambut supaya air kena ke kepala dan serata bulu/janggut/misai .
Menyiram bahagian tubuh yg kanan
Menyiram bahagian tubuh yg kiri.
Membasuh seluruhnya.

( Jaga air wudhuk. Biasanya kalu saya- saya ulangi niat masa nak menyiram kepala, takut lupa :)

* Rasulullah SAW melarang menyentuh kemaluan dgn tangan kanan, cthnya sprt semasa bergurau senda dgn suami/isteri.
* Apabila seseorang duduk di atas 4 anggota (peha), dihalakan ke situ , hendaklah mandi meskipun tidak keluar (air mani).  - Ini bermaksud  wajib mandi hadas apabila berhubungan meskipun tidak keluar air mani.
 *  Riwayat dr ummu Sulaim: Rupa air mani lelaki itu putih kental, manakala wanita  kuning cair.
Utk mngenal airmani sekiranya  ternampak di atas tilam atau  pada kain.
*  Ummu Salamah bertanya rasulullah SAW  ttg seorang perempuan yg bersanggul, adakah wajib dia melepaskan sanggulnya semasa hendak mandi wajib? rasulullah SAW bersabda ; Tidak perlu, cukuplah dgn menyapu  kepala  (yakni yakin air sampai ke kulit). Penerangan: Jika rambut tebal/kerinting  wajib diuraikan sanggul supaya air kena pada kulit kepala.
*  Rasulullah tidak menyukai orang yg mandi telanjang. Satu riwayat rasulullah SAW  naik ke mimbar dan memuji Allah lalu bersabda; Allah itu Maha Pemalu, dan menyukai hambaNya yg pemalu.  Ia sifat yg disukai agama.
* Riwayat siti Aisyah, rasulullah SAW ditanya ttg seorang lelaki yg menemui selimutnya basah (seakan air mani), tetapi tidak bermimpi (mimpi basah), Adakah dia perlu mandi?  rasulullah SAW berkata ;YA.
Seorang lelaki yg bermimpi tetapi tidak keluar airmani?  rasulullah SAW berkata; Tidak perlu mandi.

*  Seorang lelaki bertanya rasulullah SAW, dia mandi janabah,  solat Fajar,  kemudian dia terlihat sesuatu di bawah kukunya yg tidak terkena air.   Rasulullah SAW menjawab ; Basuhlah yg setakat yg tidak terkena air itu saja untuk mnyempurnakan mandi.


Masih fresh lagi, terus saya tulis. :) Alhamdulillah. Sebenarnya banyak lagi yg Syeikh terangkan, sampai tersipu2 kami Muslimat.  Semuanya terang dan jelas utk Muslim, mahupun kami Muslimat. Jika Syeikh bercerita banyak, itu adalah caranya.  Minggu depan bab lain pula.
Kalau nak dengar penerangan yg jelas dan lebar, datanglah bertemu Syeikh... Insya Allah kita dapat pencerahan sama ada ibadah kita selama ini 'sempurna' atau 'kurang sempurna'.

Tamat bab mandi: terakhir mukasurat  70/ 471  .



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, October 2, 2013

bila menyentuh bab gaji, mendidik hati untuk ikhlas


Ada orang kata, seorang yg bijak dan dermawan belum tentu melayani oranglain dgn baik. Ada orang kata, seorang yg cantik/lawa selalunya bersikap sombong. Ada orang berkata, seorang yg baik dan pandai mengambil hati belum tentu dia tidak bermuka-muka atau bersikap mendesak. Andainya bertemu dgn orang yg mmpunyai segalanya pun belum tentu dia mahu melayani kita kerana kita tak setaraf dgnnya.

Itu kata orang. Actually, saya membaca  pandangan seorang lelaki di FB dlm pencariannya mencari calon isteri.

Sebenarnya APA pandangan kita terhadap DIRI sendiri?  Itu yg paling utama. Kenal diri sendiri, baru sibuk2 nak kenal oranglain. hehehe... orang kata biarlah sekufu.

Bahkan apa yg kita laburkan utk diri sendiri?


Hasil pembacaan buku di library.
Dlm manage bajet Gaji sekalipun, pakar kewangan terkemuka menyarankan kita melabur terhadap diri sendiri dahulu sebanyak 30% barulah  menyipikan duit utk untuk oranglain/perkara lain.  Ia termasuk insurans/ duit poket/ menyimpan.  Oh, jangan harap duit KWSP semata-mata yg takkan boleh dikeluarkan bila trdesak.  Banyak faedahnya trmasuklah kita akan berasa selamat kerana ada duit cash sekiranya berlaku apa-apa.

#   Hasil kelas agama.
Dalam bersedekah trhadap diri sendiri pun, kita dilarang menzalimi diri sendiri trmasuklah kedekut  utk menambah pahala.  PAHALA ialah bekalan semua umat islam untuk menuju Jannah. 

Keduanya seimbang, kerana kita mmpunyai bekal di dunia juga bekal di akhirat dan kita tak rasa tersiksa. :)  Teruk bunyinya kan?


