Thursday, April 21, 2016

Bab takaful- Duit di tangan juga yang bernilai semasa sakit

DUIT KAT TANGAN JUGA YANG BERNILAI MASA SAKIT.

Tak semua cerita Insurans/takaful itu cantik2. Saya pernah tengok filem bagaimana seorang bapa bayar premium bulan2 melalui agen tapi tak boleh claim sebab tempoh tak matang/ atau duit kena songlap dengan agen,  rasanya. Nak buat pembedahan jantung. Sampai bapa tu kena jadi pengganas, paksa hospital buat operation free, huhu...

Kami pernah kena juga dgn takaful. Masa tu medical card msih baru, agen pulak tak cerita premium yg kami bayar bulan2 rupanya insurans nyawa je. Nak warded baru tahu.

Namun sebagai isteri kpd suami yg bekerja swasta, terpaksalah buat pilihan insurans. Benefit medical company dapat selagi bekerja shj max 5k.  Dah berhenti, tiada benefit dah.  Setelah ambik insurans dan medical card, pernah guna insurans sekali.  Sekarang, agent tu diam jer... Dari by hand, kami terus bayar guna bank.

Insurans ni, paling kurang jadi apa2 kat kita, pasangan/ family kita dapat duit untuk bayar ward dan kos lain. Lain jika  meninggal dunia, mereka akan dapat pampasan. Paling kurang untuk kos pengurusan kematian sekarang yg cecah ribu,  hutang piutang kita, dan harta pusaka buat anak.
Sumbangan khairat kematian kat masjid penting juga tau. Kosnya mahal boleh membebankan anak isteri/ pewaris.

Kes kawan suami guna benefit company untuk sakit jantung, dah max terpaksa keluar dari hospital swasta ke hospital kerajaan. Maknanya sakit berat camtu jika tiada  insurans, elakkan dari pergi ke hospital swasta.

Hospital kerajaan pun boleh pergi.  Tapi staf dan pesara kerajaan pun dah berderet list menunggu. Ayah mertua nak warded sebab operation pun mereka letak list setahun, padahal kelas 1. Menahan sakit dekat setahun.
Company swasta jarang bagi benifit medical parent, jadi lepas kejadian itu kami beringat-ingat untuk menyimpan duit. Kalau bukan terguna untuk kami, ia untuk parent juga.

Last sekali, apa dia? DUIT  kat tangan jugak....yg bernilai masa sakit berat. Untuk diri sendiri, untuk family/ parents. Paling tak pun, duit sara hidup famili sepanjang kita tak mampu bekerja.

Sebab itu saya tak boleh tengok oranglain menghabiskn duit di tangan untuk melancong luar negara dan beli kereta besar2. RASA SAYANG sangat duit keluar beribu-ribu untuk hal2 keseronokan sementara. Kalau dah ada duit berkepuk2 dalam saving untuk kecemasan, lain ceritanya.

Takaful bukan instrument simpanan.
Jangan terima semua tawaran agen takaful, ukur kemampuan dan simpanan kita. Jangan berlebihan hingga melebihi 10% dari gaji kita.
Saving dan pelaburan dahulu.
- Tuan azizul azli

Saturday, April 16, 2016

Dah banyak Allah beri.

Siapa yg tak mahu MELANCONG??
😄
Keluarga dan saudara mara  belah suami...ramai yg bekerja kerajaan. Mereka mempunyai lorong utk ke luar negara. Mendapat  pengaruh dari kawan2 dan saudara, bahkan sanggup menyimpan wang utk melancong dan naik kapal terbang. 

Tetapi keluarga saya orang susah.  Saudara mara juga. Biarpun ada abang kakak tiri, mereka adalah keluarga yg berbeza, kerana usia saya pun dah hampir usia anak-anak mereka. Arwah abah dan mama mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap kami tanpa perlu bergantung kpd orang.
Jika hendak bercuti2 sekitar Terengganu dan Kelantan amat payah arwah abah membawa kami... Tiada apa bezanya dgn sekarang.

