Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, August 29, 2015

Masak lemak cara tumis

Salam sayang, teman2 blogger,
Saje nak update menu ni. malam kemarin punya, hehe. Pilih2 gambar yg elok akhirnya tertangguh.
Dah lama tak makan style ni...cair je kuahnya. kalau tak silap masa kecik pernah makan kat kampung. Masa round fb, ternampak ayam masak lemak camni, mertuanya buat. Rupa masak lemak tu, kuahnya santan cair je. Resipi biasa kn pekat2. Saya pun dah lupa style ni.

Saya try je tumis, utk dapatkan minyak tu. Kemudian ia akan brcampur minyak dr ayam. Buat pedas taruk gula skit. Tak sangka jadi.. Menghirup saya. Pagi tadi balen kuahnya saya campur dgn nasi skit. Macam bubur...pergh!

Hubby macam biasa, katanya sedap!  Malam td ada menu sotong goreng tepung bestari dgn ulam..
Tp tak over macam saya  la... Saya kan nostalgik skit. hehe.

Cara cincai je:
Ayam 4-5 ketul.
Kisar  kasar : 3 bawang kecik/ suku bawang besar, 2 ulas bawang putih,  halia, 1 serai hiris skit. Serai selebihnya diketuk.
4 cili padi diketuk
1 asam keping
gula, garam
santan cair/sedikit santan kotak
daun kunyit jika mahu.
perasa jika mahu.

Caranya:
Panaskn minyak dlm periuk, tumis bahan kisar dan serai shg naik bau.
Kemudian masukkn ayam, gaul skejap sebati. Baru masukkn air paras ayam. Dan santan cair secukupnya/ sedikit santan pekat. Biar didih.
Masukkn garam, 1 asam keping, sedikit gula. Kecilkn sikit api dan tutup periuk. Biar ia mereneh sampai ayam masak dan keluar minyak skit.
😁 nurindah©2015

Friday, August 28, 2015

duhai

Duhai,
Syurga seorg anak pd ibubapa.
Syurga seorang Isteri itu pd suaminya. syurga seorg lelaki itu pula pd ibu dan bapanya.

Maka, perempuan...pilihlah suami yg membawanya ke jalan syurga.
Ia jg tggjwb ibubapa utk pilihkan.

Lelaki, pilihlah perkara2 yg membawa ke jalan syurga...bukan merosakkan diri. bukan menyusahkn Iman dan hati. Ekonomi itu teras kejayaan.

Syurga diperoleh dgn duka dan kesusahan... halangan Fitnah dunia dan hembusan nafsu.

Ibubapa kita insan biasa, kita juga ibubapa yg merupakan manusia biasa. Isteri dan anak2 kita juga insan biasa.

Duhai lelaki,
Jadi...beringatlah, Tunjukkan keluargamu jalan yg betul yg menuju syurgaNya.
Duhai istri....jadilah pemimpin utk anak2 yg boleh diteladani, yg amanah kpd suaminya.
Duhai... Moga kita menjadi ibubapa yg tahu membezakan hal yg perlu atau mana yg mengikut nafsu.

Ada balance ikan rebus, Bubur oat dgn isi ikan rebus bercili.

Alhamdulillah, moga teman2 sihat dalam kasihNya. Pagi tadi blur nak buat sarapan apa. Nasi dah hampir licin, mee pun takde, roti takde.
Dinner malam tadi ikan rebus bercili, ketam goreng kunyit, sayur brokoli dgn cendawan panjang. Tengok dalam lemari...jupe oat.

Jom sarapan.
Bubur oat dgn isi ikan rebus bercili.

Bubur oat:
1 gelas besar air
3  sudu makan membumbung Oat.
garam sikit.
Didihkan shg spt bubur.
kalau nampak cair, boleh tambah 1sd oat lagi.
Ambil isi ikan rebus dan kuahnya.
Makan. 😁.

# bubur oat, bila sejuk ia kental sedikit.
Minuman: horlick koko + nestum.

Ikan rebus balance Dinner, hehe.. :
Saya buat ala ikan rebus tompoyak, tapi tanpa tempoyak.
Ikan selar /kembung 4 ekor.
Bawng putih 2 ulas, cili padi hijau 6 dan 1/4 bawang besar, halia, 1serai hiris sikit. Serai selebihnya ketuk masuk dlm periuk. Kisar bahan lain.
Masukkan air paras ikan.
Tambah 1 asam keping, garam, perasa. biar didih dan ikan masak.

