Monday, October 26, 2015

sarapan hujung2..

Bismillah,
Sarapan kelmarin. First time macam2 ada, biasanya satu jenis je, haha. Dah akhir bulan, kita apply mana yg ada dlm peti doraemon aka peti ais.

Nasi balance saya tambah santan pekat, garam, air skit, daun pandan, panaskan balik. Insya Allah, adalah bau nasi lemak..hehe. (tiru sorang kakak kat fb).
Paru bersambal balance dinner  resepi kak anisdiary. Ms dinner, basah skit. Utk sarapan, saya garingkan. Makan dgn nasi kat atas.

Ada sedikit beras wangi saya masakkan jd bubur, bubuh balance kangkung goreng, ayam goreng dari tepung bestari, bubuh lada sulah, garam, yuuuum!. Bubur ni cukuplah 2 mangkuk. Begitulah cara saya saya buat sblm letakkan beras wangi yg baru dibeli (beras lama tak campur beras baru).

2 hari lepas dah rebus ubi keledek oren, jadi buat cekmek molek. Tak susah, ubi yg dah lenyek tu campur tepung gandum, bubuh skit2 pastu gaul doh, uli . Saya tambah skit garam dan skit majerin. Tambah tepung agak2 doh tak melekat pada bekas. Melekat pd jari takpe, tanda doh msih lembut. Kepal2 dan bubuh gula. Pasal buh majerin, optional, mama saya letak dlm doh cekmek jualannya, katanya spy kulit garing skit. -nurindah©2015.

Alhamdulillah, 😀.

Thursday, October 22, 2015

apabila...


APABILA


~ Apabila hati tertanya-tanya, kenapa kita harus sentiasa menerima kelemahan dan kesilapan oranglain, tetapi mereka tidak mahu menerima kelemahan kita?

Adakala, hati begitu sukar menerima kelemahan diri, apa lagi oranglain bukan? Sentiasalah merendah diri dan menjadi bunga yg mewangikan taman... bukan yang menghulurkan duri yg ada pd tubuh. Tidak rugi sedikitpun berbuat begitu.
(Biarpun tidak lagi remaja periang, tetapi sudah ada kedut di bibir mata,;)
nurindah@2015


~ Apabila hati berkata, untuk apa berkorban sedangkan orang akan tetap melupakan?

Allah takkan lupakan kita, kecuali kita melupakanNya. Biarpun oranglain berbuat begitu, kita tak harus buat sprt mereka. Tapi, pilihlah orang2 yang layak menerima pengorbananmu...supaya titis airmata darahmu berbaloi. Pilihan di tangan kita, biarlah Allah yg menentukan kesudahannya.


~ Apabila hati ingin melupakan tapi tidak mampu?

Ada benda yg Allah taqdirkan utk hambaNya. sebagai hamba yg mesti pasrah dalam ujian dan liku. Kerang di laut sentiasa menangis sblm mencipta mutiara di dalam mulutnya. Biar kita kelihatan tak elok di mata orang, namun, berdoalah selalu, kerana Allah suka hamba yang berusaha dan yang meminta-minta dr TuhanNya.
notaCintaNurindah@2015


(klik kanan utk saiz pic yang besar :)

Copyright © 2015






╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, October 4, 2015

ada pun tak apa, tak ada still ok.

Jadilah, orang yg  ada pun bersyukur, tak ada  pun tak apa.

Saya tak lupa bagaimana kenduri ahli keluarga. Saya sntiasa menelefon pengantin sendiri, ambil tahu apa yg berlaku. Dia kata tak ada apa. esoknya akad, sekali majlis. Malam kenduri, rupanya tiada orang nak sediakan meja pengantin. mereka rupanya mcm tak tidur nak buat dessert, lauk pengantin. hias tempat sanding.
Maaf, saya taktahu nak cakap apa.  Esok lagi sibuk. Utk apa buat lauk pengantin banyak2  sampai tak rehat dan bermasam muka ? 

Saya dan suami berehat  di rumah  mama.  Penat drive. Bukan hubby je penat, kita pun menjaga hubby spnjg perjalanan. kereta kancil je, adik2, semput nak sampai. Hum, dpt nasihat org beradat2, mmg kita trpaksa ikut telunjuk. kita kna tahu kemampuan kita.
Tiba2 saya teringatkan majlis kahwin belah saya. 😃. hum...mmg trpaksa ikut telunjuk orang mcm2.

Utk kahwin adik bongsu, saya suruh dia prepare betul2, dan buat sendiri. Tak payah harapkan orang jika janji mulut je.
Alhamdulillah, dia ada ikut jg.
Kita ni, masih tak pandai apa2... makcik2 pakcik2 pun sgt uzur n sibuk. Jadi upahlah orang, dik, bagi deposit.
Tak ada, tak apelah.
kita pun anak yatim dah...tinggal mama je. Sapa yg nak berkira dgn kita? kalau ada, kak lesing!  😂😂

Saya teringat, bagaimana beria2 mencadangkan itu ini utk prkahwinan seseorang, tiba2 hampir majlis, dapat tahu duitnya tak cukup.
.rs tersentap juga hati sbb rs bersalah mncadangkn macam2 kpd dia.
kami turut menyumbang dan berdoa agar majlis itu cukup menampung semua.
Pengajarn utk saya di situ. Ada orang sukar mengakui keadaan dirinya, last minute baru cakap.

Ingatlah, kenduri lelaki dan perempuan tak sama. Lelaki trpaksa keluarkan duit lebih, tanggungannya lpas kahwin lg. Perempuan pula menerima, apa yg ada pun tak apa. simpan utk rumahtangga. Saya dulu kena 'smash'  bila cakap nak simpan duit. Dah lama kawin ni... trust me, simpanan itu penting.