Kalau saya katakan, saya juga teruja apabila mendengar orang bercerita tetapi taklah terlalu teruja utk pergi. Mestilah orang berkata saya seperti katak di bawah tempurung. Atau
" Adatlah, anak orang susah...fikiran tak terbuka, 😝. "
Biarlah orang.
Cukuplah suka melihat oranglain gembira. Biarpun terasa hati kadang kala.

Saya berkahwin pun dengan lelaki  yg sangat berjimat cermat orangnya.  Tetapi Alhamdulillah, pernah merasa ke pulau pangkor beberapa kali dgn team company hubby. Hotel dan resort dah tak terkira. BERDUA-DUAAN.... bercutilah tu. 😘😘. Nak shopping kat sini pun ada.

Orang akan cakap... Kesiannya, belum sampai kat situ, sini, dan Sinun.
Sedangkan saya rasa, Rahmat Allah bagi dah banyak sangat  sampai saya tak mampu nak kira. Kalau ada gaji sendiri pun, belum tentu saya nak keluarkan gaji utk bercuti2. Allah dah bagi lebih dari yg saya sangka.

Sebenarnya, jika kita terlalu mahukan sesuatu...Kita akan mula mereka-reka pelbagai dalil dan alasan supaya mendapatkannya. Biarpun duit tak ada.  Kan?? 😁.

Syukurlah atas rezeki kita, syukurlah atas rezeki suami. Tak dapat maknanya bukan rezeki kita, jangan salahkan sesiapa...

Tuesday, April 5, 2016

Motor kecil, anak sembilan :)

Salam sayang, 😃.
Bacalah kisah yg diceritakan oleh abang long ini.

Anak2 mereka macam2 peringkat umur. Takde pun mak ayahnya nak marah2 pada anak yg besar atau menjerit kpd anak kecil.  Mahupun bermasam muka. Mereka senyum, berpesan, dan bekerjasama sbg satu family team. Rasa bangga bila baca keluarga yg begini. 😂.

Anak- anak meneladani kita. Kita bermasam muka dgn anak, anak pun akan membalas balik.  Kita menjerit kpdnya, dia belajar utk menjerit2.
Senyumlah. Ajarkan dan tunjuk nilai yg baik2.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

https://www.facebook.com/abang.long.12/posts/1068626543159760

Sedang kami menikmati juadah di sebuah restoran.  Datang sepasang suami isteri dengan dua anak yang masih kecil.  Mereka datang dengan motor.

Sebaik sahaja si isteri duduk, dengan anak-anaknya,  si suami terus beredar.

Si suami memandang saya sambil mengangkat tangan dan tersenyum.  Saya membalasnya dengan turut sama mengangkat tangan.

Sahabat saya hanya membelek telefon pintarnya.

Hampir 15 minit berlalu.  Lelaki itu datang sekali lagi dengan membawa 4 orang anak.  Sebaik anak-anaknya turun dari motor,  si ayah terus beredar.

Kali ini sahabat saya memandang dengan penuh minat.

Sama juga jarak waktunya,  tidak sampai 15 minit kemudian.  Lelaki itu datang lagi dengan 3 orang anak.

Dan kali ini,  meja mereka agak riuh rendah.

"Feroz,  anak orang tu 9 orang?"   kali ini barulah sahabat saya berminat untuk bertanya.

Saya hanya mengangguk dengan tersenyum.

"Dia ulang alik angkut anak dia dengan motor?"

Saya angguk lagi.

"Engkau kenal mereka?"

Saya angguk lagi.

"Wow,  very the powerfull!"

Memang jarang,  amat jarang menemui sebuah keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai,  pada hari ini.

Pasangan suami isteri itu melayan segala karenah anak-anak mereka dengan begitu gembira.

Bayangkan,  anak remaja mereka dalam lingkungan usia 19 tahun,  sehinggalah bayi kecil dalam usia 1 tahun.

