Salam sejahtera,
Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Saya sempatkan diri. Kat sini hujan lebat. Kejap lagi nak keluar pula. Mr hubby ajak beli hadiah kenduri kahwin yang berlangsung esok. 2 kenduri tu, dua dua tak boleh miss. Sorang sepupu hubby, sorang lagi kawan baik yang kalu ada gathering pasti jumpa dia. Satu kat shah alam, satu kat KL. Alamatnya, tak dapatlah kami membantu mak sedara my hubby sewaktu majlis.
Menu kat bawah ni sedap betul kalau dimakan dgn nasi dari beras wangi. Dengan ayam bakar yang harum dan tomyam yang semerbak. hehe...
Kepak ayam bermadu ini sama seperti resipi sebelum ini, dari Mamasya. Saya ulang di sini. Selamat berhujung minggu ya...
KEPAK AYAM BAKAR LADA HITAM BERMADU
Sukatan Diubahsuai dari Grilled black pepper honey Chicken Mamasya.blogspot
3 ketul kepak ayam
2 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 inci Halia - ditumbuk
1 sdm Lada hitam - ditumbuk halus (memang kaw pedas punya!)
1 sdm Madu
1 sdm Sos tiram
CARA:
1. Suhu oven 190c, api atas bawah.
2. Salut ayam dengan semua bahan. Saya perap kepak ayam dalam 10-15 minit sambil tunggu oven panas.
3. Kemudian bakar di rak yang paling atas. Jadi ia senang hangus. :)
4. 30 minit pertama, saya sapu sedikit kuah perapan atas ayam.
5. Kemudian saya balikkan kepak tersebut.
6. Walaupun bau hangus, pastikan ayam kemerahan dan juicy, baru boleh dihidangkan.hehe..
RESIPI ASAL
Grilled black pepper honey Chicken
Sumber: Mamasya.blogspot
Bahan
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang putih- tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
2 sb sos lada hitam
2 sb madu
2 sb sos tiram
garam secukup rasa
Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 1 jam.
3.Bakar ayam selama 1 jam dlm oven 200'C.(bergantung kpd oven masing2)
4.Balek2 ayam jika perlu...mahu garing sikit bah bawah.
TOMYAM AYAM MUDAH
Servings : 2-3 org
Tomyam isi ayam dan kobis ini mudah je. Asalnya saya buat cincai, sebab fokus nak masak cepat, bahan cincai je. Tetapi mr hubby suka. :)
1/2 biji Bawang besar -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris bulat
2 sdm Pes Tomyam Adabi
Isi Ayam - 1 keping dada ayam dipotong ketul
(Nak campur udang, sotong pun ok)
2 tangkai Serai -diketuk
5 tangkai Cili padi diketuk
Air untuk kuah secukupnya (agak dalam 1/2 periuk kecil)
garam secukup rasa.
segenggam Sayur kobis dah siap potong
CARA:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia, sehingga naik bau.
2. Masukkan Pes tomyam.
3. Masukkan sedikit air, isi ayam dan serai. Kacau sebati.
4. Baru masukkan air selebihnya.
5. Masukkan kobis, cili padi, garam secukup rasa. Biar sebati dan kobis separuh layu.
6. Angkat dan hidangkan.

sedappnya ayam bakar tu indah...
ReplyDeleteterliur kak mas..
Salam kak mas,
ReplyDeleteMemang sedap resipi mamasya ni. Dah tak pandang ayam bakar tesco, hehe..
Salam. Saya sekarang sedang diet kolestrol. Boleh la cuba resipi ayam bakar anda ini. sangat sesuai mkn bakar ni
ReplyDeletesalam kak mekar,
ReplyDeletehehe... ya, sangat sesuai :))