Sunday, June 28, 2015

Dah 3 kali ramadhan

Sejak membeli rumah hampir 3 tahun yg lalu ( tahun ini, kali ke-3 ramadhan di BB ini),
banyak yg kami suami isteri korbankan, masa, tenaga, saki baki dlm bank...
Jadi semakin sikit yg kami simpan, sikitlah pemberian. Dgn komitmen , jaranglah nak jalan ke sana sini.
Segala sindiran, kata-kata orang dan prasangka , saya telan, redhakan saja.

Saya sedar diri, Orang yang memuji kita saat ini, tak mustahil akan mengutuk kita di masa hadapan. Pengorbanan kita - tak semestinya dihargai orang. Susah dulu, senang kemudian.

Tiap kali mnjelang raya, hati berdebar-debar takut kami tak mampu membahagiakan hati kedua belah ibubapa dan keluarga. Takut tak mampu nak bagi duit lebih,  takut tak sempat balik kampung awal utk sama menyiapkan juadah raya, takut mnghampakan ibubapa yg mengharap kita menemankan mereka menziarah sedara mara.  Takut orang tanya knapa kami yg berkereta kancil ni tak balik besut. 
😂 Saya tahu ibubapa saya macmmana Alhamdulilah, tak susah hati soal balik raya.
Saya heran knapa oranglain nak desak saya spy menangis dan susah hati. 😅.

Bila anak -anak berumahtangga, kerjaya adalah komitmen krn utk nafkah anak isteri, komitmen tanggungjwb rumahtangga, komitmen nak menyenangkan hati ibubapa juga. Zaman kami tidak seperti orang dulu yg berlalu tanpa sedar dan akhirnya mngharapkan pencen. byk kna plan.

Cukup2lah kita nak judge hidup oranglain dan kemmpuan orglain dari pandangn mata kita je. Takut Allah uji kita pula nanti. Na'uzubillah.

Monday, June 1, 2015

Salam nisfu Syaaban :)

Salam malam nisfu Syaaban. Di antara malam mustajab doa.
15 Syaaban, esok, disunatkan berpuasa.
Malam ini, Berdoalah, bacalah yasin, dan ibadah sunat lainnya.
Saya pernah mengamalkan sejak di sekolah menengah, walaupun sekarang kurang istiqamah. 😊 Insha Allah, banyak fadhilat.
Doa setiap kali habis membaca yasin ada di link : http://darulmurtadza.com/kelebihan-malam-nisfu-syaaban/

Bagi yang tidak pernah beramal dgn nisfu Syaaban, Imam Syafie rahimahullah menyatakan: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban..

Raikan khilaf ulamak, bukan bertelingkah.

pic: nayzak devianarts.

melabur

Salam 14 syaaban..😊
Pagi td ada seorg remiser saham dlm tv3. Sebagai istri seorang pelabur, dr tak celik, saya bertatih utk celik hal2 pelaburan.. yup,  saya pn takut macam2... 😂,  
but mostly hubby...duit habis utk hartanah, jd nampaklah bendanya..

Percayalah, pelaburan ni, kalau kita nak duit segera..risikonya hilang pun segera.
Main duit, habis pun duit.
Main beli barang, buruk2 rugi pun ada stok barang.
Main share jadi business partner orang pun, ada untung, kos, dan rugi.
Terletak pd kekuatan hati kita utk mnerima risk yg mana...

Sbg istri, jika kita tak dapat memahami tindakan suami, just join him! temankan dia, usaha memahami dunianya.  Akan ada banyak rungutan dari keluarga dan oranglain sebab orang berniaga kn.. melabur kn... orang cite mngharapkan kita nampak gah, nampak ada untung, bisnes byk cwngn / rumah besar / kereta besar2... 
Pemberian jg harus besar2.

Even, masih  makan gaji skalipun, orang nak kita pretend duit kita banyak. Bab sedekah byk2, saguhati utk mncari pahala, takpe jugak. Janganla berhabis, pastu nangis belakang orang... alasannya nak buat ibadah dan jaga hati.
Allah tak mnzalimi kita, tp kita sendiri.

It is your husband. Remember that. asalkan dia berhati2 bab halal haram, tidak lupakan Allah dan melaksanakan tggjwb semampunya... selalu ingatkan diri, jangan kerap menangis sbb cakap2 orang... 😢😁


OH....sebelum lupa. note remiser  saham tadi:
1. waktu semua orang berebut disuruh masuk/beli, waktu itulah sesuai kita jual.
2. beli saham dlm trend graf menaik, bukan yg graf dah kat paling atas.
3. kejatuhan oil and gas memberi kesan kpd saham syarikat teknologi.
4. Jangan, jangan tengok saham setiap hari (bskl) sbb nanti mata jd rambang, otak blur.
5. dgn duit yg limit, limitkan pilihan. Jangan tamak.