Thursday, August 27, 2015

nasi goreng sambal petai

Maaf, sarapan sdg lalu…
Sambal bilis tumis petai rewang kenduri dibekukn, ambik sikit untuk goreng nasi cara my mama. Merah sambal ni... tapi rasa manis2 pedas.
Biasanya mama guna cili kisar tapi saya ganti dgn sambal. Sambal ni banyak bawang holland hiris, jd saya tak guna bawang. Kalau tak kelihatan bawang, cincang sikit bawang besar sblm masuk sambal.

Caranya masuk minyak dlm kuali, panaskn sambal, masuk telur 2 biji, kacau, masukkn nasi sejuk, masuk garam/pasti sedap knorr. kacau.
Jadi nasi goreng petai. heheh.

p/s: jgn lupa gosok gigi 😀.

telur masin kenduri, dan dari menu daging.

Alhamdulillah,
Dinner. Telur masin bekal dr rewang kenduri dekat 10 biji. baru masak 5 biji. Terkejut byk ? hehe, cayalah, tak begitu masin...sesedap rasa.
Buat masak lemak cincai je. 😊 Bubuh rencah sesedap rasa sbb takut termasin. Dlm gambar ada minyak tumis skit, sbb terpercik sambal dr dapur sebelah. hehe.
Menu lain, daging masak kicap, dan siew pakchoy goreng.

Macam biasa, bila ada balance, saya akan recycle utk sarapan. Pagi ni, mee goreng kicap (guna rencah daging kicap malam tadi). Tambah sos tomato, sos cili cili, cili padi hiris, tambah air bagi mee basah skit.
Siap! Bertambah2 hubby makan, walaupn recycle..😄
Lgpun daging kicap mlm tadi saya tak bubuh cengkih dsbg....

peluk

Peluklah,
Tak perlu berkata apa-apa.

Anak kecil, biasanya jarang faham. Mereka mengikut saja tanpa fikir banyak, dan akan stop bila dah bosan. Anak kecil banyak mengikut tauladan, jd mendengar jatuh no 2.

Anak yg besar, kadang2 mudah malu dan serba salah apabila diberitahu secara berhadapan. Sebab mereka mula ada harga diri. Mungkin mereka akan patuh, tetapi mungkin jg akan mngelak ibubapa.

Saya perasan memeluk seseorg yg muhrim, tanpa bercakap apa2, lebih menyenangkan mereka ( dari riak wajah ), berbanding kita berpesan atau bercakap apa2. Barangkali, Itu bermaksud kita mmberi peluang dan ruang kepada mereka. Iaitu, memberi perasaan yg tak meminta Balasan.

Tuesday, August 25, 2015

Ia bukan mudah, kerana mereka istimewa.

Benar, sifat orang dewasa, harus menyantuni kanak-kanak. 😊.
Saya teringat perbualan dgn hubby, bagaimana kami cuba mengusik anak2 di kalangan saudara, dalam ajakan bersolat.  Maklumlah, mereka dah 7-8 tahun, tapi dibiar bermain2 lg, sedang ibubapa mereka bersolat. 

Saya fikir, kanak2 kini bijak. Kita ajak selalu, bagi tawaran bagus mesti mereka nak. macam upah ajar berpuasa.

Didikan utk anak perempuan, beza dgn lelaki.
Anak lelaki, tugas bapanya sbg figur utk mengajak ke surau dan masjid.
Anak perempuan, diajak dan diasuh dgn figur ibunya. Menjadi makmum ibunya.
Maka, bila dah baligh, bolehla anak lelaki mmbantu mengimami ibu dan adik perempuan apabila ketiadaan bapa. Fikir saya begitulah.

Saya tahu, ia tak mudah. walaupun bila solat di rr dan jemaah di masjid, sebelah anak kecil yg berpakaian solat yg comel2... Saya terfikir tentu tak mudah utk ibunya mengasuh shg begitu. Melihat bapa yg mengajak2 anak lelakinya duduk diam mndengar kuliah, tentu amat payah. Asuhan.

Jangan dikritik kanak2,, atau mencengil. Betulkan sikap mereka, bukan menyalahkan mereka. sekadar pengalaman mengajar tadika dulu.

Nota Nurindah:
Silalah baca Catatan dari Puan Fazeila Isa, profesional dlm pendidikan kanak-kanak. Lucu, tapi dalam isinya:   https://m.facebook.com/photo.php?fbid=10203256250087434&set=a.1588885462433.62756.1844741576&type=1

Friday, August 14, 2015

taatnya khadijah

Alangkah taatnya Siti Khadijah bt Khuwailid.
rezeki masa, sempa mencerna al kuliyyah tv3 walaupun hampir habis.

persis namamu, ika.. 😊. beruntungnya...

