Wednesday, June 23, 2010

Pau Gebu Kak Ton

Salam sejahtera. Pau kak Ton. Lepas dibiar 45 min, nampak biasa jer. Dah masak, segedebak! hahaha. Pau gebu yang memang gebu. Gebu dan lembut jer, walaupun dah sejuk. tapi lagi syok makan panas2 la.. :D Ini juga sesi menghabiskan filling kelmarin. Saya masukkan inti banana, dan choco melt tu. sedap tak? hihihi. Saya menguli dengan tangan jer. Untuk dapat struktur yang licin, mesti uli sampai adunan lembut dan nampak licin. Lenguh jugakla.:P Kalau nak senang, uli doh ngan stand mixer. :P Ia masak tepat2 masa My Hubby balik, bila dia makan.. katanya sedap, sebab inti tu tengah cair agaknya. biasa kalu dia kurang suka, dia diam jer. :D.


Yang ni inti Chocomelt. My Hubby suka yang ni.

Yang ni inti pisang . Baru perasan, saya terlebih pekat pisang ni. kalau cair skit memang meleleh air mata dan mulut saya... hahaha..


PAU GEBU KAK TON - Sumber kak Ton, MyR. Kopipes dari blog Ika, bangkok. Ika ada buat versi tepung gandum, dan terbaru versi tepung pau Thailand. Terima kasih buat kak Ton dan ika, halalkan resipi ya :).

Bahan-bahan ( 10 biji ) - Pau ni agak besar, kalau nak makan skit, buat separuh adunan jer. :D

* 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau - diayak (Nurindah: saya guna tepung superfine MFM) (Pakai tepung gandum pun boleh)
* 3g (3/4 sudu teh) yis kering
* 2g (1/2 sudu teh) baking powder
* 50g (4 sudu makan) gula castor
* 20g (1 sudu makan) lemak sayuran (Nurindah: takde, saya ganti minyak jagung)
* 2g (1 sudu teh) bread softener
* 1/2 cawan air suam.


Cara-cara

1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat dan licin.
4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
8. Masukkan inti dan tutup kemas.
9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
14. Selamat mencuba...




10 comments:

  1. huiii..tembun nya.. naik cantik lah Indah.


    sabar-sabar..

    ReplyDelete
  2. uiii..gebusnye..rasa lapar lak ujan2 ni..makan [panas2 ni, nikmat nye...

    ReplyDelete
  3. salam nur..putih melepak pau tu..sedap2x!nak inti kelapa ada?....eh,eh,melebih2 plak-ngeee :)

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba nak pergi pasar malam cari pau.....nak buat sendiri tak mahir!

    ReplyDelete
  5. Salam nur...
    mmmm... gebunya nampak pau tu nur... putih betul pau kalu pakai tepung pau kan nur... cam akak selalu wat pau stail kampung je, pakai tepung biasa je.. :)

    p/s... tak gi pasar malam, malam ni nur? Akak duk teringat2 ayam Uncle Bob.. jom pasar malam! :)

    ReplyDelete
  6. Salam kak rina,
    memang bam bam pau ni, kak. hilang penat saya menguli.... kahkah

    ReplyDelete
  7. salam kak catlina,
    makan panas2, time sejuks2 ni, pastu air teh.. oh..

    ReplyDelete
  8. salam deliah,
    wah, saya pun baru terbayang2 inti kelapa, sama la taste kita . hihi

    ReplyDelete
  9. salam ckLah,
    saya pun baru second time buat. tak susah kak. guna stand mixer laaagi cepat. hihi

    ReplyDelete
  10. salam kak fzi,
    saya tak tau kak. nanti nak try gun atpung gandum pulak .lagi ekonomi kan?
    malam tadi tak gi pasar. My Hubby malas gi time ujan rintik2. ayam uncle bob tak penah beli... kalu buat ayam tu buat ciken chop sedap tak kak?

    ReplyDelete