Salam sejahtera,
Sesi kedua hari ini. Berjanji ngan hubby untuk buat muffin, menghabiskan susu dalam esbok. Tetapi, blom jumpa resipi yang sesuai. Akhirnya terbuat yang ini : Moist Orange Mocha Brownies. :)) Terliur kak Mas buat tayangan aritu siap bertopping. Saya buat brownies ni tanpa telur, sbb tiada stok. Kacau ngan whisk jer. Still Menjadi.
Me? Dalam semangat yang down beberapa hari ini, susah.. sangat nak UP balik. Akhirnya saya belek2 majalah masak2, dan terus capai tepung, minyak masak, dll... dalam 15 minit, siap kacau brownies ni. As... tak perlu sukat2 gram sbb pakai cawan, kan? hihihi. Yang dalam bekas panjang, saya bakar dalam 30 minit 175c. Dalam cup, 15-20 minit 175c.
Dengar khabar, banjir besar di utara, Kedah. Moga mangsa banjir tabah selalu. Teringat adik Nurul di Jitra. Dahla tengah Exam. Mungkin bakal balik raya ke Besut tak lama lagi. Ya Allah, janganlah banjir di perjalanannya nnati.
Terima kasih banyak2 buat teman2 yang concern dan bertanya khabar. Selamat berehat di hujung minggu. Insya Allah, bertemu kembali nanti. Terima kasih banyak2 diucapkan buat empunya resipi dan yang kakak2 yang baik hati buat tayangan aritu. Kak mas, muaah! copy resipi ek. :D
MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
Nurindah: sebab telur tak ada stok, saya buat tanpa telur.. still menjadi.
Empunya Resipi asal: Chef Hanieliza
Ditambah oleh: Kak Maz Ilham dapur
Copy dari: Kak Mas Duniaku
Bahan A : (nurindah: saya kacau Adunan menggunakan whisk)
* 1 cawan butter cair / minyak masak (nurindah: saya guna minyak masak)
* 1 cawan susu cair
* 2 cawan gula perang
* 1 cawan air panas
* 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (nurindah: guna nescafe flavour)
* 2 - 3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri
Bahan B : (kacau rata) - maz guna wisk
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit/ 15 minit (mengikut oven anda).
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cepat masak..ni oven maz la ye..
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.
Chocolate Topping (nurindah: saya tak buat)
* 250 gm coklat masakan
* 1 sudu besar butter
* 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping :
1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

salam indah nmpk moist je wpun wo eggkan
ReplyDelete@ChikMimi: salam chikmimi, memang moist kak.. saya ada bawa ke besut hari tu, semua terkejut sbb kek brownies ni tak bubuh telur. Abah saya yang alah dgn telur selepas operation pun berani makan :).
ReplyDeleteSemua kata sedap. My hubby kata dah cukup syarat buat biz ni :D. My in law semua kata sedap kek brownies ni. Resipi yang cukup berani, moist. Kalu bubuh telur, mungkin lagi gebu la. But tak kurang pun rasanya walaupun tak bubuh telur. ;)