Allah, dalam tenatnya, masih beliau tanyakan keadaan nabi saw yg tiba2 menitiskan airmata.
apakah yg merunsingkanmu, duhai Rasulullah...
apakah dikau sakit, izinkan saya ubatkan..
😢.
rasulullah saw bersedih krn tenatnya keadaan khadijah..
Rasulullah mnyebut satu persatu kebaikan khadijah,
(yang sabar dgn pengasingan, dlm kelaparan, yang tabah menghadapi cemuhan kaum musyrikin ketika itu...., dan rela menghabiskan seluruh hartanya)

Khadijah meminta rasulullah saw jangan mengungkit kebaikan dan kebajikannya...
kerana apa yg beliau dapat ialah Nikmat yg lebih besar dr itu.
Nikmat Iman dan Islam...

pada masa itu islam masih permulaan...

Terasa kerdilnya diri ini. Yg sering tak tabah. Adakala berhadapan dgn orang jahil...lebih rela ,  dari terpaksa berhadapan dgn orang yg nampak beriman luarnya, tapi tajam lidahnya.... imannya cuma di luar mungkin. La tahzan. akhir zaman..

kepimpinan

Subhanallah,hari ini, khutbah ttg kepimpinan dan amanah bapa dlm menjaga rumahtgga.
maafkn saya. Tiba2 teringat byk perkara yg saya belajar dr prsekitaran.
Saya sudah tiada bapa sejak 3 tahun lalu. moga...ini sedikit membantu suami dlm kepimpinannya pd masa hadapan.
Catatan ini dari kacamata saya....

Kisah anak dewasa
Apabila seseorang bapa itu tiba2 mahu berubah kpd lebih sempurna, lalu mahu mengatur  anak-anak yg sudahpun dewasa, mengikut acuannya  yg dirasakan mengikut tuntutan agama dan adat keluarga...
......
anakku dah dewasa, dia sprt diriku.

Apabila anak-anak telah lepas dari pergantungan dari ibubapa, belum tentu dia akan mengikut kita bulat-bulat. Biarpun dipaksa. Dia ada guru sendiri, pendirian sendiri dan kehidupan sendiri.

Dlm kepimpinan,
Pertama, tunjukkan Tauladan, bukan ceritakan kelemahan (masalah) kita.
Jadi Pendengar. Bukan pengkomen.
Jadi Pemerhati, bukan pemarah.
Bapa harus teliti dgn masalah dan kesilapan anak. Tak harus emosional, kerana si ibu akan mengikut utk emosional.
Jangan menyokong kesilapan anak, atau TERLALU  backup kewangan anak. Strict utk anak lelaki sahaja. Anak perempuan, bapalah Pelindung.

Moga suamiku nanti mmpu mnjadi tauladan yg baik. bercakap dgn nada dan sikap yg baik.

Pengalaman saya dgn adik-beradik;
Anak perempuan, mudah menurut, mudah taat. Tapi hatinya mudah terluka. bila hatinya terluka, sifat kelakuannya akan berbeza. Apalagi jika dia dikasari. Tetapi dia menurut juga krn ibubapa adalah walinya.
Selepas kahwin, ketaatannya akn berubah sbb memang begitu sifat cinta seorang perempuan. Jika kita ingin anak perempuan kita menteladani ketaatan si ibu, redhakan dia. Jangan susahkan hatinya, kerana anak perempuan lebih bersifat belas kasihan, walaupun dia tampak keras.

Anak lelaki, mudah menurut kemahuan ibunya. Tetapi jika ibu pernah berbohong, selalu buat trick yg kurang logik supaya anak sentiasa mentaatinya, takut si anak akan hilang kepercayaan. Atau ibu dan bapa membuat keputusan yg tidak menghormati egonya, dia mungkin akan memberontak atau diam tapi membuat hal di belakang.
Akhir, anak lelaki tak perlukan wali.
Jd Bapa harus memahami ego anak lelaki, krn dia lelaki.

UBATNYA,  Saling menghormati, menjaga perasaan satu sama lain.
Moga bapa2 mmpu mnjadi tauladan yg baik. bercakap dgn nada dan sikap yg baik.
nurindah@2015

Friday, August 7, 2015

kerana kita suka


sumber grafik: owhsomuslim.com.

Kepentingan pada diri setiap orang itu, berbeza.

Ada orang pentingkan saudara-mara. Ada yg pentingkan perhatian suami, Ada yg pentingkan anak-anak. Ada yg sangat mendahulukan perasaan ibu dan bapa, ada yg mementingkan kawan-kawan... tak kurang yg mementingkan diri sendiri.

