Friday, May 26, 2017

Salam ramadhan 1438H, catatan nurindah


Subhanallah, Alhamdulillah esok menjelang Ramadhan 1438H.
Apa khabar teman-teman yang masih berblog? :D

Sekarang, medan social seperti facebook, whats up, twitter, lebih mudah log in berbanding website dan blog. Saya yang berkali-kali masukkan apps blog, tapi selalu crash. Tapi, untuk merujuk, saya masih gunakan browsing (blog/ website). Widget dah seperti mengganggu.


Saya belajar dalam bidang IT. Cuma bukan rezeki untuk menamatkan pengajian. Jadi ini tidaklah asing bagi saya.

Astaghfirullah, subhanallah...

Blog ini...adalah diari perjalanan saya sebagai seorang isteri :) Tetapi ada orang yang takut saya mengumpat sesiapa. Saya tahu.. tahu di mana batas. What you give is what you get. Kita buat salah dengan orang, kita akan kena... Allah dah janji.

Suami sentiasa tahu dan tidak melarang.

Sedangkan dalam berbicara pun saya amat jarang menilai kehidupan oranglain. Tidak menilai pribadi atau tindak tanduk oranglain. Tak faham, saya akan terus bertanya. Amat susah berbangga-bangga di depan oranglain. Diam lebih baik, kn? Rezeki yang kami ada, kami kongsi dengan kasih-sayang.


Antara sebab saya lama tidak menulis; ADIK-ADIK dah berkahwin. :))

Jadi saya rasa tidak berhak hendak menasihati mereka terlampau banyak. Cukuplah berjela-jela pesanan saya masa mereka masih bujang.. ;D Mereka dah jadi tanggungjawab suaminya. Saya banyak berpesan sebelum itu kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan keluarga si suami... Parents yang berbeza, adik beradik yang berbeza. Hidup dengan teman tidur yang asing. Kerana ini blog perjalanan saya sebagai seorang isteri...

Untuk mengingatkan supaya Berikan kasih-sayang sebelum meminta disayang. Maklumlah ramai adik2 perempuan.

Alhamdulillah, saya dan adik2 mampu melakukan hal2 suri. Dulu mama keluar berniaga, anak2 perempuanlah kena belajar uruskan rumah, tengokkan abah.. Kena rajin.

ALLAHU akbar. Moga suami menyayangi mereka setulus hati. Kerana sepanjang menjalani kehidupan sebagai isteri, saya mengenali yang kekurangan isteri adalah pelbagai. Ada wanita yang pandai kerja, tapi tak pandai urus kerjarumah. Yang pandai mengambil hati, tetapi tak tahu membeli bahan makanan sehingga berharap pada suami. Yang boleh mempunyai anak, tapi bergantung dengan parents untuk mendidik. Sewajarnya suami memenuhi kekurangan itu. Bukannya menilai pasangan melalui Kacamata Oranglain.


Saya stop dahulu.
Banyak kerja. Salam kasih sayang..


Copyright & copy; 2017
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────