Wednesday, December 22, 2021

40

Pening, nak makan ubat. Dah masuk 40 ni, dah mula ada ubat2. Nak sihat kan. Suami keja kilang, mana ada cuti2 mcm cikgu... Nak dahulukan kita pun tak boleh, tak boleh keluar2 ikut suka, atau pilih cuti mcm dulu2. Dengan kekurangan pekerja sebab covid. Ada weekend, tu je masa berdua atau bagi kerja banyak2 kat dia. Bukan basuh pinggan, cuci baju atau rumah. Keja org laki la, takkan yg berat2, baiki rumah, pun isteri kena buat. Itupun kalu dia tak malas atau tak marah 😄. Short staffed meaning higher workload. 😊

Wednesday, November 3, 2021

Syukur


Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

#NotaNurindah: Untuk gambar di bawah, 😁👍
Sumber pic : komikgeek.

Friday, October 29, 2021

Bertandang

Saya masih beringat2. 
Adab nak bertandang ke rumah waktu maghrib ke malam. Minta maaf sebab ganggu, dan kat luar saja, tak masuk dalam.  Kalu dipelawa pun saya tolak. Sebab bukan sebab nak menziarah, drop by sahaja.

Menziarah elok siang2. Ada Perbincangan pun sebaiknya siang hari. Tak kira kita berpangkat rasa perlu disambut. Rasululah pun hormat isteri yang tertido. Sebab waktu malam tak sesuai, siang hari da sangat meletihkan. Lainla kalau buat Open House, Kenduri.. 😊. Tapi saya kadang terpaksa menerima Budaya keluarga oranglain tolak ansurla selagi tak mengganggu...😊.

Sesungguhnya dalam rumah itu Aurat. Wanita itu ada aurat, lagi2 kalu suaminya tiada di rumah. Ya, tak terkecuali bagaimana wanita itu menutup auratnya di luar pintunya.




 Copyright & copy; 2021
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, October 28, 2021

Merancang tu perlu tak


Hidup ni kena ada perancangan. Tapi, tak semua boleh dirancang...

Macam sebelum ni saya dan husband 15 tahun tido atas tilam, takde katil... Tido style orang jepun. Tilam dari rumah sewa lama. Saya ni penyayang, tapi, ada part kita kena move on. Saya bebel2, cakap kelengkapan bilik ni umpama kewajipan untuk orang berumahtangga. Tapi, saya tak pernah cemburu atau dengki tengok oranglain. Saya sayang, ingatan kesusahan kami masa mula kawen. Sebab manusia ni selalu alpa, lupa, kurang bersyukur, kurang menghargai oranglain.  Yala, macam2 saya hadapi 15 tahun ini, sikap2 orang di keliling. Mana nak ingat jasa oranglain. Baik dengan kita sebab ada makna. Pastu membuli kita yang dah tolong dia. Ok dahla. 

Mendapat katil baru tahun ini, mungkin buat hati ini melayang2. Namun, rupanya perasaan tak excited pun. Saya ingin suami selesa di rumah, seperti dia selesa berkatil di rumah ibubapanya. Tapi saya da terbiasa kot bertilam je. Nak buat camana... Tilam baru ni pun 10 inci, berat 😅. Katil pun tinggi. Malam2 da tak mimpi tikus gigit kaki. Hahah.

Wanita begitu kot, kebiasaan dia.

Oh, tak beli katil dan tilam elok sebab takde duit ke? Hurm. Husband, orang yg mimpinya tinggi. Dulu ada tv kotak, dia tak nak tukar. Katanya nak beli tv digital nanti, blabla. Tapi senyap jugak. Last2 saya suruh beli sebab courts mammoth jual stok last. Allahu, sony bravia. Elokla zaman 10 taun lepas tu. Tutup la sikit mulut orang yg mengata nampak tv kotak kami. Kata kita mcm org miskin tak berduit. Kasar kata2 sebab nak paksa kita beli... Memang ada setengah orang suka cakap kasar konon nak kita improve. Tapi kita tau, dia pun dulu ada tv kotak, baru je beli baru... 😊.

Manusia sering lupa masa dia susah, orang tak  mengata apa, jaga sgt hati dia.

Husband orang melabur kat rumah dan kedai.  Habisla gaji kat situ, nak bantu Ibubapa lg, adik2 belum settle masa tu. Dalam orang sibuk melancong2, gi mekah berkali2, saya lihat je, dengar jelah orang ceramah saya. Bila nak gi mekah ni, tak ingat Tuhan ke? Tanya duit TH brape. Takde duit lagi?  Ya robbi. Rasa nak baling selipar je, tapi muka alim2 orang sejid. Innalillah... Tanya duit orang tu nape?
Bila kita seronok sekali sekala, kata kita ngabiskan duit pulak. Innalillah. Banyaknya toksik yang menyergah hati dan otak ni. Suami sayang saya tak lagi? Bila saya rasa nak ngamuk tak hingat dunia. Hahah.

Gangguan rumahtgga ni banyak. Banyak sangat. Di saat kita lari dari masalah, duk diam2 dalam gua pun, tetap ada. Dari diri kita, anak atau pasangan. Jadi kita rasa kitalah orang paling susah dalam dunia. Kita susahkan pasangan. Susahkan mak bapak...

Hurm ntah apa2. Cakap pasal katil je pun. Jadi cerpen ke bebel tah. 😄. Ok stop. 



 Copyright & copy; 2021
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, February 1, 2021

Impian kecil version pkp 2.0


Dah lama tidak mencatat. Apa khabar semua?

Kadangkala, ia cuma impian kecil. Dari masa tinggal di rumah sewa, sehinggalah berpindah ke sini. Teringin satu bilik tambahan, untuk anak/tetamu. Suami dah lama menghias lantai yg sejuk simen itu dengan lantai kayu. Tapi, kemampuan


terhad, terhad, dan... Syukurilah nikmat Tuhan.

Kelmarin huru hara jugalah. Dalam bilik tu dah ala stor. Barang hardware, kayu kayan lantai, kabinet lama, tilam lama, komputer lama... Hahahaha. Jenuh nak kira dan angkut.

Subhanallah. Satu lagi, katil untuk kami sendiri. First time ada katil sepanjang 15 tahun kawin ni. En suami berkenan yg ada space laci kat bawah. Katil dalam gambar ni muatlah utk 2 orang kalau ada tetamu sebab boleh letak 2 tilam bertingkat. 

Oklah. Saya stop dulu. Sekadar catatan saya untuk kenang-kenangan. Dan 'refresment'. Alhamdulilllah. Moga kita sihat dan selamat mengharungi pkp 2.0 dan bulan rejab nanti. 

😁😘


 Copyright & copy; 2020
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────