Saya tidak menolak kepentingan semua itu. Walaupun sering 'dimomokkan' supaya mengikut pelbagai pendapat. Saya susah nak menyatakan apa-apa. Bila cakap, sah-sah kita kena marah, :)

Mengikut apa yg rasulullah saw ajar, ada orang yg berhak terhadap diri kita. Cuma bagaimana diri kitalah, mendahulukan siapa. SAMA ADA kita berlebih-lebih dalam mendahulukan seseorang dengan  nafsu, emosi, atau Lillah Taala.

Saya jarang melihat apa yg oranglain pentingkan, kecualilah persekitaran orang2 kesayangan di sisi saya. Cuma, adakala, saya cuba memahami supaya pergaulan dgn orangluar itu lebih baik. Bukan dengan bersangka-sangka. Bab bersangka-sangka ni, adakala bisikan syaitan lebih mencucuk kepada suuzzon daripada husnuzzon .

Ramai, yang mementingkan sesuatu/seseorang, mengikut Ilmu  yg mereka ada. Tiada apa yg salah tentang itu, :)  sebab ilmu sentiasa perlu ditambah, mengikut persekitaran, pertambahan usia, pengalaman. Hum, bila berasa suami sangat penting, semua diturutkan tanpa ilmu. Bila rasa ibubapa sangat mulia, semua diturutkan tanpa berfikir. Bila rasa anak-anak pendahulu di atas senarai, semua kehendak anak akan diturutkan tanpa berfikir panjang.

Sebab sering diam, sering orang mendesak saya mengikut pendapat2 mereka, tak ikut, tak boleh geng.  Ish..BUKANNYA kita tak tahu apa-apa. Kalu follow pun bukan sebab kita sependapat.
Tetapi ia kerana ada perkara yg kita suka tentang dia. Jadi, semua kekurangan nampak kecil.

:) Cukuplah bertentang pendapat, berbahas. Lagi berdosa jika menjadi batu api, sekadar mahu orang menyokong kita.  Adakala kita ikut dia, adakala dia ikut kita. Ilmu, dan  pengalaman berbeza2.

p/s: Namun belajar pengalaman orang, dan melihat sempadan dan tauladan orang, TIDAK bermakna hidup kita juga akan berakhir seperti itu. Usah menakutkan diri sendiri, atau berlagak tahu.

Berdoalah, supaya jalan hidup kita sentiasa betul.



 Copyright © 2015


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

mengundur

Untuk menjaga bersihnya hati, bukannya mudah.

bila mendengar orang tua-tua bercakap ttg impian mereka, cerita mereka.... kita tumpang seronok. sebab kita belum merasai pengalaman orang tua2. walaupun mula bercakap ttg harta pusaka, kita masih mengawal hati kita dan perasaan kita dari rasa tamak haloba. Allah....Kita jangan sibukkan Harta Orang.
Tetapi, apabila kita disoal, dibandingkan, didesak untuk buat macam2 yg mungkin mereka saja yg rasa betul. Kita akan rasa lebih kita tak duduk dengan mereka dari awal.
Nak jaga hati sendiri.

bila mndengar kawan2 sebaya bercakap-cakap ttg gaya hidup mereka, kita senyum tumpang gembira. mereka bercakap besar ttg anak2 mereka, kesenangan hidup mereka, kita buang jauh2 rasa hasad dan iri hati.
Tetapi, apabila mereka mula membandingkan diri kita, komplen diri kita, kita rasa lebih baik kalau kita tak kenal Dia.

Nak jaga hati dari bersifat keduniaan bukannya mudah. Kita nak kaya...tapi kita kena pandai nak kaya. Mama pernah cakap, kalau ada duit, buatlah apa yg kita mahu. tapi kalau tak ada cash dalam tangan.... duduk Diam-diam.
Kalau nak tempah susah, berhutang, tapi pandailah bayar... Siapa kata berhutang itu Tak susahkan diri? Kami kalau boleh nak guna cash semua. :). Aci ?

Kita nakkan macam yg oranglain ada.... tapi rezeki setiap orang tak sama. kita dah blajar sungguh2, tapi rezeki bukan dlm bidang tu. kita dah berubat macam2, tapi hakikat Allah belum beri izin utk sembuh, kita nakkan anak ramai macam org ada tapi rezeki tak ada. Jangan sedih.

Masa kami mula kahwin....dalam rumah takde ape pun. Saya tak sedih pn masa tu. Saya pakai baju raya tahun lepas utk raya, takde kesan pun bila kena kritik suami hang takde duit beli baju raya?
Anehnya bila masa tu hati kita tak kotor...baru nak kenal dunia orang dewasa.

 Copyright © 2015


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────