Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ubi. Show all posts
Showing posts with label ubi. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Karipap Inti Keledek



Salam sejahtera,

Ini karipap inti keledek. Dah berkurun lama tak buat karipap. Terliur bila jumpa keledek besar-besar kat pasaraya haritu. Tapi belum tau nak buat apa. Tak patut kan? hehe... Siap kopek dan simpan dalam petiais... seminggu. Punyala takut rosak. Isinya oren... fuh!! Akhirnya, 2 hari lepas, potong-potong keledek ni, untuk buat inti Karipap.  Buat waktu malam lak tu. Tetapi, memang mudah.

Kulitnya baru buat hari ni. Pastrinya rangup, intinya keledek. Saya mencari resipi yg siap dgn inti keledek, dapat resipi Ros Jintanmanis. Waduh... sedap! Kulitnya rangup, tapi tidak menjemukan. Dan 3 biji dah saya telan. hikhik...  Tetapi yang saya buat, tak secantik ros punya, maklumla lain airtangan.. hehe.. Terima kasih ya Ros. Mitak halal akak share kat sini...









Ok, tayangan gambar last hari ni.. ihiks..


KARIPAP INTI KELEDEK JM
Sumber: Ros, Jintanmanis.com

Doh Untuk Pastri Rapuh

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam) - Nurindah: saya guna isi ayam
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



 

Tuesday, May 17, 2011

Bengkang Ubi kayu atau Bingka ubi kayu watierman



Salam sejahtera,
Moga teman-teman sihat-sihat semuanya. Bab masak, Alhamdulillah, berjaya juga buat bingka ubi kak watie. Rindu betul kat dia. Dah lama tak tengok bekal kak watie awal pagi. Saya pun dah lama tak spend masa awal pagi. Rindu pulak nak BW, 'blogwalking' awal pagi. hikhik....

Ubi kayu ini diberikan oleh Mertua masa balik haritu. Mula-mula telan air liur jugalah, sbb saya bukan rajin nak buat kuih. Tetapi anggap saja satu cabaran. Eh... senang je buat kuih ni rupanya. ihiks...

Saya gantikan santan dgn susu, kerana malas nak gi pasar beli santan. Mr hubby bukannya bersungguh-sungguh nak makan kuih, macam tekak saya ni. Jadi, tak payahla nak mintak en hubby susah payah beli santan bila balik kerja.  Bila dah sedia dalam pinggan, dia makan juga. Siap saya bekalkan ke office. Ok tak bang? hehehe....  Mitak halal dan copy resipi kat sini ya, kak watie. Cayang kak..!




Ubi yang siap diparut. Sebatang ubi jer ni. Hati-hati, jangan calar balar tangan tu. hehe...

Adunan ubi kayu parut yang siap untuk diletak dalam bekas pembakar

Siap dibakar... namanya jadi Bingka Ubi. :D





BENGKANG UBI KAYU/ BINGKA UBI KAYU
Sumber: kak watie, watierman

Bahan2 yang digunakan:

•1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
•1/2 cawan gula pasir
•1/2 sudu garam
•2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
•1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
•sedikit margarine atau butter
•beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

•Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air
•Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
•air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
•campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
•masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
•kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
•sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah
•Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
•dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
•Bakar selama 45 minit - 1 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
•Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....



Wednesday, October 20, 2010

Kuih dari keledek...


Salam sejahtera,
Menu malam tadi, tak mo tunjukla, tak comey... Ala, ikan goreng, sayur taugeh, dan masak lemak telur masin. Dah balen2 peti sejuk. Dalam esbok cuma ada daging yang kejung, campur telur yang baru dibeli. Tengokla jadi apa.. Breakfast pula, Cekodok campur Tepung + udang balen + bawang + telur + baking powder + cili merah cincang. Makan ngan sos Cili Thai.. Kuih di bawah, baru buat... Saya nak Frozenkan. :)) Adunan dari keledek ni, main campak2 jer berdasarkan prinsip2 dari Resipi Bebola Keledek MamaSyipah. :)) Alhamdulillah, lembut, sedap dan mencairkan hati. Saya ADA BUAT TAMBAHAN sikit, iaitu 1 sdk majerin, untuk mmberi lebih rangup. Lihatlah aksi-aksinya ya... Nak tengok Jenis Ubi, Resipi, dan Cara.. KLIK SINI. Tak lupa, terima kasih buat Mamasyipah kerana berkongsi resipi. :))


Macam2 versi boleh dibuat dari adunan ni. Gembira hati.. :))

Di antara step nya..

BEBOLA KELEDEK berinti kacang merah

Rupa bebola sebelum digoreng..

KUIH CEK MEK MOLEK yang mencairkan hati dari adunan yang sama.. Cek mek ni, my faveret masa panas2..uish..panas..!

Rupa kuih cek mek sebelum digoreng...

Nak Frozen kan. Yang Cek mek tahan sehari jer... kang air gula menyerap dalam doh. Pastu yang bebola macam cucur badak tu, intinya kacang merah readymade. Tahan... Intinya ada dijual kat bakeri nu..



Thursday, July 29, 2010

Menu 8: Bebola keledek,





Salam sejahtera. Menu lepas juga. Sekejap jer buat kuih ni. Aritu saya ternampak Mamasyipah buat bebola keledek ni. Sungguh cantik kuihnya. :)) Ubi keledek pulak terperam kat dapur. hihi. Resipi yg senang, guna tepung skit jer. Intinya saya gantikan dgn inti kacang merah, sbb my hubby kurang suka ngan gula terpancut tu. hihihi. Agaknya inilah sbbnya saya jrg buat cek mek molek. :D. Sempat share ngan jiran2. Alhamdulillah, walaupun buat skit, mesti share2 jugak. Moga diaorg merasa resipi yg sedap ni. ;). Buat Mamasyipah, terima kasih daun keladi kerana sudi berkongsi resipi. Adunan keledek tu sungguh sedap dan lembut. :D Update 13 okt 2010: Versi Adunan Bebola Keledek mamasyipah ni boleh dipelbagaikan spt, Cek Mek.. memang lembut ! :D KLIK SINI untuk versi terbaru..

Jenis ubi yang saya gunakan. Tak tau namanya. Sori ek..

Saya lenyek ubi dgn alat ni, yang orang grill daging burger tu... tapi saya suka juga tumbuk ngan lesung. Terasa seninya... kihkih.

BEBOLA KELEDEK
Sumber: Mamasyipah.

BAHAN BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek merah (Nurindah:saya timbang sebelum rebus, belum buang kulit dan plus 20gm)
40 gram tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula pasir (Ini untk inti - Nurindah: saya ganti inti kacang merah readymade)
sedikit gula aising (Ini utk salut bebola tu skit2)
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Ubi keledek di buang kulit, potong
kecil2 dan di rebus hingga empuk.
2. Lenyet hingga halus, masukkan tepung gandum dan garam.
3. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan masukkan sedikit gula
bulat2kan.Buat hingga habis
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.
6.Toskan minyak ,tabur sedikit gula aising diatasnya.
Siap untuk dihidang.
Nota Nurindah: Seeloknya biarkan skejap doh tu, supaya nanti bila goreng, ia kembang bulat. Dan panaskan minyak panas dulu, baru masukkan bebola ni, spy ia tak melekat kat kuali.


Frozenkan.... Untuk kemudahan di hari esok... :)))

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers