Selamat bertemu. Baru hari ini terasa nak gagahkan diri. Terdahulu, jutaan terima kasih atas sokongan teman-teman sehingga blog mysweetlife ini ada nilainya. Ada lihat harga di sebelah tu? hehe... tak tau nak caye ke tidak. Tetapi dari RM1,000, nilainya dah up ke 15,000. Kira blog saya ni ada pengunjunglah, kan? Alhamdulillah. walaupun saya ni, tenggelam timbul. Terima kasih sayang juga buat mereka yang follow dan buat link. Semoga jadi wadah pertemuan dan tempat perkongsian resipi dan menu buat semua teman dan pelawat. Kalau saya tiada, klik-kliklah dapur teman2 lain. Mereka amat rajin berbanding saya. ;)
Teringat masa kat kampung. Selalu masak macam ni kalau ada sotong. Maklum adik2 ramai. Banyakkan kuah. Jadi, bila lauk berkuah memang menghirup je kerjanya. :)
Masa beli sotong kecil kat gerai pasar pagi, penjual tu orang kelate. Pun suruh saya rebus. Resipi ni bergantung dengan bau serai dan sotong kecil amat sesuai. Dakwat hitamnya saya tak buang pun, dan tak mengganggu kuah. Semua bahan dihiris je. Kalau sotong tu ada telur, memang terasa. Bagi saya, dah sedap! Mr hubby pun suka.
SOTONG KECIL REBUS SERAI
BAHAN-BAHAN:
Segenggam Sotong kecil (secukupnya) - asingkan kepala dan badan, buang tulang satu tu. Dakwatnya tak perlu buang.
4-5 Cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
2-3 batang Serai -diketuk
beberapa hiris halia
Air dalam setengah periuk kecil
Garam secukup rasa
CARA:
1. Tumiskan bawang sekejap.
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan bawang, serai, halia, sotong. Biar mendidih.
3. Masukkan garam dan cili padi.
4. Tutup api. Boleh dihidangkan.
:) Memang sangat simple. Tetapi masak cenggini, dgn cili padi. My hubby dah berselera makan nasi.
SUP AYAM KOSONG
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam dipotong kiub(dari sekeping dada ayam)
4-5 cili padi - diketuk
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Air separas dlm setengah periuk kecil.
CARA:
1. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air dan isi ayam. Biar didih.
3. Masukkan cili padi dan garam
4. Bila ayam lembut. Boleh tutup api dan hidangkan.
Ini pula menu nak habiskan ikan kembung yang dah dekat expired. Saya buat Fishball kak JC, digabungkan dgn sup ikan campur fishball paket. Haru biru nampak kuahnya, kan? Tetapi.... dengan bau Sup bunjut Ikan Adabi. Rasa umph!
SUP IKAN ADABI
BAHAN-BAHAN:
2 ulas Bawang putih dicincang
sehiris dua halia
Sup bunjut Ikan Adabi
2 ekor Ikan kembung kecil
Fishball homemade kak JC (Dari isi ikan kembung. Saya rebus fishball shg ia timbul, angkat, tapis)
1 paket Fishball jenama AAA
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA:
1. Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan air, sup bunjut ikan adabi, ikan kembung, dan semua bahan lain.
3. Masak sehingga sebati dan ikan masak.
4. Angkat dan boleh dihidangkan.
IKAN STIM macam ni sudah ada dalam MENU kat atas. Guna ikan kerapu. Serai ketuk. Tak masuk sayur sbb masak sayur asing. Ops! Lupa nak cite. Saya tak letak dalam kukusan. Just guna kuali, letak ikan,sedikit air dan semua bahan. Tutup kuali. Pasang api besar. Biar masak. Idea dari seorang teman masak. Lupa kat mana. Maceh ya.. :)

sedapnye...walaupun simple tapi menyelerakan...
ReplyDeleterajinnya indah memasak..macam2 menu ada...
ReplyDeletesedapp2 lak tu...
salam kunang-kunang,
ReplyDeleteya, akak simple saja. asal berselera makan. :D
Salam kak Mas,
ReplyDeleteala kak. masakan orang diet. hehe...
indah.. tenggelam timbul tu pun ada bagusnya.. terasa rindunya hihi
ReplyDeleteThanks admin for the share. mmg sedap i dh try dh. walaupun masakan org diet. tp tkde la makan smpi memang tk makan kan. huhu. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
ReplyDelete>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<