Sunday, October 29, 2017

29 okt 17

Bismillah,
Apa khabar teman?

Moga kita berada dalam hidayah dan perlindunganNya. :)








Copyright & copy; 2017
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, September 28, 2017

curhati hati-hati..


Bismillah,

😊
Apakah yang menjadikan hati yang baik?

Sifat suka memberi.

Oranglain juga suka diberi..diberi..dan diberi.


Apakah yang menjadikan kita mulia?

Apabila tangan kita berada di atas, bukan yang di bawah.


Saya tidak sanggup bertanya apakah sebab hati yang hancur?

Tiada rasa yang mulia.
Hanya bersifat penting diri.
Allah mengingatkan kita supaya sabar....
Sabar mulut, sabar hati, sabar tingkahlaku.

Diejek. Disindir. Diberi tanggapan yang buruk. Sehingga kita tak rasa adakah kita perlu jadi orang yang mulia.


Copyright & copy; 2017
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, May 26, 2017

Salam ramadhan 1438H, catatan nurindah


Subhanallah, Alhamdulillah esok menjelang Ramadhan 1438H.
Apa khabar teman-teman yang masih berblog? :D

Sekarang, medan social seperti facebook, whats up, twitter, lebih mudah log in berbanding website dan blog. Saya yang berkali-kali masukkan apps blog, tapi selalu crash. Tapi, untuk merujuk, saya masih gunakan browsing (blog/ website). Widget dah seperti mengganggu.


Saya belajar dalam bidang IT. Cuma bukan rezeki untuk menamatkan pengajian. Jadi ini tidaklah asing bagi saya.

Astaghfirullah, subhanallah...

Blog ini...adalah diari perjalanan saya sebagai seorang isteri :) Tetapi ada orang yang takut saya mengumpat sesiapa. Saya tahu.. tahu di mana batas. What you give is what you get. Kita buat salah dengan orang, kita akan kena... Allah dah janji.

Suami sentiasa tahu dan tidak melarang.

Sedangkan dalam berbicara pun saya amat jarang menilai kehidupan oranglain. Tidak menilai pribadi atau tindak tanduk oranglain. Tak faham, saya akan terus bertanya. Amat susah berbangga-bangga di depan oranglain. Diam lebih baik, kn? Rezeki yang kami ada, kami kongsi dengan kasih-sayang.


Antara sebab saya lama tidak menulis; ADIK-ADIK dah berkahwin. :))

Jadi saya rasa tidak berhak hendak menasihati mereka terlampau banyak. Cukuplah berjela-jela pesanan saya masa mereka masih bujang.. ;D Mereka dah jadi tanggungjawab suaminya. Saya banyak berpesan sebelum itu kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan keluarga si suami... Parents yang berbeza, adik beradik yang berbeza. Hidup dengan teman tidur yang asing. Kerana ini blog perjalanan saya sebagai seorang isteri...

Untuk mengingatkan supaya Berikan kasih-sayang sebelum meminta disayang. Maklumlah ramai adik2 perempuan.

Alhamdulillah, saya dan adik2 mampu melakukan hal2 suri. Dulu mama keluar berniaga, anak2 perempuanlah kena belajar uruskan rumah, tengokkan abah.. Kena rajin.

ALLAHU akbar. Moga suami menyayangi mereka setulus hati. Kerana sepanjang menjalani kehidupan sebagai isteri, saya mengenali yang kekurangan isteri adalah pelbagai. Ada wanita yang pandai kerja, tapi tak pandai urus kerjarumah. Yang pandai mengambil hati, tetapi tak tahu membeli bahan makanan sehingga berharap pada suami. Yang boleh mempunyai anak, tapi bergantung dengan parents untuk mendidik. Sewajarnya suami memenuhi kekurangan itu. Bukannya menilai pasangan melalui Kacamata Oranglain.


Saya stop dahulu.
Banyak kerja. Salam kasih sayang..


Copyright & copy; 2017
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 19, 2017

As sami'


Saya sentiasa beringat, supaya mengaminkan doa dan meminta doa yg baik2. Saya menerima peringatan dari parents, bahkan dari para ilmuan semasa kuliah.

Namun, satu kejadian yg membuat saya sering beringat juga. Dalam 5-6 tahun dahulu. Ada seseorang berkata kepada saya, "Bilalah kamu nak ada anak sendiri, ni?".
"Insha Allah, jika direzkikan. Doakan saya ya? " Saya jawab.
Wajahnya terus berubah. " Hum... dah banyak kali doakan utk kamu..tapi tak jadi juga".
Hati saya terdetik.

Suami berkata, orang itu hanya bergurau.
Sebenarnya, beberapa kali jugalah saya terkena camtu.. 😅

Namun bagi saya, ada gurauan yg baik, ada gurauan yg kurang baik.
Saya tak salahkan orang itu jika menilai saya. Tetapi, kejadian itulah yang buat saya beringat supaya memilih orang yang tepat dan yang sudi mendoakan kita.
Bukan seperti dipaksa atau macam orang yang putus usaha.
😇


Baru-baru ini saya ingatkan suami supaya minta orang doakan sekiranya mereka bertanya. Tiba-tiba suami terkena kejadian yang sama seperti saya dahulu.
Saya terdiam.

Apabila ada kenalan pergi Mekah pun, kami tapi tak berani minta doakan. Nanti kami disuruh pula berdoa sendiri di Mekah 😃.
Saya lihat kemampuan diri dan poket. Hati terdetik.

Orang mudah terlupa, hakikatnya doa untuk oranglain mudah makbul daripada doa untuk diri sendiri. Malah apa yang kita doakan untuk orang tersebut, Malaikat yang aminkan. Ganjarannya dapat sama.

Doa itu hak Allah, hak kita hanya meminta... Berdoalah di mana-mana. Allah AS SAMI'.

Ilmu agama dan dunia hanya landasan, bukan tiket. Bukan pula untuk meninggikan hati.

Saya doakan buat teman-teman.

Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────