?   Ulasan  pembacaan:
Hutang-  sepatutnya kita bermula dgn tidak melebihi 30% dr gaji.  Tetapi mampukah kita melengkapkan segala perkara dgn kereta RM300, minyak RM200, rumah  RM300-500 . Macam mana dgn org yang gaji minimum tak sampai RM2K?   Ah, benar lagi besar   periuk lagi besar keraknya. Namun kita tak harus bersangka bukan2 kerana seseorg mmpunyai alasan 'daruriyyah' trsendiri, dgn cara hidupnya.  Kdg2 orang memaksa mmbeli rumah sebesar hampir 2000sqf sebab katanya nak anak-anak mmpunyai bilik sendiri. Atau mmbeli kereta baru yg 'gedek'  kerana alasannya  anak-anak dah besar susah nak bawa ke mana-mana dgn kereta sempit . Atau seorang gadis brsusah mmbeli kereta yg baru kerana takut nak bawa kereta 'second' yg tiba2 mati di tengah jalan.


KISAH 

Saya tidak tahu bagaimana menjawab soalan my Adik:  "Hutang aku sekarang dah lebih 50% dari gaji.  Padahal aku hidup cukup2 saja, makan kerja rumah.  Camana nak buat? "


Saya ada bertemu juga dgn kenalan gadis-gadis yg jauh dr parent kerana bekerja. Dan ditambah urusan outstation serta inginkan kegiatan ilmu seperti mnghadiri kelas agama. Malangya, bagaimana hendak cari MAHRAM jika sesuatu itu terpaksa dilakukan juga?  Allahuakbar,  kadang2  nampak merah atau terpegun wajah mereka apabila senior kakak di kuliah mengatakan tidak boleh ke sana sini tanpa mahram (paling mudah, kawan2 perempuan).  Ada hadis-hadis yg jelas ttg itu. Kasihan mereka... saya paling risau hendak menegur tanpa kata-kata yg lebih manis/sedap didengar.

Zaman sekarang zaman mengejar masa... Umur pun sekejap saja bertambah.  Prof Kamil sendiri ada mengatakan di Madinah, ada wanita yg bersendirian tanpa suami kerana bekerja di situ dan selalu memohon pertolongan pemandu teksi yg jujur utk mmbawa mereka keluar kerana di sana wanita di larang memandu!

Setiap apa yg Allah gariskan pasti ada kebaikannya . Meskipun berkisar ttg mahram.  Setiap kemasyalatan ummah pastilah ada jalan penyelesaiannya.  Bahkan saya sendiri mmpunyai adik yg bersendiri di tmpat orang. Pastilah saya melarang dia keluar tanpa teman2 kerana satu sebab : Saya risaukan dia walaupun dia ada kenderaan sendiri. Itu saya.


Tak apalah.  Kita mula dgn  nama IKHLAS. ikhlas dalam bekerja, ikhlas dalam melayani anak, ikhlas dalam mengurus rumahtangga, ikhlas dalam berkata-kata.  Ketepikan pandangan anasir yg tidak elok dari kalbu/Hati.  Bersyukur dgn rezeki dan mintalah Allah meluaskannya supaya hidup stabil dan urusan agama pun dipermudahkan.


1) Doa dan dan pengharapan kepada Allah.
 
- Hadis musalsal, doa meningkatkan amal ibadah.

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik


 (O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu.  Sumber doa: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin. Hadis musalsal yg kami dapat secara langsung semasa bertalaqqi dgn  Syeikh Nuruddin di masjid bukit sentosa...


P/S:  Hasil Kuliah kitab Misykat, bertalaqqi dgn syeikh malam tadi.... katanya  Rasulllah memulakn sesuatu dgn nama Allah. kerana nama Allah mmberi kebaikan kepada seseorang. Pakaian akan mmberi kebaikan keapda si pemakai, makanan akan mmberi kesihatan kpd pemakai... Kalu tidak, ia akan mmberi keburukan sepertilah syaitan memakai pakaian itu sekali atau makan bersama kita, termasuk berjimak bersama..... OH NO! Mulakan yg kanan, dan  mulakan dgn bismillah.


Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, October 1, 2013

Grilled bananas, Mengadap rasa tidak tahu


Bismillah.


 Selain dari cekodok, kek,  boleh buat  Grilled Bananas ni... Tuang gula karamel/madu/sos coklat pun sedap. Letak eskrim.... tak mampu berkata-kata... :D.   Bakar atas pan leper tanpa minyak, jangan bagi rentung dah. hehe.


Sebenarnya, air dr pisang yg dibakar tu sendiri yg mngeluarkan rasa manis buah... Yum! 
Teringat sis Love dan kak Sheila, thanks a lot sis! 


Kisah.

Malam tadi terkial-kial saya. Saya dah lupa mukasurat mana last pengajian yg lalu.  Padahal saya dah tulis  atas kitab tu, tapi tak jumpa yg mana.   Dahla sebelah saya ni sorang girl yg baru masuk pengajian. Dia pandang saya tanda  dan tulis atas kitab.. saya pula dok telan airliur. Nak mengaku terlupa, saya malu... hehe.   Last mengaji kitab Misykat ni bulan lepas...

