Tuesday, September 20, 2016

Boomerang


Salam buat semua,

Banyak betul hal-hal yang berlalu. Blog ini pun hendak dibetulkan. Kadang-kadang saya rasa ada vi-rus. Betul ke? Saya masih tiada kesempatan untuk duduk dan memperbaiki blog ini. Berblog, tidak sesukar facebook dan lain2 yang perlu di update sentiasa. Masih ada kelonggaran di sini.

^__'

Sejak website dah upgrade dan tukar nama domain, saya masih berkira-kira nak tukar kepada bisnes apa. Saya tak suka mengikut TREND. Trend cepat sangat berubah. Trend hanya sesuai untuk orang yang mempunyai modal tinggi dan pelan 'short term'. Untung 'short term' pun tinggi. Macam main saham CPO juga.

Saya tidak pandai begitu.

Memang orang kutuk, orang tak puas hati sebab nampak KAMI tak kaya-kaya pun. Eh, kaya hati pun kaya juga kan? EHE..

Orang yang paling dekat dengan kita pun boleh merudumkan semangat kita. Mereka cuma mahu nampak hasil, seperti dia boss kita pulak. EHH?

Saya berhenti dulu... :) Moga dilimpahkan rahmat buat semua.

Nurindah: Mencari semangat seperti boomerang!!












Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, September 13, 2016

pesan


Mama dan juga arwah abah saya, orang2 kampung. Arwah abah saya orang tua veteran, memang banyak pesan orang tua2. Mama saya pula muda 20 tahun, banyak mengikut saja. Memang susah juga cara abah, contohnya tak mahu guna santan perah beli. Nak saya mesin kelapa, perah utk masak. Suka gulai2 je, masak air tak mahu. Nak lalu, jalan depan menunduk, kalau boleh lalu belakang.. Macam2 lagi lah.
Bukan senang nak sukakan hati arwah abah.. Dengan mama juga. ☺ Tapi itulah kenangan zaman anak dara. 💓

Tapi saya beringat dari kecil , walau setinggi mana kita belajar, sebanyak mana pun duit kita, walau sesibuk mana.... Kena masuk Dapur. Juga kena tolong kerja2 rumah. Walau tak pandai buat, tolong mana yg pandai. Ringankan beban oranglain.

Ada anak kecil, jangan suami isteri asyik belek anak kecik. Pandailah kawtim bergilir jaga anak, jaga hati orang sekeliling. Jangan anak tidur, kita tidur bersama.

Rumah kita rehatlah puas2, peduli hal kita sahaja . Rumah parents jangan begitu.

Tolong itu tanggungjawab, bukan sebab kita takde kerja lain nak buat .. Makanlah vitamin utk tenaga.

notaHatiNurindah: Saya berpesan adik2 perempuan saya begitu. Mereka juga isteri seseorang.


Copyright © 2016




╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, September 9, 2016

Semangat berkasih sayang, semangat berkorban. Salam Idul Adha :-)


Semangat berkasih-sayang.
Masa raya ni, akan kelihatan dan akan timbul dalam diri.. Sifat kita para wanita, lebih bersemangat hendak sediakan masakan dan mengemas rumah lagi (selepas hariraya puasa yg lalu), apabila teringat mereka yg kita sayang.
Kadang-kadang, semangat itu ada apabila melihat semua orang membuatnya. 😀

Tidak semua semangat itu dihargai.
Tidak semua masakan kita disukai.
Tidak semua deko kita dipuji.

Niat Lillah..
Niat Lillah..

Hari raya bermaksud gembira, dan memberi. Biarlah kita rasa tiada orang mahu mengambil tahu perasaan kita, tetapi kita gembira memahami perasaan oranglain.
Biarlah orang hanya mementingkan apa yg dia mahu, tapi kita mengambil prioriti juga kehendak orang sekitar kita. Biar dicakap secara langsung atau dgn bermasam muka ☺. Jangan lupa juga prioriti kita sendiri.

Nak buat camana, Takkan kita nak lihat orang2 di keliling kita merungut-rungut, marah atau bersedih di Hari Raya yg Allah kurniakan ?

Mungkin kita bukan orang begitu. Tapi ada orang yg begitu. Terlalu memikirkan apa yg dia hendak, berbanding memikirkan ia Hari Raya.

Niat Lillah..Lillah...

Selamat Hari Raya Idul Adha buat teman2 dan followers. Moga kita berkorban nilai2 yg tidak baik dalam diri kita, berkorban yg dalam kemampuan kita, berkorbanlah tapi letakkan juga prioriti kita. Sebagai Isteri... sebagai Ibu.... Sebagai anak...



P/s: Zaman ini, jika tak beritahu kesusahan kita, orang mudah bersangka buruk. Jika beritahu kesusahan kita, mereka boleh viralkan. Jagalah diri dari sifat menyebarkan. Wanita yg baik, yg tidak menyampaikan sesuatu yg wanita A cakap kpd wanita B. Jika ia menimbulkan perbalahan dan fitnah.





Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────