Kerana saya masukkan inti pisang ni terlalu ciput, sebab takut meleleh... tengok, banyak bahagian kek yang bole saya sumbat inti lagi tu. hu, nyesal tak sumbat banyak skit. Akhirnya, saya letak balance inti pisang tu kat tepi, kita cicah ya... hahahaha...
CHOCONUT MELT AND BANANA FILLING - Sumber majalah Sedap bil 8 2009
Bahan KEK: (6-8 biji cup cake)
75gm mentega
75gm gula pasir (saya ganti 35gm gula kastor)
2 biji telur
1 biji kuning telur
75gm tepung gandum
100gm dark chocolate - double boil untuk cairkan
CARA:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Inti choconut mesti disejukkan dalam peti ais.
2. Untuk kek, pukul mentega dan gula sehingga lembut. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan dikacau rata. Masukkan coklat masakan yang siap cair. Kacau sebati.
4. Tuang setengah adunan ke dalam bekas kek cawan, atau acuan kek cawan yang disapu majerin. Saya menggunakan acuan muffin hitam non stick.
5. Sudukan inti coklat yang telah beku. Tutup dengan setengah adunan lagi.
6. Bakar selama 25-30 minit dengan suhu 160 - 180c. Untuk bekas hitam non stick, saya setkan suhu 140c.
Bahan Inti Choconut: (untuk 6-8 cupcake)
75ml krim pekat ( saya guna jenama Pauls, thickened cream)
75gm dark chocolate - dipotong kecil
100gm mentega kacang
CARA:
1. (Secara double boil) Panaskan krim pekat. Masukkan potongan coklat masakan. Kacau rata hingga coklat cair. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah itu, pukul lagi hingga kembang dan sejukkan semula.
Bahan Inti Pisang: (untuk 6-8 cupcake) Asalnya resipi kek moka dan inti pisang.
15gm gula pasir (saya ganti gula kastor 1/2 sdb)
100ml susu cair
25gm pisang emas - dilecek halus (saya guna rastali)
5gm tepung jagung
1 biji kuning telur
25ml krim pekat (saya guna jenama Pauls, thickened cream)
25gm coklat masakan putih - double boil (saya guna coklat warna oren, perisa oren)
5 titik esen pisang
CARA:
1. Goreng gula pasir tanpa minyak. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga gula larut. (saya larutkan skali gula kastor dan susu)
2. Masukkan pisang. Kacau hingga larut.
3. Masukkan tpung jagung, kuning telur, krim pekat, coklat masakan yang dicairkan dan esen pisang. Kacau hingga pekat. Ketepikan.
salam nur..nampak sedap semua tu..esp kek2 coklat tu-terus sy lapar sgt3x-klu bjiran, dah tntu sy ketuk pintu utk isi perut yg dok hiphop ni :)
ReplyDeletesalam nur
ReplyDeletekiut n sedap nampak nye..jamu mata jelah akak ni sbb angin malas lah skg ni..
Hrrmmm...semua nampak sedap....!!! Tambah2 sejuk2 kedinginan sebab hujan seharian...!
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeleteNampak best ni ada filling pulak lagi. Along masuk list dulu ya, tp tatau bila nak buat.
salam deliah,
ReplyDeletekek coklat tu lembut, deliah. hihihi. takpe,takyah ketuk pintu. saya tapaukan. :D
salam datinel,
ReplyDeletewah kak... lama cuti2. windu...
takpe, rehat2 dulu. :)
salam kak watie.
ReplyDeleteyalah kak... dari pagi hujan, kan? rasa nak makan benda sjuk2.. hihi
salam kak roz,
ReplyDeletesaya pun suka,kak. takpe, slow2. saya pun berderet list tu... tak larat nak buat. hihihi..
Salam, indah ni fulltime housewife ke?
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeletenampak sedap betul tu..nanti kRina nak cubalah..
kalau jd kRina bgtau ek..
Salam Indah,
ReplyDeleteTak pernah try lagi buat kek cam gini. Kak Sweetie tak reti lah sangat. masih belajar ni, ceduk sikit-sikit dari blog2 masakan yg kak sweetie follow.
sedap nye nur..mcm twiggies gardenia lah ada filling ni :)
ReplyDeletesalam che mid,
ReplyDeleteya, dulu kerja tadika. skrg tanam anggur kat rumah, jaga bisnes online :D
salam kak catlina,
ReplyDeleteer.. twiggies yg roti bersalut coklat kan? ntahlah, saya pun dah lupa. hihihi
salam kak rina,
ReplyDeletekek dia tak susah. filling tu leceh skit, hihi. sedap.. inti banana buat cair skit mesti dia meleleh punya, yum yum...
salam kak sweetie,
ReplyDeletekek tu sangat senang kak. buh filling apa2 pun boleh :)