Macam-macam perangai.  Macam-macam keletah. 

Menariknya,  si ibu memanggil anak-anaknya dengan panggilan 'sayang.'

Lebih menarik lagi.  Si ayah,  kerap bangun dan duduk,  demi memastikan anak-anak dilayan dengan baik.

Tidak kedengaran langsung suara menjerit,  mengherdik mahupun menengking.

Anak-anaknya bukanlah terlalu bersopan,  ada juga yang nakal dan ada juga yang manja.

Setelah minuman tiba.  Si abang dan kakak menyuapkan adik-adik mereka.

Ramai yang memandang keluarga itu dengan pelbagai persoalan bermain diminda masing-masing.

Sewaktu makanan telah siap terhidang.  Si kecil dalam lingkungan usia 6 tahun terus membaca doa.

Doa yang dibacanya agak kuat. 

Sebaik doa habis dibaca.  Saya pula tergamam.

Pelanggan yang memenuhi restoran itu mengaminkan doa itu.

Si ayah dan si ibu tersenyum dan ketawa kecil.

Keluarga 'besar'  ini sungguh menarik perhatian pelanggan yang menjamu selera di restoran itu.

Sebuah keluarga lain,  bangun setelah selesai menjamu selera.  Mereka melintas di hadapan meja 'keluarga besar'  itu.  Lalu seorang wanita warga emas bertanya.

"Ini semua anak-anak kamu?"

Si ayah dan si ibu mengangguk.

"Alhamdulillah ..."  sambil wanita itu mengusap kepala anak-anak pasangan itu yang masih kecil.

Sesekali,  si ayah berbuat jenaka dengan anak-anaknya.  "Jangan ketawa,  senyum sudah."

Semakin kuat anak-anaknya ketawa.
.
.
Abang Long.
Motor kecil membawa bahagia.
https://www.facebook.com/abang.long.12/posts/1068626543159760

Monday, April 4, 2016

Adat, normal, tanggungjawab.

Al Maraaya, tvhijrah.

Antara masalah anak2 yg berkahwin muda, ialah Ibubapa tidak memahami.
Ibubapa telahpun berkahwin selama 30 tahun, dan memiliki kehidupan yg stabil. Ibubapa telah melalui banyak fasa susah dan senang sehingga mempunyai rumah sendiri, kereta yg baik, pendapatan yang cukup.
JADI mereka berpendapat, anak -anak yang baru berkahwin perlu ikut macam mereka, dan mesti ada apa yg mereka ada dengan kadar segera.

Biarkan mereka melalui kehidupan yg normal, mengikut fasa - fasanya.
Kehidupan berumahtangga bukan hanya pada kenduri, tetapi kehidupan yg bermula selepas itu. Dgn status dari bujang kpd berdua, nafkah yg kena berkongsi, hidup yg kena berkongsi, kena sediakan tempat tinggal, dsbg.

Nurindah: Yg bahaya, jika terpaksa memikul beban hutang. Hutang ni, ada hutang yg positif, ada hutang yg negatif.
Beli rumah di tempat yg bagus akan naik harganya setiap tahun. Bayar pula dgn kwsp, mudah kan?  Kereta pula, akan turun harganya. Bukan tak boleh beli, tapi bermulalah kenderaan yg ansurannya jangan sampai 30%  gaji.

Tanggungjawab isteri:

1. Cari suami yg taatkan ALLAH   (bukan yg lebih taat kepada  Manusia, atau selain Allah).

2. Tanggungjawab rumahtangga. Dalam Islam, pengurusan rumahtangga sebenarnya atas Suami.  Isteri hanya membantu melancarkannya.

3. Jika isteri bekerja, dia  membantu suami.  Ia bukan tanggungjawab utama. 
(Namun dgn kepandaiannya, ia boleh meluaskan rezeki sprt sayidatina Khadijah dan membantu masyarakat spt golongan doktor, penghias kecantikan, guru, da'ie.

