Thursday, January 21, 2010

There is no cake : Pulut kuning umi_e, Telur masak kari pekat Love, puding laici


Hidangan pulut kuning. Brownies dah abes dijamu kepada officemate My Hubby. My Hubby kurang makan benda manis. I don't know what to give to our neighbours, but i've made this. Pulut Kuning... :)

Tengah cari resipi kari tanpa santan, jumpa resipi kat rumah kak Love.  Telur rebus masak kari pekat. Saya kopipes resipi kat sini.Ada beberapa bahan tak bubuh, sbb dah abes. Tapi rasanya sedap, bole calen kari kedai mamak. hihi. Izinkan saya paparkan di sini,ya. 

Telur Rebus Masak Kari Pekat - kak Love

Bahan2nya :-

* 4 biji telur ayam ~ (Nurindah:saya guna telur rebus)
* 3 ulas bawang putih ~ diketuk
* 1 cm halia ~ dicincang
* 1 bawang besar ~ dihiris
* 2 biji cili hijau ~ dihiris
* 1 tangkai daun kari
* sedikit halba campuran
* 2 biji ubi kentang ~ saiz sederhana (dipotong 4)
* 1 biji tomato ~ dipotong 4
* 2 sb serbuk kari ikan
* 1 sb serbuk cili
* 1/2 serbuk kunyit
* sedikit jus asam jawa
* 1.5 cawan air ~ ikut suka (Love suka klu kari pekat)
* garam secukup rasa
* minyak masak

Cara2 memasaknya :-

1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang putih, halia, bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ubi kentang, jus asam jawa dan air. Tutupkan kuali...biar mendidih dan ubi kentang masak.
3. Kemudiannya, masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, tomato dan garam. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekali lagi.
4. Apabila dah cukup rasa, masukkan telur tadi. Kacau mesra, biarkan seketika dan padamkan api. Sedia dihidang. ;))

Saya takde pati santan, terpaksa ganti susu cair. Jadi kurang cantik pulut saya. Tapi, Alhamdulillah. dah selamat masuk peyut... bila kurang lemak ni, agak sesuai jugak wat dinner. cepat kenyang...hihihi. Saya kopipes resipi umi_e@MYR. Izinkan saya kongsikan di sini,kak...

PULUT KUNING - umi_e@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• 4 cawan beras pulut
• 1 tin santan (400ml) - jgn campur air
• 1 sudu teh kunyit serbuk
• garan secukup rasa
Cara-cara
1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning
2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Guna pulut paket jer. Cepat lembut. Rendam 1 jam lebih jer. jadi, kuning macam nasi minyak lak. hihi..Ini baru masak. Tengah sejukkan.
 
Ini dah siap pack untuk jiran2 kami. Bagi jiran dekat pintu jer. :)

 
Ini puding laici. Susu cair, saya ganti air soya. Maka jadila puding laici soya. Ahaks...resipi kat sini

Dapat dalam 6 mangkuk penuh. :)


Tak lupa terima kasih banyak buat semua yang menitipkan ucapan sempena anniversary kami  dan birthday Hubby. Salam sayang....


14 comments:

  1. Hi Nur...whoa ur curry looking really delicious lor! Tks for trying the recipe n ur compliments! hehee ;)

    Love dah bawak bekas besar2 nih! Nak tapau semua di atas...dun forget those lychee puddings! nyum nyum!

    ReplyDelete
  2. salam...hepi aniveseri...wohohoho best nampak kari teloq tu...

    ReplyDelete
  3. Salam Nur...sedapnya semua...pulut kuning tu sib baik dah abisss kalu tk ngan tk malunya akak ngendeng..hihi fave tau pulut2 ni..

    ReplyDelete
  4. Salam nur...
    Akak ada explain pasal malam tadi dalam comment box di pkasih...nur baca kat sana ek..hehe

    mmm...bestnya pulut kuning nur tuh... tak dapat le akak rasa...huuu

    ReplyDelete
  5. nur,minta sikit pulut kuning tu,sedapnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Nur,
    Aish cemano boleh tak perasan birthday hubby Nur lak semalam.hehehe... anyway, happy belated birthday to him... and again, happy anniversary. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati dengan kasih sayang yang berpanjangan :)

    ReplyDelete
  7. salam nurindah, nak sebungkus - kita ni kira jiran gak (jiran blog) hehehe

    ReplyDelete
  8. Hi kak Love,
    hihi. your curry memang sesuai ngan My Hubby yg kurang makan kari bersantan. bekas besar? hihi. dah abes kak...

    ReplyDelete
  9. salam alimaz,
    terima kasih, terima kasih. kak masak apa yg ada...hihi

    ReplyDelete
  10. salam kak JC,
    wah, faveret ke? saya pun suka. hihi

    ReplyDelete
  11. salam kak fzi,
    hihi. saya dah baca. takpe kak. saya pun main terjah jer kat bookworm tu...hihi

    ReplyDelete
  12. salam ijan,
    terima kasih. Insya Allah, berpanjangan...amin..:)

    ReplyDelete
  13. salam deliah,
    hihihi. ala, saya buat sikit2 je. nanti kita wat lagi ya?

    ReplyDelete
  14. salam kak maria,
    suka pulut kuning kak? saya pun...hihi

    ReplyDelete