Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, December 3, 2016


Terbaca post seorang sahabat fb yang baik.
Baikkah jika kita mengharapkan kasih sayang Allah apabila kita berbuat baik kpd manusia.
........

Hakikatnya, semua orang harapkan begitu.
Kita minta Allah pandang amalan kebajikan kita.

Tapi jika malang yang datang bertimpa-timpa, tak boleh kecewa.
Kena teguhkan perasaan positif dan jauhi orang2 negatif. Terutama orang yg kata amalan kita tak Ikhlas, rezeki kita tak Berkat.. kaffarah..
Tapi, tak boleh sangka semua orang nak jatuhkan kita. Itu dah fobia namanya .


Bila nampak senang, kitalah yang mendengar masalah mereka. Kitalah yang jadi orang harapan.
Bila susah, orang hanya mahu menyalahkan kita dan tidak menyokong kita.

Kami dah banyak kali mengalami keadaan ini. Kadang2 suami down dan jadi negatif, saya positifkan. Kadang2 saya negatif dan terlebih down, suami positifkan.
Carilah juga kawan kelompok positif. Bukan yang buat kita menurut nafsu.

Kerja kita hanya membaiki Amalan kita.
Hanya Allah lebih kenal kita.


Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, September 20, 2016

Boomerang


Salam buat semua,

Banyak betul hal-hal yang berlalu. Blog ini pun hendak dibetulkan. Kadang-kadang saya rasa ada vi-rus. Betul ke? Saya masih tiada kesempatan untuk duduk dan memperbaiki blog ini. Berblog, tidak sesukar facebook dan lain2 yang perlu di update sentiasa. Masih ada kelonggaran di sini.

^__'

Sejak website dah upgrade dan tukar nama domain, saya masih berkira-kira nak tukar kepada bisnes apa. Saya tak suka mengikut TREND. Trend cepat sangat berubah. Trend hanya sesuai untuk orang yang mempunyai modal tinggi dan pelan 'short term'. Untung 'short term' pun tinggi. Macam main saham CPO juga.

Saya tidak pandai begitu.

Memang orang kutuk, orang tak puas hati sebab nampak KAMI tak kaya-kaya pun. Eh, kaya hati pun kaya juga kan? EHE..

Orang yang paling dekat dengan kita pun boleh merudumkan semangat kita. Mereka cuma mahu nampak hasil, seperti dia boss kita pulak. EHH?

Saya berhenti dulu... :) Moga dilimpahkan rahmat buat semua.

Nurindah: Mencari semangat seperti boomerang!!












Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, September 13, 2016

pesan


Mama dan juga arwah abah saya, orang2 kampung. Arwah abah saya orang tua veteran, memang banyak pesan orang tua2. Mama saya pula muda 20 tahun, banyak mengikut saja. Memang susah juga cara abah, contohnya tak mahu guna santan perah beli. Nak saya mesin kelapa, perah utk masak. Suka gulai2 je, masak air tak mahu. Nak lalu, jalan depan menunduk, kalau boleh lalu belakang.. Macam2 lagi lah.
Bukan senang nak sukakan hati arwah abah.. Dengan mama juga. ☺ Tapi itulah kenangan zaman anak dara. 💓

Tapi saya beringat dari kecil , walau setinggi mana kita belajar, sebanyak mana pun duit kita, walau sesibuk mana.... Kena masuk Dapur. Juga kena tolong kerja2 rumah. Walau tak pandai buat, tolong mana yg pandai. Ringankan beban oranglain.

Ada anak kecil, jangan suami isteri asyik belek anak kecik. Pandailah kawtim bergilir jaga anak, jaga hati orang sekeliling. Jangan anak tidur, kita tidur bersama.

Rumah kita rehatlah puas2, peduli hal kita sahaja . Rumah parents jangan begitu.

Tolong itu tanggungjawab, bukan sebab kita takde kerja lain nak buat .. Makanlah vitamin utk tenaga.

notaHatiNurindah: Saya berpesan adik2 perempuan saya begitu. Mereka juga isteri seseorang.


Copyright © 2016




╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, September 9, 2016

Semangat berkasih sayang, semangat berkorban. Salam Idul Adha :-)


Semangat berkasih-sayang.
Masa raya ni, akan kelihatan dan akan timbul dalam diri.. Sifat kita para wanita, lebih bersemangat hendak sediakan masakan dan mengemas rumah lagi (selepas hariraya puasa yg lalu), apabila teringat mereka yg kita sayang.
Kadang-kadang, semangat itu ada apabila melihat semua orang membuatnya. 😀

Tidak semua semangat itu dihargai.
Tidak semua masakan kita disukai.
Tidak semua deko kita dipuji.

Niat Lillah..
Niat Lillah..

Hari raya bermaksud gembira, dan memberi. Biarlah kita rasa tiada orang mahu mengambil tahu perasaan kita, tetapi kita gembira memahami perasaan oranglain.
Biarlah orang hanya mementingkan apa yg dia mahu, tapi kita mengambil prioriti juga kehendak orang sekitar kita. Biar dicakap secara langsung atau dgn bermasam muka ☺. Jangan lupa juga prioriti kita sendiri.

Nak buat camana, Takkan kita nak lihat orang2 di keliling kita merungut-rungut, marah atau bersedih di Hari Raya yg Allah kurniakan ?

Mungkin kita bukan orang begitu. Tapi ada orang yg begitu. Terlalu memikirkan apa yg dia hendak, berbanding memikirkan ia Hari Raya.

Niat Lillah..Lillah...

Selamat Hari Raya Idul Adha buat teman2 dan followers. Moga kita berkorban nilai2 yg tidak baik dalam diri kita, berkorban yg dalam kemampuan kita, berkorbanlah tapi letakkan juga prioriti kita. Sebagai Isteri... sebagai Ibu.... Sebagai anak...



P/s: Zaman ini, jika tak beritahu kesusahan kita, orang mudah bersangka buruk. Jika beritahu kesusahan kita, mereka boleh viralkan. Jagalah diri dari sifat menyebarkan. Wanita yg baik, yg tidak menyampaikan sesuatu yg wanita A cakap kpd wanita B. Jika ia menimbulkan perbalahan dan fitnah.





Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, June 28, 2016

3 bulan ke depan.


Kita nak hidup, nak berbelanja, bukan pada waktu raya je.

Tanya orang lain, dah siap semua kelengkapan raya? Settle semua dah. Antara sebab, semuanya beli. Nak angkut semua beraya kat kampung.
Raya sana nak beli. Raya rumah sendiri pun kena beli juga. Tak pun rumah sendiri kena tutup pintu 😂.

Dah merasa masa rumah masih dlm proses membaiki. 4 tahun lepas. Kami beli rumah terbengkalai, dan hubby nak cepat2 pindah SEHARI sebelum raya.
😅😅.

Kawan2 hubby asyik tanya dah pindah rumah baru? Then round dari depan sampai belakang rumah.😰. Berpeluh saya. Hubby senyum je sbb tak rasa apa2 yg pelik. Cool.

Saya asyik touch-up di ruang sana sini. Hubby cuma maintenance bila perlu. Sampai sekarang tak sudah2.
Saya fobia dgn musim raya. Hahhaa... Jangan hairan.

Musim raya, bagi saya sekarang.... ada duit lebih. Selain bayar hutang, ia masa utk shopping barang masak dan rumah utk 3 bulan mendatang. Jimat dah 3 bulan utk sabun pencuci, makanan tin, beras, rempah ratus, bihun, minuman kordial.

Jadikla utk SEHINGGA lepas raya Haji. Cuma duit bahan2 basah je kena sedia.
EH? Jauh sangat fikiran.

😄 Hanya wife je yg tau. Musim pra ramadhan to raya, barang2 letrik murah dari bulan lain dlm setahun. Barang masak dan rumah agak murah dari sales bulanan dan clearance. Hidup kat bandar terpaksa survive camni.

Ini khas utk orang yg TAK amalkan ansuran perabot , ansuran barang rumah.

Kita nak hidup, berbelanja bukan pada waktu raya ni je. lepas raya pun kena ada belanja rumah. Ada duit lebih, settle semua. Simpan duit nak bayar loan bulanan, dan bahan basah utk memasak setiap minggu.

Moga Allah permudahkan kita para isteri, semuanya. Amin!

notaHatiNurindah : Sejak abah meninggal, dan mama juga berkahwin lain... saya tidak beria sangat nak balik besut. Dulu adik2 bujang, sekarang ikut suami . Saya tak pun desak adik2 kahwin cepat and want them happy. They have made their choices, right after mama married. May Allah bless. Hati seorang Kakak... biasalah! Risau selalu 😄.

ITak apalah jika keadaan dah tak sama. We have Allah to make it right dan membahagiakn. Trust Allah!


Copyright © 2016

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, June 9, 2016

Nasi tomato 2

Salam 4 ramadhan 1437, :)
2 ramadhan, berbuka dengan masak nasi ayam ala my MIL.
3 ramadhan kelmarin, kami berbuka dengan nasi tomato dengan daging masak merah.
Kedua-dua hidangan tak sempat ambil gambar. :).
Sahur Alhamdulillah, sikit atau banyak masih sempat buat.

Hubby, kalau nampak nasi ayam ala maknya berselera dia, memang laju jer. Tak sempat nak ambik kamera pun.... Alhamdulillah. Kalau teringin nak tengok resipi versi nasi ayam saya klik sini : http://mysweetlife-nurindah.blogspot.my/search/label/nasi%20ayam.



Daging masak merah versi saya di atas diganding dengan nasi tomato. Hasil yg diperbaharui :D. Ada lebihan sambal nasi ayam kelmarin.
Rebus daging dahulu, hiris kecil.
Saya kisar bawang merah dan putih, tumis, masukkan sambal nasi ayam tersebut, biar sekejap.
Tambah sos tiram, sos tomato dan sos cili  sukatan yang sama. Biar nampak pecah minyak.
Masukkan air secukup kuah dan daging, sedikit garam. Biar sebati.

( Sos cili nasi ayam: resipi: My MIL, hasil mengintai di dapur :)   5-6 biji cili besar dibuang biji,  5-6 biji cili padi, 1 sdm sos tomato, 1sdm sos cili,  sedikit gula,  secubit garam, 2 ulas bawang putih, sikit air.  Cara: Kisar semua hingga hancur.
sdm=sudumakan )

Nasinya tak sempat diambil gambar, tetapi ada gambar dari entry lama saya untuk dijadikan rujukan dan resipinya daripada chef Hanieliza.


<"____">


                Gambar LAMA nih! Gambar baru tak ada. Nasi yang guna buah tomato, bukan paste.


NASI TOMATO
RUJUKAN : http://hanieliza.blogspot.my/2009/01/nasi-tomato-n-gang.html
Saya tak ikut sepenuhnya, cuma rujukan.

VERSI  mysweetlifenurindah:

Air rebusan daging 2 1/2 pot.
1 1/2 pot  Beras basmathi direndam (saya guna beras basmathi parboiled).
Bawang merah 2-3 biji - dihiris.
Bawang putih 1-2 ulas - dihiris.
1 batang serai diketuk.
1 helai daun pandan.
1 sudumakan majerin planta.
1 biji tomato - didadu.
Garam.

Panaskan majerin dalam rice cooker.
Tumis bawang merah dan putih serta serai.
Masukkan beras, buah tomato, daun pandan. Saya tambah sedikit hirisan daging. Kacau sekejap.
Masukkan air rebusan 2 setengah pot.
Tambah garam secubit.
Masakkan nasi.




 Copyright © 2016



╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

2 ramadhan 1437



Ini sahur pagi 2 ramadhan yg lalu. Daging ayam goreng bawang, balance berbuka ayam masak kicap, ikan jeruk goreng... 👍. hehe... Sayur bayam nak buat sayur masak bening, terlupa nak potong bawang-bawangnya, terus saya celur. Alhamdulillah, suami kata sedap bayam celur, jadi ulam.




Alhamdulillah, tahun ini ada perubahan. Untuk sahur saya dah tak guna rice cooker, tanak nasi guna periuk biasa 1 pot: air 2 suku. Dah hampir kering nasi, kacau, tutup periuk dan kecilkan api. Biar masak. Air susu panas pula buat sorang satu, guna thermos mug ni. Kemas2 kabinet haritu jumpa mug hadiah ni. Air susu buat awal2, minum lepas makan pun masih panas.
Pinggan biasalah, masih campo2.. tak cantik 😅.

<"____">



Copyright © 2016




╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Daging masak merah kak yani




Daging masak merah hari pertama ramadhan yg lalu. Saya tuliskan utk nota dan catatan. Alhamdulillah, suami berselera makan hari pertama tu. Asyik ulang ambik lauk ni 😁. Saya guna daun limau purut yg besar dan tua, wah...baunya menyerlah!
Saya pernah terpandang seorang wife pilih daun limau dekat kaunter bayar di kedai runcit, dia ambil bahagian pucuk yg daun hijau2 muda. Allah... saat itu saya rasa sangat rezeki Allah beri pokok limau purut kecil yg saya beli hidup dan membesar. Tak semua pokok yg kami tanam menjadi. Alhamdulillah..

Bahan memang ada dalam peti sejuk, cuma ikut sukatan sosnya.
Terima kasih kak yani.

sdb=sudubesar. Saya guna sudu makan je.
Daging direbus dahulu.

Oleh: mysweetlifenurindah
Sumber : kak Yani myresipi,
( dari buku Jom berjimat memasak lauk-pauk ms 43 , MPH)

Daging Masak Merah

1/2 kg daging
4 sdb sos tiram
4 sdb sos cili
2 sdb kicap pekat manis
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 helai daun limau purut
1 biji cili merah
sedikit garam
sedikit gula
1/2 cawan air
nurindah:Boleh tambah cili padi kalau mahu.

1. Potong daging dalam ketulan besar. Bersihkan dan rebus sehingga empuk.
Sejukkan daging sekejap dan hiris nipis.
2. Ketuk bawang putih, potong bulat bawang besar, hiris cili merah, dan carikkan daun limau.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Panaskan dan tumis bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, daun limau, garam dan gula. Kacau biar rata.
Biarkan selama 2-3 minit sebelum padamkan api.


Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kitab hadis 700-704



hadis no 700. ISI.
Dr sayidatina Aisyah ra, yg mana rasulullah bangun malam, jika nabi berhajat kpd Aisyah, maka nabi melayaninya. jika berjunub, nabi saw akn terus mandi. Jika tidak, nabi saw terus bangun wuduk dan solat sunat 2 rakaat.
ulasan syeikh : Tidurlah dlm keadaan suci, dan mmbaca doa . waktu yg ideal utk hubungan intim, elok Selepas bangun tidur. bahkn elok di akhir malam...dgn itu kita boleh terus mandi dan solat tahajud.

hadis 701. ISI
sentiasalah bertahajud di malam hari, sesungguhnya ia amalan para solihin, mendekatkn diri kpd tuhannya, asbab keampunan, pengusir penyakit dari tubuh, dan pencegah dosa.
ulasan: nak sihat, bertahajudlah dan amalkn berpuasa.

hadis 704. ISI
doa mana yg didengari? Doa di akhir malam dan doa selepas solat (sendirian/jemaah).

sikit2. 😀.
wallahuwa'lam. apa yg mampu saya faham.



DOA




Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Bubur oat dengan isi ikan rebus



Bubur oat dgn isi ikan rebus bercili.

Bubur oat:
1 gelas besar air
3 sudu makan membumbung Oat.
garam sikit.
Didihkan shg spt bubur.
kalau nampak cair, boleh tambah 1sd oat lagi.
Ambil isi ikan rebus dan kuahnya.
Makan. 😁.

# bubur oat, bila sejuk ia kental sedikit.

Ikan rebus balance dinner.
Saya buat ala ikan rebus tempoyak, tapi tanpa tempoyak.
Ikan selar /kembung 4 ekor.
Bawng putih 2 ulas, cili padi hijau 6 dan 1/4 bawang besar, halia, 1serai hiris sikit. Serai selebihnya ketuk masuk dlm periuk. Kisar bahan lain.
Masukkan air paras ikan.
Tambah 1 asam keping, garam, perasa. biar didih dan ikan masak.

resipi lama nih baru update. ;)

Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Nasi goreng sambal




Sambal tumis petai rewang kenduri yang dibekukn, ambik sikit untuk goreng nasi cara my mama. Merah sambal ni... tapi rasa manis2 pedas.
Biasanya mama guna cili kisar tapi saya ganti dgn sambal. Sambal ni banyak bawang holland hiris, jd saya tak guna bawang. Kalau tak kelihatan bawang, cincang sikit bawang besar sblm masuk sambal.

Caranya masuk minyak dlm kuali, panaskn sambal, masuk telur 2 biji, kacau, masukkn nasi sejuk, masuk garam/pasti sedap knorr. kacau.
Jadi nasi goreng petai. heheh.

p/s: jgn lupa gosok gigi.

Resipi lama nih baru update. ;)

 Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Bubur nasi rice cooker




Gambar tak cantik, tapi ia untuk catatan saya juga. Cara tersenang masak bubur, guna Rice Cooker :)

Untuk 2 org makan, 1 setengah cawan beras, air 3/4 tinggi periuk.
Tekan button. Jangan tutup periuk nanti melimpah, tinggal je... tengok2 juga supaya tak kering.
Dah kembang, kacau, boleh tambah garam. Tutup letrik, naikkan button.
Tips dari seorang sis.




Malam kelihatan masih berkuah, tp berasnya dah pecah. Pagi esoknya bubur nampak agak kering, jadi kena tambah air panas. Periuk saya 1 litre je, 😊.
On button, bubuh air panas, pastu masukkan Perisa yg dah siap dimasak (resipi kat bawah), rasa garamnya, kacau sebati shg bubur meletup2 sikit.
Angkat je periuk nasi sekejap, button akn naik sndiri. Tutup letriknya.

Perisanya : Bahan-bahannya udang yg siap dikopek, minyak bijan, bawang putih 3-4 ulas ditumbuk/cincang, sikit halia kalau nak, serbuk lada sulah+lada hitam, garam/perasa, carrot didadu.

Caranya masukkan minyak bijan campur minyak masak sikit ke dlm kuali/pan, tumiskan bawang putih dan sikit halia tadi, masuk carrot jika ada, masukkan udang kacau, masukkan serbuk lada sulah+lada hitam, garam . Dah masak, masukkan sedikit air ke dalamnya pan. TUANG semuanya ke dalam periuk bubur.

notaNurindah: Perisa bubur ni, saya baca dlm buku puan roza, tapi saya olah ikut suka. dan bubur saya kekurangan sayur, heheh...

Resipi lama nih baru update. ;)


Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

kuih Cek mek molek




Rebus ubi keledek oren, jadi buat cekmek molek. Tak susah, ubi yg dah lenyek tu campur tepung gandum, bubuh sikit2 pastu gaul doh, uli.
Saya tambah skit garam dan sikit majerin. Tambah tepung agak2 doh tak melekat pada bekas. Melekat pd jari takpe,tanda doh masih lembut.
Kepal2 dan bubuh gula. Pasal bubuh majerin, optional, dahulu mama saya letak dlm doh cekmek jualannya, katanya supaya kulit garing sikit.


resipi lama nih baru update. ;)

Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, April 21, 2016

Bab takaful- Duit di tangan juga yang bernilai semasa sakit

DUIT KAT TANGAN JUGA YANG BERNILAI MASA SAKIT.

Tak semua cerita Insurans/takaful itu cantik2. Saya pernah tengok filem bagaimana seorang bapa bayar premium bulan2 melalui agen tapi tak boleh claim sebab tempoh tak matang/ atau duit kena songlap dengan agen,  rasanya. Nak buat pembedahan jantung. Sampai bapa tu kena jadi pengganas, paksa hospital buat operation free, huhu...

Kami pernah kena juga dgn takaful. Masa tu medical card msih baru, agen pulak tak cerita premium yg kami bayar bulan2 rupanya insurans nyawa je. Nak warded baru tahu.

Namun sebagai isteri kpd suami yg bekerja swasta, terpaksalah buat pilihan insurans. Benefit medical company dapat selagi bekerja shj max 5k.  Dah berhenti, tiada benefit dah.  Setelah ambik insurans dan medical card, pernah guna insurans sekali.  Sekarang, agent tu diam jer... Dari by hand, kami terus bayar guna bank.

Insurans ni, paling kurang jadi apa2 kat kita, pasangan/ family kita dapat duit untuk bayar ward dan kos lain. Lain jika  meninggal dunia, mereka akan dapat pampasan. Paling kurang untuk kos pengurusan kematian sekarang yg cecah ribu,  hutang piutang kita, dan harta pusaka buat anak.
Sumbangan khairat kematian kat masjid penting juga tau. Kosnya mahal boleh membebankan anak isteri/ pewaris.

Kes kawan suami guna benefit company untuk sakit jantung, dah max terpaksa keluar dari hospital swasta ke hospital kerajaan. Maknanya sakit berat camtu jika tiada  insurans, elakkan dari pergi ke hospital swasta.

