Friday, February 19, 2016

kaki..gaduh. eh?

Jika, kita ditakdirkan berkeluarga, atau bersaudara- mara dgn  orang yang kaki gaduh,  bagaimana kita nak hadapi?
.......
😃 Emosi ialah perasaan. 
Gaduh mulut, gaduh tangan, gaduh tulisan, gaduh kaki dan tangan..
Kaki gaduh = keangkuhan, sifat bongkak dan sombong. cukup pakej.
Perlukah?

Perlukah kita menjadi kaki gaduh juga supaya tidak rasa dibuli dgn manusia jenis suka bergaduh?
Ada orang rasa tak perlu, ada orang rasa perlu.
Jika begitu, kita juga ada potensi nak jadi kaki gaduh? Oh No!

Dalam kehidupan saya, juga ada bertemu orang2 seperti itu. Kita melayan dgn kelembutan, mereka berpura2 lalu mengata kita depan dan belakang.

Ada orang yang suka berbincang, yang betul2 berlapang dada.
Ada orang yang jadikan pergaduhan sbg cara berbincang.

Tenanglah!

Jika  Orang melayan kita lembut, layanlah lembut.
Namun tanamlah rasa berhati-hati.
Orang suka menyimpan dendam jika kita MARAH ATAU  MENGUTUK sikapnya.  Lebih2 lagi perempuan kena lebih hati2.

Jika Orang melayan kita kasar, penuh sindiran...Sabarlah dahulu.
JANGAN terburu-buru menyalahkn dia, atau salahkan diri sendiri.
REMEMBER : Zaman teknologi ini... Orang mudah memanipulasi apa yang kita cakap.

Jika dalam kelompok ramai, JAUHKAN  Batu Api.  Tak kiralah siapapun yg kita percaya atau tidak.
Jika antara berdua,  Istighfar.
Jawablah jika mahu, tak perlu jawab jika tak mahu. Jawablah, saya tak mahu bertekak/ bergaduh.
*Sama spt kita sdg berpuasa.

Bertenanglah.

Mereka tak perlu dengar sendiri utk menyalahkan atau bersangka buruk kat kita.
Laman social samalah dgn orang2 di luar . Ada sorang je buat salah, ramai Kaki Pukul. Ada sorang je mempengaruhi, yang lain jadi Pak Turut.
* Sebaik-baik orang ialah orang yg menyiasat dahulu.

Memang rasa sesak dada, rasa nak pukul bantal, tapi Allah yg jaga kita. Allah tengok kita buat  apa.
Jangan pandang perwatakan Alim seseorang, kadang2 sikapnya juga salah.
Jangan terpukul dgn kata2 yang menyakitkan hati dan busy body,  sebab mereka takkan letakkan diri mereka di tempat kita biarpun mereka kata sayangkan kita.
Pernah dengar Put yourself in others shoes? Tak ramai orang boleh buat.

Tenanglah! Kaki gaduh bukan orang yang calm, dan suka bertenang. Get ready to solve problems dan menegur TANPA emosi, hanya pasang niat  yg elok je. Doa yg elok2.
😉







Saturday, February 6, 2016

cantik, rentak, dan hakikat

Duhai adik putriku,
Tak perlulah terlalu bercantik-cantik dimajlis bahagiamu dengan solekan tebal, semata-mata untuk tatapan umum.
Kerana jika pasanganmu, si Dia itu hanya memandang kecantikan, pastilah dirimu akan kalah dibandingkan gadis seusia di sekelilingnya yang muda dan keletah manja.

Pastilah ada sesuatu dalam dirimu yang dia pandang selain cantiknya paras rupa....
Jadilah dirimu.

Hidup berumahtangga itu hanya  dikau dan dia, berdua. Aku pandang kau, kau pandang aku.
Jadilah orang yg saling menyenangkn sesama sendiri dan saling melengkapi,
dan bukan mengubah untuk kepuasan sendiri tetapi untuk keredhaan Allah.

Semua pasangan akan berada dlm situasi itu, tak kira pasangan Muda atau berlanjutan semasa di usia Emas..... Boleh saja ada perkara yg tidak puas hati pada pasangan dan ingin mengubahnya mengikut corak kita kerana memikirkan rentak kita lebih baik? 

Hakikatnya, tiada siapa yang lebih baik dari sesiapa dalam percintaan. Kita saling memerlukan.  Kita memilihnya jadi suami samalah dgn mengiktirafnya menjadi imam. Arrijalu qawwamu alannnisak.  Tetapi yang kita sujud bersama ialah  kepada Allah, bukan? Jadi wahai Isteri, jangan hilang arah. Letakkan sifat tawakkal kpd Allah. Samalah spt semasa kita menghantar suami keluar bekerja di muka pintu, kita letakkan dia dlm perlindungan Allah. Bila kita letakkan anak dlm jagaan pengasuh yg baik, kita juga buat begitu. Jika tiada penyerahan kpdNya, mungkin saja dia tetap akan ditimpa kesusahan walaupun bersama di samping kita.
Hakikat kedua,  isteri tidak hanya perlu dibekalkan material, tetapi juga pengisian Rohani dan Agama.  Jagalah itu duhai suami, agar isteri sentiasa menjadi bidadari duniawi.
Ketiga, tambahi.... sifat Redha dan bersyukur atas lebih kurang. Usahlah memburukkan sesama sendiri di hadapan anak atau ahli keluarga.

#notahatiNurindah:  Kelakuan kita sbg pasangan di usia emas juga akan menjadi perhatian pasangan muda yang belum matang dalam soal rumahtangga.  Anak ketam tidak akan berjalan betul dengan mengekori ketam yang senget. Hati-hati.