Tuesday, January 5, 2010

PUDING KARAMEL


 Alhamdulillah, menjadi. Cuma agak manis. Lenkali, saya nak kurangkan karamelnya.

Salam sejahtera, selamat petang.

Resipi ni, dah lama saya dok belek. Asal resipinya, adunan untuk 30 cawan bekas kecil tu. Saya suka amik resipi kuantiti camni. Senang nak buat bila ada majlis, atau untuk jamu keluarga.

Kami dua orang tak abes makan ni. Tapi, harini, saya buat 2 loyang sederhana besar. Niat nak bagi jiran-jiran. Dah lama tak bagi apa-apa.

Saya nak keluar kejap ni. Nak gi telco n post. Insya Allah, saya akan menziarah nanti. :)

PUDING KARAMEL - sumber, Ismail Jaafar, RASA 06.
( saya ubahsuai resipi ini untuk 1 loyang sederhana besar sahaja . )


5 1/2 biji telur
100gm gula
250ml susu pekat
200ml susu cair
125ml air
1/2 sdt esen vanila

CARA :
1. Didihkan air di dalam pengukus di atas api yang agak besar.
2. Ambil bekas, pecahkan telur, dan pukul telur hingga sebati.
3. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau.
4. Masukkan perisa vanila. Kacau lagi
5. Masukkan air. Kacau sebati.
6. Lepas tu, panaskan gula dengan api sederhana untuk dijadikan karamel.
7. Masukkan karamel ke dalam bekas tahan panas.
8. Tuang adunan telur tadi ke atasnya.
9. Kukus selama 50 minit - 1 jam.


Habes la, meliuk-lintuk masa nak angkat. Dugaan betul. huhu.


Jom minum petang...!


10 comments:

  1. nur,bak sepotong....nak buat minum petang nih.

    ReplyDelete
  2. Jom minum petang Nur!!! Love is here already...:)

    ReplyDelete
  3. Alang2 jek tengok 5 1/2 telo ek nur..kalo bubuh semua jadik gak kot ek?hehe..memandai je akak nih... mmg dugaan nampak tuh nak angkatnya..kalo buh dalam bekas kecik senang nak makan kan..tapi banyak nak cuci..hehehe <kata2 org 'rajin' :P

    borak2 gak nur,akak nyer sepotong mana? kalo nak bagi seloyang pun jadilah...haha

    ReplyDelete
  4. Salam kak maria,
    hihi. nak hidang air apa kak?

    ReplyDelete
  5. Salam kak watie,
    Nganga....zup masuk. ihi

    ReplyDelete
  6. Hi kak Love,
    Nak minum apa, kak? bole order. ihi

    ReplyDelete
  7. Salam kak hasue,
    Hahaha. Alang2 ya kak...
    Asal adunan tu guna 11 biji telur. huhu. Terpaksa tulih ikut resipi asal, tapi setengah adunan jer.
    Bole try n error. ;)

    ReplyDelete
  8. Nur... rajinnya...nampak cantik banget...I like

    ReplyDelete
  9. Salam kak JC,
    Kiki. puding karamel versi ni, agak senang,kak. itu yang pulun buat sampai 2 loyang. hihi

    ReplyDelete