Hospital kerajaan pun boleh pergi.  Tapi staf dan pesara kerajaan pun dah berderet list menunggu. Ayah mertua nak warded sebab operation pun mereka letak list setahun, padahal kelas 1. Menahan sakit dekat setahun.
Company swasta jarang bagi benifit medical parent, jadi lepas kejadian itu kami beringat-ingat untuk menyimpan duit. Kalau bukan terguna untuk kami, ia untuk parent juga.

Last sekali, apa dia? DUIT  kat tangan jugak....yg bernilai masa sakit berat. Untuk diri sendiri, untuk family/ parents. Paling tak pun, duit sara hidup famili sepanjang kita tak mampu bekerja.

Sebab itu saya tak boleh tengok oranglain menghabiskn duit di tangan untuk melancong luar negara dan beli kereta besar2. RASA SAYANG sangat duit keluar beribu-ribu untuk hal2 keseronokan sementara. Kalau dah ada duit berkepuk2 dalam saving untuk kecemasan, lain ceritanya.

Takaful bukan instrument simpanan.
Jangan terima semua tawaran agen takaful, ukur kemampuan dan simpanan kita. Jangan berlebihan hingga melebihi 10% dari gaji kita.
Saving dan pelaburan dahulu.
- Tuan azizul azli

Saturday, April 16, 2016

Dah banyak Allah beri.

Siapa yg tak mahu MELANCONG??
😄
Keluarga dan saudara mara  belah suami...ramai yg bekerja kerajaan. Mereka mempunyai lorong utk ke luar negara. Mendapat  pengaruh dari kawan2 dan saudara, bahkan sanggup menyimpan wang utk melancong dan naik kapal terbang. 

Tetapi keluarga saya orang susah.  Saudara mara juga. Biarpun ada abang kakak tiri, mereka adalah keluarga yg berbeza, kerana usia saya pun dah hampir usia anak-anak mereka. Arwah abah dan mama mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap kami tanpa perlu bergantung kpd orang.
Jika hendak bercuti2 sekitar Terengganu dan Kelantan amat payah arwah abah membawa kami... Tiada apa bezanya dgn sekarang.

Kalau saya katakan, saya juga teruja apabila mendengar orang bercerita tetapi taklah terlalu teruja utk pergi. Mestilah orang berkata saya seperti katak di bawah tempurung. Atau
" Adatlah, anak orang susah...fikiran tak terbuka, 😝. "
Biarlah orang.
Cukuplah suka melihat oranglain gembira. Biarpun terasa hati kadang kala.

Saya berkahwin pun dengan lelaki  yg sangat berjimat cermat orangnya.  Tetapi Alhamdulillah, pernah merasa ke pulau pangkor beberapa kali dgn team company hubby. Hotel dan resort dah tak terkira. BERDUA-DUAAN.... bercutilah tu. 😘😘. Nak shopping kat sini pun ada.

Orang akan cakap... Kesiannya, belum sampai kat situ, sini, dan Sinun.
Sedangkan saya rasa, Rahmat Allah bagi dah banyak sangat  sampai saya tak mampu nak kira. Kalau ada gaji sendiri pun, belum tentu saya nak keluarkan gaji utk bercuti2. Allah dah bagi lebih dari yg saya sangka.

Sebenarnya, jika kita terlalu mahukan sesuatu...Kita akan mula mereka-reka pelbagai dalil dan alasan supaya mendapatkannya. Biarpun duit tak ada.  Kan?? 😁.

Syukurlah atas rezeki kita, syukurlah atas rezeki suami. Tak dapat maknanya bukan rezeki kita, jangan salahkan sesiapa...

Tuesday, April 5, 2016

Motor kecil, anak sembilan :)

Salam sayang, 😃.
Bacalah kisah yg diceritakan oleh abang long ini.

Anak2 mereka macam2 peringkat umur. Takde pun mak ayahnya nak marah2 pada anak yg besar atau menjerit kpd anak kecil.  Mahupun bermasam muka. Mereka senyum, berpesan, dan bekerjasama sbg satu family team. Rasa bangga bila baca keluarga yg begini. 😂.

Anak- anak meneladani kita. Kita bermasam muka dgn anak, anak pun akan membalas balik.  Kita menjerit kpdnya, dia belajar utk menjerit2.
Senyumlah. Ajarkan dan tunjuk nilai yg baik2.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

https://www.facebook.com/abang.long.12/posts/1068626543159760

Sedang kami menikmati juadah di sebuah restoran.  Datang sepasang suami isteri dengan dua anak yang masih kecil.  Mereka datang dengan motor.

Sebaik sahaja si isteri duduk, dengan anak-anaknya,  si suami terus beredar.

Si suami memandang saya sambil mengangkat tangan dan tersenyum.  Saya membalasnya dengan turut sama mengangkat tangan.

Sahabat saya hanya membelek telefon pintarnya.

Hampir 15 minit berlalu.  Lelaki itu datang sekali lagi dengan membawa 4 orang anak.  Sebaik anak-anaknya turun dari motor,  si ayah terus beredar.

Kali ini sahabat saya memandang dengan penuh minat.

Sama juga jarak waktunya,  tidak sampai 15 minit kemudian.  Lelaki itu datang lagi dengan 3 orang anak.

Dan kali ini,  meja mereka agak riuh rendah.

"Feroz,  anak orang tu 9 orang?"   kali ini barulah sahabat saya berminat untuk bertanya.

Saya hanya mengangguk dengan tersenyum.

"Dia ulang alik angkut anak dia dengan motor?"

Saya angguk lagi.

"Engkau kenal mereka?"

Saya angguk lagi.

"Wow,  very the powerfull!"

Memang jarang,  amat jarang menemui sebuah keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai,  pada hari ini.

Pasangan suami isteri itu melayan segala karenah anak-anak mereka dengan begitu gembira.

Bayangkan,  anak remaja mereka dalam lingkungan usia 19 tahun,  sehinggalah bayi kecil dalam usia 1 tahun.

Macam-macam perangai.  Macam-macam keletah. 

Menariknya,  si ibu memanggil anak-anaknya dengan panggilan 'sayang.'

Lebih menarik lagi.  Si ayah,  kerap bangun dan duduk,  demi memastikan anak-anak dilayan dengan baik.

Tidak kedengaran langsung suara menjerit,  mengherdik mahupun menengking.

Anak-anaknya bukanlah terlalu bersopan,  ada juga yang nakal dan ada juga yang manja.

Setelah minuman tiba.  Si abang dan kakak menyuapkan adik-adik mereka.

Ramai yang memandang keluarga itu dengan pelbagai persoalan bermain diminda masing-masing.

Sewaktu makanan telah siap terhidang.  Si kecil dalam lingkungan usia 6 tahun terus membaca doa.

Doa yang dibacanya agak kuat. 

Sebaik doa habis dibaca.  Saya pula tergamam.

Pelanggan yang memenuhi restoran itu mengaminkan doa itu.

Si ayah dan si ibu tersenyum dan ketawa kecil.