3. Apabila seorang perempuan itu solat, berpuasa 5 waktu, dan taatkan suami, boleh pilih mana2 syurga yg dia mahu.  (selagi bukan mentaati perkara mungkar/yg dibenci Allah).

4. Tidak mencari sebab yg boleh meruntuhkan rumahtangga.

~ Masalah suami yg kurang berkemampuan tetapi mahu berkahwin lagi.
Minta  berpuasa terlebih dahulu.
Berkahwin lagi sedangkan kemampuannya tiada, bagaimana zuriat yg bakal lahir. Tiada bekalan agama utk membimbing, dan nafkah yg cukup menampung 2 isteri. Tak perlu guna istilah berkahwin nak elakkan zina, jika perkahwinan itu hanya bermanfaat utk suami tetapi tiada kebaikan utk isteri pertama.

Ikut dengan iman

Hakikat, bila kita tundukkan kepala shj dgn sikap orang lebih tua yg pemarah dan tak pernah kesal dgn sikapnya dan tak mahu meminta maaf dgn ikhlas. Kita pejamkan mata kerana kita kenal mereka, mereka ahli keluarga, saudara, jiran, kawan baik.. 
Kita kata mereka akan sedar sendiri mengikut umur atau hidayah Allah.
Kita berkata nak menjaga hati mereka, tapi sebenar takut juga mereka menegur kita juga.

Mengikut psikologi, manusia ada sifat defensive apabila terasa terancam dan suka berlawan-lawan. Defensive dan berlawan itu juga ada tahap lemah shg tahap tertinggi. Dan yg terendah mungkin akan membesar menjadi seorang yg mempunyai self esteem/ nilai harga diri dan keyakinan yg rendah. Yg terlebih mungkin akan menjadi seorang pembuli. Saya katakan kemungkinan, kerana semua bergantung  kpd nilai didikan lain yg diterapkan, motivasi luar, dan Doa. 
Bukan hanya doa ibubapa, tetapi doa seorang hamba Allah itu sendiri. Allah takkan meluaskan rezekinya jika dia sendiri tak mahu menadah tangan kepada-Nya.

Disebabkan itu, walau apapun tingginya nilai kita sebagai seorang ibu atau bapa, kita tetap hamba disisi-Nya yg masih perlu merendah diri dan tidak ego. Tetap perlu memperingatkan anak-anak bahawa setiap perjalanan hidup mereka diperhatikan Allah.  Dan lebihkan bertawakkal dan letakkan pergantungan kepada Allah beserta dengan usaha. Takutkan Allah lebih dari takutkan ibu dan bapa.

Friday, April 1, 2016

Payung

Tang Abah pengantin perempuan payung itulah yg menyedapkan hati. ☺. Itulah yg kami teringin buat jika ada anak perempuan. Kita dah biasa dengar parents  tolong anak lelaki kumpul duit hantaran dan majlis.  Tapi utk anak perempuan, pandai2 la cover sendiri kalau hantaran pihak lelaki seadanya. Cthnya jika baru lepas grad. Hakikatnya, kenduri ialah tanda kesyukuran kedua pihak ibubapa atas perkahwinan anak.

Saya dulu asal keluarga orang susah, tp kena ikut adat org pantai timur jugak. Adat pantai timur, hantarannya ikut semasa, dan disebut dlm akad.  Saya tahu, ramai orang Bandar tak setuju.  Biarpun masa tu keluarga saya ada kesusahan, Ma abah saya berkeras  juga nak buat majlis.  Nasiblah suami  boleh bertolak ansur 😅.
Sempat juga saya guna duit gaji sendiri utk membeli barang2 hantaran dlm tempoh kurang 3 bulan. Duit hantaran pun sempat saya sisihkan utk keperluan  rumahtangga. Sebab suami tidak berhutang , cukup atau tidak hanya itulah. 😊.

# generasi X  macam kami, memang tak berani nak ckap lebih2 dgn orangtua masa nak kawin.  Dah tua skit camni,  baru berani nak mengulas. 😁