Salam sejahtera,
Mula-mula saya rasa tak nak letak menu ni. Tapi, kerana saya rasa ia prkembangan harian kami, maka saya letak jugalah. Nasi goreng jer.... hehe..
Petang kelmarin, kami ke pasaraya. Ada byk barang dah abes, trmasuk juga barang basah. Walaupun dkat bkt sentosa ada Tesco baru, barangnya tak banyak. Bulan ramadhan ialah bulan budget kami, jadi jalan paling selamat ialah... NSK jer. Beli byk2 pun tak takut over budget.
Telur pun kami prefer beli kat NSK. Bukan dalam pasaraya, tapi kat tepi ada Kedai pemborong telur. Beli satu papan saiZ B dalam RM 9. Kat dalam tesco atau giant, sepapan dlm RM 7 - rm8, kan? Saya kalu bab telur, akan cari Kedai pemborong telur. Tak sempat NSK, kat sekitar rawang ada satu kedai telur lagi. kadang2 beli 10 biji dr satu gerai telur kat pasar pagi. Beli sepapan kat kedai macam tu, telurnya agak baru dan tahan 2-3 minggu dalam fridge. Kami makan dua orang jer, lagi lama tahan dlm fridge tu jadi tak perlu kami habiskan cepat2.. hehe. Tapi lainlah kalu keluarga besar, sepapan setiap minggu mmg cepat abisnya.
Bab menu, saya masak nasi goreng je. Mula-mula nak gi bazar ramadhan. Tapi taulah, my hubby takde mood nak pegi time petang dan penuh orang ms tu. Jadi, saya terpandang balance lauk dlm fridge. Ada sayur campur frozen. Saya masak nasi. Tumis skejap, gaul-gaul.... siap Nasi goreng ala cina. Lepas tu, kami terus ke pasaraya, dan bawa bekal nasi. Tapi tak singgah mana2 pun utk brbuka, mr hubby nak makan kat rumah pulak...... :)
Makan nasi goreng dgn teh o suam. Air oren pun ada tu..
NASI GORENG ALA CINA
resipi: mysweetlife-nurindah.blogspot
2-3 pinggan nasi putih
udang 10 ekor -siap kopek kulitnya
3 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
1 sdk lada sulah biji - ditumbuk
1/4 bawang besar - dihiris
1 tangkai lada benggala
1 sdk garam
1 cwn Sayur campur
saya ada balance bebola ayam dihiris dan sedikit daging.
CARA:
1. Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, gaul biar masak.
3. Masukkan lada sulah dan garam, lada benggala, sayur campur, bahan lain, dan sedikit air supaya tak kering sangat. Kacau sebati dan sayur campur kembang.
4. Siap dihidangkan.
Cukuplah menu berbuka. Ada tembikai last potong2. Dan for dessert, ada Brownies moist. :)
Sebenarnya yg dimakan dalam bekas muffin. Yang ni, buat presentation jer. :) Guna resipi Brownies moist ini, tapi tak bubuh telur atau jus sunquick. Serbuk koko guna yg dlm tin, Tudor Gold. Yum... sangat bercoklat walaupun tiada topping. Dlm cepat2 kelmarin, sempat bagi brownies dlm cup saja pada jiran. Yg dlm talam tak sempat potong. Itu jerla, saya nak kemas barang yg dibeli malam tadi, berselerak kat dapur tu :D