Keluarga 'besar'  ini sungguh menarik perhatian pelanggan yang menjamu selera di restoran itu.

Sebuah keluarga lain,  bangun setelah selesai menjamu selera.  Mereka melintas di hadapan meja 'keluarga besar'  itu.  Lalu seorang wanita warga emas bertanya.

"Ini semua anak-anak kamu?"

Si ayah dan si ibu mengangguk.

"Alhamdulillah ..."  sambil wanita itu mengusap kepala anak-anak pasangan itu yang masih kecil.

Sesekali,  si ayah berbuat jenaka dengan anak-anaknya.  "Jangan ketawa,  senyum sudah."

Semakin kuat anak-anaknya ketawa.
.
.
Abang Long.
Motor kecil membawa bahagia.
https://www.facebook.com/abang.long.12/posts/1068626543159760

Monday, April 4, 2016

Adat, normal, tanggungjawab.

Al Maraaya, tvhijrah.

Antara masalah anak2 yg berkahwin muda, ialah Ibubapa tidak memahami.
Ibubapa telahpun berkahwin selama 30 tahun, dan memiliki kehidupan yg stabil. Ibubapa telah melalui banyak fasa susah dan senang sehingga mempunyai rumah sendiri, kereta yg baik, pendapatan yang cukup.
JADI mereka berpendapat, anak -anak yang baru berkahwin perlu ikut macam mereka, dan mesti ada apa yg mereka ada dengan kadar segera.

Biarkan mereka melalui kehidupan yg normal, mengikut fasa - fasanya.
Kehidupan berumahtangga bukan hanya pada kenduri, tetapi kehidupan yg bermula selepas itu. Dgn status dari bujang kpd berdua, nafkah yg kena berkongsi, hidup yg kena berkongsi, kena sediakan tempat tinggal, dsbg.

Nurindah: Yg bahaya, jika terpaksa memikul beban hutang. Hutang ni, ada hutang yg positif, ada hutang yg negatif.
Beli rumah di tempat yg bagus akan naik harganya setiap tahun. Bayar pula dgn kwsp, mudah kan?  Kereta pula, akan turun harganya. Bukan tak boleh beli, tapi bermulalah kenderaan yg ansurannya jangan sampai 30%  gaji.

Tanggungjawab isteri:

1. Cari suami yg taatkan ALLAH   (bukan yg lebih taat kepada  Manusia, atau selain Allah).

2. Tanggungjawab rumahtangga. Dalam Islam, pengurusan rumahtangga sebenarnya atas Suami.  Isteri hanya membantu melancarkannya.

3. Jika isteri bekerja, dia  membantu suami.  Ia bukan tanggungjawab utama. 
(Namun dgn kepandaiannya, ia boleh meluaskan rezeki sprt sayidatina Khadijah dan membantu masyarakat spt golongan doktor, penghias kecantikan, guru, da'ie.

3. Apabila seorang perempuan itu solat, berpuasa 5 waktu, dan taatkan suami, boleh pilih mana2 syurga yg dia mahu.  (selagi bukan mentaati perkara mungkar/yg dibenci Allah).

4. Tidak mencari sebab yg boleh meruntuhkan rumahtangga.

~ Masalah suami yg kurang berkemampuan tetapi mahu berkahwin lagi.
Minta  berpuasa terlebih dahulu.
Berkahwin lagi sedangkan kemampuannya tiada, bagaimana zuriat yg bakal lahir. Tiada bekalan agama utk membimbing, dan nafkah yg cukup menampung 2 isteri. Tak perlu guna istilah berkahwin nak elakkan zina, jika perkahwinan itu hanya bermanfaat utk suami tetapi tiada kebaikan utk isteri pertama.

Ikut dengan iman

Hakikat, bila kita tundukkan kepala shj dgn sikap orang lebih tua yg pemarah dan tak pernah kesal dgn sikapnya dan tak mahu meminta maaf dgn ikhlas. Kita pejamkan mata kerana kita kenal mereka, mereka ahli keluarga, saudara, jiran, kawan baik.. 
Kita kata mereka akan sedar sendiri mengikut umur atau hidayah Allah.
Kita berkata nak menjaga hati mereka, tapi sebenar takut juga mereka menegur kita juga.

Mengikut psikologi, manusia ada sifat defensive apabila terasa terancam dan suka berlawan-lawan. Defensive dan berlawan itu juga ada tahap lemah shg tahap tertinggi. Dan yg terendah mungkin akan membesar menjadi seorang yg mempunyai self esteem/ nilai harga diri dan keyakinan yg rendah. Yg terlebih mungkin akan menjadi seorang pembuli. Saya katakan kemungkinan, kerana semua bergantung  kpd nilai didikan lain yg diterapkan, motivasi luar, dan Doa. 
Bukan hanya doa ibubapa, tetapi doa seorang hamba Allah itu sendiri. Allah takkan meluaskan rezekinya jika dia sendiri tak mahu menadah tangan kepada-Nya.

Disebabkan itu, walau apapun tingginya nilai kita sebagai seorang ibu atau bapa, kita tetap hamba disisi-Nya yg masih perlu merendah diri dan tidak ego. Tetap perlu memperingatkan anak-anak bahawa setiap perjalanan hidup mereka diperhatikan Allah.  Dan lebihkan bertawakkal dan letakkan pergantungan kepada Allah beserta dengan usaha. Takutkan Allah lebih dari takutkan ibu dan bapa.

Friday, April 1, 2016

Payung

Tang Abah pengantin perempuan payung itulah yg menyedapkan hati. ☺. Itulah yg kami teringin buat jika ada anak perempuan. Kita dah biasa dengar parents  tolong anak lelaki kumpul duit hantaran dan majlis.  Tapi utk anak perempuan, pandai2 la cover sendiri kalau hantaran pihak lelaki seadanya. Cthnya jika baru lepas grad. Hakikatnya, kenduri ialah tanda kesyukuran kedua pihak ibubapa atas perkahwinan anak.

Saya dulu asal keluarga orang susah, tp kena ikut adat org pantai timur jugak. Adat pantai timur, hantarannya ikut semasa, dan disebut dlm akad.  Saya tahu, ramai orang Bandar tak setuju.  Biarpun masa tu keluarga saya ada kesusahan, Ma abah saya berkeras  juga nak buat majlis.  Nasiblah suami  boleh bertolak ansur 😅.
Sempat juga saya guna duit gaji sendiri utk membeli barang2 hantaran dlm tempoh kurang 3 bulan. Duit hantaran pun sempat saya sisihkan utk keperluan  rumahtangga. Sebab suami tidak berhutang , cukup atau tidak hanya itulah. 😊.

# generasi X  macam kami, memang tak berani nak ckap lebih2 dgn orangtua masa nak kawin.  Dah tua skit camni,  baru berani nak mengulas. 😁

Thursday, March 24, 2016

Ikut-ikutan episod yg panjang.




IKUT-IKUTAN.

