Friday, November 27, 2020

Rezeki, hak, darah daging

Apa yg kita dapat tu rezki, Allah bagi dgn kehendakNya, tapi ada setengah orang fikir setiap benda yg dia dapat tu adalah Haknya. Mesti diambik, direbut, dibolot, sbb haknya. Setengah org, tak mahu masukkan nilai agama dlm dunia, mereka memisahkan dgn berkata nak hidup kenalah ikut hukum dunia, menipu, rampas kuasa, menindas, bab ibadah ikutlah betul2. Apa yg jadi darah daging anak2 kita adalah drpd diri Ibubapa... Berhati2lah.



Copyright & copy; 2020
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, November 26, 2020

Suara

Hari ni, terlihat gambar almond london.
Teringat pelbagai peristiwa. Saya terdiam, lama. Kalau diungkapkan apa yg saya rasa, mereka mengejek2 yang saya mudah terasa, tak sporting, bla bla. Suami kata, biarkan.


Tapi saya... Sebab saya tak buat orang begitu barangkali. Jadi mudah sedar apa sikap yang salah, apa sikap yang betul. Sekeliling saya. Nak orang menjaga hati mereka, tapi mereka taknak menjaga hati oranglain.

Lalu saya sedar. Kita buatlah apa yang kita boleh buat. Biarpun resepi kita, tak sama dengan orang meniaga, begitu, begini, tapi hati saya senang. Saya belajar. Dan boleh menimbang lebih atau kurang.

Bila makin menjadi, suami pun puas hati. Tapi mereka ejek2 juga. Saya diam tak terkata. Makin lama, suara itu makin banyak. Salah saya barangkali tak menolak.

Saya tak suka mengejek orang yg belajar, kerana saya tahu ertinya susahnya belajar.



Copyright & copy; 2020
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, November 4, 2020

Burung, kwsp, sedekah dan syukur

Kena banyak syukur apa yg ada.
Ada duit sikit atau banyak. Yang penting pandai jimat dan tak membazir. Dan banyakkan sedekah. 

Haritu ustaz kat tv3 cakap psl rezeki burung... Ada warga emas bertanya, orang pencen, tak larat dah keja, sakit, Kwsp pun dah habis. Burung lain, kita manusia nak makan pakai, lain. Ustaz jawab, kita contohi Nabi. Nabi wafat umo 60++ tapi tak pernah berhenti usaha. Ikut nabi, nabi sampai tua dia berusaha.

Dan ustaz pesan. Ikut statistik, Kwsp tu memang tak cukup. Sebab tu anak-anak muda jangan membazir. Banyakkan menyimpan katanya.

Ustaz selalu ingatkan penjawat awam supaya kerja bersungguh-sungguh. Syukur. Sebab kamu tak mudah kena buang. Yg banyak company lingkup, dan pekerja kena buang ialah swasta.

Ada soalan lagi. Dia keluar rumah cari rezki, keluar gelap, balik pun gelap. Macam burung mencari rezki. Tp rezeki tetap sempit, ujiankah itu? Jawapan ustaz, antara sebab teruji ialah kurang syukur. Jangan bakhil maksudnya kena banyak sedekah. Bayar zakat perniagaan dan zakat lain.

Ustaz cakap.. Syukr bi kathir. Syukur dgn rezeki yang banyak. Syukur dengan rezeki yang sedikit. Bekerja bersungguh-sungguh.



Copyright & copy; 2020
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────


Karipap frozen je hari ni. Gorengnya kena hati2 sebab ada kulitnya lapis2 macam tu, biar semua garing. 😊. Alhamdulillah, sangat sedap intinya 😊.

Tapi walau camana sedap pun yg saya rasa, hatta makanan saya masak atau beli, saya takkan bagitau en suami dahulu. Biarlah dia merasa sendiri. Walau saya amat tahu, dia seorang yang tak pandai 'judging' makanan, hanya pakar makan 😅, kalau dihirup, nasi tambah2 tu, saya dah seronok.

Ntah berapa kali, lepas orang yang dikenali lepas membaca post saya, katanya di hadapan saya, "Tak sedap pun aku cuba tomyam kamu, tak sedap pun itu tak sedappun ini". Saya senyap. Alhamdulilah en suami suka.. Saya suka. Ada tika, saya bertanya setiap sorang (yang tua sahaja) sebab saya nak buatkan teh untuk en suami, tiba2 ada yang berkata " Tak payah tanya2. Takde sape nak minum pun. Saya senyap. Aku tunjuk beradab, bukan tunjuk rajin. "Alah tak payah nak sentap2". Saya telan air liur. Ntahlah, kita ibu jangan terlalu meraikan anak. Patut larang/halang/tepuk anak yang bercakap begitu. 
Berkata yang baik2, ataupun diam.

Namun, kalau suami atau oranglain kata benda tu masih elok boleh dimakan, tapi kita rasa pun takut sakit perut, jangan bendul sangat.. Kita isteri ni jujurlah, asingkan/buang. Fikir keselamatan keluarga dahulu.



Copyright & copy; 2020
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────