Thursday, January 14, 2010

Lempeng pisang gebu :)

Lempeng pisang gebu for breakfast, suka tengok  penkek pisang kak hanieliza. Yang ni, saya TRY N ERROR. Alhamdulillah, sempoi, dan menjadi.


Salam sejahtera, selamat pagi,

Pagi ini, bermula lagi  episod bloging saya. Tiap suatu kejadian ada hikmahnya. Malam tadi, saya dah post SEMUA catatan dan gambar yang dirakam sepanjang beberapa hari ini. Sudi-sudikanlah membaca Episod Melangut 1 - 5  di post bawah nun.  Tak susah bagi saya, kerana, saya dah edit gambar dan tulis diary sepanjang minggu ni. :) Adala, gambar skit2 tentang  kesudahan operasi mengemas saya dari last week , tengok lembu kamben kat Juara Rakyat, kesudahan bunga saya yg beli kat Nilai, masak, dan azam baru saya : Edible Garden.

LEMPENG PISANG GEBU - sendiri

5 biji pisang - dilenyek siap
Tepung  gandum - secukup pisang
1/2 sdt Soda bikarbonat
Air secukupnya - Masuk skit2 sehingga adunan likat
1/2 sdb Gula - bole diabaikan jika ingin hidang bersama madu.

Majerin untuk menggris pan fry
Pan fry leper

Saya guna pisang yang senang diperolehi di mana-mana kedai buah-buahan .Pisang ini berlemak, gebu, dan sedia manis buah. Pisang ni pun, sesuai untuk buat kek pisang. Pisang mas ialah jenis yang paling sesuai, sukar didapati selain di pasar pagi.

CARA MEMASAK :
1. Campur pisang dengan tepung gandum dan soda bikarbonat. Campur tepung skit-skit supaya tidak melebihi pisang.
2. Tambah air ke dalam adunan, sedikit-sedikit sehingga adunan agak likat seperti adunan penkek. Gaul sebati.
3. Tambah sedikit tepung lagi untuk membuat adunan tepung agak kembang, kerana tepung yang sedikit  menyebabkan  ia susah kembang.
4. Masukkan gula jika suka. Gaul sebati. Biarkan sekejap.
5. Panaskan pan leper, lengser sedikit majerin. Guna api kecil.
6. Masukkan 1 senduk adunan, leperkan agak tebal. Biarkan tepung adunan di bahagian bawah sedikit masak, baru terbalikkan.
7. Balikkan beberapa kali sehingga adunan lempeng masak, tetapi tidak terlalu garing.
8. Hidangkan dengan madu dan Teh O.

Tuang sesenduk, tebal-tebal skit

Hasilnya, sedap dimakan panas-panas :)

12 comments:

  1. teringat kat mak k fae pulak bila tgk lempeng pisang nih! waaa...rindunye kat makkkk...

    mak k fae buat selalu campur kelapa skit & letak dlm daun pisang baru dibakar....bau harum semerbak satu umah!

    ReplyDelete
  2. Salam nur...
    Sedap tuh lempeng pisang cicah ngan kelapa parut. Kalu dapat makan camni pagi2, mesti licin 2 keping...hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak fae,
    rindu mak ke? ala, jangan sedey, kak. Insya Allah, akan bertemu nanti.
    oh, sedap makan macam tu? tak penah try lagi. bau daun pisang tu, buat saya teruja lak.

    ReplyDelete
  4. salam kak fzi,
    cecah kelapa? saya dah teruja ni. :)

    ReplyDelete
  5. salam nurindah, sedap lempeng tu - drooling =P~ hehehe...

    ReplyDelete
  6. salam deliah,
    hihi. deliah pandai makan lempeng? saya pun suka. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Nur,
    Dah nampak cam pancake pisang tue... kite pernah juga buat gini sedapp. at least kurang cikit penggunaan minyak.hehehe.... psst, cantiknye gubahan bunga kat bawah sinun. Nur buat sendiri ek... berbakatnye :) kite sangat fail pasal2 susun musun munge nih. tp suke tengok :)

    ReplyDelete
  8. lama sungguh tak buat lempeng ni..
    kena beli pisang lah gamaknya..

    ReplyDelete
  9. lempeng pisang kalu dpt mkn waktu panas2..sedap you

    ReplyDelete
  10. salam ijan,
    Mula2 ingat nak letak nama penkek jugak, tapi seganla, sbb tak macam penkek. hihi. betul, kurang kolesterol. hihi.
    Bunga tu, tengok buku, Ijan. Ada saya sertakan gambar dr buku, saje wat perbandingan. betapa amaturnya saya. kihkih.

    ReplyDelete
  11. salam azrina,
    hihi. saya pun dah lama tak buat. 2,3 arini, dok belasah pisang jer. kihkih.

    ReplyDelete
  12. Salam kak JC,
    betul,betul,kak. sedap dimakan panas2. hihi

    ReplyDelete