Allahuma'jurniii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa'
(Ya Allah, kuniakanlah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan kurniakanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan mengabulkan doanya."
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Kata-kata Abu Salamah kepada isterinya, Ummu Salamah sebelum meninggal dunia. Ummu Salamah kemudiannya diangkat menjadi Ibu kaum Muslimin, iaitu isteri Rasulullah SAW. - dari buku Isteri dan Puteri Rasulullah, Telaga Biru.
Salam sejahtera buat semua teman-teman. Ayat ini menjadi penenang kepada hati wanita saya. Kami baru alami kecurian di rumah kami. Sebelum keluar rumah, saya dah check semua pintu tingkap berkunci. My hubby pun pastikan. Bahagian yg dimasuki tu mmg bermangga. Dan tak pernah dibuka kecuali sekali dlm bulan lalu, itupun mr hubby dah pastikan ia berkunci rapat. Saya pun selalu check waktu malam, kalau ada bunyi dari arah situ. kadang2 kucing masuk. Kata orang, kuncinya dipotong dgn cermat tanpa bunyi kuat pun. Dan kami sedang menempah grill baru sekarang. Syukur boleh tolak duit sewa rumah. Yalah, kawasan yang ada security guard. Sekarang tgah cari suspek kot orang dalam aptmnt. Yang hilang, sedikit duit, laptop dan kamera kesayangan kami. Rumah tidak digeledah. Manakan kucari ganti, macam2 benda ada dalam laptop tu. Juga kamera tulah yang jadi teman saya bertahun ini mengambil gambar masakan.
Ujian. Ibu bapa saya juga mengalami masalah keluarga yang berat. Dan saya dan adik-adik harus menghadapinya dgn tabah. Ada fitnah melanda. Dan usaha seseorang nak pecah belahkan keluarga saya di kampung. Pelbagai tuduhan ke atas ibu saya. Syukur suami ingin mengambil tahu dan mahu menemani saya balik ke kampung dalam 3 bulan ini. Katanya ibubapa saya ialah ibubapanya juga. Dan bagi saya, ibubapanya ialah ibubapa saya juga. Syukurlah. Hanya Allah dapat membalasnya. Syukurlah, masalah itu pun dah berakhir dgn baik.
Memang wanita yang berniaga, tidak lepas dari umpat keji, dengki, godaan dan fitnah orang. Apatah lagi kita hanya tahu berniaga untuk menampung hidup dan berjumpa customer setiap hari. Seperti itulah keadaan ibu saya, yang berniaga kedai makan di kampung. Dan moga Allah selalu melindungi saya dalam perjalanan saya menjadi wanita yang berjaya dalam bisnes.
innaa lillahi wa inna ilaihi raaji'uun (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali),
Allahuma'jurniii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa' |(Ya Allah, kuniakanlah aku pahala kerana musibah yang menimpaku ini dan kurniakanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya).
Dan berilah kami berkah dan kasihMu atas keredhaan ibubapa terhadap kami berdua. Amin......Amin.. Amin...
Masyallah,
ReplyDeleteSemoga ujian-ujian tersebut dapat menaikkan makam iman indah suami isteri. Pada keluarga di kampung elok indah carikan ayat-ayat dari AlQuran untuk mereka amalkan.Semoga mereka kuat menghadapi fitnah-fitnah jahat itu.
semoga kita sentiasa dilindungi olehNYA
ReplyDeleteSalam makbonda,
ReplyDeleteMoga menambah iman kami dan tawakal kami kepada Allah. Insya Allah, saya akan usahakan. Terima kasih makbonda kerana memberi penawar hati. :)
Salam kunang-kunang,
ReplyDeleteMoga diri, harta dan keluarga kita dlm perlindungan Allah semua. Amin...
Indah,
ReplyDeleteSalam. Terharu dengar musibah yg melanda Indah dan suami.Semoga Allah balas balik dengan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang sempurna.
salam kak LG,
ReplyDeleteTerima kasih, kak. Terima kasih atas kata-kata penawar. Amin,Amin, Amin atas doa kak. :))