Saya pernah jadi begitu. Hampir 30% usaha saya akan ikut-ikutan pada mulanya. Pada waktu semua orang sibuk berfotopages, saya pun buat. Post yg paling bodoh pun. :) Tetapi ia habis di situ sebab masa itu saya lebih suka melayari fotopages dan forum masakan oranglain untuk membina self esteem saya sebagai Isteri yg baharu melayari rumahtangga ketika itu.

Saya akan belajar sesuatu dan IKUT. Tetapi bukan untuk selama-lamanya. Dah tahu, saya akan berjalan sendiri, berinovasi, berkembang.

Apabila saya tak dapat mengisi ruang dlm dunia fotopages, saya masuk ke dunia yang senang saya masuk, Blog. Dan mengisi perjalanan saya sebagai wife di blogger, berselang dengan belajar berniaga online dalam web cart. Saya mulakan bersendirian, dan hubby memberi ruang kesenangan dengan masukkn streamyx di rumah.

Saya tidak dapat bergantung kepada ibu sendiri untuk belajar mengurus hal2 kekeluargaan dan 'keisterian' ;). Setiap keluarga ada kesulitannya sendiri dan saya sebagai anak paling tua TIDAK PATUT menambah beban .Hanya ada kesempatan sekali sebulan pulang ke rumah mertua yg jaraknya 2 jam untuk belajar sesuatu tentang Cinta Hati saya, my hubby. Menu kegemaran dia, berkenal-kenal. Tetapi selalunya, bercampur baanyak dgn masalah2 keluarga yg lain la... WE HAVE TO CARE, sebab hubby anak yg paling tua.:)

Yang lain saya terpaksa merangkak, berkayuh, berenang sendiri. Demi janji dan setia yg terukir semasa akad perkahwinan. Moga ada keberkatan yg Allah beri.






CERITA 2

Di saat orang2 sekitar kami mula sibuk dengan internet dan sibuk hendak mengambil tahu hal keluarga oranglain yg konon niat hendak membantu dan memberi pendapat... Saya diam2 dengan blog saya dan mulakannya dengan menu yang saya baru belajar, yang suami sukai. Di saat orang mengusik, saya diam. DI saat orang cakap saya nak membodek mertua, saya diam. DI saat orang berkata bukan-bukan, saya diam.

WE CANNOT TALK ABOUT SOMETHING WE DON'T KNOW. Itu kata hati saya. They are to 'harsh' kalau bercakap, nak juga saya komen sesuatu.

Simple Definition of harsh. : unpleasant and difficult to accept or experience. : having an unpleasant or harmful effect because of great strength or force : too intense or powerful. : severe or cruel : not kind.


Tak salah kalau nak kata saya suka 'ngobrol'. Saya memang peramah, orang dalam bas pun boleh berkawan dgn saya kalau saya tegur mereka. WE DONT HAVE TO SAY ANYTHING YANG MANIS-MANIS PUN. Just respect each other. CARE. BE KIND.


CERITA 3

Di saat semua orang ada gadget dapur, saya hanya sibuk mengumpul impian. DI saat hubby dah ada smartphone bertahun2, saya tidak meminta apa2 untuk kegunaan pribadi.

Mempunyai kerjaya atau tidak, kekuatan kita adalah bagaimana kita mengrus kewangan rumahtangga dan hutang-piutang Ia kelebihan jika suami mahu mempercayai isteri dalam hal begini.

Dapat bonus sedikit, kami bayarkan full hutang dan lebihnya mengganti barang yang rosak atau sedikit keinginan. Semua utk tujuan bersama, termasuk lappy kecil, kamera amatur, almari dalam rumah.

Kami tak mengganti kereta, sofa empuk, katil besar dsbg... WHY? Kerana ada sesuatu.... PENANTIAN ITU KADANG2 LEBIH MANIS.
<'____'>


Di saat hubby berputus harap hendak membeli rumah lagi, kerana masalah ccris sebagai Penjamin kereta tak berbayar, office Lot dalam bangunan yg tidak diselenggara dgn baik, rumah yang mengalami masalah penyewa tak berbayar.

Mr Hubby feels down tapi tak mengucap apa2. Dia masih membantu keluarganya setiap kali,juga masih meneruskan invest. Saya menyusun plan pembayaran hutang2. Dia ada apabila keluarga saya di kampung kecemasan. Memang, saya tak peruntukkan cuti tahunan hubby untuk beraya2 dan berziarah ke Besut, tetapi untuk hal2 kecemasan seperti itulah yg kadang2 jadi 2-3 kali setahun. Bahkan dgn kesibukan mengurus hal2 penting lalu tak sempat balik ke Banting sekali sebulan, dah ada yg bersangka bukan-bukan.

Saya menangis teresak-esak menekup bantal di saat orang sekitar saya menuduh saya tak ingat kampung. Saya ingat, saya sabar. Janji Allah itu pasti. Allah yg berhak menilai, bukan manusia yg suka berkata kejam.



Tetapi, berbaloi.

Saya up semangat hubby untuk beli rumah teres murah di kawasan ini. Cukuplah next 10 years lagi nak pindah, bolehlah disewakan atau dijual. Dapat beli TV dgn points SengHeng, sofa empuk yang display set, setiap bilik dalam rumah ni ada kipas siling. Dan beberapa gadget dapur yang dibeli dgn voucher free. Idamkan microwave, dapat free hadiah 10 tahun perkhidmatan hubby.

Biarpun Hubby cakap gunakan semua voucher untuk keperluan kita sendiri, saya degil jugak nak share dgn ibubapanya.
Saya tak mahu ada orang salah sangka.

Ada sesuatu yg saya boleh share, saya share juga kpd adik-adik kami berdua. Tak mahu dikata kedekut rezeki. Biarpun ianya secoet sahaja balance yang kami dapat setelah membayar full hutang. Saya tetap puas hati.

SEMUA perlukan sedikit sahaja perancangan rapi dan kemudian REZEKI dari Allah.
Nikmat ALLAH yg mana yang perlu kami dustakan? :))


CERITA 4

DI saat ADIK2 sibuk mempunyai smartphone, bahkan parents mula pandai berwassup dan berfb (bukan parents saya, haha :), saya masih kekal dengan C3 second yg hubby hadiahkn. Saya sangat sayangkan, dan rindu-rinduan. Hubby cakap, nokia tekan2 tu lebih tahan lasak dari samsung dan sony. Asyik kena repair saja. Sampaikan ada orang suruh berikan C3 saya tu kepada hubby, ;( Berapa kerap kali dah saya berikan kepada hubby apabila smartphone mati.

KATA hubby, saya ni BACKUP DAN PERLU SAFE, kalau saya pun tiada handset dan kalau hilang camana? Tapi hubby langsung tak cakap camtu depan orang. Saya dipandang kedekut pula. SEDIH SAYA.

Hubby tak pandai meneka feeling orang, atau apa di sebalik sindiran orang. Instinct perempuan yg bergelar isteri ni lain... Taik mata di sudut mata suami pun dia sapukan, sebelum oranglain nampak. Baju suami senget, tak matching pun dia betulkan. Seorang isteri... sensitif kalau bab suami dia atau anak2 kecil dia. Someone under HER PROTECTION.