Saya mengadap Syeikh saja sambil tercari bab hadis yg mana Syeikh sedang terjemahkan .
Dahla kitab bahasa arab, huhu..  sambil cover perasaan.  Bukannya saya tak penah blaja bhs Arab. Dr arab komunikasi sampaila bhs arab tinggi.. dekat skolah. Bl dah besar ni dah banyak lupa.  Tetapi BIZNILLAH.... Alhamdulillah,  dekat2 nak abes masa pengajian baru jumpa no hadis yg mana.
Lega.... sangat.

Saya lekas tanda besar2 kat page, dan tanda kat belakang cover kitab Misykat lagi, dah sampai m/s mana.   Allah.  Malam ni ada lagi kelas., sampai  hari Rabu.

MALU?  :)  Ya, saya malu.
dan kena belajar teknik mengingat. :)
Tetapi malu itu di hati.  Janganlah kita memperbesarkannya. Lagipun dgn membesarkan apa yg kita rasa  mengakibatkan kita kurang rasa malu. Bagaimana tu? Apa yg kita rasa tentang diri kita, sebenarnya itulah yg orang akan rasa. Don't expect  orang selalu akan faham apa yg kita rasa...

Apatah lagi untuk mengaku kita tak tahu?  Tiada yg salah ttg itu. Ilmu itu seluas lautan...

Daurah Kitab Tahzib Misykaat Al Masobih @Surau Al Mujahirin Bukit Beruntung. https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal?ref=stream&hc_location=stream 

11 malam - Utk org Rawang, bkt sentosa dan bkt beruntung. Kalu ada kelapangan.  Malam td Muslimat  3 orang. Muslim  penuh surau. :) 


 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Rezeki utk isteri , mengutamakan yg kanan - kelas kitab




Terjumpa gambar ni malam tadi. Teringin nak share... dari Nayzak Devianarts. Tapi Hubby taklah menyuap saya gini.. :)

Masya Allah, kagumnya saya.
Malam tadi Hubby membawa sebekas nasi lemak yang penuh isi telur, sambal, kacang, timun. Katanya semuanya utk saya.  Sedangkan saya kat rumah terkal-kial... rasa malas nak masak beria-ia.  Hubby taktau tu, hehe. Bekas tu pun dr bekal sarapan egg benedict jg. hehe, Rasa dihargai seketika.

Rezeki dari dr Allah. Kagum dgn Hubby yg sering mmbawa balik nasi dari jamuan makan di kilang, kadang-kadang tu siap potongan kek Birthday lagi. Setahu saya, ia anjuran pekerja. Kdg2 Hubby balik lewat di hari tertentu, adalah makanan yg disediakan utk staf.

Allah, saya tak mahu mmbayangkan masakan saya berbanding masakan katering. Jauh bezanya, hehee... Tetapi saya tak pernah putus asa. Menambat selera suami kerana kita yg memasak, jauh bezanya dgn orang lain yg masakkan. Right?

Di rumah, saya sempat gorengkan ayam goreng serbuk rempah. Buat tambah-tambah. Sambal nasi lemaknya merah pekat... tapi rasanya manis buah. Sedap juga. :)  Hubby dah kenyang betul makan kat kilang, dia balik sembahyang pastu tidur.... Ha, saya jadi Timer nak kejutkan untuk pegi kuliah.

Malam tadi ada kelas kitab, di surau Muhajirin. https://www.facebook.com/SyeikhNuruddinMarbuAlBanjariAlMakkiOriginal?group_id=0
Orang bkt beruntung, bkt sentosa, taulah. :))  Memang tempatnya ke dalam sikit... tetapi Alhamdulillah masih boleh dicari. Pukul 11 malam, mahu?

Masya Allah, seorang kakak yg saya kenali di situ orang Cheras,  dia dan suami sentiasa mengikut pengajian ke mana-mana.  Tak kira Syeikh Fuad, Habib Ali,... Namun seperti yg kita maklum, wanita tak ramai kerana harus mnjaga anak-anak di rumah.  Yg ada, ialah yg berkelapangan sprt kami. Malam tadi pun cuma 3 wanita. Yg lelaki jangan cakaplah, hampir penuh surau sebab budak2 tahfiz pun datang.

Syeikh menunjukkan tatacara wudhuk Nabi berdasarkan hadis, trmasuk riwayat dr imam yg bukan mazhab Syafie.  Jadi pengamalan cara berwudhuk ini, mererka bersandarkan hadith. Beza antara mazhab hanafi dgn Syafie, dll Tetapi sebab kitab brbahasa Arab, jadi kita pandang syeikh secara berdepan saja. :))


P/S:  Malam tadi saya tersenyum simpul kerana Syeikh menegur kami yg cuma 3 orang, " Muslimat memakai gincu dari kanan ke kiri ke, atau kiri ke kanan?? " HAHA. rasanya dari kiri ke kanan... tapi kena ubah dari kanan pula sebab Rasulullah mengutamakan kanan, dari bab memakai selipar, wudhuk,  sehinggalah memakai baju.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers