Friday, September 20, 2019
Cucur udang senang mesra,
Cucur udang nampak gemuk sebab bubuh telur sebagai penaik. Bila goreng cucur udang, ada bau udang tu kira dah masak dalam, bolehla balikkan. Adaptasi dari cucur jagung kak Nor. 😊
CUCUR SENANG MESRA
Cucur lembut dan berongga yang tak perlu tambah penaik pun.
sumber: mysweetlife-nurindah
Tepung gandum 5-7 sudu makan membumbung.
Udang beberapa ekor- ambil isi & dipotong.
1/2 biji Bawang besar - didadu kecil.
Cili merah - dicincang. (nurindah: untuk sedikit pedas dan kepelbagaian 'colour'. Tadi saya guna cili api 2 tangkai sebab cili merah takde 😊).
Telur sebiji dikacau dan ambil setengah je. (nurindah: untuk adunan sikit, saya bubuh telur separuh je).
Daun kucai - dipotong.
Sedikit serbuk kunyit jika mahu- (sebagai pewarna)
Garam secukup rasa (nurindah: cara saya 'test' mesti kena rasa sedikit adunan tu, tak puas, kalu tawar, tapi pastikan kacau sebati-sebati).
Air masak secukupnya sehingga jadi adunan untuk membuat cucur.
CARA:
1. Masukkan tepung dulu dalam bekas.
2. Masukkan kucai, udang, telur, serbuk kunyit.
3. Baru masukkan air masak.
4. Sebatikan adunan.
4. Goreng sehingga sedikit garing.
5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
6. Sedap dimakan panas-panas.
Copyright & copy; 2019
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────