BUT, kalau dah anak tu dah beristeri dan masih lagi nak protect macam budak umur 10 tahun, rasanya dah melebih la... Bab kerja anak nak tolong cari, rumahtangga anak nak tolong, HUTANG anak pun nak tolong.

HUHU.




EPISOD AKHIR.

It was long ago before I have my hyundai tab. Jenis yg takde jenama langsung, untuk belajar fb dsbg. Saya sedang plan untuk kami menjadi usahawan sebagai backup plan. Ikut-ikutan dahulu puan Ainon mohd dan sifu2 lain. :)


KITA IKUT ORANG ATAUPUN TIDAK... orang masih akan komplen kita. Bahkan lebih sadis mendesak dan mengeji2 cara kita lalu mendesak kita mengikut pandangan mereka. DALILNYA Ia nasihat orang yg dah MAKAN GARAM.

<'______'>


Makan garam, harus ada personal saving dalam akaun untuk kecemasan dan makan angin. Makan garam namanya praktis for ourselves dahulu sebelum nak cerca oranglain. Makan garam means... DO'NT TOOO HARSH dalam berkata-kata.

STOP.
HAHA.


:)
Nota NURINDAH: terima kasih daun keladi sebab sanggup membaca sampai habis. Saya tak kaya, tak cantik dan tak bergaya.
Saya cuma wanita berdarah O! HEHEHE....


Allah...MAMPU KAH?



Copyright © 2015


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, March 23, 2016

'Denial' sebuah hati

Dalam menerima keadaan, makin kita menolak makin kita berasa payah dan sesak nafas.

Orang kata proses  'denial' (sukar menerima kenyataan). Kadang2 ia mengambil masa yg amat panjang.

Tetapi di saat kita berasa menerima itu lebih baik untuk diri kita, kita akan rasa seperti hilang satu beban.

Kita mungkin telah berkorban masa dan tenaga utk seseorang yg tak menghargai diri kita. Tetapi kita juga melalui satu proses,  untuk mengenal manusia yg berbeza-beza.

Indahnya  suatu Pengorbanan itu bukan kerana apa yg kita ingat atau apa yg oranglain ingat. Tetapi apa kesannya dlm kehidupan seseorang.

Hakikat manusia bukan seperti actor di dalam tv. Yang reti berterimakasih, yang reti berbudi bahasa, yg mahu bermaafan dan tak mengulangi kesalahan,  yg tak mahu berlawan-lawan.

Hakikat, ramai yg jadi sebaliknya. Suka bermaafan dan mengulang kesalahan, segan mengucap terima kasih, bercakap ikut sedap hati,  dan sentiasa mahu berlawan-lawan dgn orang.

Jangan kecewa, wahai  Hati.
😃

Thursday, March 10, 2016

Dambaan Isteri :)

Sifat  suami yg isteri dambakan, yg spt rasulullah...dia yg tanya isteri dah makan belum,
yg tanya apa ada di rumah,
yg mnyediakan secukup keperluan,
dan bila disediakan,  tahu berterima kasih..
......

Allah,  Jihad isteri menyedia dan melayani suami sama pahalanya dgn jihad suami di luar rumah. Tiada apa yg kurang keistimewaan dan layanan Allah bagi kpd wanita.
Allah jaga hatinya, walaupun dia berasa tiada orang mnjaga hatinya.
Allah melipatkan pahalanya, walau sekecil air susu utk anaknya, walau segelas air di saat suaminya minta.

Sering, isteri dimarah dan dibentak ibu-ibu....kerana mereka nampak apa yg isteri tak buat.
Isteri mengalirkan airmata seorang diri.
Untuk meraih cinta Nabi dan kasih sayang Allah...
dan ia bukanlah mudah.
Suami tidak harus mebiarkan isteri sendirian.
Jangan keraskan hati isteri begitu.

Suami lihat apa yg isteri buat.
Isteri lihat apa yg suami buat dan mensyukuri yg sedikit suami beri.
Moga berkat Doa Isteri.... Rezeki suami akan bertambah utk rumahtangganya.
Give and take.

#notaNurindah:  Saya sentiasa lihat perkara ini terjadi kpd para isteri 😔.

Tahniah buat adik ipar yg baru bersalin.
2 minggu lepas adik bongsu saya pn dah bersalin. 😊. rezki adik2.

Friday, February 19, 2016

kaki..gaduh. eh?

Jika, kita ditakdirkan berkeluarga, atau bersaudara- mara dgn  orang yang kaki gaduh,  bagaimana kita nak hadapi?
.......
😃 Emosi ialah perasaan. 
Gaduh mulut, gaduh tangan, gaduh tulisan, gaduh kaki dan tangan..
Kaki gaduh = keangkuhan, sifat bongkak dan sombong. cukup pakej.
Perlukah?

Perlukah kita menjadi kaki gaduh juga supaya tidak rasa dibuli dgn manusia jenis suka bergaduh?
Ada orang rasa tak perlu, ada orang rasa perlu.
Jika begitu, kita juga ada potensi nak jadi kaki gaduh? Oh No!

Dalam kehidupan saya, juga ada bertemu orang2 seperti itu. Kita melayan dgn kelembutan, mereka berpura2 lalu mengata kita depan dan belakang.

Ada orang yang suka berbincang, yang betul2 berlapang dada.
Ada orang yang jadikan pergaduhan sbg cara berbincang.

Tenanglah!

Jika  Orang melayan kita lembut, layanlah lembut.
Namun tanamlah rasa berhati-hati.
Orang suka menyimpan dendam jika kita MARAH ATAU  MENGUTUK sikapnya.  Lebih2 lagi perempuan kena lebih hati2.

Jika Orang melayan kita kasar, penuh sindiran...Sabarlah dahulu.
JANGAN terburu-buru menyalahkn dia, atau salahkan diri sendiri.
REMEMBER : Zaman teknologi ini... Orang mudah memanipulasi apa yang kita cakap.

Jika dalam kelompok ramai, JAUHKAN  Batu Api.  Tak kiralah siapapun yg kita percaya atau tidak.
Jika antara berdua,  Istighfar.
Jawablah jika mahu, tak perlu jawab jika tak mahu. Jawablah, saya tak mahu bertekak/ bergaduh.
*Sama spt kita sdg berpuasa.

Bertenanglah.

Mereka tak perlu dengar sendiri utk menyalahkan atau bersangka buruk kat kita.
Laman social samalah dgn orang2 di luar . Ada sorang je buat salah, ramai Kaki Pukul. Ada sorang je mempengaruhi, yang lain jadi Pak Turut.
* Sebaik-baik orang ialah orang yg menyiasat dahulu.

Memang rasa sesak dada, rasa nak pukul bantal, tapi Allah yg jaga kita. Allah tengok kita buat  apa.
Jangan pandang perwatakan Alim seseorang, kadang2 sikapnya juga salah.
Jangan terpukul dgn kata2 yang menyakitkan hati dan busy body,  sebab mereka takkan letakkan diri mereka di tempat kita biarpun mereka kata sayangkan kita.
Pernah dengar Put yourself in others shoes? Tak ramai orang boleh buat.

Tenanglah! Kaki gaduh bukan orang yang calm, dan suka bertenang. Get ready to solve problems dan menegur TANPA emosi, hanya pasang niat  yg elok je. Doa yg elok2.
😉







Saturday, February 6, 2016

cantik, rentak, dan hakikat

Duhai adik putriku,
Tak perlulah terlalu bercantik-cantik dimajlis bahagiamu dengan solekan tebal, semata-mata untuk tatapan umum.
Kerana jika pasanganmu, si Dia itu hanya memandang kecantikan, pastilah dirimu akan kalah dibandingkan gadis seusia di sekelilingnya yang muda dan keletah manja.

Pastilah ada sesuatu dalam dirimu yang dia pandang selain cantiknya paras rupa....
Jadilah dirimu.

Hidup berumahtangga itu hanya  dikau dan dia, berdua. Aku pandang kau, kau pandang aku.
Jadilah orang yg saling menyenangkn sesama sendiri dan saling melengkapi,
dan bukan mengubah untuk kepuasan sendiri tetapi untuk keredhaan Allah.

Semua pasangan akan berada dlm situasi itu, tak kira pasangan Muda atau berlanjutan semasa di usia Emas..... Boleh saja ada perkara yg tidak puas hati pada pasangan dan ingin mengubahnya mengikut corak kita kerana memikirkan rentak kita lebih baik? 

Hakikatnya, tiada siapa yang lebih baik dari sesiapa dalam percintaan. Kita saling memerlukan.  Kita memilihnya jadi suami samalah dgn mengiktirafnya menjadi imam. Arrijalu qawwamu alannnisak.  Tetapi yang kita sujud bersama ialah  kepada Allah, bukan? Jadi wahai Isteri, jangan hilang arah. Letakkan sifat tawakkal kpd Allah. Samalah spt semasa kita menghantar suami keluar bekerja di muka pintu, kita letakkan dia dlm perlindungan Allah. Bila kita letakkan anak dlm jagaan pengasuh yg baik, kita juga buat begitu. Jika tiada penyerahan kpdNya, mungkin saja dia tetap akan ditimpa kesusahan walaupun bersama di samping kita.
Hakikat kedua,  isteri tidak hanya perlu dibekalkan material, tetapi juga pengisian Rohani dan Agama.  Jagalah itu duhai suami, agar isteri sentiasa menjadi bidadari duniawi.
Ketiga, tambahi.... sifat Redha dan bersyukur atas lebih kurang. Usahlah memburukkan sesama sendiri di hadapan anak atau ahli keluarga.

#notahatiNurindah:  Kelakuan kita sbg pasangan di usia emas juga akan menjadi perhatian pasangan muda yang belum matang dalam soal rumahtangga.  Anak ketam tidak akan berjalan betul dengan mengekori ketam yang senget. Hati-hati. 

Saturday, January 23, 2016

10th. may Allah bless us


2 hari lalu saya dah update, tp pps Blogger pula tak stabil. 😅

20 jan.
Sanah Helwah, suamiku. 🎂
Semoga ALLAH memanjangkan umurmu, menarik pergi segala masalahmu, memudahkan segala urusanmu, melapangkan segala kekusutanmu, menerima segala amalanmu, merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu, Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Ya Allah,
Bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion. Let it be a source of untold blessings, happiness and joy.
Let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah.
Protect our marriage from the whisperings of Shaytan. Give us the strength to live together in justice, equity, love and, mercy.
Let this marriage bring untold blessings to us individually, to our families, and our children Insha Allah.
My Creator, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.
Give us the love which you had blessed Muhammad, Allah's Peace and blessings be upon him, and Khadija with, May Allah be pleased with her.

Happy anniversary to us 😍 and may Allah bless us with the best in this life and hereafter,
May Allah grant all our doas and cleanse our hearts to bring out the best of each other
Amiin Ya Rabbal Alamin
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

nurindah: source of dua': http://www.soundvision.com/article/sample-duas-supplications-for-your-wedding. http://ichbinfraumustaffa.blogspot.my/
Many thanks....

Tuesday, January 19, 2016

Terimbau, adab

Membaca kes kemalangan  menaiki motor,  dengan lori, membuat saya terimbau macam2.
Di sini, dah banyak kes melibatkan motor dgn lori. Apalagi banyak budak2 muda yg baru belajar bekerja kilang. 
Malang tidak kenal sesiapa.  Budak sekolah,  budak rempit, orang dewasa..
Bagi orang lelaki, katanya cedera sikit2 tak ape menambah pengalaman. Tetapi dah banyak kisah, saya hiba melihat mereka mnjadi kurang upaya.  Ia akan jadi berbeza apabila mereka mnjadi si bujang tunggak keluarga, atau telah mmpunyai isteri dan anak, serta ibubapa yg sgt uzur.

ADAB Oh ADAB  di jalanraya.
Samala adab memberi laluan orang keluar dulu dari Lif/ Tren,  barula kita masuk.. 😅

Pernah ahli keluarga terjatuh atas jalan besar kerana brtembung kereta. signal nak membelok dah bagi.  Alhamdulillah kereta tak byk ms tu.  Motor terpaksa hantar ke bengkel , bengkok skit (arwah abah saya tiada kereta). Mereka hanya hantar ke rawatan luar lalu mminta maaf dr adik lelaki yg turut menghantar (adik lelaki yg berkereta tinggal di rumah lain).   Adik pompuan yg terluka tapak tangan dan sakit badan tu masih terpinga2 sbb ketakutan.

Hanya itu suami isteri itu buat,  janjinya nak jumpa kat rumah lgsg tak nampak muka. ntah mana adabnya, kata kami menipu harga mmbaiki.  Saya jd terfikir mereka agaknya tak berduit di musim raya itu. Share pun tak cakap.

Motor yg rosak, akhirnya saya dan suami membiaya sbb dah terbawak ke bengkel. ade ke takde kena bayar jg. korek tabung, hehe....  dahla kita bagi duit keperluan utk beraya utk ibubapa.
Saya terkilanla kenapa adik lelaki tak kenakan kaw kaw pd mereka tu dn termakan pujuk rayu. hehehe.... dahla kata orang menipu.  Yg sakit tu bukan badan lelaki. Dahla cedera, motor kna baiki, esok lusa nak beraya pastu nak masuk kerja...
Kena ada Adab  dan Hati.  Letakkn diri kita pd kesakitan orglain. 😢
Juga kita yg bawa motor, kereta, lori.... sntiasa hati2 jika jalan tengah sibuk dsbg.

KISAH  Calar je.
Teringat kereta mertua, yg masa tu suami bawak. Pernah hanya 'tercalar' panjang dan kemek skit, kerana terhempap penghadang lori kecik. Hubby tak cakap banyak tapi terus deal.  Orang tu suruh bawa ke bengkel dan bagi gantirugi. Alhamdulillah. Kalau itu kereta kancil kami takla ralat sgt.. kereta ayah ms tu cantik lg. 😂  kalau orang tu taknak brtggjawab, hubby ttp kena baiki jg. 

#notaNurindah:  Kita jaga HAK orang, moga Allah jaga hak kita.
Cuma itu.

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers